tuntutan kami2

download tuntutan kami2

of 33

Transcript of tuntutan kami2

  • 8/14/2019 tuntutan kami2

    1/33

  • 8/14/2019 tuntutan kami2

    2/33

    7. PENGARAH JABATAN KERJARAYA NEGERI

    SEMBILAN DARUL KHUSUS

    8. PENTADBIR TANAH DAN DAERAH, SEREMBAN,

    NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

    9. PENGARAH TANAH DAN GALIAN

    NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

    10. LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA

    11. KERAJAAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

    12. KERAJAAN MALAYSIA ....DEFENDAN

    DEFENDAN

    PERNYATAAN TUNTUTAN

    1. Plaintif-Plaintif adalah warganegara Malaysia adalah para pembeli rumah

    di Taman Bukit Margosa yang mempunyai alamat di Jawatankuasa

    Bertindak Pembinaan Lebuhraya Lekas Melalui Taman Bukit

    Margosa Bilik Gerakan, Surau Taman Bukit Margosa, 70400

    Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.

    2

  • 8/14/2019 tuntutan kami2

    3/33

    2. Defendan Pertama adalah pada semua waktu yang material adalah

    merupakan syarikat perumahan yang membina TAMAN BUKIT

    MARGOSA dan mempunyai alamat bagi penyampaian berdaftar di 38,

    Tingkat 2, Jalan Dato Bandar Tunggal, 70000 Seremban, Negeri

    Sembilan Darul Khusus dan alamat perniagaannya di MILLENNIA

    SQUARE, No. 8, Tingkat 2, Jalan Tan Sri Manickavasagam, 70200

    Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.

    3. Defendan Kedua adalah merupakan syarikat yang menerima konsesi

    bagi Lebuhraya Kajang Seremban dan mempunyai alamat berdaftar di

    Tingkat 2, Wisma IJM, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya,

    Selangor Darul Ehsan dan alamat penyampaian di Plaza Tol Pantai

    Dalam, KM 10.6, Lebuhraya Baru Pantai, 58200 Kuala Lumpur.

    4. Defendan Ketiga adalah pada semua waktu yang material adalah

    merupakan anak syarikat milik penuh IJM sebagai kontraktor utama

    konsesi pembinaan Lebuhraya LEKAS dan mempunyai alamat berdaftar

    bagi penyampaian Tingkat 2, Wisma IJM, Jalan Sultan, 46760 Petaling

    Jaya, Selangor Darul Ehsan dan alamat perniagaannya di Lower Ground

    Floor, Wisma IJM,Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor

    Darul Ehsan dan bertanggungjawab keatas pembinaan lebuhraya LEKASmelalui jajaran Taman Bukit Margosa, Seremban tempat dimana

    kesemua Plaintif-Plaintif menetap disini.

    3

  • 8/14/2019 tuntutan kami2

    4/33

    5. Defendan Keempat adalah pada semua waktu yang material adalah

    merupakan syarikat induk bagi Defendan Ketiga yang menguasai 50%

    kepentingan didalam Lebuhraya Kajang-Seremban Sdn. Bhd (LEKAS)

    dan mempunyai alamat berdaftar bagi penyampaiannya di Tingkat 2,

    Wisma IJM, Jalan Sultan, 46760 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

    6. Defendan Kelima adalah pada semua waktu yang material merupakan

    Penjawat Awam yang telah dilantik oleh Defendan Kesepuluh yang

    mempunyai alamat bagi penyampaian di Wisma Lebuhraya, Lembaga

    Lebuhraya Malaysia, KM-6, Jalan Serdang-Kajang, 43000 Kajang,

    Selangor Darul Ehsan dan bertanggungjawab keatas pemberian konsesi

    lebuhraya LEKAS melalui jajaran Taman Bukit Margosa, Seremban

    kepada Defendan Kedua.

    7. Defendan Keenam adalah pada semua waktu yang material merupakan

    Penjawat Awam yang dilantik dan diberi kuasa oleh Defendan Kesebelas

    untuk mentadbir bagi Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan

    Darul Khusus dan mempunyai alamat bagi penyampaian di Wisma

    Perbandaran, Jalan Yam Tuan, 70000 Seremban, Negeri Sembilan Darul

    Khusus dan bertanggungjawab keatas pengeluaran Sijil Layak

    Menduduki (CF) bagi rumah rumah kediaman milik Plaintif - Plaintif

    TAMAN BUKIT MARGOSA.

    8. Defendan Ketujuh adalah pada semua waktu yang material adalah

    merupakan Penjawat Awam yang dilantik oleh Defendan Keduabelas

    dan mempunyai alamat bagi penyampaian di Tingkat 2, Blok B, Wisma

    Negeri, 70503 Negeri Sembilan Darul Khusus dan bertanggungjawab

    4

  • 8/14/2019 tuntutan kami2

    5/33

    keatas pemantauan jajaran Lebuhraya LEKAS dan jalan taman di

    Taman Bukit Margosa, Seremban tempat dimana kesemua Plaintif-

    Plaintif menetap disini.

    9. Defendan Kelapan adalah pada semua waktu yang material adalah

    merupakan Penjawat Awam bagi Defendan Kesebelas dan mempunyai

    alamat bagi penyampaian di Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban,

    Jalan S2 A2, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul

    Khusus dan bertanggungjawab keatas pemindahan hakmilik tanah KM 42

    + 900 sehingga KM 43 + 800 lebuhraya LEKAS dari Defendan Pertama

    kepada Defendan Kesepuluh dimana Plaintif-Plaintif menetap disini dan

    juga keatas pecah sempadan serta pengeluaran hakmilik berasingan bagi

    kesemua hartanah milik Plaintif-Plaintif.

