Tugasan Muzik

19
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER SEPTEMBER/2014 HBMS 1203 PENGAJARAN MUZIK I

description

Cara-cara untuk mengajar murid-murid menyainyi lagu yangmempunyai 16 bar. Cara-cara untuk membuat analisis sesebuah lagu.

Transcript of Tugasan Muzik

HBPE1203

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASASEMESTER SEPTEMBER/2014HBMS 1203PENGAJARAN MUZIK IKANDUNGAN

MUKASURAT

1.0 PENGENALAN

2-32.0 LAGU KANAK-KANAK YANG MEMPUNYAI

16 BAR DENGAN RENJ YANG SESUAI DAN 5

SEBAB LAGU TERSEBUT SESUAI DIGUNAKAN

SEMASA KELAS NYANYIAN.

4-53.0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGAJAR LAGU

TERSEBUT

6-74.0 RANCANGAN MENGAJAR NYANYIAN TAHAP 1

SELAMA 30 MINIT MENGIKUT URUTAN LANGKAH

YANG SESUAI.

7-105.0 ANALISIS SKOR LAGU TERSEBUT

10

6.0 CORAK IRAMA YANG SESUAI DENGAN

MENGGUNAKAN TIGA ALAT PERKUSI TANPA PIC

UNTUK MENGIRINGI LAGU PILIHAN.

11

7.0 KESIMPULAN

128.0 RUJUKAN

121.0 PENGENALANMuzik merupakan satu saluran unik yang boleh menentukan tahap pencapaian mana-mana tamadun. Hal ini demikian kerana segala bentuk seni termasuk muzik dapat membezakan tingkahlaku manusia daripada makhluk yang lain. Malah kajian-kajian dalam bidang arkeologi dan antropologi menunjukkan bahawa manusia pernah mengadakan pelbagai jenis aktiviti muzik sepanjang zaman. Muzik juga merupakan satu bidang yang kaya dengan pelbagai jenis pengetahuan, kemahiran dan cara-cara berfikir yang berbeza dari zaman ke zaman dan dari satu lokasi ke satu lokasi. Kebolehan bermain alat muzik, menyanyi atau menghiburkan diri mahupun untuk perkembangan intelek adalah wajar bagi setiap insan.Selain daripada itu, muzik juga merupakan satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semulajadi dan persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran dan emosi manusia yang boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu. Menurut Campbee 1995, muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan kanak-kanak prasekolah dalam bentuk elemen muzik. Suara merupakan satu alat muzik yang semulajadi yang berkesan dimiliki oleh semua orang. Kanak-kanak menggunakan suara sebagai alat untuk melahirkan perasaan gembira, sayang, sedih, takut atau seronok. Cara yang terbaik bagi kanak-kanak menggunakannya untuk menimba pengalaman muzikal ialah melalui kegiatan nyanyian. Oleh itu nyanyian merupakan aktiviti yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran muzik asas yang terbaik dalam perkembangan dan kemahiran muzik. Pembelajaran muzik di sekolah-sekolah adalah satu dimensi yang memberi peluang kepada murid untuk mencapai kejayaan. Hal ini adalah kerana, setiap murid mempunyai kecenderungan yang berbeza. Tidak semua murid cemerlang dalam bidang akademik. Sebahagian murid yang tidak berminat dalam bidang akademik mungkin cemerlang di dalam bidang muzik. Salah alat muzik semulajadi yang berkesan dimiliki oleh semua orang ialah suara. Kanak-kanak menggunakan suaran sebagai alat untuk meluahkan perasaan gembira, sayang, sedih, takut atau seronok. Cara yang baik bagi kanak-kanak menggunakannya untuk menimba penyaluran muzikal ialah kegiatan menyanyi. Oleh itu nyanyian merupakan aktiviti yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran muzik asas yang terbaik dalam perkembangan dan kemahiran muzik. Oleh itu nyanyian dan permainan perkusi merupakan komponen-komponen yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik di sekolah rendah. Menyanyi atau nyanyian merupakan aktiviti teras atau utama dalm konteks kurikulum Pendidikan Muzik di negara kita, pada peringkat awal persekolahan. Dalam proses untuk mempelajari sesebuah lagu, ia melibatkan pengetahuan dan kemahiran. Manakala permainan alat perkusi pula merupakan aktiviti yang menarik dan sangat sesuai untuk murid sekolah rendah.Sejarah mengenai alat-alat perkusi memang telah lama wujud. Ia merupakan sejenis alat muzik yang terawal yang digunakan di dunia ini. Manusia pada zaman dahulu mengetuk dinding-dinding gua, bongkah-bongkah batu dan kayu berongga secara tidak sengaja dan hasil bunyi tersebut telah dijadikan sebagai isyarat atau suatu bentuk komunikasi bagi suatu maksud tertentu. Alat-alat perkusi boleh ditemui di mana-mana sahaja. Setiap etnik,kaum atau bangsa mempunyai alat perkusi yang melambangkan identiti mereka yang tersendiri. Perkusi menjadi melodi asas atau basic rhythmuntuk sesebuah lagu. Ini adalah sebab rentak perkusilah yang akan menentukan corak dan jenis lagu tersebut. Pada kebiasaannya perkusi ialah alat muzik yang dimainkan untuk menjaga tempo sesebuah lagu. Instrumen muzik perkusi tidak hanya dimainkan sebagai pengiring atau ritma, tetapi sebagai melodi dan memainkan harmoni. Perkusi umum dianggap sebagai tualng belakang atau jantung dalam sesebuah pertunjukan muzik. Terdapat dua jenis alat perkusi iaitu yang mempunyai pic dan tidak mempunyai pic. Permainan alat perkusi merupakan aktiviti yang menarik dan sangat sesuai untuk murid sekolah rendah. Pada usia sebegini, kanak-kanak dapat merasai konsep muzik melalui pengalaman bermain muzik. Permainan alat perkusi adalah mudah dan praktikal untuk mengiringi nyanyian hanya dengan memainkan corak irama yang dipelajari. Di samping itu, permainan alat perkusi juga akan membantu koordinasi gerakan anggota badan murid. Semasa bermain alat perkusi murid berpeluang meneroka kreativiti mereka. Seterusnya permainan alat perkusi secara ensembel memupuk semangat kerjasama dan toleransi, displin dan rasa bertanggungjawab.2.0. LAGU KANAK-KANAK YANG MEMPUNYAI 16 BAR.Berdasarkan kepada tugasan HBMS1203 (Pengajaran Muzik I) saya telah memilih lagu kanak-kanak yang sepanjang 16 bar bertajuk Berlari Di Padang

