Tutorial 3 Tenaga Kimia

5
JABATAN SAINS IPG KAMPUS TUANKU BAINUN BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG TUTORIAL 3 BAHAGIAN A 1. Manakah antara tindakbalas berikut mewakili tindak balas redoks? A CaO (p) + 2HCl (ak) CaCl (ak) + H 2 O (c) B Zn (p) + 2HNO 3 (ak) Zn (NO 3 ) 2 (ak) + H 2 (g) C H 2 SO 4 (ak) + 2NaOH (ak) Na 2 SO 4 (ak) + 2H 2 O (c) D Cu (NO 3 ) 2 (ak) + K 2 CO 3 (p) CuCO 3 (p) + K NO 3 (ak) 2. Rajah 1 berikut menunjukkan susunan radas satu sel volta ringkas. Rajah 1

Transcript of Tutorial 3 Tenaga Kimia

Page 1: Tutorial 3 Tenaga Kimia

JABATAN SAINSIPG KAMPUS TUANKU BAINUN

BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

TUTORIAL 3

BAHAGIAN A

1. Manakah antara tindakbalas berikut mewakili tindak balas redoks?

A CaO (p) + 2HCl (ak) CaCl (ak) + H2O (c)

B Zn (p) + 2HNO3 (ak) Zn (NO3)2 (ak) + H2 (g)

C H2 SO4 (ak) + 2NaOH (ak) Na2SO4 (ak) + 2H2O (c)

D Cu (NO3)2 (ak) + K2CO3 (p) CuCO3 (p) + K NO3 (ak)

2. Rajah 1 berikut menunjukkan susunan radas satu sel volta ringkas.

Rajah 1

Manakah antara berikut akan menambahkan bacaan pada voltmeter?

A Menambahkan isipadu larutan zink sulfat

B Menggantikan zink dengan logam argentum

C Menggantikan magnesium dengan aluminium

D Menggunakan larutan zink sulfat yang lebih cair

Page 2: Tutorial 3 Tenaga Kimia

3. Jadual 1 menunjukkan keupayaan penurunan piawai bagi dua sel setengah.

Tindak balas sel setengah EƟ(V)

Zn2+ + 2e Zn -0.76

Cr3+ + 3e Cr -0.74

Jadual 1

Hitungkan nilai daya gerak elektrik (d.g.e) bagi tindakbalas di bawah pada suhu 298K.

3Zn + 2Cr3+ 3Zn2+ + 2Cr

A -0.02 V

B -0.20 V

C 0.02 V

D 0.20 V

4. Antara yang berikut yang manakah benar tentang tindak balas spontan?

A Mempunyai nilai keupayaan sel lebih dripada 0

B Mempunyai nilai keupayaan sel kurang daripada 0

C Nilai keupayaan sel tidak berubah walaupun suhu berubah

D Nilai keupayaan sel tidak berubah walaupun tindakbalas tersebut berbalik

5. Apabila logam X mengalami pengaratan,

A atom logam X diturunkan

B logam X bertindak sebagai katod

C atom logam X menambah elektron

D nombor pengoksidaan logam X bertambah

Page 3: Tutorial 3 Tenaga Kimia

6. Jadual 2 menunjukkan keupayaan elektrod piawai beberapa setengah sel.

Tindak balas setengah sel EƟ/V

Sn4+ (ak) + 2e Sn2+ +0.15 V

Fe(CN)63- + e Fe(CN)6

4- (ak) +0.36 V

½ I2 (g) + e I- (ak) +0.54 V

Fe3+ (ak) + e Fe2+ (ak) +0.77 V

Jadual 2

Manakah tindak balas sel berikut akan berlaku secara spontan?

A Sn4+ (ak) + 2I- Sn2+ (ak) + I2 (g)

B I2 (g) + 2Fe2+ (ak) 2I- (ak) + 2Fe3+ (ak)

C Sn4+ (ak) + 2Fe2+ (ak) Sn2+ (ak) + 2Fe3+ (ak)

D I2 (g) + Fe(CN)64- (ak) 2I- (ak) + Fe(CN)6

3-

7. Dengan merujuk kepada maklumat dalam Jadual 1, tentukan berapakah daya gerak elektrik sel berikut:

Zn (p) + Cu2+(ak) [0.5 M] Zn2+ (ak) [0.2 M] + Cu (p)

Diberi: tindakbalas sel umum boleh diwakili oleh persamaan Nernst yang berikut:

aA + bB cC + dD

Esel = EƟsel - 0.059 log [C] c [D] d

n [A]a [B]b

di mana n adalah bilangan elektron yang dipindahkan.

A 1.09 V

B 1.11 V

C 2.16 V

D 2.22 V

Page 4: Tutorial 3 Tenaga Kimia

8. Manakah antara pasangan yang berikut boleh digunakan sebagai katod dan elektrolit masing-masing dalam proses penganodan?

Katod Elektrolit

A Grafit Ammonium klorida

B Grafit Asid sulfurik cair

C Aluminium Asid sulfurik cair

D Aluminium Ammonium klorida

9. Antara berikut yang manakah benar mengenai ferum yang mengalami pengaratan?

A Logam ferum bertindak sebagai katod

B Atom logam ferum diturunkan menjadi ion ferum

C Atom logam ferum menambah sebanyak satu elektron

D nombor pengoksidaan logam ferum bertambah dari 0 ke +2

10. Antara pernyataan di bawah yang manakah menunjukkan persamaan antara sel kering dengan sel alkali?

A Kuprum digunakan sebagai terminal negatif

B Bekas zink digunakan sebagai terminal negatif

C Ammonium klorida digunakan sebagai elektrolit

D Kedua-dua sel menghasilkan voltan yang sama banyak