Tugasan utama rekabentuk kurikulum

36
KPF 6024 TEORI, REKA BENTUK DAN AMALAN KURIKULUM “Rekabentuk Kurikulum : Kursus Sembelihan Secara Teori dan Amali” NAMA NO. MATRIK NO. TELEFON MOHD YAZID BIN BAHAROM M201410003 01 010- 2547698

Transcript of Tugasan utama rekabentuk kurikulum

Page 1: Tugasan utama rekabentuk kurikulum

KPF 6024 TEORI, REKA BENTUK

DAN AMALAN KURIKULUM

“Rekabentuk Kurikulum : Kursus Sembelihan Secara Teori dan Amali”

NAMA NO. MATRIK NO. TELEFONMOHD YAZID BIN BAHAROM M20141000301 010-2547698

PENSYARAH : DR. MOHMAD NOOR BIN MOHMAD TAIB

Page 2: Tugasan utama rekabentuk kurikulum

Latar Belakang Kursus

Fardu kifayah wajib disempurnakan oleh setiap mukmin yang terbeban di atas bahu mereka tanggungjawab tersebut. Sembelihan dan aqiqah yang pada asasnya merupakan sunat Mua’kad ( dituntut) seringkali diabaikan kerana kekangan masa dan juga masalah pengurusan. Campur aduk dengan perkara khurafat dan bid’ah juga turut menjadikan sembelihan dan Aqiqah menjadi beban kepada mukalaf terbabit. Oleh sebab itu, pendedahan awal diperingkat bangku sekolah amat penting dan perlu bagi menyediakan pelapis dan pengendali yang mengutamakan syara’ dalam melakukan ibadat sembelihan dan juga aqiqah. Bahan yang berkaitan dengan mata pelajara pendidikan islam ini sangat penting kepada pelajar tingkatan empat dan lima kerana salah satu daripada soalan SPM yang akan disoal kepada pelajar adalah berkaitan di dalam peperiksaan tersebut.

Pelajar juga akan diberi sesuatu situasi berkenaan tajuk di atas dan diminta untuk memberikan ulasan berdasarkan hukum semasa yang berkaitan. Bukan setakat itu sahaja, apabila disebutkan tentang “sembelihan”, pelajar tidak dapat menjelaskan konsep asas sembelihan kerana tidak mendapat gambaran yang jelas walaupun pun telah diterangkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di kelas. Berdasarkan senario di atas, saya mengambil inisiatif untuk merangka satu rekabentuk kurikulum bagi kursus sembelihan secara teori dan amali pelajar tingkatan empat. Kursus ini kepada pelajar tingkatan empat di SM Sains Hulu Selangor, Selangor . Jumlah pelajar yang terlibat adalah seramai 150 orang dan turut disertai oleh 8 orang guru. Program diadakan selama sehari

Pengenalan Rekabentuk Kurikulum Kurus Sembelihan Secara Teori dan Amali

Pengenalan Kursus Sembelihan merupakan salah satu aktiviti yang dapat menarik minat pelajar untuk mendapatkan maklumat tentang isi pelajaran yang sedang mereka pelajari. Memandangkan pelajar sekolah ini berada di kawasan luar bandar, kursus ini dijalankan dengan tujuan untuk memberi gambaran yang jelas kepada pelajar teori dan amali sembelihan selain proses yang perlu dilalui oleh pelajar sebelum, semasa dan selepas sembelihan dijalankan. Namun itu, kursus ini lebih bersifat serampang dua mata iaitu pelajar akan dapat menguasai ilmu pengetahuan mengenai topik sembelihan dan pada masa yang sama dapat menerapkan nilai-nilai murni di dalam diri pelajar. Tentatif program boleh dirujuk di lampiran 1

Aliran Falsafah Bagi Kursus Sembelihan Secara Teori dan Amali

Saya memilih aliran falsafah tradisional iaitu AliranFalsafah Parennialisme dan Essentialisme juga aliran falsafah moden iaitu Aliran Falsafah Progressivisme dan Aliran Falsafah Rekonstrukturionisme sebagai rekabentuk kurikulum bagi Kursus Sembelihan Secara Teori dan Amali ini. Secara umumnya, Falsafah Progressivisme ini adalah berpusatkan kepada pelajar. Menurut Ornstein dan Hunkins ( 2009, p. 49 ) guru hanya membantu pelajar pelajar, menganalisis, interpretasi dan mengembangkan idea untuk membuat sesuatu keputusan. Maka saya merasakan bahawa Aliran Progressivisme ini sangat sesuai digunakan dalam projek ini kerana pelajar perlu membuat latihan amali sembelihan di tempat kursus untuk memberi pendedahan secara praktikal selepas sesi teori diperkenalkan. Manakala Aliran Falsafah Rekonstrukturisme pula menekan kepada penyelesaian masalah di mana ketika berlaku proses sembelihan tersebut akan berlaku beberapa masalah yang berkaitan hukum fekah, jadi pelajar akan berusaha menyelesaikannya berdasarkan kepada kerangka hukum tersebut.

1

Page 3: Tugasan utama rekabentuk kurikulum

Sembelihan menurut Islam haruslah dilakukan dengan betul bagi memastikan daging dari haiwan yang disembelih sempurna dan halal dimakan. Daging yang halal adalah salah satu syarat kepada pemakanan orang-orang islam. Seperti yang kita maklum, masyarakat luar mengambil makanan yang bercampur aduk antara halal dan tidak. Makanan menurut Islam harus bersih dan halal kerana makanan itu membentuk jiwa dan perkembangan mental dan fizikal . Pengambilan makanan halal dapat membentuk jiwa, minda dan fizikal seseorang ke arah lebih baik seterusnya insan yang baik dapat membentuk masyarakat cemerlang. Falsafah ini melihat bahawa pendidikan adalah agen utama yang boleh membentuk semula masyarakat kearah lebih baik. Penyataan ini amat senonim dengan Ornstein dan Hunkins (2009, p. 51-5 ) yang mengatakan bahawa matlamat pendidikan adalah untuk memastikan peradaban atau warisan masyarakat diteruskan. Kedudukan guru dari kaca mata Falsafah Rekonstrukturisme adalah sebagai agen perubahan sosial yang membantu pelajar mencapai matlamatnya berdasarkan kepada kehendak masyarakat. Berdasarkan kepada dua aliran falsafah ini, saya akan menjelaskan pula aliran reka bentuk bagi kursus ini.

