Tugasan Projek Pengurusan Makmal Sains Sem 6

33
1.0 PENGENALAN Sains dan teknologi merupakan satu elemen penting sebagai asas pembangunan dalam sesebuah negara di dunia. Tanpa asas ini, sesebuah negara itu tidak dapat mencapai banyak kemajuan. Penyelidikan dan Pembangunan ( R & D ) sesuatu produk itu bermula dari sebuah makmal sains. Di Malaysia, kewujudan makmal-makmal sains bukan saja terfokus kepada institusi pendidikan milik kerajaan semata-mata bahkan dimajoriti institusi pendidikan swasta juga ada disediakan kemudahan ini. Semua kemudahan ini disediakan adalah khusus bagi membolehkan murid-murid menjalankan kaji selidik dalam pelbagai bidang akademik. Dengan segala kemudahan dan kelengkapan makmal yang tersedia, proses pengajaran dan pembelajaran sains amat mudah difahami dan memberikan lebih impak langsung kepada pelajar dan kemahiran saintifik yang lebih optimum diperoleh. Aktiviti amali dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan wadah utama bagi membolehkan murid menguasai kemahiran. Bagi memastikan penggunaan makmal sains yang berkesan, sistem pengurusan dan pentadbiran makmal sains yang lebih cekap diwujudkan. Jawatan-jawatan pentadbiran dan pengurusan seperti Ketua Bidang Sains, Ketua Panitia Mata Pelajaran serta kakitangan sokongan seperti Pembantu Makmal dan Pembantu Am Pejabat telah diwujudkan.

Transcript of Tugasan Projek Pengurusan Makmal Sains Sem 6

1.0PENGENALANSains dan teknologi merupakan satu elemen penting sebagai asas pembangunan dalam sesebuah negara di dunia. Tanpa asas ini, sesebuah negara itu tidak dapat mencapai banyak kemajuan. Penyelidikan dan Pembangunan ( R & D ) sesuatu produk itu bermula dari sebuah makmal sains.Di Malaysia, kewujudan makmal-makmal sains bukan saja terfokus kepada institusi pendidikan milik kerajaan semata-mata bahkan dimajoriti institusi pendidikan swasta juga ada disediakan kemudahan ini. Semua kemudahan ini disediakan adalah khusus bagi membolehkan murid-murid menjalankan kaji selidik dalam pelbagai bidang akademik.Dengan segala kemudahan dan kelengkapan makmal yang tersedia, proses pengajaran dan pembelajaran sains amat mudah difahami dan memberikan lebih impak langsung kepada pelajar dan kemahiran saintifik yang lebih optimum diperoleh. Aktiviti amali dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan wadah utama bagi membolehkan murid menguasai kemahiran.Bagi memastikan penggunaan makmal sains yang berkesan, sistem pengurusan dan pentadbiran makmal sains yang lebih cekap diwujudkan. Jawatan-jawatan pentadbiran dan pengurusan seperti Ketua Bidang Sains, Ketua Panitia Mata Pelajaran serta kakitangan sokongan seperti Pembantu Makmal dan Pembantu Am Pejabat telah diwujudkan.Dengan adanya organisasi ini, sistem pengurusan makmal sains akan lebih cekap dan penggunaan yang optimum serta berkesan dapat direalisasikan.Menurut Poh Swee Hiang ( 2001 ), makmal sains biasanya merujuk kepada bilik yang dibina khas untuk pengajaran dan pembelajaran sains pada peringkat sekolah menengah, Institusi Pendidikan Guru dan Universiti. Makmal Sains biasanya mempunyai beberapa meja luas sama ada berbentuk bulat atau segi empat tepat yang disediakan di bahagian tengah untuk kegunaan pelajar. Meja-meja ini dipasang dengan punca elektrik, air dan gas. Makmal sains ini juga biasanya disambungkan dengan bilik stor atau bilik persediaan untuk menyediakan dan menyimpan alat-alat dan bahan-bahan sains.Walau bagaimanapun, bukan semua sekolah terutamanya sekolah rendah mempunyai makmal sains. Jika tidak ada makmal sains, di manakah aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan di sekolah tersebut ? Di sekolah rendah, terdapat bilik khas untuk pengajaran dan pembelajaran sains yang dipanggil bilik sains untuk menggantikan makmal sains.Bilik sains ini mempunyai, meja guru yang sesuai digunakan untuk demonstrasi manakala meja murid pula sesuai untuk melakukan eksperimen. Meja dan kerusi mudah alih agar ruang bilik sains dapat disesuaikan untuk pengajaran dan pembelajaran sains. Bahagian belakang bilik sains terdapat kabinet untuk menyimpan alatan dan bahan sains yang tidak berisiko tinggi. Persekitaran bilik sains mempunyai poster, carta, model dan hasil kerja murid dipamerkan. Terdapat juga sudut sains, sudut pameran dan sudut bacaan untuk kemudahan murid-murid menggunakannya.Biasanya, terdapat hanya satu sahaja bilik sains yang disediakan di sekolah rendah. Jika bilik sains ini digunakan, di manakah kelas lain menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran sains ? Masalah ini boleh diselesaikan dengan menggunakan troli, dulang atau kotak yang bersesuaian untuk membawa alat dan bahan sumber sains dari bilik sains ke bilik darjah lain supaya sesi pengajaran dan pembelajaran masih dapat dijalankan.

