Tugasan PJM Badminton

29
ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106 Anatomi adalah satu bidang yang mengkaji dan mengenalpasti tubuh badan seseorang iaitu tentang tulang-tulang,otot-otot dan organ-organ individu.Fisiologi pula adalah satu bidang yang mengkaji tentang fungsi setiap tulang-tulang,otot-otot dan organ-organ dalam tubuh badan. Oleh itu setiap gerakan dalam permainan atau sukan yang dilakukan melibatkan otot, tulang dan sendi. Permainan atau olahraga yang dipilih bagi Kerja Kursus Anatomi dan Fisiologi ini ialah badminton. Namun, kajian lebih terperinci adalah tentang sejarah, kemahiran asas dalam badminton difokuskan kepada gerakan servis tinggi. Di sini, saya dikehendaki mengkaji otot, tulang dan sendi yang terlibat bagi menghasilkan pergerakan dalam servis tinggi. Servis tinggi biasanya diamalkan dalam permainan perseorangan. Dengan melakukan servis tinggi pihak lawan terpaksa bergerak ke bahagian belakang gelanggang untuk membalas servis itu. Ini menyebabkan bahagian depan gelangangnya terdedah. Servis tinggi ke belakang juga boleh menyukarkan pihak lawan membuat smesy. Dalam teknik ini, pemain memegang raket cara pepat (forehand). Bulu tangkis dihantar setinggi yang boleh supaya ia jatuh tegak di garisan servis panjang dalam permainan beregu dan di garisan belakang dalam permainan perseorangan. OBJEKTIF 1 PENGENALAN

description

KKBI

Transcript of Tugasan PJM Badminton

Page 1: Tugasan PJM Badminton

ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106

Anatomi adalah satu bidang yang mengkaji dan mengenalpasti tubuh badan

seseorang iaitu tentang tulang-tulang,otot-otot dan organ-organ individu.Fisiologi

pula adalah satu bidang yang mengkaji tentang fungsi setiap tulang-tulang,otot-otot

dan organ-organ dalam tubuh badan. Oleh itu setiap gerakan dalam permainan atau

sukan yang dilakukan melibatkan otot, tulang dan sendi. Permainan atau olahraga

yang dipilih bagi Kerja Kursus Anatomi dan Fisiologi ini ialah badminton. Namun,

kajian lebih terperinci adalah tentang sejarah, kemahiran asas dalam badminton

difokuskan kepada gerakan servis tinggi. Di sini, saya dikehendaki mengkaji otot,

tulang dan sendi yang terlibat bagi menghasilkan pergerakan dalam servis tinggi.

Servis tinggi biasanya diamalkan dalam permainan perseorangan. Dengan

melakukan servis tinggi pihak lawan terpaksa bergerak ke bahagian belakang

gelanggang untuk membalas servis itu. Ini menyebabkan bahagian depan

gelangangnya terdedah. Servis tinggi ke belakang juga boleh menyukarkan pihak

lawan membuat smesy.

Dalam teknik ini, pemain memegang raket cara pepat (forehand). Bulu tangkis

dihantar setinggi yang boleh supaya ia jatuh tegak di garisan servis panjang dalam

permainan beregu dan di garisan belakang dalam permainan perseorangan.

OBJEKTIF

Mengenal asal-usul serta sejarah permainan badminton peringkat

antarabangsa dan juga negara.

Memahami kemahiran-kemahiran dalam permainan badminton.

Mengenalpasti mekanisma pergerakan dalam servis tinggi badminton dari

segi penglibatan otot-otot, tulang dan juga sendi.

Melabel dan melukis tulang, sendi dan otot yang terlibat dalam permainan

badminon yang difokuskan kepada kemahiran asas iaitu servis tinggi.

