TUGASAN TMK

download TUGASAN TMK

of 21

Transcript of TUGASAN TMK

ZULFIQKAR ABD. MUES 720615125295002

1.

Pengenalan Lazimnya pada masa kini, masih lagi terdapat guru mengamalkan

pembelajaran secara konvensional, iaitu guru mengajar dan mendidik pelajar-pelajar di sekolah dan seterusnya memberi latihan atau kerja rumah kepada pelajar-pelajar ini untuk disiapkan di rumah. Pada pendapat anda adakah cara ini masih berkesan? Adakah kaedah ini akan memastikan semua pelajar-pelajar dapat memahami dan mengingati apa yang dipelajari? Cara ini mungkin berkesan kepada pelajar-pelajar yang pandai tetapi terdapat juga segolongan pelajar yang tidak dapat menerima semua ilmu yang diajar oleh guru. Mereka memerlukan masa yang lebih lama untuk memahami kandungan mata pelajaran yang dipelajari dan mungkin berasa segan untuk bertanya soalan-soalan yang tidak difahami dan mengelirukan. Sistem pendidikan di alaf baru telah mengalami banyak perubahan seiringan dengan perubahan dalam masyarakat. TMK bukan lagi menjadi sesuatu yang asing dewasa ini dan bagi mereka yang tidak menggunakan TMK dalam kehidupan dianggap sebagai tidak up to date atau ketinggalan zaman. Demikian juga halnya dalam dunia pendidikan. Kerajaan telah membelanjakan jutaan ringgit dalam membekalkan peralatan TMK ke sekolah-sekolah di seluruh negara. Sebagai seorang guru, kita perlu bergerak seiring dengan fenomena ini demi untuk kemajuan pendidikan anak murid kita. Suasana pembelajaran di dalam bilik darjah akan menjadi lebih menarik dengan interaktiviti eleman multimedia seperti teks, audio, grafik dan animasi yang melibatkan ke semua pancaindera pelajar. Pelajar boleh belajar pada tahap kemampuan dan mengikut minat mereka pada bila-bila masa dan dalam keadaan yang sebenar. Sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer yang dihasilkan, dikatakan berkesan dalam sesuatu

pengajaran apabila pengguna (murid) dapat mengikuti, memahami, menghayati dan mengalami perubahan tingkah laku, pemikiran serta perasaan hasil daripada pengajaran yang diberikan kepadanya. Pendedahan pengetahuan dan kemahiran TMK di kalangan guru amatlah perlu dalam melahirkan masyarakat bermaklumat.

1

ZULFIQKAR ABD. MUES 720615125295002

2.

Pelbagai jenis-jenis Mod TMK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Terdapat empat Mod TMK yang boleh digunakan dalam Pengajaran dan

Pembelajaran. Antaranya ialah Mod Penerokaan, Mod Aplikasi, Mod Tutoriol dan Mod Komunikasi.

2.1.

TMK sebagai Alat Mod Penerokaan Pembelajaran Mod penerokaan berlaku apabila ICT digunakan sebagai

medium untuk mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat dan sebagainya. Dalam pembelajaran penerokaan, murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui ICT. Mod ini memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing serta mendorong murid terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran. Ia juga memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas. Selain itu, ia juga memberi memberi peluang kepada guru menerapkan teori pembelajaran moden seperti konstruktivism, multiple intelligence dan lain-lain.

2.2

TMK sebagai Mod Aplikasi

TMK sebagai Mod Aplikasi membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat penajaran dan pembelajaran. Contohnya, penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemproses perkataan (word processor) oleh murid dalam menghasilkan karangan atau penggunaan perisian hamparan elektronik untuk memplot graf atau pangkalan data. Perisian aplikasi khusus seperti editor grafik, Computer Aided Design (CAD) dan lain-lain, juga termasuk dalam kategori alat aplikasi yang boleh digunakan untuk membantu murid melaksanakan aktiviti pembelajaran.Kelebihan Mod Aplikasi adalah murid boleh memberikan tumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran yang autentik.

2

ZULFIQKAR ABD. MUES 720615125295002

2.3

TMK dikatakan sebagai Mod Pembelajaran Tutorial TMK dikatakan untuk pembelajaran tutorial apabila diguna untuk

menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial ini merangkumi : pembelajaran ekspositori, demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan, babaknya oleh sistem, dan latihan atau latihtubi yang disampai dan dikawal oleh sistem.

