Tugasan Pentaksiran Prasekolah Salmiah
-
Upload
salmiah-othman -
Category
Documents
-
view
740 -
download
31
Transcript of Tugasan Pentaksiran Prasekolah Salmiah
1.0 PENGENALAN
Pendidikan prasekolah di Malaysia bertujuan memperkembangkan potensi
kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu
dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran
pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif
dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan
membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya
dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan
tanggungjawab di sekolah rendah kelak. Untuk memastikan matlamat dan objektif
tersebut tercapai, pentaksiran perlu dijalankan untuk menilai perkembangan kanak-
kanak dari semasa ke semasa dalam aspek-aspek yang dikenalpasti. Pentaksiran
yang dicadangkan adalah pentaksiran secara formatif dan autentik melalui
pengajaran dan pembelajaran harian.
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang dilaksanakan di semua
prasekolah mulai 2010 disusunatur mengikut format Fokus, Standard Kandungan
dan Standard Pembelajaran. Fokus, Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran adalah perkara-perkara yang dirujuk semasa guru merancang dan
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran..
Fokus adalah bidang pembelajaran yang ingin dikembangkan dalam diri
murid. Semasa merancang pentaksiran, Fokus boleh dirujuk untuk membina
Konstruk.
Konstruk adalah perkara yang akan ditaksir. Setiap Fokus dinyatakan melalui
beberapa Standard Kandungan.
Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang
patut murid tahu dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Ianya ditulis
meliputi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Setiap Standard Kandungan
diperincikan lagi kepada beberapa Standard Pembelajaran.
Standard Pembelajaran merupakan satu penetapan kriteria atau indikator
pencapaian dalam bentuk objektif tingkahlaku (behavioural) yang boleh diukur, untuk
memastikan penguasaan setiap Standard Kandungan.
1
2.0 PENTAKSIRAN PRASEKOLAH
Pentaksiran prasekolah adalah satu proses yang sistematik untuk
mengumpul maklumat tentang perkembangan murid bagi membantu guru membuat
penilaian terhadap mereka dengan tujuan mengenalpasti tindakan susulan yang
sesuai untuk membantu murid mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di
prasekolah. Proses dalam pentaksiran melibatkan aktiviti mengumpul, menganalisis
dan menginterpretasi maklumat yang diperoleh.
Pentaksiran adalah satu proses yang berterusan dan dijadikan sebahagian
daripada pengajaran dan pembelajaran. Dalam pentaksiran, guru boleh
menggunakan pelbagai kaedah untuk mendapatkan maklumat. Hasil pentaksiran
terhadap murid membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan
seterusnya membantu guru memperkembangkan potensi murid sepenuhnya dalam
domain kognitif, afektif dan psikomotor sebagai persediaan mereka untuk ke
sekolah rendah.
Pentaksiran murid prasekolah bukan bertujuan melabel dan
membandingkan murid dengan murid yang lain, tetapi untuk meningkatkan
pembelajaran murid berkenaan. Istilah yang sering digunakan untuk pentaksiran
seperti ini ialah Pentaksiran Autentik atau Pentaksiran secara formatif (Formative
assessment).
Pentaksiran murid di prasekolah lebih menekankan kepada usaha ke arah
penambahbaikan (improvement) serta perkembangan (development) dan bukan
pencapaian (achievement) semata-mata. Maklum balas yang diberi semasa atau
selepas sesuatu aktiviti pentaksiran merupakan faktor penting dalam menjayakan
proses pentaksiran. Pertimbangan harus diberi ke atas keperluan kanak-kanak,
perasaan kanak-kanak, psikologi kanak-kanak, teori perkembangan kanak-kanak
semasa merancangkan proses pentaksiran.
Bagi memastikan murid mencapai tahap pengetahuan dan kemahiran
tertentu sebelum memulakan persekolahan formal di Tahun Satu, Pentaksiran
2
Merujuk Standard digunakan, selaras dengan rekabentuk Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang mula digunakan di semua prasekolah pada
tahun 2010.
2.1 PENTAKSIRAN MERUJUK STANDARD
Seiring dengan kurikulum prasekolah yang berasaskan standard,
pentaksiran di prasekolah adalah sesuai dilaksanakan dengan merujuk kepada
standard. Pentaksiran Merujuk Standard bermaksud apa yang ditaksir dan tahap
perkembangan dan penguasaan murid mesti dirujukkan kepada Standard Prestasi
yang jelas, realistik, boleh difahami dan lebih memberi makna. Kerja, respons dan
tingkah laku (proses dan produk) yang dihasilkan atau dipamer oleh murid
merupakan evidens (juga dipanggil bukti) yang akan dirujukkan kepada standard
prestasi yang ditetapkan.
Standard Prestasi (Performance Standard) merupakan satu set kriteria
umum yang menunjukkan tahap-tahap prestasi yang perlu murid pamerkan sebagai
tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai murid. Ianya memberi definisi
kepada ”kejayaan” dan bagaimanakah hasil kerja dan tingkah laku yang dikatakan
cukup baik (indicator of success) atau sudah mencapai objektif pembelajaran.
Tujuan diadakan standard prestasi ialah untuk mengenal pasti di manakah tahap
penguasaan pengetahuan, kemahiran atau pengamalan nilai seseorang murid itu.
Standard prestasi memberi gambaran jelas atau panduan kepada guru tentang
bagaimana hendak memberi skor kepada hasil yang dipersembahkan oleh murid.
Standard Prestasi juga dirujuk semasa guru memberi maklum balas dan membuat
pelaporan tentang murid. Standard Prestasi memperihalkan kualiti penguasaan
sesuatu perkara atau hasil kerja mengikut hierarki. Standard Prestasi tidak
menjelaskan secara spesifik tentang teknik atau kaedah untuk mencapai hasil yang
dikehendaki. Standard prestasi bukan saja patut diketahui oleh pentaksir (guru),
malah ibu bapa dan murid sendiri. Standard Prestasi dinyatakan dalam bentuk
kriteria dan skor.
3
Kriteria merupakan pernyataan yang menjelaskan tentang kualiti sesuatu
kerja atau perkara yang dikuasai. Kriteria yang ditulis mesti mudah, ringkas, tidak
mengelirukan dengan mengambil kira perbezaan antara individu. Ianya menjadi
rujukan bagaimana prestasi murid ditaksir dan diberikan skor. Pernyataan kriteria
yang ditulis pada setiap tahap penguasaan mestilah dapat memperihalkan setakat
mana kualiti kerja yang ditunjukkan oleh murid. Kriteria yang khusus dibina bagi
setiap konstruk yang dinilai dalam pentaksiran prasekolah. Bagi memastikan
kesamaan kualiti antara kesemua kriteria khusus, satu standard dan kriteria teras
iaitu skor digunakan sebagai panduan.
Skor dalam konteks pentaksiran prasekolah di Malaysiar bermaksud apa
yang digunakan untuk menandakan tahap penguasaan murid. Di prasekolah, skor
yang diberi bukan sekadar berbentuk gred (A, B, C, ...) atau markah (1, 2, 3, ...)
yang hanya boleh dijumlah dan dipuratakan, seperti yang digunakan dalam ujian
pencapaian di peperiksaan awam. Skor dalam bentuk markah dan gred semata-
mata tidak boleh memberi maklumat tentang apa yang murid boleh lakukan. Untuk
menjadikan pentaksiran lebih bermakna di prasekolah, skor mestilah dapat
menjelaskan di tahap manakah murid berada berbanding standard prestasi yang
hendak dicapai. Contoh skor yang boleh digunakan dalam pentaksiran prasekolah
ialah Belum Menguasai (), Sedang Maju ()dan Telah Menguasai ().
Jadual 1: Standard Prestasi di Prasekolah
Skor
(Tahap Penguasaan)
Simbol Kriteria
Telah Menguasai TM Tahu dan boleh buat dengan sendiri dengan baik
secara bertatasusila
Sedang Maju SM Tahu dan boleh buat dengan bimbingan.
Belum Menguasai BM Tahu beberapa perkara asas berkaitan dengan
konstruk tetapi tidak boleh buat
4
Jadual 2: Standard Prestasi di Prasekolah
Skor
(Tahap Penguasaan)
Simbol Kriteria
Menguasai M Boleh melakukan aktiviti dengan betul sehingga selesai
Sedang Berkembang SB Memerlukan bimbingan dari semasa ke semasa apabila
melakukan aktiviti namun masih boleh melakukannya
sehingga selesai
Perlu Banyak Bimbingan PB Sukar memahami arahan untuk menjalankan aktiviti dan
sentiasa memerlukan bimbingan
Tiga tahap penguasaan di Jadual 1 dan 2 boleh menjadi teras (asas)
kepada pernyataan kriteria bagi standard prestasi yang dibina dan disesuaikan untuk
mentaksir setiap konstruk.
Dengan adanya Standard Prestasi, guru dapat memberi skor dan maklum
balas yang tepat kepada murid tentang prestasi mereka . Sehubungan itu guru boleh
mengatur strategi pengajaran atau intervensi untuk membantu murid memperbaiki
pembelajaran mereka bagi menguasai tahap yang tertinggi. Daripada maklum balas
guru, murid pula mendapat gambaran yang jelas tentang sasaran pembelajaran, di
mana kedudukan mereka dan apa lagi yang mereka perlu perbaiki untuk maju ke
arah sasaran berkenaan.
2.2 APAKAH YANG DITAKSIR?
Perkara yang ditaksir merupakan kandungan di dalam Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan. Merujuk kepada Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan, perkara-perkara (merangkumi domain pengetahuan, kemahiran dan
nilai) yang ingin dikembangkan dalam diri murid dikategorikan mengikut enam
tunjang iaitu tunjang komunikasi , Tunjang Sains dan Teknologi,Tunjang Kerohanian,
Sikap dan Nilai; Tunjang Fizikal dan Estetika ,Tunjang Kemanusiaan dan Tunjang
5
Ketrampilan Diri. Di Dalam Pengajaran matapelajaran Bahasa , Tunjang Komunikasi
adalah yang dititikberatkan.
2.2.1 Tunjang Komunikasi
Fokus utama Tunjang Komunikasi adalah Kemahiran Bahasa dan Seni Bahasa.
Kemahiran Bahasa merangkumi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur,
kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Bahan yang digunakan perlu sesuai
dengan peringkat perkembangan kanak-kanak. Seni Bahasa merujuk kepada
keupayaan murid mengungkap keindahan bahasa melalui kepelbagaian aktiviti dan
permainan bahasa seperti drama dan sajak.
2.3 KONSTRUK YANG DITAKSIR
Untuk mengenal pasti apakah perkara-perkara utama yang ditaksir(konstruk),
rujukan dibuat ke atas Fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
untuk setiap Tunjang di dalam dokumen Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan. Fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran menyatakan
dengan terperinci perkara yang perlu dipupuk dan dikuasai oleh murid. Pengamalan
sikap baik (yang berkaitan dengan kemahiran/ kebolehan dalam Standard
Pembelajaran) juga diperhatikan dan ditaksir sebagai usaha untuk memupuk nilai
murni dan sikap positif semasa murid mempamerkan kemahiran mereka. Jadual 3
menunjukkan senarai konstruk yang telah dikenal pasti mengikut tunjang sepanjang
tempoh pembelajaran murid di peringkat prasekolah.
Jadual 3: Senarai Konstruk untuk Pentaksiran di Prasekolah
TUNJANG KONSTRUK
Komunikasi
BM1 Kemahiran Mendengar
BM2 Kemahiran Bertutur
BM3 Kemahiran Menyebut dan Mengecam Huruf Vokal dan
Konsonan
BM4 Kemahiran Membaca Perkataan
BM4 Kemahiran Membaca Perkataan
6
3.0 literature Portfolio
Selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, perkembangan kanak
kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang perlu diberi pertimbangan yang
sewajarnya di dalam program prasekolah kerana pengalaman prasekolah bakal
mencorakkan perkembangan kanak-kanak seterusnya. Menurut Rohaty (1986)
pengabaian semasa proses perkembangan ini akan memberikan pengalaman yang
negatif kepada kanak-kanak. Kajiankajian yang dijalankan oleh Abu Bakar (1986),
Halim (1989) dan Ahmad Abd. Ghani (1993) menunjukkan pelbagai kesan positif
dan berlarutan dialami oleh kanak-kanak yang mengikuti program prasekolah.
Justeru, program prasekolah perlu menjamin perkembangan intelektual, sosial,
akhlak, emosi dan jasmani kanak-kanak dijalankan dengan sebaiknya supaya kanak
kanak boleh berkembang secara optima. Kajian Rahimah (1996) merumuskan
kecemerlangan program prasekolah membabitkan kecemerlangan matlamat, isi
kandungan, proses pengajaran, hasil pembelajaran, persekitaran pembelajaran dan
para pendidik yang terlibat.
Sehubungan itu keperluan penilaian perkembangan kanak-kanak di peringkat
prasekolah perlu dititik beratkan. Penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah
melibatkan pemerhatian, rakaman dan dokumentasi kegiatan dan permainan yang
dijalankan oleh kanak-kanak. Ia merupakan satu proses yang berterusan dan
bertumpu kepada apa yang kanak-kanak lakukan dan bagaimana ianya dilakukan
(Meisels 1995). Menurut Seefeldt (1990) kanak-kanak mempunyai repertoir tingkah
laku yang terhad untuk ditafsir dan tidak dapat menggunakan bahasa dengan tepat
untuk menerangkan pengalaman yang dialami.
Justeru itu pemerhatian adalah kaedah yang terbaik untuk menilai perkembangan
mereka disebabkan melalui tingkah laku kanak-kanak meluahkan perasaan, ide dan
pengetahuan dan emosi mereka. Menurut Nor Hashimah dan Khadijah (2000)
penilaian perkembangan adalah suatu perkara yang dilakukan setiap hari bagi
membantu guru prasekolah mendapat gambaran yang jelas tentang pembelajaran
dan perkembangan kanak-kanak, pengajaran guru dan keberkesanan program. Ia
memberi arah untuk tindakan selanjutnya kepada guru juga ibu bapa, supaya
perkembangan kanak-kanak yang optima boleh berlaku.
7
KONSEP PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Perkembangan kanak-kanak terbahagi kepada perubahan kuantitatif iaitu perubahan
yang boleh diukur seperti ketinggian dan berat; dan perubahan kualitatif yang
bermaksud proses perubahan yang abstrak dari satu tahap ke tahap yang lain
contohnya kemahiran berfikir dan bersosial. Perkembangan kanak-kanak berlaku
secara beransur-ansur dan berterusan , hasil daripada tindakan yang saling berkait
antara proses kematangan dan pembelajaran mengikut aturan semulajadi dan sifat-
sifat sejagat. Pengaruh baka dan persekitaran memberikan kanak kanak kadar dan
tahap perkembangan yang berbeza-beza. Interaksi pengaruh-pengaruh tersebut
membantu dalam menentukan pencapaian perkembangan ke satu tahap yang
maksimum (Bee 1995;Rohani 2001).
Tahap perkembangan kanak-kanak berlaku dengan pesat pada lingkungan umur
empat hingga enam tahun .Kajian Bloom (1964) membuktikan 80% kecerdasan
seseorang individu pada usia 18 tahun terbina pada peringkat umur prasekolah.
Pada usia ini kanak kanak bertindak aktif kepada ransangan, berinteraksi bebas
dengan orang sekeliling dan peka kepada keadaan sekeliling. Roopnarine dan
Johnson (1997) menegaskan kanak-kanak menempuh waktu perkembangan yang
paling sensitif justeru perlu diberi pendidikan seawall mungkin. Sehubungan itu
adalah penting kanak- kanak mengalami pengalaman pembelajaran
prasekolah yang berkesan, bermakna dan menggembirakan supaya kanak-kanak
dibekalkan dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif sebelum
memasuki alam persekolahan formal (Rohaty 2003).
National Association for the Education of Young Children (NAEYC) 1991
mendefinisikan penilaian perkembangan kanak-kanak sebagai proses
mendokumentasi apa yang dilakukan oleh kanak-kanak dan bagaimana mereka
melakukannya bertujuan membuat keputusan-keputusan berkenaan kanak-kanak.
Garispanduan Penilaian Selaras Perkembangan Kanak-kanak Berumur Tiga hingga
Lapan Tahun (1991) yang dikeluarkan oleh badan tersebut menjelaskan bahawa
penilaian yang dijalankan perlu berterusan, bersesuaian dan boleh membantu
perkembangan. Perancangan, strategi dan instrument penilaian perlu berbeza-beza
bersesuaian dengan setiap tujuan penilaian dan matlamat pembelajaran. Kriteria
8
penilaian perkembangan kanak-kanak perlu bersesuaian dengan objektif dan
kandungan pembelajaran (Schweinhart 1993). Skop penilaian tidak terhad kepada
bahasa dan matematik tetapi termasuk inisiatif, hubungan sosial, persembahan
kreatif, muzik dan pergerakan. Penilaian yang dijalankan perlu bersesuaian dengan
aktiviti kanak-kanak serta bermakna dalam pengalaman harian kanak-kanak dan
dilaksanakan secara tidak formal semasa kanak-kanak mengalami proses
pembelajaran melalui pemerhatian dan dokumentasi.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003a) dalam menghuraikan kurikulum
prasekolah menyatakan bahawa penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah
adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang perlu
dijalankan secara berterusan. Selain bertujuan mengenal pasti pelbagai kecerdasan
dan potensi untuk diberi pengukuhan dan dipertingkatkan di dalam kesemua
domain- domain kognitif, afektif dan psikomotor, penilaian tersebut juga memberi
maklumat untuk menentukan pencapaian sesuatu objektif dan hala tuju pengajaran
dan pembelajaran.
