tugasan kump. (1a)

download tugasan kump. (1a)

of 25

description

blogging

Transcript of tugasan kump. (1a)

  • HGF 3043 KAJI IKLIM

    DISEDIAKAN OLEH NO. KAD MATRIK

    MUHAMMAD AMERMIRDZA BIN HAMDAN

    ALLEN SARAH DAMIANUS

    NUR ZAYANI BINTI ROZALI

    NURASHIKIN BINTI ZULKIFLI

    SITI NOR HAJARIAH BINTI YAAKOB

    ENDYERRA NAZIELLA BT MOHAMMAD HISHAM

    D20141067781

    D20141067770

    D20141067771

    D20141068583

    D20141067769

    D20141067776

    KUMPULAN C (GROUP 3)

    NAMA PENSYARAH

    DR. MOHD HAIRY BIN IBRAHIM

    TAJUK KAJIAN

    LAPORAN KERJA LAPANGAN DI MANJUNG DAN IPOH, PERAK

  • ISI KANDUNGAN

    Bil Perkara Muka Surat

    1.0 Pengenalan 1-2

    2.0 Lokasi Kajian 3-6

    3.0 Kaedah Kajian 7-8

    4.0 Dapatan Kajian

    4.1 Manjung

    4.1.1 Suhu

    4.1.2 Kelajuan Angin

    4.1.3 Kelembapan Bandingan

    4.2 Ipoh

    4.2.1 Bahagian A Demografi Responden

    4.2.2 Bahagian B Analisis Tahap Kesedaran Penduduk

    4.2.3 Bahagian C Analisis Kesan Pencemaran Pm10

    4.2.4 Bahagian D Analisis Pengubahsuaian Sikap

    Komuniti Terhadap Pencemaran Pm10 di Kawasan

    Kajian

    4.2.5 Bahagian E Analisis Cadangan Penduduk Terhadap

    Langkah Perancangan di Kawasan Kajian

    8

    8

    8-9

    9-11

    11-12

    13

    13-15

    15-16

    16-18

    18-20

    20-22

    5.0 Kesimpulan 22-23

    6.0 Rujukan 24

  • 1.0 PENGENALAN

    Kajian ini telah dijalankan di Simpang Pulai, Ipoh di mana pengkaji telah menggunakan

    soal selidik bagi mendapatkan dapatan. Kajian ini juga dijalankan bagi mengetahui

    implikasi PM10 terhadap kesihatan penduduk di selatan Ipoh, Perak. Hal ini kerana

    kawasan tersebut berhampiran dengan kilang simen dan kuari. Implikasi ini juga

    berkaitan dengan pencemaran udara.

    Pencemaran udara bermaksud satu keadaan di mana bahan-bahan pencemar di udara

    seperti bahan kimia, jirim zarah serta bahan radioaktif melebihi kadar normal di

    atmosfera bumi pada sesuatu jangka masa tertentu sehingga ia boleh menyebabkan

    kemudaratan kepada manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan harta benda manusia.

    Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia,

    tumbuhan dan haiwan. Bahan-bahan ini akan memasuki ke dalam tubuh badan manusia

    melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur

    darah. Pencemaran udara juga adalah sebagai kehadiran satu atau lebih bahan pencemar

    atau gabungannya di dalam atmosfera dalam kuantiti tertentu pada suatu jangka waktu

    yang boleh menyebabkan darurat kepada kehidupan manusia, haiwan atau menganggu

    suasana kehidupan.

    Melalui kajian ini juga, pengkaji dapat mengenal pasti tahap kesedaran penduduk

    mengenai punca pencemaran di kawasan mereka. Selain itu, pengkaji dapat mengetahui

    tentang kesan pencemaran dan bagaimana penduduk mengubah sikap serta mengambil

    langkah-langkah yang tertentu untuk menangani masalah pencemaran pm10.

    Kesimpulannya, implikasi pm10 sememangnya membahayakan penduduk kerana ia

    melibatkan kesihatan mereka. Oleh itu, semua pihak haruslah memainkan peranan yang

    penting khususnya penduduk setempat sendiri agar masalah pencemaran udara atau

    jerebu yang berpunca dari pm10 ini dapat ditangani dengan segera supaya penduduk

    dapat hidup dalam persekitaran yang sihat.

    Kajian ini juga telah dijalankan di daerah Manjung, Perak di mana bagi mengkaji

    iklim di kawasan sekitarnya. Kajian ini juga dijalankan bagi mengetahui di suhu,

    kelembapan udara dan juga kelajuan angin di kawasan ini. Kawasan bagi mendapatkan

    data cerapan suhu, kelembapan bandingan dan kelajuan angin kami telah dibahagikan

  • kepada enam stesen atau kawasan. Seorang setiap ahli kumpulan diletakkan di stesen

    berlainan. Kemudian, data yang diperolehi dikumpulkan bagi melihat bacaan maksimum

    dan minimum bagi setiap kategori yang telah di tetapkan.

    Suhu adalah tahap panas dingin suatu benda dan alat yang digunakan untuk mengukur

    suhu adalah termometer. Dalam kehidupan untuk mengukur suhu cenderung

    menggunakan indera peraba. Tetapi dengan adanya perkembangan teknologi maka

    diciptakanlah termometer untuk mengukur suhu dengan lebih tepat. Suhu juga terbahagi

    kepada dua iaitu suhu kering dan suhu basah. Suhu di kawasan yang teelah maju

    mengalami perubahan suhu kerana tren pemanasan global telah diburukkan lagi dengan

    kesan pulau haba di sekitaran bandar akibat pemerangkapan bahangan dan tenaga haba di

    permukaan tepu bina bandar. Kajian peningkatan suhu bandar berbanding kawasan

    sekitaran luar bandar telah lama diperhatikan sama ada di dalam negeri. Manakala bagi

    kelembapan udara ini.

