Tugasan Kumpulan Pengayaan diri blog

21
1 PENGAYAAN DIRI : PEMBANGUNAN BLOG DAN LAMAN WEB (MTS 3042) TAJUK : PERBANDINGAN BLOG DAN LAMAN WEB AHLI KUMPULAN : BIL NAMA NO MATRIK 1. SITI NUR ASYIQIN BINTI ROSLI D20131064365 2. NORRAHEZA BINTI JA’AFAR D20131064367 3. LATIFAH NUR HANIZAH BINTI MOHAMMAD ANUAR D20131064360 4. MOHAMAD IZHAM BIN AHMAD NORBI D20131064377 KUMPULAN : C SEMESTER/SESI : SEMESTER 2 (2013/2014) NAMA PENSYARAH : PUAN SAIRA BANU BINTI OMAR KHAN

Transcript of Tugasan Kumpulan Pengayaan diri blog

Page 1: Tugasan Kumpulan Pengayaan diri blog

1

PENGAYAAN DIRI : PEMBANGUNAN BLOG DAN LAMAN WEB

(MTS 3042)

TAJUK : PERBANDINGAN BLOG DAN LAMAN WEB

AHLI KUMPULAN :

BIL NAMA NO MATRIK1. SITI NUR ASYIQIN BINTI ROSLI D201310643652. NORRAHEZA BINTI JA’AFAR D201310643673. LATIFAH NUR HANIZAH BINTI MOHAMMAD ANUAR D20131064360

4. MOHAMAD IZHAM BIN AHMAD NORBI D20131064377

KUMPULAN : C

SEMESTER/SESI : SEMESTER 2 (2013/2014)

NAMA PENSYARAH : PUAN SAIRA BANU BINTI OMAR KHAN

Page 2: Tugasan Kumpulan Pengayaan diri blog

2

Pengenalan

Pembangunan blog dan website merupakan kursus yang ditawarkan oleh pihak universiti dibawah sub-kursus penggayaan diri. Tugasan yang diberikan secara berkumpulan dan tajuk yang diberikan ialah membandingkan serta menilai kriteria laman web attau blog yang berkualiti.Tugasan ini memerlukan setiap pelajar mencari laman web atau blog yang mempunyai perbezaan ketara dari segi kriteria yang telah ditetapkan. Pelajar juga digalakan mengambil 2 jenis blog atau web yang berbeza bagi memudakan segala penilaian dapat dilakukan dengan jelas dan tepat.

Kami memilih untuk menilai website berbanding blog disebabkan kandungan website lebih banyak dan mudah dinilai berbanding blog. Web yang menjadi dipilih bagi memenuhi tugasan ini ialah laman portal rasmi Majlis Perbandaran Shah Alam dan Majlis Perbandaran Kuantan.

Page 3: Tugasan Kumpulan Pengayaan diri blog

3

1.0 Mengoptimumkan pengalaman pengguna

Masa yang diperuntukkan untuk melayari laman web (http://www.mbsa.gov.my/)

adalah lebih pantas berbanding laman web ( http://www.mpk.gov.my/ ). Hal demikian

berlaku mungkin disebabkan oleh gambar yang terlalu banyak dalam laman web tersebut.

Selain itu, reka bentuk bagi laman web ( http://www.mbsa.gov.my/ ) juga adalah lebih

mudah untuk dilayari dan mudah bagi pengguna untuk mencari maklumat. Hal demikian

adalah disebabkan oleh penyusunan kotak menu yang terdapat dalam laman web tersebut.

Rajah 1 : Laman Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kuantan

Rajah 2: Perkhidmatan atau pautan yang disediakan di laman web rasmi Majlis

Perbandaran Kuantan.

Page 4: Tugasan Kumpulan Pengayaan diri blog

4

Rajah 3: Kategori yang diletakkan di laman utama portal rasmi

Rajah 4 : Pautan yang disediakan di laman web tersebut

Page 5: Tugasan Kumpulan Pengayaan diri blog

5

2.0 Pautan dan label

Rajah 5: Pautan dan label yang mudah diakses

Pautan dan label yang digunakan dalam Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kuantan

adalah lebih jelas dan memudahkan pengguna untuk mencari sesuatu maklumat. Dalam

laman Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kuantan ini, pautan dan label digunakan dalam

bentuk teks seperti Laman Utama, Info MPK, Info Kuantan, Perkhidmatan, Berita &

Peristiwa serta Sumber. Pelanggan yang mahu menggunakan laman portal ini hanya perlu ke

label yang disediakan bagi mencari sesuatu maklumat. Berbeza pula dengan laman web rasmi

Majlis Bandaraya Shah Alam.

