Tujuan Dasar Mata Pelajaran Bahasa Melayu Diajar Di Sekolah-sekolah Rendah

download Tujuan Dasar Mata Pelajaran Bahasa Melayu Diajar Di Sekolah-sekolah Rendah

of 3

Transcript of Tujuan Dasar Mata Pelajaran Bahasa Melayu Diajar Di Sekolah-sekolah Rendah

  • 8/3/2019 Tujuan Dasar Mata Pelajaran Bahasa Melayu Diajar Di Sekolah-sekolah Rendah

    1/3

  • 8/3/2019 Tujuan Dasar Mata Pelajaran Bahasa Melayu Diajar Di Sekolah-sekolah Rendah

    2/3

    budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat

    cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu

    wawasan. Keunikan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan

    budaya memberikan satu cabaran kepada pihak kerajaan untuk membina satu

    komuniti masyarakat yang bersatu padu di dalam negara ini. Oleh itu bahasa

    Melayu telah diwajibkan di kesemua sekolah rendah dengan harapan bahasa

    menjadi agen penyatuan dalam membina permuafakatan dalam penyatuan rakyat

    yang berbilang kaum ini.

    Penggunaan bahasa yang sama akan menjadikan bahasa Melayu sebagai

    satu ikon bagi rakyat Malaysia seterusnya memudahkan penjanaan idea-idea baru

    selain perkongsian maklumat antara seorang rakyat Malaysia dengan yang lain.

    Penggunaan bahasa yang sama untuk semua rakyat akan memudahkan proses

    komunikasi berlaku dan dapat mengelakkan sebarang salah faham dalam menjalani

    kehidupan bermasyarakat di Malaysia.

    Jika dilihat daripada dokumen Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah

    Rendah, kita dapat lihat dengan jelas penekanan terhadap kemahiran bahasa iaitu

    Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis.

    Kemahiran-kemahiran ini akan membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu

    secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk

    pembelajaran seumur hidup bagi perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta bagi

    tujuan rekreasi.

    Selain itu, pengenalan bahasa Melayu daripada peringkat rendah juga

    bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid untuk menghargai karya-

    karya sastera yang amat berharga buat negara. Karya-karya sastera yang diwarisi

    turun-temurun ini perlu dipelihara agar dapat menjadi tetapan generasi yang

    mendatang. Oleh sebab itu, pengenalan subjek Bahasa Melayu ini penting buat

    pelajar sekolah rendah kerana meluntur buluh biarlah daripada rebungnya.

    Tujuan lain dasar pendidikan bahasa Melayu diperkenalkan di peringkat

    sekolah rendah juga bertujuan untuk memupuk minat membaca sebagai satu

  • 8/3/2019 Tujuan Dasar Mata Pelajaran Bahasa Melayu Diajar Di Sekolah-sekolah Rendah

    3/3