    Manakala, bagi kelembapan bandingan ini pula lebih kepada jumlah kandungan

    wap air dalam udara di sesebuah kawasan. Menurut Aitken-Christie et. al, (2013) ,

    kelembapan bandingan ditakrifkan sebagai tekanan wap peratus air separa udara,

    berkenaan dalam tempoh tekanan separa wap air tepu di udara pada suhu yang sama dan

    jumlah tekanan udara. Jika kawasan itu dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan, maka

    kandungan wap airnya turut tinggi dan suhunya lebih rendah. Akhir sekali ialah bagi

    mendapatkan bacaan kelajuan angin di kawasan daerah Manjung ini. Terdapat beberapa

    stesen yang mempunyai tahap kelajuan angin yang tinggi dan juga yang rendah. Kawasan

    yang lapang lebih tinggi bacaan kelajuan anginnya kerana tiada pokok mahupun

    bangunan yang menghalang angin tersebut.

    Secara keseluruhannya, kajian kaji iklim ini dapat menunjukkan kawasan kawasan

    yang masih lagi tidak berlaku perubahan suhu yang ketara, kelembapan bandingan yang

    masih tinggi dan kelajuan angin yang tinggi, selain itu dalam laporan ini juga terdapat

    kawasan yang mengalami sebaliknya. Perkara tersebut dapat dilihat dalam dapatan

    laporan ini.

    2.0 LOKASI KAJIAN

  • Terdapat tiga lokasi besar yang telah menjadi lokasi kajian. Lokasi kajian tersebut merupakan

    bandar Ipoh, Manjung dan juga Lumut, Perak.

    Peta 2.1 : Peta Bandar Ipoh, Perak

    4o3540 N / 101o0500 E

    Sumber : http://www.mbi.gov.my/web/guest/peta-ipoh

    Ipoh merupakan sebuah bandar raya yang terletak di dalam Daerah Kinta dan

    merupakan Ibu Negeri bagi negeri Perak. Ipoh adalah salah satu bandar-bandar yang terdapat

    di dalam negara Malaysia dengan lebih daripada 750,000 orang penduduk. Bandar Ipoh

    terletak pada jarak kira-kira 200 kilometer ke Utara Kuala Lumpur. Sebelumnya, Ipoh

    merupakan bandar terpenting kepada dunia kerana menjadi pusat industri dunia. Kini, selain

    menjadi pusat industri, Ipoh semakin berkembang menjadi salah satu pusat pelancongan yang

    mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada pelancong.

  • Peta 2.2 : Peta Manjung, Perak

    4o110 N / 100o390 E

    Sumber : Google Earth

    Manjung merupakan sebuah daerah yang terletak di bahagian barat daya negeri Perak,

    Malaysia. Daerah ini terkenal dengan Pulau Pangkor yang menjadi tumpuan pelancong,

    rumah daripada Tentera Laut Diraja Malaysia ( TLDM ) dan Pangkalan Lumut Tentera Laut

    serta Limbangan. Daerah Manjung mempunyai beberapa kawasan perbandaran dan pekan-

    pekan lain seperti Bandar Sitiawan, Bandar Lumut, Bandar Pantai Remis, Pekan Ayer Tawar,

    Pekan Cekir, Pekan Pangkor dan banyak lagi.

  • Peta 2.3 : Peta Lumut, Perak

    4o140 N / 100o380 E

    Sumber : Google Earth

    Lumut merupakan bandar yang terletak di tepi laut dan terletak kira-kira 84 kilometer

    ke selatan bandar raya Ipoh. Kedudukan Lumut adalah menghadap selat Dinding dan Selat

    Melaka. Lokasi Lumut bertentangan dengan Pulau Pangkor menyebabkan Lumut dijadikan

    sebagai pintu masuk ke dalam pulau tersebut. Lumut ditadbir di bawah pentadbiran Daerah

    Manjung.

    Bandar Lumut memiliki lokasi yang strategik dari segi maritimnya di mana terdapat

    Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia. Selain itu, terdapat juga tempat-tempat menarik

    yang boleh dikunjungi seperti Pantai Teluk Batik yang terletak lebih kurang 6.5 kilometer

    dari bandar Lumut dan juga Teluk Rubiah yang terletak berhampiran dengan Teluk Batik.

    Stesen-stesen Kajian

  • Rajah 2.1 : Stesen Kajian ( Manjong )

    Semasa menjalankan kajian berkaitan dengan Implikasi PM10 terhadap

    Kesihatan Penduduk di Manjong, Perak, pengkaji telah dibahagikan kepada enam

    buah kumpulan untuk ditempatkan di beberapa stesen seperti dibawah.

    Jadual 1 : Kawasan Kajian Cerapan Suhu Setiap Stesen

    No stesen Lokasi Latitud Longitude Kategori

    Stesen 1 Bukit permata 4 12 24.18N 100 38 9.76E Pinggir bandar

    Stesen 2 Mc Donald 4 11 58.340 N 100 39 18.918 E Sub bandar

    Stesen 3 Tesco 4 12 32 N 100 40 32 E Bandar

    Stesen 4 The store 4 12 56.85 N 100 41 31.71 E Bandar

    Stesen 5 Jabatan meterologi 412 54 N 100 42 0 E Sub Bandar

    Stesen 6 Aeon 41309.6 N 100 40 17.7E Bandar

    3.0 KAEDAH KAJIAN

    Stesen 4 The Store

    Stesen 1 Bukit Permata

  • 3.1 Kaedah Pemerhatian

    Dalam kaedah pemerhatian ini, saya dan ahli kumpulan telah gunakan semasa lawatan

    ke kawasan kajian iaitu di Selatan Ipoh dan Manjung. Kaedah ini digunakan untuk

    memerhatikan jenis masalah pencemaran yang berlaku di kawasan kajian tersebut.

