Tutorial

4
EDU3063 : Budaya dan Pembelajaran SENARAI TUTORIAL: Tajuk 1: Bincangkan Video-video berikut - Teliti amalan setiap kaum dengan budaya masing-masing, sila lakukan analisis dan hubungkait dengan ciri-ciri budaya (luaran & dalaman) https://www.youtube.com/watch?v=FbqDqFEvxtI https://www.youtube.com/watch?v=WE4NWbGkKB8 https://www.youtube.com/watch?v=4fRPpSYr220 https://www.youtube.com/watch?v=gKDkC_QeqKk Tajuk 2: Tutorial 2-1: Video 4 (Gaduh - Video penuh: https://www.youtube.com/watch? v=i51w4D0OAUc) Tonton klip video Menggunakan thinking tools yang sesuai, huraikan kekuatan dan kelemahan penyelesaian yang dikemukakan Kongsikan hasil tutorial ke ePortfolio masing-masing ------------------------------------------------------------------------- ------ Tutorial 2-2: Bincangkan: Sekiranya anda salah seorang guru yang mengajar di sekolah tersebut, apakah yang anda akan lakukan untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut? Kongsikan hasil melalui ePortfolio masing-masing untuk mendapat maklum balas pensyarah dan rakan-rakan. Tajuk 3 Tutorial T3-1: Huraikan SEBAB berlakunya isu keagamaan dan etnik seperti didedahkan dalam Video 4 (https://www.youtube.com/watch? v=ObDi_NQrLvU). Fokus kepada SEBAB isu itu berlaku - lihat dari segi peranan Guru, Murid, Sekolah dan Kurikulum tersirat. Gunakan Multi-Flow Map untuk menghuraikan Sebab-Akibat Tajuk 4: Tutorial T4-1: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 mengariskan lima aspirasi sistem penddikan Malaysia iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Berdasarkan dapatan kajian daripada artikel ( Peluang Dan Cabaran Pendidikan Dalam Kalangan Masyarakat Luar Bandar :Satu Kajian Kes Isi

description

EDU3063 2015

Transcript of Tutorial

EDU3063 : Budaya dan Pembelajaran

SENARAI TUTORIAL:Tajuk 1:Bincangkan Video-video berikut - Teliti amalan setiap kaum dengan budaya masing-masing, sila lakukan analisis dan hubungkait dengan ciri-ciri budaya (luaran & dalaman) https://www.youtube.com/watch?v=FbqDqFEvxtI https://www.youtube.com/watch?v=WE4NWbGkKB8 https://www.youtube.com/watch?v=4fRPpSYr220 https://www.youtube.com/watch?v=gKDkC_QeqKk

Tajuk 2:Tutorial 2-1:Video 4 (Gaduh - Video penuh: https://www.youtube.com/watch?v=i51w4D0OAUc)

Tonton klip video Menggunakan thinking tools yang sesuai, huraikan kekuatan dan kelemahan penyelesaian yang dikemukakan Kongsikan hasil tutorial ke ePortfolio masing-masing-------------------------------------------------------------------------------Tutorial 2-2:Bincangkan: Sekiranya anda salah seorang guru yang mengajar di sekolah tersebut, apakah yang anda akan lakukan untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut?Kongsikan hasil melalui ePortfolio masing-masing untuk mendapat maklum balas pensyarah dan rakan-rakan.

Tajuk 3Tutorial T3-1: Huraikan SEBAB berlakunya isu keagamaan dan etnik seperti didedahkan dalam Video 4 (https://www.youtube.com/watch?v=ObDi_NQrLvU). Fokus kepada SEBAB isu itu berlaku - lihat dari segi peranan Guru, Murid, Sekolah dan Kurikulum tersirat. Gunakan Multi-Flow Map untuk menghuraikan Sebab-Akibat

