Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

download Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

of 50

Transcript of Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    1/50

    DISEDIAKAN OLEH:

    MAZNAH BT. ABDULLAH KAMAR

    NOORHAMIMAH BT. JULI

    NOR SHAKIAH BT. HUSSAIN

    ZUBAIDAH BT. ZUBIR

    PPG PJJ Ambilan Jun 2013 Kohort 1

    Pendidikan Khas

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    2/50

    1. PENDEKATAN PROSES & PRODUK

    2. PENDEKATAN DBAE

    3. PENDEKATAN CHAPMAN

    4. PENDEKATAN PSV KBSR

    5. PENDEKATAN PENDIDIKAN SENI JOHN A. MICHAEL

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    3/50

    PENDEKATAN

    PROSES & PRODUK

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    4/50

    Dibentuk pada lewat 60-an untuk memenuhi kehendak penilaian

    yang berorientasikan objektif.

    Dikemukakan oleh Stufflebeam(1971)

    Juga dikenali sebagai model Konteks-Input-Proses-Produk

    (KIPP).

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    5/50

    Tugas para penilai ialah mengumpul data, merancang,

    menganalisis menyediakan maklumat untuk memilih tindakan

    alternatif dan melaporkan.

    Menurut Stufflebeam, tindakan boleh dibuat dalam empat

    bahagian iaitu

    -keputusan mengenai persekitaran (konteks)

    -keputusan mengenai sumber (input),

    -keputusan mengenai pelaksanaan (proses)

    -keputusan mengenai hasil (produk).

    Tujuan utama penilaian ini ialah untuk mengaitkan matlamat,konteks,input dan proses dengan hasil program

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    6/50

    Bagaimana Pendekatan Ini Boleh Digunakan

    Dalam Penilaian Keberkesanan PSV?

    Penilaian Konteks

    Penilaian konteks tertumpu kepada persekitaran, di mana

    perubahan akan berlaku dan masalah persekitaran yang

    dihadapi.

    Tujuan penilaian ini adalah untuk menentukan kesesuaian

    persekitaran dalam membantu pencapaian matlamat dan

    objektif program.

    Untuk menguji keberkesanan program PSV sebagai contoh,

    penilaian konteks ialah kerelaan objektif PSV dengan

    Falsafah KBSR/KBSM.

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    7/50

    Objektif-objektif PSV dibentuk dengan tujuan untuk memenuhi

    aspirasi negara, masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-

    guru dalam PSV, keyakinan guru mengajar dan sikap guru

    dalam penerimaan perubahan.

    Dalam perancangan sesuatu program, masalah guru dan

    keyakinan guru untuk mengajar dan sikap guru terhadap

    perubahan perlu juga diambil kira kerana guru merupakan

    sumber yang penting untuk menentukan kejayaan programtersebut.

    Mengikut Abdul Raof Dalip (1989) sesungguhnya kejayaan

    sukatan pelajaran baru bergantung besar kepada keupayaan

    guru untuk melaksanakannya dengan penuh semangat dandedikasi.

    Oleh itu, guru sepatutnya memahami terlebih dahulu tentang

    sesuatu kurikulum dari segi matlamatnya.

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    8/50

    Penilaian Input

    Penilaian input pula tertumpu kepada sumber yang terlibat

    dalam membantu pencapaian matlamat dan objektif program.

    Penilaian input dalam kajian ini ialah kemahiran dan

    pengetahuan guru, peralatan, bengkel, kemudahan, jadual dan

    peruntukan waktu mengajar, peruntukan kewangan dan

    peranan pengetua.

    Di sinilah terletaknya kemahiran dan pengetahuan seseorang

    pengetua, penolong-penolong kanan dan penyelia petang

    dalam menyusun jadual waktu agar ia sesuai dengan kehendak

    guru yang mengajar mata pelajaran tersebut.

    Jadual waktu yang sistematik kurang menimbulkan masalah

    kepada guru-guru terutamanya dari segi kelicinan proses

    pengajaran dan pembelajaran.

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    9/50

    Penilaian Proses

    Penilaian proses tertumpu kepada proses yang digunakan untuk

    mencapai objektif dan matlamat program.

