Tugasan Kursus Kepimpinan Pengawas

download Tugasan Kursus Kepimpinan Pengawas

of 28

Transcript of Tugasan Kursus Kepimpinan Pengawas

  • 7/30/2019 Tugasan Kursus Kepimpinan Pengawas

    1/28

    NAMA : SHAMUDANUM A/P SAMUEL

    NO. MATRIK : M20121000381

    NAMA KURSUS : TEORI, REKA BENTUK DAN AMALAN KURIKULUM

    KOD KURSUS : KPF 6024

    NAMA PENSYARAH : DR. MOHAMED NOOR BIN MOHAMED TAIB

    TAJUK : PEMBINAAN KERANGKA KONSEPTUAL

    KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS

  • 7/30/2019 Tugasan Kursus Kepimpinan Pengawas

    2/28

    Latarbelakang Kursus Motivasi dan Keusahawanan

    Kursus motivasi dan keusahawanan ini sangat penting kepada pelajar-pelajar

    Pendidikan Khas kerana mereka kekurangan motivasi dan berasa rendah diri apabila

    berinteraksi dengan pelajar-pelajar aliran perdana. Di samping itu, mereka juga kurang bergaul

    dengan warga sekolah dan masyarakat sekeliling kerana sering dipandang rendah oleh warga

    sekolah dan juga masyarakat. Oleh itu, keyakinan mereka untuk berinteraksi dengan orang

    adalah kurang dan mereka tidak berasa yakin untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang

    melibatkan aliran perdana. Selain daripada itu, pelajar-pelajar pendidikan khas juga tidak

    mempunyai keyakinan dan pengetahuan dalam aktiviti-aktiviti yang melibatkan urusan jual-beli.

    Jika aktiviti-aktiviti seperti menjual aiskirim dijalankan di sekolah, mereka sering ditipu oleh

    pelajar aliran perdana kerana mereka tidak mempunyai keyakinan dalam urusan pengiraan

    wang dan sering keliru.

    Berdasarkan kepada masalah diatas, saya telah mengambil insiatif untuk merangka satu

    kursus untuk pelajar pendidikan khas. Kursus ini akan ditumpukan kepada pelajar-pelajar

    pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang mengalami masalah terencat akal ringan di

    daerah Kinta Selatan yang akan dijalankan SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah, Perak. Jumlah

    pelajar yang terlibat adalah seramai 50 orang dari seluruh daerah Kinta Selatan. Pada bahagian

    pengenalan ini, saya akan menjalaskan aliran falsafah pendidikan yang diambil, rekabentuk

    kurikulum yang dipilih, kerangka konseptual yang dicadangkan dan model kurikulum yang

    digunakan dalam merangka rekabentuk kurikulum kursus motivasi dan keusahawanan ini.

    Pengenalan

    Pelajar-pelajar pendidikan khas secara keseluruhannya kekekurangan motivasi dan

    keyakinan dalam diri mereka. Mereka sering merasakan mereka tidak berupaya untuk

    melakukan sesuatu perkara yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Ini adalah kerana

    perasaan rendah diri yang wujud dalam diri mereka. Mereka mereasakan mereka tidak dapat

    melakukan perkara-perkara sebaik pelajar-pelajar normal. Oleh itu kursus motivasi dan

    keusahawanan ini merupakan satu aktiviti yang akan memotivasikan diri pelajar pendidikan

    khas disamping meningkatkan jati diri mereka dan kemahiran mereka dalam bidang

    keusahawanan. Kursus ini juga akan meningkatkan keyakinan diri para pelajar pendidikan khas

    disamping membolehkan mereka bergaul dengan masyarakat sekeliling. Kursus ini juga

    dijalankan untuk membuka jalan kepada pelajar pendidikan khas untuk menceburi bidang

  • 7/30/2019 Tugasan Kursus Kepimpinan Pengawas

    3/28

    perniagaan secara kecil-kecilan apabila mereka meninggalkan bangku sekolah disamping

    memberi kesedaran kepada ibubapa mengenai potensi diri anak istimewa mereka.

    Aliran Falsafah bagi Kursus Motivasi dan Keusahawanan

    Bagi merangka rekabentuk kursus motivasi dan keusahawanan, saya memilih aliran

    falsafah moden iaitu aliran falsafah Progressivism dan aliran falsafah Reconstructionism. Ini

    adalah kerana aliran falsafah Progressivism adalah berpusat kepada pelajar. Aliran falsafah

    Reconstructionism pula menekankan kepada menyelesaikan masalah masyarakat seperti

    masalah sosial, ekonomi dan politik. Tujuan saya memilih kedua-dua aliran ini adalah kerana

    aliran rekabentuk berpusatkan pelajar adalah untuk memberikan pengalaman kepada pelajar

    pendidikan khas supaya mereka dapat melalui situasi yang sebenar dan memotivasikan diri

    mereka untuk melakukan dan memberi keyakinan kepada mereka bahawa mereka dapat

    perkara-perkara sebaik pelajar-pelajar normal. Guru hanya akan berperanan sebagai penasihat

    atau fasilitator dalam menyelesaikan masalah. Aliran falsafah Reconstructionism juga

    mengutamakan guru sebagai agen yang membawa perubahan kepada pelajar berdasarkan

    kehendak sesuatu masyarakat. Dimana dalam kursus ini pemahaman atau motivasi yang

    diberikan kepada pelajar-pelajar pendidikan khas akan membantu mereka berdikarai dan

    menceburi bidang perniagaan apabila mereka meninggalkan bangku sekolah dan ini akan

    mengubah pandangan dan pemikiran masyarakat terhadap golongan ini. Melalui pemilihan

    kedua-dua aliran ini, pelajar-pelajar pendidikan khas akan mendapat pengalaman dimana

    mereka dapat berinteraksi di antara satu sama lain dan juga masyarakat sekeliling dan secara

    tidak langsung akan mengubah persepsi dan pandangan masyarakat yang salah terhadap

    pelajar-pelajar istimewa. Disamping itu, pemusatan pelajar akan menjadikan mereka lebih aktif

    dan seronok untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sebegini pada masa yang akan datang..

    Oleh itu, saya berpendapat bahawa kursus ini sangat sesuai menggunakan aliran kurikulum

    berpusatkan pelajar dan juga masyarakat kerana melalui kursus ini, pelajar akan dapat

    pendedahan dan pengalaman mengenai motivasi dan keusahawanan dan secara tidak

    langsung dapat mengubah tanggapan masyarakat terhadap keupayaan pelajar-pelajar

    pendidikan khas.

    Menurut Ornstein dan Hunkins (2009), guru hanya membantu pelajar menganalisis,

    menginterprestasi dan mengembangkan idea untuk membuat sesuatu keputusan. Disamping

  • 7/30/2019 Tugasan Kursus Kepimpinan Pengawas

    4/28

    itu, aliran ini telah menetapkan bahawa pembentukkan sesuatu kurikulum hendaklah

    berdasarkan kepada kehidupan pelajar. Oleh itu, saya berpendapat bahawa aliran falsafah ini

    sesuai digunakan dalam merekabentuk kursus ini kerana ianya melibatkan penglibatan pelajar

    dalam aktiviti-aktiviti yang telah disediakan dan membolehkan pelajar berfikir secara kreatif dan

    kritis untuk mengembangkan potensi diri mereka. Kursus ini juga direka supaya pelajar

    pendidikan khas dapat melibatkan diri secara sepenuhnya.