Tajuk 4:Tutorial T4-1:Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 mengariskan lima aspirasi sistem penddikan Malaysia iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.Berdasarkan dapatan kajian daripada artikel (Peluang Dan Cabaran Pendidikan Dalam Kalangan Masyarakat Luar Bandar :Satu Kajian Kes Isi Rumah Melayu Miskin Di Jajahan Bachok, Kelantan) huraikan cabaran-cabaran yang anda hadapi untuk merealisasikan aspirasi pendidikan kita seperti terdapat di dalam PPPM 2013-2025-------------------------------------------------------------------------------------Tutorial T4-2:Berdasarkan teks ucapan YAB Timbalan Perdana Menteri dalam Majlis Pelancaran Transformasi Pendidikan Orang Asli Kebangsaan, anda dikehendaki menganalisis teks ucapan beliau dengan menggunakan Thinking Mapsyang bersesuaian tentang: Isu-isu penting yang berkaitan dengan status pendidikan Orang Asli. Inisiatif-inisiatif yang dicadangkan bagi mentransformasikan pendidikan dalam kalangan Orang AsliAnda dikehendaki memberi pandangan terhadap setiap inisiatif yang dikemukakan dan implikasinya kepada guru yang mengajar Orang Asli. ( Anda boleh menggunakan Multi-Flow Maps untuk melakukan analisis implikasi tersebut )

Tajuk 5Tutorial T5-1:Berdasarkan artikel Teachers: Three Questions for Reflection, dinyatakan sebahagian daripada ciri kualiti seorang guru.Berdasarkan Standard Guru Malaysia (SGM), kualiti guru merangkumi: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan Pengetahuan dan Kefahaman Kemahiran PdP

Artikel Teachers: Three Questions for Reflection oleh Sarah Brown Wessling merupakan satu refleksi hujung tahun seorang pendidik dengan mengemukan tiga persoalan yang menyentuh secara langsung komponen SGM iaitu

1. What are the three things that make a successful teacher? ,2. What are the three things that make a successful learner? dan3. What has been the hardest thing youve faced as a teacher and how did you deal with it?

Berpandukan tiga persoalan tersebut, bincangkan usaha-usaha anda untuk mencapai kualiti guru yang ditentukan semasa di IPG bagi memastikan anda bakal menjadi guru yang berkualiti dan kekal berkualiti sepanjang tempoh perkhidmatan dalam sistem pendidikan negara----------------------------------------------------------------------------------------------Tutorial T5-2: Video 5 dan Video 6 Tonton dengan teliti Video 5: Setting Arrangement with Work Station dan Video 6: Wise Seating Choices Sejauh mana aktiviti PdP dalam Video 5 dan Video 6 boleh membugarkan peranan pelajar dalam PdP. Huraikan dengan menggunakan Thinking Maps yang sesuai.-----------------------------------------------------------------------------------------------Tutorial 5-3:Menggunakan Multi-Flow Map bincangkan dengan contoh yang sesuai bagaimana maklumat yang diperoleh daripada Video 8 dan Video 9 membantu anda membina bilik darjah yang mesra budaya dengan membina kesedaran sosioemosi terhadap pelajar -----------------------------------------------------------------------------------------------Tutorial 5-4:Berdasarkan Video 10, sila huraikan perkara berikut: Bagaimana Pn. Yurkovetsky menguruskan bilik darjahnya Teknik yang telah beliau guna untuk membina komuniti bilik darjah Keprihatinan guru mewujudkan connection / hubungan dengan pelajar sepanjang proses PdP Bagaimana teachable moment boleh dilaksanakan di dalam bilik darjah yang mesra budaya.

Tajuk 6:

Tutorial T6-1:Berdasarkan Video 11 dan Video 12, huraikan (menggunakan Thinking Maps yang sesuai):Video 11: peranan isyarat bahasa badan yang menarik perhatian dan minat pelajar semasa PdP? fungsi En Murray menggunakan jari jemarinya untuk menarik perhatian pelajar? kaedah En Murray memberi sentuhan terhadap ruang peribadi pelajar tanpa dianggap menganggu mereka?

Video 12: Mengapakah En. Grier mempunyai kadar (pace) tertentu semasa PdP? Bagaimanakah bahasa badan En, Grier digunakan sebagai sebagai tanda persetujuan? Bagaimanakah respon pelajar terhadap pendekatan yang menggunakan pelbagai isyarat yang amalkan oleh guru?

Tajuk 7:Tutorial T7-1:Ekuiti: Sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan yang terbaik kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, gender atau latar belakang sosioekonomi.Kementerian berhasrat untuk merapatkan lagi jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50% menjelang 2020.(PPPM (2013-2025), hal. E10)Penyataan di atas merupakan salah satu aspirasi sistem pendidikan Malaysia iaitu Ekuiti.Anda dikehendaki mengenal pasti strategi yang digariskan oleh PPPM (2013-2025) untuk merapatkan jurang dalam usaha mencapai aspirasi Ekuiti dan lakukan hubungkait dengan pengalaman tokoh yang telah anda jejaki.