Tugasan2

download Tugasan2

of 12

description

PKE3013E

Transcript of Tugasan2

Perkataan adolescence (remaja) berasal daripada Latin iaitu adolescere yang bermaksud tumbuh dan berkembang ke arah kematangan (Shahizan, Tsai & Saw, 2003). Tempoh perkembangan ini boleh membawa isu-isu kemandirian dan jati diri kerana remaja akan bermula berdikari dan memperolehi kematangan emosi dan sosial yang akan dicapai melalui interaksi sosial dan hubungan dengan jantina yang berlainan. Jati diri bermaksud identiti diri yang utuh dengan nilai-nilai adat, budaya, agama, bangsa dan negara (Pusat Rujukan Persuratan Melayu, t.t.). Oleh demikian, pembangunan identiti dan pembentukan jati diri yang menekankan konsep diri, harga diri dan kasih sayang keluarga merupakan fasa yang sangat penting kepada perkembangan sosial dan penjagaan kesihatan seksualiti remaja.Bagi aspek harga diri, ini menentukan keterampilan diri melalui persepsi mental seseorang tentang kualiti dirinya (Perkembangan Aspek Sosial, t.t). Sekiranya, seseorang berasa dia berkemahiran, mempunyai penguasaan terhadap sendiri dan mempunyai keyakinan diri, harga diri akan dicapai seperti yang dijelaskan di heirarki keperluan Maslow dan membentuk jati diri yang unggul. Bagi remaja yang mempunyai harga diri yang tinggi, dia akan memilih untuk melibatkan diri dengan perlakuan sosial yang baik. Menurut Fantasia (2009), salah satu faktor pelindung kepada seksual akitiviiti ialah penghargaan diri yang tinggi. Terdapat laporan yang menyatakan remaja yang melambatkan aktiviti seksual mempunyai penghargaan diri yang tinggi. Tambahan lagi, seorang remaja yang mempunyai harga diri bersedar akan hak asasi, penghormatan dan tanggungjawab terhadap sendiri dan orang lain (Nik Rubiah Nik Abd Rashid & Lim, 2012). Ini disebabkan oleh pemahaman terhadap bahawa tindakannya boleh membawa kesan kepada diri sendirinya dan juga orang di sekelilingnya. Sebagai contoh, seseorang yang berharga diri tinggi sentiasa memegang komitmen dengan pasangannya iaitu hanya menjalankan pergaulan seksual selepas perkahwinan. Tidak dinafikan bahawa cara pemakaian individu yang berharga diri juga sesuai dan tidak menjolok mata demi penjagaan kesihatan seksualiti. Konsep kendiri adalah gambaran berkaitan sikap, kepercayaan, nilai, keinginan, tanggapan dan harga diri (Azizi Yahaya & Jaafar Sidek Latif, 2005). Remaja sangat sensitif dengan cara orang lain dan masyarakat melihat diri sendiri dan turut mengalami perubahan fikiran berkenaan dirinya. Dalam erti kata lain, konsep kendiri mempengaruhi keyakinan seseorang remaja dan memperkasa pembentukan jati diri remaja yang unggul. Lazimnya remaja yang berkeyakinan diri mempunyai konsep kendiri yang positif dan ini mendorong mereka mewujudkan interaksi yang harmoni dengan masyarakat sekeliling. Ini disebabkan remaja bersifat optimistik dan stabil serta seimbang dari segi emosi, turut memudahkan interaksi dengan orang lain. Selain itu, remaja yang mempunyai konsep kendiri yang positif mempunyai kebolehan melihat yang umum berkenaan keselamatan-bahaya dan penerimaan-penolakan serta pengesahan tingkah laku diri yang memberi impak kepada orang lain dan persekitaran (Jamaludin Ramli, 2010). Dalam keadaan ini, remaja mempunyai pemahaman yang mendalam terhadap tingkah laku yang sesuai dari segi pergaulan seksual. Oleh itu, remaja akan mengelakkan diri daripada terlibat dalam gejala sosial seperti pergaulan bebas dan dapat menjaga kesihatan seksualiti sendiri. Tempoh remaja adalah tempoh kehairahan dan emosi yang tidak stabil, dan semasa keremajaan, kasih sayang merupakan perasaan yang paling kuat. Oleh itu, bimbingan daripada orang sekeliling, terutamanya ibu bapa adalah sangat penting. Dengan ini, kasih sayang memainkan peranan yang amat penting dalam menyemaikan keprihatinan dalam akhlak seseorang remaja dan ini turut menjamin perkembangan sosial remaja yang harmoni. Hal ini demikian kerana remaja yang berkasih sayang berupaya untuk menjaga pertuturan yang sopan dalam pergaulan seharian seterusnya menyumbangkan kepada interaksi sosial yang baik. Akil baligh juga menyebabkan remaja mula meneroka identiti gender dan seksualiti secara mendalam. Sekiranya remaja berada di pengaruh yang positif daripada keluarga, mereka akan mempunyai kepercayaan peribadi yang kukuh terhadap seks, di mana mereka akan membentuk persepsi negatif terhadap hubungan seks yang awal. Bagi remaja menerima kasih sayang keluarga dan galakan yang positif dalam penerokaan peribadi, remaja tersebut akan menumbul jati diri yang unggul. Ini membawa impak yang besar kepada remaja terutama pemahaman dan keputusan mengenai aktiviti seksual. Sehubungan dengan ini, komunikasi tentang topik-topik seks yang terbuka dan selesa antara remaja dan ibu bapa dapat memastikan remaja mempunyai efikasi kendiri menahan diri yang tinggi (Dilorio, Kelley, & Hockenberry-Eaton, seperti yang dipetik dalam Fantasia, 2009). Jelaslah bahawa kasih sayang menyumbang kepada perkembangan sosial remaja yang harmoni dan penjagaan seksualiti yang sihat.Seperti mana yang dicadangkan oleh Albert Bandura, manusia mementingkan peranan kepercayaan terhadap sendiri dan pemikiran seseorang termasuk tingkah lakunya merupakan hasil interaksi dinamik di bawah pengaruh peribadi dan alam sekitar (Pajares & Urdan, 2006). Oleh itu, masyarakat termasuk pihak sekolah serta keluarga memikul peranan dalam membentuk jati diri remaja yang unggul melalui pemupukan harga diri yang tinggi, konsep kendiri positif dan kasih sayang keluarga yang sepenuhnya. Ini secara langsung membawa kebaikan kepada perkembangan sosial dan penjagaan kesihatan seksualiti remaja yang merupakan bakal pemimpin negara kita.