2.1 LIMA SEBAB LAGU TERSEBUT SESUAI DIGUNAKAN SEMASA KELAS NYANYIAN.Pemilihan lagu yang baik bergantung kepada aspek-aspek usia, minta dan keupayaan murid. Terdapat beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi semasa pemilihan lagu untuk pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik.

2.1.1 Lagu tersebut mempunyai melodi yang indah.Melodi yang indah ini akan menimbul suasana yang seronok ketika murid-murid menyanyi lagu tersebut.2.1.2 Lagu tersebut juga mempunyai renj suara yang sesuai.Bagi suara nyanyian, pic terendah dan tertinggi adalah dikenali sebagai renj suara. Pemilihan lagu Berlari Di Padang untuk tugasan ini didapati bersesuaian dengan renj suara kanak-kanak iaitu dalam lingkungan not F hingga not C. Dengan lirik yang mudah serta ringkas, lagu ini membolehkan murid untuk menyanyi dengan mudah dan dapat menghafal liriknya dengan cepat. Tambahan pula, bait-bait liriknya yang mudah mampu memberikan peluang kepada murid-murid tahap satu menyanyikan lagu ini dengan betul.2.1.3 Lagu ini mempunyai melodi yang berulang.Melodi yang berulang akan memudahkan murid-murid untuk mengingati lagu tersebut. Ini akan menambahkan minat mereka untuk mempelajari lagu tersebut.2.1.4 Senikata lagu tersebut juga ada perkaitan dalam aktiviti harian murid.Murid-murid akan lebih teransang sekiranya senikata lagu tersebut mempunyai perkaitan dengan aktiviti harian mereka.2.1.5 Mud lagu ini yang riang dan pelbagai. Melalui lagu ini, murid juga dapat mengekspresikan mud dan membuat gerakan bebas mahupun berpandu bagi menunjukkan mud riang dan bersemangat. Guru juga boleh melakukan pelbagai aktiviti sampingan sewaktu mengajar dan tidak hanya menumpukan pada nyanyian sahaja. Guru boleh mengadaptasikan lagu ini dengan melakukan aktiviti bermain alat perkusi ketika menyanyi. Guru juga boleh melakukan aktiviti gerakan sambil menyanyi.

