Tugasan Kumpulan Bhg2 s2

7
TUGASAN KUMPULAN DASAR-DASAR KERAJAAN Soalan: Jelaskan pendekatan-pendekatan baru yang diambil oleh kerajaan dalam melaksanakan Dasar Pembangunan Nasional selepas tamatnya Dasar Ekonomi Baru. Jawapan: 1.0 Pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu formula yang telah dilancarkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1970 iaitu menerusi Rancangan Malaysia Kedua (RMK2) yang bertujuan untuk memulihkan ketidakseimbangan sosio ekonomi yang wujud di antara kaum, antara wilayah dan di antara kawasan dalam wilayah yang sama. Matlamat utama Dasar Ekonomi Baru ialah perpaduan rakyat atau perpaduan negara. DEB menyediakan satu rangka asas bagi melibatkan semua rakyat Malaysia di dalam proses pembangunan dengan lebih saksama bagi mencapai perpaduan negara. Ia dilaksanakan menerusi strategi serampang dua mata iaitu mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyakkan peluang perkerjaan kepada rakyat Malaysia

Transcript of Tugasan Kumpulan Bhg2 s2

TUGASAN INDIVIDU

TUGASAN KUMPULANDASAR-DASAR KERAJAANSoalan:

Jelaskan pendekatan-pendekatan baru yang diambil oleh kerajaan dalam melaksanakan Dasar Pembangunan Nasional selepas tamatnya Dasar Ekonomi Baru.

Jawapan:1.0 Pengenalan

Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu formula yang telah dilancarkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1970 iaitu menerusi Rancangan Malaysia Kedua (RMK2) yang bertujuan untuk memulihkan ketidakseimbangan sosio ekonomi yang wujud di antara kaum, antara wilayah dan di antara kawasan dalam wilayah yang sama. Matlamat utama Dasar Ekonomi Baru ialah perpaduan rakyat atau perpaduan negara. DEB menyediakan satu rangka asas bagi melibatkan semua rakyat Malaysia di dalam proses pembangunan dengan lebih saksama bagi mencapai perpaduan negara. Ia dilaksanakan menerusi strategi serampang dua mata iaitu mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyakkan peluang perkerjaan kepada rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Malahan ia juga menyusun semula masyarakat Malaysia bagi mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.2.0 Pendekatan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

DEB telah berakhir pada tahun 1990 dan ia menjadi landasan bagi tertubuhnya Dasar Pembangunan Nasional. Jika dilihat dalam tempoh 20 tahun perlaksanaan DEB (1970 1990), ekonomi Malaysia telah mengalami perkembangan yang pesat dan mengagumkan walaupun terdapat pelbagai cabaran dan masalah.

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) terhasil berasaskan penggubalan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) yang dibuat pada 17 Jun 1991 oleh kerajaan. DPN adalah titik permulaan satu era baru ke arah membangunkan negara Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Matlamat utama DPN adalah perpaduan negara. Membentuk masyarakat Malaysia yang bersatu padu adalah amat penting kerana elemen perpaduan adalah teras bagi memantapkan lagi kestabilan sosial dan politik serta mengekalkan pembangunan negara yang berterusan. Bagi mencapai taraf negara maju, DPN telah menetapkan beberapa langkah permulaan dalam pelbagai aspek, iaitu keadilan sosial, kestabilan ekonomi dan politik, kualiti hidup dan kecekapan serta kecemerlangan kerajaan.

DPN telah digubal bagi merangkumi beberapa aspek penting iaitu:

i. Mewujudkan keseimbangan di antara pertumbuhan dan pengagihan yang saksama;

ii. Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi dan pertumbuhan yang saksama;

iii. Mengurang dan menghapuskan keadaan dan suasana sosial dan ekonomi yang tidak seimbang. Menggalakkan perkongsian yang adil dan saksama supaya faedah yang diperolehi daripada pembangunan negara dapat dinikmati bersama oleh semua rakyat Malaysia;

iv. Menggalakkan dan mengukuhkan integrasi nasional menerusi pengurangan jurang perbezaan pembangunan ekonomi di antara negeri dan di kawasan bandar dan luar bandar;

v. Membangunkan sebuah masyarakat yang maju di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping memiliki nilai-nilai sosial dan kerohanian serta perasaan cintakan negara;

vi. Memajukan pembangunan sumber manusia dan mewujudkan tenaga kerja yang berdisplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran perlu bagi menghadapi cabaran dalam pembangunan industri menerusi satu budaya kecermerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat;

vii. Menjadikan sains dan teknologi sebagai teras penting dalam perancangan dan sosioekonomi di samping menggalakkan budaya sains dan teknologi sebagai proses pembangunan ekonomi perindustrian moden.

viii. Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi, pemerhatian yang sewajar perlu diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan dapat dikekalkan secara berterusan.

