Tujuan Dan Rasional Kajian

15
SENARAI ISI KANDUNGAN 1. BAHAGIAN A 2- 4 2. BAHAGIAN B 5 – 7 3. BAHAGIAN C 8 – 10 4. RUJUKAN 11 1

description

tujuan

Transcript of Tujuan Dan Rasional Kajian

SENARAI ISI KANDUNGAN

1. BAHAGIAN A

2- 4

2. BAHAGIAN B

5 73. BAHAGIAN C

8 10

4. RUJUKAN

11Bahagian A

1.0 Tujuan dan Rasional KajianKajian ini dijalankan bagi tujuan untuk mengetahui kaedah penyoalan lisan yang digunakan oleh guru Bahasa Melayu ketika mengajar. Hal ini demikian kerana kaedah penyoalan merupakan salah satu cara guru menyampaikan kandungan pelajaran kepada para pelajarnya. Oleh itu, penggunaan soalan ini merupakan satu kaedah yang menggalakkan interaksi Antara guru dengan murid. Walaubagaimanapun, terdapat guru-guru yang kurang mahir menggunakan kaedah ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmanakah guru berkemahiran dalam menyoal murid. Melalui kajian ini, pihak yang bertanggungjawab boleh memberi pendedahan mengenai teknik menyoal kepada guru yang tidak berkemahiran. 2.0 Rumusan Penyelidik tentang jadual 3

Penyelidik menyatakan bahawa guru 1 dan guru 2 gagal memberi petunjuk, mencungkil fikiran dan menggalakkan pelajar menyoal. Kedua-dua guru tersebut lebih banyak menyoal semasa P & P berlangsung. Walaubagaimanapun, kedua-dua guru dapat membina soalan yang jelas, ringkas dan tepat yang membolehkan murid-murid dapat menjawab soalan dengan baik.

Menurut pemerhatian penyelidik juga, kedua-dua guru memberi focus kepada satu idea atau lebih daripada satu idea serta guru membuat sebaran ke seluruh kelas dan membuat hentian yang sepatutnya. Namun guru 1 dan guru 2 gagal menggunakan kemahiran penyoalan yang menggalakkan murid menyoal sama ada kepada guru ataupun murid. Selain itu, disebabkan guru terlalu banyak menyemukakan soalan menyebabkan murid-murid tidak berpeluang untuk bersoal jawab antara sesama sendiri. Kaedah memanggil nama semasa penyoalan juga telah digunakan oleh guru supaya fokus dalam penyoalan. Namun menurut penyelidik lagi, sebenarnya guru adalah mencuba menggalakkan murid untuk menyoal tetapi guru gagal memberi rangsangan kepada murid supaya menyoal. 3.0 Pandangan saya tentang jadual 3

Pada pandangan saya pula berdasarkan jadual , kedua-dua guru ini berkemahiran dalam membentuk soalan yang jelas, ringkas dan tepat. Soalan yang jelas, ringkas dan tepat ini memberi fokus serta mudah difahami oleh murid-murid. Justeru, apabila soalan yang dikemukakan dapat difahami maka murid-murid dapat menjawab dengan tepat. Dalam masa yang sama,guru juga membina soalan yang fokus kepada satu idea atau lebih daripada satu idea.

Pada pendapat saya, guru gagal memberi rangsangan dalam memberi petunjuk supaya murid-murid mengemukakan soalan kerana guru mengajar lebih kepada berpusatkan guru. Sekiranya, guru hanya berperanan sebagai fasilitator dalam P & P ini, murid akan lebih memainkan peranan. Kaedah pengajaran seperti ini lebih meransang murid untuk mengambil peranan.

Menurut penyelidik, guru 1 dan guru 2 juga gagal mencungkil fikiran murid. Menurut saya, hal ini demikian kerana soalan yang diajukan oleh guru itu soalan aras rendah iaitu soalan yang tertutup. Soalan tertutup ini hanya memerlukan murid-murid memberi jawapan ya atau tidak sahaja. Oleh itu, kedua-dua guru itu sepatutnya mengajukan soalan terbuka supaya murid lebih berfikir.

Selain itu, menurut penyelidik juga guru kurang mengemukakan soalan yang menggunakan idea atau jawapan murid. Pada pandangan saya, hal ini berlaku kerana mungkin guru sudah menyediakan soalan sebelum P & P maka guru ini lebih berfokus kepada soalan yang telah diajukan. Walaubagaimanapun, sepatutnya guru itu lebih prihatin supaya ada kesinambungan dalam penyoalan.