    10. Defendan Kesembilan adalah pada semua waktu yang material adalah

    merupakan Penjawat Awam yang dilantik oleh Defendan Kesebelas dan

    mempunyai alamat bagi penyampaian di Tingkat 4, Blok A & B,Wisma

    Negeri, Jalan Dato Abdul Kadir, 70503 Seremban, Negeri Sembilan

    Darul Khusus dan bertanggungjawab keatas kelulusan pemindahan

    hakmilik tanah daripada Defendan Pertama kepada Defendan Kesepuluh

    dan pengeluaran hakmilik berasingan, milik Plaintif-Plaintif.

    11. Defendan Kesepuluh pada masa yang material adalah merupakan agensi

    kerajaan dan mempunyai alamat bagi penyampaian di Wisma Lebuhraya,

    Lembaga Lebuhraya Malaysia, KM-6, Jalan Serdang-Kajang, 43000

    Kajang, Selangor Darul Ehsan dan bertanggungjawab keatas pemberian

    5

  • 8/14/2019 tuntutan kami2

    6/33

    konsesi lebuharaya LEKAS melalui jajaran Taman Bukit Margosa,

    Seremban kepada Defendan Kedua.

    12. Defendan Kesebelas adalah merupakan pihak yang bertanggungjawab

    diatas perlantikan Defendan Keenam, Kelapan dan Kesembilan serta

    selaku kerajaan negeri, memantau projek pembinaan lebuhraya Kajang-

    Seremban (LEKAS) bagi pihak Defendan Keduabelas dan mempunyai

    alamat bagi penyampaiannya di Pejabat Penasihat Undang-undang

    Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus, Jalan Campbell, 70000

    Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.

    13. Defendan Keduabelas adalah pada masa yang material merupakan pihak

    yang bertanggungjawab terhadap projek pembinaan lebuhraya Kajang-

    Seremban (LEKAS) dan mempunyai alamat penyampaian di Jabatan

    Peguam Negara, Aras 1, Blok 03, Pusat Pentadbiran Kerajaan

    Persekutuan, 62502 Putrajaya.

    14. Plaintif-Plaintif telah dikejutkan dengan berita bahawa Defendan

    Kesepuluh serta Defendan Kedua dan Defendan Ketiga akan memulakan

    kerja kerja pembinaan lebuhraya lekas melalui jajaran Taman Bukit

    Margosa pada bulan Januari 2007.

    15. Plaintif - Plaintif juga telah dimaklumkan bahawa pada bulan Januari

    2007 yang jajaran lebuhraya tersebut akan mengambil semua jalan utama

    atau Persiaran Margosa, padang bola dan padang permainan kanak-kanak

    yang meliputi hampir tujuh puluh lima peratus ( 75% ) kawasan padang.

    6

  • 8/14/2019 tuntutan kami2

    7/33

    16. Secara tidak langsungnya Taman Bukit Margosa akan terbahagi kepada

    dua (2) bahagian iaitu bahagian pertama ialah Jalan Margosa 1 hingga 5

    serta Jalan Seri Telawi 5 hingga 10 dan bahagian kedua ialah Jalan

    Margosa 6 hingga Jalan Margosa 8.

    17. Defendan Kedua dan Ketiga membuat keputusan sendiri tanpa

    memberitahu Plaintif Plaintif mengenai jalan keluar masuk bahagian

    kedua dengan berkongsi jalan Taman Ampangan Fasa 3 melalui Jalan

    Margosa 11. Secara amnya Defendan Kedua dan Defendan Ketiga telah

    menceroboh kawasan Taman Bukit Margosa tanpa kebenaran Plaintif-

    Plaintif.

    18. Laluan untuk kesurau pula Plaintif Plaintif perlu melalui jalan Taman

    Ampangan dan Jalan Taman Telawi.

    19. Apabila Plaintif Plaintif mendapati bahawa suara mereka tidak

    mendapat perhatian maka satu jawatankuasa bertindak telah ditubuhkan

    bagi memudahkan kerja untuk mendapatkan penjelasan jelas, terang dan

    nyata bagi menyelesaikan percerobohan tersebut dari semua Defendan-

    Defendan melalui banyak surat-surat yang dihantar oleh Jawatankuasa

    Bertindak yang dipandang sepi oleh Defendan-Defendan.

    20. Jawatankuasa bertindak telah dipanggil untuk perbincangan dengan

    Defendan Ketujuh di Pejabat JKR Negeri Sembilan pada 8/1/07.

    21. Didalam mesyuarat pada 8/1/07 Defendan Ketujuh iaitu Ir. Dr. Roslan

    Bin Mat Taha telah memaklumkan bahawa jajaran telah diubah dari

    7

  • 8/14/2019 tuntutan kami2

    8/33

    Jalan Dato Dagang ke Taman Bukit Margosa pada tahun 1999 dan

    beliau mendakwa bahawa jajaran telah ada sebelum adanya Taman

    Bukit Margosa.

    22. Pada mesyuarat itu juga Defendan Ketujuh menyatakan bahawa

    Sebenarnya perjumpaan ini hanya formaliti sahaja, kerajaan tidak

    perlu pandangan penduduk untuk melaksanakan projek

    pembangunan dan jika penduduk tidak mahu lebuhraya mereka

    boleh pindah.

