Tugasan Pendidikan Islam Hbis1103-Ustazah Siti Eshah Salleh
-
Upload
norafsah-awang-kati -
Category
Documents
-
view
264 -
download
18
Transcript of Tugasan Pendidikan Islam Hbis1103-Ustazah Siti Eshah Salleh
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
HBIS 1103 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
NAMA : SITI ESHAH BINTI SALLEH
NO. MATRIKULASI : 650121035766001
NO. KAD PENGENALAN : 650121-03-5766
NO. TELEFON : 013 3774177
E-MAIL : [email protected]
TUTOR : USTAZAH HAMIDAH BT USMAN
E-MAIL : [email protected]
SEMESTER : SEPTEMBER 2012
PUSAT PEMBELAJARAN : SABAH LEARNING CENTER
0 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
ISI KANDUNGAN M/S
Pendahuluan 2
1. PENGENALAN : PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN 3 & PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
1.1 Definisi Pendekatan 3
1.2 Jenis-Jenis Pendekatan 4
1.2.1 Pendekatan Bersepadu 41.2.2 Pendekatan Induktif 41.2.3 Pendekatan Deduktif 51.2.4 Pendekatan Elektik 61.2.5 Pendekatan Pemusatan Murid 61.2.6 Pendekatan Tematik 61.2.7 Qudwah Hasanah 6
2. BAHAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PEND. ISLAM 7
2.1 Definisi Sumber Pengajaran 7
2.2 Rasional Penggunaan Bahan Dalam Pengajaran & Pembelajaran 7
Pendidikan Islam
2.3 Kepentingan Bahan Sumber Pengajaran 8
2.4 Matlamat & Faedah-Faedah Penggunaan Sumber P&P 8
2.5 Kategori Bahan Sumber Pengajaran & Pembelajaran 10
2.6 Proses Penyediaan & Penggunaan Sumber Pengajaran 10
2.7 Proses Pemilihan Sumber Pengajaran 11
2.8 Proses Menyedia & Menggunakan Bahan Sumber Pengajaran 12
2.9 Prinsip Pemilihan & Penggunaan Bahan Sumber Pengajaran 13
2.10 Proses Penilaian Sumber Pengajaran & Pembelajaran 14
2.11 Perbandingan Bahan Mengikut Kategori Sumber Pengajaran 14
3. PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN & PEMBELAJARAN 15PENDIDIKAN ISLAM3.1 Definisi Isi Pelajaran 153.2 Cara Menyusun Isi Pelajaran 153.3 Kriteria-Kriteria Pemilihan Isi Pelajaran 163.4 Prinsip Perkembangan Isi Pelajaran Dalam Semua Bidang Pend. Islam 16
RUMUSAN 19BIBILIOGRAFI 20LAMPIRAN 21
1 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
Pendahuluan
Al-Hamdulillah, dengan izin dan bantuan Allah (s.w.t.) tugasan HBIS 1103 : Kaedah
Pengajaran Pendidikan Islam ini dapat dilaksanakan dengan baik dan mendapat sokongan
serta bantuan daripada pihak-pihak yang berkenaan. Tugasan ini adalah membincangkan
tentang pendekatan, bahan pengajaran dan prinsip-prinsip yang digunakan untuk pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Islam.
Tugasan ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bermula dengan Pengenalan : Pendekatan
Dalam Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Islam, diikuti dengan Bahan
Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Islam seterusnya Prinsip-Prinsip Pengajaran
& Pembelajaran Pendidikan Islam
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan dengan ucapan jutaan terima kasih kepada
barisan penyelia tugasan ini yang tidak jemu-jemu membimbing dan menunjuk ajar dengan
penuh kesabaran serta segala dorongan dan motivasi yang diberikan sehingga tugasan ini
dapat disiapkan. Semoga mereka dikurniakan rahmat dan berkat serta memperoleh ganjaran
daripada Allah (s.w.t) di dunia dan di akhirat.
Akhir kata, kepada Allah ( s.w.t. ) dipohonkan keredaan dan keberkatan atas segala
usaha yang kerdil ini, beriring harapan semoga tugasan ini dapat menyumbang dalam dunia
ilmu yang tiada sempadan. Sesungguhnya Allah Maha Luas ilmu-Nya.
Disediakan oleh :
SITI ESHAH BT SALLEH
650121035766001
(Fakulti Pendidikan & Bahasa)
2 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
1. PENGENALAN : PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN ISLAM
Tugas utama seorang Guru Pendidikan Islam itu adalah untuk memudahkan
pembelajaran murid. Guru harus dapat menyediakan suasana pembelajaran murid. Guru harus
dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmoni serta menciptakan
pengajaran yang berkesan. Guru hendaklah menentukan pendekatan, memilih bahan
pengajaran dan menggunakan prinsip-prinsip untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Islam sama ada di sekolah rendah mahu pun sekolah menengah. Dalam merancang
persediaan mengajar, pendekatan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam perlulah
mempunyai urutan yang baik bagi mencapai objektif pengajaran. Pendekatan tersebut
mestilah mampu memeberi sepenuh pengaruh terhadap pemerhatian, meningkatkan intelek,
ingatan, emosi, minat, kecenderungan serta dapat membantu guru dalam proses
menyampaikan ilmu Pendidikan Islam.
1.1 Definisi Pendekatan
Pendekatan merujuk kepada cara guru mengurus isi pelajaran supaya objektif jangka
panjang dapat dicapai . Ia adalah satu bingkai yang besar di dalamnya mengandungi strategi,
kaedah dan teknik. Edward Anthony (1963) mentakrifkan pendekatan sebagai satu andaian
yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur
aksiomatik.
Dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Islam saya menggunakan apa jua jenis
pendekatan asalkan ia mengandungii ciri-ciri berikut :
Memberi ilmu - kognitif
Menanam kepercayaan dan pegangan kepada akidah Islamiah- afektif
Membina kemahiran dan amalan - psikomotor
Memupuk dan menanam penghayatan – afektif
Membentuk pandangan, sikap dan akhlak – afektif
Mewujudkan hubungan mesra di antara guru dengan murid
Menyepadukan faktor dan nilai
Merentas kurikulum
Menggabungjalin kemahiran, isi dan nilai
Memotivasikan murid dalam pembelajaran
3 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
1.2 Jenis-Jenis Pendekatan
Terdapat beberapa pendekatan yang sering saya gunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran pendidikan Islam iaitu Pendekatan Bersepadu; Pendekatan Induktif;
Pendekatan Deduktif; Pendekatan Elektik; Pendekatan Pemusatan Murid; Pendekatan
Tematik dan Qudwah Hasanah.
1.2.1 Pendekatan Bersepadu
Dalam pendekatan ini, guru melaksanakan semua unsur-unsur yang terdapat di dalam
kurikulum secara bercantum atau bersatu. Semua ilmu diajar dengan cara saling berkaitan di
antara satu sama lain. Di bawah rancangan KBSR konsep kesepaduan diamalkan
mengggunakan strategi penggabungjalinan dan penyerapan. Ianya bertujuan untuk menjalin
dan mengadunkan unsur-unsur ilmu, nilai, kemahiran belajar dan penggunaan bahasa yang
baik. Pelaksanaan konsep Bersepadu dalam P&P Pendidikan Islam melibatkan beberapa
unsur daripada unsur-unsur seperti penerapan nilai, perkembangan potensi, BBMK,
kepelbagaian aktiviti, kecintaan terhadap ilmu, kesinambungan di peringkat rendah,
gabungjalin, perentasan, mengaitkan dengan masyarakat dan kurikulum dengan kokurikulum.
1.2.2 Pendekatan Induktif
Pendekatan ini menggunakan cara pengajaran dengan memperlihatkan bahagian-
bahagian kecil (khusus) sampai kepada perkara-perkara besar atau umum. Contohnya : Guru
akan meminta murid- murid menyenaraikan jenis air yang mereka tahu. Kemudian meminta
mereka untuk mengkategorikannya pula mengikut jenis-jenis yang asli dengan yang tidak.
Contoh air milo dengan air paip. Kemudian kita membimbing murid mengaitkan air yang asli
dengan air mutlak dan hukumnya. Proses Pengajaran dan pembelajaran melalui pendakatan
ini adalah seperti berikut :
Rajah1.2.2 : Proses Pengajaran dan pembelajaran melalui pendakatan induktif.
4 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
Contoh-contoh khusus
Memerhati, mengkaji,
mengenalpasti & mentafsir
Membuat generalisasi
Ciri-ciri pendekatan induktif :i. Bermatlamatkan pembentukan kebiasaan
ii. Mengutamakan pengaantaraan deria untuk mendapatkan pengetahuan
iii. Kekerapan ulangan diperlukan dalam pelbagai konteks bagi menguasai sesuatu
kemahiran
iv. Menekankan pengajaran yang berbentuk konkrit
v. Murid-murid berpeluang sepenuhnya belajar di bawah bimbingan guru
vi. Mengutamakan penglibatan murid secara aktif dan aspek lisan
vii. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan.
1.2.3 Pendekatan Deduktif
Cara pengajaran yang menggunakan pendekatan deduktif adalah berlawanan dengan
pendekatan induktif. Pendekatan ini bermula dengan guru memberikan rumus-rumus atau
teori yang berkaitan contoh hukum halal, haram, rukhsah, azimah dan kemudiannya murid-
murid dikehendaki memberikan contoh atau huraian daripada rumus atau teori yang
dikatakan.
Rajah1.2.3 : Proses Pengajaran dan pembelajaran melalui pendakatan induktif.
Ciri-ciri pendekatan deduktif adalah seperti berikut :
i. Mementingkan pengetahuan yang akan diperolehi
ii. Menggunakan pengantara fikiran untuk mendapatkan ilmu
iii. Memulakan penyusunan isi daripada keseluruhan yang lebih kompleks
iv. Pembelajaran dengan kefahaman adalah lebih kekal daripada menghafal
5 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
Memperkenal teori/rumus,
prinsip, hukum
Pilih teori/rumus prinsip, hukum atau peraturan
yang telah diketahui
Gunakan contoh-contoh berkaitan
Murid mengukuhkan pemahaman
tentang konsep
1.2.4 Pendekatan Elektik
Pendekatan eklektik ialah cara pengajaran dengan menggunakan kedua-dua
pendekatan (induktif dan deduktif) secara serentak. Ia merupakan gabungan pendekatan-
pendekatan yang digunakan untuk melaksanakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran.
Dalam pendekatan ini pengajaran dan pembelajran boleh bermula menggunakan pendekatan
induktif iaitu dengan mencari contoh ataupun huraian, kemudiannya diikuti dengan
pembinaan konsep dan seterusnya membuat huraian atau contoh yang berkaitan. Pendekatan
eklektik ini amat sesuai digunakan dalam situasi pelajar yang mempunyai ragam belajar yang
berbeza.