    Maklumat ini perlu diketahui dari masa ke masa untuk mengawal

    pelaksanaan program.

    Untuk kajian ini penilaian proses ialah cara pengajaran dan

    pembelajaran guru-guru PSV, cara guru menilai kerja-kerja projekdan kursus PSV yang diikuti oleh guru.

    Strategi pengajaran dan pembelajaran yang disarankan bagi mata

    pelajaran PSV berdasarkan kepada pembelajaran melalui

    pengalaman.

    Terdapat banyak aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

    bersesuaian disarankan. Ini termasuklah kerja amali, projek, tunjuk

    cara, kerja luar, main peranan, sumbang saran, dan kaji siasat.

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    10/50

    Penilaian Produk

    Penilaian produk tertumpu kepada hasil program setelah ia

    tamat dilaksanakan. Penilaian produk dalam kajian ini ialah

    hasil perubahan sikap pelajar, pencapaian objektif PSV

    Sikap pelajar juga merupakan faktor yang dapat menentukan

    pencapaian matlamat pengajaran dan pembelajaran.

    Rummers dan Gage (1987) dipetik dari Rohaty (1990),

    menyatakan bahawa sikap mempunyai pengaruh yang dapat

    mencorakkan pengajaran di dalam bilik darjah.

    Ramlah (1993) menegaskan bahawa ada empat proses sikap

    yang pengaruhi pembelajaran iaitu integrasi, perbezaan,kejutan, dan penerimaan.

    Keempat-empat proses ini dapat menentukan sama ada pelajar

    dapat menyesuaikan diri dengan pengajaran dan pembelajaran.

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    11/50

    PENDEKATANDbae

    Discipline Base ofArt Education

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    12/50

    Discipline Base of Art Education ( DBAE ) terbentuk melalui

    gerakan reformasi kurikulum pada tahun

    1950-an dan 1960-an :

    Pada tahun 1967 Elliot Eisner bekerja di Stanford University, di

    bawah sponsor dari Yayasan Kettering. Beliau adalah pendahulu

    konsep disiplin dalam DBAE.

    pengenalan

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    13/50

    Sekitar 1980-an, DBAE disokong melalui inisiatif dan program

    yang dibiayai oleh J. Paul Getty Trust.

    Pada tahun 1983, Trust membentuk pusat pendidikan dalam seni

    dan LeiLani Lattin-Duke berkhidmat sebagai Pengarah Program.

    Menurut Eliot Siener, terdapat banyak cara untuk melihat dan

    mentafsirkan dunia, dan seni adalah tetingkap yang melaluinya

    kita boleh melihatnya"

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    14/50

    DBAE meliputi 4 asas disiplin seni iaitu :

    i. Produk Seni

    ii. Sejarah Seni

    iii. Kritikan Seni

    iv. Estetika

    4 asas disiplin seni

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    15/50

    Disiplin Produk Seni

    Dalam disiplin penghasilan produk seni ianya lebih

    menegaskan kepada tatacara, kaedah dan proses

    menghasilkan karya atau produk seni.

    Disiplin ini memerlukan pendidik menegaskan tentang

    penggunaan langkah-langkah artistik dan proses kreativiti

    sebagai langkah penghasilan karya.

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    16/50

    Seni untuk pernyataan diri (ekspresif) memerlukan pelajar melaluibeberapa peringkat pembelajaran kajian dan penerokaan untuk

    mewujudkan pengalaman iaitu:

    Pengalaman dan penyesuaian dengan menggunakan pelbagai

    alatan, bahan, proses dan teknik.

    Mempelajari dari pengalaman sejarah dan warisan iaitu cara artis

    atau pandai tukang menggunakan alatan, bahan dan teknik

    pembuatan serta sikap dan nilai budaya kerja mereka.

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    17/50

    Membina dan memperkembangkan kualiti sahsiah yang

    diperlukan untuk mencapai kejayaan seperti tekun, sabar,dedikasi, cermat, teratur serta berkeupayaan menilai diri dari segi

    artis atau budaya.

    Belajar melahirkan pernyataan diri akibat dorongan emosi,

    perasaan dan pemikiran melalui bentuk-bentuk tampak.