    23. Defendan Pertama telah dibayar oleh Defendan Kesepuluh sebanyak

    RM27,000,000-00 bagi pengambilan balik tanah dibawah Seksyen 8

    Kanun Tanah Negara 1965 bermula 3/6/99 dan ini dapat disahkan

    dengan gambar dari slide yang dirakam pada 8/1/07 mesyuarat tersebut.

    24. Melalui kenyataan Defendan Ketujuh, beliau memaklumkan didalam

    mesyuarat yang sama juga bahawa Defendan Kesepuluh akan membina

    Lebuhraya 6 lorong. Jejantas motosikal akan dibina di Jalan Margosa 13

    menuju ke surau dan jalan keluar masuk harus berkongsi dengan

    penduduk Taman Ampangan Fasa 3 (Cadangan Asal hanya satu jalan

    keluar masuk melalui Jalan Margosa 11 bersambung dengan Jalan Taman

    Ampangan Baru).

    25. Maka selaras dengan itu satu memorandum bantahan telah dihantar

    kepada Defendan Kesepuluh melalui surat bertarikh 16/3/07 oleh

    Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Taman Bukit Margosa

    (KRTTBM).

    8

  • 8/14/2019 tuntutan kami2

    9/33

    26. Memandangkan tiada sebarang tindak balas maka Jawatankuasa

    Bertindak telah mendapat pandangan dari ADUN Lenggeng iaitu Dato

    Ishak Bin Ismail yang telah menghantar surat kepada Y.A.B Dato Seri

    Utama Haji Mohamad Bin Hj. Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan

    bertarikh 1/7/07.

    27. Jawatankuasa Bertindak juga telah menghantar surat yang bertarikh

    24/8/2007 kepada Y.A.B. Dato Seri Abdullah Bin Hj Ahmad Badawi

    Perdana Menteri Malaysia dan salinan kepada YB Dato Sri Mohd Najib

    Bin Tun Hj Abdul Razak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Samy

    Velu a/l Sangalimuthu Menteri Kerja Raya dan beberapa orang dan

    jabatan lagi untuk melahirkan rasa gelisah Plaintif Plaintif terhadap

    pembinaan lebuhraya ini sekiranya perhatian tidak diberi secara khusus

    mengenai struktur pembinaan.

    28. Selaras dengan ini maka melalui Dato Ishak Ismail telah berjanji akan

    membawa perkara ini ke persidangan DUN yang akan berlangsung

    memandangkan pihak Defendan-Defendan tidak ada inisiatif untuk

    berkongsi maklumat tentang alternative lebuhraya dan alasan penolakan

    mengenai alternative lebuhraya hanya masalah kos sahaja.

    29. Kos yang dimaksudkan adalah kos dari pihak Defendan Kedua, Ketiga,

    Keempat dan Kesepuluh sahaja tanpa memikirkan kos dari pihak

    Plaintif-Plaintif walaupun kononnya pembangunan adalah untuk

    penduduk tetapi kos adalah tanggungan sendiri yakni Plaintif Plaintif.

    9

  • 8/14/2019 tuntutan kami2

    10/33

    30. Pada 16/11/2007 surat dari Setiausaha Kerajaan Negeri bagi pihak

    Perdana Menteri Malaysia telah diterima yang memaklumkan bahawa

    projek lebuhraya ini akan diteruskan dan jejantas akan diganti dengan

    Vehicular Box Culvert.

    31. Petikan soal jawab dari Penyata Resmi Persidangan Ketiga (belanjawan)

    Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Sembilan Yang Kesebelas

    pada 30/11/2007, 3/12/2007 dan 4/12/2007 menjelaskan masalah

    masalah yang timbul akibat dari pembinaan lebuhraya dan terowong di

    Taman Bukit Margosa ini. Petikan ini jelas menunjukkan tiada usaha

    untuk menyelesaikan masalah masalah malahan kenyataan dari

    Menteri Besar Negeri Sembilan tidak memberikan sambutan terhadap

    penyelesaian masalah pembinaan lebuhraya LEKAS.

    32. Pada 2/2/2008 kerja kerja pembinaan lebuhraya iaitu pemotongan tanah

    telah dijalankan pada waktu siang maka pada petangnya banjir pertama

    berlaku yang mengakibatkan kerosakan dan kerugian kepada rumah

    rumah Plaintif-Plaintif.

    33. Mengikut Plaintif Plaintif yang telah tinggal selama lebih kurang 8

    tahun di taman ini tidak pernah berlaku banjir sehinggalah pihak

    Defendan Kedua melakukan kerja kerja pemotongan tanah tersebut.

    34. Kejadian banjir tersebut melibatkan Jalan Utama serta rumah di Jalan

    Margosa 18 , Jalan Telawi 8, 9 & 10.

    10

  • 8/14/2019 tuntutan kami2

    11/33

    35. Kesemua rumah rumah yang terlibat dengan teruk telah membuat

    laporan polis bagi kerugian yang dialami dan kehilangan barang-barang.

    36. Keadaan ini telah juga melibatkan taman-taman yang berhampiran seperti

    Taman Ampangan Fasa 3 dan Taman Telawi.

    37. Didalam mengalami kekecohan banjir pertama ini Dato Ishak Bin Ismail

    telah menghubungi Defendan Ketujuh, Defendan Keenam, dan Pn.