Menurut Zurida et al. (2003), ciri-ciri penilaian pada peringkat prasekolah lebih
bercorak rujukan kriteria kerana ia memberi ruang bagi guru untuk memantau
kemajuan kanak-kanak secara individu. Membandingkan perkembangan kanak-
kanak mengikut tahap yang seharusnya patut dicapai pada peringkat-peringkat
tertentu mengikut umur membolehkan guru memilih dan merancang pengalaman
pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak.
Proses pemerhatian , mengenal pasti, mengumpul dan menganalisis rekod
perkembangan kanak-kanak membolehkan guru memahami perkembangan serta
kemajuan pembelajaran kanak-kanak.
Penilaian perkembangan kanak-kanak dapat disimpulkan sebagai sebahagian
daripada proses pembelajaran kanak-kanak bertujuan mengumpul maklumat
tentang pengetahuan, kemahiran dan pencapaian kanak-kanak bagi membantu
perkembangan yang seterusnya. Proses ini perlu dijalankan secara berterusan dan
bersesuaian dengan objektif pembelajaran dan tahap perkembangan individu setiap
kanak-kanak semasa kanak-kanak mengalami proses pembelajaran.
9
Kajian Mohamad (1993) berjudul Tugas dan Masalah Guru Dalam Mengendalikan
Kurikulum Prasekolah yang dijalankan ke atas 12 orang guru tadika dan 11 orang
pembantu guru Tabika Perpaduan mendapati aspek penilaian perkembangan kanak-
kanak telah diketahui namun guru menghadapi kesukaran mengendalikannya akibat
kurang kemahiran.
Isu yang sama timbul dalam kajian Rohaty (1996b) bertajuk Educational Assessment
of Malaysian Preschoolers. Kajian tersebut juga menunjukkan guru kurang
berpengetahuan tentang kepelbagaian jenis kaedah penilaian perkembangan kanak-
kanak.
Hasil dari kajian yang dijalankan oleh Nordin et al. (2000) mendapati guru
menghadapi beberapa masalah sewaktu melaksanakan penilaian di peringkat
prasekolah. Sebahagian dari responden merekod prestasi murid hanya berpandu
kepada buku laporan kemajuan murid yang disediakan oleh pihak penganjur. Guru-
guru kurang pendedahan dan latihan terhadap pelaksanaan penilaian menyebabkan
mereka tidak menggunakan pelbagai kaedah penilaian yang dapat memberikan
maklumat yang jelas tentang perkembangan dan penguasaan kanak-kanak.
Seterusnya, beban tugas dan tanggungjawab yang banyak mengekang guru untuk
melaksanakan penilaian. Membuat penilaian seperti kaedah pemerhatian
memerlukan kecekapan dan perancangan serta memakan masa yang banyak.
Selain itu, penilaian dalam bidang afektif sukar dilaksanakan. Pentafsiran
pencapaian dan penguasaan kanak-kanak sukar dilakukan. Penilaian yang
berterusan tidak dapat dilaksanakan kerana masa dan tenaga pengajar yang tidak
mencukupi untuk bilangan kanak kanakyang agak ramai serta pelbagai karenah. Ibu
bapa sering tersalah anggap terhadap tujuan penilaian menyebabkan guru-guru
terpaksa menggunakan satu kaedah yang dapat menyampaikan maklumat yang
cepat dan tepat kepada mereka . Dengan itu ujian dijalankan untuk menilai
perkembangan kanak-kanak.
Kajian yang dijalankan oleh Nor Hashimah dan Khadijah (2000) ke atas pelaksanaan
penilaian pendidikan Islam dan Moral di prasekolah mendapati kebanyakan
pengurus dan guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk membuat penilaian
10
berbentuk formatif. Pemerhatian, senarai semak atau rekod individu jarang
dilaksanakan. Guru banyak member tumpuan pada persediaan dan pelaksanaan
aktiviti di dalam bilik darjah. Tiada rekod yang sistematik digunakan untuk mencatat
tentang perubahan sikap, emosi, tingkah laku atau amalan kanak-kanak secara
terperinci. Keadaan ini berlaku kerana ibu bapa lebih member perhatian kepada
aspek kognitif kanak-kanak seperti pencapaian dalam pembacaan dan nombor.
Aspek-aspek seperti sikap, emosi, tingkah laku hanya dibincangkan dengan ibu
bapa yang bertanya dan berminat untuk mengetahui perkembangan anak-anak
mereka. Namun demikian guru sedar bahawa penilaian aspek-aspek ini penting
tetapi pelaksanaannya tidak begitu diperlukan. Kajian tersebut juga mendapati hasil
kerja seni kanak-kanak kebanyakannya tidak disimpan di dalam portfolio sebaliknya
dipamerkan di kelas. Ini bagi memotivasikan kanak-kanak dan memaklumkan
kepada ibu bapa aktiviti-aktiviti prasekolah.
Kajian di Malaysia menunjukkan penilaian yang dijalankan di kebanyakan tadika
lebih banyak menjurus pada perkembangan akademik dan kognitif. Kajian Rohaty
(2003) mendapati penggunaan penilaian lebih menumpu pada melaporkan
kemajuan kanak-kanak kepada ibu bapa, sedangkan ianya mempunyai skop yang
lebih luas. Penilaian dijalankan secara formal dengan cara menduduki ujian yang
kemudiannya diberikan gred markah dan kedudukan. Kesan dari kemasukan gred
dan markah adalah penglabelan ke atas kanak-kanak secara langsung terlalu awal.
Melabel kanak-kanak hasil satu dua ujian adalah perbuatan yang tidak sesuai. Ianya
boleh memberikan tekanan tekanan kepada ibu bapa dan guru yang inginkan anak-
anak mereka maju.
KONSEP-KONSEP ASAS PENGGUNAAN PORTFOLIO
Arter dan Spandel (1991) mendefinisikan portfolio sebagai satu koleksi hasil kerja
kanak kanak yang bermatlamat yang menunjukkan usaha , kemajuan dan
pencapaian kanak-kanak dalam satu atau lebih bidang pembelajaran. Menurut
Grace (1992) portfolio adalah satu rekod proses pembelajaran yang dilalui oleh
kanak-kanak. Ianya menunjukkan apa yang telah dipelajari dan bagaimana ianya
dipelajari oleh kanak-kanak; bagaimana dia berfikir, menyoal, menganalisis ,
mensintesis, menghasilkan dan mencipta sesuatu dalam usaha menyiapkan tugasan
11
yang diberi. Portfolio juga menunjukkan bagaimana kanak-kanak berinteraksi secara
intelektual, emosi dan sosial dengan orang lain. Bhasah (2003) berpendapat
portfolio merupakan satu rekod penyimpanan maklumat dalam bentuk folder atau fail
atau sebagainya yang mengandungi bahan- bahan kutipan yang dikumpulkan untuk
sesuatu tempoh bagi menggambarkan dan menjelaskan atau menerangkan
perkembangan kanak-kanak dalam menyiapkan tugasan yang diberi.
Grace (1992) menyatakan bahawa portfolio mampu menilai perkembangan kanak
kanak secara autentik kerana portfolio adalah bukti pencapaian kanak-kanak yang
sebenar dan bersesuaian dengan proses pembelajaran. Proses pembelajaran boleh
direkod melalui portfolio kerana kandungan portfolio mampu menunjukkan apa yang
telah dipelajari, bagaimana kanak-kanak mempelajarinya dan bagaimana kanak-
kanak berinteraksi dengan orang lain dalam menyempurnakan tugasan mereka.
Portfolio dapat memantau kemajuan kanak-kanak kerana portfolio merekod
kejayaan dan bukannya kegagalan kanak-kanak. Usaha memantau kemajuan
kanak-kanak perlu dijalankan di konteks persekitaran di mana pembelajaran berlaku
(Appl 2000).
Menurut Meisels (1993), portfolio merupakan satu bentuk penilaian autentik kerana
kanak-kanak dinilai berdasarkan pengalaman yang sedang dialami iaitu menerusi
hasil kerja yang dihasilkan oleh kanak-kanak dalam konteks sebenar kanak-kanak
berada. Portfolio memperlihatkan perkembangan kanak-kanak yang sistematik. Ia
juga dapat menunjukkan potensi kanak-kanak menghasilkan pelbagai hasil kerja,
berupaya untuk mengintegrasikan pengajaran dan penilaian, dan membolehkan
aktiviti guru dan murid berlaku serentak.
Pendapat ini disokong oleh Arter et al.(1995) yang juga menambah bahawa portfolio
membolehkan apa yang diketahui dan boleh dibuat oleh kanak-kanak dilihat dengan
jelas dan merupakan satu bentuk penilaian autentik untuk melaporkan kemajuan
kanak-kanak kepada ibu bapa dengan lebih baik. Menerusi portfolio, pelajar
melakukan tugasan yang bererti, berdasarkan pengetahuan awal, pembelajaran
semasa dan kemahiran yang relevan untuk menyelesaikan masalah yang benar
atau autentik (Bhasah 2003). Pendapat ini disokong oleh Arter et al.(1995) yang juga
menambah bahawa portfolio membolehkan apa yang diketahui dan boleh dibuat
12
oleh kanak-kanak dilihat dengan jelas dan merupakan satu bentuk penilaian autentik
untuk melaporkan kemajuan kanak-kanak kepada ibu bapa dengan lebih baik.
Lantas ini menjadikan portfolio dokumentasi berharga berkenaan pembelajaran dan
kemajuan sebenar yang dialami oleh kanak-kanak.
Paul (1995) mencirikan portfolio sebagai proses pembelajaran yang dijalankan
secara berterusan yang bersifat multidimensi dari segi jenis hasil kerja dan bidang
kurikulum yang terlibat. Ianya menyediakan refleksi koloboratif di mana pelajar dapat
mereflek pengetahuan, pemahaman, kemahiran, proses berfikir dan tingkah laku
sepanjang proses pembelajaran berlaku. Bergantung kepada matlamat
pembelajaran yang ditetapkan, kandungan portfolio adalah pelbagai dan dalam
pelbagai bentuk , merangkumi hasil kerja dari proses sumbang saran, draf kerja
sehingga ke hasil kerja sebenar. Dan disebabkan ianya dilakukan dalam satu jangka
masa, ianya dapat merekod perkembangan dan kemajuan kanak kanak .
(Grace 1992; Bhasah 2003). De Fina (1992) menyenaraikan lima prinsip
penggunaan portfolio iaitu seperti berikut:
i. Merupakan koleksi hasil kerja pelajar yang sistematik dan
bermakna dalam satu atau lebih komponen pembelajaran
ii. Pelajar, bersama guru memilih hasil kerja yang sepatutnya
dimasukkan berdasarkan kriteria yang ditetapkan
iii. Mengandungi pelbagai hasil kerja yang terdiri dari pelbagai bentuk
media
iv. Boleh merefleksi pembelajaran sebenar yang dialami setiap hari
v. Dilakukan secara berterusan agar boleh memperlihatkan usaha,
kemajuan dan pencapaian dalam satu jangka masa
Dalam memastikan penggunaan portfolio yang sistematik dan bermakna Ward dan
Murray-Ward (1999) mencadangkan langkah penyediaan portfolio seperti berikut:
i. Tentukan tujuan
ii. Nyatakan kandungan dan kemahiran yang akan ditaksir atau diberi
perhatian
iii. Tentukan sasaran yang akan dinilai dan peringkatnya
iv. Nyatakan bahan-bahan yang perlu dikutip
13
v. Tetapkan kaedah pengumpulan bahan dan tempoh bagi
sesuatu aktiviti itu dijalankan
vi. Pastikan pelajar terlibat sama dalam pengumpulan bahan
vii. Perjelaskan kaedah pengredan untuk menaksir tugasan portfolio
viii. Sediakan satu ruang yang mencukupi untuk menyimpan portfolio
Secara fizikal portfolio boleh berbentuk fail, folder, kotak atau disket bergantung
kepada kesesuaian penyimpanan hasil kerja yang terkumpul. Menurut Cohen (2003)
portfolio seharusnya besar untuk menampung kerja-kerja seni, bahan audio-video,
hasil tulisan dan sebagainya. Ianya juga perlu tahan lama kerana ianya sentiasa
digunakan oleh kanak-kanak dalam satu tempoh masa.
Tujuan Penggunaan Portfolio
Tujuan yang jelas tentang penggunaan portfolio akan membolehkan
pelaksanaannya berjalan dengan berkesan. Kementerian Pendidikan Malaysia
(2003a) telah menetapkan penggunaan portfolio di prasekolah sebagai rekod
penyimpanan pengalaman, usaha, kemajuan yang diperolehi serta juga kejayaan
yang diperolehi bersama rakan-rakan lain; sebagai asas penilaian perkembangan ;
sebagai panduan untuk pengajaran dan pembelajaran dan untuk mengumpulkan
maklumat untuk dikongsi bersama ibubapa berkenaan perkembangan dan kemajuan
anak mereka.
\
Menurut Meisels et al.(1997), portfolio menunjukkan proses pembelajaran dan
aplikasi pemahaman; dan mampu mendokumentasi kekuatan dan kelemahan
kanak-kanak yang merupakan bukti perkembangan harian yang berlaku ke atas
kanak-kanak. Portfolio berfungsi bukan sahaja sebagai rekod kemajuan kanak-
kanak, malah ia juga mewakili usaha dan perkembangan kanak-kanak dalam
keseluruhan program prasekolah (Gronlund 1998).
Wortham (2002) menjelaskan portfolio mampu merekod perkembangan kanak-
kanak dari pelbagai hasil kerja yang terkumpul. Melalui hasil kerja dan eviden
perkembangan yang ada dapat dikenal pasti perkembangan yang telah berlaku.
Ianya membolehkan pelajar mengesan, mengikuti perkembangan dan melihat
14
kemajuan mereka sendiri dalam satu tempoh. Denganitu pelajar dapat berusaha
untuk meningkatkan pencapaian dengan menggunakan potensi diri mereka dalam
menyelesaikan tugasan yang diberi.
Meisels (1995) berpendapat penggunaan portfolio membolehkan penilaian
kebanyakan elemen pembelajaran dan perkembangan yang tidak diambil kira di
dalam ujian ujian yang dijalankan. Ianya adalah satu bentuk penilaian berasaskan
pencapaian atau performance evaluation kerana ia menunjukkan apa yang boleh
dilakukan oleh kanak-kanak di dalam situasi sebenar pembelajaran . Justeru
penilaian yang ditadbir berasaskan portfolio adalah lebih autentik kerana kanak-
kanak dinilai berdasarkan proses dari bukti yang dilihat dan bukannya dari satu ujian
bertulis yang tidak menggambarkan proses pembelajaran kanak-kanak. Penilaian
perkembangan berasaskan portfolio adalah lebih memenuhi tahap perkembangan
kanak-kanak kerana kanak-kanak tidak dinilai di luar rutin harian mereka.Portfolio
mempunyai kebaikan dari segi pengajaran kerana portfolio mengintegrasikan
pengajaran dan penilaian; dan bersesuaian dengan kurikulum kerana pelbagai
aspek perkembangan dapat dinilai dari sesuatu hasil kerja (Meisels 1995;Ward dan
Murray-Ward 1999; Appl 2000).
Kepada guru, portfolio dapat membantu melihat keseluruhan proses dan produk
pengajaran, dan dapat mengenal pasti perkembangan pelajar. Pengintegrasian ini
boleh membantu perkembangan pembelajaran yang berjaya kerana ia mampu
mendokumentasi dan menggambarkan pengajaran guru.
Meisels (1993), berpendapat portfolio menemukan aktiviti kanak-kanak dan aktiviti
guru. Melalui apa yang dikumpul di dalam portfolio, guru boleh mempelajari
bagaimana kanak-kanak belajar. Seterusnya pengubahsuaian aktiviti kelas yang
bersesuaian boleh dibuat dalam memastikan objektif pembelajaran tercapai sebaik
mungkin. Secara tidak langsung ini membolehkan penilaian ke atas kurikulum
berlaku kerana kandungan portfolio boleh mengesahkan kompetensi kanak-kanak
ke atas aktiviti pembelajaran yang dialami (Arter et al. 1995). Keselarasan kurikulum
dan penilaian juga dapat dilihat dalam proses pedagogi eterusnya memberi impak ke
atas proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak sepanjang program
(Klenowski 2002).
15
Hoy dan Greg (1994) menyatakan portfolio merupakan satu sumber yang sistematik
dalam merancang dan berkomunikasi tentang perkembangan kanak-kanak dengan
ibu bapa.