    Aliran rekabentuk kurikulum berpusatkan penyelesaian masalah masyarakat pula

    berpendapat pendidikan seharusnya tidak hanya mementingkan individu atau berpusatkan

    pelajar sahaja, tetapi perlu berpusatkan kepada keperluan masyarakat (Ornstein, 2009). Aliran

    ini percaya bahawa sekolah dan guru memainkan peranan yang penting dalam membentuk

    semula masyarakat yang harmoni dan sempurna. Aliran ini menekankan teknik perbincangan

    dan penggunaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah. Secara

    keseluruhannya aliran reka bentuk rekonstructism ini berusaha untuk menjadikan pelajar

    berfungsi dan memberi faedah kepada masyarakat.

    Membina Kerangka Konseptual

    Kerangka konseptual adalah gambaran keseluruhan rekabentuk kursus yang hendak

    dihasilkan. Menurut Ishak (1993) teori konseptual merujuk kepada keadah penelitian dalam

    sains bagi menghasilkan generalisasi yang memungkinkan pendidik meramal dan

    mengendalikan apa yang berlaku di sekolah. Menurut Ornstein dan Hunkins (2009), kerangka

    konseptual adalah komponen-komponen kurikulum yang diorganisasi secara menegak dan

    mendatar. Bagi kerangka kursus motivasi dan keusahawanan bagi pelajar-pelajar pendidikan

    khas saya telah menyusun elemen-elemen dalam kerangka konseptual seperti gambarajah di

    bawah :

  • 7/30/2019 Tugasan Kursus Kepimpinan Pengawas

    5/28

    Rajah 1 : Perkara Asas Dalam Kerangka Konseptual

    Kerangka konseptual sangat penting dalam menyampaikan sesuatu ilmu pengetahuan.

    Ini kerana kerangka konseptual memberikan panduan kepada seseorang itu untuk menyusun

    objektif dan menetapkan matlamat sesuatu kurikulum yang hendak dirancang dan dibina.

    Kerangka konseptual adalah berdasarkan artikulasi dan seimbang. Menurut Ornstein dan

    Hunkins (2009), artikulasi merujuk kepada menyatakan sesuatu idea atau pendapat dengan

    teratur melalui ucapan dan sebutan. Ini membawa maksud bahawa semua komponen kurikulum

    yang berlaku kemudian adalah berhubungkait dengan perkara yang berlaku sebelumnya. Oleh

    itu, artikulasi merujuk kepada komponen menegak. Keseimbangan pula bermaksud

    penguasaan ilmu pengetahuan secara menyeluruh iaitu pelajar dapat mengamalkan ilmu

    pengetahuan secara seimbang seperti ilmu sains dan sastera. Oleh itu, keseimbangan lebih

    dikaitkan dengan komponen mendatar.

    Menurut Ornstein dan Hunkins (2009), komponen menegak merujuk kepada kemahiran

    yang meningkat dari satu tahap ke tahap berikutnya. Jika dilihat dari segi turutan, ianya lebih

    menjurus kepada pemeringkatan isi pelajaran daripasa konsep asas kepada konsep-konsep

    yang lebih sukar. Dalam komponen mendatar pula, skop merujuk kepada keluasan sesuatu isi

    pelajaran yang merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Keseimbangan pula

    Kerangka Konseptual

    Komponen MendatarKomponen Menegak

    Urutan KeseimbanganKesinambunga

    n

    Skop

  • 7/30/2019 Tugasan Kursus Kepimpinan Pengawas

    6/28

    bermaksud perkaitan antara pelbagai jenis pengetahuan dalam pelbagai matapelajaran. Oleh

    itu, kesemua komponen ini, saya telah gunakan dalam kerangka konseptual bagi kursus

    motivasi dan keusahawanan.

    Dalam kursus ini saya menggunakan komponen menegak dan mendatar mengikut

    turutan. Pada permulaan kursus ini, pelajar akan mengabungkan pengalaman yang mereka

    sedia ada dengan pengalaman yang mereka belajar. Kemudian diikuti dengan perkembangan

    ke bidang keusahawanan dan cara-cara membuat urusan jual beli. Perkembangan ini adalah

    daripada yang tajuk yang senanag kepada tajuk yang lebih rumuit. Sebagai contohnya dalam

    slot pertama mereka akan didedahkan kepada motivasi dan cara-cara memotivasikan diri

    sendiri dan dalam slot yang kedua motivasi akan dikaitkan dengan sikap keusahawanan

    dikalangan pelajar. Selepas itu dalam slot yang ketiga pengetahuan dan kemahiran urusan jual

    belia akan diperkenalkan dan tajuk ini mempunyai kesinambungan daripada tajuk-tajuk yang

    lepas.

    Dalam kesinambungan pula, adalah kemahiran yang meningkat dari satu tahap ke satu

    tahap. Slot-slot yang diadakan adalah berkaitan diantara satu sama lain dimana pelajar akan

    menggunakan pengalaman dan hasil dapatan mereka pada setiap slot dan akan

    menghubungkaitkannya pada aktiviti kumpulan yang akan diberikan pada akhir kurus.Dalam

    aktiviiti kumpulan ini, pelajar-pelajar dikehendaki mengabungjalinkan aspek yang telah didapati

    daripada kursus ini dan mengaplikasikanya dalam urusan jual beli yang akan dilakukan kelak.

    Ini akan membantu pelajar berfikir dengan lebih mendalam mengenai sesuatu aspek dan

    bagaiman untuk berjaya dalam sesuatu bidang dengan ilmu yang mereka perolehi..

    Komponen Menengak

    1. Turutan

    Turutan bererti bagaimana isi kandungan dan pengalaman pembelajarna

    sebelum itu dapat disatukan bagi proses pemahaman pembelajaran ke peringkat

    berikutnya. Berdasarkan kepada kerangka konseptual motivasi dan keusahawanan

    pada rajah di bawah, pada komponen menegak saya telah menandakan dengan warna

    merah untuk turutan. Turutan yang dibuat di dalam kerangka ini akan mengabungkan

    pengalaman sebelum dengan pengalaman yang baru dipelajari. Sebagai contoh, dalam

    slot pertama mengenai motivasi mempunyai tiga isi kandungan iaitu definisi motivasi

  • 7/30/2019 Tugasan Kursus Kepimpinan Pengawas

    7/28

    akan diterangkan kepada pelajar-pelajar. Selepas itu isi kandungan akan pergi ke tahap

    yang lebih tinggi iaitu kepercayaan tentang kebolehan diri dan kepercayaan diantara

    motivasi dan efikasi. Dalam slot yang kedua mengenai mengamalkan sikap

    keusahawanan pula pelajar akan didedahkan dengan keusahawanan yang

    mengandungi enam isi kandungan iaitu bertanggungjawab terhadap keputusan, peka

    kepada peluang, berani menghadapi risiko, fleksibiliti , kesanggupan belajar dari

    kesilapan dan berdaya tahan. Dalam slot ketiga pula mengandungi satu is kandungan

    iaitu mengamalkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas jual beli yang mudah

    dalamiviti kehidupan seharian.