3.0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGAJAR LAGU TERSEBUT.Terdapat sepuluh langkah untuk memperkenalkan lagu tersebut kepada murid-murid agar dapat menarik minat mereka adalah seperti berikut:3.1 Perkenalkan tajuk lagu kepada murid-murid sambil itu menerangkan latarbelakang lagu tersebut. Galakkan murid-murid berkongsi idea dan maklumat tentang lagu tersebut.3.2 Perkenalkan lagu tersebut dengan memainkan keseluruhan lagu tersebut menggunakan pemain DVD. Biarkan murid-murid mendengar lagu tersebut beberapa kali. Jika boleh, mainkan lagu tersebut beberapa hari sebelum diajar kepada murid. Ini akan memberi pengetahuan sedia ada kepada murid-murid.

3.3 Selepas itu,suruh murid-murid menepuk tangan dalam rentak dan nada yang sama. Perkenalkan murid-murid kepada nadi lagu tersebut terlebih dahulu dengan meter lagu yang betul agar mereka dapat merasa nada lagu tersebut.

3.4 Sediakan skor lagu yang berasingan untuk setiap frasa lagu tersebut. Bincang tentang aspek yang terdapat dalam lagu tersebut seperti nada,melodi dan irama.

3.5Guru perlu menyanyi atau memainkan frasa pertama lagu tersebut. Frasa tersebut hendaklah dinyanyikan dengan nada,melodi dan irama yang betul agar murid-murid dapat menyanyikan semula frasa tersebut dengan betul.

3.6Selepas guru menyanyikan frasa yang pertama, murid-murid dikehendaki untuk menentukan pic yang tertinggi dan terendah dalam frasa pertama. Murid-murid dikehendaki melukis kuntur melodi dalam setiap frasa tersebut menggunakan lirik lagu yang disediakan.

3.7Kemudian, murid-murid dikehendaki untuk menyanyikan frasa tersebut dalam nada tempo dan melodi yang sama dengan guru. Frasa ini perlu diulang sehingga majoriti murid dapat menyanyikan frasa pertama dengan pic,melodi dan irama yang betul.

3.8 Setelah murid-murid dapat menyanyi frasa dengan betul, murid-murid akan diperkenalkan kepada frasa kedua.Kemudian kembali ke frasa pertama dan suruh murid menyanyikan kedua-dua frasa tersebut.Tambahkan frasa yang seterusnya dengan cara yang sama.

3.9Kerapkan latihan menyanyi lagu tersebut dan cabar murid-murid untuk menghafal lagu tersebut. Suruh murid-murid menyanyikan lagu tersebut tanpa iringan muzik. Di samping itu, guru perlu membetulkan kesalahan murid-murid seperti pic, melodi dan irama.

3.10Akhir sekali suruh murid-murid iaitu secara ensembel menyanyi keseluruhan lagu tersebut dengan iringan muzik.

4.0 RANCANGAN MENGAJAR NYANYIAN TAHAP 1 SELAMA 30 MINIT MENGIKUT URUTAN LANGKAH YANG SESUAI.

Tarikh : 13 Oktober 2014

Kelas : Tahun 2 Bestari

Waktu : 1000-1030 pagi

Bilangan Murid : 25 orang

Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik

Bidang : Nyanyian dan gerakan

Tajuk Lagu : Berlari Di Padang.

Pengetahuan sedia ada : Murid-murid pernah menyanyi beberapa buah lagu yang

lain.

Kemahiran : 1.10 Menyanyi dengan terkawal dan teratur.

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid dapat :

i) Mennyanyi dengan pic, tempo dan sebutan yang betul.

ii) Menyanyi secara seragam dalam kumpulan.

iii) Menepuk peha dan memetik jari mengikut irama dan detik

lagu.

Konsep muzik : Irama dan detik.