1.2.5 Pendekatan Pemusatan Murid
Guru dan murid bersama-sama memainkan peranan dalam proses pengajaran–
pembelajaran. Murid aktif menyertai aktiviti pembelajaran. Komunikasi berbentuk dua hala .
Guru menyoal dan murid menjawab dan sebaliknya. Suasana kepimpinan bersifat
demokratik. Dalam pendekatan ini, pencapaian objektif pembelajaran murid diutamakan.
1.2.6 Pendekatan TematikPengajaran tematik bermaksud suatu pengajaran yang disampaikan melalui idea yang
besar. Contoh tema-tema seperti solat, perkara –perkara yang berkaitan dengan bersuci dan
lain-lain. satu-satu tema kemudian dipecahkan kepada komponan-komponan yang kecil
dalamm setiap komponan terdapat lagi topik kecil yang boleh dibincangkan.Dalam
pendekatan ini guru mengenal pasti tema-tema yang hendak dijadikan idea utama pengajaran
bagi suatu jangka masa. Tema-tema yang dipilih perlulah sesuai dengan peringkat umur
pelajar. Daripada tema yang dipilih, guru perlu menyenaraikan beberapa tajuk kecil yang
berkaitan dengan tema tersebut.
1.2.7 Qudwah Hasanah
Guru menjadi model kepada murid. Tugas guru bukan sahaja sekadar mengajar dan
mendidik bakal-bakal pemimpin negara malah mereka juga merupakan model bagi para
pelajarnya (role model). Pelajar akan mencontohi sikap guru yang ditonjolkan, jika baik maka
baiklah jadinya begitu juga bagi keadaan sebaliknya (Najib, 2005). Sikap guru memainkan
peranan yang sangat penting bagi menghasilkan kesan pengajaran kepada pelajar. Oleh itu
guru perlulah sentiasa mempamerkan perilaku yang baik.
6 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
2. BAHAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
Terdapat beberapa penerangan tentang bahan pengajaran & pembelajaran Pendidikan
Islam seperti konsep, rasional, kepentingan, matlamat & faedah-faedah sumber pengajaran,
kategori bahan-bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang ada hubungkait dengan
mata pelajaran Pendidikan Islam.
2.1 Definisi Sumber Pengajaran
Sumber pengajaran menurut Ikhsan dan Norila (2006), ialah bahan-bahan
yang perlu digunakan oleh guru bagi menggerakkan proses P&P ke arah, mencapai objektif sesuatu
P&P yang ditetapkan.
Bahan-bahan pengajaran ini berfungsi sebagai medium untuk menyampaikan pengetahuan,
kemahiran atau pun nilai sebagaimana yang disampaikan kepada kumpulan ( murid-murid.)
Manakala Jamaludin et al. (2000), pula mentakrifkanbahawa sumber pengajaran adalah
merujuk kepada teknologi pendidikan. Teknologi pendidikan merupakan aplikasi prinsip-prinsip
saintifik untuk membina dan membentuk sesuatu bahan bagi melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran. Ia juga merupakan satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, pengetahuan dan
kemahiran, teknik dan organisasi yang digunakan secara terancang dan teratur. Ini adalah bertujuan
menghasilkan kecekapan dalam proses pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.
2.2 Rasional Penggunaan Bahan Dalam Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Islam
Terdapat beberapa rasional penggunaan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran
pendidikan Islam iaitu pertama penggunaan bahan dapat memotivasikan pelajar, Ini terbukti
sekiranya guru menggunaan pelbagai alat bantu mengajar (ABM) maka ia dapat menaikkan
minat untuk belajar di kalangan murid. Selain itu, ia juga mendorong penyertaan murid dalam
proses pembelajaran Ia juga meningkatkan persepsi kawalan yang mana murid-murid suka
dengan apa yang mereka lakukan. Contohnya menyaksikan paparan video, terlibat dengan
aktiviti permainan sambil belajar iaitu menggunakan perisian-perisian pendidikan,dan juga
mengecam gambar-gambar yang menarik.
Rasional seterusnya adalah menghubungkait bahan yang ada dengan kehidupan. Saya
sentiasa memilih bahan-bahan yang kontekstual dan relevan supaya saya dapat membantu
murid-murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang mendatangkan manfaat
untuk kehidupan seharian mereka.
Rasional seterusnya ialah menjadi alat sokongan dan perkongsian. Dengan wujudnya
7 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
suasana fizikal dan suasana psikologikal yang kondusif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran maka murid dapat meneruskan pembelajarannya. Tambahan pula,murid tidak
berasa bosan ekoran variasi yang wujud dalam aktiviti yang melibatkan penggunaan bahan
pengajaran.
Rasional seterusnya ialah penggunaan bahan dapat memartabatkan profesion iaitu
kualiti profesion perguruan akan lebih meningkat ekoran penggunaan ABM di dalam kelas
yang mampu mencapai keberkesanan penyampaian seseorang pendidik.
Akhir sekali dapat mengurangkan kos iaitu menjimatkan masa ekoran daripada
penggunaan bahan yang membolehkan sesuatu maklumat boleh digunakan berulangkali
contohnya maklumat di tranperansi dan penggunaan komputer dalam proses pengiraan.