    2. Kesinambungan

    Pada bahagian kesinambungan pula, pada peringkat awal kursus, pelajar akan

    didedahkan dengan definisi motivasi dan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan

    motivasi untuk memotivasikan pelajar dan membina keyakinan dan juga pelajar tidak

    keliru apabila ke slot yang berikutnya. Selepas itu, pelajar akan didedahkan dengan

    prinsip keusahawanan dan bagaimana melakukan aktiviti jual beli yang mudah.

    Komponen Mendatar

    3. Skop

    Skop boleh dijelaskan sebagai proses pembelajaran yang meliputi domain

    kognitif, afektif dan psikomotor dari pelbagai cabang subjek. Sebagai contoh, dalam

    kursus ini, definisi motivasi, kepercayaan tentang kebolehan diri dan kepercayaan

    diantara motivasi dan efikasi merupakan salah satu daripada aspek kognitif. Bagi aspek

    afektif pula, mengamalkan sikap keusahawanan dari segi membuat keputusan, peka

    kepada peluang, berani menghadapi risiko, fleksibiliti, kesanggupan belajar daripada

    kesilapan dan berdaya tahan. Dari segi psikomotor pula pengetahuan dan kemahiran

    pengurusan asas jual beli dalam kehidupan seharian.

    4. Integrasi

    Integrasi bermaksud perkaitan diantara pelbagai jenos pengetahuan dan

    pengalaman yang terkandung dalam pelbagai mata pelajaran. Manakala bagi integrasi

  • 7/30/2019 Tugasan Kursus Kepimpinan Pengawas

    8/28

    antara kandungan kursus, saya dapati ada perkaitan dengan dengan subjek lain. Subjek

    motivasi sebagai contohnya boleh dikaitkan dengan subjek kaunselling, agama dan

    moral. Begitu juga dengan subjek keusahawanan boleh dikaitkan dengan subjek

    ekonomi, perdagangan, agama dan moral.

    MENEGAK3.Mengamalkanpengetahuandan kemahiranpengurusanasas jual beliyang mudahdalam aktivitikehidupan

    seharian

    Afektif Psikomotor

    2.MengamalkanSikapkeusahawanan

    1. Bertanggungjawabterhadapkeputusan

    2. Peka kepadapeluang

    3. Beranimengambil risiko

    4. Amalan nilaimurni

    5. Kesanggupan

    belajar darikesilapan

    6. Berdaya tahan

    Kognitif

    1.Motivasi 2.Kepercayaandiantara Motivasidan efikasi1.KepercayaanTentang kebolehanDiri

    Moral Sivik dankenegaraan

    MENDATARPETUNJUK

    Kesinambungan Skop

    Turutan Integrasi

  • 7/30/2019 Tugasan Kursus Kepimpinan Pengawas

    9/28

    Model Kurikulum Tyler

    Setelah mengkaji dengan teliti model untuk kursus motivasi dan keusahawanan pelajar

    pendidikan khas, saya telah memilih Model Tyler. Berikut adalah model kurikulum yang

    dicadangkan oleh Tyler.

    Rajah 3 : Model Kurikulum Ralph W. Tyler

    Peringkat seterusnya ialah memilih model kurikulum yang akan digunakan bagi

    menerangkan dan menghuraikan kerangka konseptual kursus motivasi dan keusahawanan

    yang akan saya bina. Terdapat beberapa modelkurikulum yang telah dikenalpasti antaranya

    model Tyler dan Model Giles. Saya telah memilih model Tyler untuk menghuraikan kerangka

    konseptula yang telah say acadangkan kerana model ini adalah lebih mudah. Model Tyler

    menekankan kepada empat bahagian iaitu objektif, kandungan, kaedah dan penilaian. Tujuan

    saya memilih model ini kerana ianya menekankan perkembangan kurikulum untuk bidang

    pembelajaran harus berpandukan kepada soalan-soalan seperti di bawah :

    a. Apakah tujuan yang hendak dicapai pada kursus ini?

    b. Apakah pengalaman yang perlu diberikan untuk mencapai tujuan itu?

    Objektif

    Penilaian Kandungan

    Kaedah

  • 7/30/2019 Tugasan Kursus Kepimpinan Pengawas

    10/28

    c. Bagaimana mengatur pemberian pengalaman secara efektif?

    d. Bagaimana mengetahui adakah tujuan telah dicapai?

    Oleh itu, kursus motivasi dan keusahawanan ini akan dijalankan mengikut proses

    perkembangan kurikulum model Tyler iaitu berdasarkan objektif, kandungan, kaedah dan

    penilaian.. Keempat-empat proses ini penting dari peringkat awal perancangan hingga ke

    peringkat akhir selepas pelaksanaan kursus ini. Selepas mengenal pasti proses-proses tersebut

    langkah-langkah seperti di bawah telah dijalankan untuk memastikan kursus ini dijalankan

    secara teratur dan dikendalikan secara professional. Langkah-langkah yang telah diambil

    adalah seperti dibawah dan ianya berasaskan kepada objektif Model Tyler.

    Sumber objektif pendidikan didapati melalui kajian terhadap pelajar bagi :

    a. Menentukan apakah keperluan pelajar dari segi fizikal, sosial, emosi dan spiritual.

    b. Menentukan apakah pengetahuan, idea, sikap dan tabiat pelajar.

    c. Menentukan apakah minat pelajar.

    Menentukan matlamat atau objektif pendidikan yang hendakdicapai

    Pembinaan kurikulum atau pemilihan pengalamanpembelajaran

    Pengalaman pembelajaran atau kandungan pelajaran perlu

    disusun secara sistematik

    Pengujian dan penilaian perlu dibuat untuk menentukan

    pencapaian objektif

  • 7/30/2019 Tugasan Kursus Kepimpinan Pengawas

    11/28

    Sumber objektif pendidikan didapati melalui kajian terhadap keadaan semasa :

    a. Menentukan apakah pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang diperlukan dalam

    masyarakat semasa.

    b. Memastikan pendidikan dapat dipindahkan kea lam pekerjaan.

    Sumber objektif pendidikan didapati daripada cadangan pakar subjek :

    a. Melalui penulisan dan cadangan pakar.

    b. Melalui laporan yang dibuat oleh pakar atau jawatankuasa dalam bidang tertentu.

    Tapisan Objektif Pendidikan

    Falsafah boleh digunakan dalam memilih objektif sesuatu pendidikan atau kursus.

    a. Falsafah pendidikan dan falsafah sosial boleh digunakan sebagai saringan untuk

    memilih objektif pendidikan atau kursus.

    b. Nilai sesuatu yang baik, yang ditekankan dalam falsafah boleh menentukan sama ada

    menerima atau menolak sesuatu objektif.

    Falsafah juga boleh menggunakan psikologi dalam memilih objektif:

    a. Pengetahuan psikologi dapat menentukan sama ada sesuatu objektif itu sesuai atau

    tidak bagi tahap pencapaian umur pelajar.

    b. Pengetahuan psikologi memberi petunjuk tentang jangka masa belajar yang diperlukan

    oleh pelajar.