1

PENGENALAN

Page 2: Tugasan PJM Badminton

ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106

1. SEJARAH DAN PERKEMBANGAN ANTARABANGSA

Permainan badminton telah dicipta sekian lama dan sering dimainkan oleh

orang Greek dan Mesik Kuno. Istilah badminton berasal daripada permainan kanak-

kanak yang dipanggil “battledore” dan “shuttlecock” yang mana ianya dimainkan oleh

dua orang pemain yang akan memukul bulu tangkis dengan menggunakan raket

yang kecil. Permainan ini dikatakan telah bermula sejak zaman Greek Kuno iaitu

lebih kurang 2000 tahun yang lalu. Permainan ini pada awalnya menular dari India,

kemudiannya ke Timur China dan Siam (Thailand) melalui Indo-Greek Kingdom.

Di India, permainan badminton ini dipanggil “Poona”(sempena nama sebuah

tempat iaitu, Pune ) semasa abad ke -18. Pegawai Tentera British yang bertugas di

Pune, India pada ketika itu telah memperkenalkan permainan ini kepada rakan-rakan

mereka pada tahun 1860-an. Para pegawai tentera British telah menambah jaring di

bahagian tengah gelanggang. Permainan ini sebenarnya telah dimainkan di lorong

jalan sekitar London pada tahun 1854 apabila majalah Punch telah menerbitkan

lukisan yang menggambarkan permainan itu. Badminton dikenali sebagai satu sukan

baru apabila dilancarkan oleh pemerintah Duke Beaufort pada tahun 1873 di

Gloucestershire. Oleh itu, askar-askarnya menggelar permainan ini sebagai

“Badminton House”, manakala penduduknya pula memanggil dengan nama “ The

Badminton Game”dan seterusnya ditukar kepada “badminton” yang merupakan

nama rasminya sehingga kini.

2

SEJARAH PERMAINAN BADMINTON

Page 3: Tugasan PJM Badminton

ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106

Kelab Badminton Bath yang pertama di dunia telah ditubuhkan pada tahun

1877. Namun begitu, autoriti Kelab Badminton Bath telah diambilalih oleh Persatuan

Badminton England dengan membuat peraturan yang agak sama seperti sekarang.

Persatuan ini juga telah merasmikan permainan badminton di sebuah rumah yang

dikenali sebagai “Dunbar” yang terletak di 6 Waverley Grove, Portsmouth, England

pada 13 September tahun 1893. Kejohanan badminton pertama dunia berlangsung

pada tahun 1899.

Permainan badminton dengan pantasnya tersebar dari England ke Amerika

Syarikat, Kanada, Australia dan New Zealand serta negara-negara Eropah lain.

Meskipun lelaki adalah pemain pertama yang memainkannya, namun ia juga berjaya

menarik minat kaum wanita. Sehubungan dengan itu, Kejohanan Badminton Terbuka

Seluruh England diadakan dan perintis kejohanan badminton bagi wanita mula diatur

tetapi masih diklasifikasikan sebagai tidak rasmi sehinggalah pada tahun 1904.

Perkembangan populariti badminton di Kepulauan British terbukti dengan penubuhan

300 kelab badminton di England pada 1920 dan meningkat kepada 500 buah kelab

pada tahun 1930 dan selepas Perang Dunia Kedua memiliki lebih daripada 9,000

buah kelab.

Pada tahun 1934, Persatuan Badminon Antarabangsa telah ditubuhkan

dengan keahlian beberapa buah negara seperti Kanada, Denmark, Perancis,

Belanda, Ireland, NewZealand, Scotland dan Wales. Negara India mula

menyertainya pada 1936 dan keahlian semakin meningkat menjadikan persatuan

badminton satu-satunya badan antarabangsa pada tahun 1981. IBF mula

mengadakan pertandingan di peringkat antarabangsa pada bulan Mac 1939 yang

diketuai oleh presidennya iaitu Sir George A.Thomas, Baronet dengan menawarkan

trofi bagi kumpulan yang berjaya memenangi kejohanan tersebut.

