Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

71
Undang Undang Syarikat GLUL 3033 Tutorial Qs

Transcript of Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Page 1: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Undang Undang SyarikatGLUL 3033

Tutorial Qs

Page 2: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Contoh Soalan 1 : Pengarah

Soalan 1 Analisa senario di bawah berdasarkan kepada Akta

Syarikat 1965Dayakuasa Pte Ltd(Dayakuasa) telah diperbadankan pada 5 Julai 2009. Dayakuasa menjalankan perniagaan mengimport dan mengeksport makanan yang siap diproses antara Malaysia dan Brunei. Sunny, Amir dan Lee merupakan pengarah-pengarah Dayakuasa semenjak Julai 2009. Syarikat memperuntukkan di dalam artikelnya yang mengkehendaki setiap pengarah mengambil 50,000 unit saham dalam masa 1 bulan selepas perlantikan bagi melayakkan mereka sebagai pengarah-pengarah. Sunny telah gagal untuk mendapatkan saham kelayakannya dalam tempoh yang telah ditetapkan di dalam artikel. Sementara Amir pernah menjadi pengarah Zeno Pte Ltd dan Chery Pte Ltd, di mana pada tahun 2008 kedua-dua syarikat tersebut telah dibubarkan atas syarikat tak solven.

Page 3: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Contoh Soalan 2 : PengarahSoalan 2:(a) Kewajipan berhati-hati, kemahiran dan ketekunan

adalah di antara kewajipan-kewajipan pengarah. Huraikan tentang kewajipan ini dengan berpandukan kepada peruntukan seksyen dan kes-kes yang berkaitan.

(b) Analisa scenario di bawah berdasarkan kepada Akta Syarikat 1965.Chow dan Lim merupakan pengarah-pengarah di Smart Line Co Pte Ltd(Smart Line). Syarikat menjalankan perniagaan mengimport dan mengeksport makanan dalam tin antara Malaysia dan Singapura. Pejabat berdaftar Smart-Line terletak di Jalan Terbau, Johor Bahru, Johor. Chow yang tinggal di Geylang, Singapura menguruskan perniagaan syarikat di Singapura. Lim, seorang bankrap yang tidak dilepaskan, menumpukan urusan perniagaan di Malaysia.

Page 4: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Contoh Soalan 3 : Pengarah Kueh Mueh Berhad(KMB) sebuah syarikat awam telah diperbadankan

pada 21 Januari 2002, dengan objeknya mengeksport makanan istimewa Malaysia. Cyborg, Quaci, Aragon dan Labu merupakan pengarah-pengarah KMB sejak penubuhannya.

Labu telah menerima sepucuk surat daripada Aragon yang menyatakan perkara berikut:“ Yang dihormati Encik Labu,Merujuk kepada mesyuarat agung KMB yang akan datang, saya dengan hormatnya memohon sokongan tuan bagi membantu saya dicalonkan semula sebagai salah seorang pengarah. Walaupun pada masa itu saya akan berumur 71 tahun, saya masih sihat dan boleh menjalankan tugas.Kita telah menjadi kawan baik selama beberapa tahun. Saya pasti tuan lebih maklum bahawa saya bukanlah jenis orang yang boleh berdiam diri tanpa melakukan sebarang kerja. Justeru itu, saya mohon sokongan tuan supaya saya sekali lagi dilantik semula sebagai pengarah.Kerjasama dan sokongan tuan dalam perkara ini amatlah dihargai.Terima kasih.Kawan baikmu,Aragon

Nasihatkan Labu.

Page 5: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer Soalan 1:Pengarah

Isu 1: Adakah Sunny layak menjadi pengarah syarikat Dayakuasa/bagaimana tentang kelayakan menjadi pengarah?

Isu 2: Adakah Amir layak memegang jawatan sebagai pengarah untuk syarikat Dayakuasa.

Page 6: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer Soalan 1:Pengarah Isu 1: Seksyen yang relevan: seksyen124 Akta Syarikat 1965 :Kelayakan

Pengarah

124 (1) : Tiap-tiap pengarah yang oleh perkara-perkara diperlukan untuk memegang kelayakan saham tertentu dan yang tidak lagi layak, hendaklah mendapatkan kelayakan di dalam masa 2 bulan selepas perlantikannya atau apa-apa tempoh masa yang lebih pendek seperti yang ditetapkan oleh perkara-perkara.