    Zahratul Ula Binti Mohd Ibrahim, Pengarah Wilayah Tengah LLM.

    Mereka telah hadir ditempat kejadian banjir untuk menyaksikan keadaan

    banjir tersebut dan mendesak kerja-kerja pemotongan tanah

    diberhentikan dengan serta merta.

    38. Pada 4/2/08, Datuk Seri Hj Mohamad Bin Hj Hassan, Menteri Besar

    Negeri Sembilan telah mengeluarkan arahan Stop Order bagi projek

    pembinaan lebuhraya ini dihentikan sementara waktu untuk memastikan

    keadaan kembali pulih.

    39. Berikutan dari kejadian banjir ini barulah Defendan Pertama, Kedua,

    Ketiga, Ketujuh, Kesepuluh, Pengarah Jabatan Parit dan Saliran Negeri

    Sembilan, Konsultan HSSI dan wakil Jawatankuasa Bertindak telah

    mengadakan mesyuarat yang diadakan di Dewan MPS, Seremban pada

    5/2/08 dengan dipengerusikan oleh Defendan Keenam.

    40. Didalam minit mesyuarat ada menyatakan bahawa punca berlakunya

    banjir adalah disebabkan oleh tiadanya Mud Trap dipasang oleh

    11

  • 8/14/2019 tuntutan kami2

    12/33

    Defendan Kedua dan Defendan Ketiga dan semuanya berpunca dari

    projek ini.

    41. Semasa perbincangan tersebut diatas Pihak Defendan Kesepuluh,

    Keenam, Ketujuh dan wakil dari konsultan dan JPS bersetuju bahawa

    Defendan Kedua dan Ketiga gagal mematuhi prosedur maupun peraturan

    yang sepatutnya sebagai kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan

    projek lebuhraya.

    42. Wakil Defendan Kedua En. Mohd Khaled Bin Mohamed memohon

    maaf diatas kejadian banjir tersebut dan berjanji akan membuat bayaran

    gantirugi kepada mangsa banjir.

    43. Defendan Kedua menegaskan didalam perbincangan tersebut mereka

    akan membuat penilaian mengenai kerugian dan kehilangan kemudahan

    rumah mangsa banjir.

    44. Mangsa mangsa banjir telah pun membuat laporan polis mengenai

    perkara ini tetapi sehingga kini Defendan Kedua dan Ketiga masih

    berdiam diri mengenai bayaran gantirugi yang dijanjikan untuk dibayar.

    45. Defendan Keenam juga mengakui bahawa atas kesilapan mereka didalam

    meluluskan aliran trafik sewaktu pembinaan dijalankan dan menegaskan

    agar aliran trafik tidak semestinya menggunakan jalan yang sedia ada.

    46. Berdasarkan hasil perbincangan tersebut secara khususnya Defendan-

    Defendan telah gagal didalam menyediakan kemudahan dan

    12

  • 8/14/2019 tuntutan kami2

    13/33

    pembangunan adalah untuk rakyat malahan ianya telah terjadi

    malapetaka kerana tidak mahu berunding dan mendengar apa yang ingin

    disuarakan oleh Plaintif-Plaintif.

    47. Atas alasan, ini adalah projek pembangunan kerajaan maka Defendan-

    Defendan telah mengambil kesempatan dan menggunakan kuasa yang

    ada demi menjalankan projek tanpa mempertimbang dan mengenal pasti

    kawasan yang akan dibangunkan sedangkan Plaintif-Plaintif telah

    menggunakan banyak saluran-saluran yang sewajarnya bagi

    menyuarakan ketidakpuasan hati mereka.

    48. Kesimpulan dari perbincangan 5/2/2008 Defendan Keenam merumuskan

    bahawa setiap apa pun yang akan dibuat bagi jajaran lebuhraya

    hendaklah diadakan perbincangan dengan penduduk terlebih dahulu dan

    semua dokumen berkaitan hendaklah diserahkan kepada Jawatankuasa

    Bertindak.

    49. Setelah menunggu selama empat (4) bulan tiba-tiba pada 30/5/2008

    Defendan Kedua dan Defendan Ketiga memasang papan tanda

    memaklumkan pembinaan akan dimulakan semula kerja bulan pada Jun

    2008.

    50. Apabila pemasangan papan tanda dibuat bagi memaklumkan kerja

    kerja akan dimulakan Plaintif Plaintif amat terkejut kerana Defendan

    Kedua dan Ketiga tidak mematuhi apa yang diputuskan dalam Minit

    mesyuarat 5/2/2008 menunjukkan Defendan Kedua, Ketiga, Keempat,

    Ketujuh dan Kesepuluh tidak menghormati keputusan Defendan Keenam.

    13

  • 8/14/2019 tuntutan kami2

    14/33

    51. Setelah lama menunggu tanpa ada apa- apa tindakbalas dari Defendan

    Kedua, Ketiga, Keempat dan Kesepuluh, Pengerusi Jawatankuasa

    Bertindak telah dipanggil untuk bertemu dengan CEO Defendan Kedua

    iaitu En. Neoh Soon Hiong bagi membincangkan perkara yang

    diputuskan dalam mesyuarat pada 5/2/2008.

    52. Dalam perbincangan tersebut CEO Defendan Kedua telah memberikan

    kad touch and go bernilai RM500-00 kepada Pengerusi Jawatankuasa

    bertindak dan beliau telah pun melaporkan dan mendapat pandangan dari

    Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 11/11/2008.

