Tun Hamdan Sheikh Tahir

4
TUN HAMDAN SHEIKH TAHIR TOKOH: Hamdan Sheikh Tahir, Tun. TARIKH/TEMPAT LAHIR: 27 April 1921 di Pulau Pinang. PENDIDIKAN : (Awal) Sekolah Madrasah Haji Taib, Parit Jamil, Muar, Johor ; Sekolah Melayu Tanglin Kecil, Singapura; Sekolah Melayu Sultan Idris Dua, Kuala Kangsar. (Terakhir): University of Nottingham, United Kingdom (Social Science), 1949 – 1950; Universiti Malaya, Singapura, 1955 – 1956 KERJAYA antaranya: (1) Guru Besar, Sekolah Melayu Iskandar, Parit, Perak, 1952 -1953. (2). Pengetua, Sekolah Tunku Abd. Rahman (STAR), Ipoh, Perak, 1957 – 1960.(3).Pengarah Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia. (4). Naib-Canselor, Universiti Sains Malaysia (USM).(5). Tuan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Mei 1989 (6). Wakil Tetap merangkap Duta Malaysia ke UNESCO di Paris. PENCAPAIAN: (1). Melaksanakan sepenuhnya Laporan Rahman Talib, 1961. INOVASI: (1). Mempastikan pelaksanaan dasar untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pngantar di sekolah-sekolah hingga ke peringkat universiti. (2). Melaksanakan penggunan bahasa

description

es

Transcript of Tun Hamdan Sheikh Tahir

Page 1: Tun Hamdan Sheikh Tahir

TUN HAMDAN SHEIKH TAHIR

TOKOH: Hamdan Sheikh Tahir, Tun.

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 27 April 1921 di Pulau Pinang.

PENDIDIKAN : (Awal) Sekolah Madrasah Haji Taib, Parit Jamil, Muar, Johor ; Sekolah

Melayu Tanglin Kecil, Singapura; Sekolah Melayu Sultan Idris Dua, Kuala Kangsar.

(Terakhir): University of Nottingham, United Kingdom (Social Science), 1949 – 1950;

Universiti Malaya, Singapura, 1955 – 1956

KERJAYA antaranya: (1) Guru Besar, Sekolah Melayu Iskandar, Parit, Perak, 1952 -

1953. (2). Pengetua, Sekolah Tunku Abd. Rahman (STAR), Ipoh, Perak, 1957 – 1960.

(3).Pengarah Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia. (4). Naib-Canselor, Universiti

Sains Malaysia (USM).(5). Tuan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Mei 1989 (6).

Wakil Tetap merangkap Duta Malaysia ke UNESCO di Paris.

PENCAPAIAN: (1). Melaksanakan sepenuhnya Laporan Rahman Talib, 1961. 

INOVASI: (1). Mempastikan pelaksanaan dasar untuk menjadikan bahasa Melayu

sebagai bahasa pngantar di sekolah-sekolah hingga ke peringkat universiti. (2).

Melaksanakan penggunan bahasa Melayu dlam bidang pentadbiran dan pengurusan

serta perkuliahan, semasa menjadi Naib Canselor USM. (3). Memperluas peranan DBP

ke Sabah dan Saraak dengan menubuhkan Cawangan di kedua-dua negeri berkenaan.

(4). Ketika menjadi Pengerusi kepada Lembaga Pengelola DBP, beliau mewujudkan

skim bantuan kepada penulis yang kemudiannya dikenali sebagai Penulis Tamu.

.

PENULISAN/PENERBITAN: Buku Hari ini untuk Esok

ANUGERAH/GELARAN ANTARANYA: (1). Certificate of Patriotic Service oleh Adult

Education ASSA of Malaysia, 1963. (2). Anugerah Bintang Kesatria Negara (KMN),

Page 2: Tun Hamdan Sheikh Tahir

1965. (3). Anugerah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran Tan Sri

oleh Kerajaan Malaysia. (4). Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang dari Universiti

Malaya, 1976.(5). Anugerah Darjah Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) oleh Kerajaan

Negeri Pulau Pinang, yang membawa gelaran Datuk, 1989. (6). Anugerah Darjah Seri

Maharaja Mangku Negara (SMN) yang membawa gelaran Tun, 1989.

Anugerah Kebangsaan dihadiahkan kepada tokoh pendidik, Yang Dipertua Negeri

Pulau Pinang, Tun Hamdan Sheikh Tahir kerana jasa bakti dan khidmat cemerlang

kepada negara dalam bidang pendidikan selama lebih setengah abad.

Khidmat bakti Tun Hamdan dalam dunia pendidikan begitu ketara dan tidak dapat

disangkal lagi. Darah pendidik yang mengalir dalam tubuhnya adalah tiupan semangat

daripada bapanya, Allahyarham Sheikh Tahir Jalaluddin, seorang pelopor pemikiran

moden pendidikan yang sering dikaitkan dengan pergerakan Islam moden.

Latar belakang pendidikan Tun Hamdan, 78, begitu membanggakan. Beliau mendapat

pendidikan awal di Sekolah Menengah Clifford, Kuala Kangsar sebelum menyambung

di Kolej Raffles, Singapura. Kecintaannya kepada ilmu membawa beliau ke negara

orang, sehingga memperoleh Sijil Profesional Pendidikan dari University of London

(1951). Pada tahun 1956, beliau memperoleh ijazah dalam bidang Geografi dari

Universiti Malaya, Singapura.

Lahir pada 27 April 1921, Tun Hamdan memulakan kerjaya dalam bidang pendidikan

sebagai sensei atau guru semasa zaman pemerintahan Jepun. Apabila Inggeris

menjajah semula Tanah Melayu, beliau mencurah jasa di Sekolah Menengah Clifford,

Kuala Kangsar.

Di situ, beliau cuba memperbaiki taraf pendidikan bahasa Inggeris di kalangan orang

Melayu melalui pengajaran cara pos. Tidak lama selepas itu, beliau cuba membasmi

kadar buta huruf di kalangan orang dewasa ketika menjadi pengetua di Sekolah

Menengah Iskandar Shah, Parit, Perak.

Page 3: Tun Hamdan Sheikh Tahir

Namun kemuncak kecemerlangan Tun Hamdan dalam bidang pendidikan ialah ketika

beliau berkhidmat di Kementerian Pelajaran setelah negara merdeka. Banyak

perubahan dalam sistem pendidikan negara yang telah dibawanya seperti konsep

sekolah berasrama penuh untuk anak-anak luar bandar dan pelaksanaan sistem

komputer untuk memproses keputusan peperiksaan.

Beliau pernah menjawat jawatan Ketua Penasihat Pelajaran (jawatan yang kini dikenali

sebagai Ketua Pengarah Pelajaran) pada tahun 1966 dan menjadi anak Melayu kedua

memegangnya selepas Aminuddin Baki. Hamdan bersara pada tahun 1976 dan

kemudian diamanahkan mengurus universiti apabila dilantik sebagai Naib Canselor

Universiti Sains Malaysia sehingga 1982. Beliau kini merupakan Canselor Universiti

Putra Malaysia.

Sesungguhnya pencapaian Tun Hamdan terlalu banyak untuk diperkatakan. Namun

secara ringkas, sumbangannya dalam bidang pendidikan telah mempengaruhi hidup

sebilangan besar rakyat Malaysia.