Aliran Utama Rekabentuk Kurikulum

Bertepatan kepada aliran Falsafah Pendidikan Progressivisme dan Falsafah Rekonstrukturisme, maka saya memilih dua aliran rekabentuk bagi kursus ini iaitu :

a. Aliran rebentuk kurikulum berpusat guru.b. Aliran rekabentuk kurikulum berpusatkan pelajar.Tujuan utama saya memilih aliran rekabentuk berpusatkan guru adalah untuk menyatakan

bahawa dalam mempelajari sembelihan guru berperanan penting untuk menerangkan segala yang penting berkaitan tentang sembelihan berdasarkan kepada sumber-sumber yang dipercayai autiritinya berkenaan dengan kursus tersebut. Pembelajaran melibatkan pendidikan islam harus berpandukan kepada al-Quran, hadith nabi dan sumber-sumber tulisan ulama-ulama muktabar. Ilmu agama haus dipelajari melalui guru. Guru mempunyai autoriti dalam menyampaikan ilmu. Pelajar menerima segala ilmu yang dipelajari dari guru berdasarkan sumber-sumber yang tertentu.

Manakala aliran rekabentuk berpusatkan pelajar ini adalah untuk memberikan pengalaman kepada pelajar bagaimana untuk mendapatkan maklumat melalui latihan amali sembelihan dalam situasi sebenar. Ornstein dan Hunkins (2009) turut menyatakan bahawa rekabentuk kurikulum yang berpusatkan pelajar harus fokus kepada latar belakang kehidupan, keperluan dan minat pelajar. Sebenarnya di dalam situasi pembelajaran, pelajar akan menjadi lebih aktif apabila belajar di luar bilik darjah terutamanya apabila mereka dapat berinteraksi dengan alam sekeliling. Oleh sebab itu, saya berpendapat bahawa kursus ini sangat sesuai menggunakan aliran kurikulum berpusatkan pelajar kerana pelajar bukan setakat mendapatkan maklumat berkaitan sembelihan menerusi buku teks semata-mata malah mereka boleh mendapatkan maklumat melalui pengalaman mereka sendiri menerusi latihan amali.Ini Berdasarkan pengalaman sedia ada pelajar, saya juga cuba melihat setakat mana kemampuan pelajar menjalani kursusu sembelihan tersebut . Gabungan aliran kurikulum berpusatkan guru dan pelajar diharapkan dapat memupuk minat pelajar dan membantu membentuk minda pelajar yang kritis dan kreatif.

2

Page 4: Tugasan utama rekabentuk kurikulum

Membina Kerangka Konseptual

Secara umumnya kerangka konseptual adalah gambaran keseluruhan atau layoutbagi kurikulum yang ingin dihasilkan .Menurut Ishak (1993) Teori Konseptual merujuk kepada kaedah penelitian dalam sains bagi menghasilkan generalisasi yang memungkinkan pendidik meramal dan mengendalikan apa yang berlaku di sekolah (p.114).Bagi Ornstein dan Hunkins (2009, p. 185) kerangka konseptual adalah komponen-komponen kurikulum yang diorganisasi secara menegak dan mendatar.Bagi merangka kurikulum projek kajian luar geografi berkaitan pembandaran ini saya telah menyusun elemen-elemen dalam kerangka konseptual seperti berikut:

Rajah 1: Perkara asas dalam kerangka konseptual

Dalam usaha menyampaikan ilmu pengetahuan, kerangka konseptual sangat penting dihasilkan kerana ia memberi panduan yang mudah kepada guru untuk menyusun objektif dan menetapkan matlamat sesuatu kurikulum. Kerangka konseptual ini adalah berasaskan artikulasi dan seimbang. Menurut Ornstein dan Hunkins (2009,p. 189),artikulasi merujuk kepada menyatakan idea dengan teratur melalui ucapan atau sebutan. Maksudnya kesemua komponen kurikulum yang berlaku kemudian, sebenarnya berkait dengan perkara yang berlaku sebelumnya. Ini bermakna artikulasi lebih merujuk kepada komponen menegak(vertikal). Manakala keseimbangan bagi Henson (1995) ialah penguasaan ilmu pengetahuan secara menyeluruh, iaitu pelajar dapat mengamalkan ilmu pengetahuan secara seimbang seperti ilmu sastera dan sains . Secara ringkasnya, keseimbangan lebih merujuk kepada komponen mendatar (horizontal). Bagi komponen menegak, Ornstein dan Hunkins (2009,pp. 186-189) ada menyatakan bahawa kesinambungan merujuk kepada kemahiran yang meningkat dari satu tahap ke tahap berikutnya. Ia juga bermaksud pengulangan menegak daripada segi unsur-unsur penting kurikulum.. misalnya;

3

Kerangka Konseptual

Komponen Menegak

Turutan

Kesinambungan

Komponen Mendatar

Skop

Intergrasi

Keseimbangan

Artikulasi

Menegak

Mendatar

Page 5: Tugasan utama rekabentuk kurikulum

1. Sekiranya perkembangan kemahiran mengenal pasti di satu tahap pelajaran di dalam sukatan pelajaran tingkatan satu, kita perlu menentukan adanya peluang untuk mengamalkan kemahiran itu secara berterusan di tingkatan dua dan tiga.

2. Kemahiran membaca telah diberikan asasnya pada tingkatan satu. Pelajar menerima kemahiran ini. Selepas itu pula pelajar akan diberi kemahiran membaca patah perkataan dan ayat secara berperingkat mengikut tingkatan satu hingga tiga.

Dengan itu kesinambungan merupakan faktor yang utama dalam organisasi menegak yang berkesanManakala turutan lebih menjurus kepada pemeringkatan isi pelajaran daripada konsep asas kepada konsep-konsep yang lebih sukar. Urutan memppunyai kaitan dengan kesinambungan, bahkan melampauinya. Ada kemungkinan, unsur utama kurikulum timbul berulang-ulang pada tahap yang sama sehingga tidak ada perkembangan pemahaman, atau kemahiran atau sikap atau faktor-faktor lain. Sebagai satu kriteria urutan menekankan betapa pentingnya pembinaan pengalaman yang baru berasaskan pengalaman yang lalu tetapi ia memperluaskan dan mendalami perkara-perkara yang dikaji. Jika dilihat pada komponen mendatar pula, skop merujuk kepada keluasan atau kedalaman sesuatu isi pelajaran yang merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.Integrasi pula bermaksud perkaitan antara pelbagai jenis pengetahuan yang terdapat dalam pelbagai mata pelajaran. Oleh itu semua komponen ini telah saya gunakan dalam kerangka konseptual bagi kursus seperti dalam rajah 2 di bawah.