    Selain itu, kaedah ini juga dapat memerhati faktor yang menyebabkan berlakunya

    masalah pencemaran habuk di kawasan ini. Setelah diperhatikan oleh kami, didapati

    bahawa punca sebenar masalah pencemaran habuk di kawasan ini adalah berpunca

    dari kilang simen yang berada berhampiran dengan kawasan penempatan penduduk.

    Kaedah ini banyak membantu saya dan ahli kumpulan dalam menyiapkan kajian ini.

    3.2 Kaedah Temubual

    Kaedah temubual ini digunakan untuk menemu bual beberapa responden iaitu peniaga

    dan penduduk kampung, antaranya ialah Che Mah Binti Yamat, Alias Bin Setapa, Nik

    Man Bin Nik Mansor dan Nor Maziah Binti Haji Musa untuk mendapatkan maklumat

    lebih terperinci berkaitan kajian yang saya jalankan. Kaedah ini juga membantu dalam

    mendapatkan maklumat melalui peniaga dan penduduk kampung dengan lebih lanjut

    mengenai tahap kesedaran penduduk, kesan pencemaran habuk, pengubahsuaian sikap

    komuniti dan cadangan penduduk. Malah, melalui kaedah ini juga pelbagai soalan

    telah dikemukakan kepada peniaga dan penduduk kampung untuk menjawab setiap

    objektif kajian.

    3.3 Kaedah Rujukan

    Saya dan ahli kumpulan telah menggunakan kaedah ini untuk membuat rujukan di

    perpustakaan mengenai masalah pencemaran dan kesannya terhadap manusia. Melalui

    kaedah ini juga dapat membantu saya mendapatkan input tambahan melalui buku-

    buku ilmiah, akhbar, majalah, jurnal dan kamus. Selain membuat rujukan di

    perpustakaan, saya dah ahli kumpulan juga turut membuat rujukan di laman

    sesawang. Rujukan di lamam sesawang ini ini banyak membantu mendapatkan

    maklumat yang sangat berguna bagi menyiapkan kajian ini.

    4.0 DAPATAN KAJIAN

    Berikut merupakan data yang telah dianalisis dari hasil kajian

    4.1 MANJUNG

  • 4.1.1 SUHU

    Jadual 4.1 : Purata Bagi Suhu di Setiap Stesen

    Stesen 1 Stesen 2 Stesen 3 Stesen 4 Stesen 5 Stesen 6

    30.6 28.6 29.0 28.3 31.6 31.2

    Graf 4.1 : Purata Bagi Suhu di Setiap Stesen

    Suhu ialah darjah kepanasan sesuatu bahan di mana suhu menunjukkan betapa panas atau

    sejuk bahan itu. Bahan yang bersuhu tinggi adalah lebih panas daripada bahan yang bersuhu

    rendah dan merupakan sukatan purata tenaga kinetik zarah-zarah dalam sesuatu bahan. Oleh

    itu, jika zarah-zarah sesuatu bahan bergetar dengan lebih cepat, maka lebih tinggi suhunya

    dan lebih panas bahan itu. Suhu disukat dengan termometer dalam unit darjah Celsius ( C ).

    Data menunjukkan bahawa stesen 5 mencatatkan suhu yang paling tinggi iaitu

    31.6C. Stesen ini terletak di kawasan berhampiran Jabatan Meteorologi Sitiawan, Perak. Ini

    adalah kerana kawasan tersebut berdekatan dengan stesen minyak iaitu stesen minyak

    SHELL. Kawasan tersebut juga adalah merupakan kawasan pinggir bandar.

    Selain itu, kawasan tersebut juga berdekatan dengan jalan raya yang digunakan oleh

    pengguna jalan raya dari pinggir Bandar ke pusat bandar. Asap-asap dari kenderaan

    menyebabkan suhu di sekitar kawasan tersebut meningkat. Di samping itu, kawasan tersebut

    juga adalah merupakan kawasan yang lapang dan kurangnya tumbuh-tumbuhan. Keadaan

    sedemikian telah menyebabkan kawasan tersebut lebih terdedah kepada matahari di mana ia

    26

    27

    28

    29

    30

    31

    32

    stesen 1 stesen 2 stesen 3 stesen 4 stesen 5 stesen 6

    SUHU

    SUHU

  • menyebabkan kadar serapan haba meningkat. Manakala purata suhu yang paling rendah ialah

    di stesen 4 iaitu hanya pada bacaan 28.3. Hal ini demikian kerana kawasan tersebut adalah

    kawasan perumahan penduduk dan tidak terdapat banyaknya bangunan yang tinggi dan

    bercermin. Jika terdapat bangunan yang tinggi dan bercermin, ia akan memerangkap haba di

    kawasan itu dan secara tidak langsung suhu akan tinggi. Di stesen 4 ini terdapat pokok-pokok

    yang ditanam di kawasan perumahan sepanjang jalan. Dengan adanya pokok-pokok ini, suhu

    tidak akan tinggi kerana karbon dioksida akan diserap oleh pokok. Di sini dapat dilihat

    bahawa tumbuhan hijau memainkan peranan penting dalam mengawal sama ada suhu akan

    tinggi atau rendah di sesuatu kawasan.