    53. Berikutan laporan ke BPR ini dibuat, Pejabat Defendan Keenam telah

    menghubungi Pengerusi Jawatankuasa bertindak pada 12/11/2008 bagi

    menetapkan satu lagi mesyuarat lanjutan dari yang diadakan pada

    5/2/2008.

    54. Mesyuarat Kedua diadakan pada 19/11/2008 yang memutuskan bahawa

    Defendan Kedua, Ketiga dan Kesepuluh hendaklah mematuhi keputusan

    mesyuarat 5/2/2008 serta menyerahkan semua dokumen yang berkaitan

    bagi projek pembinaan lebuhraya ini untuk di semak dan diteliti oleh

    Plaintif- Plaintif sebelum keputusan dibuat.

    55. Defendan Keenam secara tegas telah memaklumkan pada 19/11/2008

    bahawa walaupun stop order telah ditarik balik namum Defendan

    Kedua, Ketiga dan Kesepuluh tidak boleh meneruskan kerja selagi tidak

    mendapat persetujuan dari Plaintif-Plaintif.

    14

  • 8/14/2019 tuntutan kami2

    15/33

    56. Kenyataan Defendan Keenam pada 19/11/2008 adalah kami tidak ada

    halangan tetapi bukan meluluskan mengenai laluan trafik yang dibuat

    oleh Defendan Kedua, Ketiga dan Kesepuluh harus mendapat

    persetujuan Plaintif-Plaintif.

    57. Pihak Defendan Kesepuluh telah memanggil untuk mesyuarat pada

    21/1/2009 namun surat itu diterima oleh Pengerusi Jawatankuasa

    Bertindak pada 24/1/2009 kemudian satu lagi mesyuarat ditetapkan pada

    3/2/2009 namun Pengerusi telah tidak bersetuju atas alasan Defendan

    Kelima tidak mematuhi syarat yang telah ditetapkan didalam mesyuarat

    pada 5/2/2008 dan 19/11/2008 iaitu mesyuarat hendaklah dilakukan pada

    waktu malam dan bertempat di Seremban.

    58. Dari surat yang bertarikh 11/2/2009 Defendan Kesepuluh

    mengumumkan akan menutup jalan pada 16/2/2009 dan Defendan

    Kedua dibenarikan masuk tapak bagi meneruskan kerja- kerja pembinaan

    jajaran lebuhraya Taman Bukit Margosa.

    59. Tetapi malang sekali sebaik sahaja kerja kerja pemotongan tanah

    dilakukan maka banjir kedua melanda pada 1/3/2009 yang menyebabkan

    rumah beberapa Plaintif-Plaintif dinaiki air dan kerosakan harta benda

    telah berlaku sekali lagi.

    60. Bagi Plaintif-Plaintif yang terlibat mereka telahpun membuat laporan

    polis dan senarai barang-barang yang rosak malahan wakil dari Defendan

    Kedua, Ketiga, Keenam dan Kesepuluh, juga turut hadir pada 2/3/2009

    untuk melihat kejadian yang berlaku.

    15

  • 8/14/2019 tuntutan kami2

    16/33

  • 8/14/2019 tuntutan kami2

    17/33

    PAKATAN, MUAFAKAT (CONSPIRACY), BERSUBAHAT DAN

    PENYELEWENGAN

    64. Defendan-Defendan secara langsung atau melalui Defendan Pertama

    secara serong dan niat menipu dan/atau meraih keuntungan melalui cara

    yang salah telah berpakat, muafakat dan bersubahat bersama-sama untuk

    menipu Plaintif-Plaintif dengan tidak menyatakan jajaran lebuhraya yang

    sebenar dan penjualan hartanah dan/atau meraih keuntungan secara salah

    dan untuk menyembunyikan perbuatan mereka serta pendapatan yang

    terhasil dari itu daripada pengetahuan Plaintif-Plaintif.

    65. Selaras dengan pakatan, muafakat, subahat dan seleweng yang

    dinyatakan di perenggan 64 diatas, Defendan-Defendan telah melakukan

    perbuatan dan menggunakan cara yang salah seperti berikut:-

    A. DEFENDAN PERTAMA

    i. Defendan Pertama adalah pemaju perumahan yang telah secara

    serong dan niat menipu bertindak dengan sewenang-wenangnya

    menjual hartanah di Taman Bukit Margosa dengan jolokan dan

    promosi salah tafsir mengenai jajaran lebuhraya tanpa

    menghiraukan kepentingan Plaintif-Plaintif dan keutamaan Plaintif

    - Plaintif. Kelulusan pelan pembangunan tanah dan pelan

    bangunan telah diluluskan untuk Fasa 2 No. Lesen Pemaju 7020/6-

    2000/551 dengan tarikh sah mulai 23/6/1997-22/6/2000 dan Permit

    Pengiklanan dan Jualan 7026/430/2000(3) mempunyai tarikh sah

    dari 27/3/1999 hingga 26/3/2000 dan jajaran lebuhraya telah ada

    17

  • 8/14/2019 tuntutan kami2

    18/33

    dari April 1997 lagi. Menurut maklumat yang diperolehi dari

    mesyuarat 8/1/2007 jajaran asal yang diluluskan berakhir di Kg.

