TugasanPJSemJan2013

19
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBPE 1203 KECERGASAN FIZIKAL SEMESTER JANUARI 2013 “BATERI UJIAN KECERGASAN: PERANCANGAN UJIAN LOMPAT KUADRAN TAHUN 5 BESTARI SEKOLAH KEBANGSAAN KANGKAR PULAI” Nama : Suhaiza binti Ja’afar No. K/P : 780510-11-5108 Tel: 019-7345108 e-mail: [email protected] Nama Tutor:Syed Muhd Kamal bin Syed A.Bakar 1

description

TugasanPJSemJan2013

Transcript of TugasanPJSemJan2013

Page 1: TugasanPJSemJan2013

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBPE 1203

KECERGASAN FIZIKAL

SEMESTER JANUARI 2013

“BATERI UJIAN KECERGASAN: PERANCANGAN UJIAN LOMPAT KUADRAN

TAHUN 5 BESTARI SEKOLAH KEBANGSAAN KANGKAR PULAI”

Nama : Suhaiza binti Ja’afar

No. K/P : 780510-11-5108

Tel: 019-7345108

e-mail: [email protected]

Nama Tutor:Syed Muhd Kamal bin Syed A.Bakar

Semester Januari 2013

1

Page 2: TugasanPJSemJan2013

Isi Kandungan Muka Surat

Soalan 1

1.0 Abstrak 3

2.0 Tajuk 4

“Bateri Ujian Kecergasan:Perancangan Ujian Lompat Kuadaran

Tahun 5 Bestari Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai”

3.0 Pengenalan Ujian Ketangkasan Lompat Kuadran

3.1 Definisi Ujian Ketangkasan 4

3.2 Matlamat 5

3.3 Objektif 5

3.4 Prosedur Ujian Lompat Kuadran 5

4.0 Rancangan Pengajaran 7

5.0 Analisis Skor Ujian Lompat Kuadran 16

6.0 Kekuatan dan Kelemahan 17

7.0 Kesimpulan 18

8.0 Rujukan 19

2

Page 3: TugasanPJSemJan2013

1.0 ABSTRAK

Kecergasan fizikal adalah kemampuan dan kebolehan seseorang melakukan aktiviti

seharian tanpa merasa letih serta masih mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti

kesenggangan.

Definisi kecergasan fizikal:

       Falls (1980)

"Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang   berkaitan dengan fungsi

fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan dari

ancaman penyakit-penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung,

kegemukan dan berbagai-bagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula

merujuk kepada fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu yang membolehkan beliau

bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih tenaga daya kuasa, kekuatan, daya tahan,

kemahiran dan sebagainya"

Tiap-tiap orang boleh meningkatkan kecergasan fizikalnya hingga ke tahap maksima. 

Untuk mencapai ke tahap kecergasan ini seseorang harus baik dalam tiap-tiap komponen

kecergasan.   Program kecergasan fizikal yang seimbang terdiri dari gabungan senaman yang

boleh meningkatkan daya kadiovaskular, kekuatan otot, ketahanan dan kelenturan. 

Ujian lompat kuadran adalah ujian ketangkasan untuk menilai kebolehan seseorang

menukar posisi badannya dengan pantas dengan melompat ke arah yang berlainan. Ujian

ketangkasan ini lazimnya mempunyai tiga komponen iaitu pertukaran dalam arah larian,

perubahan dalam kedudukan badan dan pertukaran arah sebahagian badan.

3

Page 4: TugasanPJSemJan2013

2.0 TAJUK

“Bateri Ujian Kecergasan:Perancangan Ujian Lompat Kuadaran Tahun 5 Bestari Sekolah

Kebangsaan Kangkar Pulai”

3.0 PENGENALAN UJIAN KETANGKASAN LOMPAT KUADRAN

3.1 DEFINISI

Ketangkasan adalah kebolehan dan keupayaan disamping mempunyai kemahiran

untuk memulakan, menghentikan dan mengubah pergerakan posisi tubuh badan dengan

pantas dan tepat tanpa kehilangan keseimbangan posisi tubuh badan. Menurut Sheppard dan

Young (2006), menyatakan ketangkasan sebagai kecepatan seluruh pergerakan tubuh dengan

perubahan velositi atau tindak balas kepada rangsangan.