Menurut Gronlund (1998) portfolio membolehkan guru menunjukkan contoh-contoh
hasil kerja kanak-kanak yang dapat menjelaskan apa yang diketahui dan telah
dipelajari oleh kanak-kanak sepanjang proses pembelajaran. Portfolio merupakan
bukti –bukti nyata yang dapat menyokong perkembangan kanak-kanak yang
dilaporkan kepada ibu bapa. Ibu bapajuga dapat memvisualisasi penyertaan anak
mereka di dalam aktiviti kelas dan turut serta dalam menilai kemajuan anak mereka
melalui hasil kerja yang dibuat. Ini membolehkan ibu bapa memahami sama ada
anak mereka berkembang secara normal atau sebaliknya (Arce 2000).
Kesimpulannya, tujuan penggunaan portfolio adalah untuk merekod perkembangan
kanak-kanak, menjadi asas dalam menilai perkembangan kanak-kanak, sebagai
panduan proses pengajaran dan pembelajaran dan menjadi bukti pelaporan
perkembangan kanak kanak kepada ibu bapa.
Kandungan Portfolio
Portfolio mengandungi hasil kerja kanak-kanak yang memenuhi tujuan dan objektif
pembelajaran harian kanak-kanak. Hasil kerja tersebut menggambarkan
pengalaman yang dialami dan yang ingin dicapai. Contoh hasil kerja adalah seperti
lukisan , kraftangan, gambar foto, sampel daripada aktiviti , hasil penulisan dan
laporan dari pemerhatian (Kementerian Pendidikan Malaysia 2003b). Hasil kerja
yang dikumpul dapat menggambarkan kemajuan atau perkembangan seseorang
kanak-kanak. Lukisan, contohnya menunjukkan kesedaran dan keperihatinan
tentang sesuatu objek manakala hasil tulisan pula menunjukkan tahap literasi
kanak-kanak (Rohani 2001).
Menurut Engel (1991) hasil kerja dapat mengenal pasti dan menyokong
perkembangan kanak-kanak. Hasil kerja dapat memantau kejayaan yang dicapai
kanak-kanak berbanding kegagalan yang dihadapi di samping menunjukkan
usaha ,kemajuan dan pencapaian mereka . Hasil kerja yang dikumpul perlu pelbagai
16
termasuklah draf-draf kerja yang bersesuaian yang dapat menunjukkan usaha,
aplikasi pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak. Hasil kerja dalam pelbagai
bentuk media seperti hasil kerja dalam bentuk rakaman audio video dan gambar foto
mampu menunjukkan perkembangan kanak-kanak dengan lebih jelas. Menurut
Grace (1992), bergantung kepada tujuan diadakan portfolio, kandungannya perlu
boleh berkomunikasi tentang apa yang mampu dibuat oleh kanak-kanak. Ianya perlu
selari dengan aktiviti kelas dan perkembangan kemahiran tertentu yang ingin diajar
kerana ianya merupakan refleksi matlamat pembelajaran.
Kesimpulannya, kandungan portfolio adalah pelbagai . Namun ianya perlu
berdasarkan matlamat pembelajaran yang ditetapkan dan bersesuaian dengan
tahap perkembangan kanak-kanak.
Pengumpulan Kandungan Portfolio
Portfolio tidak seharusnya menjadi tempat mengumpul segala hasil kerja kanak-
anak. Pengumpulan bahan tidak boleh dijalankan sembarangan kerana ini boleh
menjejaskan pelaporan perkembangan kanak-kanak. Bahan-bahan perlu dikumpul
secara kronologi bagi memudahkan proses mendokumentasi perkembangan (Grace
1992). Pengumpulan dari pelbagai situasi pembelajaran juga perlu agar portfolio
menjadi alat untuk mendokumentasi, menganalisis dan merumus perkembangan
kanak-kanak sepanjang tahun yang menyeluruh meliputi ke semua komponen
pembelajaran (Meisels 1993). Dalam memilih hasil kerja untuk dimasukkan ke
dalam portfolio, guru perlu bersikap selektif (Gronlund 1998) dengan memilih hasil
kerja yang boleh menceritakan kemajuan yang telah dialami oleh kanak
kanak.Pengumpulan hasil kerja perlu berpandukan objektif pembelajaran yang
bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak (Arce 2000). Prosedur
pengumpulan hasil kerja untuk dimuatkan ke dalam portfolio memerlukan
penglibatan aktif kanak-kanak bersama guru (Grace 1992). Dengan cara ini, kanak-
kanak dapat menganalisa kerja yang mereka lakukan. Juga, ini memberi peluang
kepada guru untuk lebih memahami apa yang dibuat oleh kanak-kanak dan rasional
mereka dalam menghasilkan kerja tersebut. Pendapat ini disokong oleh Meisels
(1995) yang menambah penyertaan kanak kanak dalam pemilihan ini merupakan
satu bentuk perkembangan yang wajar ditanam ke dalam diri kanak-kanak kerana
17
ianya melatih kanak-kanak untuk bertanggungjawab ke atas hasil kerja mereka.
Ward dan Murray- Ward (1999) menyatakan penggunaan portfolio menjadi
bermakna dengan adanya penglibatan kanak-kanak dalam memilih bahan yang
perlu dikumpul dalam portfolio mereka. Kanak-kanak akan terlibat dalam proses
menilai kerja mereka sendiri yang mana ini membuatkan mereka sedar akan
pencapaian mereka. Seterusnya ini membolehkan mereka memantau kemajuan dan
merangka matlamat untuk meningkatkan tahap pencapaian yang seterusnya.
Keseluruhan proses ini menjadikan pengalaman di prasekolah lebih menyeluruh dan
bermakna.
Kesimpulannya, pengumpulan kandungan portfolio perlu dijalankan secara selektif
dengan memilih hasil kerja yang menunjukkan perkembangan bersesuaian dengan
objektif pembelajaran dan tahap perkembangan individu. Selain itu, penglibatan
bersama kanak kanak dan guru semasa proses pengumpulan kandungan portfolio
dapat memastikan portfolio bermakna dalam perkembangan kanak-kanak.
Tatacara Menilai Kandungan Portfolio Kanak-kanak
Proses menilai kandungan portfolio perlu berpandukan objektif pembelajaran yang
bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak. Setelah proses
pengumpulan dijalankan, guru menyemak, membanding dan menganalisa hasil kerja
kanak-kanak. Padatahap ini guru perlu mengenal pasti pengetahuan, kemahiran
atau pencapaian yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam hasil kerja mereka.
Semakan hasil kerja kanak-kanak boleh dijalankan dengan pelbagai cara. Antara
yang kerap ditemui adalah secara memberi ganjaran seperti bintang, gred atau
stiker.Guru boleh memberi makna kepada dokumentasi portfolio yang dikumpul
dengan memberi ulasan (Gronlund 1998). Ulasan guru merupakan sumber
maklumat penting untuk menilai kerja kanak-kanak. Ulasan secara lisan yang diberi
terus kepada kanak-kanak akan menyedarkan kanak-kanak pencapaian hasil kerja
mereka. Ulasan tulisan pula akan memberi maklumat sejauhmana kanak-kanak
telah berkembang dalam masa ditetapkan. Dengan itu amat penting bagi guru
mengetahui kriteria penilaian perkembangan yang ditadbir berdasarkan
pengetahuan , kemahiran dan pencapaian kanak-kanak sebelum ulasan ditulis.
Ulasan yang diberi meningkatkan kualiti dokumentasi kerana maklumat yang
18
terkandung di dalamnya dapat menilai proses pembelajaran yang sedang berlaku ke
atas kanak-kanak (Gronlund 1998). Selain itu ulasan guru dapat menjelaskan
konteks di mana perkembangan kanak-kanak berlaku.
\
Hasil kerja kanak-kanak perlu dikumpul secara kronologi di mana setiap semakan
perlu bertarikh. Ini akan membolehkan perkembangan kanak-kanak dinilai secara
membandingkan hasil kerja yang terdahulu dengan yang terkini (Grace 1992).
Perkembangan atau kejayaan kanak-kanak dari hasil kerja tidak boleh dirumuskan
dengan membandingkan seorang kanak-kanak dengan kanak-kanak yang lain
kerana penilaian berasaskan portfolio perlu berfokus kepada kanak-kanak itu sendiri
tanpa membuat perbandingan dengan rakan sebaya. Ini membolehkan
perkembangan kanak-kanak dipantau secara individu.
Bagi mencapai rumusan berkenaan perkembangan kanak-kanak, kandungan
portfolio seterusnya perlu dianalisa. Ini dijalankan berpandukan objektif
pembelajaran dan tahap perkembangan kanak-kanak (Meisels 1993). Menurut Appl
(2000) ini membolehkan satu indikasi kemajuan kanak-kanak dibentuk yang
konsisten dengan matlamat pembelajaran bersesuaian dengan tahap
perkembangan kanak-kanak tersebut. Dengan berpandukan objektif pembelajaran
dan tahap perkembangan guru boleh memilih dan merancang pengalaman dan
pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak (Zurida et.al.
2003).
Kesimpulannya, dalam menilai kandungan portfolio, hasil kerja kanak-kanak melalui
proses-proses menyemak, membanding dan menganalisa perkembangan
berpandukan matlamat pembelajaran yang ingin dicapai bersesuaian dengan tahap
perkembangan kanak kanak. Berdasarkan prinsip-prinsip penggunaan portfolio yang
telah dinyatakan oleh para penulis dan pengkaji, dapatlah disimpulkan bahawa
penggunaan portfolio adalah sangat bermakna dalam perkembangan kanak-kanak.
Ini kerana portfolio merupakan maklumat yang boleh menjelaskan proses
pembelajaran seterusnya menggambarkan perkembangan kanak-kanak sepanjang
mengikuti program prasekolah.
19
Kajian tentang Penggunaan Portfolio
Kajian-kajian menunjukkan penggunaan portfolio membawa kesan positif dalam
kurikulum dan pengajaran walaupun penggunaannya berhadapan dengan beberapa
masalah. Dalam penilaian berasaskan portfolio pelajar menunjukkan apa yang
mereka boleh buat dan pelajar dinilai berdasarkan apa yang mereka sepadukan
dalam membina portfolio dan bukan apa yang mereka dapat ingat kembali. Ini
disebabkan portfolio sebagai alat penilaian adalah untuk mengumpul bukti tentang
bagaimana pelajar mengolah, memproses dan menyempurnakan tugasan dalam
sesuatu domain. Kajian oleh Polakwoski (1993) menyebut guru-guru yang
berpengalaman menggunakan portfolio menyatakan bahawa portfolio selaras
dengan kurikulum dan bersesuaian dengan amalan pengajaran kanak-kanak.
Menerusi portfolio, guru dapat memahami gaya pembelajaran kanak-kanak, dapat
meningkatkan kebolehan kanak-kanak dan dapat memenuhi keperluan profession
perguruan. Portfolio mampu menilai perkembangan selaras dengan matlamat
pengajaran. Namun dapatan kajian ini menunjukkan banyak masa diperlukan untuk
merangka, mengumpul, menyimpan dan mengintepretasi maklumat tentang
kemajuan pelajar. Ini menambah beban tugas guru sedia ada. Guru perlu
memfokuskan aktiviti kelas supaya kerja yang dihasilkan dari pengajaran guru boleh
digunakan untuk menilai pengetahuan, kemahiran dan pencapaian pelajar.
Kajian Arter et al.(1995) ke atas guru menunjukkan antara kebaikan portfolio yang
dikenalpasti adalah :
i. Membolehkan kurikulum dan pengajaran yang bersesuaian dengan perkembangan
kanak-kanak dilaksanakan
ii. Membolehkan pelajar menilai stail pembelajaran masing-masing
iii Meningkatkan kebolehan berkomunikasi dengan ibu bapa tentang pembelajaran
pelajar.
Kajian King & Campbell-Allen (1998) ke atas guru-guru tentang penggunaan
portfolio di Carrie E. Tompkins Elementary School di Croton, New York mendapati
bahawa penggunan portfolio membolehkan guru:
20
i. lebih memahami pelajar mereka
ii. lebih memahami gaya belajar pelajar
iii. lebih memahami kebolehan pelajar dalam bidang berlainan
iv. lebih memahami pengajaran sendiri
v. merangka pengajaran yang berfokus kepada pelajar
vi. berkongsi hasil kerja pelajar dengan ibu bapa
Pemerhatian oleh Cohen (2003) pula mendapati portfolio berupaya merekod
perkembangan kanak-kanak dalam satu jangka masa, memberi maklumat tentang
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, memberi peluang kepada
kanak-kanak untuk terlibat sama dalam menilai hasil kerja mereka dan merupakan
satu bentuk komunikasi pencapaian kanak-kanak antara guru dan pihak-pihak
tertentu.
Gronlund (1998) dalam pemerhatian beliau ke atas guru- guru prasekolah mendapati
ramai guru menghadapi masalah untuk menilai perkembangan kanak-kanak
berasaskan portfolio. Antara yang dikenal pasti ialah kecelaruan dalam menetapkan
tujuan portfolio samada hanya sebagai tempat penyimpanan hasil kerja kanak-kanak
atau asas penilaian perkembangan. Kebanyakan guru juga menghadapi masalah
dari segi kecekapan terutama dalam memilih bahan yang benar-benar menunjukkan
perkembangan pelajar dan menulis ulasan yang menggambarkan perkembangan.
Bhasah (2003) menyatakan akibat ketidakcekapan guru masalah dari segi kesahan
penilaian yang tepat dan konsisten terjejas akibat penskoran yang subjektif.
Ward dan Murray- Ward (1999) mendapati bahawa antara masalah penggunaan
portfolio adalah:
i. Memerlukan masa yang banyak untuk menyemak portfolio setiap kanakkanak
dan membuat penilaian
ii. Pengetahuan guru yang agak terhad dalam menilai semua aspek
perkembangan kanak-kanak berdasarkan hasil kerja
iii. Ketidakjelasan tujuan penggunaan portfolio samada hanya sebagai tempat
pengumpulan hasil kerja atau sebagai asas perkembangan penilaian kanakkanak
iv. Kurang bermakna kepada ibu bapa yang lebih mempercayai ujian dapat
menggambarkan kejayaan anak mereka dengan lebih tepat
21
v. Kesahan hasil kerja sebagai pengukur kemajuan kanak-kanak di sebabkan
penilaian bersifat subjektif dan hanya berpandukan analisis yang dibuat oleh guru.
Tempat penyimpanan hasil kerja adalah juga satu masalah penggunaan portfolio.
Terdapat berbagai bentuk portfolio yang boleh diselenggara. Antaranya
menggunakan kotak, fail, folder atau disket. Cara menyimpan hasil kerja banyak
bergantung kepada pengalaman guru menyelenggara portfolio pada tahun-tahun
sebelumnya. Akibat ketidakcekapan guru mengumpul hasil kerja, sikap guru yang
tidak selektif, guru sering kali memasukkan kesemua hasil kerja tanpa dianalisis. Ini
menjadikan bahan yang dikumpul terlalu banyak dan menjejaskan bentuk fizikal
portfolio (Gronlund 1998).
Kajian Surayah (2004) mendapati guru-guru prasekolah menggunakan portfolio
untuk tujuan-tujuan yang sejajar dengan konsep penggunaan portfolio. Namun, hasil
kerja yang dikumpul terbatas kepada yang berasaskan kertas yang berbentuk
lembaran kerja dan hasil tulisan yang merupakan salinan atau adaptasi dari buku-
buku rujukan di pasaran. Pengumpulan kandungan portfolio tidak dijalankan
mengikut prosedur tertentu dengan penglibatan kanak-kanak yang terhad. Dari segi
tatacara menilai kandungan portfolio, kaedah semakan yang paling menonjol adalah
secara memberi ganjaran. Penyemakan yang dijalankan adalah lebih berbentuk
perbandingan di antara hasil kerja yang terkini dengan yang terdahulu.
Penganalisaan kandungan portfolio adalah berdasarkan objektif pembelajaran dan
tahap perkembangan. Kajian beliau telah mengenal pasti antara masalah yang
dihadapai guru dalam menggunakan portfolio secara berkesan adalah latihan yang
terbatas, bilangan kanak-kanak yang terlalu ramai, peruntukan masa yang banyak
diperlukan untuk menilai hasil kerja kanak-kanak dan limitasi portfolio dalam
menggambarkan perkembangan kanak-kanak secara keseluruhan.
Kesimpulannya, portfolio berpotensi sebagai salah satu alat penilaian alternatif
dalam menilai perkembangan kanak-kanak masa kini. Namun, permasalahan seperti
yang dinyatakan perlu mendapat pertimbangan sewajarnya agar pelaksanaannya
memenuhi matlamat.
22
4.0 PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH
Pentaksiran prasekolah lebih banyak menggunakan pendekatan formatif.
Matlamat pentaksiran formatif ialah untuk meningkatkan motivasi dan pembelajaran
murid. Pentaksiran dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran,
membantu guru mengesan penguasaan, kemajuan dan merancang pengajaran atau
strategi seterusnya. Untuk mencapai matlamat, guru harus melaksanakan aktiviti-
aktiviti pentaksiran secara berulang dan berterusan seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 1. Sebagai persediaan, guru harus membuat perancangan dan membina item,
instrumen atau aktiviti.