124(3) Pengarah hendaklah mengosongkan jawatannya jika ia tidak di dalam tempoh yang dirujuk di dalam subseksyen(1) mendapatkan kelayakannya atau jika selepas mendapatkannya berhenti pada bila-bila masa memegang kelayakannya. Penalti : RM 1 ribu

124(4) Seseorang yang mengosongkan jawatan di bawah seksyen ini hendaklah menjadi tidak layak untuk dilantik semula sebagai pengarah sehingga ia memperolehi kelayakannya.

Page 7: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer Soalan 1:Pengarah

Isu 1: Rumusan seksyen 124: Sesebuah syarikat mungkin menetapkan dalam

artikel persatuan bahawa pengarah-pengarahnya mesti memperolehi sejumlah syer yang tertentu bagi melayakkan dirinya sebagai pengarah.

Apabila kelayakan syer(qualifying shares) seperti yang sedemikian telah ditetapkan, maka seseorang yang dilantik sebagai pengarah syarikat mesti memperolehi kelayakan syernya dalam masa 2 bulan. (jika masih tidak kosongkan jawatannya…..kesalahan wujud dan boleh didakwa)

Page 8: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer Soalan 1:Pengarah Isu 1 Aplikasi: Seperti yang dinyatakan dalam

permasalahan, Sunny telah gagal untuk mendapatkan saham kelayakannya dalam tempoh yang ditetapkan oleh artikel , iaitu gagal memperolehi 50,000 unit saham dalam masa satu bulan selepas perlantikannya sebagai pengarah. Oleh itu perlantikannya menjadi tidak sah di mana beliau perlu mengosongkan jawatannya….

Sunny boleh dilantik semula selepas mendapat kelayakan sahamnya seperti yang diperuntukkan dalam artikel.

Page 9: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer Soalan 1:Pengarah Isu 2: Seksyen yang relevan : Seksyen 130A Akta Syarikat 1965

130 A. Hilang kelayakan pengarah-pengarah syarikat-syarikat yang tak solven.

(a) bahawa seseorang yang menjadi atau pernah menjadi seorang pengarah sebuah syarikat yang telah pada sesuatu masa dikenakan tindakan penyelesaian (sama ada semasa ia telah menjadi pengarah atau kemudiannya) dan telah tak solven pada masa itu; dan

(b) bahawa kelakuannya sebagai pengarah mana-mana daripada syarikat-syarikat itu membuat ia tidak layak untuk menumpukan perhatian kepada pengurusan sebuah syarikat.

[Mahkamah boleh membuat suatu perintah bahawa orang itu tidaklah boleh, tanpa kebenaran mahkamah, menjadi seorang pengarah atau walau bagaimanapun, sama ada secara langsung atau tidak langsung, menumpukan perhatian kepada atau mengambil bahagian dalam pengurusan sebuah syarikat bermula pada tarikh perintah dan tidak melebihi lima tahun sebagaimana yang ditentukan dalam perintah.

Page 10: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer Soalan 1:Pengarah Aplikasi : Amir pernah menjadi penharah dua

syarikat(Zeno Pte Ltd dan Chery Pte Ltd) di mana kedua-dua syarikat telah dibubarkan atas alasan syarikat tak solven. Oleh itu Amir tanpa kebenaran mahkamah tidak boleh menjadi seorang pengarah atau mengambil bahagian dalam pengurusan sebuah syarikat kerana penglibatan beliau dalam syarikat Dayakuasa tidak melebihi lima tahun (i.e menjadi pengarah Dayakuasa sejal Julai 2009, dan pernah menjadi pengarah sebelum dan syarikat tak solven [pada tahun 2008…(tidak mencukupi 5 tahun) sebagaimana yang ditentukan dalam perintah.

Page 11: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer Soalan 1:Pengarah

Rumusan1) Sunny tidak layak untuk memegang jawatan pengarah di Dayakuasa….kehilangan kelayakan sebab gagal untuk mendapatkan saham kelayakan seperti yang diperuntukkan dalam artikel.2) Amir tidak layak untuk memegang jawatan pengarah di Dayakuasa disebabkan dua syarikat di mana Amir adalah pengarah sebelumnya,telah menjadi tak solven.

Page 12: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer Soalan 2 (a): Pengarah Seksyen yang relevan: 132(1A)

- Pengarah syarikat hendaklah melaksanakan perhatian yang munasabah, kemahiran dan ketekunan dengan-(a) pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang boleh dengan munasabah dijangkakan daripada pengarah yang mempunyai tanggungjawab yang sama; (reasonable man test)(b) apa-apa pengetahuan tambahan, kemahiran dan pengalaman yang memang dipunyai oleh pengarah.