 Idea pertandingan badminton wanita yang seiring dengan Piala Thomas telah

bermula pada tahun 1950. Tetapi ia tidak dilaksanakan kerana masalah kewangan.

Perkara tersebut terus dibincangkan dan akhirnya keputusan dicapai untuk

mengadakan kejohanan badminton tiga tahun sekali. Mrs. H. S Uber di England telah

mendermakan trofi bagi kejohanan tersebut yang dikenali sebagai Piala Uber

(kejohanan wanita). Kejohanan Piala Uber yang pertama telah diadakan pada musim

1956/1957. Sejak itu, bilangan kejohanan badminton telah meningkat daripada dua

kepada tujuh kejohanan, dengan tambahan Kejohanan Dunia, Piala Sudirman (piala 3

Page 4: Tugasan PJM Badminton

ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106

campuran), Kejohanan Remaja Dunia, Pertandingan Akhir Grand Prix Dunia dan

juga Piala Dunia. Pada tahun 1992, badminton mula disenaraikan di dalam Sukan

Olimpik di Barcelona, Sepanyol.

1.1 Sejarah Badminton di Malaysia

Pada awal tahun 1900, permainan Poona dibawa ke Pulau Pinang oleh

pegawai-pegawai Kompeni Hindia Timur. Permainan Poona dimainkan di Suffolk

House, rumah kediaman Kapten Francis Light di Pulau Pinang. Pada tahun 1925,

Persatuan Badminton Pulau Pinang ditubuhkan, dan seterusnya Persatuan

Badminton Perak pula ditubuhkan. Minat mendalam yang ditunjukkan oleh pemain

negeri-negeri Malaya menyebabkan Persatuan Badminton Malaya ditubuhkan pada

tahun 1934, apabila J.I.Woods dari Perak sebagai Presiden yang pertama. Pada

tahun 1937 Persatuan Badminton Malaya bergabung dengan Persekutuan

Badminton Antarabangsa. Sejak itu, imej negara dalam permainan badminton telah

dipertingkatkan dengan memenangi kejohanan berprestij seperti Piala Thomas dan

Kejohanan Seluruh England.

Pada tahun 1960, Persatuan Badminton Malaya (BAM) telah ditubuhkan,

dengan Tan Sri Mohd.Khir Johari iaitu selaku Menteri Kabinet sebagai presidennya

yang pertama. Pada era kepimpinannya, Malaysia pada tahun 1967 telah

memenangi semula Piala Thomas. Beliau memimpin BAM selama 25 tahun, iaitu

dari tahun 1960-85. Pada tahun 1985 hingga 1993, Datuk Bandar Kuala Lumpur,

Tan Sri Elyas Omar dilantik sebagai Presiden BAM yang kedua. Tugas utama BAM

ialah memajukan permainan badminton negara, melalui pelbagai perancangan dan

aktiviti seperti menganjurkan:

Kejohanan Badminton Asia

Kejohanan Terbuka Malaysia

Kejohanan Peringkat Remaja

Sirkit Grand Prix Kebangsaan dan Dunia

Kejohanan Piala Thomas/Uber dan sebagainya

4KEMAHIRAN ASAS BADMINTON

Page 5: Tugasan PJM Badminton

ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106

Permainan ini berasaskan kemahiran memukul dan menerima, atau

membalas pukulan. Selain itu, pemain perlu menggunakan kepintaran dan

kebolehan untuk melakukan serangan balas yang biasanya serangan ini dibuat

dengan pukulan yang kencang. Gerakan bulu tangkis adalah laju, tajam serta

mengelirukan. Untuk mengawalnya pemain memerlukan ketangkasan dan stamina

yang tinggi. Oleh itu, koordinasi badan yang baik amat penting ketika membuat

pukulan. Kemahiran ini membolehkan pemain membuat pukulan dengan tepat ke

ruang kosong gelanggang lawan dan menyukarkan pemain lawan membalas

pukulan tersebut.