Pentaksiran harus diulang dan dilakukan berterusan untuk melihat proses
kerja, hasil kerja dan tingkah laku yang ditunjukkan secara konsisten. Elakkan
daripada menggunakan ujian formal kerana ia tidak dapat memberi maklumat
mengenai kebolehan sebenar murid. Pentaksiran autentik lebih sesuai dijalankan
bagi murid prasekolah. Pentaksiran autentik merujuk kepada bentuk penilaian di
mana murid ditaksir pada masa menjalankan tugasan aktiviti pembelajaran harian di
dalam dan di luar kelas. Untuk mendapat hasil atau evidens terbaik, konteks (tema,
topik atau aktiviti) yang digunakan untuk mentaksir murid harus mengambil kira
aspek minat, budaya, latar belakang sosio ekonomi, pengalaman seharian,
persekitaran, kekuatan, ketidakupayaan dan kebolehlaksanaan. Oleh yang
demikian, fleksibiliti dibenarkan dari segi instrumen dan aktiviti yang dirancang.
Pentaksiran murid boleh melibatkan orang lain seperti rakan sebaya,
pembantu guru, ahli keluarga dan komuniti di mana bersesuaian. Pengumpulan
maklumat daripada pelbagai sumber dan aktiviti akan menghasilkan dapatan yang
boleh dipercayai serta membantu guru membuat keputusan yag lebih jelas dan
tanpa ragu-ragu.
23
Rajah 1: Proses Menjalankan Pentaksiran Prasekolah
24
KEMAHIRAN/HASIL PEMBELAJARAN BARU/ KE TAHUN
SATU SEKOLAH RENDAH
KEMAHIRAN/HASIL PEMBELAJARAN BARU/ KE TAHUN
SATU SEKOLAH RENDAH
MerancangMenentukan Konstruk dan
kaedah penilaian
Membina InstrumenMembina instrumen dan menentukan Standard Prestasi
Melaksanakan PentaksiranPemerhatian Tingkah laku,
Interaksi/Lisan /Hasil Kerja Murid
Merekod
Menganalisis data yang dikumpul dan Melapor
Sudahkah Murid
Menguasai
Tindakan Susulan/ Aktiviti
Tindakan Susulan/ Aktiviti
3.1 Merancang
Sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru hendaklah merancang
dengan melakukan perkara-perkara berikut:
Tahu tujuan mentaksir
Tahu apakah konstruk yang ditaksir
Rujuk kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dalam
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Rujuk kepada Standard Prestasi teras dan kriteria berkaitan;
Tentukan instrumen (aktiviti atau strategi) yang akan digunakan;
Tentukan bila hendak mentaksir;
Tentukan tempoh pemerhatian.
3.2 Membina Instrumen
Berdasarkan Konstruk, Standard Kandungan, Standard Pembelajaran,
Standard Prestasi, guru boleh membina instrumen serta mengatur aktiviti yang
sesuai dan tepat supaya murid berpeluang memberi respon yang diharapkan.
Melalui pendekatan pentaksiran autentik, murid boleh diperhati dan ditaksir melalui
aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan instrumen dan aktiviti harus
sesuai dengan apa yang hendak ditaksir dengan mengambil kira faktor murid dan
persekitaran mereka. Satu instrumen atau aktiviti boleh digunakan untuk
mendapatkan evidens bagi lebih daripada satu konstruk. Antara aktiviti yang lazim
dijalankan di prasekolah ialah permainan, lakonan, nyanyian, projek, bercerita, kuiz,
dan perbualan.
Berikut adalah beberapa instrumen yang boleh dijadikan panduan untuk
mentaksir Tunjang Komunikasi murid:
25
Instrumen 1: Contoh Instumen Bacaan
Contoh 1
NAMA MURID :
NAMA GURU :
TARIKH :
ITEM : Kemahiran Membaca
BM 3.1.3 Menyebut huruf secara rawak
Abjad secara rawak Catatan
c o a d g q
e s r n m
l i j t f k
h b p u y v
Skor:
___26
Sedang Menguasai
Menguasai
* Skala
0-19 -Sedang menguasai20-26-Menguasai
26
w x z
Contoh 2
NAMA MURID :
NAMA GURU :
TARIKH :
ITEM : Kemahiran Membaca
BM 3.1.4 Menyebut huruf mengikut urutan
Abjad mengikut urutan Catatan
a b c d e f g
h i j k l m n
o p q r s t u
v w x y z
Skor:
___26
Sedang Menguasai
Menguasai
* Skala
27
0-19 -Sedang menguasai20-26-Menguasai
Contoh 3
NAMA MURID :
NAMA GURU :
TARIKH :
ITEM : Kemahiran Membaca
BM 3.1.6 Mengenal pasti bentuk huruf besar
Mengenal huruf besar Catatan
A B C D E F G
H I J K L M N
O P Q R S T U
V W X Y Z
Skor:
___26
Sedang Menguasai
Menguasai
* Skala
28
0-19 -Sedang menguasai20-26-Menguasai
Contoh 4NAMA MURID :
NAMA GURU :
TARIKH :
ITEM : Kemahiran Membaca
BM 3.1.7 Memadankan huruf kecil dengan huruf besar
Memadankan huruf kecil dengan huruf besar Catatan
a
R
rL
gA
nF
I
G
f
Skor:
___6
Sedang Menguasai
Menguasai
* Skala
29
N 0-3 -Sedang menguasai4-6 -Menguasai
30
Baca dan sebut huruf di bawah secara turutan.a b c d e fg h i j k lm n o p q rs t u v w x
y z
B. Baca dan sebut huruf di bawah secara rawak.c o a d g qb p e s i jl t f k u yr n h m v w
x z
C. Baca dan sebut huruf di bawah secara turutan.A B C D E FG H I J K LM N O P Q RS T U V W X
Y Z
D. Baca dan sebut huruf di bawah secara rawak.C O D Q G PB R S I L JT H F E K AU N M V W Y
X Z
E. Cari huruf di dalam perkataan berdasarkan arahan guru mata keluargajari pintuemak kipasbuku cilikayu quranwisel dahiferi videox-ray zirafah
Catatan : murid menunjukkan huruf yang disebut oleh guru.
31
26
26
26
26
Contoh 5NAMA MURID :
NAMA GURU :
TARIKH :
ITEM : Kemahiran Membaca
BM 3.2.3 Mengenalpasti huruf vokal yang terdapat dalam
perkataan
Mengenal huruf vokal dalam perkataan Catatan
mata
ini
ubi
enam
ekor
Skor:
___6
Sedang Menguasai
Menguasai
* Skala
0-3 -Sedang menguasai4-6 -Menguasai
32
obor
Contoh 6NAMA MURID :
NAMA GURU :
TARIKH :
ITEM : Kemahiran Membaca
BM 3.3.3 Menyebut huruf konsonan dalam perkataan yang ditunjukkan.
Mengenal huruf konsonan dalam perkataan Catatan
baju
dagu
bola
muka
pasu
Skor:
___6
Sedang Menguasai
Menguasai
* Skala
0-3 -Sedang menguasai4-6 -Menguasai
33
foto
3.3 Mentaksir
Di peringkat prasekolah, pemerhatian adalah satu kaedah yang lazim
digunakan untuk mengumpul maklumat atau evidens. Pemerhatian bermaksud
pengamatan kepada perlakuan murid. Pendekatan ini boleh dilakukan secara
bersahaja tanpa murid tahu bahawa dia diperhatikan.
Apa yang diperhatikan ialah evidens atau bukti. Evidens boleh dipamerkan
dalam bentuk tingkah laku, interaksi, proses dan hasil kerja. Evidens yang mahu
dilihat ialah yang menunjukkan perkembangan, pertumbuhan dan pencapaian murid.
Berikut adalah contoh borang pentaksiran yang digunakan:
34
KEMAHIRAN MEMBACA FASA 1NAMA SEKOLAH :NAMA MURID:HURUF MENYEBUT
HURUF KECIL
MENYEBUT HURUF KECIL
MENYEBUT HURUF BESAR
MENYEBUT HURUF BESAR
MENGENAL HURUF DALAM PERKATAAN
Aa
Bb
Cc
Dd
Ee
Ff
Gg
Hh
Ii
Jj
Kk
Ll
Mm
Nn
Oo
Pp
Rr
Ss
Tt
Uu
Vv
Ww
Xx
Yy
Zz
35
KEMAHIRAN MENULIS FASA 1
NAMA SEKOLAH:
BIL
NAMA MURIDBAHAGIAN JUMLAH
A B C D E F G H I J
1.2.3.4.5.6.7.8.9.10.11.12.13.14.15.16.17.18.19.20.21.22.23.24.25
36
PENTAKSIRAN BAHASA MALAYSIA PRASEKOLAH FASA 1
NAMA SEKOLAH :
NAMA GURU : __________________BIL
NAMA MURID KEMAHIRAN MEMBACA M/TM
KEMAHIRAN MENULIS
A B C D E A B C D E F
1.2.3.4.5.6.7.8.9.10.11.12.13.14.15.16.17.18.19.20.21.22.23.24.25.
JUMLAH MENGUASAI
Disediakan oleh:
Disahkan oleh :
------------------------------
Tandatangan dan cop : -----------------------------------
Tandatangan dan cop :
37
3.4 Merekod
Merekod adalah aktiviti mencatat hasil pentaksiran dan maklumat berkaitan
secara sistematik. Maklumat yang direkod ialah tahap penguasaan, perkembangan,
kemajuan, potensi, sikap dan nilai-nilai yang murid pamerkan. Untuk membuat
penilaian tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran dan nilai, Standard
Prestasi boleh dirujuk untuk memastikan keselarasan dan keadilan. Berdasarkan
Standard Prestasi yang ditetapkan mengikut konstruk, guru mengenal pasti tahap
penguasaan murid. Pemerhatian dan perekodan yang teliti dan lengkap akan
memudahkan guru memberi maklum balas dan menghasilkan pelaporan murid
kemudian. Contoh instrumen yang boleh digunakan untuk merekod maklumat
pentaksiran adalah seperti Senarai Semak ,Rekod Anekdot dan Rekod
Berterusan (Running Record).
(a) Senarai Semak
Senarai Semak ialah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti
perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai. Senarai
item menentukan :
Sesuatu tingkah laku dapat diperhatikan
Kekerapan sesuatu tingkahlaku itu berlaku.
Sesuatu tingkah laku yang dikehendaki telah berlaku.
Senarai Semak boleh dibina dalam bentuk dinyatakan sesuatu tingkahlaku
telah berlaku atau tidak, iaitu dengan skor ‘ya’ atau ‘tidak’. Senarai Semak juga
boleh dilengkapkan dengan skala kadar. Skala kadar boleh digunakan untuk
menunjukkan darjah kemajuan dan pencapaian dalam penguasaan pengetahuan,
kemahiran, sikap dan nilai murid. Penilaian terhadap hasil kerja atau evidens direkod
berdasarkan skala. Skala penskoran dibina bagi pentaksiran setiap konstruk dalam
setiap tunjang. Guru perlu menentukan perkara-perkara berikut dalam merancang
senarai semak :
Konstruk yang hendak dinilai
Standard Prestasi dan kriteria ditulis dengan jelas.
Instrumen dan aktiviti yang digunakan
Skor digunakan: angka atau simbol
38
Lampiran 1 : contoh Rekod Senarai Semak
Contoh 1 (individu)Contoh 1 (individu)
Nama murid : ………………………………………..………………………………
Nama Guru : …………………………………………….…………………………
Tunjang Komunikasi
KandunganPemerhatian
UlasanI II III1. Kemahiran Mendengar Murid ini tidak
dapat menumpukan perhatian semasa pengajaran dan pembelajaran, mudah tertarik oleh bunyi di luar.
Mendengar dengan penuh perhatian.
x3 Mei
X 2 Jun
Mendengar dan mengecam bunyi perkataan yang berbeza.
/ /
Mendengar dan mengecam kesamaan bunyi perkataan.
2. Kemahiran BertuturBerinteraksi dan mengecam bunyi perkataan yang berbeza.Merangsang pertuturan melalui soal jawab.Melafazkan puisi dengan intonasi yang betul.Melakonkan watak-watak mengikut situasi.
Tandakan ( _/ ) jika murid telah menguasaiTandakan ( X) dan catatkan tarikh jika murid belum menguasai
39
Contoh 2 (individu)Contoh 2 (individu)
Nama murid : ………………………………………..………………………………
Nama Guru : …………………………………………….…………………………
HASIL PEMBELAJARAN Ulasan/ Tarikh
Ulasan/Tarikh
Ulasan/Tarikh
KEMAHIRAN BERTUTUR
Berbual menggunakan bahasa yang mudah dengan sebutan yang betul
Pendiam dan tidak mahu berbual dan tidak ramai kawan (13Feb)
Sudah boleh berbual semasa menjalankan aktiviti (16Mei)
Seorang yang peramah, berbual dengan ber -tatasusila dan sudah ramai kawan (20Sept)
Berinteraksi secara sopan dan bertatasusila
Mengikut giliran
40
/
Contoh 3 (Individu)Contoh 3 (Individu)
Penilaian kemahiran membaca
Nama murid : Amin
Pemerhati : Mahani Zakaria
Tarikh : 28 Feb 2010
Masa : 10.00 - 10.15 pagi
Situasi / tempat : Dalam kelas prasekolah
Item : Kemahiran Membaca (Mengenal abjad)
Contoh Teks mengenal abjad Catatan
a p d y
n t r e
o l h j
b m s g
c k I u
Kesalahan sebutan
- y disebut g
- r disebut n
- l disebut i
Tindakan Susulan
- Murid ini perlu
diberi
penekanan
terhadap
penguasaan
abjad y / r / l
41
Contoh teks suku kata Catatan
Ini lori.
dapa
Ini lori bapa.
X
Lori bapa biru.
baba deli
Bapa baru beli lori.
dapa
Saya suka lori bapa.
bama
baju
Bapa bawa lori baja.
Kesalahan sebutan
- bapa dibaca dapa, baba
- beli dibaca deli
- bawa dibaca bama
- baja dibaca baju
Tindakan Susulan
- Murid ini perlu diberi
penekanan terhadap
konsonan “b”,d dan vocal
Panduan:
Skor(Tahap Penguasaan)
Simbol
Kriteria
Telah Menguasai TM Tahu dan boleh buat dengan sendiri dengan baik secara bertatasusila
Sedang Maju SM Tahu dan boleh buat dengan bimbingan.
Belum Menguasai BM Tahu beberapa perkara asas berkaitan dengan konstruk tetapi tidak boleh buat (sentiasa memerlukan bimbingan)
42
(b) Rekod Anekdot
Rekod Anekdot adalah satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa
atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan secara positif
atau negatif untuk direkod. Pemerhatian tingkah laku biasanya tidak dirancang,
tetapi secara kebetulan tingkahlaku tersebut berlaku. Pemerhatian ini dilakukan
terhadap murid secara individu, walaupun peristiwa berlaku dalam kumpulan. Tiada
had masa ditentukan untuk pemerhatian tingkah laku ini. Catatan hendaklah ditulis
secara objektif apa sebenarnya yang berlaku. Contoh maklumat yang boleh direkod
adalah peristiwa yang menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi,
pola interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah. Berikut adalah
beberapa panduan menulis rekod :
Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku.
Membuat catatan dalam buku nota sebaik sahaja selepas peristiwa berlaku
bagi memastikan peristiwa yang akan direkodkan tidak tercicir.
Menulis apa yang dilihat secara objektif
Mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek
perkembangan murid.
Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan.
Merekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian dibuat.
Mencatat tingkah laku dan apa yang dikatakan oleh murid.
Masukkan respon orang lain sekiranya ada kaitan dengan tingkah laku murid
yang diperhatikan.
Lampiran 2 : contoh Rekod Anekdot
43
Contoh 1Contoh 1
Nama Murid : Fatin Nadia bt. Abdul
Umur : 6 Tahun
Tarikh : 20 Februari 2010
Masa : 10.00 pagi
Nama Guru : Puan Puziah Ano bt Muhamad
Item : Kebolehan membaca
Catatan Ulasan
Selepas mengikuti sesi bacaan bersama
guru kelas, Fatin menarik tangan Ani,
Munah dan Siti ke Pusat Bahasa untuk
mencari buku. Fatin memilih buku
bergambar sama dengan buku yang
dibaca oleh gurunya .Fatin ajak kawan-
kawanya dengar cerita yang dia baca.
Fatin pun membuka buku lalu
membaca dengan gaya seperti Cikgu
Rusnani. Ani, Munah dan Siti
mendengar dengan penuh minat. Fatin
tanya kawannya sedap tak cerita yang
dibaca. “Hei, Fatin kau dah boleh
baca?” Tanya Siti. Cikgu Rusnani
memuji sambil bertepuk tangan. Fatin
senyum.
Fatin tidak berminat terhadap buku tetapi
selepas sesi bacaan
dengan guru, Fatin sudah mula berminat
dengan buku.
Fatin cuba membaca walaupun masih belum
mengenal
semua huruf.
Cadangan
Fatin perlu dirangsang melalui pujian
untuk membolehkan nya membaca
dengan baik.