Page 6: Tugasan Kumpulan Pengayaan diri blog

6

Rajah 6 : Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Shah Alam

Laman web rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam turut menggunakan teks dalam

pautan dan label namun berbeza daripada pautan pada laman portal Majlis Bandaraya

Kuantan. Pautan yang digunakan dalam laman web Majlis Bandaraya Shah Alam adalah

secara umum dan ini agak menyukarkan pengguna untuk mencari sesuatu maklumat. Pautan

yang digunakan adalah MBSA, Komuniti, Shah Alam dan Warga MBSA.

Page 7: Tugasan Kumpulan Pengayaan diri blog

7

3.0 Page layout

Laman portal Majlis Bandaraya Shah Alam meletakkan item-item penting secara konsisten yang mana keseluruhan item diletakkan di dalam kotak yang mana di atasnya mempunyai maklumat utama pencarian. Kotak disusun secara konsisten dan tidak berselerak pandangan pengunjung laman tersebut.

Rajah 7: Laman Rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam

Bagi portal rasmi Majlis Perbandaran Kuantan pula, maklumat pencarian boleh dilihat agak tidak konsisten, sedikit tidak teratur, yang mana mempunyai maklumat pada bahagian tengah dan kedua-dua sisi bahagian tepi laman tersebut yang mana padat dan agak menyerabutkan mata pengunjung yang ingin mencari maklumat di laman portal tersebut.

Rajah 8 : Laman Majlis Perbandaran Kuantan

Page 8: Tugasan Kumpulan Pengayaan diri blog

8

Item-item penting pada laman rasmi portal Majlis Bandaraya Shah Alam diletakkan dibahagian tengah secara mendatar, yang mana hanya mempunyai 2 barisan maklumat yang mana memuatkan 6 kotak yang mengisi senarai item-item daripada maklumat utama yang ingin dicari oleh pengunjung portal tersebut. Penjimatan ruang dapat dilakukan oleh pengunjung. Pada laman portal rasmi Perbandaran Kuantan, maklumat penting diletakkan dibahagian tengah laman portal secara menegak dan tidak memfokuskan hanya di bahagian atas sahaja, malah ada juga pencarian maklumat di letakkan dibahagian bawah halaman tersebut.

Kedua-dua laman tersebut dilihat menyusun halaman untuk kemudahan perbandingan, pada laman portal rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam dapat dilihat maklumat utama yang ingin disampaikan seperti pengumuman, berita, perkhidmatan MBSA, tender sebut harga dan lain-lain diletakkan dibahagian atas dan dihighlightkan. Item yang berkaitan dengan maklumat utama tersebut diletakkan di dalam kotak. Imej-imej pautan juga diletakkan di dalam kotak mengikut ketegori masing-masing. Ini dapat memudahkan pengunjung portal tersebut membuat perbandingan tentang maklumat mana yang mereka ingin dan tidak ingin dicari. Bagi portal rasmi Majlis Perbandaran Kuantan, perbandingan juga boleh dibuat tetapi penyusunan item tersebut agak berterabur. Ada maklumat yang diletakkan di dalam kotak dan ada yang tidak dan tidak tersusun secara konsisten.

Portal rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam menyusun maklumat secara mendatar dan menegak. Tapi dapat dilihat lebih banyak penggunaan secara mendatar oleh laman tersebut.

: Mendatar, Menegak

Rajah 9: Laman Majlis Bandaraya Shah Alam

Bagi portal rasmi Majlis Perbandaran Kuantan, hampir keseluruhan item dapat dilihat disusun secara menegak, yang mana pengunjung perlu scroll down untuk mencari maklumat

Page 9: Tugasan Kumpulan Pengayaan diri blog

9

yang berada di bahagian bawah laman tersebut, disebabkan oleh faktor tersebut penggunaan scroll down bagi laman ini juga lebih banyak berbanding laman Majlis Bandaraya Shah Alam yang mana laman tersebut menghadkan penggunaan laman tersebut dengan menyusun maklumat secara mendatar. Kedua-dua laman ini tidak mempunyai scrolling secara horizontal.

Rajah 10: Laman Majlis Perbandaran Kuantan

4.0 Teks, Grafik, Imej, Multimedia

Page 10: Tugasan Kumpulan Pengayaan diri blog

10

Rajah 11 : Secala keseluruhan laman wab rasmi Majlis Perbandaran Shah Alam

Laman Web Rasmi Majlis Bandarya Shah Alam meletakan latar bekang berwarna

biru dan tulisan teks berwarna hitam menjadikan portal tersebut jelas kerana warna teks dan

latarbelakang berlainan warna dan sesuai dipaparkan manakala logo yang dipamerkan jelas

dapat dilihat kerana latarbelakang yang cerah menonjolkan lagi logo yang terdapat disitu.