2.3 Kepentingan Bahan Sumber Pengajaran
Kepentingan bahan sumber pengajaran kepada murid-murid antaranya ialah menambahkan
peratus ingatan murid apabila mereka menyebut, melakukan dan melihat kepada bahan tersebut
berbanding kepada murid yang hanya mendengar sahaja menunjukkan peratus ingatan mereka akan
menurun. Ini telah dibuktikan oleh Jamaludin et al. (2000) dalam kajiannya terhadap pola hubungan
aktiviti dengan ingatan. Dapatan kajian beliau menunujukkan bahawa sekiranya pelbagai deria
digunakan serentak dalam sesuatu aktiviti, ia akan meningkatkan peratus ingatan murid.
2.4 Matlamat & Faedah-Faedah Penggunaan Sumber Pengajaran & Pembelajaran
Terdapat dua matlamat Penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran iaitu :
i.Murid dapat menguasai konsep atau kemahiran tertentu yang diajar oleh guru
ii. Menggalak dan memperkukuhkan pembelajaran yang dilalui oleh murid.
Manakala faedah-faedah penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran menurut
Jamaludin et. al. (2000) ialah :
i.Menjadikan pendidikan lebih produktif iaitu penggunaan sumber yang sesuai dalam
pendidikan boleh mempercepatkan kadar P&P dan guru akan mempunyai masa yang lebih
untuk menjalankan kerja-kerja perancangan dan penyelidikan. Beban kerja guru juga akan
berkurangan dan kurikulum dapat diselesaikan mengikut perancangan. Penggunaan TV
pendidikan contohnya, boleh menggantikan peranan guru untuk suatu jangka masa tertentu.
Guru hanya dikehendaki bertindak sebagai fasilitator.
ii. Pengajaran bersifat individual iaitu menggunakan pelbagai sumber P&P yang sesuai dan
berkesan akan memberi peluang kepada guru menggunakan lebih banyak teknik-teknik
8 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
pengajaran. Contohnya, penggunaan media teknologi seperti slaid dan rakaman, filem jalur,
televisyen, radio, overhed projektor dan komputer multi media boleh menyakinkan guru
tertentu menggunakan banyak teknik pengajaran tersendiri.
iii. Pengajaran berasaskan kajian saintifik iaitu Menggunakan pelbagai sumber P&P yang
sesuai dan berkesan akan memberi peluang kepada guru menggunakan lebih banyak teknik-
teknik pengajaran. Contohnya, penggunaan media teknologi seperti slaid dan rakaman,
filem jalur, televisyen, radio, overhed projektor dan komputer multi media boleh
menyakinkan guru tertentu menggunakan banyak teknik pengajaran tersendiri.
iv. Pengajaran yang bersemangat dan bertenaga iaitu Penggunaan sumber juga boleh
merangsang persekitaran P&P. Contohnya dengan membawa peristiwa-peristiwa yang
berlaku di tempat-tempat yang jauh kepada murid seperti yang terdapat dalam filem-filem.
Ini dapat memudahkan murid faham dan mengetahui tentang sesuatu peristiwa atau
fenomena yang berlaku sekaligus akan mewujudkan suasana P&P yang bersemangat dan
bertenaga dari pihak guru dan murid.
v. Pengajaran yang hampir kepada keadaan sebenar iaitu penggunaan sumber juga boleh
membantu mendekatkan jurang antara dunia luar dengan alam persekitaran sekolah. Sebagai
contoh, pelaksanaan kurikulum sekolah akan menjadi lebih dinamik menerusi televisyen,
tayangan filem dan mediamedia lain. Maklumat-maklumat yang berbentuk ilmu
pengetahuan dan perkara sebenar yang dipilih dari bukubuku teks boleh disampaikan
kepada mu r i d secara kumpulan dan ini akan memudahkan murid berbincang bersama
rakan dan memahaminya dengan panduan daripada guru mereka.
vi. Pendidikan yang lebih seimbang iaitu keadaan persekitaran sesebuah sekolah dengan
sekolah yang lain tidak mungkin sama. Maka melalui media teknologi sebagai sumber P&P,
pelajar dari sekolah yang kurang sempurna persekitarannya akan mendapat peluang untuk
melihat, mengalami dan mempelajari bahan-bahan yang ada di kawasan yang lebih maju
daripada tempatnya. Justeru itu pelajar boleh melihat dan mempelajari bahan tersebut
menerusi siaran langsung atau rakaman.
2.5 Kategori Bahan Sumber Pengajaran & Pembelajaran
Terdapat dua kategori bahan sumber pengajaran dan pembelajaran iaitu :
9 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
i. Bahan Cetak iaitu buku-buku, terbitan berkala dan gambar foto.
Contoh buku adalah seperti mashaf-mashaf, kitab-kitab tafsir, buku-buku latihan, kamus,
atlas, buku-buku fiksyen, ensiklopedia, autobiografi dan sebagainya.
Manakala contoh untuk terbitan berkala ialah seperti akhbar harian, mingguan dan bulanan,
majalah bulanan seperti majalah Al-Islam, tahunan, dwi tahunan atau terbitan khas, risalah,
jurnal, nota-nota, skrip.
Seterusnya contoh bagi gambar foto ialah gambar masjid, gambar kaabah, gambar solat lelaki
dan wanita.
ii. Bahan Bukan Cetak iaitu bahan perkakasan, bahan perisian dan bahan tiga dimensi.
Bahan perkakasan terdiri daripada bahan-bahan bukan tayang seperti papan tulis, papan
magnet, papan flannel, bingkai carta pusing, imej primer, imej printer, transparency maker
dan mikro computer; bahan-bahan audio (pendengaran) seperti radio, radio kaset, pita kaset
dan audio card reader; bahan-bahan visual seperti overhed projecter (OHP), projektor filem
slaid, projektor filem jalur, episkop dan epivisor; bahan-bahan audio visual (pendengaran dan
tayangan) seperti televisyen, projector slaid dengan suara, projektor jalur filem dengan kaset,
computer, CD Holy Quran, CD solat dan lain-lain lagi.