    Tok Dagang.

    ii. Defendan Pertama telah secara serong (mala fide) dan dengan niat

    menipu serta melanggar kewajiban yang sepatutnya dengan

    mempromosikan jualan rumah di Taman Bukit Margosa melalui

    risalah-risalah (pamlet) tanpa memberitahu dengan jelas bahawa

    lebuhraya akan dibina ditengah-tengah Taman Bukit Margosa

    tetapi lukisan Location Map menunjukkan laluan ditepi Taman

    Bukit Margosa.

    iii. Defendan Pertama telah dengan niat serong dan menipu menjual

    hartanah di Taman Bukit Margosa bagi laluan lebuhraya kepada

    Defendan Kesepuluh dengan bayaran RM27,000,000-00 yang

    melibatkan Jalan Utama, Jalan 18 dan sebahagian Jalan 6 & 7

    yang mengikut plan asal tiada projek pembinaan dibina dikawasan

    itu tetapi Defendan Pertama teruskan usaha dengan membina

    rumah diatas tanah yang telah dijual itu.

    iv. Defendan Pertama secara serong dan niat menipu serta melanggar

    undang undang dengan menjual 2 kali dan mendapat keuntungan

    2 kali diatas 1 hartanah kepada 2 pihak yang berbeza.

    18

  • 8/14/2019 tuntutan kami2

    19/33

    v. Defendan Pertama secara serong dan dengan niat menipu serta

    melanggar undang-undang dan kewajiban telah mengatur dan

    mencapai persefahaman terlebih dahulu dengan Defendan Kedua,

    Ketiga, Keempat, Keenam, Ketujuh, Kelapan, Kesembilan dan

    Kesepuluh untuk diuruskan dengan penuh pengetahuan dan

    persefahaman agar penjualan ini semata-mata keuntungan dan

    manafaat bagi pihak Defendan-Defendan. Persefahaman tersebut

    dicapai tanpa pengetahuan Plaintif-Plaintif.

    vi. Defendan Pertama secara serong dan niat menipu serta melanggar

    undang-undang dan kewajiban sebagai pemaju perumahan telah

    mengatur dan mencapai persefahaman palsu dengan menyatakan

    dan memaklumkan kepada Plaintif-Plaintif akan kebaikan dan

    faedah membeli rumah di Taman Bukit Margosa telah

    menyebabkan Plaintif-Plaintif memasuki Perjanjian Jual Beli

    walhal pada masa sekarang terdapat rumah yang telah retak dan

    berlaku banjir akibat dari kerja kerja awal pembinaan lebuhraya

    belum lagi kerja kerja berat dan jentera berat belum dimulakan

    lagi.

    B . DEFENDAN KEDUA, KETIGA, KEEMPAT DAN KELIMA

    i. Defendan Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima telah membantu

    secara serong (dishonesty assissting) dengan cara mencapai

    persefahaman dengan Defendan Pertama yang mengakibatkan

    kerugian di pihak Plaintif-Plaintif.

    19

  • 8/14/2019 tuntutan kami2

    20/33

    ii. Defendan Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima telah membantu

    secara serong (dishonesty assissting) dengan cara mencapai

    persefahaman dengan Defendan Pertama yang mengakibatkan

    kerugian di pihak Plaintif-Plaintif.

    iii. Defendan Kedua, Ketiga dan Keempat adalah syarikat professional

    dan Defendan Kelima juga seorang yang professional bertaraf

    tinggi didalam dunia korporat tidak langsung mempunyai social

    obligation terhadap Plaintif-Plaintif malah telah bertindak kerana

    keuntungan dalam perniagan semata-mata.

    C. DEFE NDAN KEENAM

    i. Defendan Keenam adalah agen-agen kerajaan dan yang arif dalam

    undang-undang dan telah bertindak sewenang-wenangnya tanpa

    menghiraukan kedaulatan undang-undang dan kepentingan

    penduduk sekitar kawasan terbabit.

    ii. Defendan Keenam tidak mematuhi syarat syarat khusus dan

    tatacara proses kelulusan bagi pengeluaran Sijil Kelayakan

    Menduduki (CF) di Taman Bukit Margosa dan tidak prihatin

    kerana Defendan Keenam tidak mengambil kira cadangan untuk

    pembangunan akan datang dalam mengeluarkan (CF).

    20

  • 8/14/2019 tuntutan kami2

    21/33

    iii. Jika mengikut kenyataan Defendan Ketujuh Cadangan untuk

    jajaran lebuhraya telah ada sebelum adanya taman perumahan

    secara langsung menunjukkan pengeluaran CF tidak mengikut

    prosedur dan tidak sah kerana rumah di Jalan 18 dan Jalan 7

    Taman Bukit Margosa tidak sepatutnya didirikan dari perspekstif

    keselamatan memandangkan jajaran lebuhraya akan merempuh di

    jalan tersebut dan ianya tidak mencukupi bagi buffer zone yang

    sepatutnya.

    iv. Pengeluaran CF tidak menepati syarat syaratnya maka rumah

    rumah di Taman Bukit Margosa tidak layak untuk diduduki.

    v. Defendan Keenam bertanggungan untuk menggantirugi Plaintif-

    Plaintif disisi equity diatas perlanggaran kewajiban amanahnya

    (fiduciary duty).

    D. DEFENDAN KETUJUH

    i. Defendan Ketujuh adalah agen-agen kerajaan dan yang arif dalam

    undang-undang dan telah bertindak sewenang-wenangnya tanpa

    menghiraukan kedaulatan undang-undang dan kepentingan

    penduduk sekitar kawasan terbabit.