Seksyen132(1B): Keputusan urusniaga/Business judgement rule (d) dengan munasabah percayai bahawa keputusan urus niaga adalah untuk kepentingan syarikat.

Page 13: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer Soalan 2 (a): Pengarah

Nyatakan 3 prinsip asas seperti berikut yang telah diambil dalam kes Re City Equitable Fire Insurance Co.Ltd(1925) :(i) Darjah kemahiran -dalam kes Re Brazillian Rubber Plantations &Estates Ltd (1911), diputuskan bahawa dalam melaksanakan tugasnya, pengarah mesti bertindak secara berhati-hati dengan munasabah.(ii) Perhatian kepada urusan syarikat.(iii)Penyerahan tugas

Page 14: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer Soalan 2 (b): Pengarah

Isu 11) Adakah Chow yang tinggal di Singapura boleh menjadi pengarah Smart-Line Co Pte Ltd(Smart Line)?2) Adakah Lim, seorang bankrap yang tidak dilepaskan, boleh menjadi pengarah Smart Line yang menguruskan perniagaan berkenaan Malaysia?

Page 15: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer Soalan 2 (b): Pengarah Isu 1: Seksyen 122(1) menyatakan bahawa setiap syarikat harus mempunyai

sekurang-kurangnya dua orang pengarah yang tinggal menetap di Malaysia.

Aplikasi/Rumusan:- Chow tidak layak untuk menjadi pengarah sebab tinggal di Geylang,Singapura.

Isu 2: Seksyen yang relevan: Seksyen 125 Akta Syarikat 1965 Seksyen 125(1) memperuntukkan:

- Seseorang yang merupakan orang bankrap yang belum dilunaskan tidak boleh menjadi pengarah suatu perbadanan atau mengambil bahagian dalam pengurusan perbadanan dan jika melanggar seksyen ini adalah bersalah dengan melakukan kesalahan melainkan beliau mendapat kebenaran mahkamah]

Aplikasi: Lim hilang kelayakan sebagai pengarah kerana beliau adalah seorang bankrap yang belum dilepaskan KECUALI jika mendapat kebenaran mahkamah .

Kesimpulan: 1) Chow tidak boleh memegang jawatan pengarah dalam Smart Line. 2) Lim hilang kelayakannya sebagai pengarah sebab isu kebankrapan.

Page 16: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer Soalan 3 Pengarah Isu 1 : Bolehkah Aragon kekalkan jawatannya sebagai pengarah KMB

sedangkan beliau akan mencapai 71 tahun (i.e melebihi 70 tahun)? Seksyen yang relevan: Seksyen 129(2), 129(6) Akta Syarikat

1965[Pengosongan Jawatan Pengarah disebabkan Hilang Kelayakan Sebagai Pengarah.

Rumusan seksyen 129(2) & 129(6): Seseorang yang melebihi had umur 70 tahun boleh dilantik sebagai

pengarah sebuah syarikat awam atau anak syarikat jika syarat yang ditetapkan dalam seksyen 129(6) dipenuhi.[Resolusi mesti diluluskan oleh majoriti tiga perempat (3/4) oleh ahli yang hadir dan yang boleh mengundi.

Perlantikan tersebut hanyalah sehingga mesyuarat agung tahunan yang berikutnya, iaitu apabila keseluruhan proses mesti diulang jika pengarah tersebut masih ingin memegang jawatan tersebut.

Aplikasi/Rumusan Aragon masih layak dilantik sebagai pengarah sehinnga mesyuarat

agung tahunan berikutnya dengan resolusi khas yang memerlukan persetujuan ¾ majoriti, tetapi jika Aragon ingin mengekalkan jawatannya selepas mesyuarat agung KMB, beliau ingin mendapatkan persetujuan 75% ahli syarikat pada mesyuarat agung tahunan pada masa akan datang(proses tersebut: mesyuarat kena diulangi)

Kesimpulan: Aragon layak menjadi pengarah KMB dengan persetujuan ¾ majoriti hingga mesyuarat agung yang berikutnya.