Ketangkasan merupakan salah satu unsur dalam faktor fisiomotor daripada koordinasi

otot saraf selain daripada unsur faktor fisiomotor yang lain iaitu keseimbangan, kelajuan,

masa reaksi dan kuasa. Koordinasi otot saraf yang melibatkan kepantasan dan ketepatan

adalah diperolehi daripada tindakan sistem saraf ke atas sistem otot dengan reaksi otot yang

betul untuk menghasilkan pergerakan yang diingini.

Untuk mencapai keupayaan ketangkasan yang tinggi, kombinasi berikut sangat

diperlukan iaitu imbangan, kelajuan, kekuatan dan koordinasi. Imbangan yang dimaksudkan

ialah keupayaan untuk mengekalkan equilibrium semasa statik atau dinamik (tidak jatuh)

seiring dengan koordinasi fungsi sensori seperti mata dan telinga. Kelajuan pula keupayaan

untuk menggerakkan sebahagian atau semua bahagian badan dengan pantas manakala

kekuatan ialah keupayaan otot untuk mengatasi rintangan. Koordinasi pula keupayaan untuk

mengawal pergerakan badan seiring dengan fungsi sensori badan contohnya menangkap bola

(koordinasi bola, mata dan tangan).

4

Page 5: TugasanPJSemJan2013

3.2 MATLAMAT UJIAN

Ujian lompat kuadran digunakan untuk mengukur komponen masa tindak balas 10 orang

murid tahun 5 Bestari. Masa tindak balas merujuk kepada keupayaan seseorang individu

bertindakbalas terhadap rangsangan dalam jangka masa yang singkat.

3.3 OBJEKTIF UJIAN

Objektif Umum

Objektif umum bagi ujian yang ingin dilaksanakan ini ialah meningkatkan tahap

ketangkasan 10 orang Tahun 5 Bestari melalui ujian lompat kuadran.

Objektif Khusus

Secara khususnya, kajian ini ingin dilaksanakan bagi :

i. Meningkatkan ketangkasan 10 orang murid Tahun 5 Bestari Sekolah Kebangsaan

Kangkar Pulai menggunakan Ujian Lompat Kuadran yang merangkumi aspek

ketangkasan.

ii. Membantu murid-murid melepasi had ketangkasan mengikut klasifikasi untuk

Ujian Lompat Kuadran.

3.4 PROSEDUR UJIAN LOMPAT KUADRAN

Ketangkasan - Ujian Lompat Kuadran

Objektif : Mengukur prestasi ketangkasan menukar posisi dengan cepat

berdasarkan arahan lompatan.

Alatan : Jam randek dan pita penanda.

5

Page 6: TugasanPJSemJan2013

Prosedur

i. Subjek berdiri di belakang garisan kecil permulaan yang disediakan.

ii. Petak kuadran ditandakan dengan nombor 1, 2, 3 dan 4.

iii. Subjek dikehendaki melompat kedua belah kaki ke dalam petak mengikut

urutan nombor 1, 2, 3 dan 4 dalam masa 10 saat.

iv. Arahan sedia dan mula diberikan kepada subjek untuk melompat dengan

kedua-dua belah kaki dalam petak kuadran pertama, kemudian kedua, ketiga,

keempat dan balik semula ke petak pertama.

v. Kekalkan corak lompatan begini sehingga arahan berhenti.

vi. Dua percubaan diberikan dengan rehat antara percubaan.

Skor

i. Skor dikira berdasarkan jumlah bilangan mendarat dengan kedua-dua belah

kaki dalam petak yang betul dalam masa 10 saat.

ii. Percubaan yang terbaik daripada dua percubaan diambil kira sebagai skor ujian

setelah skor bagi setiap kesalahan.

Kesalahan

i. Setengah mata ditolak setiap kali pelaku melakukan kesalahan iaitu mendarat

dengan kaki menyentuh garisan atau mendarat dalam petak yang tidak

mengikut urutan sepatutnya.

Tambahan

i. Dua orang penguji diperlukan, seorang pembantu mengira skor dan seorang

lagi mengira bilangan kesalahan subjek.