    4.1.2 KELAJUAN ANGIN

    Jadual 4.2 : Purata bagi Kelajuan Angin di Setiap Stesen

    Stesen 1 Stesen 2 Stesen 3 Stesen 4 Stesen 5 Stesen 6

    2.70 2.35 2.05 5.71 1.71 4.35

    Graf 4.2 : Purata bagi Kelajuan Angin di Setiap Stesen

    Kelajuan angin diukur dalam meter per saat dan knot. Menurut Jabatan

    Meteorologi Malaysia keadaan tenang dilaporkan apabila kelajuan angin adalah

  • kurang daripada 0.5 meter per saat atau kurang daripada satu knot. Peralatan yang

    digunakan untuk mengukur kelajuan angin dikenali sebagai anemometers, alat yang

    paling biasa digunakan adalah cup anemometer. Ia dibentuk daripada tiga cup secara

    hemisferik. Perbezaan tekanan angin di antara cup akan menyebabkan cup tersebut

    berpusing. Kadar pusingan adalah berkadar langsung dengan kelajuan angin. Data di

    atas menunjukkan min bagi kelajuan angin untuk 6 buah station yang telah diagihkan

    seperti yang telah dinyatakan di dalam lokasi kajian. Melalui hasil data yang telah

    dianalisis didapati bahawa station 4 telah mencatatkan kelajuan angin yang paling

    tinggi iaitu sebanyak 5.71 mph. Hal ini sedemikian adalah disebabkan kawasan

    tersebut agak lapang. Walau bagaimanapun, di kawasan tersebut adanya kawasan

    perumahan dan juga deretan kedai-kedai. Kawasan yang lapang membolehkan angin

    bergerak dengan bebas. Oleh itu, kelajuan angin di station 4 adalah tinggi.

    Kelajuan angin yang paling rendah adalah dicatatkan di stesten 5 yang

    bertempat di kawasan Jabatan Meteorologi Sitiawan Perak Malaysia. Kelajuan angin

    yang dicatatkan di kawasan ini adalah 1.71 mph. Kelajuan angin yang rendah di

    kawasan ini adalah disebabkan oleh kuantiti pokok yang banyak. Jika kuantiti pokok

    di sesebuah kawasan tersebut banyak maka pergerakan angin akan terhalang.

    Keadaan sedemikian menyebabkan kelajuan angin di kawasan berkenaan rendah.

    Purata kelajuan angin yang telah dianalisis boleh dirujuk pada rajah yang telah

    disediakan di bawah ini.

    4.1.3 KELEMBAPAN BANDINGAN

    Jadual 4.3 : Purata bagi Kelembapan Bandingan di Setiap Stesen

    Stesen 1 Stesen 2 Stesen 3 Stesen 4 Stesen 5 Stesen 6

    74.1 74.7 72.8 69.1 87.2 71.9

  • Graf 4.3 : Purata bagi Kelembapan Bnadingan di Setiap Stesen

    Menurut Malaysia mempunyai kelembapan yang tinggi. Purata kelembapan

    bandingan bulananya adalah di antara 10% hingga 90% berubah mengikut tempat dan

    bulan. Adalah diperhatikan bahawa di Semenanjung Malaysia, kelembapan bandingan

    minimum biasanya terdapat pada bulan Januari dan Februari kecuali bagi negeri-

    negeri pantai timur iaitu Kelantan dan Terengganu di mana kelembapan dingan

    minimumnya adalah pada bulan Mac. Kelambapan bandingan maksimum pula

    lazimnya adalah pada bulan November. Menurut Aitken-Christie et.al, (2013) ,

    kelembapan bandingan ditakrifkan sebagai tekanan wap peratus air separa udara,

    berkenaan dalam tempoh tekanan separa wap air tepu di udara pada suhu yang sama

    dan jumlah tekanan udara. Data di atas menyatakan min kelembapan bandingan bagi

    6 station yang telah diagihkan seperti yang tertera dalam lokasi kajian .Data

    menunjukkan Station ke 5 mencapai tahap kelembapan bandingan yang paling tinggi

    iaitu sebanyak 87.2 omh. Hal ini kerana kawasan tersebut merupakan kawasan jagaan

    bagi pihak Jabatan Meteorologi Setiawan, Perak . Terdapat banyak pokok telah

    ditanam di sekitar kawasan tersebut ,perkara ini menyebabkan telah menyumbangkan

    banyak pengeluaran wap air dan gas oksigen. Maka, kelembapan bandingan di

    kawasan tersebut kekal lembab dengan bantuan fotosintesis pokok.

    Kelembapan bandingan yang paling rendah pula adalah di stesen 4. Stesen 4

    ini terletak di kawasan pasaraya The Store, Manakala kawasan berhampiran dengan

    0

    10

    20

    30

    40

    50

    60

    70

    80

    90

    100

    station 1 station 2 station 3 station 4 station 5 station 6

    Purata(Min) Kelembapan Bandingan

  • stesen ini adalah kawasan perumahan, deretan rumah kedai dan kawasan lapang juga

    ada di stesen ini. Kelembapan bandingan di kawasan ini paling rendah adalah kerana

    stesen 4 kurangnya pokok. Hal ini kerana, pokok di kawasan ini telah ditebang untuk

    mewujudkan kawasan petempatan dan meluaskan kawasan ekonomi setempat. Maka,

    impaknya ialah kelembapan bandingan di kawasan ini menjadi rendah. Jika

    berterusan perkara ini berlaku, ia akan menyebabkan udara menjadi kering dan impak

    lainnya terhadap manusia pula. Dapat dilihat bacaannya di dalam graf di atas iaitu

    rajah graf 4.3

    4.2 IPOH

    4.2.1 BAHAGIAN A

    Jadual di bawah menunjukkan analisis latar belakang responden berdasarkan item 1

    hingga 8 pada bahagian A dalam borang soal selidik.