    Objektif Rekabentuk Kursus Motivasi dan Keusahawanan

    Mengambil pandangan daripada ramai pengkaji tentang keperluan komponen

    keusahawan untuk para pelajar khas tidak dapat disangkal lagi. Human (1988) umpamanya

    menyarankan agar latihan keusahawanan perlu untuk memberi pendedahan kepada para

    pelajar semasa usia masih muda. Sexton dan Kasarda (1992) berpendapat para pelajar

    memerlukan kefahaman konsep yang berkaitan dengan keusahawanan serta penerapan ilmu

  • 7/30/2019 Tugasan Kursus Kepimpinan Pengawas

    12/28

    pengetahuan perniagaan merentasi bidang lain agar dapat mengenal pasti bakat yang ada

    serta merangsang kemahiran dan perubahan sikap. Meyer (1992) menyarankan adalah sesuatu

    yang bijak untuk melatih atau menyediakan pelajar khas untuk proses keusahawanan kerana

    apabila mereka tamat persekolahan nanti, minat untuk memulakan perniagaan akan wujud.

    Berdasarkan Model Tyler, saya menetapkan dua objektif iaitu objektif umum dan objektif kursus.

    Objektif Umum

    Objektif utama dalam rekabentuk kursus motivasi dan keusahawanan ialah untuk

    mendedahkan kepada para pelajar pendidikan khas kepada konsep keusahawanan dan

    membina keyakinan diri mereka. Sebagai contoh dengan memberi motivasi kepada pelajara

    pendidikan khas dan pendedahan kepada keusahawanan, mereka dapat membina keyakinan

    diri dan bergiat dalam urusan jual beli yang mudah. Disamping itu , pelajar pendidikan khas

    akan mendapat pendedahan dalam urusan jual beli.

    Objektif Khusus 1 : Motivasi

    Objektif khusus untuk motivasi adalah :

    a. Pelajar-pelajar pendidikan khas dapat membina dan menanamkan keyakinan diri dalam

    diri mereka untuk membuat dan mencuba sesuatu yang baru.

    b. Mereka tidak akan berasa takut atau segan apabila berinteraksi dengan warga sekolah

    dan juga masyarakat sekeliling mereka dan akan dapat menonjolkan diri mereka dalam

    sebarang aktiviti sekolah dan tidak merasa rendah diri.

    c. Meningkatkan motivasi pelajar-pelajar pendidikan khas dalam kerjasama dalam

    kumpulan.

    Objektif Khusus 2

    Objektif khusus kedua pula adalah :

    a. Pelajar-pelajar pendidikan khas akan mendapat pengalaman dalam bidang

    keusahawanan.

    b. Mereka akan dapat meluaskan pemahaman dan mengamalkan prinsip asas perniagaan

    dan keusahawanan supaya boleh bertindak sebagai seorang pengguna atau pengeluar

    yang sejajar dengan nilai etika perniagaan.

  • 7/30/2019 Tugasan Kursus Kepimpinan Pengawas

    13/28

    c. Memberi pendedahan peringkat awal kepada pelajar-pelajar khas tentang pelbagai

    cabaran dan persaingan dalam dunia perniagaan.

    d. Pelajar-pelajar dapat mempelajari ilmu keusahawanan serta teknik-teknik menarik

    pelanggan.

    Objektif Sampingan 3

    Objektif kursus ketiga pula adalah:

    a. Memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar pendidikan khas mengenai kaedah

    perniagaan dan mengaplikasikan pembelajaran di dalam kehidupan seharian mereka

    disamping pelajar-pelajar akan dapat mengetahui prinsip-prinsip asas dalam pemasaran

    produk.

    b. Pelajar-pelajar pendidikan khas dapat memupuk semangat kerjasama dan tolong-

    menolong dikalangan meraka.

    c. Membantu pelajar pendidikan khas menukar corak pemikiran minda mereka dalam

    bekerja makan gaji dan mengharapkan bantuan kerajaan dan menagih simpati kepada

    usahawan yang berjaya.

    d. Memupuk sifat kreatif, inovatif, suka berusaha, jujur, bekerjasama dan mengamalkan

    cara kerja yang bersistem, tabiat kerja yang selamat, sihat dan bertanggungjawab.

    e. Memberi peluang kepada pelajar khas untuk merasai pengalaman berniaga.

    f. Memupuk, menyemai dan melahirkan budaya keusahawanan di kalangan pelajar-pelajar

    khas dan melatih pelajar-pelajar khas dalam bidang perniagaan secara amali.

    g. Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pengurusan perniagaan. Melatih pelajar

    pendidikan khas mengamalkan nilai-nilai etika dalam perniagaan.

    Objektif Sampingan

    Objektif sampingan kursus ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai

    kebolehan dan keupayaan pelajar-pelajar berkeperluan khas dan masyarakat tidak akan

    memandang rendah terhadap mereka lagi. Objektif sampingan kursus ini juga untuk memberi

    kesedaran dikalangan ibubapa tentang potensi diri anak-anak mereka dan jangan memandang

    rendah terhadap kebolehan anak mereka walaupun mereka mempunyai ketidakupayaan.

    Dengan mengikuti kursus ini juga, pelajar-pelajar pendidikan khas akan dapat berdikari apabila

  • 7/30/2019 Tugasan Kursus Kepimpinan Pengawas

    14/28

    meninggalkan alam persekolahan dan mereka tidak akan mengharapkan bantuan daripada

    ibubapa mereka atau orang lain untuk menyara mereka.

    Kandungan Kursus Motivasi dan Keusahawanan

    Berdasarkan Model Tyler, kandungan pelajaran mestilah disusun daripada muah ke

    susah. Oleh itu untuk kursus ini, saya telah menyusun kandungan kursus ini daripada tajuk

    yang mudah kepada tajuk yang susah.

    Kandungan Kursus Motivasi

    1. Kepercayaan tentang Kebolehan Diri

    Di antara faktor yang mempengaruhi motivasi pelajar ialah kepercayaan tentang

    kebolehan dan keupayaan diri. Pada dasarnya orang dewasa mempunyai dua konsep

    kebolehan. Pertama, melihat kebolehan sabagai satu entiti yang stabil dan tidak dapat dikawal.

    Ini bermakna ia merupakan satu traits manusia yang tidak dapat diubah kerana ia adalah satu

    fitrah. Mengikut pandangan ini, setiap manusia mempunyai kebolehan yang berlainan dan ada

    yang lebih tinggi kebolehan mereka berbanding dengan yang lain dan keadaan ini sudah tetap

    dan tidak dapat diubah lagi. Sebaliknya terdapat pandangan lain yang melihat kebolehan atau

    kecerdasan sebagai suatu keadaan yang sentiasa berubah dan boleh berkembang. Mereka

    berpendapat bahawa kebolehan seseorang itu adalah dalam bentuk ilmu pengetahuan dan

    kemahiran yang sentiasa berkembang. Kebolehan atau kecerdasan ini juga tidak stabil dan

    boleh dikawal melalui peningkatan minat, pembelajaran yang berpanjangan, kegigihan serta

    usaha yang tidak mengenal jemu. Segala usaha ini akna meningkatkan pencapaian dan

    kejayaan. Pelajar seperti ini akan sentiasa berusaha bagi mencapai kejayaan yang diharapkan

    dan tidak akan mudah berputus asa.

