Tugasan Projek Muzik

4
A. Banding-beza respon murid terhadap mud muzik yang berbeza. Menurut Campbell (1995), Muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran atau aural. Maka dengan itu, muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan kanak-kanak prasekolah dalam bentuk elemen bunyi. Aktiviti pengajaran muzik didalam prasekolah ini sebenarnya akan dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan, imaginasi, serta dapat menginterpretasi isi hati mereka melalui muzik. Oleh itu, setiap respon seorang pelajar prasekolah kepada muzik itu merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana didalam dunia muzik, tempo dan juga mud pendengar terhadap sesuatu muzik itu tidak dapat dipisahkan. Untuk praktikum fasa dua ini, kami telah ditempatkan di SK Semerah Padi bagi menjalankan tugasan projek ini. Selama lebih kurang dua bulan kami telah mengajar di prasekolah dan menjalankan tugasan projek ini sehinggalah berjaya. Semasa menjalankan tugasan projek ini, kami telah memilih lagu open shut them sebagai lagu iringan dan membuat banding beza mud yang didengar dan meneliti respon yang diterima daripada murid yang kami ajar. Berikut merupakan hasil dapatan pemerhatian kami semasa menjalankan sesi pengajaran projek ini didalam kelas prasekolah berkenaan. Sebelum mengajarkan lagu ini didalam kelas, kami telah menuliskan liriknya dihadapan papan putih bagi memudahkan pelajar untuk melihat lirik yang dituliskan oleh guru. (Gambar 1) Bagi memastikan sesi pembelajaran dapat menarik perhatian murid untuk terus belajar, kami juga telah menggunakan alat perkusi seperti 1 Gambar 1: Guru telah menulis lirik dihadapan papan putih bagi memudahkan pelajar melihat lirik dihadapan

description

muzik

Transcript of Tugasan Projek Muzik

Page 1: Tugasan Projek Muzik

A. Banding-beza respon murid terhadap mud muzik yang berbeza.

Menurut Campbell (1995), Muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada

aspek pendengaran atau aural. Maka dengan itu, muzik boleh diperkenalkan

kepada bayi dan kanak-kanak prasekolah dalam bentuk elemen bunyi. Aktiviti

pengajaran muzik didalam prasekolah ini sebenarnya akan dapat memberi peluang

kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan,

imaginasi, serta dapat menginterpretasi isi hati mereka melalui muzik. Oleh itu,

setiap respon seorang pelajar prasekolah kepada muzik itu merupakan pelengkap

kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana didalam

dunia muzik, tempo dan juga mud pendengar terhadap sesuatu muzik itu tidak dapat

dipisahkan. Untuk praktikum fasa dua ini, kami telah ditempatkan di SK Semerah

Padi bagi menjalankan tugasan projek ini. Selama lebih kurang dua bulan kami telah

mengajar di prasekolah dan menjalankan tugasan projek ini sehinggalah berjaya.

Semasa menjalankan tugasan projek ini, kami telah memilih lagu ‘open shut

them’ sebagai lagu iringan dan membuat banding beza mud yang didengar dan

meneliti respon yang diterima daripada murid yang kami ajar. Berikut merupakan

hasil dapatan pemerhatian kami semasa menjalankan sesi pengajaran projek ini

didalam kelas prasekolah berkenaan. Sebelum mengajarkan lagu ini didalam kelas,

kami telah menuliskan liriknya dihadapan papan putih bagi memudahkan pelajar

untuk melihat lirik yang dituliskan oleh guru. (Gambar 1)

1

Gambar 1: Guru telah menulis lirik dihadapan papan putih bagi memudahkan pelajar melihat lirik dihadapan

Gambar 1: Guru telah menulis lirik dihadapan papan putih bagi memudahkan pelajar melihat lirik dihadapan

Page 2: Tugasan Projek Muzik

A. Banding-beza respon murid terhadap mud muzik yang berbeza.

Bagi memastikan sesi pembelajaran dapat menarik perhatian murid untuk terus

belajar, kami juga telah menggunakan alat perkusi seperti marakas, tamborin,

loceng dan juga kastenet untuk mengiringi lagu semasa ianya sedang dimainkan.

(Lihat Gambar 2). Melalui penggunaan alatan tersebut, guru juga secara tidak

langsung akan dapat mengajarkan murid cara untuk memegang dan memainkan

alat perkusi tersebut dengan betul bagi mendidik murid-murid untuk

menggunakannya dengan kaedah yang tepat pada masa hadapan.