Page 17: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Soalan 4 Keahlian & Mesyuarat (a), (b) dan (c) Soalan 4 (a) Bincangkan prinsip berkaitan dengan

ahli syarikat sebagaimana yang diputuskan dalam kes-kes berikut:i) Kes : John Shaw & Sons (Salford) Ltd Iwn Shaw [1909](b) Akta Syarikat 1965 memperuntukkan bahawa adalah menjadi hak setiap ahli untuk hadir, bersuara dan mengundi dalam mana-mana mesyuarat agung tahunan syarikat. Bincangkan pengecualian kepada hak ini.

Page 18: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Soalan 4 Keahlian & Mesyuarat (a), (b) dan (c)

Soalan 4 (c) Sheriff, Campa, Lotus dan Zigzy telah dilantik sebagai pengarah TV10

Bhd( TV10) sejak 2004. Manakala Sifu, Fifi dan Jojo masing-masing adalah pemegang saham berdaftar 15%, 16% dan 19% di TV10.

Pada 22 Ogos 2008, Jojo yang bertindak mewakili pemegang saham berdaftar TV 10, telah menyerahkan kepada TV10 suatu rekuisisi untuk mesyuarat agung luar biasa bersama-sama notis khas cadangan resolusi bagi menyingkirkan dua orang pengarah TV10

Walau bagaimanapun, pada 22 October 2008, Sheriff memberitahu Jojo bahawa hanya lembaga pengarah yang mempunyai kuasa untuk memanggil mesyuarat agung luar biasa dan lembaga pengarah enggan mengadakan mesyuarat tersebut. Selepas 21 hari, Jojo terus mengambil langkah-langkah bagi mengadakan mesyuarat agung luar biasa seperti yang telah direkuisisikan dengan mengisukan suatu notis untuk mengadakan mesyuarat berkenaan pada 7 Disember 2008.

Pada 24 November 2008 Sheriff telah menulis sepucuk surat kepada Jojo memaklumkan bahawa lembaga pengarah TV10 akan mengambil tindakan menyekat Jojo dari mengadakan mesyuarat agung luar biasa pada 7 Disember 2008 atas alasan tempoh masa untuk mengadakan mesyuarat tersebut telah tamat. Namun begitu, Jojo tetap akan meneruskan mesyuarat tersebut.

Page 19: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer Soalan 4 Keahlian & Mesyuarat (a), (b) dan (c) Soalan 4(a) Prinsip dalam kes John Shaw & Sons (Salford)

Ltd Iwn Shaw(1909) seperti: [Apabila kuasa secara spesifiknya diberikan

kepada Pengarah, persoalan yang timbul adalah sama ada mesyuarat agung pemegang-pemegang syer akan mengatasi atau boleh menjalankan kuasa pengarah tersebut.]

Keputusan dalam kes John Shaw : bermaksud ahli dalam syarikat tidak boleh campur tangan dalam pengurusan syarikat sekiranya kuasa pengurusan syarikat diserahkan kepada lembaga pengarah

Page 20: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer Soalan 4 Keahlian & Mesyuarat (a), (b) dan (c)

Soalan 4(b) Setiap ahli syarikat mempunyai hak untuk

menghadiri mana-mana mesyuarat agung syarikat dan bersuara dalam mesyuarat tersebut. [seksyen 148(1)]

Hak ini tidak boleh dihadkan oleh memorandum dan artikel persatuan. Dengan itu, setiap ahli yang mempunyai hak menghadiri dan mengundi dalam suatu mesyuarat berhak untuk dihantar notis tentang mesyuarat agung. [seksyen 145(4).

Page 21: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer Soalan 4 Keahlian & Mesyuarat (a), (b) dan (c)

Soalan 4(b) Hak ahli untuk mengundi hanya boleh

digantung oleh artikel persatuan dalam situasi di mana: syer yang dipersoalkan adalah syer keutamaan.[seksyen 148(2)].

Tetapi isu berkaitan pemulangan balik modal hak mengundi boleh diberi kepada pemegang syer keutamaan.

Page 22: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer Soalan 4 Keahlian & Mesyuarat (a), (b) dan (c)

Soalan 4(c) Apabila ahli syarikat Jojo memberi notis

untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa, adakah wajar apabila Lembaga Pengarah TV10 enggan untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa?

Adakah Sheriff/Lembaga Pengarah TV10 boleh menghalang tindakan Jojo dari mengadakan mesyuarat agung luar biasa?