Dalam kemahiran penyoalan nombor 10, guru tidak dapat merangsang murid supaya mengajukan soalan. Keadaan ini mungkin berlaku kerana murid-murid yang didalam kelas itu adalah murid yang agak lemah dalam akademik. Menurut saya, kadangkala keadaan murid juga mempengaruhi dalam hal ini. Murid-murid yang bijak selalunya banyak mengajukan soalan. 4.0 Huraian rumusan penyelidik tentang jadual 4

Terdapat enam aras soalan kognitif Bloom iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Berdasarkan dapatan penyelidik terhadap dua guru dalam mengemukakan soalan dalam P & P tidak ada perbezaan. Kedua-dua guru ini lebih banyak mengemukakan soalan pengetahuan iaitu soalan bertumpu atau berpusat. Soalan seperti ini lebih bertujuan untuk menguji ingatan murid terhadap perkara yang telah didengar.

Selain itu, kedua-dua guru juga banyak mengajukan soalan kefahaman yang mana soalan seperti ini juga lebih menguji sejauhmana kefahaman murid terhadap pembentangan yang didengar. Dimana murid menjawab soalan mengikut kefahaman mereka.Namun kedua-dua guru kurang mengemukakan soalan yang berkaitan tahap aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Sebenarnya, ini lah puncanya kegagalan guru tersebut dalam memberi rangsangan kepada murid-murid untuk mengemukakan soalan. Hal ini menunjukkan bahawa soalan-soalan yang dikemukakan oleh kedua-dua guru tidak mencungkil fikiran murid. 5.0 Kaitan dengan sekolah saya

Sebenarnya, situasi dua guru dalam kajian ini adalah sama dengan situasi guru-guru di sekolah saya. Saya maksudkan disini adalah guru-guru di sekolah saya pun masih terlalu kurang menyoal mengikut tahap aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian tersebut. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan ada juga guru yang sudah mengamalkan penyoalan 6 tahap ini.

Kenapa saya katakana situasi tersebut turut berlaku di sekolah saya. Pada hemat saya, sebenarnya guru-guru tidak dapat disalahkan sepenuhnya kerana perubahan keperluan ini kurang diberi pendedahan kepada para guru di sekolah. Saya percaya, bukan sekolah saya sahaja yang mengalami keadaan seperti ini tetapi kebanyakan sekolah yang ada di Malaysia ini turut mengalaminya. Bahagian B

fokus pengajaran kepada peperiksaan menyebabkan guru-guru terikat dengan langkah-langkah dan peruntukan masa yang terbatas sehingga guru-guru tidak mampu untuk berinteraksi dengan murid. Pernyataan oleh Zamri Malamod dan Nor Razah Lim.

Saya bersetuju dengan pernyataan yang telah diutarakan oleh Zamri Malamod dan Nor Razah Lim dalam kajian mereka. Maksud peperiksaan tersebut sudah cukup membuktikan kenyataan mereka. Peperiksaan bermaksud satu alat untuk mengukur pembelajaran murid terutama menilai kepada dominan pembelajaran kognitif. Sebenarnya, tidak boleh menyalahkan guru kerana system pendidikan Negara kita sejak awal kemerdekaan sudah mengamalkan system pendidikan berfokuskan peperiksaan. Hanya beberapa tahun kebelakangan ini baru berlaku transformasi dalam pendidikan Negara kita dimana wujudnya PBS( Penilaian Berasaskan Sekolah).Sistem penilaian PBS ini lebih holistic. Cuma pelaksanaannya masih di peringkat awal.

saya bersetuju pengajaran berfokuskan peperiksaan ini menyebabkan guru tidak dapat berkomunikasi baik dengan murid. Kenapa keadaan ini berlaku? Hal ini demikian kerana guru-guru sentiasa berusaha menghabiskan semua sukatan pelajaran kerana sekiranya tidak habis, murid-murid akan kerugian dan tidak dapat menjawab soalan peperiksaan. Apabila guru berusaha menghabiskan sukatan mengikut masa yang ditentukan menyebabkan ada murid yang tercicir. Keadaan seperti ini berlaku di sekolah saya.

Murid-murid yang belum menguasai kemahiran tersebut akan keciciran kerana guru terpaksa melangkah ke sukatan berikutnya. Interaksi guru dengan murid sudah terganggu disini. Sekiranya, system pendidikan Negara kita lebih holistic, keadaan seperti ini tidak akan berlaku. Guru hanya perlu mengajar sehingga murid-murid itu betul-betul menguasai kemahiran tersebut barulah beralih ke sukatan berikutnya.