KOMPONEN MENEGAK

(a) Turutan

Berdasarkan kepada kerangka konseptual dalam rajah 2, pada komponen menegak saya menetapkan warna kuning untuk turutan. Kemahiran menyediakan makanan mula diperkenalkan kepada pelajar tingkatan 3 dalam subjek kemahiran hidup dan ekonomi rumah tangga. Ketika ini pelajar didedahkan dengan penyediaan makanan halal bagi pelajar yang beragama islam. Ketika ini pelajar lebih maklum bahawa makanan halal itu adalah dari daging binatang yang disembelih. Pelajar belum mempelajari tajuk sembelih ketika di tingkatan tiga. Walaubagaimanapun pelajar tingkatan mempelajari topic sembelihan sebagai turutan kepada apa yang difahami semasa tingkatan tiga. Saya memfokuskan kepada sembelihan itu sebagai menyatakan bahawa haiwan yang disembelih halal dagingnya disisi islam untuk haiwan yang dibolehkan makan. Ketika ini pelajar didedahkan dengan maksud sembelihan, rukun dan syaratnya. Pelajar akan belajar dan memahami seterusnya menyatakan apa yang dipelajari pada tahap ini.

Seterusnya pelajar didedahkan kepada isi yang lebih tinggi sedikit iaitu perkara-perkara sunat dan makruh dalam amali sembelihan. Ketika diperingkat ini pelajar akan mengetahui bahagaiman sembelih yang baik dan mendapat pahala sunat dan yang makruh untuk dielakkan ketika menjalani amali sembelihan. Selepas itu, pelajar akan ditingkatkan kemahirannya ketika amali sebelihan dan menyatakan proses dari sebelum, semasa dan selepas sembelihan dijalankan.

4

Page 6: Tugasan utama rekabentuk kurikulum

Akhir sekali pelajar akan melakukan sembelihan. Ketika ini, pelajar akan menghadapi beberapa masalah-masalah ketika proses sembelihan yang mana pelajar akan mengenal pasti syarat-syarat sah sembelihan. Mereka juga akan mengenalpasti beberapa jenis urat yang harus dipotong. Diakhir nanti pelajar akan menyatakan proses-proses sembelihan, pengalaman dan kemahiran yang dipelajari hasil dari kursus yang dijalankan.

Kerangka Konseptual Kursus Sembelihan Secara Teori dan Amali

TURUTAN KESINAMBUNGANSembelihanTingkatan 4Proses

1. Hukum2. Hikmah

Kemahiran 4Menghurai proses sembelihan

Psikomotor

Menjalankan proses amali sembelihan

Proses

1. Alat-alat sembelih2. Cara sembelih

Kemahiran 3Menjalankan amali sembelihan

Proses

1. Perkara sunat2. Perkara makruh

Kemahiran 2

Menyatakan proses sebelum sembelihan

Efektif

Bab 4 (kemahiran hidup )memilih peralatan yang sesuai

1. Maksud2. Rukun3. Syarat Sah

Kemahiran 1

Memahami sembelihan dalam Islam

Kognitif

Bab 3Masakan

SKOP Kedalaman isi kandungan

INTERGRASI Perkaitan antara mata pelajaran

KH dan ERT ting 3( Masakan )

Kemahiran hidup tingkatan 2

Sivik tingkatan 2(Kemasyarakatan)

(b) Kesinambungan

Pada bahagian kesinambungan ( warna biru ). Pada peringkat awal kajian, pelajar hanya perlu memahami konsep sembelihan dari segi maksud, rukun dan syarat sah. Tujuan memahami konsep adalah untuk memberi gambaran kepada pelajar maksud sebenar sembelihan agar pelajar lebih jelas apabila mempelajari topic tersebut. Pelajar mempunyai

5

Page 7: Tugasan utama rekabentuk kurikulum

pengalaman melalui pemerhatian proses sembelihan di luar bilik darjah sebelum itu. Sama ada melalui sembelihan yang dilakukan oleh ahli keluarga dan di pusat ternakan dan jualan daging halal. Pengalaman-pengalaman ini menyokong pemahaman pelajar terhadap kursus tersebut. Apabila memahami pelajaran tersebut, kemahiran pelajar akan terus meningkat. Seterusnya kemahiran-kemahiran tersebut meningkat sedikit demi sedikit sehingga ke tahap amali atau praktikal sembelihan di mana pelajar melakukan sendiri sembelihan tersebut. Guru ketika bertindak sebagai fasilitator dan menerangkan beberapa syarat tertentu bagi memastikan sembelihan itu sah dan dagingnya halal dimakan. Di akhirnya pelajar akan membentangkan hasil dapatan daripada kursus tersebut. Ini akan menunjukkan kefahaman pelajar terhadap proses pembelajaran dan pembelajaran melalui kursus tersebut.

KOMPONEN MENDATAR

(c) Skop

Bagi komponen mendatar, saya fokuskan pada skop (warna hijau) yang akan menjelaskan dengan lebih mendalam tentang isi kandungan topik sembelihan yang meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Contohnya definisi sembelihan, rukun dan syarat sah. Bagi aspek afektif pula, perbincangan alatan-alatan sama ada sesuai atau pun tidak untuk digunakan semasa sembelihan. Alatan-alatan yang akan digunakan mempunyai beberapa kriteria-kriteria tertentu kerana setiap ciri tersebut akan memberi kesan terhadap binatang yang disembelih juga melahirkan perasaan insaf dan rasa bertanggungjawab pada diri pelajar terhadap binatang yang disembelih supaya sembelihan itu bukan atas niat marah atau geram. Rasa tanggungjawab ini seterusnya akan mendorong pelajardari aspek psikomotor untuk melakukan amali sembelihan dengan niat ikhlas kerana Allah Taala.

(d) Intergrasi

Manakala bagi integrasi antar amata pelajaran(warna ungu), saya dapati ada perkaitan antara isi pelajaran sembelihan dalam pendidikan dengan subjek lain. Pembelajaran tentang masakan dalam ERT ( Ekonomi Rumah Tangga ) dalam bab 3 tingkatan dua. Juga ada perkaitan dengan bab 4 mata pelajaran Kemahiran Hidup dalam tajuk pemilihan peralatan. Bab ini tidak menyatakan dengan jelas penggunaan pisau tetapi pelajar sudah maklum dan dilatih menggunakan peralatan yang betul sebelum memulakan aktiviti kemahiran dalam pelajaran berikut. Pelajar akan maklum bahawa pisau akan digunakan didalam amali sembelihan dengan beberapa syarat tertentu. Intergrasi juga dilihat melalui pembelajaran sivik dan kenegaraan di mana pelajar sentiasa berkerjasama dan tolong menolong sepanjang kursus berjalan juga memastikan adanya semangat faham memahami antara satu sama lain bagi memastikan kursus berjalan dengan lancer.