Rajah 1:Makmal Sains Sekolah Menengah

Rajah 2:Bilik Sains Sekolah Rendah2.0Pengurusan Bilik Sains Sekolah Kebangsaan Taman Rakan

Sekolah Kebangsaan Taman Rakan merupakan sekolah di daerah Hulu Langat, Selangor. Sekolah ini merupakan sekolah Gred A yang mempunyai murid seramai 1300 orang murid. Sekolah Kebangsaan Taman Rakan mempunyai 3 blok bangunan dan 4 buah kabin bagi menampung jumlah murid yang ramai. Sekolah ini mempunyai 2 sesi persekolahan iaitu sesi pagi bagi tahap 2 dan sesi petang bagi tahap 1. Sekolah ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk bilik-bilik khas bagi menampung keperluan pengajaran dan pembelajaran. Bilik-bilik khas ini termasuklah sebuah bilik sains bagi menjalankan pengajaran dan pembelajaran subjek sains. Sebuah bilik sains yang disediakan tidak dapat menampung keperluan bagi jumlah murid yang ramai serta kelas yang banyak bagi setiap tahun. Walau bagaimanapun, sesi pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan penggunaan bilik sains perlu dijalankan. Setiap murid dan kelas mempunyai peluang menggunakan bilik sains bagi tujuan menjalankan kajian atau kerja amali.

2.1Carta Organisasi Bilik Sains

Semua anggota di bawah organisasi Bidang Sains adalah terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pentadbiran bilik sains. Guru Besar sekolah bertanggungjawab atas keseluruhan pengurusan bilik sains dalam pengendalian program kurikulum dan kokurikulum sains di sekolah dari segi perancangan, pelaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan. Guru besar merupakan pemimpin kurikulum yang bertanggungjawab ke atas guru-guru dan bilik sains dalam aspek profesional dan pengurusan.Penolong Kanan Akademik, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan Petang dan Ketua Panitia Sains bertanggungjawab membantu Guru Besar dalam keseluruhan pengurusan bilik sains berkaitan pengendalian program kurikulum dan kokurikulum sains di sekolah dari segi perancangan, pelaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan. Setiap anggota mestilah mempunyai komitmen dan berkemahiran untuk memastikan Bidang Sains berjalan dengan lancar.Berikut ialah Carta Organisasi Panitia Sains SK Taman Rakan.

GURU BESARPUAN HOE YOKE MEI

GURU TAHAP 21. ENCIK ZULAIZI BT. AZIZ( AJK KEBERSIHAN )2. PUAN RAJA A/P NADAN( AJK INFO SAINS )3. PUAN NORIZAN BT. NORDIN4. PUAN AZLIZA BT. HAMATGURU TAHAP 11. PUAN ERDA BT. HAMID( AJK KECERIAAN )2. ENCIK ADIPUTERA B. AHMAD( AJK BBM )SETIAUSAHA PEKAENCIK HAIRUL ANUAR B. ISMAILSETIAUSAHAPUAN NORIZAN BT. DOMPENOLONG KANAN 1PUAN HAJAH AISHA BT. MAARIFKETUA PANATIA SAINSPUAN HASHIMAH BT. HAMBALI2.2Peranan dan Tanggungjawab

Panitia bertanggungjawab membantu Guru Besar dalam perancangan, pelaksanaan, penyelarasan dan penilaian daripada aspek pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan bilik sains sekolah. Panitia Sains yang diketuai oleh Ketua Panitia Sains terdiri daripada guru-guru yang bertanggungjawab mengajar mata pelajaran sains. Panitia Sains diketuai oleh Ketua Panitia Sains yang dilantik oleh Guru Besar secara rasmi untuk memimpin guru-guru mata pelajaran sains di bawah tanggungjawabnya. Ketua Panitia sains secara automatik menjadi Ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Bagi memastikan semua tugas dapat dilaksanakan oleh panitia, Ketua Panitia bertanggungjawab untuk memastikan tugas panitia dilaksanakan dengan berkesan. 2.2.1Ketua Panitia SainsTugas Ketua Panitia Sains dalam pengurusan bilik sains adalah seperti berikut :a. Membantu merancang perbelanjaan tahunan bagi peralatan dan bahan sains.b. Menyemak dan mengemas kini stok bilik sains dari segi keperluan peralatan dan bahan sains sepanjang tahun.c. Merekod peralatan dan bahan sains yang rosak dan hilang untuk tujuan hapus kira dan pelupusan.d. Memastikan kaedah penyimpanan peralatan, bahan sains dan manual operasi peralatan sains mengikut prosedur dan bersistem.e. Menyemak dan mengemas kini rekod pengurusan bilik sains.f. Menyelenggara peralatan dan bahan eksperimen dengan sempurna.g. Memastikan fizikal bilik sains, sistem bekalan elektrik, air, gas, perabot dan kemudahan lain berfungsi.h. Memastikan peraturan keselamatan bilik sains dipatuhi dan diamalkan oleh semua pihak yang mengguna bilik sains.i. Memastikan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.j. Memberi bimbingan profesional kepada guru-guru dalam panitia.k. Membantu merancang anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitia.l. Membantu merancang dan melaksanakan arahan dan peraturan dengan bilik sains.m. Membantu merancang dan melaksanakan penyemakan stok tahunan.n. Merancang dan mengendalikan PEKA Sains.