Guru juga tidak dapat memenuhi setiap keperluan murid kerana murid yang pandai akan kerugian. Sebagai contoh, dalam sebuah kelas ada dua orang murid belum menguasai kemahiran yang diajar, guru tidak akan mengulang balik kemahiran yang sama hanya kerana dua murid sahaja. Hal ini demikian kerana system pendidikan Negara kita yang berfokuskan peperiksaan dan keputusan peperiksaan menjadi ukuran kecemerlangan sesebuah sekolah tersebut. Keadaan ini menyebabkan guru-guru berfokus supaya mendapat kecemerlangan dalam akademik dan hanya memberi perhatian kepada murid-murid yang pandai sahaja dan terpaksa membiarkan murid-murid yang lemah kerana bagi memenuhi system pendidikan Negara.

Selain itu, guru juga tidak boleh menghabiskan sukatan pelajaran kerana peperiksaan akan merangkumi semua sukatan pelajaran. Mungkin kalau peperiksaan peringkat sekolah, guru boleh menguji setakat sukatan yang telah diajar sahaja. Namun, memandangkan Negara kita ada peperiksaan setara seluruh Negara seperti UPSR, PMR, dan SPM maka guru tidak boleh memandangkan ringan tentang sukatan pelajaran yang telah ditetapkan.

Keadaan ini memang berlaku di sekolah saya. Saya percaya semua sekolah mengalami masalah interaksi dengan murid-murid. Semua guru memang terikat dengan langkah-langkah dan peruntukan masa yang terbatas. Merujuk kepada rancangan mengajar tahunan mengikut mata pelajaran sudah menunjukkan langkah-langkah dan masa yang diperuntukkan dan perlu diikuti supaya dapat menghabiskan sukatan pelajaran mengikut tempoh yang ditetapkan.

Sekiranya berlaku kesilapan satu langkah maka seorang guru itu akan berasa cemas dan ada juga guru yang terpaksa mengajar dalam dua masa bagi satu tajuk. Hal ini demikian kerana mengejar tempoh yang telah ditetapkan. Keadaan ini juga berlaku disebabkan tugas-tugas lain yang memerlukan guru keluar dari sekolah. Sebagai contoh, guru mengikuti kursus empat hari, ini bermakna minggu tersebut guru itu sama langsung tidak mengajar kelas ataupun hanya dua masa atau satu masa sahaja guru ini dapat mengajar dalam satu minggu. Persoalannya, bagaimana dengan sukatan yang sepatutnya diajar pada minggu itu, maka keadaan inilah yang menyebabkan guru mengajar sukatan tersebut begitu sahaja tanpa mempedulikan semua murid-murid sudah menguasai atau tidak. Apa yang penting sukatan pelajaran ini sudah diajar.

Bukan itu sahaja, sekiranya murid yang lemah diberi penekanan kepada sukatan yang tidak dikuasainya dan tidak diajar sukatan yang berikutnya turut menghadapi masalah. Hal ini demikian kerana soalan yang perlu dijawab sama bagi semua murid kerana peperiksaan itu adalah alat untuk mengukur prestasi seseorang murid. Sekiranya, murid lemah tadi hanya diberi soalan sampai sukatan yang dipelajari maka tidak tercapai matlamat serta tidak adil bagi murid lain.

Namun, seperkara yang saya perhatikan yang berlaku di sekolah saya adalah kita hanya mementingkan sumbangan murid dalam bidang kurikulum sahaja. Sedangkan sumbangan murid dari segi bidang kokurikulum tidak diberi penekanan sangat. Sebagai contoh, apabila tiba masa Majlis Anugerah Kecemerlangan, hadiah atau penghargaan hanya diberikan kepada murid-murid terbaik dalam akademik sahaja. Manakala murid-murid yang tidak mempunyai pencapaian yang cemerlang dalam akademik tidak mendapat apa-apa. Pihak sekolah mengabaikan pencapaian murid dalam bidang kokurikulum, sedangkan sumbangan dalam bidang kokurikulum turut memberi impak yang besar kepada sekolah.

Hal ini berlaku kerana fokus pengajaran berorientasi peperiksaan menyebabkan guru-guru atau pihak pentadbir mengabaikan pencapaian murid dalam bidang kokurikulum. Oleh itu, pada hemat saya memang amat relevan system pendidikan berasaskan peperiksaan dimansuhkan dan digantikan dengan system penilaian secara menyeluruh supaya dapat mengelakkan keciciran pelajaran di kalangan generasi muda.

Namun transformasi pendidikan pada masa kini sedikit sebanyak membantu interaksi antara murid dengan guru. Hal ini demikian kerana Kurikulum baru iaitu KSSR menekankan kepada guru-guru supaya pengajaran berpusatkan murid. Jadi ini memberi peluang kepada guru dan murid berbincang sesama sendiri. Sebenarnya, guru dan murid boleh menjadi kawan kerana dalam pengajaran berpusatkan murid ini, guru hanya berperanan sebagai fasilitator. Ini bermaksud guru berperanan sebagai pembimbing.

