Tutorial 6

6
Tutorial 6: Huraikan bagaimana guru biasa boleh mengaplikasikan kemahiran-kemahiran asas dalam kaunseling dalam konteks bilik darjah, di Malaysia dengan memberikan contoh / situasi yang relevan. 1. Mengenalpasti masalah atau tingkahlaku pelajar 2. Kemahiran menyoal - Untuk mengetahui sesuatu perkara dengan lebih spesifik dan mengenal diri murid. - Untuk menyoal murid atau menggalakkan murid untuk bercakap dan juga cara untuk meneroka diri murid. - Guru boleh menggunakan soalan jenis tertutup dan soalan jenis terbuka. Contoh kemahiran menyoal : Guru : Nita, kenapa dengan kamu? Kamu selalu tertidur di dalam kelas. Kamu ada masalah ke? Nita : Maafkan saya, cikgu. Sebenarnya saya tak cukup tidur di rumah, cikgu. Guru : Kenapa pula, Nita? Cuba terangkan pada cikgu. Nita : Saya terpaksa menolong ayah saya berniaga setiap petang dan malam, cikgu. Selepas habis menolong ayah saya, barulah saya berpeluang Misalnya, masalah pelajar yang sering tidur di dalam kelas sewaktu pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Sebagai seorang guru bimbingan yang peka terhadap masalah pelajarnya, guru tersebut seharusnya mengenalpasti masalah dan tingkahlaku pelajar tersebut Misalnya, dalam konteks pelajar tidur di dalam kelas. Guru seharusnya pandai memanipulasi keadaan dengan menggunakan kemahiran menyoal untuk mengetahui sebab dan perkara yang ingin disampaikan. Henny Kong Kai Siang Lim Hui Ci PISMP BC1 Jan 2012 EDU 3073

description

123321

Transcript of Tutorial 6

EDU 3073PISMP BC1 Jan 2012Henny Kong Kai SiangLim Hui CiTutorial 6: Huraikan bagaimana guru biasa boleh mengaplikasikan kemahiran-kemahiran asas dalam kaunseling dalam konteks bilik darjah, di Malaysia dengan memberikan contoh / situasi yang relevan.1. Misalnya, masalah pelajar yang sering tidur di dalam kelas sewaktu pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Sebagai seorang guru bimbingan yang peka terhadap masalah pelajarnya, guru tersebut seharusnya mengenalpasti masalah dan tingkahlaku pelajar tersebut supaya masalah ini tidak berlanjutan dan dapat segera diatasi.Mengenalpasti masalah atau tingkahlaku pelajar

2. Kemahiran menyoal Untuk mengetahui sesuatu perkara dengan lebih spesifik dan mengenal diri murid. Untuk menyoal murid atau menggalakkan murid untuk bercakap dan juga cara untuk meneroka diri murid. Misalnya, dalam konteks pelajar tidur di dalam kelas. Guru seharusnya pandai memanipulasi keadaan dengan menggunakan kemahiran menyoal untuk mengetahui sebab dan perkara yang ingin disampaikan.Guru boleh menggunakan soalan jenis tertutup dan soalan jenis terbuka.

Contoh kemahiran menyoal:Guru: Nita, kenapa dengan kamu? Kamu selalu tertidur di dalam kelas. Kamu ada masalah ke?Nita: Maafkan saya, cikgu. Sebenarnya saya tak cukup tidur di rumah, cikgu.Guru : Kenapa pula, Nita? Cuba terangkan pada cikgu.Nita: Saya terpaksa menolong ayah saya berniaga setiap petang dan malam, cikgu. Selepas habis menolong ayah saya, barulah saya berpeluang untuk menyiapkan kerja sekolah saya, cikgu. Setiap hari, saya terpaksa tidur pada pukul 2 pagi untuk memastikan semua kerja sekolah saya siap, cikgu. Maaf, cikgu.

3. Kemahiran mendengar Membantu murid berasa lebih selesa dan berminat untuk menceritakan segala masalah ataupun perkara yang ingin dibincangkan. Mendengar dengan berkesan juga sangat membantu dalam mewujudkan hubungan rapport dan memberikan pemahaman yang tepat tentang perkara yang dibincangkan.

Misalnya, dalam konteks pelajar sering tidur di dalam kelas, guru sepatutnya menggalakkan pelajar tersebut menceritakan segala perkara yang ingin diceritakan oleh beliau dan guru hendaklah mendengar dengan aktif. Hal ini supaya guru dapat memahami segala penjelasan dan perkara yang diterangkan oleh pelajar tersebut.

Contoh kemahiran mendengar:Guru: Nita, jelaskan pada cikgu sekarang apa sebenarnya masalah kamu.Nita: Sebenarnya, cikgu..erm..saya sebenarnya kurang tidur di rumah, cikgu. Guru: (mendengar sambil menganggukkan kepala)Nita: Saya terpaksa menolong ayah saya berniaga pada setiap petang dan malam, cikgu.