Bahan Perisian terdiri daripada lembaran lutsinar (transparensi) OHP, filem jalur, filem
sisipan, filem 16mm atau 8mm, kaset pita audio, kaset pita video, carta, kad-kad untuk papan
flannel, kad imbasan, diket dan cakera padat Al-Quran atau surah-surah lazim.
Bahan tiga dimensi terdiri daripada realia (bahan sebenar) seperti benda maujud, bahan
hidup, bahan semulajadi, glob, replica, model-model, bahan-bahan permainan seperti catur
dan sahibba. Replika masjid, replica kaabah boleh digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran pendidikan Islam.
2.6 Proses Penyediaan & Penggunaan Sumber Pengajaran
Proses penyediaan dan penghasilan sumber hendaklah menepati matlamat dan objektif
sukatan pelajaran, dasar serta hala tuju pendidikan negara secara keseluruhannya. Proses
tersebut dimulai dengan proses memilih bahan, diikuti proses mengolah bahan, kemudian
proses membina atau menghasilkan bahan, diikuti proses mengguna bahan seterusnya
proses menilai.
2.7 Proses Pemilihan Sumber Pengajaran
10 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
Proses pemilihan sumber pengajaran melibatkan tiga langkah utama iaitu persediaan,
penyampaian dan kegiatan susulan.
Persediaan terbahagi kepada tiga jenis persediaan iaitu :
i. Persediaan Guru iaitu guru perlu menyediakan rancangan pelajaran kemudian
menetapkan bagaimana hendak perkenalkan tajuk pengajaran menggunakan sumber
tersebut,apakah aktiviti yang akan guru dan murid jalankan, apakah soalan yang perlu ditanya
semasa atau selepas penggunaan sesuatu sumber, seterusnya bagaimana hendak mengaitkan
sumber itu dengan pengalaman sedia ada murid supaya tercapai objektif P&P.
ii. Persediaan Persekitaran iaitu menyusun alat atau bahan yang diperlukan untuk
menggunakan sumber, memastikan alat yang akan digunakan berfungsi dengan baik, dan
memastikan keselamatan alat yang digunakan.
iii. Persediaan Kelas iaitu bahan sumber diperkenalkan terlebih dahulu kepada murid,
menyatakan sebab sumber itu digunakan, menerangkan isi kandungan yang akan dipelajari,
menekankan isi utama yang perlu dipelajari daripada bahan tersebut, menerangkan arahan
dengan jelas kepada murid, seterusnya memberitahu murid langkah susulan pada akhir
pelajaran contohnya ujian, membuat rumusan dan lain-lain lagi.
Manakala penyampaian pula melibatkan beberapa langkah iaitu menyelia murid
supaya bahan sumber dugunakan dengan betul dan selamat, meminta murid mencatat isi-isi
penting atau peristiwa atau perubahan yang berlaku semasa penggunaan bahan tersebut,
seterusnya memastikan murid dapat meberi perhatian kepada aktiviti yang dijalankan dan
bersedia membantu murid.
Seterusnya kegiatan susulan pula meminta guru membuat perbincangan, meminta
murid menjawab soalan-soalan tentang sumber tadi, meninjau semula pengalaman yang
dilalui murid semasa penggunaan sumber tersebut, menilai hasil kerja murid, memberi
maklum balas terhadap kebolehan dan prestasi murid, membuat penilaian ke atas sumber
yang digunakan, mencatat komen atau ulasan pada fail atau buku panduan. Ini bertujuan
supaya guru lain yang ingin menggunakan sumber tersebut dapat mengambil perhatian dan
tindakan sewajarnya.
2.8 Proses Menyedia & Menggunakan Bahan Sumber Pengajaran
11 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
Setiap bahan memerlukan cara penyediaan dan penggunaannya secara teliti. Berikut
adalah bahan sumber pengajaran diikuti cara penyediaannya.
i. Bahan Cetak yang terdiri daripada buku, majalah dan surat khabar :
a. Buku-buku iaitu buku teks, buku kerja, buku rujukan boleh digunakan dalam proses P&P.
b. Majalah seperti Majalah Anak Muslim, majalah Al-Islam boleh digunakan dalam proses
P&P. Banyak isu terkini boleh didapati daripada majalah ilmiah tersebut.
c. Surat Khabar juga boleh digunakan sama ada baru nahu pun yang lama. Keratan akhbar
juga boleh dkompilasi mengikut tajuk atau isu yang dipelajari supaya menjadi buku skrap.