6

Page 8: Tugasan utama rekabentuk kurikulum

MODEL KURIKULUM TYLER

Setelah dikaji, saya memilih Model Tyler sebagai panduan untuk menjalankan kursus sembelihan. Berikut adalah model kurikulum yang dicadangkan oleh Tyler.

Rajah 3: Model Kurikulum Ralph W. Tyler

Sumber: Giles, McCutchen and Zechiel(1942)

Reka bentuk kurikulum yang di perkenalkan oleh Tyler ini berbentuk linear. Ini bermakna kursus sembelihan secara teori dan amali “kurikulum sembelihan” ini akan dirangka mengikut urutan bermula dengan objektif, isi pelajaran , kaedah dan penilaian. Saya akan menerangkan maklumat terperinci berkaitan kurikulum sembelihan berdasarkan Model Tyler pada bahagian berikutnya.

1.0 Objektif Rekabentuk Kurikulum Sembelihan

Berdasarkan Model Tyler, saya menetapkan dua objektif iaitu objektif umum dan objektif khusus.

Objektif Umum

1. Pelajar dapat memahami konsep sembelihan secara teori dan amali dan isu-isu yang berkaitan dengan sembelihan

Objektif umum bagi rekabentuk kurikulum sembelihan ini bertujuan mendedahkan topik sembelihan kepada pelajar secara am.

7

Objektif

Isi Pelajaran

Kaedah

Penilaian

Page 9: Tugasan utama rekabentuk kurikulum

Misalnya memahami maksud sembelihan dan isu-isu yangberkaitan dengan sembelihan seperti rukun-rukun, syarat sah, perkara-perkara sunat dan makruh, alatan-alatan yang digunakan dan cara sembelihan dijalankan. Fokus utama saya adalah berdasarkan kursus yang dijalankan dapatkah pelajar menguasai ilmu sembelihan dengan betul atau pun tidak mengikut isi kandungan kursus yang dijalankan.. Berdasarkan dapatan itu, saya akan meminta pelajar mnunjukkan cara sembelihan yang betul.

Objektif Khusus

1. Pelajar dapat menyatakan konsep sembelihan dalam Islam secara lisan dan bertulis.2. Pelajar dapat menghuraikan syarat sah sembelihan, rukunnya, amalan sunat yang perlu

dilakukan dan menghindarkan amalan makruh dalam sembelihan3. Pelajar dapat melakukan amali sembelihan dengan betul dan sempurna

Di dalam objektif khusus yang pertama, saya mensasarkan melalui kursus ini agar pelajar dapat menyatakan konsep sembelihan dengan tepat. Maknanya pelajar seharusnya dapat menyatakan konsep sembelihan jelas. Apa yang digariskan oleh Agama Islam adalah seperti berikut ;

Penyembelihan dari segi bahasa bererti potong atau belah bagi menghilangkan nyawa binatang. Dari segi syara‘ bermaksud menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi, dan tulang untuk membolehkan haiwan itu halal dimakan oleh orang Islam.

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam :

�ِة� َي �ْح� �لِّل ِة� َو�ْا �َّب �َن� ْالِّل �َي �اُة� َم�ا َب ْالُّذ�َك

Maksudnya:

“Sembelihan adalah di antara pangkal dagu dan pangkal leher”

(Riwayat Ibnu ‘Abbas)

Menurut Fiman Allah Taala :

Maksudnya:“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain daripada Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya)” (Surah Al-Ma’idah 5:3)

8

Page 10: Tugasan utama rekabentuk kurikulum

Di dalam objektif khusus yang kedua, saya mensasarkan melalui kursus ini agar pelajar dapat menghuraikan syarat sah sembelihan, rukunnya, amalan sunat yang perlu dilakukan dan menghindarkan amalan makruh dalam sembelihan seperti berikut :

Rukun sembelihan

1. Penyembelih :

a) Islam sama ada lelaki atau perempuan atau kanak-kanak yang mumayyiz.

b) Ahli kitab, samada Yahudi atau Nasrani.

c) Berakal dan berfikiran waras.

d) Tidak melakukan penyembelihan di dalam ihram haji (bagi binatang buruan).

2. Binatang Yang Disembelih:

Binatang yang halal itu segala jenis binatang yang baik dan tidak mendatangkan mudharat kepada orang yang memakannya seperti ayam, itik, lembu dan sebagainya. Binatang yang tidak halal dimakan dibahagikan kepada dua kumpulan:

a)          Haiwan darat. Semua haiwan darat dihalalkan untuk orang Islam, kecuali seperti berikut:

1. Babi dan keturunannya.2. Anjing.3. Haiwan halal yang tidak disembelih mengikut hukum syara‘4. Haiwan yang bertaring dan menggunakannya untuk mencakar dan membunuh iaitu

haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah dan seumpamanya5. Burung yang mempunyai kuku pencakar atau memakan secara menyambar seperti

burung helang, gagak, dan sebagainya.6. Haiwan-haiwan yang diperintah oleh Islam membunuhnya, iaitu seperti tikus, lipan,

lipas, kala jengking, dan seumpamanya 7. Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya, iaitu seperti semut dan lebah. 8. Haiwan-haiwan yang dipandang jijik oleh umum, seperti kutu, lalat, ulat, dan

seumpamanya. 9. Haiwan yang hidup dua alam, iaitu di air dan di darat seperti katak, buaya, kura-kura,

dan sebagainya.

b)       Haiwan Laut. Pada hakikatnya, semua haiwan laut hanya hidup dalam air sahaja dan adalah halal bagi orang Islam, kecuali:

1. Semua jenis haiwan laut yang mengandungi racun. 2. Semua jenis haiwan laut yang boleh memabukkan jika dimakan; dan semua jenis

haiwan laut yang boleh mendatangkan kemudharatan atau bahaya kepada kesihatan manusia.

9

Page 11: Tugasan utama rekabentuk kurikulum

4. Alat Penyembelihan:

1. Alat penyembelihan yang hendak digunakan mestilah tajam, boleh melukakan, dan mengalirkan darah binatang tersebut. Contohnya seperti pisau, parang, dan sebagainya.

2. Alat tersebut mestilah tidak boleh diperbuat daripadaa gigi, tulang, atau kuku.

Bahagian Yang Disembelih:

Sembelihan yang sah hendaklah memutuskan halqum (saluran pernafasan) dan mari’ (saluran makanan dan minuman) dan memutuskan vena jagular dan arteri karotid. Hukum memutuskan halkum dan mari’ adalah wajib manakala memutuskan vena jagular dan arteri karotid adalah sunat.

Bagi haiwan yang tidak dapat disembelih pada leher kerana sesuatu sebab seperti haiwan buruan, maka adalah dibolehkan penyembelihan pada mana-mana bahagian anggotanya. Ini adalah untuk mematikannya dengan syarat niat menyembelih.