2.2.2Guru SainsGuru sains secara automatik menjadi anggota Panitia sains. Tugas guru sains dalam pengurusan makmal dan bilik sains adalah seperti berikut :a. Mematuhi jadual penggunaan bilik sains.b. Melaksanakan PEKA Sains.c. Memastikan murid mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan bilik sains.d. Memastikan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.e. Mengenal pasti keperluan peralatan dan bahan sains yang akan digunakan dalam kerja amali.f. Mengawasi penggunaan peralatan dan bahan sains supaya digunakan dengan betul, cermat, jimat dan mematuhi langkah keselamatan.g. Membantu Ketua Panitia merekod, menyemak dan mengemas kini stok.h. Mengendalikan sistem maklumat bagi senarai dan bahan sains.

3.0Kelengkapan Infra StrukturBilik sains merupakan tempat yang penting dan kondusif bagi guru dan murid meneroka tentang sesuatu konsep dengan menjalankan amali sesuai dengan pendekatan inkuiri penemuan yang sangat ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran sains.Kurikulum Sains memerlukan murid menjalani aktiviti hands-on menggunakan pendekatan inkuiri semasa proses pembelajaran. Pembelajaran melalui penerokaan dan menjalankan sendiri eksperimen dapat mencetuskan perasaan ingin tahu seterusnya memberi kefahaman mendalam yang menjadi asas kepada prinsip Sains.Pembelajaran sains perlu dijalankan di Bilik Sains untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains lebih efektif kerana sesuatu konsep itu akan lebih mudah difahami dengan membuat bukan setakat mendengar. Penggunaan Bilik Sains dalam proses pembelajaran dapat mengembangkan kemahiran saintifik yang meliputi kemahiran proses sains dan kemahiran manipulative sains. Selain itu, penggunaannya juga membolehkan eksperimen dijalankan dengan selamat dan berkesan, dengan menyediakan tempat yang sesuai. Bilik sains juga dapat menyediakan ruang yang lebih kondusif dan sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran Sains pada setiap peringkat sekolah persekolahan.

3.1Pelan Lantai Bilik Sains SK Taman Rakan

PAPAN PUTIH

MEJA GURU

RAK BERKACA

BILIK PERSEDIAAN DAN ABMBILIK STOR

Bilik Sains SK Taman Rakan terletak di tingkat 1 yang berdekatan dengan bilik guru. Bilik Sains ini agak luas yang mempunyai keluasan hampir dua buah bilik darjah yang boleh menampung 40 orang murid pada satu masa. Ruang pengajaran dan pembelajaran yang luas bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Bilik ini dilengkapi dengan skrin bagi membolehkan guru menggunakan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

LETAK GAMBAR BILIK SAINSSelain itu, di bahagian belakang Bilik Sains ada disediakan Bilik Persediaan bagi guru menyediakan alatan atau radas sains yang diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bilik persediaan ini juga merupakan tempat menyimpan pelbagai alat dan radas sains serta carta-carta sains bagi setiap tahap. Carta-carta disimpan di dalam bilik persediaan bagi memudahkan guru menggunakan carta tersebut sebagai bahan bantu mengajar. Tetapi disebabkan sekolah kekurangan bilik BBM bagi menyimpan alat atau carta mata pelajaran lain, maka bilik ini menyimpan beberapa carta dan alat untuk BBM mata pelajaran matematik.LETAK GAMBAR BILIK BBM DAN PERSEDIAANBilik sains ini juga mempunyai sebuah bilik stor yang menyimpan pelbagai alatan, radas dan BBM sains. Alatan, radas dan BBM sains disusun dengan rapi di atas rak yang disediakan. Di dalam bilik stor juga disediakan sebuah almari bagi menyimpan alatan dan radas sains.LETAK GAMBAR BILIK STORSelain itu bilik sains ini mempunyai sebuah rak berkaca bagi menyimpan spesimen yang diawet. Rak ini juga disediakan bagi menyimpan pelbagai buku rujukan serta buku latihan yang boleh digunakan oleh guru dan murid sebagai rujukan tambahan mereka. LETAK GAMBAR KABINET BERKACAKabinet kekal juga disediakan di bilik sains ini. Kabinet berlaci ini digunakan untuk menyimpan alatan dan radas sains. Ruang pameran juga disediakan di atas kabinet tersebut. Kabinet ini mempunyai 2 buah singki dengan dua kepala paip. Bahagian bawah kabinet merupakan ruang kosong bagi menyimpan alatan dan radas sains seperti besen, kaki retort dan tungku kaki tiga.LETAK GAMBAR KABINET TEPI3.2Perabot dan Peralatan Asas Bilik SainsBerikut adalah senarai dan bilangan perabot dan peralatan asas dalam Bilik Sains SK Taman Rakan.Bil.Perabot/PeralatanBilangan( untuk 40 orang )