    Memahami faktor-faktor motivasi melalui peranan artis ataupandai tukang mengenai kehidupan serta sumbangannya kepada

    masyarakat dan budaya.

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    18/50

    Disiplin ini memusatkan pembelajaran mengenai artis dan

    sumbangan aktiviti seni terhadap perkembangan peradaban seni

    serta pengaruhnya terhadap tamadun dan budaya bangsa.

    Disiplin kritikan seni menumpukan perhatian kepada penekanan

    kandungan mengenai persepsi,diskripsi, analisa, interprestasi dan

    penilaian terhadap sesebuah karya atau produk seni.

    Disiplin Sejarah Seni

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    19/50

    Terdapat beberapa aspek dan peringkat pembelajaran sejarah seni

    iaitu:

    a) Belajar tentang sejarah perkembangan penghasilan seni dan

    peningkatan pencapaian nilai artistik melalui sejarah

    pergerakan aliran gaya seni.

    b) Menganalisa karya-karya seni masa lampau yang mendapat

    pengiktirafan masyarakat serta dapat dijadikan sebagai bahan

    rujukan atau sumber pengetahuan dan pengalaman bagi generasi

    masa kini dan akan datang.

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    20/50

    HASSAN M. GHAZALI-UPSI

    c) Menyelidik dan mengkaji karya untuk mengesan asal-usul, kesan

    terhadap aliran seni dan artis serta mencari makna serta pengertian.

    d) Mengukur dan menilai serta memahami karya seni dalam konteks

    yang luas.

    e) Seni terbentuk dari unsur-unsur yang saling melengkapi dan

    digubah berlandaskan prinsip sehingga dapat diiktiraf sebagai suatu

    hasil seni.

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    21/50

    Pengetahuan mengenai disiplin ini juga boleh dihasilkan melalui

    peningkatan kefahaman melalui pembacaan, penulisan, komentar

    yang sering diperbincangkan atau diulas oleh pengkritik seni, artis,

    pemerhati seni, budayawan dan sejarawan.

    Terdapat 3 komponen asas dalam membuat kritikan iaitu apa

    (memerlukan persepsi dan diskripsi), makna (analisis atauinterprestasi) dan penilaian (pertimbangan dan penilaian).

    Disiplin Kritikan Seni

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    22/50

    Kritikan seni juga melibatkan aktiviti pengamatan dan pemerhatianyang teliti tentang sesuatu karya seni.

    Ia merupakan keupayaan pemerhati untuk menilai, membanding dan

    membeza antara karya dengan mengambil kira pertimbangan

    terhadap semua aspek.

    Ia juga membicarakan tentang tindakbalas dan persepsi orang lainatau audien juga masyarakat terhadap seni.

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    23/50

    Perbincangan mengenai estetik memerlukan kefahaman dan penguasaan laras

    bahasa tampak. Perbincangan boleh melibatkan pelbagai faktor dalam aspek

    antropologi, falsafah, sosiologi, psikologi dan sifat semulajadi seni.

    Pelajar diminta membicarakan definisi dan ciri-ciri signifikan mengenai seni

    melalui disiplin ini.

    Disiplin ini membantu pelajar membuat asas-asas penilaian sehingga mampu

    membuat pertimbangan mengenai seni.

    Pengetahuan estetik membantu pelajar membuat apresiasi tentang keindahan,

    keunikan atau kesalahan yang wujud pada hasil seni melalui pelbagai

    pengalaman estetik.

    Disiplin Estetika

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    24/50

    PENDEKATAN

    Chapman

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    25/50

    Laura H. Chapman berperanan sebagai

    pemimpin dalam bidang pendidikan seni

    sudah melebihi 40 tahun.

    Buku, rencana, kajian dan ucapan beliau

    membincangkan tentang isu polisi, reka

    bentuk kurikulum, pengajaran metadologi

    dan penilaian.

    pengenalan

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    26/50

    Laura H. Chapman di dalam bukunya bertajuk Approches in Art

    Education (1978) menjelaskan bahawa proses kreativiti mempunyai

    pertalian dan hubungan yang hampir sama dengan proses

    penghasilan karya ataupun dikenali sebagai proses artistik.