SYARAT SAH PENYEMBELIHAN

Syarat sah penyembelihan adalah seperti berikut:

1. Penyembelihan dilakukan oleh orang Islam atau ahli kitab.2. Dilakukan dengan niat menyembelih kerana Allah.3. Binatang itu masih hidup ketika disembelih.4. Binatang itu adalah halal dimakan.5. Menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi dan tulang.6. Putus halqum dan urat mari’ dengan sebab penyembelihan.7. Mati dengan sekali sembelihan sahaja.8. Tidak dilakukan penyembelihan kerana selain dari Allah.9. Tidak dilakukan dalam ihram (binatang buruan darat).

Tambahan: Sejajar dengan perkembangan semasa penyembelihan bagi tujuan komersil mesti dilakukan oleh orang yang mendapat sijil tauliah penyembelihan dari Jabatan Agama Islam Negeri.

PERKARA SUNAT SEMASA PENYEMBELIHAN

1. Membaca basmalah.2. Menghadap binatang tersebut ke arah qiblat.3. Membaca salawat ke atas Nabi.4. Memutuskan dua urat dari kiri dan kanan supaya cepat mati.5. Menggunakan pisau yang tajam.6. Binatang itu dibaringkan di atas rusuk kiri.7. Melakukan penyembelihan dengan segera.

PERKARA MAKRUH SEMASA PENYEMBELIHAN

1. Mengasah pisau di hadapan binatang yang hendak disembelih.

10

Page 12: Tugasan utama rekabentuk kurikulum

2. Menyembelih hingga terputus kepala. 3. Penyembelihan dilakukan oleh orang perempuan.

Di dalam objektif khusus yang ketiga, saya mensasarkan melalui kursus ini agar pelajar dapat melakukan amali sembelihan dengan betul dan sempurna berdasar ilmu yang disampaikan seperti berikut ;

11

Page 13: Tugasan utama rekabentuk kurikulum

Melalui objektif-objektif di atas, saya sebenarnya ingin pelajar merasai sendiri pengalaman melakukan sembelihan di mana selama ini mereka berkemungkinan melihat orang lain menyembelih.

I.0 Isi kandungan Kursus Sembelihan Secara Teori dan AmaliBerdasarkan Model Tyler, didapati isi pelajaran mestilah disusun ( organised ) mengikut

urutan dari tajuk yang mudah ke tajuk yang sukar. Kebaikan ialah, pelajar akan dapat menguasai isi pelajaran secara berperingkat iaitu dari tajuk mudah ke tajuk sukar. Dalam aspek isi pelajaran, kita boleh rujuk pada bahagian turutan dalam kerangka konseptual.

I.1 Konsep Sembelih dan maksudnyaIsi kandungan kursus ini bermula dengan aras yang paling mudah iaitu menekan pelajar memahami konsep sembelihan dalam Islam. Di dalam sub topik ini, pelajar perlu menguasai kemahiran pertama iaitu memahami maksud sembelihan dan pelajar boleh menyatakannya dengan jelas. Pada dasarnya pelajar telah pun tahu apa itu sembelihan berdasarkan kepada pengalamannya yang lepas di luar bilik darjah secara tidak formal. Oleh itu untuk memahami konsep sembelihan bukan suatu yang sukar tetapi melalui konsep pengertian yang sebenar pelajar mengetahui kerana kesemua isi telah didedahkan kepada pelajar dari aspek kognitif tang terdapat dalam skop kerangka konseptual.

I.2 Rukun sembelihan dan syarat sahKemudian beralih ke isi pelajaran yang kedua iaitu rukun sembelihan dan syarat-syarat sahnya. Fokus isi pelajarannya adalah yang berkaitan dengan sembelihan seperti berikut :

Rukun sembelihan ;

1. Penyembelih 2. Binatang yang disembelih3. Alat penyembelihan4. Bahagian yang disembelih

Syarat sah :

1. Penyembelihan dilakukan oleh orang Islam atau ahli kitab.2. Dilakukan dengan niat menyembelih kerana Allah.3. Binatang itu masih hidup ketika disembelih.4. Binatang itu adalah halal dimakan.5. Menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi dan tulang.6. Putus halqum dan urat mari’ dengan sebab penyembelihan.7. Mati dengan sekali sembelihan sahaja.8. Tidak dilakukan penyembelihan kerana selain dari Allah.9. Tidak dilakukan dalam ihram (binatang buruan darat).

12

Page 14: Tugasan utama rekabentuk kurikulum

I.3 Perkara sunat dan makruh

Pada tahap ini pelajar didedahkan dengan tahap yang lebih sukar sedikit disbanding dengan tahap pertama. Pelajar didedahkan dengan pengkelasan maklumat-matlumat yang berbeza. Pelajar perlu membuat pengkelasan dan perbezaan antara ciri-ciri sunat dan makruh dalam proses sembelihan. Fokus isi pelajarannya adalah seperti berikut.

Perkara sunat

1. Membaca basmalah.2. Menghadap binatang tersebut ke arah qiblat.3. Membaca salawat ke atas Nabi.4. Memutuskan dua urat dari kiri dan kanan supaya cepat mati.5. Menggunakan pisau yang tajam.6. Binatang itu dibaringkan di atas rusuk kiri.7. Melakukan penyembelihan dengan segera.

Perkara makruh

1. Mengasah pisau di hadapan binatang yang hendak disembelih. 2. Menyembelih hingga terputus kepala. 3. Penyembelihan dilakukan oleh orang perempuan.

I.4 Proses sembelihan

Pada tahap ini pelajar dikehendaki untuk menjalani amali sembelihan secara individu. Sebelum itu, pelajar didedahkan dengan ciri-ciri alatan yang dibenarkan dalam sembelihan. Isi pelajarannya adalah seperti berikut.

1. Alat penyembelihan yang hendak digunakan mestilah tajam, boleh melukakan, dan mengalirkan darah binatang tersebut. Contohnya seperti pisau, parang, dan sebagainya.

2. Alat tersebut mestilah tidak boleh diperbuat daripadaa gigi, tulang, atau kuku.

Semasa tahap ini pelajar akan merasai pengalaman menyembelih binatang. Adakalanya pelajar akan melakukan kesilapan dalam penyembelihan seperti urat tidak putus dan sebagainya. Pelajar akan mula membuat analisa berdasarkan apa yang dipelajarinya semasa kelas teori sama ada sembelihannya sah atau tidak, mengikut aturan sunat atau sebaliknya. Kiranya sembelihan tidak sah maka pelajar akan cuba mengenalpasti kesilapan yang dilakukan.