44
Contoh 2Contoh 2
Nama Murid : Zarina
Umur : 6 Tahun
Tarikh : 18 Julai 2010
Masa : 8.30 pagi
Nama Guru : Puan Hon
Item : Kemahiran Sosial
Catatan Ulasan
Zarina bermain pasir bersama kawan-
kawan lain di tempat main pasir.
Aiman merampas penyedok pasir yang
sedang digunakan oleh Zarina. Zarina
berkata dengan suara kuat: “Ini saya
punya!” Zarina terus ambil balik
penyodok pasir daripada Aiman.
Aiman nampak terkejut tetapi biar
sahaja.
Zarina pendiam, kebiasaannya dia tidak
melawan walaupun diganggu oleh rakannya.
Zarina cuma akan menanggis bersendiri jika
barangnya diambil oleh kawannya. Ini
merupakan kali pertama dia
memperjuangkan hak dirinya. Peristiwa ini
merupakan satu permulaan yang baik, dia
telah mula bertindak untuk melindungi hak
dirinya.
45
(c) Rekod Berterusan
Rekod Berterusan merupakan catatan dalam bentuk cerita ‘narrative’ yang
dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa.
Setiap perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid akan dicatatkan sepanjang
tempoh pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam
tempoh 5 hingga 10 minit. Berbeza dengan Rekod Anekdot, pemerhatian ini
dirancang oleh guru.Berikut adalah beberapa panduan menulis rekod :
Fokus kepada murid yang ingin diperhatikan.
Rekod hendaklah tepat dan padat.
Catatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan.
Rekodkan perkara-perkara yang sebenarnya berlaku.
Gunakan bahasa yang boleh difahami.
Boleh gunakan singkatan semasa mencatat.
Tulis secara terperinci tentang apa dilakukan murid semasa peristiwa berlaku
dan tingkah laku yang ingin diperhatikan.
Tulis secara objektif, tidak terlalu deskriptif dan “judgmental”.
Pastikan buku nota atau kertas catatan tidak didedahkan dan diletak di
tempat yang selamat
Lampiran 3 : contoh Rekod Berterusan
46
Contoh 1Contoh 1
Nama : Ainon Bakar
Umur : 6 tahun
Tarikh : 26 September 2010
Masa : 10.00 - 10.10 pagi
Nama Guru : Puan Sofia Mansor
Item : Kepimpinan
Pemerhatian Ulasan
Ana sedang bermain pasir dengan beberapa orang rakannya.
Dia bangun dan mengatakan “Penatlah main pasir, jom main
jongkang jongkit. Ana memanggil rakan-rakannya. Beberapa
orang murid berebut-rebut menaiki jongkang jongkit itu.
Ana : Jangan berebut.
Liza : Saya pun nak naik.
Ana : Gilir-gilirlah. OK., Minah, Rozi duduk hujung
sana. Noni , Milah hujung sini,ya!
Milah : Saya tak boleh dengan Noni, sebab dua-dua
kurus, ... ringan, nanti tak sama
Ana : .....aaa la, nanti tak sama.
Rozi : Tak mau, saya nak duduk dengan Minah juga
Ana : Ok, Som pun kurus, duduk depan Noni. Hah,
baru sama berat.
Ada ciri kepimpinan
Mula memahami konsep (berat/ringan)
Mula memahami konsep keseimbangan
Menunjukkan sifat toleransi dan kerjasama
Contoh 2 Contoh 2
Nama murid : Amin
47
Pemerhati : Mahani Zakaria
Tarikh : 7 Julai 2010
Masa : 10.00 - 10.05 pagi
Situasi / tempat : Dalam kelas prasekolah
Item : Main sendirian
Catatan Ulasan
Amin sedang bermain dengan batang
aiskrim di ruang bermain.
Amin tidak suka diganggu, beliau suka
bermain sendirian
Dia memusing batang aiskrim seolah- olah
kapal terbang sambil berkata “Kapal akan
berlepas, kapal akan berlepas”.
Amin berhenti bermain apabila melihat Sani
menuju ke arahnya lalu memberi arahan
kepada Sani “Awak tidak boleh bermain di
sini”.
Perkembangan bahasanya menunjukkan
satu kemajuan
Arahan Amin jelas, Sani memandang ke
arah Amin dan terus berlalu.
Amin terus bermain dengan kapal
terbangnya.
Suara Amin semakin kuat meniru bunyi
kapa lterbang.
“BBBBBBBBBBBBB”“Ummmo oo”
“Buzzzzzzzzz…………….”“54321, terbang”
(sambil melancar batang aiskerim)
Diana yang sedang memandu kereta memerhati
tingkah laku Amin lalu meluru ke arahnya sambil
berkata “ Hey, giliran awak
Amin tidak mudah dipengaruhi oleh orang
lain
pula untuk memandu kereta ini”. Amin tidak
memberi respon.
Dengan nada kesal Diana berkata “OK,
saya pandu sekali lagi”.
Amin beralih ke pusat pupet , mengambil
puppet dan bermain
Kepuasannya untuk sendirian
3.5 Menganalisis Dan Menginterpretasi
48
Segala data yang direkod menggunakan senarai semak, skala kadar, rekod
anekdot, atau rekod berterusan perlu ditafsirkan untuk membolehkan guru membuat
rumusan mengenai murid. Prosedur umum yang dicadangkan semasa menganalisis
dan menginterpretasi maklumat adalah seperti berikut:
Membaca dengan teliti semua data yang diperolehi daripada hasil
pemerhatian.
Membuat analisis terhadap data dengan mengambil kira aspek-aspek penting
dalam Tunjang. Contohnya Tunjang Komunikasi lebih berfokus kepada
kemahiran bertutur, kemahiran mendengar dan kemahiran menulis
Menganalisis hasil kerja murid.
3.6 Analisis Hasil Kerja Murid
Hasil kerja yang boleh analisis termasuklah :
Gambar atau lukisan
Sampel tulisan
Binaan yang disempurnakan
Cerita yang ditulis
Buku skrap
Catatan perlu dibuat ke atas hasil kerja murid yang telah dinilai. Catatan
yang dibuat biasanya menggambarkan tahap kebolehan, contohnya ‘sudah boleh
membuat bulatan, sudah boleh menulis huruf‘. Hasil kerja ini boleh disimpan dalam
portfolio murid. Murid boleh dilibatkan semasa pemilihan hasil kerja untuk dinilai dan
seterusnya disimpan dalam portfolio. Bukti refleksi yang dibuat oleh murid boleh juga
dimasukkan dalam portfolio sebagai pentaksiran kendiri.
Gamabarajah 1: Contoh Analisis Hasil Kerja:
Contoh (a)
49
Amalina melakar menggunakan dua warna.
Ia menggunakan banyak bentuk bulat dalam lukisan.
Dia berjaya meneruskan lakaran untuk membentuk kaki, tangan dan rambut
Contoh (b)
Contoh (c)
3.6 Mengguna Maklumat
Maklum balas hendaklah diberikan kepada murid secara individu setiap kali
selepas murid diperhatikan atau ditaksir. Maklum balas adalah bukan sahaja
50
Alice berjaya menceritakan semula cerita yang dibacakan melalui lukisan.
Dia sudah boleh menguasai motor halus untuk menulis huruf.
Dia juga berusaha memperbaiki kesilapan yang dibuat. Mempunyai daya kreativiti dalam mewarna dan membentuk serangga.
Faiz tekun menyiapkan hasil kerjanya.
Dia berjaya menulis huruf dan ayat mudah .
Dia menunjukkan usaha untuk membetulkan kesilapan sendiri.
berbentuk pujian, tetapi maklumat tentang kerja dan kemajuan murid. Fokus maklum
balas ialah kepada apa yang murid boleh kuasai atau buat, bagaimana boleh
memperbaikinya dan apakah kemajuan yang murid telah tunjukkan. Melalui maklum
balas yang merujuk kepada standard dan kriteria, murid-murid dapat mengetahui
apa yang patut dicapai, dan sejauh mana mereka telah berjaya mencapai standard
dan kriteria ditetapkan dalam penguasaan sesuatu konstruk (pengetahuan,
kemahiran dan nilai). Murid boleh meneliti dan menilai kerja masing-masing. Mereka
akan rasa dihormati dan hasil kerja mereka dihargai. Melalui maklum balas, murid
lebih jelas tentang apa lagi yang perlu dilakukan untuk menjadi lebih baik, dan
mereka akan lebih bermotivasi untuk meneruskan aktiviti.
3.7 Penyimpanan Maklumat
Segala maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian yang sistematik
direkodkan dan dikumpulkan dalam portfolio. Portfolio menjadi sumber rujukan yang
menunjukkan kemajuan, kekuatan, konsep dan kemahiran yang mereka kuasai.
Setiap murid mempunyai portfolio yang mengandungi hasil kerja mereka beserta
tarikh kerja dihasilkan dan catatan yang berkaitan.
51
1.4 Pentaksiran
Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat
penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Maklumat meliputi hal hal
berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal seperti
pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai. Proses pendidikan pula melibatkan operasi,
dapatan dan hasil. Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah:-
i. Instrumen
ii. Kumpulan yang ditaksir
iii. Respon
iv. Kumpulan yang menaksir
v. Skor
1.5 Pengujian
Merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara
yang sistematik. Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang
individu. Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan
selepas sesuatu pengajaran.
Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan
untuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pre-
test.
52
Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada
secara lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang dicapai
oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap P&P guru.
Ujian ialah satu alat. Dalam P & P bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis
atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji
sesuatu kemahiran bahasa. Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji
kefahaman membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar.
Namun, perlu diingat bahawa ujian mungkin menjadi kurang baik jika
pentadbir ujian menggunakannya dan menginterpretasinya secara
tidak jujur. Oleh itu, ujian perlulah digunakan sesuai dengan
perkara yang hendak diuji itu. Contohnya, jika guru menguji tahap
kefahaman murid Tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan
yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar
ini tidak menggalakkan.
1.6 Penilaian
Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et. al. (1971: xxv)
menyatakan “penilaian” sebagai the process of delineating, obtaining, and providing
useful information for judging decision alternatives. Terry D. TenBrink (1974:8) pula
menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang
akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam
membuat keputusan.
Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah
satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat
pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian
objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah
kurikulum. Pentafsiran penilaian berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian
kualitatif. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran
guru. Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau kepada
keseluruhan kurkulum.
53
Kepentingan Penilaian Ujian Di Bilik Darjah
Penilaian dan ujian mempunyai beberapa tujuan. Antaranya ialah untuk:
mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada
pada pelajar-pelajar dalam perkara yang hendak diajar.
menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka
telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan.
membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman teman
sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.
menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah
dalam pencapaian mereka.
membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah
pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa dapat
meningkatkan pengajaran mereka; dan
membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam
sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.
1.7 Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Rajah 1.
Berdasarkan rajah di atas, kita dapati ketiga-tiga konsep berkenaan mempunyai
perkaitan rapat dalam proses mendapatkan tahap keberkesanan sesuatu proses
54
pengajaran dan pembelajaran. Tujuan atau objektif sesuatu penghakiman produk
P&P membabitkan ketiga-tiga aspek bekenaan.
TAKSONOMI
2.4 Taksonomi Bloom
Tujuan pendidikan dibahagikan kepada tiga domain, iaitu:
1. Cognitive Domain (Domain Kognitif), melibatkan perilaku-perilaku yang
menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan, pengertian, dan
keterampilan berfikir.
2. Affective Domain (Domain Afektif) melibatkan perilaku-perilaku yang
menekankan aspek perasaan dan emosi, seperti minat, sikap, apresiasi, dan cara
penyesuaian diri.
3. Psychomotor Domain (Domain Psikomotor) mengenai perilaku-perilaku yang
menekankan aspek keterampilan motor seperti tulisan tangan, berenang, dan
mengoperasi mesin.
Domain Kognitif
Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam tahap. Domain ini terdiri dari
dua tahap iaitu:
i. Pengetahuan
ii. Kemampuan dan Keterampilan Intelektual
55
Pengetahuan (Knowledge)
Berasaskan kemampuan untuk mengenali dan mengingat peristilahan, definisi,
fakta-fakta, gagasan, pola, urutan, metodologi, prinsip dasar, dan sebagainya.
Pemahaman (Comprehension)
Dikenali dari kemampuan untuk membaca dan memahami gambaran, laporan,
jadual , diagram, arahan, peraturan, dan sebagainya.
Aplikasi (Application)
Pada tahap ini, seseorang pelajar memiliki kemampuan untuk menerapkan gagasan,
prosedur, metodologi , rumus, teori dan sebagainya di dalam persekitaran sebenar.
Analisis (Analysis)
Pada tahap analisis, seseorang akan mampu menganalisa maklumat yang diperoleh
dan mencerakinkannya atau menstrukturkan maklumat itu ke dalam bahagian yang
lebih kecil untuk mengenali pola atau hubungannya dan mampu mengenali serta
membezakan faktor penyebab dan akibat dari sebuah senario yang rumit.
Sintesis (Synthesis)
Seseorang pelajar pada tahap sintesis akan mampu menjelaskan struktur atau pola
dari sebuah senario yang sebelumnya tidak terlihat dan mampu mengenali data atau
maklumat yang harus didapati untuk menghasilkan bentuk penyelesaian yang
diharapkan..
Penilaian (Evaluation)
Dikenali dari kemampuan untuk memberikan penilaian terhadap penyelesaian,
gagasan, metodologi dan sebagainya dengan menggunakan kriteria yang sesuai
atau standard yang ada untuk memastikan nilai efektif atau manfaatnya.
56
Domain Psikomotor
1. Persepsi
2. Persediaan (Set)
3. Respons Terpimpin
4. Mekanisme (Mechanism)
5. Respon Tampak yang Kompleks (Complex Overt Response)
6. Penyesuaian (Adaptation)
7. Penciptaan (Origination)
2.5 Domain David Krathwohl
Domain Afektif
Penerimaan (Receiving/Attending)
Tanggapan (Responding)
Penghargaan (Valuing)
Pengorganisasian (Organization)
Perwatakan Berdasarkan Nilai-nilai (Characterization by a Value or Value
Complex)
JSU
Jadual Spesifikasi Ujian atau JSU merupakan aspek penting dalam penyediaan
sesuatu ujian. Guru-guru di sekolah seringkali membina soalan-soalan ujian secara
spontan dan tidak terancang. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi
biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang
baik untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan menyediakan JSU yang
merupakan rancangan persediaan item/ soalan. JSU dikenali juga sebagai Test Blue
Print dan Test Specification. JSU merupakan matrik dua paksi iaitu paksi
“Kandungan” (menegak) dan paksi “Aras Kemahiran” (melintang).
57
3.4 Definisi / Konsep Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU)
Kandungan Ujian tentang topik-topik pelajaran.
Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.
Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa
mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.
Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-
lain.
Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.
Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80%.
3.5 Kepentingan JSU
Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.
Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran
yang diuji.
Memberikan panduan untuk membentuk format ujian.
AN JSU
58
3.6 Langkah-langkah Membina JSU
Langkah 1: Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
Langkah II: Tentukan soalan yang akan dibina itu
a. soalan objektif (30 soalan)
b. 1 markah bagi 1 item
59
c. jumlah soalan bagi setiap topik dikira:
= Jumlah masa X Jumlah soalan
Jumlah Masa keseluruhan
Langkah III: Tentukan model aras kesukaran item
Biasanya JPU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom
Tiga domain: kognitif, afektif, dan psikomotor
Langkah IV: Apakah jenis ujian yang akan diuji?
Ujian objektif
Ujian struktur
Ujian esei, dan lain-lain.
Langkah V:
Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei dll)
Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah – soalan sukar)
Pemarkahan
Langkah VI
Nyatakan mata pelajaran
Nyatakan tingkatan
Susunan nombor soalan mengikut tajuk
60
Jenis penilaian bahasa
Terdapat beberapa jenis ujian, iaitu ujian formatif, ujian sumatif,ujian kefasihan,ujian
kemajuan, ujian bakat dan ujian pencapaian. Perbezaan antara ujian formatif dan
sumatif pada asasnya berdasarkan skop kemahiran, jangka masa P&P atau objektif
pengajaran dan pembelajaran yang hendak diuji.
5.5 Ujian Formatif
Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji
sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skop
pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.Tujuan
utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses
pengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan
pembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk
pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek.
5.6 Ujian Sumatif
Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir
satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan
murid. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif diasaskan
dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa.
61
5.7 Perbezaan Antara Ujian Formatif dan Ujian Sumatif
Ujian Formatif Perbezaan Ujian Sumatif
ujian bakat bertujuan mengesan bakat seseorang dalam menguasai bahasa
asing.
Ujian Pencapaian bertujuan untuk menentukan setakat manakah murid murid
telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah dipelajari.
Ujian Kefasihan pula bertujuan untuk menentukan setakat manakah seseorang
telah mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan.
Ujian Kemajuan merupakan ujian yang menentukan kemajuan murid dari
semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka.
62
5.8 Ujian Bakat
Ujian bakat biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungi unsur-unsur
bahasa seperti fonetik,tatabahasa dan kosa kata. Melalui ujian ini murid-murid akan
melakukan berbagai-bagai aktiviti bahasa seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi,
mengubah bentuk, atau struktur sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan
konteks dan sebagainya. Setelah hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pasti
murid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari sesuatu bahasa
dengan cepat.