Seterusnya, imej yang digunakan portal ini terlalu ringkas dan sukar difahami kerana

tidak berkaitan dengan apa yang ingin disampaikan kepada umum dan label yang perlu diklik

untuk ke halaman lain begitu menarik kerana terdapat gambar untuk di klik apabila ingin ke

halaman seterusnya.

Selain itu, visual yang digunakan konsisten kerana maklumat yang ingin disampaikan

berkaitan dengan visual yang dipaparkan memudahkan umum memahami perkara yang

disampaikan dan Majlis Pembandaran Shah Alam tidak memgunakan sebarang

video ,animasi atau audio, portal ini hanya menggunakan imej sebenar sebagai iklan.

Logo bagi Majlis Pembandaran Shah Alam di paparkan di setiap iklan tetapi tidak

konsisten kerana berana di kedudukan yang berlainan disetiap iklan yang dipamerkan dan

saiz banner yang digunakan amat bersesuaian dengan maklumat yang ingin disampaikan dan

menarik untuk dibaca oleh setiap lapisan.

Page 11: Tugasan Kumpulan Pengayaan diri blog

11

Rajah 12 : Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Kuantan

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kuantan menggunakan latarbelakang yang agak menarik apabila meletakan warna cerah iaitu biru cerah tetapi tulisan pada latarbelakang tersebut agak tergangu kerana warna biru pada teks tersebut hampir sama dengan warna latarbelakng. Seterusnya logo yang terdapat di situ juga tidak jelas disebabkan penggunaan warna yang tidak sesuai kerana latarbelakang dan logo keduanya adalah warna cerah.

Seterusnya, Imej yang digunakan ringkas dan jelas manakalah tulisan terdapat pada

portal tersebut mudah difahami dan label untuk diklik hanya terdapat pada nombor untuk ke

satu halaman yang lain serta imej yang dipaparkan begitu menarik dan cepat serta mudah

untuk difahami.

Selain itu, visual yang digunakan konsisten kerana segala pemberitahuan mempunyai

kaitan dengan visual dan Majlis Pembandaran Kuantan tidak memgunakan sebarang

video ,animasi atau audio, portal ini hanya menggunakan imej sebenar sebagai iklan.

Logo hanya di paparkan pada permulaan portal dan saiz banner yang digunakan

berpatuan dengan segala maklumat yang ingin disampaikan menjadikan portal ini mudah

untuk difahami.

Page 12: Tugasan Kumpulan Pengayaan diri blog

12

5.0 Senarai / List

Dalam penyusunan elemen untuk mengoptimumkan tahap pencapaian pengguna, laman Majlis Bandaraya Shah Alam mengoptimumkan pencapaian dengan menyusun item-item secara tersusun di bawah maklumat utama yang dihighlightkan. Pengguna boleh pergi ke capaian yang mereka inginkan dengan cepat, dengan penyusunan item yang teratur. Bagi laman rasmi portal Majlis Perbandaran Kuantan pula kelihatan elemen yang disusun sedikit tidak mengoptimumkan pencapaian pengguna. Penyusunan tidak disusun secara teratur. Maklumat berada di bahagian tengah juga di kedua-dua bahagian sisi laman tersebut.

Maklumat penting diletakkan dibahagian atas tengah halaman pada portal rasmi Majlis Bandaran Shah Alam, item-item diletakkan di dalam kotak beserta maklumat utama sebagai panduan untuk ke capaian seterusnya. Bagi laman rasmi portal Majlis Perbandaran Kuantan pula, maklumat diletakkan di serata halaman tersebut, maklumat utama bukan sahaja boleh diperolehi di bahagian atas tengah halaman malah juga boleh diperolehi di bahagian sisi serta di bahagian bawah halaman tersebut. maklumat disusun secara menegak yang mana memerlukan scroll down yang banyak untuk melihat maklumat yang berada di bawah. Penjimatan ruang tidak dilakukan dengan spesifik dan agak berterabur.

Kedua-dua halaman portal ini menggunakan format yang bersesuaian, menggunakan tulisan tidak terlalu besar dan kecil, menggunakan bold pada maklumat penting dan menggunakan tulisan yang boleh dibaca oleh pengguna dengan jelas. Kedu-duanya juga mempunyai perkaita dalam satu senarai, kebiasaannya maklumat utama diletakkan diahagian atas, dan item-item selanjutnya yang berkaitan dengan maklumat tersebut diletakkan dibahagian bawahnya.