I.5 Penyataan hukum, hikmah dan nilai murni

Pada tahap ini, pelajar akan membuat satu kesimpulan atau hukum sembelihan yang dilakukan sama ada sah atau tidak berdasarkan perbincangan bersama guru yang bertindak sebagai fasilitator. Nilai murni dapat diterapkan di peringkat ini melalui semangat kerja sama

13

Page 15: Tugasan utama rekabentuk kurikulum

kerana apabila proses penyembelihan hendak dijalankan pelajar akan dibantu oleh rakan yang lain untuk memegang haiwan sembelihan. Ketika ini, pelajar masih belum mahir untuk menyembelih secara bersendirian bagi haiwan yang kecil seperti ayam. Selain itu dapat mendidik pelajar supaya dapat mengawal diri ketika melakukan sembelihan.

3.0 Kaedah

Saya akan menggunakan beberapa pendekatan di dalam melaksanakan kursus sembelihan ini. Antara kaedah yang dijalankan adalah seperti berikut ;

3.1 Kaedah 1 : Kuliah dan Tanyangan Slide

Bagi menjelaskan isi pelajaran yang berkaitan kursus, saya akan menggunakan pendekatan memberi penerangan berkaitan sembelihan melalui ceramah yang diselang-seli dengan tayangan slide bergambar atau Digital Story Telling ( DST ). Pelajar dianggarkan seramai 150 orang akan dikumpulkan di dalam sebuah dewan. Dalam kaedah satu, guru akan menayangkan gambar-gambar proses penyembelihan di rumah penyembelihan di dalam negara dan luar negara sama ada yang dilakukan oleh orang Islam atau bukan Islam. Guru akan meminta pelajar menjangkakan apa sebenarnya maksud tersirat di sebalik gambar yang dipaparkan tersebut. Selepas mendapat respon dari pelajar, guru meminta pelajar membuat kesimpulan tentang maklumat yang terdapat di dalam gambar tersebut.

Guru mengambil peranan untuk menerangkan konsep sembelihan kepada pelajar mengikut syarak dan lunas agama Islam. Pelajar akan membuat catatan melalui pemerhatian terhadap penerangan guru. Segala konsep yang berkaitan tentang sembelihan akan diterangkan kepada pelajar supaya pelajar mendapat gambaran jelas mengenai sembelihan dalam islam.

Selepas itu, guru menayangkan kembali gambar atau tayangan video tentang beberapa situasi sembelihan sama ada yang dilakukan oleh orang Islam ataupun bukan Islam. Pelajar akan membuat kesimpulan tentang tayangan gambar dan video serta menerangkan hukum yang berkaitan dengan bantuan dari guru. Guru bertindak sebagai fasilitator pada ketika ini bagi memberi ruang kepada pelajar menyatakan pendapat. Guru akan membetulkan penyataan agama kiranya ada kesilapan dari segi hukum syarak.

3.2 Kaedah 2 : Amali Sembelihan

Selepas proses penerangan teori, pelajar-pelajar akan melakukan amali sembelihan. Pelajar akan dibahagikan kepada 15 kumpulan dengan setiap kumpulan mengandungi 10 orang pelajar. Setiap kumpulan akan dibantu oleh guru bagi menunjukkan cara sembelihan yang betul berdasarkan syarak. Pelajar akan menerima seekor ayam setiap seorang dan melakukan aktiviti sembelihan tersebut. Guru akan menunjukkan kemahiran memegang pisau dan juga memegang ayam dengan betul. Pelajar akan menyembelih ayam tersebut seorang demi seorang sambil diperhatikan oleh guru dan rakan pelajar lain. Ayam yang telah

14

Page 16: Tugasan utama rekabentuk kurikulum

disembelih tadi akan dikumpulkan dan diperiksa oleh guru setiap kumpulan bagi memastikan adakah sembelihan tersebut sah dan mengikut syarat sah sembelihan.

3.3 Kaedah 3 : Pembentangan kumpulan dan sumbang saran

Setelah selesai amali sembelihan, pelajar akan membuat pembentangan kumpulan berdasarkan latihan amali sembelihan. Kebiasaannya akan ada ayam yang tidak sah sembelihannya keranam tidak cukup syarat tadi. Pelajar akan membentang dapatan sebab sah atau tidak sembelihan tersebut serta hukum ayam itu boleh dimakan ataupun tidak. Apa kategori ayam tersebut halal atau pun tidak. Setiap kumpulan hendaklah menghurai secara teorinya kursus tersebut dan kaitanya dengan amali. Pelajar dari kumpulan lain boleh mengambil bahagian semasa sesi soal jawab dan juga boleh memberikan idea yang baik dalam bentuk sumbang saran. Pelajar juga boleh bertanyakan hukum yang berkaitan dan akan dijawab oleh guru bagi memberi pendedahan yang jelas.

4.0 Penilaian

Berdasarkan kepada tiga objektif khusus yang telah ditetapkan, terdapat tiga kemahiran yang akan dinilai hasil daripada kursus sembelihan secara teori dan amali. Pertama, adakah pelajar dapat menyatakan maksud sembelihan, rukunnya dan syarat sahnya menurut Islam ? Kedua, dapatkah pelajar melakukan amali sembelihan dengan sempurna ? Ketiga, adakah pelajar boleh mengimplementasikan teori yang dipelajari kepada amali yang dilakukan ? Penilaian yang dijalankan ini adalah berdasarkan kemahiran yang terdapat dalam kesinambungan pada kerangka konseptual.

4.1 Penilaian Objektif 1

Penilaian objektif 1 merujuk kepada adakah pelajar adakah pelajar dapat menyatakan definisi sembelihan, rukunnya dan syarat sahnya menurut Islam ?. Bagi menilai objektif ini, saya merujuk boring respon pelajar pada sesi tayangan slide pada sesi pertama kursus dan jawapan pelajar pada borang maklumat 1 ( seperti dilampiran 1 ). Semasa sesi tayangan slide sekiranya pelajar dapat menceritakan dengan betul setiap gambar yang dipaparkan (gambar 1, gambar 2 dan gambar 3) dan dapat menyebut maksud sembelihan, rukunnya dan syarat sahnya pada borang maklumat 1, soalan 1 dengan tepat maka pelajar dapat menguasai salah satu dari kemahiran pertama ( memahami definisi sembelihan ) iaitu kemahiran menyatakan definisi sembelihan. Pelajar yang dapat mengisi rukun dan syarat sah sembelihan dengan betul menunjukkan bahawa pelajar telah faham konsep sembelihan. Maka bolehlah saya katakan bahawa objektif pertama telah tercapai. Jika berlaku sebaliknya, guru perlu membuat tindakan susulan seperti mengadakan sesi soal jawab untuk mengukuhkan daya ingatan pelajar.