Penerapan nilai murni : Bekaerjasama dan berdisplin.

Penggabungjalinan : Bahasa Melayu, Pendidikan Moral.

ABM

: Kibod, carta lagu dengan lidi notasi, kad imbasan.

LangkahIsi PelajaranAktiviti Pengajaran (Guru)

Aktivit Pembelajaran (Murid)

Set Induksi

(3minit)Memperkenalkan pic rendah dan tinggi melalui latihan solfa dalam bentuk la,la,lai)Guru memperkenalkan pic rendah dan tinggi melalui latihan solfa dalam bentuk la,la,la.ii)Guru memainkan tangga nada C Major dalam kibod.

Sambil menyebut la,la,laiii)Guru menyuruh murid-murid menyebut mengikut dia.iv) Guru mengarah murid-murid supaya bangun perlahan-lahan apabila guru memainkan tangganada menaik C Major kemudian duduk perlahan-lahan apabila guru memainkan tangganada menurun C Major. Setelah murid-murid dapat menguasainya, guru memperkenalkan pic rendah sambil menekan not C bawah dan pic tinggi dengan menekan not C atas di kibod.v) Setelah aktiviti di atas selesai guru memperkenalkan tajuk lagu yang akan dipelajari iaitu Berlari Di Padang dan mulakan pelajaran.

i)Murid-murid mendengar dan memerhati cara guru buat.ii) Murid-murid membuat aktiviti yang diarahkan oleh guru, iaitu bangun perlahan apabila guru memainkan tangganada C Major menaik dan duduk perlahan apabila guru memainkan tangganada C Major menurun.

Langkah 1

(5 minit)Memperkenalkan lagu Berlari Di Padangi) Guru menayangkan carta lagu dengan notasi lidiBerlari Di Padangii) Guru membaca senikata lagu baris demi baris.iii) Guru menyuruh murid-murid membaca senikata lagu selepas dia.

iv) Guru menyuruh murid-murid membaca sendiri senikata lagu.i)Murid-murid mendengar dan memerhati guru membaca senikata lagu baris demi baris.ii) Murid-murid membaca senikata lagu selepas guru.

iii) Murid-murid membaca senikata lagu dengan sendiri.

Langkah 2

(6 minit )Nyanyian lagu Berlari Di Padang secara kelas tanpa iringan muzik.i)Guru menyanyikan lagu baris demi baris ii) Guru menyuruh murid supaya menyanyi mengikut dia.iii) Guru menyuruh murid menyanyi dengan sendiri.iv) Membetulkan kesalahan murid.i)Murid-murid memerhati dan mendengar dengan teliti.

ii)Murid-murid menyanyikan lagu tersebut mengikut guru.iii) Murid menyanyi dengan sendiri.iv) Murid membetulkan kesalahan mereka dalam nyanyian.

Langkah 3

( 6 minit)Menyanyi lagu Berlari Di Padang

secara kelas dan kumpulan dengan iringan muzik.i) Guru menyanyikan lagu tersebut dengan iringan muzik.ii) Guru menyuruh murid supaya menyanyi bersama-sama.iii) Guru membetulkan kesalahan murid dalam nyanyian.

iv) Guru menyuruh murid menyanyi dalam kumpulan.i)Murid mendengar dan memerhati cara guru menyanyi dengan iringan muzik.ii) Murid menyanyi bersama guru.

iii) Murid membetulkan kesalahan mereka.

iv) Murid menyanyi dalam kumpulan.

Langkah 4

( 5 minit)Konsep muzik irama dan detik lagu.Menepuk peha dan memetik jari secara kelas dan kumpulan.i)Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan.ii)Guru menunjukkan cara menepuk peha mengikut irama lagu dan memetik jari mengikut detik lagu.iii) Guru mengarah murid membuat aktiviti tersebut mengikut kumpulan.

Kumpulan 1 = Menepuk peha mengikut irama lagu.

Kumpulan 2 = Memetik jari mengikut detik lagu.

i)Murid berada dalam kumpulan masing-masing.ii) Murid memerhati tunjuk cara guru dan mendengar arahan guru.iii) Murid membuat aktiviti yang diarahkan oleh guru mengikut kumpulan masing-masing.