Pemain juga perlu mempunyai kemahiran untuk menerima dan membalas

pukulan lawan sambil bergerak dengan cepat. Kemahiran ini memerlukan imbangan

badan yang baik untuk mengelakkan daripada terjatuh. Imbangan badan dapat

membantu pemain bergerak dan juga bersedia untuk menerima dan membalas

setiap pukulan lawan. Biasanya permainan ini memerlukan ketahanan fizikal yang

tinggi agar pemain-pemain dapat melakukan kemahiran secara berterusan dan tidak

berasa letih.

a) Memegang Raket

Adalah amat penting bagi seseorang pemain itu mengetahui cara

memegang raket dengan betul, rasionalnya permainan seseorang pemain itu

bergantung kepada cara pegangan raket badminton. Cara pegangan raket

yang salah akan menimbulkan kesan yang tidak baik kepada pemain seperti

kecederaan pada pergelangan tangan.

Terdapat 3 cara pegangan asas iaitu:

i. Pegangan depan (forehead grip)

ii. Pegangan kilas (backhand grip)

iii. Pegangan rata (flatgrip)

5

Page 6: Tugasan PJM Badminton

ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106

Rajah 1 dan 2: Menunjukkan cara memegang raket secara pegangan depan dan

pegangan kilas.

Rajah 3 : Pegangan kilas

b) Membuat servis

Servis adalah kemahiran yang utama dalam permainan badminton. Servis

digunakan untuk mendapatkan mata. Sebelum mempelajari kemahiran ini pemain

perlu tahu peraturan-peraturan servis. Peraturan-peraturan ini perlu dipatuhi sama

ada dalam permainan perseorangan atau bergui iaitu :

i. Pemain perlu berada di dalam petak yang betul ketika servis.

ii. Servis dilakukan apabila pemain lawan sudah bersedia.

iii. Pemain tidak boleh memijak mana-mana garisan di kawasan gelanggang

sehingga servis dilakukan.

iv. Sebelah kaki tidak boleh diangkat ketika pemain lakukan servis.

v. Perlu memukul bulu tangkis dengan raket.

vi. Tidak boleh menghentikan pergerakan raket ketika pukul bola servis.

6

Page 7: Tugasan PJM Badminton

ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106

vii. Permukaan raket berada bawah tangan ketika servis.

viii. Bulu tangkis dipukul berada di bawah paras pinggang.

ix. Bulu tangkis perlu melepasi jaring ketika servis.

x. Tidak dibenarkan membuat muslihat atau niat mengelirukan lawan.

Terdapat 2 jenis servis iaitu servis rendah dan servis tinggi.

i. Servis rendah depan

Cara melakukan servis rendah depan ialah dengan menolak bulu tangkis melepasi

jaring serendah dan serapat yang boleh.

Rajah 4 : Menunjukkan servis rendah

ii. Servis rendah kilas

Objektif servis rendah kilas ini sama dengan servis rendah depan. Cara

melakukannya adalah dengan berdiri berhampiran dengan garis depan petak

servisnya. Badan dan kedudukan adalah hampir dengan mengiring jaring. Bahagian

pemegang raket perlu mengarah ke atas jari pada belakang pemegang raket seperti

rajah di bawah.

7

Page 8: Tugasan PJM Badminton

ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106

Rajah 5 : Servis rendah kilas

iii. Servis tinggi

Pemain akan menghantar bulu tangkis ke hujung gelanggang lawan. Bulu tangkis

akan melulu jauh dan tinggi melepasi lawan dan jatuh menjunam. Servis ini

sesuai untuk acara perseorangan dan juga beregu.

Rajah 6 : Servis tinggi

c) Membuat pukulan

Bulu tangkis boleh dipukul dengan berbagai-bagai cara seperti :

Lob

Smesy

8

Page 9: Tugasan PJM Badminton

ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106

Otot-otot yang terlibat dalam permainan badminton

Dalam permainan badminton, terdapat pelbagai jenis otot yang digunakan

terutamanya melibatkan bahagian bawah dan bahagian atas anggota badan.

