Tugasan Kuiz EDU

1
Merujuk kepada konflik yang dinyatakan, terdapat dua teori kepimpinan yang boleh dirujuk iaitu : a. Teori X dan Teori Y. ( Douglas McGregor,1960). Teori X menyatakan bahawa staf malas dan akan mengelakkan tugas kecuali apabila dipaksa atau diberi ganjaran wang. Pemimpin berupa Autokratik, bertindak mengarah dan mengawal stafnya dalam proses kerja. Manakala teori Y menyatakan bahawa pemimpin menganggap stafnya sebagai rajin, melihat kerja sebagai tanggungjawab yang perlu dipenuhi. Mereka bekerja dengan kerjasama dan bercita cita tinggi serta bersikap positif terhadap kerja, kerana ini membawa kepada kepuasan diri. Pemimpin akan mengurangkan kawalan malah mengupayakan mereka. Di dalam konflik kedatangan murid ini, dilihat murid melarikan diri daripada tanggungjawab hadir ke sekolah apabila sesuatu kerja rumah gagal disiapkan. Implikasi teori X boleh digunakan kepada kumpulan murid ini dengan menawarkan ganjaran kecil atas kesungguhan mereka menyiapkan kerja rumah. Ini akan melahirkan motivasi extrinsik dengan tawaran berkenaan. Namun guru perlu mengukangkan kepimpinan Autokratik kerana ini akan membunuh motivasi murid. Dengan melihat juga keperluan Teori Y, murid boleh dimotivasikan dengan menyediakan keperluan asas pembelajaran mereka di bilik darjah dengan merujuk kepada Heararki Keperluan Maslow. Dengan itu, murid akan lebih bersedia menjalankan tanggungjawab untuk belajar apabila suasana bilik darjah kondusif, ceria dan alat bantu belajar yang memenuhi keperluan pembelajaran mereka. Beri murid peluang menikmati kejayaan melengkapkan tugasan agar mereka beroleh kepuasan dalam pembelajaran. b. Teori Tingkah laku Grid Pengurusan ( Blake dan Mouton, 1964). Teori tingkah laku memberi tumpuan kepada bagaimana pemimpin bertingkahlaku dalam proses kepimpinan terhadap pengikutnya. Kepimpinan yang berjaya merupakan tingkah laku yang boleh dilatih atau dipelajari secara formal atau tidak formal. Grid pengurusan Blake dan Mouton menyatakan bahawa menangani sesuatu perkara perlu seimbang dan prihatin antara emosi dan peraturan dalam menjalankan matlamat organisasi. Implikasi teori ini dalam menangani masalah kehadiran murid ini adalah muwujudkan keprihatinan guru terhadap masalah murid secara personal. Guru mendekati masalah murid bagi menggangkat emosi murid untuk lebih bermotivasi untuk belajar. Dengan ini, murid akan berasa kebajikannya dijaga dan melahirkan perasaan hormat kepada guru. Dalam masa yang sama, penegasan guru kepada murid dalam mematuhi peraturan kehadiran agar murid berdisiplin dan tidak mengambil mudah.

description

Konflik Bilik Darjah

Transcript of Tugasan Kuiz EDU

Merujuk kepada konflik yang dinyatakan, terdapat dua teori kepimpinan yang boleh dirujuk iaitu :a. Teori X dan Teori Y. ( Douglas McGregor,1960).Teori X menyatakan bahawa staf malas dan akan mengelakkan tugas kecuali apabila dipaksa atau diberi ganjaran wang. Pemimpin berupa Autokratik, bertindak mengarah dan mengawal stafnya dalam proses kerja. Manakala teori Y menyatakan bahawa pemimpin menganggap stafnya sebagai rajin, melihat kerja sebagai tanggungjawab yang perlu dipenuhi. Mereka bekerja dengan kerjasama dan bercita cita tinggi serta bersikap positif terhadap kerja, kerana ini membawa kepada kepuasan diri. Pemimpin akan mengurangkan kawalan malah mengupayakan mereka.Di dalam konflik kedatangan murid ini, dilihat murid melarikan diri daripada tanggungjawab hadir ke sekolah apabila sesuatu kerja rumah gagal disiapkan. Implikasi teori X boleh digunakan kepada kumpulan murid ini dengan menawarkan ganjaran kecil atas kesungguhan mereka menyiapkan kerja rumah. Ini akan melahirkan motivasi extrinsik dengan tawaran berkenaan. Namun guru perlu mengukangkan kepimpinan Autokratik kerana ini akan membunuh motivasi murid. Dengan melihat juga keperluan Teori Y, murid boleh dimotivasikan dengan menyediakan keperluan asas pembelajaran mereka di bilik darjah dengan merujuk kepada Heararki Keperluan Maslow. Dengan itu, murid akan lebih bersedia menjalankan tanggungjawab untuk belajar apabila suasana bilik darjah kondusif, ceria dan alat bantu belajar yang memenuhi keperluan pembelajaran mereka. Beri murid peluang menikmati kejayaan melengkapkan tugasan agar mereka beroleh kepuasan dalam pembelajaran.b. Teori Tingkah laku Grid Pengurusan ( Blake dan Mouton, 1964).Teori tingkah laku memberi tumpuan kepada bagaimana pemimpin bertingkahlaku dalam proses kepimpinan terhadap pengikutnya. Kepimpinan yang berjaya merupakan tingkah laku yang boleh dilatih atau dipelajari secara formal atau tidak formal. Grid pengurusan Blake dan Mouton menyatakan bahawa menangani sesuatu perkara perlu seimbang dan prihatin antara emosi dan peraturan dalam menjalankan matlamat organisasi.Implikasi teori ini dalam menangani masalah kehadiran murid ini adalah muwujudkan keprihatinan guru terhadap masalah murid secara personal. Guru mendekati masalah murid bagi menggangkat emosi murid untuk lebih bermotivasi untuk belajar. Dengan ini, murid akan berasa kebajikannya dijaga dan melahirkan perasaan hormat kepada guru. Dalam masa yang sama, penegasan guru kepada murid dalam mematuhi peraturan kehadiran agar murid berdisiplin dan tidak mengambil mudah.