Page 23: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer Soalan 4 Keahlian & Mesyuarat (a), (b) dan (c) Soalan 4 (c) Isu 1: Jika ahli syarikat meminta atau menuntut mesyuarat

agung luar biasa diadakan , pengarah terikat untuk mengadakannya. Ahli yang berhak untuk meminta mesyuarat agung biasa diadakan ialah ahli yang mempunyai satu per sepuluh daripada modal berbayar syarikat dan mempunyai hak untuk mengundi dalam mesyuarat agung.[seksyen 144(1)Akta Syarikat 1965.

Aplikasi:- Jojo yang mempunyai 1/10 modal berbayar syarikat berhak

mengundi dalam mesyuarat agung luar biasa pada 22 Ogos 2008. Pengarah EGM perlu mengadakan mesyuarat agung luar biasa dalam masa 2 bulan selepas menerima tuntutan ahli …..(i.e 22 October 2008)

- Lembaga pengarah TV10 enggan adakan EGM, Jojo berhak untuk memanggil notis untuk mengadakan EGM.

Page 24: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer Soalan 4 Keahlian & Mesyuarat (a), (b) dan (c)

Soalan 4 (c) Isu 2: Sekiranya gagal, ahli-ahli yang menuntut boleh memanggil mesyuarat

itu,dengan syarat ia mestilah dibuat dalam tempoh 3 bulan selepas dari tarikh tuntuan tersebut [seksyen 144(3) Akta Syarikat 1965

Aplikasi:- Lembaga Pengarah TV10 harus panggil EGM dalam tempoh hari 21 hari selepas menerima notis (22 Ogos -12 September 2008)- Pengarah TV10 gagal memanggil mesyuarat dalam tempoh 21 hari, jadi Jojo boleh memanggil mesyuarat agung luar biasa dalam tempoh 3 bulan( 22 Ogos- 22 November 2008….tidak lewat dari 22 November 2008)- Tetapi Jojo hanya mengadakan mesyuarat agung luar biasa pada 7 Disember 2008(tamat tempoh 3 bulan)- Jadi Sheriff/Lembaga Pengarah TV10 boleh menghalang Jojo daripada mengadakan mesyuarat agung luar biasa pada 7 Disember 2008 selepas gagal untuk memenuhi syarat dalam tempoh 3 bulan.

Kesimpulan: -Jojo boleh memanggil EGM TV10…. -Sheriff/Lembaga Pengarah boleh menghalang Jojo daripada

mengadakan EGM@7 Disember 2008.

Page 25: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Contoh Soalan 5 : Keahlian dan Mesyuarat Soalan 5 Kes 1

Silen adalah pemegang syer Sapu Bersih Sdn Bhd(SBSB). Beliau memegang 20,000 unit syer biasa bernilai RM1.00 bagi setiap unit. Oleh kerana Silen tidak mempunyai wang tunai yang mencukupi, beliau hanya membayar sebanyak RM 15,000 sahaja. Baru-baru ini, SBSB mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa. Malangnya Silen tidak dibenarkan untuk mengundi di dalam mesyuarat tersebut dan Silen tidak berpuas hati.

Kes 2:Bina Jaya Sdn Bhd (BJSB) ialah sebuah syarikat pembinaan. Artikel persatuan BJSB memberi kuasa kepada lembaga pengarah untuk melantik pegawai-pegawai tertinggi syarikat. Hegar dan Long merupakan pengarah syarikat BJSB. Baru-baru ini pengurus kewangan yang juga merupakan akauntan syarikat meletakkan jawatan. Bagaimanapun, perlantikan pengurus kewangan yang baru tidak dapat dibuat kerana Hegar dan Long tidak dapat mencapai kata sepakat. Pemegang-pemegang syer BJSB hilang sabar. Dalam satu mesyuarat agung, mereka telah meluluskan untuk melantik Maths sebagai pengurus kewangan dan akauntan syarikat yang baru. Maths merasa musykil tentang keesahan perlantikannya.

Page 26: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Contoh Soalan 5 : Keahlian dan Mesyuarat

Soalan 5 Kes 3 Gismo Sdn Bhd (GSB) ingin meminda artikel

persatuan syarikat. Menurut Akta Syarikat 1965, pindaan artikel hendaklah dibuat dengan resolusi khas ahli di dalam mesyuarat agung syarikat. Satu notis bertarikh 14 Mac 2006 dihantar kepada semua ahli bagi memanggil mesyuarat agung syarikat. Pada 1 April 2006, mesyuarat agung tersebut telah diadakan dan usul pindaan artikel tersebut telah dipersetujui oleh 80% daripada ahli yang hadir. Julian, mendakwa seorang ahli GSB yang baru keluar dari hospital pada hari mesyuarat di adakan bahawa mesyuarat tersebut tidak sah kerana notis tidak memadai.