    21

  • 8/14/2019 tuntutan kami2

    22/33

  • 8/14/2019 tuntutan kami2

    23/33

    E . DEFENDAN KELAPAN DAN KESEMBILAN

    i. Defendan Ketujuh adalah agen-agen kerajaan dan yang arif dalam

    undang-undang dan telah bertindak sewenang-wenangnya tanpa

    menghiraukan kedaulatan undang-undang dan kepentingan

    penduduk sekitar kawasan terbabit.

    ii. Defendan Kelapan dan Kesembilan telah melanggari syarat-syarat

    didalam pengambilan dan penjualan hartanah tersebut daripada

    Defendan Pertama. Defendan Kelapan dan Kesembilan telah

    secara cuai meluluskan penjualan dan pemindahan hakmilik dari

    Defendan Pertama kepada Defendan Kesepuluh.

    iii. Defendan Kelapan dan Kesembilan telah tidak menjalankan

    tanggungjawab dengan sempurna dan tidak lansung

    memperdulikan kepentingan Plaintif-Plaintif sebagai tuanpunya

    hakmilik berasingan dan persendirian terhadap hakmilik hartanah

    tersebut.

    iv. Suratan Hakmilik Berasingan telah dikeluarkan dari tahun 1998

    berdasarkan rekod dari Perjanjian Jual beli yang dibeli Plaintif

    Pertama ialah 9/7/1998 telah ada nombor hakmilik H.S.(D) 115740

    P.T. NO. 20434 Mukim Ampangan, Daerah Seremban, Negeri

    Sembilan dan Defendan Pertama menggunakan Sale and Purchase

    Agreeement (Land and Building) Housing Developers (Control

    and Licensing) Regulations 1989 [Regulation 11 (1)] Schedule G

    23

  • 8/14/2019 tuntutan kami2

    24/33

    jelas menunjukkan bahawa pecah sempadan telah dibuat lebih awal

    terhadap hakmilik induk sedangkan proses pengambilan balik

    tanah dibawah Seksyen 8 bermula pada 3/6/1999 dan kos sebanyak

    RM27,000,000-00 dibayar kepada Defendan Pertama.

    v. Defendan Kelapan dan Kesembilan bertanggungan untuk

    menggantirugi Plaintif-Plaintif disisi equity diatas perlanggaran

    kewajiban amanahnya (fiduciary duty).

    F . DEFENDAN KESEPULUH

    i. Defendan Kesepuluh adalah agen kerajaan dan yang arif dalam

    undang-undang dan telah bertindak sewenang-wenangnya tanpa

    menghiraukan kedaulatan undang-undang dan kepentingan

    penduduk sekitar kawasan terbabit.

    ii. Defendan Kesepuluh telah secara cuai terlibat di dalam Perjanjian

    Jualbeli dengan Defendan Pertama dan secara salah menerima

    pemindahan hakmilik yang diluluskan oleh Defendan Kelapan dan

    Kesembilan dimana terdapatnya unsur penipuan (fraud) didalam

    Perjanjian tersebut. Defendan Kesepuluh juga telah merisikokan

    kehidupan harian Plaintif-Plaintif dengan sengaja bertindak tidak

    sensitif dan melanggari syarat-syarat didalam pembelian hartanah

    tersebut daripada Defendan Pertama dan sama sekali menunjukkan

    penjualan kali kedua kepada Plaintif-Plaintif adalah tidak sah.

    24

  • 8/14/2019 tuntutan kami2

    25/33

    G . DEFENDAN KESEBELAS

    i. Defendan Kesebelas telah secara cuai telah membenarkan

    Defendan Keenam, Kelapan dan Kesembilan menjalankan tugas

    dengan cuai dimana Defendan Kesebelas adalah bertanggungjawab

    secara bersama ataupun berasingan (joint and severally liable)

    terhadap tindakan Defendan Keenam, Kelapan dan Kesembilan.

    H . DEFENDAN KEDUABELAS

    i. Defendan Keduabelas telah secara cuai membenarkan Defendan

    Kelima, Ketujuh dan Kesepuluh menjalankan tugas dengan cuai

    dimana Defendan Keduabelas adalah bertanggungjawab secara

    bersama ataupun berasingan (joint and severally liable) terhadap

    tindakan Defendan Kelima, Ketujuh dan Kesepuluh.

    66. Tindakan Defendan-Defendan adalah langsung tidak sah dan melanggari

    prinsip utama perkhidmatan mereka iaitu untuk memberi keutamaan

    bahawa pembangunan adalah untuk penduduk dan segala undang-undang

    dan prosedur dipatuhi dan ditegakkan.

    67. Sepanjang masa yang berkenaan, Defendan-Defendan telah

    menyembunyikan dan sehingga kini masih menyembunyikan perkara

    perkara yang dinyatakan di perengan 64 dan 65 ini daripada pengetahuan

    Plaintif-Plaintif.

    25

  • 8/14/2019 tuntutan kami2

    26/33

  • 8/14/2019 tuntutan kami2

    27/33

    74. Plaintif-Plaintif telah menanggung kerugian akibat dari keretakan rumah

    dan kesusahan dalam menjalani kehidupan seharian kerana siang dan

    malam asyik memikirkan kerosakan yang lebih teruk disebabkan

    pembinaan lebuhraya sedangkan pembinaan diperingkat permulaan pun

    telah berlaku kerosakan yang dahsyat.