    Jadual 4.4 : Demografi Responden

    Bil Kategori Peratus %

    1 Jantina

    Lelaki

    Perempuan

    37.8

    62.2

    2 Umur

    20-29 tahun

    30-39 tahun

    40-49 tahun

    50 ke atas

    40

    24.4

    17.8

    17.8

    3 Bangsa

    Melayu

    Cina

    India

    Lain-lain

    75.5

    8.9

    15.6

    0

    4 Tahap Pendidikan

  • Sekolah rendah

    Sekolah menengah

    Kolej

    Tidak bersekolah

    2.2

    71.1

    15.6

    11.1

    5 Status Perkahwinan

    Bujang

    Berkahwin

    Duda/Janda

    33.3

    66.7

    0

    6 Jenis Pekerjaan

    Kerajaan

    Swasta

    Bekerja sendiri

    Perkilangan

    Suri rumah

    Lain-lain/Pelajar

    6.7

    20

    24.4

    4.4

    22.2

    22.2

    7 Lokasi Tempat Tinggal

    Pusat bandar

    Pinggir bandar

    Sub-bandar

    22.2

    44.4

    33.3

    8

    Tempoh Menetap

    Kurang 5 tahun

    Lebih 5 tahun

    Lebih 10 tahun

    Lebih 20 tahun

    20.5

    41

    18

    20.5

    Berdasarkan jadual 4.4, kajian menunjukkan bahawa peratusan jantina bagi

    lelaki adalah lebih tinggi berbanding perempuan iaitu 62.2% manakala perempuan

    37.8%. Hal ini kerana kebanyakan lelaki bekerja pada hari pengkaji menjalankan

    kajian.dalam kajian ini, Batasan umur adalah dari 20 tahun sehingga 50 tahun dan ke

    atas. Umur responden telah dibahagikan kepada empat peringkat umur. Lingkungan

    pertama adalah responden yang berumur 20 hingga 29 tahun dengan peratusan umur

    sebanyak 40%. Seterusnya responden yang berumur dari 30 hingga 39 tahun adalah

    24.4%, umur 40 hingga 49 tahun dan 50 tahun ke atas mempunyai kadar peratus yang

    sama iaitu masing-masing mencatatkan 17.8%.

    Dalam kajian ini, bangsa Melayu merupakan bangsa yang terbanyak terlibat

    dalam mengisi borang soal selidik iaitu sebanyak 75.5% dan diikuti oleh responden

    berbangsa India iaitu sebanyak 15.6%. Manakala responden yang berbangsa Cina

    sebanyak 8.9%. Dari segi tahap pendidikan terdapat sebanyak 71.1% responden

    mempunyai tahap pendidikan di peringkat sekolah menengah. Peringkat kolej berada

    di peringkat kedua iaitu sebanyak 15.6% dan diikuti dengan responden yang tidak

  • bersekolah sebanyak 11.1%. Hanya 2.2% sahaja responden yang mempunyai

    pendidikan di peringkat sekolah rendah.

    Status perkahwinan responden terbahagi kepada dua iaitu responden yang

    telah berkahwin sebanyak 66.7%. Manakala responden yang masih belum berkahwin

    hanya sebanyak 33.3%. Dari segi jenis pekerjaan kebanyakan responden bekerja

    sendiri iaitu sebanyak 24.4% , diikuti dengan responden yang bekerja sebagai suri

    rumah dan lain-lain seperti pelajar di mana masing-masing mempunyai peratusan

    yang sama iaitu 22.2%. Responden yang bekerja dalam sektor swasta sebanyak 20%,

    kerajaan 6.7% dan responden yang bekerja dalam sektor perkilangan, 4.4%.

    Dari segi lokasi tempat tinggal responden sebanyak 44.4% responden tinggal

    di pinggir bandar, diikuti dengan responden yang tinggal di sub-sub bandar iaitu

    sebanyak 33.3%, manakala responden yang tinggal di kawasan pusat bandar adalah

    sebanyak 22.2%. Akhir sekali merupakan tempoh responden menetap di tempat

    tinggal mereka. Hasil daripada analisis menunjukkan bahawa responden yang

    menetap kurang dari 5 tahun adalah sebanyak 20.5%, dan responden yang menetap

    lebih daripada 5 tahun sebanyak 41% dan responden yang menetap lebih daripada 10

    tahun adalah sebanyak 18%. Manakala responden yang telah menetap lebih daripada

    20 tahun ialah sebanyak 20.5%.

    4.2.2 BAHAGIAN B

    Jadual 4.5 : Analisis Tahap Kesedaran Penduduk

    b9 b10 b11 b12 b13 b14 b15 N Valid

    45 45 45 45 45 45 45 Missing

    0 0 0 0 0 0 0 Mean

    3.33 3.58 3.73 3.64 3.64 3.67 3.62 Median

    3 4 4 4 4 4 4 Mode

    4 4 4 4 4 4 4 Std. Deviation

    0.929 1.055 1.136 1.171 1.151 1.168 1.007

    Min adalah purata aritmetik kepada taburan data. Min paling tinggi bagi tahap

    kesedaran penduduk di Simpang Pulai, Ipoh ialah 3.73 iaitu di mana penduduk di

    sekitar kawasan tersebut sedar akan kenderaan berat seperti lori keluar masuk setiap

    hari melalui tempat tinggal mereka di mana habuk-habuk dari kenderaan tersebut

  • telah menyebabkan penduduk di sekitarnya terganggu. Selain itu, min yang terendah

    pula mencatatkan nilai sebanyak 3.33 iaitu penduduk kebanyakkannya menyatakan

    bahawa di kawasan mereka tidak banyak pembinaan petempatan, bangunan dan

    perkhidmatan di kawasan ini. Mod bagi tahap kesedaran penduduk ini adalah stabil

    iaitu 4, di mana penduduk sedar akan punca terjadinya pencemaran udara di kawasan

    mereka dan sesetengah daripada mereka ada yang mengambil langkah untuk

    mengelaknya dan ada penduduk yang hanya berdiam sahaja. Sisihan piawai yang

    paling tinggi ialah 1.171. Manakala sisihan piawai yang paling rendah ialah 0.929.