2.4

TMK sebagai Alat Mod Komunikasi TMK dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila diguna untuk

memboleh murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk.Terdapat empat teknik untuk mod komunikasi melalui TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran, iaitu: 1. Teknik seorang sendiri. 2. Teknik seorang kepada seorang 3. Teknik seorang kepada ramai dan 4. Teknik ramai kepada ramai

3. Langkah-langkah yang perlu diberi pertimbanganan sebelum seseorang guru menggunakan TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran di bilik darjah. Mengumpul bahan-bahan untuk pengajaran seperti buku, internet dan CD ROM. Menyediakan set slaid berkenaan tajuk. Persediaan alatan tayang LCD projector.

3

ZULFIQKAR ABD. MUES 720615125295002

Menyediakan

senarai

laman

web

yang

relevan

dengan

rancangan

ini.Memastikan komputer mempunyai perisian yang akan digunakan untuk aktiviti kelas. Memastikan murid telah mempunyai kemahiran menggunakan perisian yang akan digunakan

4.

Contoh Rancangan Pengajaran Harian Menggunakan Mod TMK Untuk memenuhi kehendak tugasan ini saya telah menyediakan satu

Rancangan Mengajar Harian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2. Tempoh masa yang telah diperuntukkan untuk pengajaran ini ialah 60 minit dan bilangan murid adalah seramai 25 orang. Saya juga telah memilih satu rekabentuk pengajaran yang menggunakan kemahiran TMK iaitu menggunakan Mod Tutorial. Saya memilih reka bentuk pengajaran ini kerana ia menggalakkan penggunaan media dalam pengajaran disamping melibatkan pelajar dan memberikan motivasi serta menarik tumpuan pelajar untuk belajar. Oleh kerana tahap kebolehan pelajar saya ini sederhana dengan gaya pembelajaran yang pelbagai, saya telah memilih pendekatan yang saya rasa sesuai dengan Mod Tutorial seperti bersoaljawab dan perbincangan. Selain itu, saya juga cuba memupuk sifat berani dan membina keyakinan diri dalam diri pelajar dengan aktiviti mendeklamasi sajak. Dalam pengajaran ini juga saya memilih media pengajaran dari bahan elektronik seperti komputer, LCD, dan perisian MS Power Point. Selain mendengar pengajaran guru, pelajar juga dapat melihat paparan slaid tentang pelajaran melalui skrin . tanpa dirancang dengan baik menyebabkan persembahan yang kurang menarik. Oleh yang demikian, Prinsip reka letak CASPER diterapkan dalam

pembinaan slaid berdasarkan singkatan perkataan CASPER seperti berikut: C - Contrast (Perbezaan yang ketara) A - Alignment (Penjajaran) S - Simplicity (Ringkas)4

ZULFIQKAR ABD. MUES 720615125295002

P - Proximity (Jarak antara objek) E - Emphasis (Penekanan ) R - Repetition (Pengulangan)

Kawalan bilik darjah sangat penting semasa menjalankan sesi pengajaan ini. Saya perlu memastikan disiplin pelajar terkawal di mana semua pelajar mematuhi peraturan yang ditetapkan. Saya juga kan menggunakan ruang bilik darjah dengan sebaik-baiknya pengajaran ini. Semasa sesi soal jawab berlangsung, saya harapkan pelajar akan melibatkan diri sepenuhnya dan mendapat banyak maklumat. Soalan-soalan yang dikemukakan mestilah berkaitan dengan isi pelajaran dan sebaik-baiknya mengikut aras yang didasarkan dalam Taksonomi Bloom supaya dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. untuk memantau dan membimbing pelajar sepanjang sesi

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN Tarikh Masa Darjah Bilangan Pelajar Mata Pelajaran Tajuk Pengajaran : 05 Januari 2009 : 03:20 04:20 petang : 2Bestari 2 : 30 orang : Bahasa Melayu : Saya Sayang Akan Alam Sekitar

Pengetahuan Sedia Ada : Murid mengetahui tentang alam sekitar dari rumah. Hasil Pembelajaran : Pada akhir pelajaran, murid dapat:

1. Menyusun perkataan untuk membina ayat. 2. Menulis maklumat berdasarkan sesuatu bahan5

ZULFIQKAR ABD. MUES 720615125295002

Isi Pelajaran

: Muird dapat memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara.