Meskipun begitu, otot yang paling penting dalam permainan ini ialah trisep,

bisep,deltoid dan trapezius. Otot-otot lain seperti pektoralis major dan juga

latissimus dorsi merupakan otot yang banyak membantu dalam pergerakan

tangan bagi melakukan servis tinggi dalam permainan badminton.

9

MEKANISME PERGERAKAN : SERVIS TINGGI

Page 10: Tugasan PJM Badminton

ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106

Otot yang digunakan dalam kemahiran asas Servis Tinggi ialah :

Trapezius

Trisep

Deltoid

Latissimus dorsi

Bisep

Pektoralis major

Flexor carpi radialis

Semasa memegang raket badminton, otot yang terlibat adalah flexor carpi

radialis .Otot ini berfungsi bagi membolehkan tangan menggenggam raket tersebut.

10

Page 11: Tugasan PJM Badminton

ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106

FASA LAKUAN JENIS PERGERAKAN OTOT

1. Persediaan Memegang raket a)Pergerakan ekstensi dan fleksi pada

otot tangan dan jari.

OTOT TANGAN

OTOT JARI

Tangan – Humerus, radius, ulna,

karpal, metakarpal dan falang (tulang

jari).

Otot metakarpal dan falang bertindak

meregang untuk membolehkan

tangan menggenggam raket dalam

posisi yang baik.

11

Page 12: Tugasan PJM Badminton

ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106

12

Page 13: Tugasan PJM Badminton

ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106

Dalam fasa persediaan ini juga iaitu sebelum melakukan servis, permain

perlulah berada dalam keadaan bersedia dan raket dihayunkan ke belakang dan hal

ini melibatkan otot-otot seperti trapezius, latisimus dorsi, dan pektoralis major

memainkan peranan. Otot-otot tersebut akan mengendur atau ekstensi bagi

membolehkan lengan dihalakan ke arah belakang. Otot deltoid pula akan

merenggang atau abduksi untuk mengangkat lengan ke arah luar dari sisi badan.

Selain itu, otot bisep akan menguncup manakala otot trisep pula akan

mengendur supaya lengan boleh dibengkokkan. Ketika aksi servis dimulakan

bahagian pinggang akan dipusingkan sedikit untuk persediaan membuat pukulan.

Otot-otot yang menggerakkan bahagian pinggang ini adalah seperti:

Otot Gluteus Maksimus dan otot Gluteus Medius yang terdapat pada bahagian

belakang iaitu tulang punggung.

13

Latisimus Dorsi

Trapezius

Page 14: Tugasan PJM Badminton

ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106

FASA LAKUAN JENIS PERGERAKAN OTOT

Perlaksanaan Servis

Buku tangkis dilepaskan

kemudian raket dihayunkan dan

dipukul dari arah bawah ke

hadapan menuju ke arah atas

dengan hanyunan yang kuat.

a)Pergerakan fleksi semasa

menghayunkan raket dengan kuat.

Otot Bahu

Tangan – trapezius,lasitimus

dorsi,pektolaralis major ,deltoid,

triceps, bisep

*Otot trapezius, lasitimus

dorsidan pektoralis major

menguncup (fleksi) bagi

membolehkan lengan dihalakan

ke arah hadapan untuk tujuan

memukul bulu tangkis.

* Otot deltoid akan merapat atau

aduksi supaya lengan dapat

diturunkan ke sisi badan.

*Otot bisep akan mengendur

manakala otot trisep akan

menguncup bertujuan

meluruskan lengan semasa

memukul bulu tangkis.

