Tutorial 4

8
Tutorial 4 Memain dan Memberhentikan Aplikasi Selepas menamatkan tutorial ini, anda boleh : Memahami konsep mod ikon dan mode paparan Menggunakan arahan Play dan Stop untuk berpindah antara mod ikon (pembangunan) dengan mod paparan (persembahan) Menggunakan arahan pantas (short cut) bagi tujuan di atas Memahami konsep Step Over dan Step Into. Video: Melancarkan aplikasi yang anda bina

description

 

Transcript of Tutorial 4

Page 1: Tutorial 4

Tutorial 4Memain dan Memberhentikan Aplikasi

Selepas menamatkan tutorial ini, anda boleh :Memahami konsep mod ikon dan mode paparan Menggunakan arahan Play dan Stop untuk berpindah antara mod ikon (pembangunan) dengan mod paparan (persembahan) Menggunakan arahan pantas (short cut) bagi tujuan di atas Memahami konsep Step Over dan Step Into.

Video: Melancarkan aplikasi yang anda bina

Page 2: Tutorial 4

Pengenalan

Sekiranya anda melakukan latihan-latihan di dalam tutorial yang sebelumnya, pastinya anda telah menyedari beberapa konsep asas semasa memain atau melaksanakan sesuatu aplikasi yang sedang anda bangunkan.

Semasa anda meletakkan ikon pada garis aliran, anda sebenarnya berada di dalam mod ikon iaitu mod pembangunan sesebuah aplikasi. Secara amnya semasa berada di dalam mod ikon, anda menyusun logik sesebuah aplikasi.

Semasa anda memasukkan teks ke dalam ikon paparan anda sebenarnya berada di dalam mod paparan iaitu paparan bagaimana sesebuah aplikasi akan dipersembahkan kepada pengguna.

Di dalam latihan seterusnya, anda akan belajar bagaimana untuk bergerak di antara 2 mod tersebut.

Page 3: Tutorial 4

1. 

Sekiranya perlu, lancarkan program Authorware dan buka fail tutor1 anda. Mainkan (Play) aplikasi tersebut. (Sama ada dengan menggunakan arahan Play dari menu Control, atau kombinasi kekunci Control dan R, atau pun menggunakan Control Panel atau Restart dari ToolBar)

Page 4: Tutorial 4

2. Laksanakan arahan Stop dari menu Control.  Perhatikan anda akan kembali ke Mod Ikon. Anda boleh juga menggunakan arahan pantas dengan kombinasi kekunci Control dan kekunci J serentak.

3. Semasa berada di dalam ikon mod, laksanakan arahan Step Into dan Step Over dari menu Control berulang kali.  Perhatikan apa yang berlaku papa paparan persembahan anda.

NotaStep IntoDigunakan bagi melaksanakan item yang berikutnya yang berada pada garis aliran termasuk apa juga yang berada di dalam ikon kumpulan (Map) atau yang berada di dalam struktur cabangan.

Step OverDigunakan bagi melaksanakan item yang berikutnya yang berada pada garis aliran dan mengabaikan apa yang berada di dalam ikon kumpulan (Map) atau yang berada di dalam struktur cabangan. Arahan ini membolehkan anda untuk melihat paparan setiap ikon satu persatu secara teratur.

Page 5: Tutorial 4

4. Semasa berada di dalam mod ikon, tambahkan satu lagi ikon paparan pada garis aliran (dibawah ikon Paparan 1) dan namakan ikon tersebut sebagai Paparan 2.

5 Klik berganda pada ikon Paparan 2 untuk membukanya. (Perhatikan nama ikon tersebut dipaparkan pada titlebar Toolbox.

Page 6: Tutorial 4

6. Taipkan teks yang berikut di bahagian bawah penjuru kanan skrin paparan.

"Anda kini berada di dalam Ikon paparan yang kedua

7. Mainkan (Play) aplikasi anda.Perhatikan kedua-dua medan teks dari ikon paparan 1 dan ikon paparan 2 dipaparkan secara serentak.

Page 7: Tutorial 4

8.  Save fail anda (sebagai langkah keselamatan adalah di galakkan anda save aplikasi anda setiap 10 – 15 minit bekerja).

9. Tambahkan satu lagi ikon paparan di bawah ikon paparan 2 ke garis aliran. Dan namakan ia Paparan 3.

10. Masukkan teks berikut di bahagian penjuru atas kiri tetingkap persembahan.

"Anda kini berada di dalam Ikon paparan yang ketiga"

11. Mainkan aplikasi anda dan lihat apa yang berlaku. Berikut merupakan apa yang sepatutnya anda dapat perhatikan paparan tetingkap persembahan. Tiga medan teks dari tiga ikon paparan dipaparkan serentak. Fahami apa yang berlaku….

Page 8: Tutorial 4

12. Lancarkan arahan Step Over atau Step To serta cuba juga menggunakan arahan Play dan Stop bagi memahirkan diri anda menggunakan konsep asas di dalam persembahan sesebuah program Authorware