Page 27: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer Soalan 5 : Keahlian dan Mesyuarat Kes 1: 1)Jika ahli syarikat meminta atau menuntut

mesyuarat agung luar biasa diadakan , pengarah terikat untuk mengadakannya. Ahli yang berhak untuk meminta mesyuarat agung biasa diadakan ialah ahli yang mempunyai satu per sepuluh daripada modal berbayar syarikat dan mempunyai hak untuk mengundi dalam mesyuarat agung.[seksyen 144(1)Akta Syarikat 1965.

Aplikasi: Silen yang telah membayar RM 15,000 (15,000/20,000)=0.75(jelas mempunyai sekurang-kurang satu per sepuluh)modal berbayar syarikat dan layak untuk menggunakan seksyen 144(1) Akta Syarikat berhak untuk memanggil mesyuarat agung luar biasa diadakan.

Page 28: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer Soalan 5 : Keahlian dan Mesyuarat

Kes 1: Seksyen 148(1) Tertakluk kepada

subseksyen(2), ahli syarikat mempunyai hak untuk menghadiri apa-apa mesyuarat agung syarikat dan bersuara dan mengundi di atas apa-apa resolusi dalam mesyuarat.Aplikasi:

Berdasarkan seksyen 148(1) Silen berhak mengundi dalam mesyuarat luar biasa SBSB.

Page 29: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer Soalan 5 : Keahlian dan Mesyuarat

Kes 2: [ Hak pengarah yang diperuntukkan dalam artikel dan hak dalam mesyuarat agung]

Apabila kuasa secara spesifiknya diberikan kepada Pengarah, persoalan yang timbul adalah sama ada mesyuarat agung pemegang-pemegang syer akan mengatasi atau boleh menjalankan kuasa pengarah tersebut.

Kes John Shaw & Sons (Salford) Ltd Iwn Shaw(1909) Keputusan : bermaksud ahli dalam syarikat tidak boleh campur tangan dalam pengurusan syarikat sekiranya kuasa pengurusan syarikat diserahkan kepada lembaga pengarah.

Page 30: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer Soalan 5 : Keahlian dan Mesyuarat

Kes 2: Kes yang selaras dengan keputusan kes John

Shaw&Sons : Automatic Self-Cleansing Filter Syndicate Co Ltd Iwn Cunninghame (1960)

Keputusan kes: Artikel persatuan telah memberi satu mandat kepada pengarah, dan pemegang syer tiada mempunyai kuasa untuk memberikan arahan bagi perkara yang terletak dalam kuasa lembaga pengarah

Kekecualian kepada kes John Shaw dan Automatic Self Cleansing:

Kes : Barron Iwn Potter (1914)

Page 31: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer Soalan 5 : Keahlian dan Mesyuarat

Kes 2: Kekecualian:Walau bagaimanapun, jika pengarah tidak

boleh menjalankan kuasa yang diberikan kepada mereka, maka mesyuarat agung boleh menjalankan kuasa tersebut.

Contohnya dalam keadaan jika kourum lembaga pengarah tidak mencukupi(e.g 2/3 majoriti diperlukan untuk mengundi), ataupun salah seorang ahli lembaga pengarah tidak mahu memberikan izinnya dalam sesuatu usul.

Prinsip ini digambarkan dalam kes Barron Iwn Potter (1914)

: Perlantikan tersebut adalah sah(perlantikan pengarah tambahan) walaupun peruntukan dalam artikel persatuan hanya membenarkan perlantikan dibuat oleh lembaga pengarah dan bukan oleh mesyuarat agung. Lembaga pengarah tidak boleh bertindak. Oleh itu, mesyuarat agung boleh berbuat demikian.

Page 32: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer Soalan 5 : Keahlian dan Mesyuarat

Kes 2: Aplikasi : 1) Tindakan pemegang-pemegang syer BJSB dalam

dalam perlantikan pengurus kewangan yang baru adalah wajar sebab Hegar dan Long(pengarah syarikat BJSB tidak mencapai kata sepakat)..prinsip ini dapat dilihat dalam kes Barron Iwn Potter di mana walaupun pengarah diberi kuasa untuk melantik pegawai tertinggi dalam artikel persatuan, tapi jika Hegar dan Long tidak menjalankan tugas mereka, perlantikan boleh dibuat dalam mesyuarat agung oleh ahli syarikat(berdasarkan permasalahan : ialah pemegang syer BJSB)…

Oleh itu,perlantikan Maths sebagai pengurus kewangan dan akauntan syarikat adalah sah.