Sebelum membuat penilaian bagi kemahiran 2 iaitu menghuraikan perkara sunat dan makruh dalam sembelihan ( sila rujuk kesinambungan pada kerangka konseptual ) guru boleh

15

Page 17: Tugasan utama rekabentuk kurikulum

menilai kemahiran memahami definisi dengan merujuk kepada jawapan pelajar pada borang maklumat 1, soalan 2 (rujuk Lampiran 3). Pelajar yang dapat melengkapkan peta minda berkaitan sembelihan, menandakan pelajar telah faham dan dapat menguasai kemahiran tersebut. Oleh sebab itu, guru boleh menilai kemahiran 2 iaitu menghuraikan perkara sunat dan makruh dalam sembelihan.

4.2 Penilaian Objektif 2

Kemahiran 2 (sila rujuk kesinambungan) menilai sejauh manakah pelajar dapat menghuraikan isi pelajaran yang berkaitan dengan perkara sunat dan makruh. Semua isi pelajaran ini diperolehi melalui pemerhatian semasa sesi teori. Fokus saya ialah berdasarkan objektif yang kedua iaitu pelajar dapat menghuraikan faktor-faktor yang menerangkan perkara sunat dan makruh dalam sembelihan. Bagi menilai objektif kedua, pertamanya saya akan melihat kepada borang maklumat 2. Jika pelajar berjaya mengisi perkara-perkara tersebut dengan jelas beserta contoh, maka objektif kedua akan tercapai.Tetapi jika pelajar hanya boleh melengkapkan perkara-perkara tersebut tetapi tidak dapat menghuraikan dengan baik, maka guru berperanan membimbing pelajar untuk membuat huraian dengan mantap.

4.3 Penilaian Objektif 3

Bagaimana pula dengan penilaian bagi objektif yang ketiga? Fokus penilaian yang ketiga ialah adakah pelajar boleh mengimplementasikan teori yang dipelajari kepada amali yang dilakukan ? Objektif ketiga juga mengukur kemahiran amali sembelihan. Berdasarkan teori yang dipelajari, pelajar melakukan sendiri amali tersebut. Dapatan aktiviti berkaitan sembelihan,saya akan merujuk jawapan pelajar pada borang maklumat 2 ( Lampiran 4 ).Sekiranya pelajar boleh melakukan amali tersebut dengan baik, objektif ketiga ini dianggap berjaya dicapai.

Sungguhpun begitu saya berpendapat sekiranya pelajar dapat mengaplikasi setiap teori yang dipelajari dalam sesi awal kursus, maka kursus ini dianggap sangat Berjaya. Pembentukan peribadi yang positif berteraskan nilai-nilai murni selepas mempelajari sesuatu berasaskan aliran rekonstruktionism, pelajar berjaya bekerja sama sebagai satu kumpulan masyarakat dengan melakukan setiap aktivit secara bantu membantu dan tolong menolong ketika latihan amali dijalankan. Saya berpendapat demikian kerana pemupukan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar tidak berlaku secara terus. Sebaliknya nilai ini perlu dipupuk secara tidak langsung melalui isi pelajaran yang diberi. Walau bagaimanapun, nilai-nilai murni hanya boleh terbentuk apabila lahir rasa tanggungjawab, insaf dan bersyukur dalam diri pelajar terhadap fenomena yang berlaku di sekeliling mereka.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa rekabentuk kurikulum kursus sembelihan secara teori dan amali menggabungkan teras aliran berpusatkan pelajar dan aliran rekonstruktionism yang berasaskan penyelesaian masyarakat. Bersandarkan kepada Model Kurikulum Tyler, rekabentuk kurikulum kursus sembelihan ini telah mempraktikkan tiga

16

Page 18: Tugasan utama rekabentuk kurikulum

kemahiran utama iaitu kemahiran memahami definisi sembelihan, menghuraikan proses sebelum dengan menyatakan perkara sunat dan makruh dalam sembelihan dan melakukan amali sembelihan. Berdasarkan tiga objektif yang telah ditetapkan, pelajar bukan sahaja dapat memahami proses sebelum, semasa dan selepas sembelihan, malah pelajar dapat mempraktikkan nilai- nilai murni seperti bertanggungjawab dan bekerjasama yang terdapat di dalam isi pelajaran sembelihan dan amali .Apa yang jelas, sekiranya guru mampu merekabentuk satu kurikulum yang dapat menggerakkan pemikiran pelajar secara kritis ke arah nilai-nilai murni dan bukan berasaskan epistimologi (ilmu pengetahuan) semata-mata, saya percaya pelajar yang lahir kelak akan lebih prihatin, bertanggungjawab dan hidup dalam keadaan aman dan harmonis dan dapat menjadi ahli masyarakat yang lebih bertanggungjawab.

Rujukan

Giles, H.H. , McCutchen S.P. and Zechiel A.N.,(1942). Exploring the Curriculum. New York. Harper.

Ishak Ramli. (2005). Inilah Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Gerald L. Gutek ( 2004 ) Philosophical and Ideological Voices in Education. Pearson Education

Abdul Fatah Hasan ( 2007 ) Falsafah Pendidikan.Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

llan C. Ornstein. Francis P. Hunkins ( 1988 ). Curriculum : Foundations, Principles, and Issues. Prentice Hall, Englewood Cliffs, New Jersey

17

Page 19: Tugasan utama rekabentuk kurikulum

Mohd Zaini Yahya, Zamri Abdul Rahim dan Efendi Sahi. ( 2003 ) Pendidikan Islam Tingatan 4. Dewan Bahasa dan Pustaka

Gambar Cara Sembelihan Binatang. Sumber dari Peta bandar Petaling Jaya. http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/ibadat/penyembelihan.htm oleh Jabatan Mufti Melaka

Lampiran 1

Tentative kursus sembelihan secara amali dan teori

Hari : SabtuTarikh : 18 Oktober 2014Tempat : Pusat Asnaf Zakat Selangor, Ulu Yam Baru

Bil Masa Aktiviti01. 7.30 – 8.30 pagi Pendaftaran dan taklimat02. 8.30 – 9.30 pagi Sesi 1 :

Pengertian sembelihanRukun sembelihanSyarat sah sembelihan

03. 9.30 – 10.30 pagi Sesi 2 :Perkara sunat sembelihan

18

Page 20: Tugasan utama rekabentuk kurikulum

Perkara makruh sembelihan04. 10.30 – 11.00 pagi Minum pagi05. 11.00 pagi – 1.00 petang Sesi 3 :

Amali Sembelihan06. 1.00 petang – 2.30 petang Makan tengahari dan Solat

zohor07. 2.30 petang – 4.30 petang Sesi pembentangan08. 4.30 petang Minum Petang dan bersurai