Apabila murid telah menguasai cara untuk memainkan alat perkusi tersebut

dengan betul, sesi pengajaran pula diteruskan dengan memperdengarkan lagu open

shut them tersebut kepada mud yang riang dan rancak sambil diiringi dengan gaya

lagu yang telah diajarkan. Respon yang kami perolehi adalah murid kelihatan

gembira, ceria dan menunjukkan tindak balas yang aktif dan agresif semasa

mendengar mud lagu tersebut. Hampir kesemua murid didalam kelas tersebut

kelihatan aktif, bersemangat serta rancak seiring dengan iringan muzik. Terdapat

juga dalam kalangan pelajar yang berdiri dan melakukan aksi secara spontan

disebabkan terdengar bunyi muzik yang rancak dan riang tersebut. (Lihat Gambar 3)

Berdasarkan situasi tersebut, dapat dilihat disini bahawa kanak-kanak ini akan

bertindak-balas dengan cepat dan aktif dan rancak apabila terdengar mud muzik

yang riang dan gembira. Secara tidak langsung muzik tersebut akan menarik minat

mereka untuk melakukan pergerakan.

2

Gambar 2: Penggunaan alat perkusi untuk mengiringi lagu. Guru juga mengajarkan murid cara yang betul untuk memainkannya.

Gambar 2: Penggunaan alat perkusi untuk mengiringi lagu. Guru juga mengajarkan murid cara yang betul untuk memainkannya.

Page 3: Tugasan Projek Muzik

A. Banding-beza respon murid terhadap mud muzik yang berbeza.

Apabila mud lagu ditukarkan kepada sederahana yakni lambat dan perlahan ini

pula, murid kelihatannya tidak bermaya dan menunjukkan respon tidak mempunyai

kekuatan untuk meneruskan aksi lagu tersebut. Hal ini seakan-akan mereka sedang

baru sahaja melakukan kerja tugasan berat sehinggakan mereka kelihatan lemah

dan tidak bermaya. Ekspresi murid juga kelihatan tidak gembira jika dibandingkan

dengan mud yang riang dan gembira sebelum ini. Perkara ini berlaku mungkin

disebabkan muzik yang didengar itu tidak seceria dan serancak mud yang gembira

sebelum ini. Respon yang diterima daripada murid juga kelihatan berbeza.

Sehubungan dengan itu, aspek mud ini dapat dibezakan juga melalui pergerakan

yang terhasil semasa mendengar mud tersebut. Untuk mud yang riang dan gembira,

pergerakan yang dilakukan murid juga berbeza. Murid akan bergerak dengan

tangkas dan cepat sambil diiringi muzik. Pergerakan yang dilakukan murid juga

kadang-kadang sukar dikawal dan tidak dapat diramal. Contohnya murid akan

menggerakkan tangan, kaki dan bahu mengikut rentak muzik dengan perasaan yang

gembira dan suka hati walaupun gaya tersebut tidak diajarkan oleh guru. Manakala

untuk mud yang sederhana pula, pergerakan yang terhasil adalah lambat, perlahan

dan tidak mempunyai pergerakan yang tangkas dan cepat sepert mud gembira

sebentar tadi. Contohnya pergerakan menepuk tangan semasa lagu open shut them

dimainkan pergerakan dilakukan murid juga turut lambat dan perlahan. Hal ini sedikit

sebanyak dipengaruhi oleh mud yang didengari oleh para murid itu berbeza.

3

Gambar 3: Murid diajarkan dengan gaya dan aksi semasa lagu sedang dimainkan. Terdapat murid juga berdiri apabila mendengar murid yang riang dan gembira

Page 4: Tugasan Projek Muzik

A. Banding-beza respon murid terhadap mud muzik yang berbeza.

Dari aspek pengeluaran pic suara juga dapat dilihat perbezaannya. Untuk mud

yang riang dan gembira, pic suara murid kedengaran lebih tinggi dan tempo

nyanyian juga lebih cepat. Hal ini mungkin dipengaruhi oleh mud muzik yang

gembira yang menggambarkan suasana yang riuh-rendah sedang berlangsung.

Manakala untuk mud yang sederhana dan perlahan, pic suara murid juga turut

berubah. Kebanyakan pic suara murid sedikit rendah jika dibandingkan dengan mud

yang riang dan gembira. Tempo nyanyian juga kedengaran lebih perlahan dan lebih

lembut jika dibandingkan dengan mud yang sebelumnya. Hal ini mungkin

disebabkan dengan pengaruh mud muzik yang lebih perlahan dan lambat yang

didengari oleh para murid. Perkara yang dibincangkan diatas telah menunjukkan

bagaimana mud riang dan sederhana ini dapat dibezakan. (Rujuk Lampiran CD).

Sebagai kesimpulannya, muzik merupakan satu elemen penting yang perlu ada

dalam aktiviti dan program prasekolah ini. Pembelajaran dan pengajaran serta

pengalaman muzik dan nyanyian perlu dipelbagaikan. Kepelbagaian ini termasuklah

memberi peluang kepada kanak-kanak mengambil bahagian dan kemahiran

mendengar dan juga kemahiran memainkan alat perkusi. Melalui aktiviti muzik yang

pelbagai ini, kanak-kanak akan dapat keseronokkan, luahan perasaan,

keseimbangan emosi, konsep diri yang positif, serta dapat menghargai seni muzik

dan kemahiran muzik sampai bila-bila.

4