Ujian Pencapaian
Ujian ini boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit
pembelajaran.Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasai dalam satu jangkamasa
yang ditetapkan boleh ditentukan melalui dua set ujian yang berlainan. Ujian ini
dinamakan ujian pra dan ujian pos.
Ujian Kefasihan
Ujian ini menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajarinya.
Biasanya ujian ini digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan
pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka.
Ujian Kemajuan
PEMBINAAN ITEM UJIAN
63
4.5. Jenis-jenis Ujian
Berikut ialah beberapa jenis ujian iaitu ujian objektif dan ujian subjektif.
4.5.1. Ujian Objektif
Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan
yang betul atau yang paling baik. Antara item ujian ini termasuklah item jawapan
pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz.
Item Respons Bebas
i. Jenis soalan:contoh:
a) Apakah lawan bagi perkataan rajin? ( malas)
b) Apakah makna simpulan bahasa kaki ayam? (tidak memakai kasut)
ii. Item Melengkapkan Penyataan
contoh:
a) Kita mesti _______bermain sekarang kerana hujan sudah turun.
b) Saya terpaksa ________ adik saya kerana emak saya bekerja.
Item Respons Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan)
Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau paling
tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item itu
ialah format salah-betul, padanan, dan aneka pilihan.
Item Salah – Betul
64
Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi penyataan
yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau salah (S). Ada
ketika guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS) pada penyataan atau
ya (Y) atau tidak (T) pada soalan.
Item Padanan
Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua kumpulan objek/ perkara
yang berkaitan. Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan
objek/ perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan objek/ perkara di sebelah
kanan.
Kata Bilangan Contoh
Item Aneka Pilihan
Item aneka pilihan adalah daripada golongan item jawapan tetap kerana
diberikan tindak balas terbatas. Jenis item aneka pilihan adalah seperti yang
berikut.
a. Item aneka pilihan berbentuk soalan
b. Jenis jawapan terbaik
c. Analogi
Item Jenis Cantuman
Teknik Kloz
Teknik menggunakan ujian kloz, sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan boleh
digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah .Sungguhpun teknik kloz
memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian, pentadbiran dan
65
pemarkahan, ini semua tidak sukar dilakukan, dan sepatutnya boleh diuruskan oleh
guru-guru Bahasa Melayu. Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong
yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan.
Pada mulanya, pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secara
keseluruhannya. Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu
keseluruhannya, mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan
perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks.
4.5.2. Soalan Subjektif
Soalan jenis subjektif terbahagi kepada beberapa pecahan seperti berikut:-
Item Jenis Struktur
Item Jenis Esei
Pembinaan Ujian
Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan Penilaian
Antara prinsip dasar yang harus dijadikan garis panduan dalam pembinaan sesuatu
instrumen penilaian dan pengujian ialah:
i. Penilaian dan Pengujian Mestilah Bersifat “Kesahan” (validity)
a. Kesahan Isi
b. Kesahan Ramalan
c. Kesahan Serentak
d. Kesahan Gagasan
ii. Kebolehpercayaan Ujian
Kebolehpercayaan merujuk kepada ciri skor berhubung dengan ketepatan dan
ketekalan skor bagi menggambarkan prestasi calon dalam perkara yang diuji.
Rumusan
Dalam proses pembinaan item ujian beberapa perkara yang berhubungandengan pembinaan item ujian tersebut harus dipertimbangkan. Antaranya ialahobjektif ujian, kandungannya, kemahiran-kemahiran yang akan diuji dan
66
seterusnya aras ujian itu sendiri.
PORTFOLIO
Definisi Portfolio
Portfolio adalah satu himpunan bukti (evidens) atau keterangan yang terkumpul
berkenaan dengan perkembangan dan kemajuan murid dalam jangka masa yang
ditetapkan.
Tujuan Portfolio
Portfolio bertujuan untuk menyimpan rekod tentang pengalaman, usaha, kemajuan
dan kejayaan yang diperolehi murid secara individu dan kumpulan. Portfolio boleh
dijadikan asas untuk guru menilai pencapaian murid dan dijadikan panduan untuk
menyediakan pembelajaran selanjutnya. Portfolio ini hendaklah dikongsi bersama
ibu bapa murid untuk memaklumkan tentang perkembangan dan kemajuan anak
mereka.
Bahan yang perlu ada dalam portfolio ialah:
i. Pelaporan Perkembangan murid
- Rekod Peribadi
- Rekod Perkembangan dan Kemajuan Murid
ii. Hasil kerja terpilih ;
- Perlu dinilai dan diberi ulasan
67
- Telah menunjukkan peningkatan dalam pencapaian
- Pemilihan hasil kerja murid dari setiap Tunjang.
Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara
yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini cara penilaian
perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multiple ways of
delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi penilaian
terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar kualiti pendidikan
dapat dipertingkatkan.
6.4 Penilaian Melalui Porfolio
Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul
danmerekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang
dipersetujuibersama. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks
pembelajaran yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan lain-lain bukti
pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang
menyeluruh.
Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan,
pelaksanaan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara
kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara
kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke
akhir.
68
6.4.1 Tujuan Portfolio
Tujuan portfolio ialah untuk :
Memberi peluang pelajar mendokumentasi kemahiran dan pengetahuan
yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan.
Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka
secara sistematik.
Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat
peribadi.
6.4.2 Kegunaan Portfolio
menilai perkembangan dalam satu tempoh (authentic assessment).
menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan.
digunakan bagi menggambarkan keperluan spesifik dalam
penyempurnaan gred.
menilai secara sumatif pe ecara auntentik. Ini adalah kaedah
konkrit untuk pelajar menghasilkan kerja melalui mbelajaran.
menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar
6.4.3 Ciri-ciri Portfolio
Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional, matlamat,
halatuju, prosedur kerja, pengalaman dan harapan.
Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar
pengalaman sendiri ketika melakukan kerja-kerja amali atau kerja-kerja
lapangan.
Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti ulasan,
komen, dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi
sesuatu tugasan pembelajaran.
Membuat catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung dan
membuat refleksi tentang kerja yang dibuat untuk menentukan tindakan
susulan.
Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan
pelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara
69
aktif.
6.4.4 Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina.
Portfolio Kerja Harian
Portfolio Hasil Terbaik
Portfolio Dokumen
6.4.5 Bagaimana Menilai Portfolio?
Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan
berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahiran
kemahiran, pengetahuan dan kefahaman.
Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang memberi
gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir.
Sebagai contoh mari kita lihat peta perkembangan pembelajaran pelajar yang
mempunyai lima tahap perkembangan, seperti di bawah ini:
Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti seperti hasil
pemerhatian, jurnal dan rekod anekdot sebelum membuat anggaran
seimbang (on-balance) tentang tahap pencapaian pelajar.
Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk memberi
matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya
membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.
70
6.4.6 Aspek-aspek yang perlu dalam sesebuah Portfolio
Sesebuah portfolio mengandungi:
Senarai semak yang disediakan oleh guru
Nota-nota yang disediakan oleh guru
catatan jurnal
Buku log
Refleksi kendiri murid
Gambar dan foto
6.4.7 Kebaikan Penilaian Portfolio
Penglibatan murid sepenuhnya dalam pengajajaran dan pembelajaran
Guru mendapat banyak maklumat untuk menilai pencapaian muri-murid
Merupakan satu cara untuk menilai tahap perkembangan murid-murid
Dapat memotivasikan murid-murid dan meningkatkan tahap kefahaman
kendiri mengenai tugasan pembelajaran yang diberi oleh guru.
6.5 Penilaian Melalui Pemerhatian.
Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu
yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang
keberkesanan P&P. Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi aspek
kognitif,afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan
persekitaran.
6.5.1 Jenis Pemerhatian
Berdasarkan tujuan dan aspek yang hendak dinilai:
Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan.
Memerhati apa yang telah dirancang secara ‘open ended’.
Memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang.
71
6.5.2 Strategi Pemerhatian
Berterusan mengikut keperluan yang dirancang.
Kaedah pemerhatian boleh dilakukan secara global dan analitikal
berdasarkan objektif yang ditentukan oleh guru.
Guru boleh menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot,
rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif,psikomotor, bahan dan
persekitaran.
Menjalankan tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian yang dijalankan.
6.5.3 Pelaksanaan Proses Pemerhatian
Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian.
Antaranya ialah:
Kualiti Pemerhatian
Bentuk Perancangan
Jenis-jenis Pemerhatian
6.5.4 Fungsi Pemerhatian
Melihat perkembangan individu atau kumpulan dalam sesuatu
proses pembelajaran.
Dilakukan oleh pelajar untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau
rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran.
Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan
seperti projek.
Kardah Penilaian Bahasa secara pemerhatian memang mudah dilaksanakan tetapi
untuk menjamin kesahihan dapatannya agak sukar. Penilaian cara ini biasanya
dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti daya pengamatan penilai, pengetahuan
serta pengalaman sebenar penilai tentang bidang yang berkenaan, dan sikap bias
serta prasangka penilai.
72
RUJUKAN
Appl, D. J. 2000. Clarifying the preschool assessment process: Traditional practises
and alternative approaches. Early Childhood Education Journal. 27 ( 4) :219- 225.
Arter, J. A. et al. 1995. Portfolios for assessment and instructions. ERIC Digest. (atas
talian) http:// ericadr.piccard.csc.com/ extra/ericdigests/ed 388890.html (21 Jun
2003).
Arter, J. & Spandel, V. 1991. Using portfolios for student work in instruction and
assessment.
Cohen, L. 2003. The power of portfolios.(atas talian) http:// teacher. scholastic.
com/professional/assessment/powerportfolios.html. (31 Disember 2003).
George, P. S. 1995. What is portfolio assessment really and how can I use it in my
classroom?
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003a. Huraian Kurikulum Kebangsaan
Prasekolah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003b. Kurikulum Kebangsaan Prasekolah.
Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
King, S. P. & Campbell-Allen, L. 1998. Portfolio, student’s work and teacher practise.
NY: Teacher College Press.
Meisels, S. J. 1995. Performance assessment in early childhood education : The
Work Sampling System. ERIC DIGEST. (atas talian) http:// www.ed.gov/ databases/
ERIC_Digests/ ed 382407.html. (29 Disember 2001).
Mohamad Hj. Abu Daud. 1993. Tugas dan masalah guru dalam mengendalikan
kurikulum prasekolah. Disertasi Ijazah Sarjana Pendidikan.Universiti Malaya.
73
Nordin Hj. Abdul Razak, Siti Hawa Abdullah & Zurida Ismail. 2000. Kaedah, amalan
dan masalah pelaksanaan penilaian guru-guru peringkat prasekolah. Seminar
Pendidikan Awal Kanak kanak. Universiti Sains Malaysia.
Rahimah Haji Ahmad .1996. Peningkatan mutu pendidikan prasekolah di
Malaysia:Konsep dan strategi. Seminar Kebangsaan Pendidikan Prasekolah. Pulau
Pinang.
Rohani Abdullah. 2001. Perkembangan kanak-kanak. Penilaian secara portfolio.
Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Rohaty Mohd. Majzub. 1998a. Penaksiran, penilaian dan penyelidikan dalam bidang
pendidikan prasekolah. Dlm. Siti Rahayah Ariffin & Tajul Ariffin Noordin.(pnyt).
Asas-asas Pendidikan, hlm. 95-127. Bangi : Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Surayah Zaidon. 2003. Persepsi guru parasekolah terhadap penggunaan portfolio.
Disertasi Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
74
SENARIO KEWUJUDAN "DINASTI PRASEKOLAH ALAF BARUPendidikan prasekolah adalah pendidikan untuk membantu pertumbuhan danperkembangan jasmani dan rohani anak didik di luar lingkungan keluarga sebelummemasuki pendidikan dasar, Pendidikan prasekolahjuga bertujuan untuk membantumeletakkan dasar ke arah perkembangan sikap, pengetahuan, ketrampilan, dan dayacipta yang diperlukan oleh anak didik dalam menyesuaikan diri denganlingkungannya dan untuk pertumbuhan serta perkembangan selanjutnya.Sejarah pendidikan prasekolah di negara ini telah lama bermula.Institusi prasekolah ini telah wujud sejak tahun 1950an. Corak pendidikanprasekolah pada masa itu banyak dipengaruhi oleh sistem pendidikan British.Sistem ini seperti umUID sedia maklum bersifat eksklusif dan peluanghanyalah terbuka kepada golongan orang yang berkemampuan sahaja.Berdasarkan sejarah, perkembangan institusi prasekolah antara tahun 1950anhingga 1960an, banyak ditubuhkan oleh badan agama Kristian dan institusi inimerupakan di antara aktiviti pendidikan yang dianjurkan oleh pihak gcrejasahaja. Di samping itu, institusi prasekolah juga banyak dikendalikan olehsyarikat perseorangan dan pihak swasta yang menawarkan pendidikan awalkanak-kanak terutama untuk mereka yang mampu membayar yuran yangdikenakan. Perkembangan ini menyebabkan hanya segelintir sahaja kanakkanak4 - 6 tahun yang berpeluang menghadiri kelas prasekolah dan ramai yangberasal dari golongan kurang berada dan di luar bandar tidak mendapatpendidikan awal di tadika.Atas kesedaran untuk memberi pendidikan prasekolah kepada mereka yang kurangmampu, dalam tahun 1969 Yayasan Asia telah menyurnbangkan peruntukankewangan kepada pertubuhan pekerjaMasalah Pendidikan,Jilid 24, 200185Malaysia bagi membiayai penubuhan prasekolah. Perkembangan ini mirip kepadaprojek "Heads tart" yang dija!ankan di Amerika Syarikat bagi penduduk yang kurangberkemampuan di negara itu. Kampung Muniandy, Kampung Manggisdan KampungSentosa di Selangor telah dipilih menyertai projek ini dan sasarannya pada kanakkanakdari golongan yang kurang berada daripada keturunan Melayu, Cina dan India.Projek ini dilaksanakan berdasarkan pada satu kajian yang telah dilakukan diAmerika berhubung pendidikan pada peringkat awal ini. Dapatan kajian inimenunjukkan bahawa kanak-kanak yang menghadiri projek ini telah mencapai tahappelajaran dan mempunyai sikap yang lebih baik untuk jangka masa yang panjangberbanding dengan pelajar yang tidak menghadirinya. Dari kajian keciciran pulayangdibuat dalam tahun 1973 (EE Ah Meng, 1988), dilaporkan terdapat korelasipositif antara kehadiran di tadika dengan pencapaian prestasi kanak-kanak.Dengan harapan agar kanak-kanak di luar bandar juga mendapat peluang yang sama,iaitu bersedia sebelum memulakan pendidikan formal di sekolah, KementerianPertanian, Bahagian Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah mengadakan rancanganprogram prasekolah di kawasan luar bandar. Penubuhan prasekolah anjuran KEMASyang diberi nama Tabika, (singkatan kepada Taman Bimbingan Kanak-kanak)bertujuan memberi peluang pendidikan dan sosial kepada kanak-kanak yang kurangbemasib baik, iaitu persekitaran di luar bandar yang kurang merangsangkanpembelajaran.Selain dari penubuhan sebanyak 7,000 buah tabika KEMAS mengikut perangkaan1999; terdapat juga agensi kerajaan dan separa kerajaan yang terlibat dalam