1.Meja makmal8

2.Bangku makmal40

3.Meja guru1

4.Skrin1

5.Papan tulis1

6.Bakul sampah3

7.Langsir1 set untuk bilik

8.Kabinet1

9.Almari cermin1

10.Rak buku1

11.Penggantung carta1

12.Rak peralatan sains1

13.Kit pertolongan cemas1

14.Pemadam api1

15.Almari berpintu2

LETAK GAMBAR PEMADAM API

3.3Peralatan Asas Dalam Bilik Persediaan dan Bilik StorPeralatan asas yang ada dalam Bilik Persediaan dan Bilik Stor adalah seperti berikut :Bil.Perabot/Peralatan

1.Meja persediaan

2.Kerusi

3.Peti sejuk

4.Papan notis

5.Kabinet

6.Almari

3.4Spesifikasi Ruang Pengajaran dan Pembelajaran Bilik Sains

Ruang pengajaran dan pembelajaran Bilik Sains perlulah selamat, selesa dan mempunyai pencahayaan dan pengudaraan yang baik bagi membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan sempurna. Spesifikasi ruang bagi bilik sains SK Taman Rakan adalah seperti berikut :3.3.1Kemasan LantaiBilik sains hanya menggunakan kemasan lantai simen. Sebaiknya bilik sains dibina daripada jubin seramik yang berwarna cerah dan tidak digilap.3.3.1DindingBerwarna cerah dan ada papan pameran serta digantung dengan pelbagai carta.3.3.2TingkapJenis tingkap gantung sisi bagi memudah pengudaraan dan pencahayaan.3.3.3PintuBilik sains mempunyai satu pintu dan tidak berjeriji.

4.0Perabot dan Peralatan AsasPerabot seperti meja guru, meja kerja murid, bangku, meja sisi dan almari pameran perlu ada di dalam sebuah bilik sains untuk memudahkan murid melakukan aktiviti semasa pengajaran dan pembelajaran sains. Susunan perabot yang rapi dan kemas pada setiap masa merupakan disiplin yang amat wajar diterapkan kepada murid dalam pemupukan dan pembentukan sikap keperibadian seseorang saintis.

4.1Meja guruMeja guru diletakkan atas platform di ruang hadapan bilik sains.LETAK GAMBAR MEJA GURU

4.2Meja kerja muridMeja kerja murid disusun dalam bilik sains supaya murid dapat duduk di dalam kumpulan kecil. Meja kerja murid sesuai untuk murid menjalankan eksperimen atau amali. LETAK GAMBAR MEJA MURID

4.3Bangku muridBangku murid diperbuat daripada kayu sepenuhnya serta ketinggian yang sesuai dengan murid sekolah rendah. Bangku yang ringan supaya murid mudah mengalihkan kerusi jika perlu.LETAK GAMBAR BANGKU4.4Almari PameranAlmari pameran ialah almari yang mempunyai pintu kaca yang telus cahaya, sesuai digunakan untuk mempamerkan model-model pengajaran dan pembelajaran serta buku-buku rujukan. Almari ini diletakkan di bahagian belakang bilik sains.LETAK GAMBAR ALMARI KACA4.5Peti SejukPeti sejuk digunakan untuk menyimpan bahan yang mudah rosak atau bahan yang ingin dibekukan atau disejukkan.LETAK GAMBAR PETI SEJUK