    Hal ini kerana penduduk ramai yang bersetuju dan sedar bahawa pencemaran udara di

    kawasan mereka berpunca daripada asap-asap kilang dan kenderaan.

    Graf 4.4 : Tahap Kesedaran Penduduk

    4.2.3 BAHAGIAN C

    Jadual 4.6 : Analisis Kesan Pencemaran PM

    0

    0.5

    1

    1.5

    2

    2.5

    3

    3.5

    4

    4.5

    1 2 3 4 5 6 7 8

    Mean

    Median

    Mode

    Std. Deviation

  • Bahagian C adalah mengenal pasti kesan pencemaran terhadap penduduk di

    Simpang Pulai , Ipoh . Min yang paling tinggi yang telah dinyatakan dalam jadual

    yang tertera di atas adalah sebanyak 3.82 yang menunjukkan kesan yang paling tinggi

    penduduk di kawasan ini akan terima adalah sering mengalami batuk dan batuk dan

    sakit tekak. Dengan ini ternyatalah sememangnya jerebu yang terjadi di kawasan

    tersebut akan mendatangkan habuk yang menyebabkan penduduk di kawasan ini

    menghirup udara yang tidak sihat. Selain itu, kesan dari segi masalah mata juga

    mendapat min yang tinggi iaitu 3.82. Sudah jelas di sini udara yang berjerebu akan

    mengaburkan mata penduduk di kawasan tersebut. Kesan yang paling kurang

    mendapat perhatian penduduk adalah masalah seperti penyakit TIBI dan kematian

    yang disebabkan oleh pencemaran habuk masing-masing mendapat min yang paling

    rendah iaitu sebanyak 2.67 min.

    Seterusnya dari segi median pula rata-rata menunjukkan median yang sekata

    antara 4 dan 3 sahaja . Mod yang paling tinggi melibatkan enam kesan yang berbeza

    iaitu kesan batuk dan sakit tekak, sensitif terhadap habuk, masalah mata , sesak nafas ,

    mengambil masa untuk sembuh dan penyakit bakal berulang kembali setelah sembuh

    kesemuanya mendapat mod yang paling tinggi iaitu 4. Manakala mod yang paling

    rendah iaitu sebanyak 1 mod ialah kesan di mana berlakunya kematian disebabkan

    habuk jerebu yang berlaku di kawasan tersebut kerana mungkin rekod kematian untuk

    masalah jerebu belum dikenalpasti. Akhir sekali adalah sisihan piawaian yang paling

    tinggi adalah 1.365 yang menyatakan kurangnya berlaku kematian disebabkan habuk

    di kawasan mereka dan sisihan piawaian yang paling rendah adalah sebanyak 0.96

    iaitu dari segi masalah batuk dan sakit tekak merupakan dominan yang bersetuju

    kesan utama apabila jerebu berlaku di kawasan mereka.

  • Graf 4.5 : Kesan Pencemaran PM

    4.2.4 BAHAGIAN D

    Jadual 4.7 : Analisis Pengubahsuaian Sikap Komuniti Terhadap

    Pencemaran PM Di Kawasan Kajian

    d26 d27 d28 d29 d30 d31 d32 d33 d34 d35 d36 N Valid

    45 45 45 45 45 45 45 45 45 45 45 Missing

    0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 Mean 3.71 3.89 3.96 4.04 3.96 3.58 3.62 4.04 3.71 4.11 4.07 Median 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 Mode

    4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 Std. Deviation 1.058 0.859 0.928 0.767 0.903 0.866 0.834 0.928 0.944 0.804 0.72

    Jadual di atas adalah menunjukkan bacaan bagi purata, median, mod dan

    sisihan piawai bagi aspek pengubahsuaian sikap komuniti terhadap pencemaran pm 10

    di kawasan kajian. Hasil dapatan daripada pengkaji, nilai purata yang paling tinggi

    ialah pada soalan 35 dengan mencatat nilai bacaan min 4.11. Hal ini sedemikian

    kerana ramai responden menyedari bahawa aktiviti pembakaran sampah sarap ini

    sangat memberi kesan yang buruk terhadap udara dalam atmosfera mereka. Pelepasan

    asap ke udara menyebabkan pm bertambah. Soalan tersebut ialah mengurangkan

    aktiviti pembakaran sampah sarap di bawah subtajuk penyesuaian rutin harian di luar

    0

    0.5

    1

    1.5

    2

    2.5

    3

    3.5

    4

    4.5

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

    Mean

    Median

    Mode

    Std. Deviation

  • rumah. Manakala, nilai purata yang paling rendah adalah 3.62 pada soalan yang ke-

    32. Soalan tersebut ialah ubat-ubatan yang berkaitan dengan mata dan pernafasan

    sentiasa dibawa bersama di bawah subtajuk penyesuaian sikap kendiri. Hal ini

    menunjukkan bahawa responden di kawasan tersebut masih mempunyai kesedaran

    yang rendah terhadap perkara tersebut. Mereka menganggap bahawa membawa ubat-

    ubatan itu adalah perkara yang remeh walaupun perkara tersebut adalah melibatkan

    tahap kesihatan mereka sendiri.

