Tugasan kumpulan esei

Click here to load reader

  • date post

    26-May-2015
  • Category

    Technology

  • view

    254
  • download

    2

Embed Size (px)

description

KAJIAN MENGENAI TAHAP PENGETAHUAN, AMALAN DAN ETIKA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM KALANGAN DOKTOR PELATIH PPUKM GGGE 2123

Transcript of Tugasan kumpulan esei

  • 1. IJAZAH SARJANAMUDA KEJURURAWATAN FAKULTI PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA GGGE 2123 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN KAJIAN MENGENAI TAHAP PENGETAHUAN, AMALAN DAN ETIKA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM KALANGAN DOKTOR PELATIH PPUKM NAMA AHLI KUMPULAN NO MATRIK MOHD HAZIQ NAQIUDDIN BIN JUNAIDI A 138458 ILHAM SYUHANA BT MOHD NAIN A 138301 MASINAWATI BT MOHAMMAD ZAINI A 137844 NIK NUR LILI RUZAINI BT NIK KAMAL A 141308 SITI HAWA BINTI MOHD NOH A 138926 PENSYARAH ENCIK MOHD JASMY BIN ABD RAHMAN

2. 2 KANDUNGAN Perkara-Perkara Muka Surat 1. Pengenalantentang Tahap Pengetahuan, Amalan & Etika Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam kalangan Doktor Pelatih di PPUKM 1.0 Pendahuluan 1.1 Penyataan Masalah 1.2 Tujuan Kajian 1.3 Objektif Kajian 1.4 Persoalan Kajian 1.5 Metodologi Kajian 3 5 6 7 7 8 2. 2.0 Sampel borang Kajian Tahap Pengetahuan, Amalan dan Etika Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam kalangan Doktor Pelatih di PPUKM 9 3. Dapatan Kajian dan Analisa Data Tahap Pengetahuan, Amalan dan Etika Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam kalangan Doktor Pelatih di PPUKM 3.0 Bahagian 1 : Data Demografik 3.0.1 Jantina 3.0.2 Umur 3.0.3 Bangsa 3.0.4 Status Perkahwinan 3.1 Bahagian 2 : Soalan Pengetahuan 3.2 Bahagian 3 : Soalan Amalan 3.3 Bahagian 4 : Soalan Etika 14 15 18 21 4. 4.0 Perbincangan 27 5. 5.0 Cadangan Penambahbaikan 31 6. 6.0 Kesimpulan 32 7. 7.0 Rujukan 34 3. 3 1.0 PENDAHULUAN Dunia kini sedang mengalami transformasi daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat maklumat. Perubahan ini telah dipercepatkan oleh kemaraan dan kepopularanmultimedia, komputer peribadi dan Internet. Ini semua dikenali umum sebagai TeknologiMaklumat (IT) (Baharuddin dan Ellington, 2000). Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang lebih dikenali sebagai Information Communication Technology (ICT) sememangnya mempengaruhi serta memberi impak yang mendalam kepada peradaban manusia pada zaman ini. Komputer dilihat sebagai salah satu simbol baru dalam perubatan apabila kita memasuki abad ke 21 (Blois 1986). Di kawasan Asia Pasifik, penggunaan komputer dalam perubatan telah ketara sejak tahun 70an lagi terutama di Australia dan Jepun (Lun 1999). Namun begitu, kawasan Asia Tenggara, tahap penggunaan komputer adalah rendah seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina berbanding negara ASEAN lain seperti Singapura (Lun 1999). Selain itu, ia lebih ketara kemajuannya di negara maju seperti Amerika Syarikat. Kajian di Amerika Syarikat, lebih 90% pengamal perubatan mempunyai capaian internet, tetapi hanya 55% sahaja mengamalkan atau menggunakannya setiap hari. Hanya 1 daripada 5 orang pengamal perubatan yang menggunakan e-mel untuk berkomunikasi dengan pesakit. Hanya 1 daripada 4 pengamal perubatan membuat transaksi melalui internet untuk pembelian ubat-ubatan. 