Bertolak pulang keSM. Sains Hulu Selangor

Lampiran 2Borang maklumat 1

Pendidikan Islam Tingkatan 4 SembelihanNama pelajarNama kumpulanTingkatan 4

1. Berdasarkan tayangan slide, nyata maksud sembelihan____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

2. Lengkapkan rukun sembelihan

a. _____________________________________________________________b. _____________________________________________________________

19

Page 21: Tugasan utama rekabentuk kurikulum

c. _____________________________________________________________d. _____________________________________________________________

3. Nyatakan syarat-syarat sah sembelihan

a. ___________________________________________________________b. ___________________________________________________________c. ___________________________________________________________d. ___________________________________________________________

Skema jawapan

1. Berdasarkan tayangan slide, nyata maksud sembelihanSembelihan ialah mematikan binatang dan menghalalkan dagingnya. Sembelihan menurut bahasa ialah ‘Thayyib‘ iaitu mengelokkan. Pengertian kedua adalah ‘Tatmim’ membawa maksud menyempurnaan iaitu menyempurnakan apa yang diharuskan dengan cara sembelihan. Sembelihan adalah salah satu cara untuk mematikan atau menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan memutuskan urat halkum dan urat marih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah.

2. Lengkapkan rukun sembelihan

1. Penyembelih2. Binatang sembelihan3. Alat untuk menyembelih4. Keadaan (tempat / perbuatan) sembelihan.

Orang yang menyembelih

20

Page 22: Tugasan utama rekabentuk kurikulum

a. Hendaklah beragama Islam atau Ahli Kitab (Kitabiyah).b) Baligh; tidak sah jika kanak-kanak.c) berakal; tidak sah jika orang gilad) Tidak dalam ihram haji atau umrahe) Dengan sengaja membaca Basmalah..

Binatang Yang Disembelih

a) Binatang yang halal dimakanb) binatang itu masih hidupc) Mati dengan sekali sembelihand) wajib putus urat pernafasan (urat merih) dan urat tempat lalu makanan (halkum)..

Alat Sembelihan

a) Mestilah alat yang tajam seperti pisaub) Dibolehkan dari besi (logam), kayu, buluh, kaca, batu atau alat-alat lain yang ditajamkan.c) Tidak termasuk gigi, tulang dan kuku.

1. .

Tempat Sembelihan

Terdapat 2 keadaan penyembelihan iaitu penyembelihan ke atas binatang yang berkuasa keatasnya dan penyembelihan ke atas binatang yang tida tidak berkuasa ke atasnya.

.

a)  Penyembelihan ke atas binatang yang berkuasa (menangkap & menyembelih) ke atasnya.

Wajib memutuskan dengan sempurna urat HALKUM dan urat MARIH. (Halkum ialah tempat salur nafas pernafasan dan marih pula tempat salur makan dan minum.)

.

b)  Penyembelihan ke atas binatang yang tidak berkuasa ke atasnya.

Binatang yang sukar ditangkap (buruan) atau binatang yang tidak dapat disembelih pada lehernya seperti sembelihan biasa seperti binatang yang terjatuh ke dalam perigi dan sukar dikeluarkan. Memadai dengan melukakan mana-mana bahagian pada tubuhnya hingga mampu menyebabkan mati.

2. Nyatakan syarat-syarat sah sembelihan ;

1. Sembelihan dilakukan dengan niat menyembelih2. Sembelihan dilakukan kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain seperti untuk

disembah kepada jembalang dan sebagainya.3. Putus urat halkum (saluran penafasan) dan urat marih (saluran marih)

21

Page 23: Tugasan utama rekabentuk kurikulum

4. Binatang tersebut halal dimakan dan masih hidup5. Binatang tersebut mati dengan sekali sembelihan6. Disembelih oleh orang Islam7. Menggunakan alat yang tajam selain daripada kuku, gigi dan tulang8. Binatang itu mati disembelih bukan kerana yang lain seperti mati terjut atau terjatuh

dalam perigi ketika disembelih. 

Lampiran 3

Borang maklumat 2

Pendidikan Islam Tingkatan 4 SembelihanNama pelajarNama kumpulanTingkatan 4

Berdasarkan kepada tayangan slide lengkapkan maklumat-maklumat berikut :

1. Perkara-perkara sunat dalam sembelihan :

1. _________________________________________2. _________________________________________3. _________________________________________4. _________________________________________5. _________________________________________6. _________________________________________

22

Page 24: Tugasan utama rekabentuk kurikulum

7. _________________________________________8. _________________________________________

2. Perkara-perkara makruh dalam sembelihan :

1. _________________________________________2. _________________________________________3. _________________________________________4. _________________________________________5. _________________________________________6. _________________________________________

Skema jawapan

Berdasarkan kepada tayangan slide lengkapkan maklumat-maklumat berikut :

a. Perkara-perkara sunat dalam sembelihan :

1. Membaca Bismillah2. Berselawat ke atas nabi3. Mengadap kiblat4. Membaringkan binatang di rusuk kiri semasa menyembelih5. Menyembelih di pangkal leher binatang6. Memutuskan kedua-dua urat yang terletak di kiri dan kanan leher supaya binatang

cepat mati.7. Melakukan sembelihan pada waktu siang.8. Menggunakan alat sembelihan yang paling tajam.

b. Perkara-perkara makruh dalam sembelihan :

23

Page 25: Tugasan utama rekabentuk kurikulum

a. Menggunakan alat yang tumpulb. Menampakkan alat sembelihan kepada binatangc. Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya hilangd. Tidak menyebut nama Allahe. Tidak menghalakan binatang ke arah kiblatf. Melakukan sembelihan di hadapan binatang lain yang akan disembelih.

Lampiran 4

Borang maklumat 3

Pendidikan Islam Tingkatan 4 SembelihanNama pelajarNama kumpulanTingkatan 4

Berdasarkan kepada latihan amali sembelihan sila nyatakan hikmah sembelihan :

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

24

Page 26: Tugasan utama rekabentuk kurikulum

Skema jawapan

Berdasarkan kepada latihan amali sembelihan sila nyatakan hikmah sembelihan :

1.  Boleh mematikan binatang dengan cara yang cepat dan selamat.2.  Dapat mengeluarkan darah dan membersihkan daging darinya bagi menghindarkan penyakit.3.  Memastikan daging bersih dan bermutu.4.  Sebagai tanda penghormatan kepada makhluk-makhluk lain ciptaan Allah.5.  Membezakan antara daging halal dan haram.6.  Binatang yang disembelih tidak terseksa berbanding dengan cara lain.

25