    Seterusnya, median bagi bahagian ini adalah stabil kerana kesemuanya

    mencatat nilai bacaan 4. Nilai ini juga sama bagi mod. Mod bagi ketiga-tiga subtajuk

    di bawah bahagian ini menunjukkan bacaan yang stabil. Akhir sekali adalah sisihan

    piawai. Bacaan sisihan piawai yang paling tinggi adalah perkara yang paling tidak

    disetujui oleh responden iaitu 1.058 pada soalan ke-26. Responden menganggap

    bahawa memasang perangkap habuk pada setiap tingkap rumah memerlukan kos yang

    tinggi dan perkara yang membazir kerana jerebu jarang berlaku di kawasan mereka.

    Manakala, bacaan yang mencatatkan nilai bacaan sisihan piawai yang paling rendah

    dan paling dipersetujui oleh responden ialah soalan ke-36 iaitu sentiasa membasahkan

    halaman rumah dengan air agar berlaku pemendapan habuk. Responden setuju kerana

    perkara ini yang paling mudah untuk dilakukan dan selalu dilakukan oleh mereka

    ketika jerebu. Oleh itu, bahagian D ini memfokuskan kepada sikap komuniti itu

    sendiri terhadap perkara yang berlaku di sekeliling mereka.

  • Graf 4.6 : Pengubahsuaian Sikap Komuniti Terhadap

    Pencemaran PM Di Kawasan Kajian

    4.2.5 BAHAGIAN E

    Jadual 4.8 : Analisis Cadangan Penduduk Terhadap Langkah

    Perancangan di Kawasan Kajian

    e37 e38 e39 e40 e41 N Valid

    45 45 45 45 45 Missing

    0 0 0 0 0 Mean

    4.24 4.18 4.02 4.11 4.4 Median

    4 4 4 4 4 Mode

    5 4 4 4a 5 Std. Deviation

    0.957 0.984 1.055 0.959 0.688

    Bahagian E merupakan aspek cadangan penduduk terhadap langkah perancangan di kawasan

    kajian, iaitu Simpang Pulai, Ipoh. Min yang paling tinggi yang telah dinyatakan di dalam

    jadual seperti di atas adalah 4.40 di mana ia menunjukkan cadangan yang paling tinggi

    penduduk di kawasan ini iaitu pihak berkuasa tempatan perlu sentiasa memantau aktiviti

    perindustrian di kawasan ini. Dengan ini ternyatalah kawasan petempatan penduduk di

    kawasan kajian iaitu sekitar Simpang Pulai terdapat banyak kilang yang menjalankan

    kegiatan perindustrian. Keadaan yang sedemikian memburukkan lagi keadaan jerebu di

    kawasan berkenaan apabila kawasan tersebut turut menerima tempias jerebu yang dibawa

    oleh angin yang datangnya dari arah Negara Indonesia. Cadangan yang paling kurang

    0

    0.5

    1

    1.5

    2

    2.5

    3

    3.5

    4

    4.5

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

    Mean

    Median

    Mode

    Std. Deviation

  • dicadangkan oleh penduduk di kawasan tersebut adalah cadangan melaporkan sebarang

    aktiviti yang tidak sihat khususnya berkaitan pencemaran udara kepada pihak Jabatan Alam

    Sekitar (JAS). Cadangan tersebut hanya mencatatkan nilai min sebanyak 4.02.

    Seterusnya dari segi median pula rata-rata menunjukkan median yang sekata iaitu 4.

    Mod yang paling tinggi melibatkan dua cadangan yang berbeza iaitu cadangan

    mengurangkan pembakaran sampah sarap atau bahan bakar dan juga cadangan pihak

    berkuasa tempatan perlu sentiasa memantau aktiviti perindustrian yang dijalankan di kawasan

    kajian iaitu Simpang Pulai di mana ia mencatatkan bacaan jumlah mod adalah 5. Manakala

    mod yang mencatatkan bacaan yang paling rendah iaitu hanya mencatatkan sebanyak 4

    adalah melibatkan tiga cadangan yang berbeza iaitu pananaman pokok di sepanjang

    jalanraya, melaporkan sebarang aktiviti yang tidak sihat khususnya berkaitan dengan

    pencemaran udara kepada pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan meminta pihak yang

    menjalankan aktiviti perindustrian yang melalui jalanraya (lori hantu) agar membuat

    penyiraman jalan raya sepanjang penggunaanya supaya berlakunya pemendapan habuk ketika

    cuaca panas.

    Akhir sekali adalah sisihan piawaian. Berdasarkan jadual yang telah tertera di atas

    dapat kita lihat sisihan piawaian yang paling tinggi adalah 1.055 di mana ia menyatakan

    kurangnya cadangan melaporkan aktiviti yang tidak sihat khususnya berkaitan dengan

    pencemaran udara kepada pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS). Manakala sisihan piawaian

    yang mencatatkan bacaan paling rendah iaitu hanya mencatatkan bacaan sebanyak 0.688 iaitu

    dari segi cadangan pihak berkuasa tempatan perlu sentiasa memantau aktiviti perindustrian di

    kawasan ini merupakan cadangan paling dominan yang telah dicadangkan oleh penduduk di

    kawasan tersebut bagi mengatasi masalah jerebu yang berlaku di kawasan mereka

  • Graf 4.7 : Cadangan Penduduk Terhadap Langkah

    Perancangan di Kawasan Kajian

    5.0 KESIMPULAN

    Kesimpulannya , hasil dari soal selidik yang telah dilakukan oleh kami kepada

    penduduk Ipoh tentang masalah pencemaran yang berlaku di kawasan mereka adalah masalah

    jerebu yang semakin kuat akibat daripada angin yang telah menolak asap kebakaran ke

    semenanjung daripada negara jiran iaitu Indonesia. Jerebu yang semakin meningkat

    mendatangkan pelbagai jenis impak, sedikit sebanyak menganggu kesihatan penduduk di