20% daripada mereka sendiri percaya bahawa internet, komputer dan lain-lain berkaitan ICT adalah penting untuk tujuan penjagaan pesakit. Kajian di beberapa buah Hospital di India, berkaitan dengan doktor pelatih (Houseman) , 65% menggunakan internet, 25% menggunakan untuk mencari maklumat berkaitan dengan perubatan, dan 10% untuk tujuan lain (Thakker 1999). Kajian Amerika Syarikat pula, 20% berkomunikasi dengan pesakit melalui e-mel, 19% menggunakan e-mel untuk perbincangan antara pengamal perubatan, 16% untuk klinikal dan 12% untuk tuntutan insurans. Di Malaysia, tahap penggunaan teknologi Maklumat dalam perubatan masih rendah jika dibandingkan dengan profesion lain. Kajian di Universiti Malaya telah menunjukkan pengamal perubatan menggunakan komputer peribadi (Medical Tribune 2000), tetapi tidak 4. 4 menunjukkan pola penggunaan komputer, internet, dan penggunaan maklumat perubatan di kalangan doktor. Penggunaan komputer dalam jagaan kesihatan telah bermula sejak lebih 40 tahun dahulu. Penggunaan komputer dalam perubatan pada peringkat awal adalah untuk bidang biofizik, biokejuruteraan, dan penerbitan bioperubatan elektronik (Collen 1986). Tahun 1980an, menyaksikan teknologi rangkaian (network) telah mula mendapat tempat. Ini membolehkan pengguna komputer mikro dan mini dalam lingkungan hospital, dihubungkan dengan pangkalan data jabatan mereka dalam pangkalan data teragih. Dengan ini juga, pelbagai sistem maklumat di sesebuah hospital dapat dihubungkan. Pada tahun 1990an, pengurus hospital dapat menggunakan komputer mereka untuk memantau secara online, proses jagaan kesihatan sebaik sahaja ia berlaku. Tambahan pula, program semakan penggunaan dan program kepastian kualiti mula diperkenalkan untuk memantau dan mengawal kemasukan dan discaj pesakit serta membimbing pelan jagaan pesakit melalui sistem maklumat yang dilaksanakan. Penggunaan aplikasi yang lebih canggih juga mula ketara seperti penggunaan sistem penyokong membuat keputusan klinikal, sistem peringatan klinikal, penggunaan sistem yang boleh mengesan suara, dan tulisan tangan dan sebagainya. Internet juga telah mengambil alih fungsi internet di sesetengah hospital. Pendidikan kesihatan untuk pesakit dan komunikasi dengan pesakit juga telah menggunakan teknologi internet (Collen 1999). Pada masa kini, antara penggunaan komputer dalam jagaan kesihatan termasuk aplikasi seperti pengurusan sistem kesihatan, pengurusan data klinikal( sistem rekod pesakit, makmal radiologi, dan farmasi), pengebilan dan perakaunan, sistem pengimejan (computed Tomography (CT SCAN), ultrasound, perubatan nuklear, MRI) dan pencarian maklumat (sistem pencarian bibliografi seperti MEDLINE dan jurnal elektronik serta komunikasi (Blois 1986). Kebanyakan Teknologi seperti ini telah berkembang di beberapa buah hospital seperti Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan penggunaan nya adalah melibatkan semua kakitangan terutama doktor. 5. 5 1.1 PENYATAAN MASALAH Berdasarkan (Aniza Ismail, 2010), Hospital Information System (HIS) merupakan sistem informasi yang menyeluruh dan direka bentuk untuk menguruskan bahagian pengurusan, kewangan dan aspek klinikal sesebuah hospital. Sebagai salah satu medium informasi dalam bidang perubatan, tujuan HIS adalah untuk memberi jagarawatan yang terbaik kepada pesakit dengan sistem pengurusan yang terbaik dengan adanya proses elektonik data. Di Malaysia, kerajaan memberi subsidi hampir 98% kepada semua sektor perubatan awam. PPUKM telah berkembang dengan sendirinya menggunakan Total Hospital Information System (THIS). THIS telah berkembang di PPUKM melalui Caring Hospital Enterprise System (C-Hets) disebabkan oleh harganya yang lebih murah dan senang didapati di pasaran. Berdasarkan daripada negara luar yang berpengalaman menggunakan THIS, kajian membuktikan penggunaannya lebih mencabar. Di Pakistan, mereka menghadapi masalah kekurangan komitmen, kesukaran untuk menyediakan infrastruktur informasi teknologi (ICT), kesukaran untuk mendapatkan software dan hardware yang sesuai, dan kekurangan tenaga mahir dalam bidang ICT. Konklusinya, kekurangan bantuan daripada kerajaan merupakan penyebab utama kegagalan sesebuah Negara untuk menggunakan sistem ini. Dalam kajian tersebut juga, kebanyakan responden menyuarakan tentang keperluan tenaga kerja yang mahir dalam bidang ICT untuk melaksanakan sesuatu sistem teknologi. Ini kerana kebanyakan hospital yang melaksanakan sistem ini sangat kurang dari segi kemahiran menggunakannya terutama apabila sistem ini rosak atau breakdown. Oleh itu,kemahiran dalam penggunaan ICT merupakan suatu keperluan untuk semua kakitangan hospital terutama para doktor di hospital. Menurut, (MOHAMAD, 17-02-2001), Perkembangan teknologi maklumat adalah amat pesat dan meliputi pelbagai bidang. Ia membawa banyak kesan positif dalam bidang perubatan. Sebagai contoh, ICT telah membantu pakar untuk melihat gambaran pesakit melalui komputernya bagi tujuan analisis, rujukan dan cadangan rawatan. Dalam kajian ini pula, kami melihat masih ada segelintir doktor pelatih yang belum cukup ilmu teknikal dalam mengendalikan peralatan yang bersifat teknologi. Tahap pengetahuan doktor dalam menggunakan ICT adalah disebabkan oleh ketidakmahiran dalam 6. 6 menggunakan alat dan perisian yang semakin meningkat keupayaannya. Hal ini mendorong kami untuk melihat secara mendalam mengenai situasi ini. Doktor pelatih yang tidak mahir dengan ICT adalah disebabkan oleh 4 faktor iaitu : i. Kurangnya terdedah dengan kursus ICT ii. Sikap malas untuk belajar iii. Kekangan masa semasa housemanship iv. Sikap takut jika komputer mengalami kerosakan semasa menggunakannya 1.2 TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penggunaan dan penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kalangan doktor pelatih di PPUKM. Seperti yang kita tahu, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) telah menjadi sebuah hospital moden berasaskan Information and Communication Technology (ICT), dimana ia beroperasi menggunakan ICT sebagai medium utama. Pelbagai jenis teknologi moden telah diperkenalkan dan digunakan oleh PPUKM antaranya ialah aplikasi Caring Hospital Enterprise System (CHETS), Integrated Laboratory Management System (ILMS), Medipro, Order Management System (OMS), Medweb, Pharmacy Information System dan akan datang report writing juga akan dilaksanakan di PPUKM. Dengan itu perkhidmatan yang terbaik dapat diberikan kepada semua pelanggan. Namun perkara ini tidak akan terjadi jika tahap penggunaan dan penguasaan teknologi maklumat dalam kalangan doktor pelatih masih lagi kurang. Oleh itu kajian ini dibuat terhadap golongan doktor pelatih memandangkan mereka masih baru bekerja dan merupakan golongan majoriti yang menggunakan komputer untuk mengakses maklumat pesakit dan menganalisis keputusan ujian makmal setiap hari. Kajian ini dibahagikan kepada 3 aspek iaitu tahap pengetahuan, tahap amalan serta etika ketika menggunakan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi semasa bekerja di PPUKM. 7. 7 1.3 OBJEKTIF KAJIAN i. Mengetahui tahap pengetahuan terhadap teknologi maklumat dan komunikasi dal