14

Page 15: Tugasan PJM Badminton

ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106

FASA LAKUAN JENIS PERGERAKAN OTOT

Selepas servis Pukulan lajak

Pemain perlu ikut lajak bagi

memastikan bulu tangkis tepat ke

sasaran. Raket terus dihayunkan

ke atas mengikut arah

pergerakan bulu tangkis.

a)Pengenduran dan penguncupan otot Tangan – triceps, bisep

*Otot bisep akan mengendur

manakala otot trisep menguncup

supaya lengan boleh

dibengkokkan.

15

Page 16: Tugasan PJM Badminton

ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106

16

Page 17: Tugasan PJM Badminton

ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106

FASA JENIS SENDI

a) Permulaan Sendi Kondil Sendi pelana

b) Perlaksanaan dan

selepas

Sendi siku Sendi engsel

Sendi lain: sendi bahu dan sendi lesung

*Sendi bahu dan sendi lesung berperanan

membolehkan tangan dibengkokkan ke arah tapak

tangan, belakang tangan dan kedua-dua sisi. Sendi

amatpenting dalam permainan badminton

terutamanya untuk memukul bulu tangkis.

c) Selepas servis

-sendi lesung

-sendi engsel

17

Page 18: Tugasan PJM Badminton

ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106

GAMBARAJAH SENDI DAN TULANG-TULANG YANG TERLIBAT

Sendi yang terlibat

Sendi lesung

Sendi engsel

Tulang yang terlibat

Humerus

Skapula

Radius

Ulna

Tulang karpus

18

Page 19: Tugasan PJM Badminton

ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106

Tulang atas terdiri daripada tulang lengan atas, tulang lengan bawah dan tulang

bahu. Tulang bahu terdiri daripada tulang selangka atau kalvikula dan tulang

belikat (skapula).

Gambar rajah: Tulang bahu

Tulang bawah pula terdiri daripada tulang kaki atau paha. Tulang paha atau femur

memainkan peranan penting sebagai penyokong struktur postur.

Tulang paha terdiri dari bagian kepala dan leher pada bahagian proksimal dan dua

condylus pada bahagian distal. Kepala tulang paha akan membentuk sendi pada

pinggul. Bahagian proksimal lainnya iaitu trochanter major dan trochanter minor

menjadi tempat perlekatan otot. Pada bahagian proksimal posterior terdapat

tuberositas glutea yakni permukaan kasar tempat melekatnya otot gluteus maximus.

Di dekatnya terdapat linea aspera, tempat melekatnya otot biceps femoris.

19

Page 20: Tugasan PJM Badminton

ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106

Satah Pergerakan

Kemahiran asas dalam badminton yang melibatkan pukulan servis tinggi

terbahagi kepada 2 fasa iaitu sebelum servis, semasa servis dan selepas servis.

Kebanyakan aksi pergerakan adalah berlaku pada satah sagital.

Satah Sagital membahagikan badan kepada 2 bahagian iaitu sebelah kiri dan

kanan. Pergerakan tangan dalam satah ini ialah fleksi (flexion) dan ekstensi

(extension).

20

Page 21: Tugasan PJM Badminton

ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106

RUMUSAN

Melalui tugasan yang dilakukan dapatlah disimpulkan bahawa, setiap

pergerakan atau aktiviti dalam sukan mahupun permainan banyak disokong oleh

tulang, otot dan sendi tertentu untuk menghasilkan gerakan yang diperlukan. Tulang,

sendi dan otot saling berkait di antara satu sama lain dalam membantu kita

menggerak bahagian-bahagian utama badan. Tanpa salah satu daripadanya akan

menyebabkan pergerakan tidak dapat dilakukan. Tanpa sokongan fungsi sistem

tulang, sendi dan otot yang cekap dan sempurna pasti kita tidak mampu untuk

menggerakkan badan kita. Tulang amat penting kerana fungsinya sebagai sokongan

anggota badan, memberikan bentuk badan, menyediakan permukaan untuk

melekatkan otot, sistem tuas sendi yang dapat memudahkan pergerakan serta

membantu melindungi organ-organ penting dalam tubuh badan manusia. Pergerakan

seluruh badan dihasilkan daripada gerakan badan yang selaras dengan

pengenduran dan pengecutan otot-otot secara berselang-seli. Dengan adanya sendi

pula gerakan tulang menjadi lebih mudah dan dapat mengurangkan geseran antara

tulang. Maka pergerakan dapat dilakukan dengan mudah.