    Proses artistik ini digunakan oleh penggiat seni dalam penghasilan

    karya.

    Proses artistik yang dijelaskan oleh Chapman melibatkan 3 disiplin,

    iaitu:

    (a) tidak bersifat statik,

    (b) bersifat boleh ubah dan

    (c) berulang-ulang.

    Menurut Chapman lagi, 3 disiplin ini tidak menjadi keutamaan asalkan

    objektif menghasilkan karya seni tercapai.

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    27/50

    Maka, guru-guru pendidikan seni visual perlu memahami

    bahawa proses penghasilan karya tidak hanya tertumpu

    kepada satu cara sahaja.

    Pemahaman ini(proses artistik) perlu diaplikasikan ke atas

    murid di dalam kelas.

    Pelbagai cara dan kaedah boleh diketengahkan selagi proses

    penghasilan karya tersebut dijelaskan dengan baik kepada

    murid.

    Bagi menggalakkan pelajar menghasilkan karya seni,

    seseorang guru itu sendiri perlu mempunyai pengalaman luas

    di dalam penghasilan karya seni.

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    28/50

    Ini kerana, bimbingan dan panduan yang akan diberikan

    kepada pelajar oleh guru bergantung kepada pengalaman guru

    itu sendiri.

    Menurut Chapman, proses kreativiti = proses penghasilan /

    artistik. Untuk mengembangkan kreativiti murid, seorang guru

    PSV perlu menggunkan berbagai cara dalam menghasilkan

    karya.

    Paling penting, guru PSV perlu menguasai bidang seni supaya

    mempunyai pengalaman yang lebih luas untuk mengajar murid

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    29/50

    Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek

    utama dalam pelajaran seni iaitu:

    i. Pemerhatian

    ii. Penerokaan

    iii. Penghasilan (pembuatan)

    iv. Apresiasi dan pelanjutan

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    30/50

    PEMERHATIANAspek ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa guru

    menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaan, guru perlu

    member perhatian kepada perkara berikut:

    pengetahuan sedia ada murid

    benda yang konkrit

    minat, kecenderungan dan latar belakang murid

    bahan, buni, pergerakan dan aksi

    mencetus idea dan imaginasi

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    31/50

    penerokaanAspek ini melibatkan penerokaan dan penghasilan atau

    pembuatan. Aktiviti penerokaan dijalankan sebelum aktiviti

    penghasilan. Semasa menyediakan aktiviti, guru perlu member

    perhatian kepada perkara-perkara berikut:

    aktiviti kecil yang mudah dan ringkas

    cuba mencuba, suaikenal dengan bahan

    penemuan oleh murid

    mencari altenatif, variasi dan kemungkinan lain

    bebas daripada jawapan tepat, murid senang dan ingin mencuba

    aktif melibatkan pelbagai kecerdasan

    menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    32/50

    PENGHASILANAspek ini adalah melibatkan penghasilan atau hasil kerja murid.

    Guru boleh melihat penghasilan hasil kerja murid kepada perkara-

    perkara berikut:

    penggunaan bahan , alaat dan teknik

    tatacara, langkah dan proses membuat

    keselamatan semasa menjalankan aktiviti

    penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk

    hasil

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    33/50

    APRESIASI

    Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif. Terdapat dua jenis

    utama aktiviti Apresiasi.

    Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah

    yang dirancang di akhir setiap pelajaran.

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    34/50

    Semasa menyediakan aktiviti mudah, perhatian perlu diberi kepada

    perkara berikut:

    aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan,

    jalinan, warna, ton, rupabentuk dan bentuk;

    aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda;

    aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik;

    penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya;

    perasaan, penghargaan dan refleksi diri; dan

    penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan

    kandungan.

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    35/50

    PENDEKATANPendidikan seni

    John a.michael

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    36/50

    Dalam Pendidikan Seni, John A.Michael

    merupakan individu/tokoh yang

    mengutarakan pendekatan Apresiasi

    dan Kritikan Seni

    pengenalan

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    37/50

    Membolehkan murid-murid memahami aspek-aspek nilai estetika,

    pengertian, unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosiobudaya yang

    terkandung dalam hasil seni dan kraf.

    Dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasil

    lain mengikut persepsi visual.

    Melihat perhubungan antara kerja sendiri dengan kerja-kerja

    orang lain dimana kita dapat membentuk keyakinan dan

    kefahaman penghargaan terhadap bidang seni.

    Tujuan apresiasi seni

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    38/50

    Dalam buku beliau Art & Adolescence,

    terdapat 2 pendekatan dalam Apresiasi Seni,

    iaitu:

    a) Pendekatan secara logik

    b) Pendekatan secara psikologi

    2 pendekatan dalam

    apresiasi seni

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    39/50

    Berbentuk tradisional

    Memerlukan pemahaman intelek

    Berfaktakan aspek andaian dan munasabah dalam melihat

    sesuatu karya seni

    pendekatan secara logik

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    40/50

    Cadangan Aktiviti Pendekatan Secara Logik:

    AKTIVITI

    Secara penerangan Membaca, mengkaji, bila dihasilkan,

    tujuan/teknik pelukis, media, proses, nilai-

    nilai estetika serta pengaruh.

    Secara pemerhatian Balai seni, pameran, filem, slaid,

    mengumpul dan menyusun gambar-gambar.

    Secara perbandingan Analisa, penilaian, perbandingan antara

    satu dengan yang lain serta menimbulkan

    kesedaran.

    Secara penghasilan Membuat mengikut gaya artis/stail,

    menimbulkan kefahaman masalah nilai-

    nilai khas, kepuasan, menghubungkan diri

    dengan pelukis/pandai tukang gaya

    konsep dan zaman.

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    41/50

    Lebih menjurus kepada perasaan peribadi individu.

    lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman terhadap penghasilan

    dan penghayatan sesuatu karya seni.

    Meninggalkan pengalaman yang amat berkesan dan mendalam.

    Lebih realistik dan menerima maklum balas dan pendapat orang

    lain.

    pendekatan secara psikologi

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    42/50

    Cadangan Aktiviti Pendekatan

    Secara Psikologi:

    AKTIVITI

    Secara perbincangan dan perbandingan

    Secara proses inkuiri penemuan (discovery)

    Secara kritikan mengenai lukisan/hasil kerja seni

    Secara menyediakansetting/set induksi

    Secara membesarkan gambar

    Secara mengolah bahan-bahan sebenar

    Secara mengolah bahan-bahan sebenar

    Secara lawatan/pameran

    Secara koleksi buku-buku skrap dan lakaran

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    43/50

    Padat dipenuhi dengan unsur-

    unsur jalinan.

    Kesan warna yang lutsinar dan

    begitu harmoni.

    Penggunaan cat air yang

    bersahaja dan penggunaan

    berus secara sepontan.

    Sifat-sifat identiti.

    Karya ciptaan beliau

    menjelang akhir hayatnya.

    Abdullah Ariff, 1960.

    Bumi Bahagia-Lombong Bijih Malaya

    Cat air36.4 x 54.1 cm.

    Contoh apresiasi

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    44/50

    PENDEKATANPSV KBSR

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    45/50

    Pendekatan PSV sekolah rendah merangkumi

    empat aspek utama iaitu:

    Pemerhatian secara aktif

    Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

    Apresiasi seni visual secara mudah

    Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    46/50

    Pemerhatian secara aktif:

    Merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus

    dan terperinci

    Memperkembangkan pemahaman terhadap asas seni visual

    Murid dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan

    objek buatan manusia

    Membantu murid terus menyelaras idea, imaginasi dan alam

    fantasi murid ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran

    abstrak

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    47/50

    Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat

    dan bahan:

    Menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan

    dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan

    alat dan bahan

    Proses ini membantu perkembangan aspek psikomotor dan

    kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat

    dan bahan serta teknik- teknik mudah.

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    48/50

    Apresiasi seni visual secara mudah:

    Memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek

    pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai

    kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi

    Murid diperkenalkan tokoh- tokoh seni dan menghargai

    sumbangan mereka.

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    49/50

    Menghargai nilai baik dalam semua aspek

    kehidupan:

    Murid dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala

    aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka

    Ini termasuk memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai

    patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan.

  • 7/29/2019 Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

    50/50