    1.2 Kaedah Koperatif

    Kaedah yang akan digunakan dalam slot ini adalah kaedah koperatif. Dalam kaedah ini,

    setiap ahli kumpulan dikehendaki bekerjasama diantara satu sama lain untuk melakukan aktiviti

    yang akan dikemukan oleh guru pendidikan khas. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada enam

    kumpulan dan setiap kumpilan mengandungi enam orang. Mereka akan dibantu oleh seorang

    fasilitator dalam kalangan guru pendidikan khas. Satu senario yang sama akan diberikan

  • 7/30/2019 Tugasan Kursus Kepimpinan Pengawas

    15/28

    kepada setiap kumpulan. Senarionya ialah lima orang pelajar akan dipilih untuk menyertai

    aktiviti lawatan sambil belajar ke Cameron Highlands selama 3 hari 4 malam. Untuk mengikuti

    lawatan itu, setiap kumpulan dikehendaki untuk membuat iklan mengenai ahli kumpulan

    mereka. Dalam komersial itu, para pelajar dikehendaki menerangkan mengenai kelebihan diri

    mereka dan setiap ahli dalam kumpulan mereka. Pelajar-pelajar boleh melukis atau menulis

    untuk mengambarkan diri mereka dan ahli kumpulan mereka. Setiap kumpulan dikehendaki

    menulis nilai-nilai yang baik dalam diri mereka. Setelah selesai para pelajar dikehendaki

    membentangkan hasil kerja masing-masing. Pelajar-pelajar yang menghadapi kesukaran untuk

    menulis atau memahami keadaan akan dibantu oleh fasilitator.

    1.3 Penilaian

    Penilaian akan dilakukan dengan melihat pembentangan pelajar dari segi cara

    pembentangan, kreativiti dan kerjasama diantara ahli kumpulan masing-masing. Kumpulan

    yang paling menonjol dari segi keyakinan diri dan motivasi akan diberikan ganjaran dalam

    bentuk hadiah. Disamping itu, kumpulan yang lain juga akan diberikan hadiah untuk

    mengekalkan motivasi diri mereka.

    1.4 Objektif

    Dalam kandungan kursus ini, objektif pertama iaitu pelajar-pelajar pendidikan khas dapat

    membina dan menanamkan keyakinan diri dalam diri mereka untuk membuat dan mencuba

    sesuatu yang baru dapat dicapai. Disamping itu mereka dapat membina keyakinan diri dan

    memotivasikan bukan sahaja diri mereka tetapi ahli kumpulan yang lain. Oleh itu objektif dari

    segi kognitif, psikomotor dan efektif dapat dicapai.

    2.Kepercayaan tentang Efikasi Diri

    Efikasi dapat dijelaskan sebagai kepercayaan ke atas keupayaan diri sendiri dan mengambil

    tindakan yang sepatutnya dalam situasi yang tertentu. Ciri-ciri efikasi mempengaruhi empat

    perkara utama iaitu pengalaman penting di masa yang lalu, vikarious, persekitaran sosial dan

    maklum balas berbentuk fisiologi dan juga emosi. Diantara faktor-faktor ini, yang paling penting

    ialah pengalaman yang kita sendiri lalui. Dalam slot ini juga pelajar-pelajar akan didedahkan

    mengenai efikasi diri melalui aktiviti-aktiviti kumpulan dan dibantu oleh fasilitator.

  • 7/30/2019 Tugasan Kursus Kepimpinan Pengawas

    16/28

    Kaedah

    Kaedah Koperatif

    Aktiviti Dalam Kumpulan

    Dalam kaedah ini, aktiviti untuk meningkatkan motivasi diri pelajar dijalankan.

    Permainan to be or knot to be akan dijalankan. Dalam aktiviti ini, pelajar-pelajar akan kekal

    dalam kumpulan yang sama. Pelajar-pelajar ini akan dibantu oleh fasilitator yang terdiri

    daripada guru pendidikan khas. Dalam aktiviti permainan ini, pelajar-pelajar akan membentuk

    satu kumpulan kecil dan mereka akan bersemuka di antara satu sama lain. Pelajar-pelajar

    dikehendaki menutup mata masing-masing. Mereka dikehendaki memegang tangan kanan

    pelajar yang berada di depan mereka. Selepas itu pelajar-pelajar akan membuka mata dan

    akan memegang tangan kiri pelajar yang lain. Selepas itu, pelajar-pelajar dikehendaki

    melepaskan diri mereka daripada silangan tangan tanpa melepaskan tangan mereka. Jika

    pelajar-pelajar bekerjasama diantara satu sama lain, mereka akan membentuk bulatan yang

    besar dan jika tidak bulatan mereka akan kekal dengan silangan tangan.

    Penilaian

    Penilaian akan dibuat oleh fasilitator dalam bentuk pemerhatian. Bagaimana ahli

    kumpulan berkerjasama di antara setiap ahli kumpulan akan dinilai. Kumpulan yang berjaya

    membuka silangan tangan tanpa melepaskan tangan mereka dikira sebagai berjaya

    mengekalkan kerjasama diantara kumpulan.

    Objektif

    Dalam kandungan kursus ini objektif kedua dan ketiga akan tercapai dimana pelajar-pelajar

    pendidikan khas tidak akan berasa takut atau segan apabila berinteraksi dengan warga sekolah

    dan juga masyarakat sekeliling mereka dan akan dapat menonjolkan diri mereka dalam

    sebarang aktiviti sekolah dan tidak merasa rendah diri. Meningkatkan motivasi pelajar-pelajar

    pendidikan khas dalam kerjasama dalam kumpulan. Oleh itu objektif dari segi kognitif,

    psikomotor dan efektif dapat dicapai.

  • 7/30/2019 Tugasan Kursus Kepimpinan Pengawas

    17/28

    2.1 Mengamalkan Sikap Keusahawanan

    Pelajar akan sentiasa menerima penerapan sikap-sikap keusahawanan melalui aktiviti-

    aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan terdorong untuk mengamalkan sikap-

    sikap tersebut dalam kehidupan seharian sehingga menjadai budaya. Budaya yang terbentuk

    ini akan dapat membantu murid mempunyai tingkah laku yang dapat menentukan kejayaan

    dalam sebarang usaha kearah keusahawanan di masa akan datang. Sikap keusahawanan

    yang akan diterapkan dalam kursus ini adalah:

    a. Bertanggungjawab terhadap keputusan

    Pelajar perlu bertanggungjawab ke atas sebarang keputusan yang diambil. Pelajar diberi

    kebebasan untuk mengawal sumber-sumber berkaitan pembelajaran dan menggunakannya

    untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan terlebih dahulu.

    Kaedah : Permainan Bingo

    Setiap kumpulan akan diberikan satu edaran kertas yang ditulis nombor dari satu hingga

    seratus. Seperti pada rajah di bawah. Selepas itu guru akan membacakan soalan matematik

    dan pelajar-pelajar dlam kumpulan dikehendaki bersamam-sama mencari jawapan dan

    menandakan jawapan tersebut pada kertas jawapan yang diedarkan tadi. Kertas nombor yang

    diberikan pada setiap kumpulan adalah tidak sama. Kumpulan yang mendapat bingo akan

    dikira sebagai pemenang. Sebagai contoh, guru akan menyatakan 20 + 30 = ?, 44 + 6 = ?, 15 +

    30 = ? dan sebagainya.