Contohnya Berita Harian dan Utusan Malaysia.
ii. Grafik : Murid sebenarnya lebih memberi tumpuan kepada informasi melalui deria
penglihatan mereka. Ini mampu memberi ketahanan daya ingatan. Murid lebih yakin untuk
mempelajari sesuatu berbanding mendengar penerangan daripada guru sahaja. Sebagai
contoh poster, carta, lakaran dan kartun, peta
iii. Fotogarafi : Setiap bahan fotografi hendaklah jelas dan mudah dilihat oleh murid
walaupun jarak mereka agak jauh. Antara cara persembahan fotografi ialah visual bersama
audio, visual bersama pernyataan dan visual bersama penerangan.
iv. Transparensi : Disediakan dalam bentuk warna untuk tujuan memberi penegasan atau
menarik perhatian, disediakan lebih awal lagi, boleh digunakan berulang kali, ia lebih
bersih berbanding demgan papan kapur dam penyampai atau guru boleh berada di hadapan
murid ata penonton dan murid boleh terlibat sama menggunakan transperansi di hadapan
rakan lain.
v. Bahan Audio iaitu merancang atau menyediakan objektif, kumpulan sasaran, garis
panduan isi kandungan dan bantuan alat lain. Kemudian bersedia untuk rakaman meliputi
skrip, muzik, kesan bunyi, penyampai dan pelakon dan peralatan rakaman. Kemudian
merakam mengikut panduan teori dan praktikal rakaman yang betul, seterusnya aktiviti
susulan di iaitu penyediaan panduan pengguna dan lembaran kerja berkaitan.
vi. Bahan Audio Visual iaitu dengan menggabungkan dua kemahiran terdiri daripada
kemahiran mendengar dan kemahiran melihat. Pada awalnya kenal pasti matlamat dan
objektif pembelajaran murid, kemudian tentukan bahan audio-visual mana yang
sepatutnya gunakan, hendaklah tahu cara penggunaannya supaya semua fungsi bahan
tersebut dimanfaatkan sepenuhnya.
12 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
vi. Teknologi Maklumat sebagai sumber pengajaran terdiri daripada bahan computer,
bahan multimedia dan internet :
a. Bahan Komputer iaitu perisian yang boleh didapati di pasaran atau boleh dihasilkan
sendiri contohnya perisisan tutorial, perisisan latih tubi interaktif, simulasi situasi sebenar,
game berunsur pendidikan dan penyelesaian masalah secara proses. Isinya pula sesuai
dengan objektif P&P dan kognitif murid, mudah digunakan, grafik menarik, suara dan
muzik yang sesuai serta bersifat interaktif.
b. Bahan Multimedia yang baik adalah bahan yang boleh memainkan peranan untuk
menyediakan persekitaran yang kaya dengan sumber untuk merangsang pengajaran guru
berorietasikan murid dan murid dapat mengamalkan pelajaran dengan lebih berkesan.
c. Internet iaitu dengan menyediakan tugasan dan meminta murid membuat penyelidikan
lanjutan dalam topik-topik tertentu dari sumber internet. Kemudian menggunakan laman-
laman web Islamiah seperti islam.gov.my, solat.net. Sterusnya menyediakan tugasan
lanjutan iaitu meminta murid menggunakan perkhidmatan yang disediakan di laman web
contohnya IKIM dan JAKIM.
vii. Bahan Tiga Dimensi yang terdiri daripada realia, model dan diorama :
a. Realia iaitu bahan yang mudah diperolehi dan selamat diolah contohnya tumbuh-
tumbuhan dan haiwan. Ia boleh di bawa ke kelas atau jika ia sukar dibawa ke kelas maka
murid diminta untuk bergerak keluar kelas menuju bahan tersebut.
b. Model iaitu bahan gentian mewakili bahan asal contohnya model sebuah kaabah.
c. Diorama iaitu reka bentuk gabungan bahan-bahan real, patung dan model diletakkan
diletakkan dalam satu sususan kedudukan seperti keadaan sebenar tetapi dalam skala
yang dikecilkan dalam persembahan tiga dimensi. Contohnya diorama di muzium,
diorama meja pasir, diorama bilik gerakan ataupun diorama di sawah padi.
2.9 Prinsip Pemilihan & Penggunaan Bahan Sumber Pengajaran
Terdapat beberapa garis panduan prinsip pemilihan dan penggunaan bahan sumber
pengajaran iaitu :
i. Bersesuaian dengan objektif P&P iaitu sesuai dengan tajuk dan kurikulum yang ditetapklan.
ii. Bersifat praktikal untuk digunakan. Ini merujuk kepada kemudahan untuk dibawa,
disimpan dan dikeluarkan semula apabila diperlukan.
iii. Menarik perhatian murid kepada proses P&P. Bahan tersebut hendaklah tidak
membosankan membuatkan murid hilang tumpuan kepada isi pelajaran.
13 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
iv. Bahan tersebut hendaklah mempunyai ciri keberkesanan kos contohnya tahan lama, lebih
murah dan mudah digunakan.
v. Bahan tersebut lebih baik jika maujud, konkrit serta kontekstual tambahan pula murid-
murid sekolah rendah sentiasa berfikiran konkrit.
vi. Bahan tersebut besifat interaktif. Ini disebabkab penyesuaian murid kepada persekitaran
menjadi faktor kepada perkembangan kognitif murid.
vii. Bahan tersebut hendaklah pelbagai bagi mengelakkan rasa bosan di kalangan murid Ia
juga perlu selaras dengan tajuk-tajuk yang berbeza.
2.10 Proses Penilaian Sumber Pengajaran & Pembelajaran
Keberkesanan sumber pengajaran dan pembelajaran dapat dinilai dari aspekaspek
berikut:
i. Sesuai atau tidak bahan yang digunakan dengan objektif pelajaran dan adakah ia dapat
membantu usaha guru dalam menyampaikan isi pelajaran dan adakah ia sesuai dengan
tahap pemahaman dan perkembangan kognitif murid.
ii. Melalui pengalaman berinteraksi secara langsung dengan sumber pengajaran, adakah
bahan tersebut dapat menggalakkan proses P&P di antara guru dan murid.
iii. Adakah bahan tersebut merupakan sumber P&P yang mampu menarik minat dan
perhatian murid dan adakah ia dapat menerapkan nilai murni melalui interaksi pelajar
dengan sumber tersebut.
iv. Adakah sumber P&P tersebut mudah digunakan, mudah dibawa dari satu tempat ke satu
tempat yang lain dan adakah ia mudah disimpan.
v. Adakah sumber P&P yang digunakan berkualiti seperti tahan lasak, tidak mudah rosak,
menepati sukatan dan piawai pendidikan di samping mesejnya penggunaannya dapat
diterima dengan berkesan oleh murid.