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) juga menggariskan empat dimensi kearah pendekatan strategi ekonomi iaitu:i. Mengagihkan tumpuan membasmi kemiskinan di kalangan golongan termiskin di samping mengurangkan kemiskinan relatif.

ii. Mewujudkan guna tenaga dan pembangunan pesat sebuah Masyarakat Perdagangan Dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

iii. Meningkatkan penyertaan sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat dan pembentukan peluang yang lebih luas bagi sektor berkenaan.

iv. Memberi tumpuan kepada pembangunan sumber manusia bagi mencapai matlamat pertumbuhan dan pengagihan yang seimbang.

Bagi menentukan kejayaannya DPN telah dilaksanakan mengikut pendekatan-pendekatan berdasarkan perlaksanaan beberapa program penting:

i. Hasil pencapaian yang berkualiti dan berkekalan Dalam proses ini penekanan telah diberikan kepada aspek-aspek pendidikan dan latihan.ii. Persaingan dalam pasaran antarabangsa - dalam menghadapi persaingan di peringkat global, Malaysia telah meningkatkan daya tarikan pelabur dan usahawan asing supaya memperluaskan aktiviti pelaburan mereka di negara ini. Bagi mengatasi masalah halangan dan perlindungan perdagangan antarabangsa yang semakin meningkat, Malaysia telah mengamalkan dasar yang liberal. Dasar ini memberi galakan kepada sektor swasta supaya lebih bersedia supaya menghadapi sebarang risiko. Pengeksport pula digalakkan supaya mengurangkan penggantungan terhadap sistem keutamaaan am (GST).

iii. Wawasan 2020 matlamat kerajaan menjelangnya tahun 2020 ialah Malaysia akan muncul sebagai sebuah negara yang maju sepenuhnya. Oleh itu, penyertaan yang aktif oleh semua kumpulan etnik dalam pembangunan negara amat penting sekali. Melalui perlaksanaan strategi serampang dua mata, DPN terus digalakkan menerusi penggemblengan sumber-sumber negara dan menggunakan kepakaran berpotensi masyarakat majmuk bagi membina ekonomi yang mantap dan berdaya tahan dan mampu menghadapi cabaran-cabaran ekonomi negara.

3.0 KesimpulanPada keseluruhannya, DPN bergantung sepenuhnya kepada sektor swasta untuk mengambil daya usaha yang gigih bagi mencapai objektif sosioekonomi negara. Sokongan dan bantuan akan diberi oleh sektor awam menerusi usaha-usaha memperbaiki pertumbuhan dan penyediaan infrastruktur fizikal yang mencukupi.

Disamping pelaksanaan program yang dinyatakan, DPN juga telah memainkan peranan penting bagi menggalakkan penyertaan kaum Bumiputera dalam sektor pembuatan dan perhidmatan. Perhatian khusus telah ditumpukan kepada penyertaan Bumiputera dalam bidang industri kecil dan sederhana (IKS) menerusi program subkontrak dan francais. Usahasama aktif antara golongan Bumiputera dan bukan Bumiputera telah diberi galakan bagi membolehkan syarikat Bumiputera meningkatkan prospek perniagaan. Syarikat-syarikat Bumiputera telah didedahkan kepada teknologi baru disamping penyaluran modal, maklumat pasaran dan hubungan dengan pasaran antarabangsa. Ini meningkatkan lagi daya saing usahawan Bumiputera dalam perniagaan moden secara globalisasi. Penswastaan telah digunakan sebagai satu kaedah bagi mempercepatkan dan memperluasakan penyertaan Bumiputera dalam sektor swasta serta pencapaian matlamat penyusunan semula modal saham. Jawatan kuasa pelaburan asing telah diberi tanggujawab untuk meneruskan pengawasan proses penyusunan semula modal saham dengan menggalakkan syarikat-syarikat mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Seterusnya pendekatan-pendekatan baru yang perlu dilaksanakan dalam DPN ialah dengan melengkapkan Bumiputera dengan kemahiran yang secukupnya bagi menguruskan perniagaan dengan lebih cekap dan cemerlang. Agensi-agensi amanah dan perbadanan awam telah dipertanggungjawabkan untuk merancang dan menyelaras tindakan mereka dengan lebih berkesan terutamanya dalam mengumpul harta-harta baru dan membeli kepentingan tertentu bagi pihak Bumiputera. Dalam usaha menggembleng tabungan Bumiputera dan pembangunan usahawan fungsi dan peranan permodalan nasional berhad (PNB) telah diperkukuhkan lagi. Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan sebahagian daripada strategi PNB kearah usaha menggembleng tabungan Bumiputera pada sepanjang tempoh DPN yang telah berakhir pada penghujung tahun 2000.