6

Page 7: TugasanPJSemJan2013

4.0 RANCANGAN PENGAJARAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI

Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani

Tarikh : 14 Februari 2013

Tunjang : 1- Kecergasan

Hari : Selasa

Tajuk : Ketangkasan

Masa : 9.35 – 10.05 pagi

Sub Tajuk : Ujian ketangkasan – Lompat Kuadran

Kelas : 5 Bestari

Bil Murid : 31 (L :15 / P : 18) ( 5 murid lelaki dan 5 murid perempuan dipilih untuk ujian)

Hasil Pembelajaran :

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :

Psikomotor :

1) Melakukan aktiviti ketangkasan seperti melompat kuadran dengan tangkas dan cekap selama 10 saat tanpa henti dengan selamat dan betul.

2) Melaksanakan aktiviti permainan ketangkasan seperti galah panjang secara berkumpulan

dengan betul dan selamat.

7

Page 8: TugasanPJSemJan2013

Kognitif  :

1) Menyatakan sekurang-kurangnya tiga bahagian otot-otot utama yang terlibat ketika Semasa melaksanakan aktiviti ketangkasan dengan tepat

dan betul.

2) Menyatakan sekurang-kurangnya empat daripada enam aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil kira dalam permainan badminton.

Afektif  :

1) Menunjukkan sikap semangat kesukanan dan berkumpulan dengan bertepuk tangan dalam

pertandingan secara kumpulan.

2) Menyatakan perasaan seronok semasa melakukan aktiviti ketangkasan dalam permainan kecil.

Pengalaman sedia ada : Murid pernah menjalankan aktiviti ketangkasan semasa Tahun 4.

Strategi utama : Teori kecerdasan Pelbagai.

Penggabungjalinan : Sains (Penggunaan otot yang terlibat)

KBKK : Meneliti bahagian dan keseluruhan.

Nilai Murni : Mematuhi berdisiplin, yakin dan menyayangi tubuh badan.

8

Page 9: TugasanPJSemJan2013

9

Fasa Strategi / Aktiviti Fokus Pembelajaran Organisasi Catatan

Permula

an

(3-5

minit)

KKE : Kemahiran

sosial – komunikasi.

Strategi Utama :

Kecergasan

Kinestatik

Kehadiran

Kesihatan

Pakaian

1. Regangan

a) Kaki dan

Paha

Murid duduk

dalam

kedudukan

separa petak.

Demonstrasi

Guru

Diikuti

dengan

perlakuan

murid

Regangan

Kaki dan paha.

1- Kedua-dua tangan cuba

menjangkau jari kaki kanan dan

seterusnya kaki kiri dalam kiraan

lapan.

2 - Kaki kanan dan kiri dilipat dan

ditarik rapat ke badan dan siku

menolak bahagian paha.

Perlakuan :

1 - Kedua-dua tangan cuba menjangkau

jari kaki kanan dan seterusnya kaki kiri

dalam kiraan lapan.

Duduk dalam kedudukan separa

petak

Mata pandang guru

Kedudukan untuk aktiviti

regangan

Petunjuk :

Guru

Murid

1 - Regangan kaki

Page 10: TugasanPJSemJan2013

5.0 ANALISIS SKOR UJIAN LOMPAT KUADRAN

Skor Ujian Lompat Kuadran 10 Murid Tahun 5 Bestari SK Kangkar Pulai

Bil Nama Murid Ujian 1 Ujian 2 Purata Tahap

Perempuan

1. Nurul Natasya 14 14 14 Baik

2. Nurul Aisyah 7 10 8.5 Sederhana

3. Emylia 9 11 10 Sederhana

4. Nadia Natasya 11 14 12.5 Sederhana

5. Athirah 13 21 16.5 Baik

Lelaki

6. Ikmal 16 16 16 Baik

7. Syahrul 20 22 21 Baik

8. Fikri 7 10 8.5 Sederhana

9. Syabil 19 23 21 Baik

10. Khuzainie 13 14 13.5 Baik

Jadual Klasifikasi Ujian Lompat Kuadran

Lelaki Tahap Perempaun

> 31 lompatan Cemerlang > 33 lompatan

25 – 30 Amat Baik 27 – 32

13 – 24 Baik 14 – 26

7 – 12 Sederhana 8 – 13

0 - 6 Lemah 0 – 7

Ujian lompat kuadran telah dijalankan sebanyak 2 kali bagi setiap murid. Secara keseluruhan,

pencapaian murid pada ujian kali ke 2 adalah lebih baik. Jika dibandingkan dengan Jadual

Klasifikasi Ujian Lompat Kuadran, tiada murid yang dikategorikan dalam tahap lemah,

seorang pelajar lelaki dan 3 orang perempuan dalam tahap sederhana manakala 4 murid lelaki

dan 2 murid perempuan berada pada tahap baik. Pencapaian murid lelaki adalah lebih baik

berbanding dengan murid perempuan.

16

Page 11: TugasanPJSemJan2013

6.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN

Kekuatan

Proses ujian berjalan dengan lancar melibatkan 10 orang murid yang dipilih secara rawak.

Guru dapat mentadbir ujian mengikut masa yang ditetapkan tanpa sebarang gangguan. Murid

dapat memahami prosedur menjalankan ujian berdasarkan taklimat dan demostrasi yang

dijalankan oleh guru.

Kelemahan

Keputusan yang diperolehi tidak menggambarkan keseluruhan murid di dalam kelas. Justeru

itu, semua murid perlu menjalankan ujian untuk menguji tahap ketangkasan bagi semua

murid. Masa yang lebih panjang diperlukan untuk menjalankan ujian kepada semua murid.

Murid yang mempunyai tubuh fizikal yang lebih berat dan besar cenderung untuk berada di

tahap sederhana dan lemah. Mereka lebih perlahan berbanding dengan murid yang lebih

ringan, kecil dan kurus. Guru perlu memberi lebih masa kepada semua murid untuk mencuba

sebelum menjalankan ujian sebenar.

Keseluruhan

Ujian Lompat Kuadran amat sesuai dijalankan untuk menguji tahap ketangkasan dan

ketepatan. Ujian ini amat bergunan untuk memilih murid yang mempunyai ketangkasan

khususnya untuk permainan yang memerlukan tahap ketangkasan dan ketepatan yang tinggi

seperti sukan badminton, ping pong, tenis dan sebagai.

17

Page 12: TugasanPJSemJan2013

7.0 KESIMPULAN

Daripada ujian yang telah dilakukan, didapati bahawa tahap ketangkasan murid lelaki

lebih baik daripada pelajar perempuan. Dengan adanya ujian kecergasan ini juga setiap

individu dapat menilai tahap kecergasan diri sendiri. Melalui ujian ini juga, murid-murid

dapat mengetahui kelebihan dan kelemahan yang ada pada diri mereka dan berusaha untuk

memperbaiki tahap kecergasan diri ke tahap yang sepatutnya. Oleh demikian, latihan yang

spesifik perlu dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keperluan diri sekiranya ingin

meningkatkan tahap kecergasan diri. Melalui dapatan tugasan ini, ketangkasan murid adalah

berbeza-beza mengikut faktor-faktor seperti saiz tubuh badan serta kecergasan mental dan

fizikal murid.

Kekangan

Murid-murid kurang bersedia dari segi fizikal, kesediaan mental dalam melakukan

ujian dan ini akan menjejaskan prestasi semasa melakukan ujian.

Pemakaian baju dan seluar yang tidak sesuai akan mempengaruhi dapatan subjek.

Norma-norma ujian ketangkasan yang sedia ada mungkin tidak sesuai dengan norma

tempatan.

Kawasan yang tidak sesuai. Memerlukan kawasan yang lebih luas untuk ujian.

Tidak terdapat pakar dalam menjalankan ujian ini.

18

Page 13: TugasanPJSemJan2013

MULA

MULA

Rujukan

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku Panduan Ujian Kecergasan Fizikal. Kuala

Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum

Mohd Taib Harun, Dr Norlena Salamuddin, Norkhalid Salimin, Yusop Ahmad dan Zolkifli

Abd Ghani. (2007). HBPE1203:Kecergasan Fizikal. Selangor: Open University

Malaysia

Rex Hazeldine. (2000). Fitness For Sport. Great Britain : The Crowood Press.

Vasudevan T. Arasoo. (1985). Asas Pendidikan Jasmani:Peringkat Menengah dan Tinggi.

Ipoh : Fajar Bakti.

Wee Eng Hoe. (1997). Kecergasan:Satu Panduan Hidup Sihat. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.

Wee Eng Hoe. (2002). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam : Karisma

Publications.

19

Page 14: TugasanPJSemJan2013

20