Nilai-nilai Murni Kemahiran Berfikir

: Menyayangi alam sekitar, bekerjasama. : Menyampaikan maklumat.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran: Aktiviti 1 Guru berbincang dengan murid secara kelas mengenai tajuk pelajaran. Guru bersoaljawab dengan murid tentang kepentingan alam sekitar. Murid bercerita secara individu tentang persekitaran rumah mereka.

Aktiviti 2 Guru memperlihatkan gambar tentang persekitaran yang kotor. Guru mengarahkan murid untuk membuat kumpulan. Guru mengarahkan murid untuk mencari maklumat yang mereka perolehi daripada gambar yang diperlihatkan. Murid menyatakan maklumat yang mereka perolehi daripada gambar tersebut.

Aktiviti 3 Guru memperlihatkan Slide menggunakan perisian Powerpoint mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan kesannya.

6

ZULFIQKAR ABD. MUES 720615125295002

Aktiviti 4 Perbincangan secara kelas mengenai slide yang diperlihatkan. Murid menyatakan maklumat yang mereka boleh perolehi dari slide yang ditayangkan.

Pengukuhan dan Penilaian Guru mengedarkan lembaran kerja dan memberi penerangan cara-cara menyusun Ayat perintah dengan betul. Murid menyusun dan menulis ayat perintah didalam lembaran kerja.

Kesimpulan dan penutup Guru membuat rumusan tentang pelajaran. Guru mengedarkan brosur atau penerbitan meja kepada murid.

7

ZULFIQKAR ABD. MUES 720615125295002

5. Persembahan Elektronik

Saya Sayang Akan Alam Sekitar

Cara-cara menjaga kebersihan alam sekitar

Jangan biarkan air bertakung

8

ZULFIQKAR ABD. MUES 720615125295002

Dilarang menconteng dinding

Dilarang meludah di merata-rata tempat

9

ZULFIQKAR ABD. MUES 720615125295002

Dilarang membuang sampah di merata-rata tempat

Kesan tidak menjaga Alam sekitar

Kuman akan membiak

1

Nyamuk akan membiak

2

10

ZULFIQKAR ABD. MUES 720615125295002

Kesan tidak menjaga Alam sekitar

Dinding akan kotor

3

Lalat akan membiak

4

Kita teruskan dengan latihan

11

ZULFIQKAR ABD. MUES 720615125295002

6.

Senarai Alamat Laman Wed

http://www.mns.org.my http://www.doe.gov.my/wiraalam/index.htm http://www.moh.gov.my/mohportal/index.jsp http://tips.jagakesihatan.com http://www.kpkt.gov.my/kitarsemula

7.

Menual Pengguna untuk Alat Bantuan Mengajar

Aktiviti 1 Langkah pertama Guru berbincang secara kelas mengenai tajuk pelajaran saya sayang akan alam sekitar dan bersoaljawab secara kelas; Bagaimanakah persekitaran rumah kamu? Siapakah yang selalu membersihkan persekitaran rumahnya?

Langkah kedua Guru bersoaljawab dengan murid tentang kepentingan menjaga alam sekitar, antara soalan yang boleh diajukkan; Mengapakah kita perlu menjaga alam sekitar? Apakah kebaikkan menjaga alam sekitar?

Langkah ketiga Guru mengarahkan seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan yang dipilih oleh guru untuk bercerita tentang persekitaran rumah mereka di hadapan kelas dan guru mempastikan semua murid mendengar cerita rakan mereka. Aktiviti 2

12

ZULFIQKAR ABD. MUES 720615125295002

Langkah pertama Guru memperlihatkan gambar tentang persekitaran yang kotor dan menerangkan kepada murid mengenai gambar yang diambil. Langkah kedua Guru mengarahkan murid untuk membuat kumpulan terdiri daripada 4 hingga 5 orang dalam satu kumpulan. Guru menerangkan setiap kumpulan untuk mencari seorang ketua dan akan membacakan hasil perbincang mereka. Langkah ketiga Guru memberi penerangan kepada murid untuk mencari maklumat yang mereka perolehi daripada gambar seperti Sampah itu dibuang ditepi jalan. Timbunan sampah sama tinggi dengan rumah. Penduduk kawasan tersebut tidak menjaga kebersihan

13

ZULFIQKAR ABD. MUES 720615125295002

Langkah keempat Setiap ahli kumpulan diminta untuk menyatakan hasil perbincangan mereka kepada kelas dan guru memberikan mempastikan setiap murid memberi tumpuan.