Page 13: Tugasan Kumpulan Pengayaan diri blog

13

6.0 Kandungan

Laman Portal Majlis Perbandaran Shah Alam ( MBSA) menggunakan tajuk yang jelas serta mudah dilihat namun terpaksa “click” di tajuk berkenaan bagi mendapatkan pautan. Namun, berbeza bagi portal rasmi Majlis Perbandaran Kuantan yang menggunakan warna yang terang memudahkan tulisan tajuk dapat dilihat disamping jelas.Tajuk ini juga tidak perlu “click” dan hanya perlu membawa cursor dibahagian tajuk dan senarai pautan dapat dilihat.

Rajah 13 : Tajuk utama yang mudah dilihat

Rajah 14 : Tajuk yang mudah dilihat apabila laman web ini diakses

Page 14: Tugasan Kumpulan Pengayaan diri blog

14

Rajah 15 : Pautan yang mudah diakses apabila cursor diletakkan dibahagian

kategori atau tajuk

Penggunaan langkah jujukan pelaksanaan dapat dilihat apabila portal rasmi Majlis Perbandaran Shah Alam tidak tersusun disebabkan tidak menggunakan susunan huruf dan abjad ABC yang betul berbanding portal laman rasmi Majlis Perbandaran Kuantan. Selain itu, kedua-dua website dan laman rasmi majlis perbandaraan ini tidak menggunakan istilah pelik atau jargon yang menyukarkan pengguna memahami setiap maksud yang dimaksudkan di laman berkenaan.

Rajah 16 : Penggunaan gabungan huruf kecil dan besar

Page 15: Tugasan Kumpulan Pengayaan diri blog

15

Rajah 17 : Penggunaan huruf besar sahaja.

Laman portal rasmi Majlis Perbandaran Shah Alam mengabungkan penggunaan huruf kecil dan besar manakala portal Majlis Perbandaran Kuantan menggunakan huruf besar bagi setiap tajuk utama di laman berkenaan. Kedua-dua laman portal rasmi ini menggunakan perkataan dan bilangan ayat yang minimum bagi memudakan pengguna selesa dan tidak berasa pening untuk melayari website berkenaan.

Susunan maklumat yang yang jelas dan logik dipaparkan kepada pengguna bagi kedua-dua laman portal rasmi. Bagi isi kadungan pula dapat dilihat,laman portal rasmi Majlis Perbandaran Kuantan memaparkan segala pengumunan terus ke dalam laman utama. Namun bagi laman portal rasmi Majlis Perbandara Shah Alam meletakkan segala maklumat mengikut kategori bagi memudahkan pengguna mencari maklumat berdasarkan kategori yang ditetapkan. Dari segi pencarian maklumat, portal rasmi Majlis Perbandaran Shah Alam lebih cepat dan menjimatkan masa apabila telah diletakkan dalam kategori khas manakal laman portal rasmi Majlis Perbandaran Kuantan pula hanya meletakkan isu-isu semasa atau pengumuman penting dalam laman rasmi. Hal ini menyebabkan, kesukaran pengguna melaksanakan pencarian maklumat dengan pantas serta mengambil masa yang lama.

Page 16: Tugasan Kumpulan Pengayaan diri blog

16

Rajah 18 : Penggunaan kategori yang tersusun dan isi kandungan yang mudah dibaca

Rajah 19 : Isu-isu semasa yang mudah dibaca dengan pemaparan tajuk dan ayat

permulaan perenggan namun susuan tidak berstrukutur dan sesuai.

Page 17: Tugasan Kumpulan Pengayaan diri blog

17

PENUTUP

Kesimpulannya, kedua-dua laman web ini mempunyai kelebihan dan kekurangan bagi setiap kriteria, Namun, setiap kategori mahupun kriteria yang telah dinilai boleh diperbaiki dan dibaikpulih bagi melancarkan penggunaan laman web tersebut serta tersusun. Setiap laman web yang tersusun menarik minat pengguna untuk kerap menggunakan laman website berkenaan berbanding laman web yang sukar serta lambat.

RUJUKAN

Laman Portal Rasmi Majlis Perbandaran Shah Alam.

Diperoleh daripada laman web : http://www.mbsa.gov.my/

Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Kuantan

Diperoleh daripada laman web : http://www.mpk.gov.my/

\