2.11 Perbandingan Bahan Mengikut Kategori Sumber Pengajaran
Sumber pengajaran berasaskan manusia bersifat fleksibel, interaktif, secara
langsung dan mudah akses namun ia tidak terjamin kualiti dan sukar untuk mendapatkan
pakar yang berwibawa.
Manakala sumber pengajaran bahan bercetak pula bersifat murah, kekal, senang
dirujuk, mudah alih, dan mudah akses. Walaubagaimanapun ia tebal, berat, tidak boleh
disunting, dan tidak terkini.
14 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
Seterusnya sumber audio-visual iaitu bersifat murah, menarik, pelbagai pancaindera
perlu dilibatkan, mudah akses dan boleh diulang. Namun, ia tidak tahan lasak, tardapat yang
mahal bahannya, susah untuk disunting dan tidak terkini.
Akhir sekali, bagi sumber pengajaran berkomputer ia bersifat amat fleksibel, menarik,
mudah dikemaskini, pelbagai multimedia, jaringan tidak terbatas, canggih, terkini dan mesra
pengguna. Namun, ia mahal, menimbulkan tekanan, perisian terbatas, bergantung kepada
bekalan elektrik, risiko mudah rosak, terdedah dengan serangan virus dan orang yang
menggunakannya perlu mahir mengoperasikan computer.
3. PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAmSaya juga memberi penekanan kepada kefahaman dan perlaksanaan prisip
perkembangan isi pelajaran dalam semua bidang pendidikan Islam demi menghasilkan pembelajaran yang berkesan kepada murid. Berikut adalah beberapa penerangan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan prinsip-prinsip pengajaran & pembelajaran pendidikan Islam iaitu :
3.1 Definisi Isi Pelajaran
Isi pelajaran ialah kandungan pelajaran yang terdapat di dalam sukatan pelajaran dan
dihuraikan di dalam huraian sukatan pelajaran. Kedua-dua dokumen penting ini hendaklah
dirujuk oleh guru-guru dengan teliti kerana ia merupakan kurikulum pelajaran yang digubal
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan Negara, seimbang dari
segi fizikal, mental, spritual, emosi dan keperluan negara bagi membina generasi yang
berilmu, beriman daan beramal.
3.2 Cara Menyusun Isi PelajaranIsi Pelajaran hendaklah disusun bersesuaian dengan;
Objektif pelajaran
Sukatan pelajaran mengikut tajuk
Peruntukan masa
Urutan bagi mencapai objektif
Minat dan kebolehan murid
Kefahaman murid
Aras yang dirancang
15 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
3.3 Kriteria-Kriteria Pemilihan Isi Pelajaran
Rajah 3.3 : Kriteria Pemilihan Isi Pelajaran
3.4 Prinsip Perkembangan Isi Pelajaran Dalam Semua Bidang Pendidikan Islam
Guru perlu mematuhi prinsip-prinsip perkembangan isi pelajaran dalam merancang
pengajaran dan pembelajaran supaya mudah difahami oleh murid serta mencapai objektif
yang dirancang. Prinsip-prinsip tersebut ialah mudah kepada susah, perkara yang diketahui
kepada perkara yang belum diketahui, maujud kepada mujarrad, khusus kepada umum dan
dekat kepada jauh.
16 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
3.4.1 Mudah kepada susah
Mengajar konsep yang mudah terlebih dahulu sebelum berpindah kepada konsep yang
lebih susah.
Contoh 1: Bidang Asuhan Tilawah al-Quran :
Menyebut potongan kalimah dengan makhraj yang betul kepada membaca ayat dengan fasih
dan bertajwid.
Contoh 2: Bidang Ulum Syar’yyah: Ibadah
Pengenalan konsep iaitu pengertian najis, kemudian kepada perkembangan isi yang
merangkumi jenis-jenis najis dan cara menyuci najis.
3.4.2 Perkara yang diketahui kepada perkara yang belum diketahui
Memanipulasikan pengetahuan sedia ada murid untuk dikaitkan dengan ilmu baharu.
Ini bermakna pengetahuan yang lepas bagi seseorang murid berperanan sebagai asas yang
membolehkan pengatahuan yang baharu bergantung kepadanya. Oleh itu, jika guru ingin
pengetahuan baharu diterima oleh murid, guru perlu mempastikan pengetahuan lepas murid
mempunyai kaitan rapat dengan pengetahuan yang baharu.
Contoh 1: Bidang Ulum Syr’iyyah: Ibadah.
Murid telah pun tahu apakah erti wudhu’ atau cara berwudhu’ (meniru perbuatan ibu bapa
mereka), seterusnya guru memperkenalkan anggota wudhu’ yang wajib dan sunat serta
sempadan setiap anggota wudhu’ tersebut dan cara mengambil wudhu’ yang betul.
3.4.3 Maujud kepada mujarrad
Menjelaskan sesuatu yang mujarrad dengan berfokuskan kepada benda yang maujud.