Aktiviti 3 Langkah pertama Buka program Power Point pada start>program> Microsoft power Point kemudian pergi ke File dan klik kemudian pergi ke open ataupun buka fail cari fail bahan bantu dan klik dua kali, akan terpapar slide saya sayang akan alam sekitar. Setelah itu pergi ke slide show untuk membesarkan paparan ataupun membuat persembahan.

Langkah kedua Guru perlu memperlihatkan gambar pemandangan tentang alam sekitar dan bersoaljawab dengan murid tentang gambar tersebut seperti: Apakah yang kamu dapat lihat pada gambar ini? Mengapakah gambar ini bersih dan cantik?

Kemudian guru meneruskan dengan mengklik tetikus dan akan terpapar perkataan Saya Sayang Akan Alam Sekitar, kemudian guru mengarahkan murid untuk membaca secara individu dan kumpulan.

Langkah ketiga Klik sebelah kanan pada tetikus untuk memperlihatkan slide seterusnya. Pada slide ini akan terpapar gambar air yang bertakung dan guru menerangkan kesan ataupun keburukan air bertakung kepada murid seperti akan menyebabkan pembiakkan nyamuk. Seterusnya klik tetikus untuk memperlihatkan paparan seterusnya dan guru mengarahkan murid untuk membaca ayat perintah secara individu.

14

ZULFIQKAR ABD. MUES 720615125295002

Langkah keempat Klik pada tetikus untuk memperlihatkan slide seterusnya. Dalam paparan ini guru bersoaljawab secara kelas tentang gambar yang mereka lihat seperti; Mengapakah dinding kelas itu kotor? Apakah kesannya yang akan terjadi pada kelas itu? Apakah kesan yang terjadi terhadap pelajar yang berada dalam kelas itu?

Seterusnya guru memperlihatkan paparan seterusnya mengarahkan murid membaca secara kelas.

Langkah kelima Klik sebelah kanan pada tetikus untuk mempaparkan slide berikutnya. Dalam

paparan ini akan terpapar gambar seorang budak sedang meludah dan guru menerangkan kepada murid kesan buruk yang akan terjadi sekiranya berludah di merata-rata tempat seperti lalat akan membiak dan menyebabkan berlakunya keracunan makan. Murid mambaca secara kelas ayat perintah yang dipaparkan secara individu.

Langkah keenam Klik sebelah kanan pada tetikus untuk mempaparkan slide seterusnya. Dalam slide ini terdapat seorang wanita membuang sampah di tepi jalan guru bersoaljawab dengan murid kesan yang akan terjadi sekiranya membuang sampah di merata-rata tempat seperti; Apakah yang terjadi jika kita membuang sampah di merata-rata tempat? Bagaimanakah pemandangan persekitaran tersebut?

Guru mengarahkan murid membaca ayat perintah yang diperlihatkan secara kelas.

15

ZULFIQKAR ABD. MUES 720615125295002

Langkah ketujuh Klik sebelah kanan pada tetikus untuk memperlihatkan paparan seterusnya. Pada paparan ini terdapat kesan-kesan jika tidak menjaga alam sekitar. Guru

menerangkan kepada murid kesan yang akan terjadi jika tidak menjaga alam sekitar seperti kuman akan membiak, nyamuk akan membiak, dinding akan menjadi kotor dan lalat akan membiak serta memberi pelbagai penyakit kepada manusia.

Langkah kelapan Klik sebelah kanan pada tetikus untuk memperlihatkan slide seterusnya. Pada slide ini terdapat paparan kita teruskan kepada latihan, sebelum guru mengedarkan latihan guru perlu klik pada kotak pada bahagian penjuru kiri dan klik pada end show untuk mengecilkan slide dan klik file seterusnya pergi ke exit Power Point untuk menutup persembaha. Aktiviti 4 Langkah pertama Guru berbincang dengan murid mengenai slide yang telah diperlihatkan Apakah yang kamu dapat perhatikan daripada slide tadi? Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan?