75
penubuhan prasekolah masing-masing. Antara agensi tersebut ialah FELDA, RISDA,Kementerian Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Negara termasuklah JabatanPerpaduanNegara (TADIKA Perpaduan) dan Kementerian Sumber Manusia (IabatanBuruh). Manakala agensi-agensi bukan kerajaan yang terlibat termasuklah PersatuanTadika Malaysia (PTM), Angkata Belia Islam Malaysia (ABIM), Jabatan AgamaIslam Negeri (JAIN), PartiIssues in Education, Volume 24, 200186Pas (PASTI), pihak swasta dan universiti. Setiap institusi pendidikan prasekolahtersebut mempunyai objektif mereka tersendiri.Daripada data di atasjuga, dapatlah dikatakan bahawa penubuhan tadika di negara iniadalah sebagai cendawan yang tumbuh selepas hujan. Peningkatan penubuhan tadikaini di tambah lagi dengan perkembangan tadika "Annex" iaitu tadika yang dijalankandi beberapa sekolah rendah untuk memberi kemudahan pendidikan bagi kanakkanakrniskin dari kawasan bandar dan luar bandar mendapatkan khidmat pendidikanprasekolah untuk anak mereka. Penubuhan sebanyak 1,131 buah tadika Annexmengikut perangkaan, 1999, menawarkan pendidikan prasekolah kepada mereka yangtidak mampu membayar program pendidikan prasekolah swasta yang dianggap mahal(Azizah Lebai Nordin, 1995).Pengendalian pendidikan prasekolah oleh berbagai-bagai agensi kerajaan dan bukankerajaan seperti yang dibincang di atas telah menimbulkan beberapa masalah.Sebagai contohnya, ada prasekolah yang mengikuti model tradisional atau akademikdan ada yang menggunakan Montessori, perkembangan menye1uruh, kurikulumterbuka dan campuran. Bagi prasekolah yang dianjurkan oleh agensi kerajaanpenekanan adalah lebih kepada aspek sosialisasi, perpaduan akhlak, di samping aspekperkembangan kognitif. Masalah tersebut berlaku memandangkan institusi tersebutmempunyai matlamat, orientasi, keutamaan dan kemampuan yang tersendiri danbahasa pengantar yang berbeza.Menyedari akan keadaan kepelbagaian dalam beberapa aspek dalam pengurusanprasekolah, beberapa langkah kawalan telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan.Antaranya ialah dengan menggubal piagam pendidikan 1994, yang antara lainnyamenyebut ten tang menyepadukan pendidikan prasekolah anjuran agensi kerajaan d.ibawah Kementerian Pendidikan Malaysia, menye1araskan, serta memastikankurikulum prasekolah dilaksanakan di semua tadika. Walaupun ini te1ah hampirmencapai matlamatnya dewasa ini iaituMasalah Pendidikan,Jilid 24, 200187penggunaan kurikulum yang standard, terdapat isu lain yang lebih kritikal yang perludiberi perhatian iaitu sis tern penilaian di peringkat prasekolah.Bahagian yang berikut dalarn artike1 ini akan rnembincangkan tentang perananpenilaian atau pentaksiran yang eligunakan dalam penyelidikan secara umumnya danprasekolah secara khususnya serta kepentingan perlunya satu sistem pentaksiran yangsejagat yang boleh eligunakan untuk sernua peringkat prasekolah di Malaysia.PERANAN PENTAKSlRAN DALAM PENDIDlKAN PRASEKOLAHBerdasarkan sejarah penubuhan prasekolah di Malaysia, terdapat kepelbagaian dalamisu rnatlamat bagi setiap prasekolah. Kepe1bagaian ini secara langsung atau tidaklangsung rnewujudkan pula kepe1bagaian dalam aspek pentaksiran kerana padadasarnya Kernenterian Pendidikan Malaysia rnasih be1um rnernpunyai garis panduanyang lebih terperinci dan sejagat untuk sernua yang terlibat dalarn pendidikanprasekolah. Merujuk kepada Falsafah Pendidikan Negara pula, setiap individu yangdididik di bawah sis tern pendidikan negara diharap mernpunyai ciri nilai dan jati diriyang rnarnpu rnenghasilkan insan rnulia serta berupaya rnencapai kesejahteraan diri
76
dalarn rnernberi sumbangan terhadap negara. Narnun adakah sis tern pendidikan yangbertunjangkan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN) rnampu mendidik danmelahirkan warganegara seperti yang dihasratkan. Di sinilah peranan pentaksiranyang merupakan alat bagi rnelaksanakan program pendidikan terutama padaperingkat prasekolah, walaupun pada segelintirnya hal ini hanyalah peringkat awaldunia pendidikan manusia.Dalarn proses pendidikan, pentaksiran rnerupakan sebahagian daripada prosespengajaran dan pernbelajaran dan ianya rnerupakan salah satu komponen kritikaldalam membuat penilaian berdasarkan maklumat yang diperoleh menerusipengukuran sama ada yang dibuatIssues in Education, Volume 24, 200188secara kuantitatif atau kualitatif. Proses penilaian ini berlaku secara berterusan danbukan hanya dilakukan pada akhir sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran itu.Pentaksiran berterusan mengikut Rohani & Mohd Majid (2003), mampu memberipanduan dan ruang kepada pelajar dan guru untuk rnemperbaiki kelemahan danseterusnya meningkatkan prestasi mereka dari semasa ke semasa. Manakala Mazzeo(2001) pula berpendapat pentaksiran berterusan memberi bukti yang lebihkomprehensif, sahih, autentik, dipercayai dan adil berbanding dengan pengujian yanglain. Dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, salah satu daripada tujuanutamanya seperti yang telah disebut di dalam artikel ini adalah memberi persediaansebelum memasuki alam persekolahan yang lebih formal. Perlu difikirkan bersama disini bahawa persediaan yang dimaksudkan pada peringkat prasekolah agak berbezadari peringkat pendidikan lain yang lebih tinggi. Persediaan peringkat prasekolahyang dimaksudkan bukan sahaja dari aspek kognitif tetapi juga dari aspek lain sepertiaspek sosio-emosi, fizikal, moral, agama dan estetika. Dengan kurikulum yangberbeza di antara satu institusi prasekolah dengan isntitusi prasekolah yang lain makaakan terhasillah pelbagai persediaan yang mungkin merangkumi perkembangan yangdisebut atau mungkin tidak. Jika hal ini wujud pula apakah bentuk penilaian yangakan dilaksanakan? Adakah mampu pentaksiran yang dilaksanakan itu menilai segalaaspek perkembangan yang tersebut, agar "produk" yang dihasilkan berupayamenghadapi dunia pendidikan yang lebih formal? Adakah bentuk pentaksiran mampumemberi penekanan kepada kedua-dua aspek afektif dan kognitif kanak-kanak?Untuk menjawab persoalan itu, kita lihat gambaran sebenar yang berlaku dalam duniapendidikan prasekolah di Malaysia dewasa kini,SENARIO PENTAKSlRAN DI SEKOLAHMengikut Dodge et. al.(1994), pentaksiran merupakan satu proses pengumpulanmaklumat tentang kanak-kanak dalam aspek pengetahuan, kemahiran danperkembangan mereka yang dinilai melalui pemerhatian, dokumentasi dan tugasanyang dilakukan olehMdsalah Pendidikan, Jilid 24, 200189kanak-kanak. Menurut beliau lagi penilaian yang berterusan yang betlaku dalam bilikdarjah mampu memberikan gambaran yang lebih tepat, bermakna tentang keupayaandan perkembangan kanak-kanak tersebut. Pada kebanyakan piasekolah dewasa ini,kaedah pengajaran yang diamalkan adalah kaedah tradisional. Bagaimanapun,terdapat juga amalan kaedah lain sepcrti pengajaran menggunakan AmalanPerkembangan Bersesuaian. Kaedah ini merupakan satu ptoses yang melibatkanproses pembelajaran kanak-kanak berdasarkan minat, kebolehan dan keupayaan. Olehdisebabkan kepelbagaian yang wujud pada setiap prasekolah yang ada di Malaysia,amat ketara wujud juga kepelbagaian dati aspek penilaian yang diamalkan. Kaedahbagaimana guru prasekolah boleh mengetahui perkembangan atau kemajuan kanakkanak
77
ialah:a) Pemerhatianb) Anekdotc) Portfolio: pengumpulan maklumat kemajuan kanak-kanak dari hasilan kerja kanakkanak,pemerhatian yang dilakukan sama ada mengikut skala masa atau skala kadar.d) Ujian bertulisDaripada tinjauan yang dibuat oleh penulis semasa proses penyeliaan pelajar (2001hingga 2003) yang menjalani praktikum di sekitar beberapa buah prasekolah diLembah Kelang, sebilangan besar prasekolah kaedah ketiga iaitu pemerhatian adalahsalah satu elemen agak kurang diamalkan. Berdasarkan kepada kaedah penilaian yangdilaksanakan oleh prasekolah di Malaysia serta ciri penubuhan prasekolah yangwujud, tidak hairan jika keupayaan kanak-kanak yang masuk ke tahap satu alampersekolahan agak berbeza dati pelbagai aspek di antara satu sama lain. Selain itu,pelaksanaan sistem pentaksiran yang sedia ada di prasekolah juga tidak semudahyang diperkatakan kerana dalam melaksanakan proses penilaian yang merekaamalkan terdapat pelbagai kekangan yang harus diharungi.Issues in Education, Volume 24,200190Antara kekangannya ialah pengendalian pendidikan prasekolah oleh .agensi yangbegitu pelbagai dari segi terdapatnya beberapa perbezaan dari aspek matlamat,orientasi, keutamaan dan kemampuan, bahasa pengantar dan sainganan tara satupihak pengusaha dan pengusaha yang lain. Di sinilah persoalan yang kritikal timbuldalam usaha untuk mendapatkan sistem pentaksiran yang Iebih sejagat untukdigunakan oleh semua peringkat prasekolah. Berasaskan persoalan ini, isupemantauan perlu diberi perhatian bagi memastikan individu kanakkanak yang akanmewarisi generasi akan datang dalam pendidikan mereka akan terjamin asuhan,didikan dan pengajaran yang diberikan kepada mereka dan peringkat akar umbi lagi.Jika dipandang kebelakang isu tentang pentaksiran yang lebih bermakna amat perluterutama dalam menyediakan landasan yang kukuh kepada kanak-kanak dalammenghadapi dunia di luar, tidak mengira sama ada dalam pendidikan atau dalambidang yang lain. Dengan arnalan pengajaran dan jenis penilaian yang dilaksanakandi pelbagai jenis prasekolah yang wujud, maka dengan itu perlunya difikirkan satusistem pentaksiran yang lebih global, sejagat dan dapat menilai atau mengukurkeupayaan kanak-kanak dari aspek fizikal, sosio-emosi, kognitif, moral dan agama,estetika dan juga bahasa.KEPERLUAN PELAKSANAAN PENTAKSlRAN AUTENTIK DIPRASEKOLAHMengikut Hills (1993), pentaksiran melibatkan langkah yang pelbagai dalammengumpul maklumat mengenai perkembangan kanak-kanak dan prosespembelajaran mereka, Dalam masa yang sama pentaksiran juga dikatakan akan dapatmengenalpasti signifikannya matlamat dan objektif pendidikan serta rnenggunakanmaklumat yang ada untuk merancang program yang berkaitan dengan pendidikanawal kanakkanak, Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa dalarn penulisanmengenai pentaksiran yang bersesuaian dengan kanak-kanak perlu rnelibatkanpenilaian yang bermakna terutama dalam aspek pemerhatian dan pengukuran yangdibuat ke atas diri kanak-kanak.Masalah Pendidikan,Jilid 24, 200191Berdasarkan kepada senario prasekolah di Malaysia dan keperluan sistem penilaianyang lebih bermakna untuk bakal generasi akan datang, maka pentaksiran autentikadalah antara jenis pentaksiran yang difikirkan dapat memenuhi kehendak dancitarasa keperluan pendidikan prasekolah. Pentaksiran autentik adalah proses yang
78
memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan pcngetahuan, kemahiran dan strategidengan memberi maklum balas dan atau hasilan dalam konteks atau realiti yangbermakna (Rudner & Boston, 1994). Dengan kaedah amalan yang digunakan dikebanyakan prasekolah iaitu Amalan Perkembangan Bersesuaian, maka amat wajarpentaksiran autentik digunakan seperti yang disebut oleh Hills (1993):"In real life, children are most themselves when thry are in familiar environments with adults andchildren whom thry know and trust, engaged in tasks that allow them to use the modalities with w hichthry are most comfortable. In such sitnations thry will most likelY demonstrate the knowledge, skil/.r,and attitudes that tmIY represent their attainments. When we introduce strange people, unfamiliarsurroundings, demands for responses to arypical t asks, and constrictions on their usual behaviors, wewill likelY elicit behaviors that are neither valid nor reliable samples of the children s development andlearning. "(Hills, 1993: HIm. 22)Ringkasnya pentaksiran autentik merupakan satu sistem pcnilaian yang sesuai untukdicadangkan sebagai satu sistem yang bermakna dalam bidang pendidikan prasekolahdengan rasionallain seperti yang berikut:a) Perlu ada sistem yang mentaksir secara autentik atau bermakna untuk perkembangankanak-kanakb) Perlu diperkenalkan sistem pentaksiran yang te1us untuk ibubapa dan kanak-kanakc) Perlu ada program jambatan di prasekolah dengan program di sekolah dankesinambungan subjekIssues in Education, Volume 24, 200192CIRI-CIRI PENTAKSlRAN AUTENTIKPentaksiran autenrik adalah untuk pemahaman yang lebih jelas dalam menganalisiskeperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Antaraciri-cirinya ialah:a) Menilai pemahaman melalui penarnpilan tugasan yangdilaksanakanb) Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannyac) Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasid) Subjek membina maksud yang tersirate) Berpusatkan kanak-kanakKAJIAN LAMPAU TENTANG PENTAKSlRAN AUTENTIK DIPRASEKOLAHPentaksiran autentik yang disarankan dalam artikel ini mengukur kemajuan kanakkanakdari pelbagai aspek perkembangan kanakkanak. Pentaksiran begini digunakandengan meluas di negara lain dalam pendidikan prasekolah. Dalam kajian yangdijalankan oleh Ratcliff dan Nancy (2002), kemahiran literasi kanak-kanak diukurdengan menggunakan pentaksiran autentik dan didapati keberkesanan yang positifdalam mengenalpasti dan me1apor proses perkembangan kanak-kanak dalamkemahiran literasi di prasekolah.Kajian juga menunjukkan bahawa pentaksiran jenis autentik bukan sahaja bolehrneninggalkan kesan yang positif terhadap melapor kemajuan kanak-kanak malahdapat memperbaiki penyediaan guru dalam proses pernbelajaran dan perkembangankanak-kanak untuk kesediaan ke alam persekolahan yang lebih tinggi. Pentaksiranautentik juga disarankan oleh segelintir pakar psikologi sebagai satu sistem penilaian
79
yang berbentuk kontektual, kolaboratif, dan konsttuktif Ciri-ciri ini yang amat sesuaidengan sistem pendidikan prasekolah di Malaysia dewasa ini.Masalah Pendidikan, Jilid 24, 200193HALA TUJU PENTAKSIRAN AUTENTIK DI PRASEKOLAHPerbincangan ringkas di atas diharap dapat membuka laluan untuk hala tuju yanglebih positif terhadap corak penilaian yang perIu dan seharusnya dilakukan oIehpendidikan prasekolah. Pihak yang tertentu seperti Kernenterian Pendidikan,Lembaga Peperiksaan, Pusat Pcrkembangan Kurikulum, Badan Bukan Kerajaan danlain-lain yang terlibat dalam pendidikan prasekolah diharap dapat membuahkansesuatu atau menghasilkan sesuatu berkaitan garis panduan pentaksiran yang lebihsejagat dan man tap. Pentaksiran yang berkesan sangat bergantung kepada bagaimanauntuk menganalisis dan mentafsir keputusan yang dihasilkan oleh pelbagai strategi,kaedah dan alat pentaksiran. Dalam proses pe1aksanaan sama ada yang te1ah ataubakal dilakukan, adalah juga diharapkan guru memahami, mahir, berupaya, danmengamalkan penggunaan pelbagai jenis alat pentaksiran yang sesuai dengan sasaranutama pendidikan di prasekolah. Melalui pentaksiran autentik guru diharap berupayamembuat keputusan serta bersedia untuk melakukan refleksi kritikal terhadap amalanyang digunakan.Segala usaha untuk mewujudkan sistem pentaksiran autentik yang standardmemerIukan keperihatinan dan penelitian serta pemantauan berterusan agar prosesyang berjalan tiada mengalami kecacatan. Dengan kata lain, dalam pendidikanprasekolah, pentaksiran perIu mengikuti peredaran masa dan sangat mernainkanperanan penting bagi membantu kejayaan dan kecemerlangan sistem pendidikan dariperingkat akar umbi kehidupan manusia.
80
KANDUNGAN
1.0 Pengenalan 2.0 Definisi 3.0 Fungsi 4.0 Rujukan Standard dan Rujukan Norma 5.0 Integrasi Pengajaran, Pembelajaran dan Pentaksiran 6.0 Bentuk, Kaedah dan Instrumen Pentaksiran 7.0 Wajaran 8.0 Rekod dan Pelaporan 9.0 Semakan Kualiti 10.0 Saranan 11.0 Hubungi kami
PENTAKSIRAN SEKOLAH 1.0 DEFINISI Pentaksiran Sekolah (PS) ialah proses mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap oleh guru secara formatif dan sumatif. PS secara formatif adalah bertujuan untuk memperbaiki pembelajaran (assessment for learning) manakala PS secara sumatif adalah untuk menilai tentang sejauh mana murid telah menguasai apa yang dipelajari (assessment of learning).