Sesuatu benda yang wujud yang boleh dipegang , dilihat dan dirasa kepada sesuatu yang
abstrak yang merangsang pemikiran untuk mengetahuinya dengan bukti yang wujud di
sekitar murid. Isi pengetahuan yang dikembangkan hendaklah berasaskan pengetahuan sedia
ada murid.
Contoh: Bidang Ulum Syar’yyah: Akidah.
Guru mengajar bahawa Allah SWT itu wujud dan tanda wujudnya Allah ialah dengan
wujudnya alam ini. Pengetahuan murid yang sedia ada ialah meraka tahu bahawa setiap
17 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
benda ada penciptanya begitu juga dengan alam ini kerana ianya tidak akan terjadi dengan
sendirinya.
Penggunaan prinsip ini ia dapat mencapai objektif dan pengajaran dapat berjalan dengan
berkesan dan baik.
3.4.4 Dari khusus kepada umum
Memberi beberapa contoh untuk dibuat generalisasi. Perkembangan isi pelajaran yang
berkesan hendaklah di susun dari sesuatu yang khusus kepada umum. Guru hendaklah
memilih isi pelajaran yang tersusun dari ciri-ciri khusus isi pelajaran.
Contoh: Bidang Ulum Syar’iyyah: Ibadah.
Guru mengajar tentang hadas kecil atau hadas besar, guru hendaklah menjelaskan dulu
tentang ciri-ciri khusus hadas kecil atau hadas besar sebelum membuat satu pengertian umum
tentang ciri yang telah diterangkan. Prinsip ini akan merangsang murid untuk mengetahui
perkembangan isi.
18 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
RUMUSAN
Secara keseluruhannya, dapatlah dirumuskan di sini bahawa pendekatan pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Islam itu adalah ditentukan oleh cara sesuatu kandungan itu
diolah, sejauh mana penglibatan pelajar dalam proses pengajaran serta teknik pengajaran
yang digunakan. Pendekatan itu hendaklah mencerminkan satu pandangan tentang hakikat
satu matlamat pelajaran. Bagaimana ia dikuasai dan diperolehi, bagaimana ia difahami dan di
mana ia disimpan. Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam, guru boleh
menggunakan apa jua jenis pendekatan asalkan ia mengandungi ciri-ciri memberi ilmu
(kognitif); menanam kepercayaan dan pegangan kepada akidah Islamiah (afektif); membina
kemahiran dan amalan (psikomotor); memupuk dan menanam penghayatan (afektif);
membentuk pandangan, sikap dan akhlak (afektif); mewujudkan hubungan mesra di antara
guru dengan murid; menyepadukan faktor dan nilai; dan merentas kurikulum. Setelah
mengenal pasti pelbagai jenis bahan yang boleh dijadikan sebagai sumber pengajaran dan
pembelajaran para guru terutamanya guru Pendidikan Islam perlu peka, bersedia dan
bijaksana dalam membuat keputusan untuk memilih bahan atau sumber pengajaran yang
paling berkesan untuk diguna dan diaplikasikan dalam sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru Pendidikan Islam khususnya, perlu bersedia dan mahir menggunakan
pelbagai jenis sumber, baik yang bercetak mahupun yang tidak bercetak seperti peralatan
audio-visual, komputer, multi-media dan sebagainya untuk meningkatkan kualiti dan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Dalam usaha meningkatkan proses P&P, guru
Pendidikan Islam juga perlu mempunyai kemahiran untuk mengoptimumkan penggunaan
sumber seperti boleh menggunakan authorware untuk mencantumkan bahan daripada sumber
audio kaset, pita video, perisian multi-media dan bahan. Sebagai seorang guru Pendidikan
Islam yang berwibawa dan mempunyai keazaman yang tinggi, diharap para guru akan
berjaya menjadi seorang guru yang dapat memanfaat dan menggunakan pelbagai sumber
pengajaran yang ada dan terkini ke arah memartabat dan meninggikan mutu dan kualiti
Pendidikan Islam di negara ini khususnya. Manakala pemahaman terhadap prinsip-prinsip isi
pelajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam akan memperkembangkan proses pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Islam dengan lebih tersusun. Dengan ini perkembangan isi
pelajaran secara berperingkat-peringkat adalah perlu diambil kira dalam memahamkan
sesuatu isi pelajaran supaya dapat dikekalkan dalam ingatan dan penghayatan murid secara
berterusan.
19 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
BIBILIOGRAFI
Ahmad Mohd Saleh, (1997). Pendidikan Islam, falsafah, pedagogi dan metodologi, Shah
Alam,Selangor:Fajar Bakti Sdn Bhd.
Haji Abdullah Ishak, (1995). Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Hassan Langgulung, (1991). Asas-Asas Pendidikan Islam, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
Pustaka.
Kamarul Azmi Jasmi & Ab Halim Tamuri (2007). Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran, Johor Bahru : Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd. Kamal Hassan (1988), Pendidikan Dan Pembangunan Suatu Perspektif Bersepadu,
Kuala Lumpur : Nurin Enterprise
Zawawi Hj. Ahmad. (1984). Pendidikan Islam Kaedah Dan Teknik Pengajaran. Petaling
Jaya : International Book Service.
20 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
LAMPIRAN
Pendekatan Bersepadu
Pendekatan Induktif & Deduktif
21 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
Pendekatan Pemusatan Murid
Bahan bantu mengajar
22 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
Bahan bantu mengajar
Bahan Bantu Mengajar
23 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM