Tuju kasut
Transcript of Tuju kasut
CONTOH KERTAS KERJA PERMAINAN KANAK-KANAK
1.0 TAJUK PERMAINAN :
“Ping Ton” Permainan Kategori Jaring/Dinding
2.0 MATLAMAT
Permainan kanak- kanak ini diwujudkan adalah unutuk memenuhi syarat-syarat ujian amali PJM
3102 Pergerakan Asas. Terdapat empat jenis komponen di dalam permainan kecil pergerakan
asas iaitu sasaran (target), pukulan, jaring/ dinding dan kategori serangan/ kawasan.
Permainan yang dibincangkan ini adalah dalam kategori jarring / dinding. Nama permainan ini
ialah Pington iaitu gabungan antara permainan badminton dan pingpong. Permainan ini
dikatakan dapat meningkatkan kemahiran pergerakan asas individu dan ia juga dapat
meningkat kemahiran psikomotor, kognitif dan efektif seseorang individu itu. Selain itu,
permainan ini juga dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan dengan melakukan beberapa
pergerakan asas yang merangkumi pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.
Justeru itu, seseorang individu dapat mempraktiskan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial (JERIS) yang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
3.0 OBJEKTIF
Permainan kanak-kanak di sekolah banyak bertujuan untuk membantu murid-murid mencapai
perkembangan yang menyeluruh menerusi kegiatan jasmani yang tersusun. Terdapat tiga
objektif terhadap dominan perkembangan iaitu psikomotor, kognitif dan efektif.
3.1 : Bidang Psikomotor
• Dapat menghasilkan kertas kerja untuk mengelola sekurang-kurangnya satu permainan kecil
kategori jaringan/ dinding.
• Dapat melibatkan koordinasi otot-saraf,kelajuan,imbangan,kelenturan dan daya tahan secara
maksimum
• Dapat merekacipta satu permainan kecil yang sesuai untuk murid Tahap Satu dan Tahap
Dua.
• Dapat mengaplikasi pergerakan-pergerakan asas yang dipelajari dari subjek Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan (PJM 3102) ini.
• Dapat mengaplikasi pemahaman terhadap tahap kecergasan seperti kepantasan, ketangjasan
dan kekuatan dapat dipertingkatkan.
3.2 : Bidang Kognitif
• Dapat belajar dan menghasilkan satu kertas kerja yang bermutu.
• Dapat menyelesaikan dan menyatakan langkah-langkah permainan serta peraturan
permainan tersebut.
• Dapat membandingbeza permainan kecil yang dilakukan dengan permainan tradisional yang
sebenar.
• Dapat mencipta satu set permainan yang sesuai dengan tahap murid yand dipilih.
3.3 : Bidang Efektif
• Dapat memupuk sikap berkerjasama dalam ahli kumpulan.
• Dapat belajar membahagikan tugasan yang diberi bagi memastikan kerja dapat diselesaikan
teapt pada masanya.
• Dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat kesukanan, semangat berkerjasama,
kebolehan menyesuaikan diri dan kebolehan memimpin pasukan dalam diri pelajar.
• Dapat membina keyakinan dan komitmen pelajar terhadap tugasan yang diberi.
4.0 TARIKH
Amali permainan kanak-kanak ini dijalankan pada 30/04/2010.
5.0 JANGKA MASA
Jangka masa yang diperlukan untuk menghabiskan satu set permainan ialah 5 - 10 minit.
6.0 TEMPAT
Gimnasium Saidina Hamzah
7.0 KUMPULAN SASARAN
Tahap 2 iaitu tahun 4, tahun 5 dan tahun 6.
8.0 BILANGAN PESERTA
Setiap kumpulan terdiri daripada 4 kumpulan. Dalam setiap permainan memerlukan 2
kumpulan.
9.0 PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN
9.1 JAWATANKUASA KERJA
PENAUNG
Tuan Haji Amin Bin Mohd Rashid
(Pengarah IPGM Kampus Pendidikan Islam, Bangi)
PENASIHAT
En Jaflus Bin Bahari
(Pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan)
PENGERUSI
Adi Syazwan Bin Saparudin
NAIB PENGERUSI
Muhammad Izzudin Bin Aris
SETIAUSAHA
Mohd Azlan Bin Saheimi
AJK PERALATAN
Shahrul Nizam Bin Mohd Azlan
9.2 SENARAI NAMA PESERTA DAN KUMPULAN
PISMP 1.04
MUHAMMAD ZAHID BIN MOHAMMAD KHALID
MUHAMMAD SAFIQ BIN ABDUL RAZAK
MOHD HANIFF BIN HAMID
AHMAD DUR IHSAN BIN ZULKIFLI
AHMAD ZULHELMI BIN RAMLAN
AHMAD SAIFULDIN BIN ABU BAKAR
MUHAMMAD AZMIR BIN MAZLAN
MUHAMMAD KHALIL BIN MOHD YUSOF
9.3 SENARAI SEMAK GERAK KERJA
Sebelum
BIL SENARAI SEMAK SEBELUM PERLAKSANAAN
PERMAINAN
YA TIDAK CATATAN
1 Mengadakan perbincangan dengan semua ahli
kumpulan
2 Melantik ahli jawatankuasa pertandingan serta
senarai tugas masing-masing
3 Membuat kertas kerja
4 Menghantar kertas kerja kepada pensyarah
pembimbing dan diluluskan
Semasa
BIL SENARAI SEMAK SEMASA PERLAKSANAAN
PERMAINAN
YA TIDAK CATATAN
1 Memastikan keadaan kesihatan pelajar
2 Memastikan pakaian pelajar adalah sesuai
3 Memastikan pelajar berada di tempat yang selesa
4 Memastikan pelajar memanaskan badan dengan
cara yang betul
5 Penyemakan alatan
6 Mengambil kehadiran pelajar
7 Memastikan keadaan disiplin pelajar terkawal
8 Kemudahan peti pertolongan cemas disediakan
9 Memberi penerangan tentng aktiviti yang akan
dijalankan
10 Memastikan bahawa guru menjalankan demontrasi
permainan
11 Memastikan keadaan gelanggang selamat
12 Pengadil mestilah berada di kawasan permainan
sepanjang permainan berlangsung
Selepas
BIL SENARAI SEMAK SELEPAS
PERLAKSANAAN PERMAINAN
YA TIDAK CATATAN
1 Post Mortem
2 Mengemas kawasan gelanggang
3 Menyimpan semula alatan yang digunakan
4 Membuat refleksi terhadap perlaksanaan
permainan
9.4 SENARAI ALATAN
Raket, Bola Getah, Net Takraw/badminton, gelanggang takraw/badminton
9.5 PROSEDUR PELAKSANAAN PERMAINAN
9.5.1 Pelan Kedudukan Perlaksanaan Permainan
GELANGGANG PERMAINAN
X
X
X
X
X
X
X
X
*Gelanggang Sepak Takraw
KEDUDUKAN PEMAIN
9.5.2 Langkah-Langkah Pelaksanaan Permainan
i. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang pemain dan setiap pemain haruslah mempunyai
raket masing-masing
ii. Permainan dimulakan dengan salah seorang pemain berada di kawasan servis
iii. Pemain yang melakukan servis hendaklah memukul bola getah dari arah bawah sahaja
iv. Pasukan lawan haruslah menyambut bola getah dengan menggunakan raket dan perlu
menimbang bola sebanyak 2 atau 3 kali sahaja sebelum menghantar kembali kepada pihak
lawan
v. Mata diberikan apabila bola getah jatuh di atas gelanggang atau pemain melakukan
kesilapan sewaktu servis dan hantaran semula
vi. Pertukaran servis berlaku apabila pihak lawan berjaya mematikan bola
vii. Sekiranya bola getah terkena badan, mata akan diberikan kepada pihak lawan
viii. Pemain bebas bergerak dan menentukan strategi permainan tersendiri
Langkah /peringkat Penjelasan
Bentuk permainan
Nama permainan : Ping Ton
Kawasan permainan : gelanggang takraw/dalam dewan badminton.
Bil pemain: 4 orang sekumpulan.
Alatan : gelanggang takraw, raket, bola getah, jaring,
Apresiasi permainan
Peraturan permainan:
- pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang pelajar.
- Permain perlu menghantar bola kepada pihak lawan melepasi jaring.
Langkah keselamatan :
- pemain memakai pakaian dan kasut sukan yang sesuai.
- Memastikan gelanggang tidak licin dan bebas daripada bendasing.
Pengubahsuaian permainan :
- pingpong dan badminton
Variasi :
- menggunakan bola getah menggantikan bulu tangkis.
- Bola hendaklah dilantun sekali sebelum membuat hantaran ke pihak lawan.
- Dalam satu kumpulan ,pemain tidak dibenarkan melantun bola dengan raket melebihi 3 kali.
Kesedaran taktikkal
Prinsip pergerakan :
- koordinasi mata dan tangan
- fokus kepada bola dan kedudukan lawan.
- Kawalan bola
- Kedudukan badan mengikut arah tuju bola.
Ruang dan masa :
- Saiz gelanggang takraw
- permainan akan ditamatkan selepas salah satu kumpulan telah dapat mengutip 21 mata.
Situasi semasa dan lanjut :
- menggunakan taktik menyerang untuk mendapatkan mata.
- Strategi mengusun ahli kumpulan
- Kawalan mengimbang dan menghantar balik bola.
- Menggunakan taktik menahan untuk mengelakkan pihak lawan daripada mendapatkan mata.
Kesan kelemahan :
- hantaran bola ke tempat kosong dan sudut yang sukar.
- Hantarkan kepada tangan lawan yang lemah.
Membuat keputusan
Apa dan kenapa perlu dilakukan :
- menilai situasi dalam ruang yang ada untuk menyerang
- mengenalpasti ruang kosong dan tangan yang lemah untuk menghantar bola ke arah pihak
lawan.
Perlaksanaan kemahiran
Prestasi Butiran mengajar:
1) teknik menyerang : teknik merejam
- mengangkat tangan dan melompat dengan kedua-dua belah lutut.
- Menghayunkan tangan dari depan ke belakang semasa membuat lompatan.
- Merejam bola dengan menggunakan satu tangan.
2) teknik menahan : antisipasi lawan
- perhatikan kedudukan pihak lawan
- perhatikan kedudukan lawan lawan.
- Perhatikan gerak-geri pihak lawan yang mengambil bola
- Anggar perlakuan dan pergerakan bola.
- Bertindak balas daripada perlakuan pihak lawan untuk membuat keputusan.
Penilaian :
- prestasi diambil kira dengan jumlah hantaran seseorang dapat dilakukan ke pihak
lawan dan hadkan hantaran balik dari pihak lawan.
- Jatuhkan bola dalam kawasan pihak lawan untuk mendapatkan mata.
9.5.3 Peraturan Dan Syarat-Syarat Permainan
Penyertaan
• Peserta terdiri daripada pelajar kumpulan PISMP Pendidikan Jasmani
• Bilangan peserta dari setiap kumpulan adalah seramai empat orang
Format pertandingan
• Mempunyai dua set permainan (set penentuan akan diadakan jika setiap kumpulan
terikat)
• Bola hanya dibenarkan ditimbang sebanyak tiga kali sahaja sebelum diberikan
kepada ahli kumpulan yang lain atau pihak lawan.
• Mata dikira apabila bola yang dihantar tidak dapat diambil oleh pihak lawan, keluar
daripada kawasan permainan, tidak melepasi jaring (kayu) dan kumpulan tersebut
menimbang bola lebih dari tiga kali.
• Pengiraan mata ialah sebanyak 21 mata iaitu seperti pengiraan permainan
badminton.
Pakaian
• Setiap kumpulan dikehendaki memakai pakaian sukan yang sesuai.
Keselamatan
• Jawatankuasa pengelola pertandingan tidak akan bertanggungjawab terhadapsebarang
kecuaian yang boleh menyebabkan kemalangan, kecederaan ataupun kehilangan harta benda
sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
• Permainan ini hendaklah dimainkan di kawasan yang tertutup dan dapat membolehkan bola
melantun apabila melantun ke lantai.
• Pastikan jarak pemain antara kumpulan yang lain sesuai bagi mengelakkan kemalangan
berlaku.
• Bola yang digunakan mestilah lembut dan tidak terlalu keras.
• Pakaian yang dipakai mestilah sesuai. ( pakaian sukan yang lengkap)
10.0 RUMUSAN
Melalui permainan kanak-kanak “Ping-Ton” ini, murid-murid dapat belajar beberapa kemahiran
asas bagi permainan badminton dan ping-pong. Antara kemahiran asas yang dapat diterapkan
kepada murid-murid ialah:
1. Kemahiran asas servis
2. Kemahiran asas memukul bola
3. Kemahiran asas menimbang bola
Melalui penerapan ini, murid-murid dapat menggunakan kemahiran asas yang dipelajari dalam
permainan badminton dan ping pong.
Selain itu, permainan ini juga dapat mengeratkan hubungan sesama pelajar dan menerapkan
semangat kesukanan dalam diri murid-murid. Permainan ini juga memberi peluang kepada
pelajar bersaing sesama mereka. Melalui persaingan yang sihat dapat membantu murid-murid
untuk meningkatkan kemahiran mereka dan sekali gus membantu mereka mahir dalam
kemahiran tersebut.
Permainan ini juga memberikan keseronokan kepada murid-murid. Hal ini kerana melalui
permainan ini setiap pelajar diberi peluang untuk bermain dan menentukan srategi mereka
sendiri. Oleh sebab yang demikian, murid-murid akan menjadi seronok ketikan bermain dan
sekali gus membantu mereka untuk menguasai keamahiran asas yang ingin diajar.
Selain itu, melaui permainan “Ping-Ton” ini juga dapat meningkatkan konsentrasi murid-murid.
Hal ini kerana murid-murid perlu menumpukan sepenuh perhatian mereka sewaktu bermain
untuk menyambut hantaran daripada pihak lawan. Hal ini sekali gus dapat membantu murid-
murid untuk memberi sepenuh tumpuan mereka sewaktu berada di dalam kelas.
Secara keseluruhannya, permainan kanak-kanak “Ping-Ton” bukan sahaja dapat menjadikan
belajar lebih cerdas dan sihat tetapi dapat menerapkan pelbagai kemahiran asas dan nilai-nilai
murni dalam diri murid-murid.
BIBLIOGRAFI
Buucher, C. A (1993), Faudations of Physical Education and Sport (th Edision, St Louis: VC
Mosby
Pangrazi dauer (1995), dynamic education For Elementery School Children ; 11th United states
of Amarica allyn and Bacon Inc
Pauline Wetton (1987) bright idea games for PE, Great Britain, Schoolantis Publications Ltd
P.Y Ramakrisnan (1998), pendidikan pergerakan Mudah, Shah Alam, Siri Pendidikan fajar
bakti
Teng Boon Tong (1992), pendidikan Jasmani di sekolah rendah, Edisi Kedua, Selangor , siri
Pendidikan Longman
Vasudevan T. Arasoo (1991), pengajaran Pendidikan Jasmani untuk sekolah-sekolah rendah,
Selangor, siri pendidikan Fajar bakti
Posted by PJTHEPIONEER at 12:51 AM
Permainan baling selipar atau susun selipar merupakan sejenis permainan
tradisional kanak-kanak Malaysia. Ia sama seperti permainan baling tin cuma ditukar
kepada selipar. Tiga selipar diperlukan untuk permainan ini selipar disusun menegak
dan dibaling untuk menjatuhkan.[1]
Ia sering dilihat menjadi aktiviti menghiburkan ketika berkumpul bersama rakan dan
taulan. Permainan ini amat mudah kerana alatan yang diperlukan hanyalah selipar yang
selalunya dipakai oleh masyarakat di Malaysia. Permainan tradisional ini juga boleh
dilakukan di pelbagai majlis sukan rakyat.
Isi kandungan
[sorokkan]
1 Cara permainan
2 Susun selipar di zaman moden
3 Susun selipar di universiti
4 Rujukan
5 Pautan luar
Cara permainan[sunting | sunting sumber]
Permainan ini boleh dimainkan oleh sesiapa sama ada kanak-
kanak lelaki atau perempuan. Permainan ini memerlukan selipar yang tidak terlalu
keras atau tebal kerana hal ini boleh menyebabkan pemain boleh tercedera terkena
balingan yang dibuat pihak lawan dam sebaliknya. Selipar yang dikumpulkan haruslah
dibentuk tegak menjadi tiga segi dan satu selipar lagi digunakan untuk membuat
balingan.
Pemain pertama daripada kumpulan utama memulakan permainan dengan cara
membaling selipar kearah selipar yang telah disusun. Setiap pemain boleh membuat
lontaran sebanyak tiga kali untuk menjatuh selipar yang telah disusun. Jika lontaran
yang dilakukan tidak terkena pada sasaran, giliran pihak lawan pula mengambil alih
untuk melakukan lontaran seterusnya.
Jika selipar berjaya dijatuhkan, maka pemain kumpulan utama berusaha mematikan
lawannya dengan membuat balingan selipar dan disasarkan pada pihak lawan.
Kemenangan dikira berdasarkan jika pihak lawan dapat menyusun semula selipar-
selipar tersebut menjadi tiga segi dan melangkah susunan tersebut.
Susun selipar di zaman moden[sunting | sunting sumber]
Permainan susun selipar masih diingati dan dimainkan sehingga sekarang. Permainan
ini masih mempunyai peminat tersendiri dikalangan kanak-kanak dan belia terutamanya
di kampung dan desa. Di kawasan bandar, apabila ada majlis luar yang melibatkan
permainan tradisional, pertandingan susun selipar dijadikan satu acara yang paling
diminati.
Susun selipar di universiti[sunting | sunting sumber]
Permainan susun selipar telah diadakan oleh beberapa institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan. Permainan ini disambut baik kerana ia dapat mengembalikan nostalgia
zaman kanak-kanak. Permainan ini juga diadakan bagi mempertontonkan budaya
Malaysia kepada pelajar-pelajar asing.[2]
Rujukan
Baling Selipar Atau Tuju Kasut.
Permainan ini merupakan permainan tradisional masyarakat Melayu yang semakin
dilupakan oleh generasi muda. Permainan ini mempunyai banyak nama iaitu baling
selipar bagi kebanyakkan tempat, tuju kasut bagi panggilan dikawasan sebelah utara
dan terdapat juga yang memanggilnya sebagai permainan bola kaki tiga.
Permainan ini dimainkan dalam dua kumpulan. Kumpulan yang pertama atau kumpulan
A dan kumpulan kedua atau kumpulan B. alatan yang digunakan semasa permainan
perlulah sekurang-kurangnya tiga buah selipar untuk didirikan secara menegak
manakala sebuah selipar lagi digunakan untuk menyerang pihak lawan. Permainan ini
boleh dimainkan tanpa mengira usia dan jantina.
Langkah pertama yang perlu dilakukan untuk bermain permainan ini ialah, kedua-dua
pasukan perlu mempunyai pemain yang sama jumlahnya. Sebagai contoh, jika
kumpulan A mempunyai 11 orang pemain maka kumpulan B yang berindak sebagai
kumpulan lawan juga perlu mempunyai pemain yang sama banyak. Hal ini untuk
memastikan permainan berlangsung secara adil.
Setelah itu, kedua-dua pasukan akan membuat undian untuk menentukan kumpulan
mana yang berhak untuk memulakan permainan. Secara kebiasaannya, kumpulan yang
memenangi undian akan memulakan perlawanan dengan membaling susunan tiga
buah selipar yang didirikan secara menegak. Jika salah seorang berjaya menjatuhkan
atau menyelerakkan binaan selipar tersebut maka permainan bermula.
Walaubagaimanapun, jika kesemua pemain dari pasukan yang membaling selipar tidak
berjaya menjatuhkan susunan binaan selipar tersebut ,maka kumpulan yang kedua
akan terus menggantikan kumpulan pertama untuk memulakan permainan.
Permainan akan bermula secara rasminya jika binaan selipar atau kasut yang dibaling
oleh pemain mana-mana pasukan jatuh atau berselerak. Jika kumpulan A yang
menjatuhkan selipar atau kasut tersebut, maka pasukan B akan bertindak membaling
satu selipar yang digunakan khas untuk mematikan setiap pemain pihak lawan
sehingga habis. Pasukan B hanya dibekalkan dengan satu selipar sahaj untuk dibaling
kearah pihak lawan. Selain itu setiap ahli pasukan B tidak dibenarkan bergerak semasa
mahu membuat balingan kearah pihak lawan.
Pihak lawan atau pasukan A pula akan cuba untuk membina semula binaan selipar
dalam keadaan menegak seperti keadaan sebelumnya. Namun begitu, mereka perlu
berhati-hati dan sentiasa mengelak daripada terkena selipar yang dibaling oleh pihak
pasukan B. Jika terdapat pemain daripada pasukanA yang terkena selipar hasil
daripada balingan daripada kumpulan B, maka dia sudah pun dianggap terkeluar
daripada permainan.
Pemain daripada pasukan A perlu yang tinggal perlu terus cuba untuk membina semula
selipar atau kasut yang telah berselerak. Jika kesemua ahli kumpulan A berjaya
dimatikan dalam perlawanan maka perlawan itu berakhir dan tiada markah atau mata
untuk pasukan tersebut. Walaubagaimanapun, jika mereka berjaya membina semula
binaan selipar atau kasut tersebut mereka akan berjaya memperoleh satu markah dan
pasukan tersebut akan terus bermain untuk pusingan yang berikutnya.
Tempat untuk bermain permainan ini adalah tidak terhad. Permainan ini boleh
dimainkan dkawasan lapang seperti kawasan padang namun untuk lebih mencabar
permainan ini boleh dimainkan dikawasan-kawasan yang mempunyai halangan.
Permainan ini juga boleh dimainkan dalam kawasan yang terhad seperti didalam dewan
tetapi setiap ahli pasukan tidak perlulah terlalu banyak sehingga menimbulkan ketidak
selesaan semasa bermain. Manipulasi alatan juga boleh dilakukan, sebagai contoh,
jika merasakan selipar atau kasut tidak sesuai digunakan untuk membaling kearah
pihak lawan, maka peralatan lain seperti bola tampar atau bola tenis yang lebih ringan
boleh digunakan untuk mengelak daripada berlakunya kecederaan.
Permainan ini sememangnya menggunakan beberapa pergerakkan asas seperti
berlari, berjalan dan melompat untuk mengelak daripada terkena selipar yang dibaling
oleh pihak lawan. Permainan ini juga bermanfaat dalam membentuk kerjasama sesama
ahli kumpulan. Selain itu, permainan ringkas ini memerlukan ketangkasan, kecekapan
dan koordinasi tubuh yang betul untuk memastikan kumpulan yang disertai boleh
mendapat markah. Konklusinya, permainan tradisional ini sememangnya memberi
banyak manfaat kepada sesiapa sahaja yang berani mencuba untuk bermainnya.
Pengenalan
Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Kegiatan harian, bermusim dan tahunan daripada individu ke individu tidak banyak berbeza. Ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Apabila musim menuai padi berakhir dan musim tengkujuh tiba pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja-kerja sampingan. Kerja-kerja demikian boleh ditangguhkan dengan mudah. Tempoh peralihan antara musim inilah digunakan untuk mengadakan keramaian serta pesta. Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampung, penduduk kampung berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau sekadar memberi semangat. Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di antara kampung-kampung yang mengambil bahagian. Oleh yang demikian permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah guli, congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing dan lain-lain.
BALING SELIPAR
Permainan Baling Selipar merupakan sejenis permainan tradisional kanak-kanak. Ia sama seperti permainan Baling tin Cuma ditukar kepada selipar. 3 selipar diperlukan untuk permainan ini selipar disusun menegak dan dibaling untuk menjatuhkan.
PERMAINAN TUJU KASUTPermainan ini merupakan ala-ala permainan kampung...dan yang modern nya sikit digantikan dengan permainan tuju tin...
Alatan yang diperlukan - selipar...siapa yang nak main sila lah pinjamkan selipar..alah, 4 biji selipar sahaja...
Cara permainan
1. mula-mula, bahagikan kanak-kanak( ade ke orang dewasa main..?? he..he..) kepada 2 kumpulan.
2. kemudian ambil 3 biji ( biji ke...?) selipar susun seperti ini....
Contoh susunan kasut
3.pilih pasukan A atau B yang akan memulakan permainan.. bermakna, kalau kumpulan A yang mulakan permainan, kumpulan B akan menjadi penjaga untuk menghalang kumpulan A dari menyusun semula selipar dan mematikan kesemua pemain kumpulan A. Untuk memilih, boleh menggunakan alternatif seperti melambung duit syiling ataupun "osom".
4. 1 biji selipar lagi digunakan sebagai pembaling untuk menjatuhkan selipar yang disusun tadi. Sekiranya selipar jatuh, ahli pasukan A hendaklah lari untuk
mengelak dari dibaling oleh pasukan B dan mencari peluang untuk menyusun semula selipar ke kedudukan asal . Pasukan B hendaklah menggunakan selipar yang digunakan untuk menjatuhkan susunan selipar tadi untuk membaling pasukan A.
susun..jangan tak susun...
5. Sesiapa dari pasukan A tadi terkena balingan selipar, maka dikira mati. Sekiranya semua ahli kumpulan A mati, dan tidak sempat menyusun selipar, maka semua ahli kumpulan A dikira mati dan bertukar giliran pemain kepada kumpulan B pula.
pemain mengelakkan dari terkene selipar supaya tidak "mati"
Peraturan permainan
1. setiap peserta hanya boleh membuat 3 balingan sahaja untuk menjatuhkan selipar yang disusun.
Membuat balingan untuk menjatuhkan selipar.
2. jika semua pemain dalam pasukan yang membaling tidak dapat menjatuhkan selipar, maka giliran pasukan yang menjaga pula untuk meneruskan permainan.
3. balingan untuk mematikan lawan adalah dari paras pinggang ke bawah sahaja. ini untuk mengelakkan kecederaan..(pecah bibir la, gigi patah ke, kening terkoyak, kene mata ke..risau jugak...)
P/S : untuk mematikan lawan, selipar tersebut boleh digantikan dengan sebagai pembaling untuk menjatuhkan
kasut dan untuk pembaling mematikan lawan... ( awok dulu pakai selipar TAT SENG warna biru putih tu ha..keras tu....budak sekarang manja sikit...haha..)
Permainan 'tuju selipar', memori indah zaman kanak-kanakKHALILAH GUSTI FOTO: MIZAN MAT TAMIN14 Januari 2013Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services7
Pemainan tuju selipar
< 1 / 1 >
Bagi kanak-kanak era 2000- an mungkin ada yang tidak kenal dengan beberapa permainan tradisi zaman kanak- kanak era 60-an, 70-an, 80-an dan 90-an.
Malah, tidak keterlaluan jika penulis katakan kanak-kanak era 90-an yang menetap di bandar juga mungkin ada yang tidak tahu apa itu permainan tuju selipar, baling tin, galah panjang, toi, konda kondi, rounders, police and thieves, zero point, lastik dan banyak lagi.
Berkesempatan memainkan permainan itu semula baru-baru ini ketika mengadakan reunion Sekolah Menengah Teknik Temerloh 2002, menggamit memori menusuk hati, terasa seperti ingin kembali ke zaman kanak-kanak semula.
Bunyinya unik, mudah diingati dan dibayangkan. Sebagai contoh tuju selipar, sebut sahaja namanya, mesti anda sudah bayangkan permainan apakah itu yang tentunya menggunakan selipar sebagai objek permainan.
Tergolek-golek pun tak kisah
Kanak-kanak zaman dahulu dipenuhi dengan pendedahan segala bentuk keberanian baik dari segi mental dan emosi, malah aktiviti lasak yang dijadikan permainan juga merupakan salah satu pendidikan yang mencorakkan kecekalan ketika dewasa.
Lihat sahaja permainan tuju selipar. Tiga selipar didirikan membentuk tugu segi tiga atau piramid. Dua pasukan dikehendaki bermain permainan ini di mana satu pasukan akan mengawal tugu, manakala satu lagi akan membaling tugu itu dengan satu selipar lain.
Sebaik sahaja tugu runtuh, pasukan penjaga akan bertindak mengawal persekitaran agar pasukan yang menjatuhkan tugu itu tidak berjaya mendirikannya semula.
Jika berjaya, mereka dikira sebagai pemenang. Begitulah prosesnya yang diulang-ulang sehingga semua pemain keletihan.
"Kalau zaman dulu-dulu, selagi tidak maghrib, kami tak berhenti main.Permainan dulu memang kasar, tapi seronok dan sihat.
Jatuh tergolek- golek pun tidak kisah asalkan puas,” kata Shahafizal Ahmad Zamri, 28, bertindak sebagai ketua pasukan lawan.
Rapatkan hubungan
Menariknya dalam permainan ini, memerlukan kecekalan, tenaga, tekad dan keberanian, kerana pasukan yang mengawal akan membaling anda dengan selipar juga untuk elak anda mara. Memang sakit! Tapi itu lah warna-warni permainan ini.
Jika anda tidak berani berdepan rasa sakit akibat dibaling selipar oleh pasukan lawan, anda tidak akan mara dan kalah; jika berani, nekad dan cekal, anda lah bergelar juara!
“Keseronokan permainan ini tak dapat digambarkan. Bersorak dan menjerit bersama dapat merapatkan hubungan.
Kalau kita compare permainan era sekarang, permainan dulu-dulu lebih menerapkan semangat berpasukan.
"Saya mula main permainan ni sejak darjah satu. Aktiviti paling popular di kampung. Sekarang dah besar susah nak main. Mana nak dapat geng dah besar panjang macam ni! Permainan legend! Jadi bila buat reunion atau jumpa kawan-kawan sezaman memang ini lah permainan cadangan," sambungnya lagi ketika sama-sama mengimbau kenangan silam itu.
ARTIKEL BERKAITAN
Permainan 'tuju selipar', memori indah zaman kanak-kanak
syarat • Keluasan tapak permainan ditentukan olehpemain • Selipar yang digunakan sebanyak 3 buah • Semasa melempar selipar untukmenjatuhkan piramid, pemain tidak bolehmelebihi jarak yang
telah ditentukan • Setiap pemain hanya mempunyai 2percubaan untuk menjatuhkan pyramid
Tujuan : Kanak-kanak dapat memahirkan koordinasi mata dan tangan dalam permainan.
Senarai keperluan :1. Kawasan lapang.2. 2 pasang kasut atau 6 hingga 10 tin kosong.3. Bola kecil.
Peraturan permainan :1. Kanak-kanak perlu menjatuhkan kasut atau tin dengan 3 kali balingan sahaja.2. Bola yang dibaling jika terkena kepada lawan, orang itu akan "mati".
Cara permainan :1. Kanak-kanak di bahagi kepada 2 kumpulan.2. Kumpulan yang pertama akan menjatuhkan kasut atau tin dan kumpulan kedua akan menjaga di belakang kasut atau tin.
3. Jika pemain dapat menjatuhkan kasut atau tin, mereka perlu menyusun kembali tin atau kasut tersebut ke susunan asal.4. Manakala kumpulan kedua berusaha membaling bola supaya mengenai badan lawan supaya ahli "mati" sebelum mereka sempat menyusun kembali kasut atau tin tadi.5. Jika mereka tidak sempat menyusun, permainan bertukar giliran.
Peraturan Permainan Tuju Selipar (15 minit untuk 1 perlawanan)CARA BERMAIN:Bilangan kumpulan adalah bilangan minimum ahli yang ada pada kedua-dua kumpulan.Permainan ini dibahagikan kepada 2 kumpulan. 1 kumpulan menyerang (A) dan 1 kumpulanbertahan (B). Berikut adalah cara untuk bermain:1.3 selipar hendaklah disusun dengan keadaan berdiri.2.KumpulanAperlu menjatuhkan susunan selipar itu dengan melontar selipar yang dipegangke susunan selipar itu.3.Jika orang pertama gagal untuk menjatuhkan susunan selipar itu,orang keduahinggaorang terakhir dalam kumpulanAboleh cuba untuk menjatuhkan selipar itu.4.Seorang pembaling hanya diberi peluang untuk membuat3 balingansaja. Jika tidak berjayamenjatuhkan selipar dalam 3 balingan tersebut, maka orang itu akan dikiramati.5.Jika kesemua selipar berjaya dijatuhkan, kumpulanBdikehendaki membuat balingan keanggota badan kumpulanAdengan menggunakan selipar yang disediakan.6.Misi kumpulan A adalah untuk menyusun semula susunan selipar tersebut untukberkedudukan berdiri semula.7.
Kumpulan B perlu mengawal dan menghalang kumpulan A dari menyusun selipar itu.8.Ahli kumpulanByang memegang selipar untuk dibaling kepada kumpulanAtidak dibenarkan bergerak dan perlu membalingnya terlebih dahulu sebelumbergerak.9.Jika kesemua ahli kumpulanAtelah dimatikan sebelum selipar disusun, giliran kumpulanBuntuk menyerang. Tiada mata akan diberikan kepada mana-mana pasukan dalam keadaanini.10.Mata akan diberikan jika kumpulanAberjaya menyusun selipar sebelum kesemua ahlikumpulan A dimatikan.
11.Permainan akan diteruskan semula oleh kumpulanAsehinggalah kesemua ahli dimatikansebelum selipar disusun.12.Jika kumpulanBberjaya mematikan semua ahli kumpulanA, mereka pula akanmembaling sususan selipar tadi.
PENENTUAN MARKAH DAN PEMENANG:1.Susunan selipar perlu dibina untuk mendapatkan 1 mata.2.Pemenang dipilih berdasarkan mata yang banyak dikumpul.3.Keputusan pengadil adalah muktamad.PERATURAN KESELAMATAN:1.Had anggota badan yang boleh dibaling dengan selipar adalah dibawah paraskepala. Jika dengan sengaja membuat balingan kearah kepala, pengadil berhakmendenda pihak yang membaling dari segi mata perlawanan.2.Sebarang cara bermain yang mendatangkan kecederaan seperti
“Body contact” atau lawan badan adalah tidak dibenarkan sama sekali.*Setiap kumpulan permainan tuju selipar dikehendaki menyediakan sepasang selipar pada hari Sukan Rakyatkesimpulan
Kemajuan teknologi telah membuatkan hilangnya warisan yang dulunya
sangat dibanggakan. Tetapi, adakah kita sedar yang sebenarnya permainan
tradisional yang kita warisi sejak dulu lagi semakin lama semakin dilupakan
dan hilang bersama dengan peredaran zaman. Yang sedihnya ada
dikalangan anak muda sekarang tidak mengenali permainan-permainan
tradisional tersebut seperti congkak, layang-layang, gasing, wau dan
sebagainya. Banyak faedah yang boleh diperolehi dari permainan tradisional
seperti boleh mengeratkan silaturahim sesama manusia, menyihatkan badan
kerana mengeluarkan peluh dan dapat memelihara warisan budaya zaman
berzaman. Selain itu, Negara dapat mempromosikan permainan tersebut
sebagai salah satu aktiviti yang perlu diperkenalkan kepada pelancong-
pelancong yang datang ke Malaysia. Ia juga akan menjadi kebanggaan
rakyat Malaysia sendiri. Malangnya anak Malaysia tidak memikirkan
tentang perkara tersebut mereka hanya inginkan keseronokan dan
mengikuti segala perubahan teknologi terkini sehigga melupakan warisan
yang perlu dijaga juga. Oleh itu, remaja boleh mengikuti dan meneruskan
permainan berteknologi tapi pada masa yang sama masih lagi memelihara
dan pertahankan warisan nenek moyang…
Sekolah merupakan sarana atau tempat berlangsungnya pendidikan diharapkan dapat digunakan untuk mengembangkan potensi yang dimiliki anak didik secara optimal. Namun untuk mencapai semuanya maka banyak sekali faktor yang mempengaruhi anak didik, baik faktor internal dalam diri anak didik tersebut dan faktor eksternal dari luar. Sekolah dasar mempunyai tugas pokok yaitu menyiapkan siswa agar dapat mencapai perkembangan yang optimal. Perkembangan secara optimal dimiliki anak apabila memperoleh pendidikan dan prestasi belajar yang sesuai dengan bakat, minat serta kemampuan yang dimiliki.