    Ipoh. Soal selidik yang telah kami edarkan untuk mengenalpasti tahap kesedaran penduduk

    di sekitar Ipoh tentang perkara yang sering dilakukan dan telah menyumbang kepada masalah

    jerebu di kawasan mereka. Kenderaan berat seperti lori keluar masuk melalui kawasan tempat

    tinggal mereka telah menerbangkan habuk dan sisa pencemaran ke udara. Pencemaran udara

    ini pula akan mendatangkan kesan yang negatif terutamanya kepada penduduk di kawasan

    tersebut . Melalui hasil kajian kami menyatakan keadaan sedemikian mendatangkan banyak

    permasalahan dari segi masalah kesihatan batuk , sakit tekak dan masalah mata . Hal ini

    kerana , kenderaan berat yang berleluasa telah merbahaya kawasan tersebut dengan

    menambahkan masalah jerebu. Oleh itu, penduduk Ipoh telah mengambil langkah-langkah

    yang baik dengan sentiasa menyapu dan memasang kipas di dalam rumah, mengehadkan

    masa ketika berada di luar rumah dan akhir sekali langkah yang paling membantu masyarakat

    tersebut dalam mengawal jerebu adalah dengan mengurangkan aktiviti pembakaran.

    Cadangan yang terbaik untuk memulihkan keadaan ini adalah dengan melaporkan sebarang

    0

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    1 2 3 4 5 6

    Mean

    Median

    Mode

    Std. Deviation

  • aktiviti pembakaran yang membahayakan keadaan setempat dan mengurangkan aktiviti

    perindustrian yang melibatkan pengeluaran asap yang banyak .Pihak berkuasa harus

    mengambil tindakan yang tegas dengan mengetatkan undang-undang dan selalu melakukan

    rondaan di setiap kawasan.

    Selain itu, kesimpulan yang diperoleh melalui hasil kajian cerapan suhu yang telah

    dijalankan kami dapati bahawa suhu tinggi adalah disebabkan oleh sesebuah kawasan

    tersebut kurangnya litupan tumbuhan dan agak lapang. Kurangnya litupan tumbuhan dan

    kawasan lapang menyebabkan berlakunya pancaran secara terus daripada matahari. Keadaan

    sedemikian menyebabkan suhu di kawasan tersebut meningkat. Namun, jika kawasan

    tersebut terdapat banyaknya litupan tumbuhan maka suhu kawasan tersebut akan rendah

    kerana ada pokok yang membantu menyerap pancaran sinaran metahari dariapada terus

    sampai ke kawasan tersebut. Keadaan sedemikian menyebabkan suhu di sesebuah kawasan

    tersebut rendah. Di samping itu, melalui hasil cerapan yang telah dijalankan ke atas kelajuan

    angin kami dapati bahawa kelajuan angin rendah jika terdapat banyaknya pokok di sesebuah

    kawasan tersebut. Hal ini kerana pokok yang banyak mampu menghalang pergerakan angin

    di udara. Oleh itu, kelajuan angin akan berkurangan. Tetapi jika kawasan tersebut lapang

    maka kelajuan angin akan meningkat kerana pergerakannya bebas di udara tanpa adanya

    halangan. Seterusnya, didapati juga melalui hasil kajian kelembapan bandingan tinggi adalah

    disebabkan terdapat banyaknya pokok di sesebuah kawasan tersebut. Kelembapan bandingan

    tinggi di kawasan yang mempunyai jumlah pokok yang banyak adalah kerana pokok akan

    menyerap tenaga matahari untuk menjalankan proses fotosintesis dan akan mengeluarkan

    wap air dan oksigen ke udara. Oleh itu, kawasan yang mempunyai banyak tumbuhan

    kelembapan bandingannya kekal lembap berbanding dengan kawasan yang kurang pokok.

    Kawasan yang kurang pokok seperti di stesen 4 yang lebih kepada kawasan perumahan dan

    deretan kedai mempunyai kelembapan bandingan yang rendah. Hal ini berlaku adalah

    disebabkan bangunan konkrit memerangkap haba yang dipancarkan secara terus oleh cahaya

    matahari sehingga menyebabkan kawasan tersebut kering dan kelembapannya rendah.

  • 6.0 RUJUKAN

    Aitken-Christie, J., Kozai, T., & Smith, M. A. L. (Eds.).(2013). Automation And

    Environmental Control In Plant Tissue Culture. Springer Science & Business

    Media.

    http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=60&Itemid=

    1133&lang=malay

    Medline Plus. 25 Mac 2014. Air Pollution. Diperolehi daripada

    https://www.nlm.nih.gov/medlineplus/airpollution.html

    Mohd Hadi Bazli Hassan. (2011). Kajian Terhadap Bukti Perubahan Iklim Di Projek

    Pengairan Barat Laut Selangor. MastersThesis, University Teknologi

    Malaysia.

    Pavese, F., & Beciet, G. M. M. (2012). Modern Gas-Based Temperature And

    Pressure Measurements. Springer Science & Business Media.

    Jabatan Meteorology Malaysia . 4 November 2015 . Penunjuk Arah Dan Kelajuan

    Angin. Diperolehi daripada

    http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=60&

    Itemid=1133&lang=malay