Page 33: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer Soalan 5 : Keahlian dan Mesyuarat

Kes 3:1) Ketetapan khas diperlukan dalam

beberapa keadaan, antaranya :(i) Untuk meminda memorandum dan artikel persatuan syarikat (seksyen 28 dan seksyen 31 Akta Syarikat 1965)

2) Dalam keadaan mesyuarat yang dipanggil untuk meluluskan resolusi khas, notis hendaklah diberikan sekurang-kuranganya 21 hari sebelum mesyuarat diadakan.[seksyen 152(1)].

Page 34: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer Soalan 5 : Keahlian dan Mesyuarat Kes 3: Aplikasi:

- Notis pada 14 March 2006 kepada ahli untuk memanggil mesyuarat agung syarikat tidak memadai sebelum tarikh mesyuarat agung tahunan diadakan iaitu pada 1 April 2006.- Notis khas untuk memanggil mesyuarat agung hanya diberi selama 18 hari(tarikh untuk memanggil mesyuarat diawalkan), di mana seperti diperuntukkan dalam seksyen 152(1) notis khas perlu diberi sekurang-kurangnya 21 hari sebelum mesyuarat agung dipanggil…..- Oleh itu, apabila Julian, ahli GSB yang baru keluar dari hospital mendakwa mesyuarat agung syarikat tidak sah kerana notis tidak memadai, tindakan beliau adalah wajar sebab pada 1 April hinggga 3 April 2006 (notis masih boleh dipanggil dan Julian mempunyai hak dalam masa 3 hari sebelum masa 21 hari tamat)……-Jadi mesyuarat tersebut tidak sah dan notis memanggil mesyuarat tidak memadai sebab notis khas….tempoh masa diberikan sehingga 21 hari.

Page 35: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Soalan 6 Keahlian & Mesyuarat Soalan 6:

Syarikat Kemas Mantap Bhd (SKM) telah ditubuhkan pada 20 Julai 2003 untuk tujuan perniagaan perabot moden. SKM telah mengadakan mesyuarat agung tahunannya(AGM) yang pertama pada 30 Mei 2004. Berikutan itu, AGM bagi SKM diadakan pada 30 Mei setiap tahun. Pada 30 Mei 2009, SKM mengadakan AGM di Kuala Lumpur. Dalam AGM tersebut, kedua-dua pengarah SKM, iaitu Pek Woon dan Kamarul memutuskan bahawa AGM berikutnya akan diadakan pada bulan Disember 2010. Walau bagaimanapun, tiga orang ahli SKM, iaitu Faiz, Wei Sin dan Gondasamy yang menghadiri mesyuarat tersebut menyuarakan ketidakpuasan hati mereka atas keputusan tersebut. Faiz, Wei Sin dan Gondasamy mendakwa bahawa perancangan untuk mengadakan AGM pada Disember 2010, akan melanggar undang-undang.

Page 36: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Soalan 6 Keahlian & Mesyuarat Soalan 6: Pek Woon dan Kamarul tidak menghiraukan dakwaan

yang dibuat oleh Faiz, Wei Sin dan Gondasamy. Selepas mencapai persetujuan bersama, Faiz, Wei Sin dan Gondasamy kemudiannya telah membuat permohonan kepada mahkamah untuk mengadakan AGM pada 30 Mei 2010. Apabila mengetahui tindakan undang-undang yang telah diambil, Pek Woon dan Kamarul menyatakan bahawa usaha Faiz, Wei Sin dan Gondasamy tidak akan berhasil kerana mahkamah tidak berkuasa untuk membenarkan permohonan mereka untuk mengadakan AGM tersebut. Pek Woon dan Kamarul masih tetap dengan keputusan mereka untuk mengadakan AGM yang berikutnya pada bulan Disember 2010. Mereka juga bersetuju untuk menghalang Faiz, Wei Sin dan Gondasamy untuk menghadiri serta mengundi dalam semua mesyuarat SKM.

Selesaikan masalah di atas berdasarkan peruntukan-peruntukan Akta Syarikat 1965.

Page 37: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer: Soalan 6 Keahlian & Mesyuarat Isu 1 : AGM diadakan pada bulan

Disember 2010….adakah tindakan SKM wajar?