21

Page 22: Tugasan PJM Badminton

ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106

REFLEKSI

Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, banyak masalah yang dihadapi.

Antaranya ialah penggunaan istilah dan penerangan terutamanya tentang

tulang ,otot dan juga sendi. Memang banyak gambar yang boleh dijadikan rujukan

melalui internet namun kebanyakkan sumber rujukan maklumat yang diperolehi

dalam Bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun memandangkan bahasa pengantar

untuk subjek ini ialah dalam Bahasa Melayu, jadi saya terpaksa menterjemahkan

semula apa yang ditulis dalam Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu. Ini agak

sukar kerana saya bimbang maksudnya akan berlainan daripad maksud asal. Oleh

itu, saya berusaha mencari semula maklumat- maklumat yang dikehendaki dalam

Bahasa Melayu bagi memudahkan saya menyiapkan tugasan ini.

Selain itu, tugasan ini juga adalah sesuatu yang baru bagi saya. Dalam

tugasan ini kami dikehendaki mengenalpasti tulang, otot dan sendi yang terlibat

dalam pergerakan yang dipilih. Pada mulanya saya tidak faham bagaimana untuk

menyelesaikan tugasan ini kerana amat sukar bagi saya untuk mengenalpasti

bahagian- bahagian tersebut. Paling sukar adalah ketika membuat penerangan

bahagian otot dalam kemahiran yang dipilih . Untuk membolehkan saya menjelaskan

fungsi yang terlibat maka saya membuat rujukan daripada internet dan membuat

bacaan melalui buku-buku yang ada kaitan. Barulah saya berjaya memahami

beberapa istilah seperti fleksi dan aduksi. Walaubagaimanapun, setelah mendapat

tunjuk ajar daripada pensyarah, dan bimbingan rakan-rakan saya akhirnya berjaya

menyiapkan tugasan ini seperti yang dikehendaki.

Meskipun masa yang diberikan agak lama tetapi atas kesibukan kerjaya dan

tanggungjawab sebagai pelajar dalam memenuhi tugasan yang lain menjadikan saya

agak stress. Oleh itu, saya belajar menyiapkan setiap tugasan yang diberi secara

sedikit demi sedikit agar tidak terlalu membebankan saya. Memang saya akui

bahawa subjek anatomi dan fisiologi ini benar-benar menguji kefahaman dan daya

ingatan kita . Masih banyak yang masih perlu saya pelajari untuk memahami dengan

lebih baik.

Tugasan ini sebenarnya banyak membantu saya dalam memahami tajuk

anatomi dan fisiologi. Saya lebih memahami fungsi otot, tulang dan sendi dan

peranannya dalam menghasilkan pergerakan. Saya juga menyedari bahawa setiap

22

Page 23: Tugasan PJM Badminton

ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106

otot, tulang dan sendi bekerjasama antara satu sama lain bagi menghasilkan

sesuatu pergerakan terutamanya dalam permainan dan kemahiran bersukan.

Sekiranya salah satu tidak berfungsi maka pergerakan yang dilakukan akan menjadi

tidak sempurna.

Melalui tugasan ini juga saya lebih menghargai tubuh badan saya. Setiap

anggota tubuh badan adalah tidak ternilai harganya begitu juga dengan otot- otot,

tulang- tulang dan sendi- sendi yang memainkan peranan penting bukan sahaja

untuk menghasilkan pergerakan bahkan untuk melindungi organ dalaman,

menyokong dan yang paling penting membolehkan kita melakukan aktiviti- aktiviti

yang kita gemari tanpa sebarang masalah.

23