  • 7/30/2019 Tugasan Kursus Kepimpinan Pengawas

    18/28

    10 33 55 20 43 60 52 48 23

    21 46 61 49 34 16 28 54 32

    17 57 67 11 72 38 71 64 40

    41 25 45 50 63 68 19 58 27

    35 51 59 12 30 24 44 69 47

    Penilaian :

    Penilaian akan dilakukan melalui pemantauan. Kumpulan yang dapat menandakan

    jawapan yang betul pada kertas jawapan dan mendapat bingo akan dikira sebagai pemenang.

    Objektif :

    Dalam aktiviti ini, objektif pelajar-pelajar pendidikan khas akan mendapat pengalaman

    dalam bidang keusahawanan. Oleh itu objektif dari segi kognitif, psikomotor dan efektif dapat

    dicapai.

    b.Peka kepada peluang

    Pelajar perlu peka dengan keupayaan sendiri dan boleh melihat serta mengambil

    peluang yang terdapat di persekitaran. Peluang perniagaan boleh wujud akibat masalah yang

    ditimbulkan oleh orang lain. Perubahan teknologi, perubahan citarasa pengguna, perubahan

    cara hidup, perubahan sikap dan sumber-sumber alam.

    Kaedah;

    Pelajar-pelajar dalam kumpulan masing-masing dikehendaki untuk menyatakan idea

    apa yang mereka akan lakukan untuk memulakan perniagaan baru. Satu contoh akan diberikan

    kepada pelajar untuk mempermudahkan mereka mendapat idea seperti menemuramah orang

  • 7/30/2019 Tugasan Kursus Kepimpinan Pengawas

    19/28

    yang telah berjaya memulakan perniagaan baru. Pelajar-pelajar akan bekerjasama dalam

    kumpulan untuk mencari idea untuk memulakan perniagaan baru. Selepas itu setiap kumpulan

    akan membentangkan idea masing-masing.

    Penilaian:

    Penilaian akan dilakukan berdasarkan kumpulan yang dapat mencari idea yang paling

    kreatif untuk memulakan perniagaan baru.

    Objektif:

    Dalam objektif ini, pelajar-pelajar pendidikan khas dapat membina dan menanamkan

    keyakinan diri dalam diri mereka untuk membuat dan mencuba sesuatu yang baru. Disamping

    itu, ianya dapat memberi pendedahan peringkat awal kepada pelajar-pelajar khas tentang

    pelbagai cabaran dan persaingan dalam dunia perniagaan dan memberi pendedahan kepada

    pelajar-pelajar pendidikan khas mengenai kaedah perniagaan dan mengaplikasikan

    pembelajaran di dalam kehidupan seharian mereka disamping pelajar-pelajar akan dapat

    mengetahui prinsip-prinsip asas dalam pemasaran produk

    c.Berani mengambil risiko

    Pelajar perlu berani mengambil risiko dan memastikan risiko yang diambil adalahmunasabah dan berpatutuan dangan ganjaran yang diterima.

    Kaedah :

    Kumpulan satu akan diberi satu situasi dimana mereka dalam kumpulan mereka kena

    bertanggungjawab terhadap keputusan yang diambil. Sebagai contoh pelajar akan diberi aktiviti

    halangan. Dimana dalam permainan ini, pelajar akan ditutup mata dan mereka akan dipandu

    oleh rakan mereka yang lain merentasi halangan-halangan yang disediakan. Setiap ahlikumpulan akan bergilir-gilir dalam melakukan aktiviti ini. Aktiviti ini akan mengajar pelajar-

    pelajar teknik menyelesaikan masalah. Pelajar-pelajar akan belajar untuk menumpukan fikiran

    dan mematuhi arahan. Disamping itu mereka akan belajar untuk bekerjasama di antara satu

    sama lain untuk mencapai kejayaan.

  • 7/30/2019 Tugasan Kursus Kepimpinan Pengawas

    20/28

    Penilaian:

    Dalam aktiviti ini penilaian dalam bentuk pemerhatian akan dilakukan oleh guru

    fasilitator. Pemerhatian akan dilakukan dari segi keyakinan diri pelajar untuk mengikut arahan

    ahli kumpulannya.

    Objektif

    Dalam objektif ini pelajar-pelajar pendidikan khas dapat memupuk sifat kreatif, inovatif,

    suka berusaha, jujur, bekerjasama dan mengamalkan cara kerja yang bersistem, tabiat kerja

    yang selamat, sihat dan bertanggungjawab. Disamping itu pelajar-pelajar pendidikan khas

    dapat memupuk semangat kerjasama dan tolong-menolong dalam kalangan mereka.

    d. Amalan Nilai Murni

    Pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dalam setiap keputusan yang diambil oleh

    mereka. Mereka juga dapat menilai perbuatan yang baik dan yang kurang baik dalam sesuatu

    keadaan tertentu.

    Kaedah Perbincangan:

    Setiap kumpulan akan diberikan soalan mengenai satu situasi dan pelajar-pelajar

    dikehendaki membincangkan situasi tersebut dan memikirkan jawapan yang paling berkesan

    untuk situasi tersebut. Dalam kumpulan yang sama pelajar-pelajar akan diberikan satu situasi.

    Pelajar-pelajar dikehendaki membaca situasi tersebut dan berbincang dalam kumpulan.

    Selepas itu pelajar-pelajar dikehendaki membuat keputusan yang beretika. Setiap kumpulan

    perlu alternatif yang perlu diambil dan memberi sebab mengapa mereka memilih alternatif

    tersebut.

    Kumpulan 1:

    Kes 1 :

    Salmah adalah pembantu pengurusan di Bahagian Sumber Manusia di sebuah syarikat. Kawan

    baiknya Lisa memohon jawatan di syarikat tersebut dan Salmah telah bersetuju untuk menjadi

    perujuk untuk kawannya. Lisa meminta nasihat beliau untuk membuat persediaan untuk

  • 7/30/2019 Tugasan Kursus Kepimpinan Pengawas

    21/28

    temuduga. Salmah mempunyai soalan-soalan yang akan ditanya semasa ditemuduga dan

    hendak memberikan Lisa satu salinan supaya beliau boleh bersedia. Adakah tindakan Salmah

    itu betul?

    Kumpulan 2:

    Kes 2:

    Ali bekerja di bahagian kawalan kualiti. Setiap tahun, penyelianya akan memberi komputer yang

    diubah suai kepada sekolah yang berdekatan. Tiada rekod disimpan untuk pemberian ini. Ali

    sangat memerlukan sebuah komputer untuk anaknya yang sedang menuntut di kolej.

    Penyelianya menyuruhnya untuk menghantar 12 komputer ke sebuah sekolah. Apakah

    tindakan yang wajar dilakukan oleh Ali?

    Kumpulan 3

    Kes 3:

    Ah Meng adalah seorang setiausaha di bahagian Pengurusan Kemudahan. Dia telah menerima

    sebuah komputer baru dan ingin mencubanya. Walaupun penyelia beliau tidak membenarkan

    penggunaan komputer untuk urusan persendirian, dia ingin belajar mengenai email dengan

    lebih mendalam lagi. Salah satu cara untuk belajar adalah dengan menghantar email kepada

    rakan-rakan dan saudaranya. Beliau telah menghabiskan semua kerjanya dan penyelianya

    telah balik awal. Apakah tindakan yang patut dilakukan olehnya?