5.0Notis Amaran dan PeraturanMurid-murid memang seronok menjalankan aktiviti makmal, terutamanya eksperimen. Namun demikian mereka mestilah menyedari tentang kemungkinan berlakunya kemalangan jika langkah-langkah keselamatan tidak dipatuhi. Oleh yang demikian, guru bertanggungjawab menerangkan kepada murid-murid tentang aspek keselamatan dan langkah-langkah keselamatan serta memastikan setiap pengguna bilik sains mematuhi peraturan dan langkah-langkah keselamatan.Keselamatan bilik sains merupakan tanggungjawab semua pihak di sekolah. Sekolah perlu menyediakan kemudahan peralatan dan penyelenggaraan supaya wujud suasana kerja yang selamat. Guru bertanggungjawab merancang aktiviti bilik sains dengan baik. Memberi arahan yang jelas termasuk langkah keselamatan dan memastikan murid-murid sentiasa mematuhi arahan dan peraturan. Murid pula bertanggungjawab mempelajari bahaya terhadap kesihatan dan keselamatan yang berpunca dari bahan kimia, peralatan, dan teknik yang digunakan supaya bahaya adalah minimum. Murid juga perlu sedar bahawa mereka bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan diri dan rakan-rakan semasa di bilik sains.Notis amaran dan Peraturan makmal sains diletakkan di luar bilik sains. Notis dan peraturan tersebut diletakkan di luar bilik sains supaya murid dapat membaca dan mematuhi segala peraturan tersebut. Peraturan perlu dipatuhi oleh murid-murid bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini.LETAK GAMBAR PERATURAN BILIK SAINS5.1Langkah-langkah Keselamatan Dalam Bilik SainsPeraturan Bilik SainsSatu senarai tentang apa yang murid patut patuhi semasa berada di dalam bilik sains. Pastikan setiap murid memahami peraturan berkenaan. Penerangan tentang peraturan diberi semasa murid pertama kali menggunakan bilik sains. Tampal peraturan bilik sains di tempat yang mudah dilihat oleh murid.Kemahiran ManipulatifPastikan murid tahu menggunakan teknik yang betul semasa mengendalikan alat radas dan bahan kimia serta sentiasa mematuhi arahan guru tentang prosedur amali.Kotak Pertolongan CemasKotak pertolongan cemas diletakkan di dalam kabinet yang tidak berkunci dan mengandungi peralatan untuk rawatan kecemasan.LETAK GAMBAR KOTAK PERTOLONGAN CEMASPeralatan KeselamatanSemua peralatan keselamatan, misalnya alat pemadam kebakaran api berada dalam keadaan baik dan berfungsi dan diletakkan di luar bilik sains kerana mudah dilihat. LETAK GAMBAR PEMADAM APIPetunjukPetunjuk JAGALAH KESELAMATAN ANDA di letakkan di tempat yang mudah dilihat dalam bilik sains.LETAK GAMBAR JAGA KESELAMATANKebersihanKebersihan makmal hendaklah sentiasa bersih dan tidak licin. Bekas sampah disediakan. Selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru dan murid-murid akan berkerjasama membersihkan bilik sains yang digunakan. Pekerja am juga membantu dalam membersihkan bilik sains 3 kali seminggu.Rancangan untuk Keadaan KecemasanPelan laluan jika kebakaran berlaku diletakkan di tempat yang mudah dilihat. Sekolah akan mengadakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun latihan kebakaran. LETAK GAMBAR PELAN KEBAKARANPengcahayaan dan PengudaraanBilik sains mempunyai tingkap yang mudah dibuka bagi memastikan cukup pencahayaan dan pengudaraan di dalam bilik sains.LETAK GAMBAR TINGKAPPanduan KeselamatanPanduan keselamatan disediakan dan guru memahami isi kandungannya serta dapat mengambil langkah-langkah keselamatan jika perlu.PeralatanSemua peralatan di selenggara dan diperiksa oleh guru supaya dalam keadaan baik sebelum digunakan.