Murid menyatakan maklumat yang diperolehi dari slide yang diperlihatkan. Pengukuhan dan Penilaian Langkah pertama Guru memberi penerangan tentang ayat perintah Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk melarang seseorang melakukan sesuatu, menyuruh seseorang melakukan sesuatu dan mempersilakan seseorang contohnya: Jangan membuang sampah di merata-rata tempat.16

ZULFIQKAR ABD. MUES 720615125295002

Langkah kedua Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid dan memberi penerangan caracara menjawab soalan dengan betul. Contoh soalan mencoteng dilarang dinding

Jawapan Dilarang menconteng dinding.

Guru mempastikan murid menjawab dengan betul dan memeriksa hasil murid secara individu dari seorang murid kepada murid yang lain. Contoh lembaran kerja: Susun dan tulis ayat perintah di bawah semula 1. Biarkan bertakung air jangan __________________________________________________ 2. Menconteng dilarang dinding __________________________________________________ 3. Di tempat meludah dilarang merata-rata __________________________________________________

4. Tempat sampah dilarang di merata-rata membuang _______________________________________________

17

ZULFIQKAR ABD. MUES 720615125295002

Contoh lembaran kerja kedua Tulis ayat perintah yang sesuai. No 01 02 03 04 Perbuatan yang dilarang Sebabnya atau kesan Kuman akan membiak Nyamuk akan membiak Dinding akan kotor Lalat akan membiak

Kesimpulan dan penutup Guru membuat rumusan tentang pelajaran pada hari ini dengan menerangka kepada murid yang mereka belajar tentang alam sekitar dari segi kebaikan dan kesan terhadap manusia. Guru mengedarkan brosur kepada murid.

Kesimpulan Teknologi Maklumat dan komunikasi amat penting dalam pendidikan yang semakin maju pada masa kini, dimana pelajar lebih berminat untuk melihat benda-benda yang boleh bergerak dan berwarna-warni. Tidak dapat dinafikan lagi sudah menjadi

lumrah kehidupan manusia tertarik pada benda-benda yang menarik.

Melalui pendidikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pendidikan akan dapat memotivasikan murid dalam pembelajaran. Dimana pelajar lebih

bermotivasi untuk belajar dengan menggunakan medium yang baru. Selain daripada itu melalui Teknologi Maklumat juga dapat menarik minat dan perhatian murid terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru semasa berada di dalam kelas dan dapat memberi impak yang positif terhadap kefahaman murid terhadap isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.18

ZULFIQKAR ABD. MUES 720615125295002

Disamping itu, melalui Teknologi Maklumat maklumat yang disampaikan lebih jelas dan mudah difahami oleh pelajar kerana lebih jelas dan tidak mengelirukan pelajar tentang isi pelajaran. Selain itu, Teknologi Maklumat juga membenarkan

keadaan pembelajaran yang lebih aktif, dimana pembelajaran berlaku dalam persekitaran multimedia bagi membolehkan pelajar membina pengetahuan dalam pelbagai orientasi yang sesuai dengan gaya dan keperluan kognitif mereka.

Tidak dapat dinafikan lagi Teknologi Maklumat amat penting untuk mengintegrasikan pendidikan yang lebih menarik minat murid dan pengetahuan mereka terhadap pembelajaran pada masa kini yang semakin maju bersesuaian dengan peredaran zaman.

19

ZULFIQKAR ABD. MUES 720615125295002

Rujukan a. Abdul Jalil Othman dan Faizal Mashura Bt. Ismail(2003). Bahasa Melayu

Tahun 2 Sekolah Rendah. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Percetakan Warni Sdn.Bhd. Selangor Darul Ehsan. b. Kementerian Pelajaran Malaysia (2003). Huraian sukatan pelajaran. c. Omar Zakaria, Shaifol Bahary Sulaiman, Hassan Ahmad dan Azman Abdullah (2008). HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan. Cetakan kelima. Kuala Lumpur. d. http://www.kpkt.gov.my/kitarsemula e. http://skj6bbb.edu.ms/modul2/ModPenerokaan.htm f. http://skj6bbb.edu.ms/modul2/ModAplikasi.htm g. http://skj6bbb.edu.ms/modul2/ModTutorial.htm h. http://skj6bbb.edu.ms/modul2/ModKomunikasi.htm i. http://skj6bbb.edu.ms/sumbertambahan/TEORI.HTM j. http://tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2001&dt=0703&pub=DuniaPendidikan& sec=Sains_%26_Teknologi&pg=st_01.htm k. http://www.smksp.com/web_gabung/GTL/prinsipCASPER.pdf

20

ZULFIQKAR ABD. MUES 720615125295002

21