RujukanBukuAzizi Yahaya & Jaafar Sidek Latif. (2005). Membentuk Identiti Remaja. Bentong:PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.Pajeres, F., & Urdan, T. C. (2006). Self-efficiacy beliefs of adolescents. United States:Information Age Publishing. Inc.Shahizan Hasan, Tsai, C. C., & Siaw, H. C. (2003). Intrapersonal & Interpersonal Untuk Remaja. (4th ed.). Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.ThesisFantasia, H. C. (2009). Late Adolescents Perceptions of Factors that InfluencedTheir Sexual Decision Making. Published degrees thesis, Boston College, Massachusettes, United States.Panduan KursusJamaludin Ramli. (2010). Bab 6: Pengertian Konsep Kendiri. [Panduan Kursus] Psikologi Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.Perkembangan Aspek Sosial. (t.t.). [Panduan Kursus] Kesihatan diri dan keluarga, Open University Malaysia.InternetNik Rubiah Nik Abd Rashid & Lim, S. Y. (2012). Memahami Seksualiti. Dilayari Ogos24, 2015 darihttp://www.myhealth.gov.my/index.php/remaja/kesihatan-seksual/seksualiti-andaPusat Rujukan Persuratan Melayu. (t.t). Dilayari Ogos 24, 2015 dari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jati&d=10

BUKU

INTERNET

THESIS

PANDUAN KURSUS