4. Kemahiran memberi perhatian Memberi peluang kepada murid untuk menyesuaikan dirinya dengan keadaan. (merangkumi dengan kedudukan klien, relaks secara fizikal, posture kaunselor, perawakan muka, pertemuan mata dan ikuti setiap percakapan murid).

Contoh kemahiran memberi perhatian:Guru: Nita, kenapa dengan kamu? Kamu selalu tertidur di dalam kelas.Kamu ada masalah ke? (melihat ke arah mata dan perawakan muka Nita)Nita : Erm..tak ada apa-apa, cikgu. (menjawab dengan tidak melihat wajah dan mata guru beliau) Guru : Cikgu dengar kamu beritahu cikgu bahawa kamu tiada apa-apa masalah, tetapi cikgu rasa dalam hati kamu, kamu ingin menceritakan sesuatu.Nita : Sebenarnya, cikgu..erm..saya sebenarnya kurang tidur di rumah, cikgu. Guru : (mendengar sambil menganggukkan kepala)5. Kemahiran dorongan minima Tindak balas spontan (secara verbal atau non-verbal : seperti senyum, mengangguk kepala, memandang klien, kontak mata, kerutan di dahi, perkataan teruskan, perkataan ooo dan perkataan kemudian.

Contoh dorongan minima di dalam konteks pelajar yang tertidur di dalam kelas:Guru: Nita, kenapa dengan kamu? Kamu selalu tertidur di dalam kelas. Kamu ada masalah ke?Nita: Maafkan saya, cikgu. Sebenarnya saya tak cukup tidur di rumah, cikgu.Guru: Ooo..tak cukup tidur di rumah.Nita: Saya terpaksa menolong ayah saya berniaga setiap petang dan malam cikgu.Guru: Teruskan, Nita.Nita: Selepas habis menolong ayah saya, barulah saya berpeluang untuk menyiapkan kerja sekolah saya, cikgu. Setiap hari, saya terpaksa tidur pada pukul 2 pagi untuk memastikan semua kerja sekolah saya siap, cikgu. Maaf, cikgu.

6. Kemahiran menguruskan kensenyapan Kesenyapan membawa erti bahawa murid sedang mengalami kesulitan dalam meluahkan perasaannya mahupun menceritakan ideanya. Dalam keadaan yang sedemikian, guru seharusnya membantu murid secara lisan. (sekiranya pelajar enggan menjelaskan atau menceritakan kepada gurunya).

Contoh kemahiran menguruskan kesenyapan: Guru: Nita, kenapa dengan kamu? Kamu selalu tertidur di dalam kelas. Kamu ada masalah ke?Nita: (mendiamkan diri)Guru : Nita, kamu ada apa-apa masalah yang nak dikongsi dengan cikgu, ke?Nita: (masih mendiamkan diri)Guru: Jangan risau, Nita. Cikgu hanya ingin membantu kamu. Kamu boleh jelaskan pada cikgu apa sebenarnya yang ingin kamu kongsikan bersama cikgu. Kamu ada masalah di rumah ke?Nita : Erm.. Ya, cikgu. Saya terpaksa menolong ayah saya berniaga setiap petang dan malam, cikgu. Selepas habis menolong ayah saya, barulah saya berpeluang untuk menyiapkan kerja sekolah saya, cikgu. Setiap hari, saya terpaksa tidur pada pukul 2 pagi untuk memastikan semua kerja sekolah saya siap, cikgu. Maaf, cikgu.

7. Kemahiran menyemak persepsi Membantu murid merasakan dirinya lebih difahami, memberi peluang kepada seseorang untuk membetulkan persepsinya serta memastikan guru bimbingan sedang berada di landasan yang benar ketika membimbing pelajar. Contoh kemahiran menyemak persepsi bagi masalah tidur di dalam kelas: Guru: Nita, kenapa dengan kamu? Kamu selalu tertidur di dalam kelas. Kamu ada masalah ke?Nita: Maafkan saya, cikgu. Sebenarnya saya tak cukup tidur di rumah, cikgu. Saya terpaksa menolong ayah saya berniaga pada setiap petang dan malam, cikgu. Selepas habis menolong ayah saya, barulah saya berpeluang untuk menyiapkan kerja sekolah saya, cikgu. Setiap hari, saya terpaksa tidur pada pukul 2 pagi untuk memastikan semua kerja sekolah saya siap, cikgu. Maaf, cikgu.Guru: Ooo..jadi kamu tertidur di dalam kelas disebabkan kamu kurang tidur di rumah dan kerana membantu ayah kamu berniaga sehingga malam. Betulkah begitu, Nita?Nita: Betul, cikgu.Guru: Selepas pula pulang dari membantu ayah kamu berniaga, kamu terpaksa siapkan kerja kamu sehingga lewat malam? Benarkah, Nita?Nita: Benar, cikgu.

Rujukan:Choong Lean Keow (2010). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak. Kuala Lumpur : Percetakan Seasons Sdn. Bhd.Roslee Ahmad. (2014). Kemahiran Asas Seseorang Kaunselor. Dimuat turun dari http://www.academia.edu/1842198/KEMAHIRAN_ASAS_SEORANG_KAUNSELOR pada 20 Jan 2015.