    Kumpulan 4

    Kes 4 :

    Kok Leong dan Rama sedang bercakap mengenai program kebaikan untuk para pekerja. Kok

    Leong yang mempunyai masalah kewangan menerangkan kepada Rama bahawa program ini

    mempunyai cara untuk membolehkannya menerima sedikit bantuan kewangan yang

    membantunya membayar rawatan perubatan emaknya. Hassan, rakan sekerja mereka telah

    mendengar perbualan tersebut. Keesokannya penyelia Hassan telah datang berjumpa

    dengannya dan menyatakan beliau telah mendengar khabar angin ada orang yang memgambil

    kesempatan terhadap program kebaikan tersebut. Apakah tindakan yang patut dilakukan oleh

    Hassan?

  • 7/30/2019 Tugasan Kursus Kepimpinan Pengawas

    22/28

    Kumpulan 5

    Kes 5:

    Ah Moi telah diambil bekerja sebagai pembantu am. Sebagai seorang pembantu am, beliau

    bertanggungjawab untuk membuat salinan dokumen-dokumen kepada ketuanya. Anaknya KokOnn datang berjumpa dengan beliau dan menyatakan bahawa dia perlu membuat salinan untuk

    projek sekolah. Dia telah membawa kertas sendiri dan memerlukan 300 salinan untuk kelasnya.

    Jika dia tidak membawa salinan tersebut, dia akan gagal projek tersebut. Mesin photostat

    syarikat belaiu tidak menyinpan rekod salinan yang dibuat. Apakah tindakan yang patut diambil

    oleh Ah Moi.

    Penilaian:

    Penilaian akan dibuat berdasarkan pembentangkan oleh setiap ahli kumpulan dan

    jawapan yang dikemukan oleh mereka.

    Objektif:

    Objektif yang dapat dicapai adalah melatih pelajar pendidikan khas mengamalkan nilai-

    nilai etika dalam kehidupan seharian dan perniagaan.

    e.Kesanggupan belajar daripada kesilapan

    Pelajar sanggup menerima kegagalan sebagai satu dorongan untuk mencapai kejayaan.

    Kegagalan merupakan satu pengajaran supaya kesilapan yang sama tidak diulangi.

    Kaedah

    Seorang pelajar dari setiap kumpulan akan bertanding dalam permainan catur.

    Pemenang dalam setiap kumpulan akan bertanding dengan pemenang dari kumpulan yang

    lain. Dalam pertandingan ini mereka akan mempelajari teknik-teknik untuk melemahkan lawan

    mereka dan memperolehi kejayaan. Pelajar yang mengatur strategi yang salah akan mendapat

    kekalahan dan pelajar yang mengatur strategi yang berkesan akan mendapat kemenangan.

  • 7/30/2019 Tugasan Kursus Kepimpinan Pengawas

    23/28

    Penilaian

    Penilaian akan dibuat melalui pemerhatian. Ahli kumpulan yang mendapat tempat

    pertama akan dikira sebagai pemenang.

    Objektif

    Dalam objektif ini pelajar-pelajar pendidikan khas akan mendapat pendedahan peringkat

    awal tentang pelbagai cabaran dan persaingan dalam dunia perniagaan. Disamping itu, pelajar-

    pelajar pendidikan khas dapat membina dan menanamkan keyakinan diri dalam diri mereka

    untuk membuat dan mencuba sesuatu yang baru.

    f.Berdaya tahan

    Pelajar berani menghadapi pelbagai cabaran dan halangan untuk menjayakan sesuatu

    projek yang diberikan. Dia perlu mempunyai daya kekuatan mental, fizikal dan emosi yang

    tinggi untuk terus bertahan di samping terus menangani segala masalah yang dihadapi dengan

    tabah sehingga berjaya.

    Kaedah

    Pelajar dalam kumpulan yang sama akan diminta untuk menghasilkan satu barangan

    yang unik untuk dipasarkan dengan bahan-bahan yang telah dibekalkan kepada mereka seperti

    kertas manila, kotak, warna, kertas A4, tin kosong dan kayu. Pelajar-pelajar dengan kreativiti

    masing-masing akan menggunakan bahan-bahan yang mereka perolehi untuk menghasilkan

    satu barangan untuk dipasarkan.

    Penilaian:

    Penilaian akan dilakukan oleh fasilitator terhadap barangan yang dihasilkan.

    Objektif :

    Objektif kandungan kursus adalah memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar

    pendidikan khas mengenai kaedah perniagaan dan mengaplikasikan pembelajaran di dalam

    kehidupan seharian mereka disamping pelajar-pelajar akan dapat mengetahui prinsip-prinsip

    asas dalam pemasaran produk. Di samping itu, pelajar-pelajar pendidikan khas juga dapat

    memupuk semangat kerjasama dan tolong-menolong dikalangan meraka. Selaian daripada itu,

  • 7/30/2019 Tugasan Kursus Kepimpinan Pengawas

    24/28

    dapat membantu pelajar pendidikan khas menukar corak pemikiran minda mereka dalam

    bekerja makan gaji dan mengharapkan bantuan kerajaan dan menagih simpati kepada

    usahawan yang berjaya.

    Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas jual beli yang mudah dalam

    aktiviti kehidupan seharian

    Pelajar boleh menguasai pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas jual beli yang

    mudah. Pelajar boleh mengamalkan pengetahuan dan lemahiran pengurusan asan perniagaan

    dalam urusan jual beli yang mudah dalam situasi kehidupan seharian . Pengetahuan dan

    kemahiran pemgurusan asas jual beli yang mudah melibatkan proses-peoses :

    a. Merancang sesuatu projek dengan teliti

    b. Melaksanakan projek mengikut langkah-langkah yang telah disediakan

    c. Memantau projek

    d. Menilai projek

    Kaedah:

    Setiap kumpulan akan diberikan bahan yang diperlukan untuk membuka gerai dan

    menjual barangan mereka di gerai tersebut. Pelajar dikehendaki menggunakan kreativi mereka

    untuk menghias dan menyusun barangan di gerai untuk menarik perhatian orang ramai untuk

    berkunjung ke gerai mereka. Barangan yang akan dijual di setiap gerai adalah sama iaitu : kek.

    muffins, kraftangan, barangan makanan dan miniman.

    Penilaian:

    Setiap kumpulan dinilai melalui jualan yang paling banyak dan cara mereka menarik

    pelanggan berkunjung ke gerai.

    Objektif :

    Objektif yang dapat dicapai daripada aktiviti ini adalah pelajar-pelajar dapat memupuk

    sifat kreatif, inovatif, suka berusaha, jujur, bekerjasama dan mengamalkan cara kerja yang

    bersistem, tabiat kerja yang selamat, sihat dan bertanggungjawab. Disamping itu dapat

    memberi peluang kepada pelajar khas untuk merasai pengalaman berniaga. Selain daripada itu

  • 7/30/2019 Tugasan Kursus Kepimpinan Pengawas

    25/28

    dapat memupuk, menyemai dan melahirkan budaya keusahawanan di kalangan pelajar-pelajar

    khas dan melatih pelajar-pelajar khas dalam bidang perniagaan secara amali.