Penutup

(5 minit)Menyanyi lagu Berlari Di Padang

secara ensemble sambil menepuk mengikut detik .i)Guru menunjukkan cara menepuk mengikut detik.ii) Guru mengarah murid supaya menyanyi sambil menepuk tangan mengikut detik lagu dan bersurai.i)Semua murid mendengar penerangan guru.ii) Murid-murid menyanyi sambil bertepuk tangan mengikut detik lagu.

5.0 ANALISIS SKOR LAGU TERSEBUT.Semasa membuat analisis skor lagu,terdapat beberapa perkara penting dalam unsur muzik yang harus dipertimbangkan tajuk lagu, tanda masa, tanda nada, jumlah bar, bentuk dan tekstur lagu tersebut.

5.1 Tajuk lagu : Berlari Di Padang.5.2 Tanda masa : Lagu Berlari Di Padang ini mempunyai tanda masa

5.3 Tanda nada : Lagu Berlari Di Padang ini ditulis dalam nada C major.5.4 Jumlah bar : Lagu Berlari Di Padang mempunyai 16 bar

5.5 Bentuk : Bentuk lagu Berlari Di Padang adalah Bentuk AB (Binari). Bentuk

Binari merujuk kepada muzik yang hanya mempunyai dua bahagian yang utama. Bahagian yang pertama dilabel sebagai A dan bahagian kedua

dilabel sebagai B. Bagi lagu Berlari Di Padang, frasa pertama dan kedua

(bar 1 8) adalah bahagian A manakala frasa ketiga dan keempat (bar 9-

16) adalah bahagian B.

5.6 Pencipta Lagu : Cik Susie Khar dan Amri Ahmad.

5.6 Tekstur : Lagu Berlari Di Padang mempunyai tekstur monofoni. Tekstur monofoni

adalah tekstur muzik yang hanya mempunyai satu baris melodi.Pada

asasnya dalam tekstur monofoni,hanya satu bunyi sahaja yang dapat

didengar pada satu masa. Lagu Berlari Di Padang hanya mempunyai satu

baris melodi.6.0 CORAK IRAMA YANG SESUAI DENGAN MENGGUNAKAN TIGA ALAT PERKUSI TANPA PIC UNTUK MENGIRINGI LAGU PILIHAN.

7.0 KESIMPULAN

Menyanyi merupakan teknik paling mudah untuk meluahkan perasaan bagi seseorang terutamanya kanak-kanak. Oleh itu. Secara tidak langsung, aktiviti menyanyi memenuhi keperluan untuk menyampaikan perasaan dan buah fikiran. Sejak zaman dahulu lagi, menyanyi menjadi medium untuk meluahkan perasaan dan berkongsi pengalaman seseorang. Lagu pula merupakan komunikator yang hebat terutama bagi kanak-kanak.(Philip,1990). Proses menyanyi melibatkan tiga bentuk utama dalam pembelajaran iaitu kognitif (pengetahuan), psikomotor (kemahiran), afektif (perasaan dan sikap). Bagi kanak-kanak, menyanyi adalah salah satu aktiviti semulajadi yang boleh dilakukan secara spontan seperti mana kita bertutur. Oleh guru merupakan individu yang bertanggungjawab memainkan peranan yang penting untuk mencapai objektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai kaedah pendekatan dalam pengajaran perlu diaplikasikan supaya murid tidak merasa bosan. Hanya melalui kepelbagaian kaedah pengajaran, pendekatan dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang menepati gaya pembelajaran murid yang berbeza sahaja akan menghasilkan pembelajaran efektif, menarik dan bermakna. Di samping itu, guru juga perlu pandai memilih, menambah, menukar dan mengubahsuai kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap keperluan dan keupayaan murid-murid di dalam bilik darjah.(2392 patah perkataan)

8.0 RUJUKAN

C.H Lee (2004). Pendidikan Muzik KBSR Tahun 4. Rhythm Distributor Sdn.Bhd.

Loh,P.K.(1991). A handbook of music theory. Kuala Lumpur: Penerbit Muzikal.

Kementerian Pendidikan Malaysia.(2003). Buku Sumber Guru Pendidikan Muzik KBSR. Pusat Perkembangan Kurikulum.Johari Abdullah (1993).Pendidikan muzik semasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

4

4

PAGE 1