Untuk memperoleh prestasi belajar yang sesuai dengan bakat, minat tersebut maka diperlukan tenaga guru yang mampu dan siap berperan secara profesional dalam lingkungan sekolah dan masyarakat. Sejalan dengan kemajuan IPTEK( Ilmu Pengetahuan dan Teknologi) maka tuntutan kompetensi guru yang profesional berubah. Guru bukan hanya mampu membelajarkan anak yang belajar akan tetapi guru juga harus mampu melaksanakan kegiatan instruksional atau pembelajaran yaitu kegiatan intruksional atau pembelajaran yaitu kegiatan mengatur atau mengelola informasi dan lingkungan untuk memfasilitasi kegiatan belajar siswa. Lingkungan bukan hanya tempat dimana kegiatan belajar berlangsung akan tetapi meliputi metode, media, sistem penilaian, serta saran dan prasarana yang diperlukan untuk mengemas suatu informasi (bahan pelajaran) dan mengatur bimbingan belajar sehingga memudahkan siswa belajar.
Bahan pembelajaran yang digunakan siswa bisa juga berupa sebuah alat yang akan memudahkan mereka dalam mencapai tujuan pembelajaran. Dalam hal ini guru mengemas informasi pembelajaran atau sumber belajar dengan suatu alat yang dapat digunakan untuk memudahkan siswa dalam menerima materi pelajaran dalam suatu pembelajaran. Misalnya guru mengemasnya dengan penggunaan metode dan media pembelajaran yang menarik sehingga siswa dengan mudah menerima suatu materi yang diberikan guru.
Media pembelajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesan (bahan pembelajaran), sehingga dapat merangsang perhatian, minat, pikiran dan perasaan siswa dalam kegiatan belajar untuk mencapai tujuan pembelajaran tertentu(Ibrahim, Sihkabudden, suprijanta,dan Usep,2000:4). Karena dengan penggunaan media maka sumber media(guru) akan dapat membantu siswa menerima dan mengolah informasi. Guru juga harus dapat memberikan suatu media pembelajaran yang dapat dengan mudah diterima oleh siswa.
Permasalahan yang ingin diangkat dalam makalah ini yaitu bagaimana Pengembangan Penggunaan Pembelajaran media audio visual di SDN
KEBONSARI IV Kec. Sukun Kota Malang. Apakah sajakah yang mempengaruhi penggunaan pembelajaran dengan media audio visual.
Diposkan oleh MARTINIdi 06.47 Tidak ada komentar:
NILAI MORAL
Setiap permaian tradisional menampilkan sisi tersendiri untuk perkembangan kecerdasan anak. Hal ini sangat berbeda sekali dengan permainan modern yang berkembang saat ini. Adapun pesan moral yang dapat disampaikan oleh permainan engklek ini adalah
a. Permainan ini mengajarkan untuk berbagi kepada sesama teman,
b. Harus dapat bersikap sportif terhadap setiap permaian yang dilakukan harus dapat menerima jika dia kalah.
c. Setiap orang jika ingin sukses harus berjalan mulai bawah setelah itu baru dia akan merasakkan hasil kerja kerasnya selama ini.
d. Anak akan berpikir kreatif terhadap hal-hal yang ada disekelilingnya sehingga diharapkan kelak anak-anak tersebut menjadi manusia dewasa yang kreatif (dalam hal positif tentunya).
e. Orang itu jika ingin sukses harus berjalan engklek terlebih dahulu
Diposkan oleh MARTINIdi 06.45 Tidak ada komentar:
TUJUAN PERMAINAN
Adapun tujuan diadakan ini adalah :
a. Melestarikan permainan tradisional sebagai ciri khas bangsa Indonesia
b. Memperkenalkan permainan tradisional Indonesiaterutama ke masyarakat Indonesia sendiri yang tidak kenal dengan permainan tradisional tersebut.
c. Memberikan pengertian kepada orang tua-orang tua bahwa anak tersebut membutuhkan yang namanya permainan. Bukan les ini lah, les itu lah ato tetek bengeknya yang membuat anak tersebut STRES.
d. Mengajarkan anak-anak Indonesia berfikir kreatif dengan apa yang ada di sekitarnya sehingga diharapkan kelak anak-anak tersebut menjadi manusia dewasa yang kreatif (dalam hal positif tentunya).