    Objektif sampingannya dapat memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai

    kebolehan dan keupayaan pelajar-pelajar berkeperluan khas dan masyarakat tidak akan

    memandang rendah terhadap mereka lagi. Kursu ini juga untuk memberi kesedaran dikalangan

    ibubapa tentang potensi diri anak-anak mereka dan jangan memandang rendah terhadap

    kebolehan anak mereka walaupun mereka mempunyai ketidakupayaan. Dengan mengikuti

    kursus ini juga, pelajar-pelajar pendidikan khas akan dapat berdikari apabila meninggalkan

    alam persekolahan dan mereka tidak akan mengharapkan bantuan daripada ibubapa mereka

    atau orang lain untuk menyara mereka.

    Refleksi Kursus Motivasi Dan Keusahawanan

    Selepas kursus motivasi dan keusahawanan ini dilaksanakan, satu sesi validasi akan

    dibuat bagi menilai sejauhmanakna kursus ynag dilaksanakan dapat mencapai objektif yang

    telah ditetapkan. Melalui sesi validasi ini, pendapat pelajar dan guru akan didengar demi

    memperbaiki kursus ini pada masa yang akan datang. Hasil daripada pandangan pelajar-pelajar

    dan guru ini akna dijadikan sebagai refleksi kursus motivasi dan keusahawanan . Tujuannya

    supaya urus setia kursus motivasi dan keusahawanan dapat merangka semula kerangkan

    konseptual yang lebih berkualiti bagi kursus yang akan dibuat pada masa akan datang.

    Kesimpulan Kursus Motivasi Dan Keusahawanan

    Secara kesuluruhannya kerangka konseptual kursus motivasi dan keusahawanan ini

    dihasilkan berdasarkan aliran falsafah Progressivism dan falsafah Reconstructionism. Melalui

    dua falsafah ini, dua aliran rekabentuk kurikulum pula telah dipilih iaitu aliran rekabentuk

    berpusatkan pelajar dan aliran rekabentuk kurikulum ynag berpusatkan penyelesaian masalah

    masyarakat. Ini bermaksud bahawa pembinaan kerangka konseptual kursus motivasi dan

    keusahawanan ini mementingkan pengalaman pelajar dan kepentingan masyarakat dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran. Kerangka konseptual kursus motivasi dan

    keusahawanan ini telah dibentuk ini akan menggunakan Model Tyler keran amodel ini lebih

    mudah untuk menghuraikan kerangka konseptual yang dicadangkan. Prinsip asas kurikulum

  • 7/30/2019 Tugasan Kursus Kepimpinan Pengawas

    26/28

    dan pengajaran yang dicadangkan oleh Tyler merangkumi empat persoalan utama iaitu

    objektif, kandungan, kaedah dan penilaian.

    Aliran rekabentuk berpusatkan pelajar akan membantu pelajar memahami kemahiran-

    kemahiran (kesinambungan) dan setiap kandungan kursus dengan mudah. Melalaui cara

    berpusatkan pelajar juga akan membolehkan kognitif yang telah diperolehi akan lebih bersifat

    dinamik. Gabungan subjek matematik, pendidikan moral dan perdagangan akan dapat

    membantu pelajar mengikuti kursus ini denganmudah kerana mereka telah mempunyai

    pengalaman pemgalaman pembelajaran awal. Pendekatan aliran berpusatkan masyarakat

    melalui kursus mitivasi dan keusahawanan ini pula menumpukan kepada perubahan efektif dan

    psikomotor pelajar. Melalau perubahan dari segi efektif dan psikomotor ini dapat membantu

    mengubah pandangan dan persepsi masyarakat terhadap pelajar-pelajar pendidikan khas.

    Sebagai contoh dengan melihat pelajar-pelajar pendidikan khas berniaga dandengan terlibat

    secara langsung dalam aktiviti jual beli mereka, fikiran masyarakat akan terbuka dengan lebih

    luas lagi dan tanggapan mereka terhadapap pelajar-pelajar pendidikan khas akan berubah.

    Masyarakat akan mula memandang tinggi terhadap pelajar-pelajar pendidikan khas.

    Oleh itu dapat disimpuljan bahawa setiap perancangan kursus perlu mempunyai kerangka

    konseptual yang khusus agar kursus yang dirancang benar-benar dapat membentuk pelajar

    dan masyarakat seperti yang diharapkan.

  • 7/30/2019 Tugasan Kursus Kepimpinan Pengawas

    27/28

    Tentatif Kursus

    Hari Pertama

    9.00 pagi 9.30 pagi - Pendaftaran pelajar

    9.30 pagi 10.00 pagi - Sarapan pagi

    10.00 pagi10.30 pagi - Icebreaking dan Pembahagian kumpulan

    10.30 pagi 12.00 tghari - Slot 1 : Motivasi dan kepercayaan diri

    12.00 tghari 12.30 tghari - Perbincangan dan pembentangan kumpulan

    12.00 tghari 1.00 tghari - Makan Tengahari

    1.00 tghari 2.00 petang - Slot 2 : Sikap dan kemahiran seorang usahawan

    2.00 petang 3.00 petang - Mempunyai daya kreatif

    3.00 petang 3,30 petang - Perbincangan dalam kumpulan

    3.30 petang 4.00 petang - Minum petang

    4.00 petang 5.00 petang - Pembentangan hasil perbincangan dalam kumpulan

    Hari Kedua

    9.00 pagi 9.30 pagi - Sarapan pagi

    9.30 pagi 10.00 pagi - Slot 3 : Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran

    pengurusan asas jual beli yang mudah dalam

    aktiviti kehidupan seharian

    10.00 pagi12.00 tghari - Aktiviti dalam kumpulan menjual barangan

    12.00 tghari 1.00 tghari - Makan Tengahari

    1.00 tghari 2.00 petang - Aktiviti menjual barangan

    2.00 petang 3.00 petang - Aktiviti menjual barangan

    3.00 petang 3,30 petang - Mengira hasil jualan

    3.30 petang 4.00 petang - Minum petang

    4.00 petang 5.00 petang - Menilai cara-cara penjualan barangan oleh pelajar

  • 7/30/2019 Tugasan Kursus Kepimpinan Pengawas

    28/28

    RUJUKAN

    Ab. Aziz Yusof & Zakaria Yusof. (2004). Prinsip Keusahawanan (2nded.). Petaling Jaya;Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn, Bhd.

    Harold F. (2004). Motivation :Theory and Research. New Jersey : Lawrence ErlbaumAssociates, Inc.,Publishers.

    Hebb, D.O. (1995). Organization of behavior. New York : Wiley.

    Heckhausen, H. (1998). Achievement motivation and its constructs: A cognitive model.Motivation and Emotion, 4, 283-329.

    Ismail Ab. Wahab & Zarina Salleh. (2008). Budaya Keusahawanan Panduan MemulakanPerniagaan. Shah Alam : Arah Pendidikan Sdn. Bhd.

    Ismail Ramli. (2005). Inilah Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur: PTS Publications & DistributorsSdn. Bhd.

    Ornstein, A.C. & Hunkins, F.P. (2009). Curriculum : Foundations, Principles and issues. Boston:Pearson Prentice Hall.

    Zafir Mohd Makhbul & Fazilah Mohamad Hasun. (2007). Menjadi Usahawan. Selangir : PTSPublications & Distributers Sdn. Bhd.

    Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Habibah Elias. (1997). Keusahawanan dan Motivasi Diri.Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.