Dalam masa yang sama kurikulum sekarang ini lebih holistic iaitu tidak hanya menekankan kepada penilaian peperiksaan sahaja malahan melibatkan aspek-aspek lain. Aspek lain itu merangkumi aktiviti kokurikulum dan yang berkaitan dengan hal ehwal murid. Apabila disebut mengenai aktiviti kokurikulum ini, aktiviti yang dijalankan itu boleh membantu dalam interaksi antara guru dan murid. Jadi isu seperti pernyataan yang dibincangkan pada peringkat permulaan tidak akan timbul.

Secara kesimpulannya, memang system pendidikan yang mementingkan peperiksaan itu mempengaruhi interaksi antara guru dan murid. Namun pihak kementerian Pelajaran telah melancarkan kurikulum yang baru yang membolehkan guru dapat berinteraksi dengan lebih baik bersama dengan murid. Diharapkan kurikulum yang baru ini dapat membantu meningkatkan lagi prestasi pendidikan Negara bukan sahaja dari segi akademik tetapi melibatkan jasmani, rohani, emosi dan social genarasi muda.

Bahagian C

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran

: Bahasa Malaysia

Kelas

: 2

Tema

: Pertanian Buah-buahan Tempatan dan Luar Negara

Masa

: 1 Jam ( 7.20 am 8.20 am)

Standard Pembelajaran: 4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.

4.1.1 Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui nyanyian secara didik hibur.

Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran, murid dapat:

i. Menyebut seni kata dengan jelas melalui nyanyian.

ii. Menulis nama buah-buahan dengan tulisan yang kemas.

Aktiviti pengajaran

:

i. Murid melihat slaid power point bergambar yang ditunjukkan oleh guru.

ii. Murid mendengar lagu yang ditayangkan.

iii. Murid menyanyi lagu dengan bimbingan guru.

iv. Murid diminta menulis nama buah-buahan yang terdapat dalam seni kata lagu.

v. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan untuk melakukan aktiviti.

vi. Murid menyelesaikan lembaran kerja yang telah disediakan.

vii. Murid menyanyikan semula lagu dengan gerakan bebas.

Elemen Merentas Kurikulum: Nilai murni Bersyukur, kejujuran

Bahan Bantu Belajar

: LCD, Komputer, lirik lagu buah-buahan, slaid power point bergambar.

Refleksi : Perkara Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Slaid Power Point

Rujuk Lampiran A(klik gambar di bawah)

Set Induksi ( 5 minit)

1. Murid melihat slaid power point yang ditayangkan oleh guru.

2. Murid diminta menamakan apa yang mereka lihat dalam slaid tersebut.

Video dan lirik lagu Buah-buahan tempatan

Rujuk Lampiran B(klik gambar di bawah)

http://www.youtube.com/watch?v=I__4t9mQF1E

Langkah 1 ( 15 minit)

1. Murid mendengar lagu yang ditayangkan.

2. Murid melihat seni kata lagu yang dipaparkan di skrin.

3. Murid menyevut seni kata lagu dengan jelas secara kelas, berkumpulan dan individu.

Rujuk lampiran CLangkah 2 ( 15 minit)

1. Murid menyanyikan lagu dengan bimbingan guru.

2. Murid diminta menyanyikan seni kata lagu dengan jelas secara kelas, berkumpulan dan individu.

3. Murid diminta menulis nama buah-buahan yang terdapat dalam seni kata lagu.

Kump 1

Kump 2

Kump 3

Kump 4

Lampiran DLangkah 3 ( 15 minit)

1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.

2. Setiap kumpulan diberi dua sampul yang berisi keratan gambar dan kad perkataan.

3. Murid dikehendaki menyusun suai gambar sebelum melengkapkan perkataan yang betul.

4. Murid diminta menampal perkataan yang telah dilengkapkan pada papan hitam.

5. Kumpulan terpantas dikira pemenang.

Rujuk Lampiran ELangkah 4 ( 5 minit)

1. Murid diminta melengkapkan lembaran kerja yang diberi.

2. Murid diminta menampal lembaran kerja dalam buku latihan setelah selesai.

Video lagu Buah-buahan Tempatan

http://www.youtube.com/watch?v=I__4t9mQF1E

Penutup ( 5 minit)

1. Murid menyanyikan semula lagu dengan gerakan bebas.

RUJUKAN

1. BUKU PANDUAN BAHASA MALAYSIA KSSR TAHUN 1

2. http://www.youtube.com/watch?v=I__4t9mQF1E3. http://pomizi-pedagogi.blogspot.com/p/kaedah.html4. http://pendidikangurubaru.blogspot.com/2013/01/perbezaan-kaedah-pengajaran.html5. http://rujukpendidik.blogspot.com/2012/10/kaedah-berpusatkan-guru.html11