    75. Disebabkan Defendan Pertama telah gagal melaksanakan kewajiban

    memberikan persekitaran yang seperti dijanjikan didalam risalah-risalah

    (pamlet), Plaintif Plaintif telah mengalami kerugian maka Plaintif-

    Plaintif berhak menuntut kerugian dari kesemua Defendan-Defendan.

    76. Plaintif Plaintif mengalami trauma dan tekanan perasaan dan minda

    akibat dari pembinaan lebuhraya ini yang mana Plaintif-Plaintif sering

    kelamkabut di tempat kerja dan pada waktu malam apabila hujan lebat

    melanda kerana takut banjir melanda lagi.

    77. Plaintif Plaintif mengalami trauma dan tekanan perasaan dan minda

    akibat dari pembinaan lebuhraya ini kerana takut keretakan yang terjadi

    akan jadi lebih buruk akibat gegaran jentera berat maupun kerja-kerja

    pemotongan tanah yang dilakukan kerana Defedan Kedua dan Ketiga

    gagal mematuhi prosedur dan peraturan yang sepatutnya kerana ingin

    siapkan projek secepat mungkin.

    78. Kemungkinan harga rumah turun di Taman Bukit Margosa akan berlaku

    menjadikan Plaintif Plaintif rasa menyesal dan rasa tertipu membeli

    hartanah di Taman Bukit Margosa.

    27

  • 8/14/2019 tuntutan kami2

    28/33

    79. Defendan Defendan berniat, melainkan ditegah dan dihalang oleh

    Mahkamah Yang Dihormati ini untuk meneruskan dan mengulangi

    perbuatan dan perkara perkara yang salah yang dinyatakan didalam

    perenggan 64 dan 65.

    80. Berdasarkan pakatan dan muafakat untuk menipu Plaintif-Plaintif dan

    berdasarkan cara salah yang digunakan seperti dinyatakan di perenggan

    64 dan 65.

    81. Defendan-Defendan bertanggungan secara berasingan dan bersama-sama

    untuk menggantirugi Plaintif-Plaintif berdasarkan pakatan dan muafakat

    untuk menipu Plaintif-Plaintif.

    82. Selanjutnya Plaintif Plaintif berhak terhadap faedah atas segala jumlah

    wang dan bayaran yang berhak dibayar kepadanya pada kadar yang

    difikirkan adil, patut dan suaimanafaat oleh Mahkamah Yang Dihormati

    ini.

    83. Plaintif Plaintif menuntut gantirugi teruk dan/atau teladan daripada

    Defendan Defendan disini.

    BUTIR - BUTIR

    a) Menghalang dan/atau pengajaran kepada semua Defendan-

    Defendan yang tidak langsung peka terhadap permasaalahan

    Plaintif Plaintif yang telah mencuba bermacam-macam saluran

    untuk menzahirkan pendapat dan pandangan mereka.

    28

  • 8/14/2019 tuntutan kami2

    29/33

    b) Defendan-Defendan Kelima hingga Kesembilan adalah Pegawai

    Kerajaan dan ahli penguatkuasa undang-undang yang arif dalam

    undang-undang dan telah bertindak dengan sewenang-wenangnya

    tanpa menghiraukan kedaulatan undang-undang demi menjamin

    kestabilan dan keharmonian rakyat.

    84. Plaintif Plaintif juga telah mengalami kerosakan dan kehilangan akibat

    banjir dan keretakan rumah disebabkan kerja kerja awal projek

    lebuhraya Kajang Seremban ini menuntut gantirugi khas daripada

    Defendan Defendan disini.

    BUTIR BUTIR

    a. Akibat daripada dua kali banjir Plaintif-Plaintif memohon

    RM10,000-00 purata bagi setiap rumah Plaintif- Plaintif.

    b. Bagi keretakan rumah pula dianggarkan sebanyak RM20,000-00

    purata bagi setiap rumah yang terlibat.

    29

  • 8/14/2019 tuntutan kami2

    30/33

  • 8/14/2019 tuntutan kami2

    31/33

    iv. Tekanan perasaan dan mental apabila memikirkan rasa

    tertipu kerana membeli rumah di Taman Bukit Margosa.

    v. Tekanan perasaan dan mental apabila memikirkan harga

    rumah yang akan jatuh.

    vi. Tekanan perasaan dan mental apabila memikirkan harapan

    yang hancur untuk hidup dalam suasana aman damai apabila

    kepentingan dan hak Plaintif-Plaintif dicabul tanpa belas

    kasihan dan tiada pertimbangan wajar yang dibuat oleh

    Defendan-Defendan.

    vii. Mengambil cuti pada hari- hari yang hujan turun dengan

    lebat kerana takutkan banjir lagi.

    viii. Mengambil time off apabila hujan turun kerana khuatir

    rumah akan banjir lagi.

    ix. Kekeliruan dan kelamkabut apabila jalan-jalan yang ditutup

    tanpa memberitahu terlebih awal.

    x. Tiada lampu jalan yang dipasang sebagai peringatan jalan

    tutup menyebabkan Plaintif Plaintif yang ingin cepat

    ketempat tujuan berpusing-pusing mencari jalan keluar-

    masuk.

    31

  • 8/14/2019 tuntutan kami2

    32/33

  • 8/14/2019 tuntutan kami2

    33/33