Proses Pentaksiran Sekolah (PS) melibatkan aktiviti berikut: · Mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap (dependable) tentang prestasi murid secara berterusan (ongoing) berdasarkan § pernyataan kriteria yang jelas dipanggil standard prestasi (performance standard); § penggunaan pelbagai kaedah, alat, teknik dan konteks; · Mengelola, merekod, menterjemah, melapor dan membuat pertimbangan tentang prestasi murid oleh guru semasa dan sepanjang (formatif) dan di hujung (sumatif) proses pengajaran-pembelajaran berlangsung; · Menggunakan kepelbagaian maklumat; dan · Membuat penilaian dan melaporkan secara verval dan/atau bertulis tentang prestasi, potensi, pencapaian dan keperluan murid. Bagi kedua-dua cara PS tersebut guru dan murid merujuk kepada satu set pernyataan standard prestasi yang jelas yang ditetapkan oleh sekolah berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. PS dikaksana menggunakan pelbagai kaedah, alat, teknik dan konteks. Pentaksiran ini adalah penilaian yang dilakukan di peringkat sekolah seperti kerja praktikal, tugasan bertulis, ujian, kajian dan lain-lain tugasan yang melibatkan pelbagai mata pelajaran. Eviden PS dikumpulkan dalam portfolio. Maklumat yang diperoleh daripada pentaksiran ini membolehkan guru membuat keputusan tentang: · Sejauh mana murid telah belajar dan mencapai standard tertentu; · Strategi pengajaran dan pembelajaran berikutnya; Sebagai tambahan, semua murid perlu mempunyai kefahaman yang jelas tentang apa yang perlu dipelajari, dibuat, dan penting dalam peringkat tertentu dalam pembelajaran mereka. Pentaksiran dapat memberi sumbangan positif dalam meningkatkan pembelajaran apabila direkabentuk dengan teliti dengan mengambilkira aspek berikut: - kejelasan konstruk yang ditaksir
81
- bentuk - kegunaan - aras kesukaran - bagaimana cara mentaksir - kekerapan - masa dan - maklumbalas. Pentaksiran yang berkesan membolehkan murid: · Berusaha ke arah yang sejajar dengan kriteria yang telah diketahui dan difahami lebih awal; · Menganalisa pembelajaran dan mengetahui perkara yang perlu diperbaiki; · Mensíntesis dan mengaplikasi pembelajaran selain daripada mengingati fakta; · Mempamirkan kekuatan dan menunjukkan penguasaan dan kepakaran; · Belajar dengan kaedah tersendiri; · Reflektif dan melibatkan diri dalam pentaksiran kendiri dan rakan sebaya; · Berupaya melahirkan pandangan dan tafsiran dari sudut yang berbeza; · Bertanggungjawab terhadap pembelajaran; · Melalui proses pembelajaran yang berjaya; dan · Berupaya bersaing di tahap yang lebih tinggi. 2.0 FUNGSI
Pentaksiran sekolah mengandungi dua fungsi yang luas, iaitu · Pentaksiran tentang pembelajaran yang bersifat summatif (pentaksiran untuk melihat prestasi murid) · Pentaksiran untuk pembelajaran yang bersifat formatif (pentaksiran untuk meningkatkan pembelajaran) 2.1 Pentaksiran tentang Pembelajaran (Pentaksiran Sumatif):
Pentaksiran tentang pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan tugasan yang digunakan untuk menentukan prestasi murid bagi penggal persekolahan, semester atau tahun tertentu. Semua eviden bagi pentaksiran tentang pembelajaran wajib dikumpulkan dalam portfolio. Semua portfolio mesti disimpan di sekolah dan dibentangkan untuk proses semakan dan pengesahan. Pelaporan tentang pencapaian murid dalam pembelajaran dikeluarkan secara bertulis dalam bentuk markah, gred, band, profil, pernyataan deskriptif sebahagian atau kesemuanya. Pelaporan boleh dibuat dalam bentuk sijil, pernyataan keputusan, profil atau testimoni. 2.2 Pentaksiran untuk Pembelajaran (Pentaksiran Formatif) Pentaksiran untuk pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan tugasan yang diberikan kepada murid untuk membolehkan guru menilai perkembangan dan masalah pembelajaran murid. Oleh itu, maklumat yang diperoleh berupaya memantau dan membantu proses pembelajaran. Maklumat tersebut diguna sebagai maklum balas dalam mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi keperluan semua murid. Keperluan setiap murid berbeza antara satu sama lain. Guru juga boleh mengetahui keperluan murid melalui pelbagai kaedah seperti pencerapan, perbincangan dalam kelas atau kerja bertulis, sama ada kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Pentaksiran kendiri dan rakan sebaya juga boleh digunakan dengan berkesan untuk menyokong pentaksiran untuk pembelajaran. Pentaksiran untuk pembelajaran boleh menjadi alat yang sangat berkesan untuk
82
membantu semua murid sekiranya maklumbalas disampaikan kepada murid dengan cara yang betul. Maklumbalas tidak sepatutnya mengandungi pernyataan perbandingan antara murid tentang kebolehan, kedudukan atau persaingan. Maklumbalas perlu mengandungi tiga elemen berikut: · Kedudukan murid dalam pembelajaran merujuk kepada standard prestasi yang ditetapkan; · Tahap pembelajaran yang diharapkan; dan · Maklumat untuk merapatkan jurang antara kedudukan sedia ada dan tahap pembelajaran yang diharapkan. Pentaksiran untuk pembelajaran memberi tumpuan terhadap analisis, perkembangan pembelajaran murid dan maklumbalas, bukan semata-mata merekod skor. Oleh itu, pelaporan bertulis tidak perlu dibuat secara berkala sebaliknya, guru mestilah mampu memberinya secara bertulis atau verbal apabila dikehendaki pada bila-bila masa oleh mana-mana pihak berkepentingan seperti ibu bapa, guru besar atau nazir. 3.0 PENTAKSIRAN SEKOLAH SEBAGAI PENTAKSIRAN RUJUKAN STANDARD Pentaksiran rujukan standard seringkali dijelaskan sebagai berlawanan dengan pentaksiran rujukan kriteria. Guru tidak sepatutnya bergantung hanya kepada pentaksiran rujukan norma atau kriteria semata-mata kerana amalan terbaik ialah menggabungkan pentaksiran rujukan kriteria dengan rujukan standard. Pentaksiran Rujukan Kriteria (PRK) ialah pentaksiran yang dilaksanakan berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditetapkan terlebih awal tanpa membandingkan seseorang murid dengan murid yang lain tetapi membandingkan pencapaian murid dengan set kriteria yang telah ditetapkan itu. Melalui PRK, pencapaian murid tidak dinilai secara bertahap. Murid yang memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan dinilai sebagai telah menguasai pembelajaran tanpa meletakkan pada tahap mana penguasaan murid itu dalam pembelajarannya. Pentaksiran Rujukan Standard (PRS) sama seperti PRK tetapi pencapaian murid dinilai dan dilaporkan berdasarkan tahap-tahap penguasaan murid dalam pembelajaran seperti band 1 hingga band 5 atau 6 atau Lemah hingga Cemerlang atau lain-lain bentuk pernyataan standard yang bertahap. Pentaksiran rujukan standard bertujuan untuk mencapai perkara berikut: · Membuat keputusan tentang murid dengan menilai kerja murid berdasarkan standard yang ditetapkan; · Mentaksir murid secara individu mengikut keperluan masing-masing; · Menentukan kedudukan seseorang murid mengikut kriteria yang ditetapkan berdasarkan standard prestasi; · Mentaksir murid berdasarkan kriteria penilaian yang jelas dan objektif mengikut standard prestasi; Tujuan pentaksiran perlulah jelas dan telus. Sebelum menimbangkan bagaimanapentaksiran itu harus dilakukan, kita perlu memutuskan mengapa kita perlu mentaksir murid. Dengan menggabungkan pentaksiran rujukan standard dan rujukan kriteria, pelbagai kaedah pentaksiran akan digunakan bagi tujuan berikut: · Mentaksir murid yang ramai dengan keberkesanan kos; · Mentaksir aspek kognitif, afektif dan psikomotor dalam pelbagai konteks; · Mendapatkan data statistik, iaitu perbandingan prestasi tahun semasa dengan prestasi tahun sebelumnya untuk menilai standard; · Menentukan kualiti pengajaran dalam mata pelajaran;
83
· Menganalisis kekuatan dan kelemahan dalam membantu perancangan dan penilaian program. Pentaksiran yang adil tidak perlu dibimbangi kesahan dan kebolehpercayaannya kerana ia mempunyai keautentikan dan keboleharapan yang tinggi bergantung kepada kualiti dan kejelasan kriteria penskoran dan pemahaman kriteria tersebut. Sesuatu instrumen yang secara umumnya digunakan dengan baik untuk menyenaraikan dan memperluaskan kriteria penskoran sering dirujuk sebagairubrik. Rubrik memberikan penerangan tentang ciri-ciri kerja murid dengan jelas. Maklumat berikut perlu dibekalkan kepada murid: · Keterangan yang jelas tentang pengetahuan dan/atau kemahiran yang ditaksir; · Wajaran bagi setiap pentaksiran; · Maklumbalas yang jelas berhubung markah atau skor yang telah diberikan; · Peluang prestasi mereka ditaksir secara kualitatif; · Mempunyai akses terhadap semua kriteria yang digunakan dalam pentaksiran; · Bukan semua kerja yang ditaksir akan direkod; · Memberi makluman awal tentang mana-mana pentaksiran yang memerlukan persediaan; · Menjelas tentang tarikh dan tempoh pentaksiran; dan · Kepentingan menepati tarikh serahan yang ditetapkan dalam penentuan gred pencapaian. 4.0 INTEGRASI PENGAJARAN, PEMBELAJARAN DAN PENTAKSIRAN
Pentaksiran adalah sebahagian daripada strategi pengajaran dan pembelajaran dan bukannya tugas tambahan. Pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran tidak boleh dipisahkan dan tidak boleh dilihat atau diguna secara berasingan atau bersendirian. Tujuan utama pentaksiran BUKAN hanya untuk membuat keputusan, tetapi memberi sokongan dan mekanisma yang positif bagi membantu murid untuk membaiki atau meningkatkan pembelajaran; bagi guru membaiki pengajaran dan secara keseluruhan, menyumbang kepada keberkesanan program. Semasa menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT), perkara berikut hendaklah diambilkira: · Pentaksiran tentang pembelajaran · Pentaksiran untuk pembelajaran · Strategi pengajaran dan pembelajaran; dan · Pembangunan pengetahuan yang diperlukan, kemahiran dan pemahaman di samping nilai dan sikap. Rancangan Pelajaran Tahunan perlu berdasarkan kepada keperluan kurikulum dan garis panduan pentaksiran. 5.0 BENTUK, KAEDAH DAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN SEKOLAH
Standard pentaksiran perlu diketahui dan difahami oleh semua murid dan ibu bapa pada awal proses pembelajaran. Aktiviti yang relevan perlu disertai dengan bentuk dan kaedah pentaksiran yang bersesuaian, contohnya rubrik yang akan digunakan. Setiap aktiviti yang direkodkan sepatutnya terdiri daripada kejayaan satu siri tugasan yang bermakna dan berkesan. 5.1 Kaedah pengumpulan eviden pentaksiran sekolah
a. Pencerapan Pentaksiran melalui cerapan biasanya kurang berstruktur (terancang) dan selalunya
84
dilakukan untuk menilai interaksi murid antara satu sama lain dalam tugasan untuk mendapatkan hasil penyelesaian yang umum. Pencerapan perlu mempunyai tujuan dan dijalankan dengan menggunakan suatu instrumen cerapan yang bersesuaian untuk mengurangkan penyimpanan rekod, seperti senarai semak dan skala pengadaran (rating scale) yang hanya memerlukan sedikit catatan dan masa untuk merekod. b. Ujian Pentaksiran melalui ujian lebih berstruktur dan tegar. Ia membolehkan guru mengumpul eviden yang sama bagi semua murid dengan cara dan masa yang sama. Pentaksiran ini mengemukakan eviden tentang pembelajaran berpandukan kepada skor. Sekiranya digunakan dengan betul, ujian dan peperiksaan adalah sebahagian daripada kurikulum yang penting kerana ia memberikan eviden yang baik tentang apa yang telah dipelajari. Ujian dalam PS boleh dilaksanakan secara manual seperti kertas-pensil, papan tulis dan lisan atau berbantukan komputer secara online atau offline. Item-item ujian boleh disediakan oleh pihak sekolah atau Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri atau Lembaga Peperiksaan tetapi pengendaliannya adalah oleh guru sama ada secara manual atau berbantukan komputer. c. Tugasan atau Pentaksiran Prestasi Tugasan atau pentaksiran prestasi kurang berstruktur (berbanding dengan ujian) dan melibatkan tugasan yang menilai aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap murid dalam pelbagai situasi dan konteks yang sebenar. Pentaksiran prestasi meliputi komponen praktikal sesuatu mata pelajaran dengan menentukan bagaimana murid menggabungkan teori dalam amalan. Ia merupakan pentaksiran yang autentik kerana murid mempunyai gaya yang tersendiri untuk belajar. Antara contoh ialah projek, pameran, penyampaian visual dan lisan, debat, simulasi komputer dan persembahan. d. Pentaksiran Kendiri, rakan sebaya dan kerja berkumpulan Pentaksiran kendiri memerlukan perhatian khusus daripada guru kerana mungkin ramai murid memerlukan bantuan mempelajari bagaimana untuk menilai kemahiran akademik dan prestasi dengan tepat. Murid perlu dimaklumkan tentang kriteria tugas khusus untuk prestasi (pentaksiran rujukan kriteria). Murid juga mungkin memerlukan bantuan dalam mempelajari bagaimana untuk menyimpan rekod dan memgulas ringkasan kerja. Refleksi ke atas pembelajaran seseorang adalah komponen yang amat penting dalam pembelajaran. Pentaksiran rakan sebaya, menggunakan senarai semak atau rubrik, membantu murid sama ada yang ditaksir atau yang mentaksir. Perkongsian kriteria untuk pentaksiran memberi kuasa kepada murid untuk menilai prestasi mereka sendiri dan juga rakan mereka. Kebolehan untuk bekerja bersama rakan lain dalam satu kumpulan dengan berkesan adalah satu daripada hasil kritis. Pentaksiran kerja berkumpulan memberi eviden daripada aspek kerjasama, bantu membantu, pengagihan kerja dan sumbangan setiap individu melalui satu produk. Pentaksiran kerja berkumpulan dinilai melalui proses selain daripada produk atau hasil kerja. Ia melibatkan pentaksiran kemahiran sosial, pengurusan masa dan kedinamikan kumpulan, selain daripada hasil kerja kumpulan. Peluang untuk menggunakan pelbagai instrumen amat penting bagi kedua-dua pentaksiran untuk pembelajaran dan juga pentaksiran tentang pembelajaran. Isu penting ialah instrumen mestilah sepadan dengan apa yang ditaksir. Eviden yang bersesuaian dan mencukupi mesti dikumpulkan; dan ia mesti dijelaskan kepada murid sama ada mereka sedang melalui proses pentaksiran untuk pembelajaran
85
atau pentaksiran tentang pembelajaran. 6.0 WAJARAN Keseimbangan pentaksiran sekolah dalam transformasi pentaskiran dinyatakan dalam jadual di bawah bagi prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.
TAHAP PAJSK PS PP
Prasekolah 20% 80% -
Tahun 1 – Tahun 3 30% 70% -
Tahun 4 – Tahun 6 20% 50% 30%
Tahun 7 - Tahun 9 20% 30% 50%
Tahun 10 – Tahun 12 10% 10% 10%
§ Pentaksiran Sekolah (PS) § Pentaksiran Pusat (PP) § Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum (PAJK) § Pentaksiran Psikometrik dilapor secara berasingan 7.0 GRED PURATA MURID
8.0 REKOD DAN PELAPORAN
Perekodan dan pelaporan memerlukan data yang telah dikumpul semasa pentaksiran supaya ia boleh dianalisa secara logik dan dilaporkan dalam bentuk yang mudah difahami dan tepat. Pelaporan prestasi dan pencapaian memberi gambaran tentang apa yang murid telah capai. Ia juga menunjukkan kedudukan murid dalam lengkung pembelajaran dan jenis intervensi yang diperlukan, sebagai contoh maklumat ini (merujuk kepada prestasi) boleh digunakan untuk merancang program intervensi dan memaklumkan strategi intervensi. 9.0 SEMAKAN KUALITI
9.1 PROSES SEMAKAN Prinsip semakan adalah untuk menjamin kualiti pentaksiran yang dilakukan diperingkat sekolah. Ia adalah satu prosedur untuk meletakkan PS mana-mana sekolah pada skala kebangsaan. Skala kebangsaan ini ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) dari segi kesahan dan kebolehpercayaan. Satu instrumen yang dibina oleh LP akan ditadbir kepada semua murid. Skor yang diperoleh akan menentukan tahap PS bagi setiap sekolah. Skor yang diperoleh akan dianalisis untuk mengeluarkan pelaporan tentang prestasi pendidikan kebangsaan. 9.2 EVIDEN SEMAKAN: PORTFOLIO Dua jenis portfolio diperlukan: 1. Portfolio guru mengandungi semua arahan dan kriteria pentaksiran serta rubrik berkaitan tugasan yang diberikan kepada murid. 2. Portfolio murid mengandungi setiap eviden yang digunakan untuk mendapatkan skor.
Portfolio boleh: · Mengandungi beberapa bentuk pentaksiran termasuk tidak lebih daripada dua ujian rasmi
86
· Memberi eviden untuk semakan · Menunjukkan kemajuan pembelajaran murid sebagai eviden tentang pengajaran dan pembelajaran sepanjang tahun tersebut. 10.0 SARANAN
Sekolah mesti memastikan bahawa murid tidak dibebankan dengan terlalu banyak pentaksiran. Guru mesti memaklumkan kepada murid mengenai sumber bahan yang diperlukan untuk menyelesaikan tugasan, projek dan sebagainya. Guru mesti membantu murid untuk merancang tugasan, projek dan lain-lain dengan: § membekalkan murid dengan tarikh beserta rubrik pada permulaan proses pembelajaran § membenarkan murid menyiapkan kerja di premis sekolah atau di bilik darjah, jika perlu
87