6.0Kekerapan Penggunaan Untuk Pengajaran Dan PembelajaranSains adalah satu bidang ilmu yang memerlukan pemerhatian, penelitian dan uji kaji yang teliti dan sistematik. Beberapa kajian yang telah dilakukan untuk mengenal pasti kaedah pembelajaran sains dalam kalangan kanak-kanak mendapati ianya sering kali dikaitkan dengan constructivist vie ( Wellington, 1989 ). Melalui kaedah konstruktivisme, murid memberi makna kepada maklumat dan peristiwa baru sebagai hasil dari interaksi antara pengetahuan dan pengalaman lalu individu tersebut dengan pemerhatiannya pada masa kini. Justeru kerana itu, Bilik Sains dijadikan sebagai tempat khusus untuk melaksanakan aktiviti saintifik secara berterusan.Kemahiran proses Sains lebih menjurus kepada laporan amali yang ditulis oleh murid manakala kemahiran manipulative menjurus kepada penilaian terhadap aktiviti atau pengendalian alat atau bahan semasa menjalani amali. Kedua-dua kemahiran ini saling berkaitan dan merupakan aspek terpenting dalam pengajaran dan pembelajaran Sains di semua peringkat persekolahan di Malaysia terutamanya semasa menjalani amali sains. Dalam usaha untuk memantapkan kemahiran Saintifik sebagai satu objektif kurikulum Sains, latihan praktis dalam kemahiran ini amatlah diperlukan.Dalam sistem persekolahan di Malaysia, bilik Sains di sekolah-sekolah rendah telah sekian lama memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains. Walau bagaimanapun penilaian ke atas keberkesanan, kekerapan penggunaan serta faktor-faktor yang dikaitkan dengan corak penggunaannya kurang dijalankan secara komprehensif. Keberkesanan penggunaan bilik Sains bukan hanya terletak kepada guru-guru Sains semata-mata bahkan juga melibatkan peranan yang dimainkan oleh Guru Besar, Penolong Kanan dan Kakitangan.Aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains yang boleh menimbulkan minat dalam kalangan murid tidak dapat dipisahkan daripada uji kaji-uji kaji serta pemerhatian sistematik. Penyediaan bilik-bilik sains ini adalah untuk memberi peluang kepada murid menjalankan aktiviti amali mengikut apa yang terkandung dalam kurikulum.Keadaan Bilik Sains yang lengkap serta kondusif belum dapat menjamin pengajaran dan pembelajaran sains yang berkesan. Oleh itu, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan bilik sains secara efektif dan optimum. Kejayaan pengajaran dan pembelajaran Sains bergantung pada kejayaan aktiviti amali yang dijalankan. Kanak-kanak sangat teruja untuk menyentuh dan menggunakan peralatan-peralatan bilik sains serta menjalankan amali yang menakjubkan. Kejayaan aktiviti amali dalam bilik sains pula bergantung pada kecekapan guru merancang serta menguruskan kerja amali, penguasaan teori serta kemudahan bilik sains yang mencukupi. Ini bermaksud guru-guru perlu selalu menggunakan bilik sains bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran Sains yang berkesan.Bagi tujuan itu, guru-guru Sains SK Taman Rakan menggunakan bilik Sains bagi tujuan menjalankan amali atau eksperimen. Jadual penggunaan bilik Sains disediakan bagi memberi peluang kepada setiap kelas tahap 1 dan tahap 2 menggunakan bilik sains sekurang-kurangnya sekali seminggu selama 2 masa atau 1 jam. Jika guru-guru Sains ingin menggunakan bilik sains untuk menjalankan aktiviti amali tanpa mengikut jadual yang disediakan, mereka boleh membuat tempahan penggunaan lebih awal dengan menulis nota pada papan info. Guru-guru amat digalakkan menggunakan bilik Sains dengan kerap supaya murid dapat mengenal dan mengetahui kaedah menjalankan amali Sains. Selain itu, penggunaan bilik sains juga boleh membantu murid-murid mengenali radas dan alatan sains. Tahun 3, 4, ,5 dan 6 terlibat dengan Penilaian Kerja Amali ( PEKA ) jadi guru-guru tahun tersebut diberi keutamaan untuk menggunakan bilik Sains. Setiap kali bilik sains digunakan, guru perlu merekodkan penggunaannya. Buku rekod penggunaan disediakan bagi memantau penggunaan bilik Sains sepanjang tahun. Buku rekod penggunaan ini juga boleh menjadi panduan kepada Panitia Sains tentang kekerapan penggunaan bilik Sains oleh guru-guru. Buku ini juga menjadi bahan bukti tentang penggunaan bilik Sains oleh guru-guru.LETAK GAMBAR BUKU REKOD PENGGUNAANBerikut adalah Jadual Penggunaan Bilik Sains mengikut kelas :MASA7.408.108.409.109.4010.0010.3011.0011.3012.0012.301.00

ISNIN6D6DR6B6B4B4B5J5J

SELASA5D5D4J4JE4D4D6F6F

RABU6M6M4M4MH5F5F6H6H4F4F

KHAMIS5A5AA5B5B5M5M4A4A

JUMAAT4B4B5H5HT6A6A6J6J

Rajah :Jadual Penggunaan Bilik Sains Tahap 2MASA1.302.002.303.003.303.504.204.505.205.506.20

ISNIN3B3BR3F3F

SELASA3M3ME

RABU3D3DH3H3H

KHAMIS3J3JA

JUMAATT3A3A

Rajah :Jadual Penggunaan Bilik Sains Tahap 1

7.0Pengurusan Aset

Pengurusan stor dan stok amat penting dalam sesebuah organisasi termasuklah di sekolah, walaupun peralatan atau barangan yang dikenali sebagai aset, harta modal dan barang luak yang dibeli dan digunakan di sekolah tidaklah seperti mana yang ada di Kementerian, Jabatan atau Pejabat Pelajaran. Penyelenggaraan stor dan stok yang baik dan berkesan akan menjimatkan kewangan. Peruntukan kewangan yang banyak digunakan untuk membeli aset, inventori dan barang luak, oleh itu ia harus diuruskan dengan baik. Pengurusan stor dan stok yang baik juga mencerminkan kecekapan pentadbir dan kakitangannya.Suatu sistem pengurusan stor dan stok yang cekap dan berkesan adalah perlu bagi menjamin penyelenggaraan, penjagaan dan pengawalan barang-barang kerajaan agar berkeadaan baik dan sempurna.Dalam pengurusan stor dan stok terdapat pekeliling perbendaharaan yang menerangkan kepentingan dan tatacara pengurusannya dan menjadi tanggungjawab pegawai pengamal atau dalam hal sekolah guru besar bertanggungjawab untuk memastikan ianya diuruskan dengan cekap dan berkesan. Bila sahaja sisebut stor dan stok ia melibatkan kewangan, oleh itu jelas sekali pengurusan stor dan stok adalah di bawah kawalan Kementerian Kewangan. Setiap kementerian, jabatan, sekolah harus akur akan arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan melalui Pekeliling Perbendaharaan.Penyelenggaraan ditafsirkan sebagai satu kombinasi atau langkah-langkah yang diambil untuk mengekal atau membaik pulih sesuatu sumber fizikal dalam keadaan berfungsi dan selamat. Stor pula ialah tempat melaksanakan penerimaan, perekodan, penyimpanan, penyelenggaraan, pengendalian dan pengeluaran stok.Di Bilik Sains stor yang digunakan ada boleh dikategorikan sebagai stor unit yang mana barang-barang yang digunakan dalam jangka masa pendek atau barang luak, selain daripada barang-barang atau peralatan yang digunakan terus contohnya seperti alat-alat bantuan mengajar. Stok bermaksud barang-barang belum guna dan perlu disimpan untuk tujuan operasi atau penyelenggaraan termasuk bekalan pejabat, ubat-ubatan, alat ganti, keselamatan makmal, bengkel, dapur, sukan, pertanian, latihan, penyiaran, dosmetik, dokumen atau buku yang dikawal dan sebagainya.Pengurusan stor hendaklah dilaksanakan secara teratur, cekap dan berkesan bagi memastikan stok barang-barang sentiasa kedapatan seperti dan apabila dikehendaki oleh pelanggan. Stok sentiasa ada apabila dikehendaki dan menepati kehendak pelanggan. Pengurusan stor juga menyimpan barang cara terbaik dengan memberi perlindungan, penjagaan dan penyelenggaraan sewajarnya semasa dalam simpanan,. Kualiti stok sentiasa terjamin dengan cara memberi perlindungan, penjagaan dan penyelenggaraan yang sewajarnya semasa dalam simpanan.Pengurusan Aset biasanya akan dijalankan oleh ketua panitia dan pembantu tadbir. Kekangan kerja khasnya guru yang mana tugas hakiki mereka adalah mengajar menjadi masalah bagi mereka menguruskannya dengan baik dan berkesan.Ketua Panitia bertanggungjawab untuk menerima aset yang dipesan, menyemak nota atau bil serahan, nota bungkusan dan invois. Kuantiti barangan yang diterima disemak dan dihitung. Selepas itu, memberi akuan terima setelah dipastikan semua barang yang diterima adalah mengikut spesifikasi, dalam keadaan baik dan cukup kuantitinya. Barang-barang yang dikembalikan kepada pembekal, urusan penggantian hendaklah dicatatkan dalam baucar penerimaan barang-barang. Semua penerimaan dicatatkan dalam baucar penerimaan barang-barang.LETAK GAMBAR STOK INVENTORI BILIK SAINSSemua jenis barang direkodkan dengan menggunakan kad yang telah ditetapkan bagi tujuan mengetahui kedudukan stok simpanan, memastikan bilangan dan fizikal stok sentiasa tepat dan mengawal paras stok. Semua barang yang diterima direkodkan oleh Ketua Panitia dengan mematuhi penggunaan rekod.Penyimpanan dalam stor mengamalkan konsep 5s iaitu sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal. Amalan ini dipraktiskan supaya stok tidak mudah rosak, senang dikeluarkan dan penggunaan ruang yang optimum. Buku kerosakan atau kehilangan disediakan di bilik sains. Buku ini bertujuan untuk memastikan kuantiti stok dapat disemak oleh guru-guru sains yang bertanggungjawab. Jika terdapat kekurangan dari segi keperluan, Ketua Panitia bertanggungjawab untuk memesan alatan atau radas tersebut. Daftar rekod pergerakan dan pinjaman bahan, radas, alat bantu mengajar ( ABM ) untuk pengajaran dan pembelajaran disediakan. Antara senarai bahan, radas atau ABM yang boleh dibawa keluar daripada bilik sains adalah seperti model, carta, bahan dan radas untuk keperluan eksperimen dan CD Teaching Courseware. Peminjam perlu mengisi buku pergerakan atau pinjaman bahan sebelum meminjam alatan tersebut. Peminjam perlu bertanggungjawab memastikan bilangan bahan, radas atau ABM yang dipinjam sama bilangan dalam buku pergerakan atau pinjaman bahan. Peminjam mesti memulangkan radas, bahan atau ABM sebaik sahaja tamat proses pengajaran dan pembelajaran. Sebarang kerosakan perlu dicatatkan dalam buku kerosakan dan dilaporkan kepada Ketua Panitia.

LETAK GAMBAR BUKU KEROSAKAN KEHILANGAN DAN BUKU PINJAMAN ALATAN.

8.0Cadangan Penambahan baik Pengurusan Dan Penggunaan Makmal Sains.

Persekitaran fizikal bilik darjah yang baik dapat meningkatkan kuasa pengajaran guru. Begitu juga dengan bilik sains sekolah. Iklim bilik sains yang baik ini dapat menyumbang kepada pembelajaran yang berkesan, kawalan kelas yang terjamin, perhubungan guru-murid yang aktif, dan menjamin keseronokan belajar. Aspek pengurusan bilik sains yang kondusif melibatkan tugas seorang guru untuk menyusun organisasi kelas, menyusun tempat duduk murid-murid dan menyusun alat bantu mengajar. Oleh itu aspek-aspek yang terlibat dalam penyediaan fizikal sebuah bilik darjah harus ditekankan. Antaranya adalah seperti wujudnya guru, sekumpulan murid, dan kemudahan-kemudahan seperti meja, kerusi, papan tulis, alat bantu mengajar, papan kenyataan, dan sudut pembelajaran murid perlu ditekankan.Kedudukan tingkap juga di halang oleh rak buku dan carta menjadi satu masalah bagi bilik sains ini. Seorang guru perlulah mengambil kira faktor iklim bilik sains untuk mewujudkan suasana bilik sains yang berkesan. Aspek pencahayaan mestilah diambil kira dalam menentukan kedudukan fizikal bilik sains. Keadaan makmal sains perlulah berada dalam keadaan stabil iaitu tidak terlalu terang ataupun tidak terlalu gelap. Langsir juga perlu dipasangkan di tingkap bagi memastikan faktor pencahayaan ini seimbang. Murid juga berkemungkinan tidur dalam bilik sains yang gelap, sementara bilik sains yang terang pula akan menyilaukan penglihatan murid.Selain itu, tidak terdapat sebuah komputer di dalam bilik sains. Guru terpaksa menggunakan makmal komputer atau membawa komputer riba jika mahu menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Perlu diwujudkan stesen komputer seperti komputer, pengunjur overhead ( OHP ), dan LCD projektor yang diletakkan di bilik sains. Stesen ini boleh digunakan sepenuhnya oleh guru bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Stesen komputer ini wajar diletakkan di hadapan kanan kelas. Selain itu, kekurangan bahan perisian juga membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran guru. Penggunaan perisian dalam proses pengajaran dan pembelajaran boleh membantu meningkat pemahaman murid serta menarik minat murid dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pembelian lebih banyak perisian yang sesuai dan penyediaan tempat menyimpankan perisian yang selamat perlu dilaksanakan.Dalam kecanggihan saman teknologi siber, alat bantu mengajar ( ABM ) tradisional masih lagi digunakan sebagai asas pengajaran dan pembelajaran kerana bahan tersebut lebih murah. Mengikut Noraziah Abdul Hamis dalam bukunya yang bertajuk Alatan Mengajar Dalam Pengajaran bahasa, ABM merupakan satu medium bagi menyampaikan wadah kepada murid melalui proses pengajaran dan pembelajaran dengan lancar. Bahan ini dapat menjadikan suasana pembelajaran menjadi lebih kondusif dan menarik minat murid untuk terus belajar. Guru juga dapat menerangkan lebih mendalam di samping membuat demonstrasi secara amali. Oleh itu, ABM perlu disusun dengan baik oleh guru dalam perabot dan rak buku supaya ia mudah digunakan apabila diperlukan.Sesebuah kelas atau bilik sains perlu mengadakan ruangan yang lapang di dalam supaya pengajaran yang bercorak amali dan aktiviti dapat dijalankan. Hal ini dapat menjadikan murid cergas dan aktif berbanding dengan hanya duduk di tempat masing-masing. Ruangan bilik sains yang agak terhad dengan pelbagai perabot perlu disusun dengan kemas dan teliti. Bilik persediaan yang dijadikan tempat menyimpan ABM mata pelajaran Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menyebabkan bilik berkenaan menjadi sempit. Guru terpaksa menggunakan meja di luar bilik persediaan bagi menyediakan alatan untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Sepatutnya, ABM bagi mata pelajaran lain perlu disimpan di stor mata pelajaran masing-masing. Sekolah perlu menyediakan bilik stor berkenaan bagi mengelakkan lambakan pelbagai ABM di dalam bilik persediaan.Selain itu, lantai simen di dalam bilik sains adalah tidak sesuai digunakan. Lantai bilik sains memerlukan tile atau mozek bagi mengelakkan kemalangan kerana lantai simen agak licin terutamanya apabila basah. Lantai simen juga cepat retak dan berlubang yang boleh membahayakan murid-murid.Bilik sains memerlukan ruang untuk menyimpan evidence PEKA seperti buku buku PEKA. Buku PEKA perlu disimpan selama 5 tahun sebelum dilupuskan. Hal ini menyebabkan ruangan untuk menyimpan evidence PEKA agak terhad kerana terlalu banyak. Penggunaan ruang yang untuk menyimpan evidence tersebut di bilik sains menjadikan ruang bilik sains agak terhad. Jadi, sekolah perlu menyediakan satu bilik khas untuk menyimpan evidence tersebut. Pengurusan bilik sains memerlukan satu sistem berkomputer yang canggih bagi menggantikan sistem tradisional yang sedia ada. Sistem tradisional pengurusan bilik sains merupakan satu sistem lama yang diguna pakai di sekolah di mana ia banyak menggunakan buku log untuk merekodkan penggunaan bilik dan juga item-item di dalam bilik sains. Sistem pengurusan bilik sains bersepadu berasaskan web adalah khusus bagi memudahkan pengurusan sesebuah bilik sains dalam usaha untuk meningkatkan kecekapan pengurusan bilik sains. Kewujudan sistem yang baik dan sistematik di dalam pengurusan bilik sains adalah perlu untuk menjadikan ia lebih efektif dan efisien. Ia akan lebih sistematik jika pengurusan data secara berpusat digunakan untuk memudahkan pengurusan bilik sains berikutan kesemua maklumat akan digabungkan pada satu pangkalan data. Contohnya, dengan penggunaan sistem berkomputer untuk inventori bilik sains. Hal ini bertujuan untuk memudahkan lagi pengurusan bilik sains.Pengurusan makmal pada masa kini menjadi lebih kompleks yang memerlukan satu sistem pengurusan yang lebih sistematik. Sistem pengurusan makmal ini adalah untuk menggantikan sistem manual pengurusan makmal kepada sistem pengurusan baru yang lebih teratur dan sistematik terutama proses tempahan dan inventori.

Rujukan