Isu 2: Adakah mahkamah tidak berkuasa untuk membenarkan permohonan oleh Faiz, Wei Sin dan Gondasamy untuk mengadakan AGM tersebut?.

Isu 3: Adakah Pek Woon dan Kamarul boleh menghalang Faiz, Wei Sin dan Gondasamy untuk menghadiri serta mengundi dalam semua mesyuarat SKM?.

Page 38: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer : Soalan 6 Keahlian & Mesyuarat

Isu 1: Seksyen yang relevan: S 143(1) Akta Syarikat

1965 seperti berikut:“ Mesyuarat agung tiap-tiap syarikat yang dipanggil “mesyuarat agung tahunan hendaklah diadakan sekali tidak lebih dari lima belas bulan selepas mesyuarat agung tahunan yang lepas.

Seksyen 143(2) Akta Syarikat 1965 memperuntukkan:“ 143(2) Pendaftar di atas permohonan syarikat, mempunyai kuasa untuk buat perlanjutan tempoh lebih dari lima belas bulan atau lapan belas bulan

Page 39: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer : Soalan 6 Keahlian & Mesyuarat Isu 1:

Aplikasi/Rumusan:- Mesyuarat terakhir SKM di Kuala Lumpur pada 30 Mei 2009 dan AGM berikutnya yang diputuskan oleh Pek Woon dan Kamarul pada Disember 2010 adalah melebihi tempoh 15 bulan(i.e iaitu telah capai tempoh 19 bulan)… (i.e 15 bulan: Ogos 2010)Jadi keputusan Pei Woon dan Kamarul adalah tidak wajar dan SKM juga tidak pernah memohon perlanjutan tempoh daripada Pendaftar Syarikat berdasarkan peruntukan Seksyen 143(2). Oleh itu tindakan Pek Woon dan Kamarul adalah tidak wajar dan bercanggah dengan Akta Syarikat 1965.

Page 40: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer : Soalan 6 Keahlian & Mesyuarat Isu 2: Tanggungjawab untuk memanggil mesyuarat agung

tahunan biasanya terletak pada pengarah. Walau bagaimanapun mahkamah boleh memanggil

mesyuarat agung tahunan jika ahli membuat perintah untuk mengadakan mesyuarat tersebut.[seksyen 143(4)(b) Akta Syarikat 1965.

Aplikasi/Rumusan:- Prinsip am: Sebagai pengarah SKM(Pek Woon dan Kamarul berhak memanggil mesyuarat agung tahunan(AGM). - Kekecualian: Berdasarkan seksyen 143(4)(b) Akta Syarikat 1965, mahkamah boleh atas perintah ahli syarikat SKM(Faiz, Wei Sin dan Gondasamy) untuk mengadakan AGM pada 30 Mei 2010.

Page 41: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer : Soalan 6 Keahlian & Mesyuarat Isu 3 : Seksyen yang relevan:

- Notis mesyuarat mesti diberi oleh syarikat kepada orang tertentu. Akta menetapkan bahawa setiap ahli berhak untuk hadir dan bersuara dalam mesyuarat. [seksyen 148(1)]- Pengeculian: Seksyen 148(2) :hak pemegang syer keutamaan untuk hadir dan mengundi di mesyuarat agung syarikat boleh digantung…..tetapi atas dasar dividen tertunggak, resolusi yang mengubah hak kelas dan resolusi penggulungan syarikat: pemegang syer keutamaan masih mempunyai hak mengundi!....

Aplikasi: Ahli syarikat Iaitu Faiz,Wei Sin dan Gondasamy mempunyai hak untuk menghadiri mesyuarat agung syarikat. Tiada isu menyatakan bahawa Faiz, Wei Sin dan Gondasamy memegang syer keutamaan.

Page 42: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer : Soalan 6 Keahlian & Mesyuarat Kesimpulan Isu 1: SKM akan melanggar

peruntukan Akta Syarikat 1965 jika mengadakan AGM pada Disember 2010.

Kesimpulan Isu 2: Mahkamah mempunyai kuasa dalam permohonan Faiz, Wei Sin dan Gondasamy untuk mengadakan AGM tersebut.

Kesimpulan Isu 3: Pek Woon dan Kamarul tidak boleh menyekat Faiz, Wei Sin dan Gondasamy daripada mengundi serta menghadiri dalam semua mesyuarat SKM.

Page 43: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

43

Contoh Soalan 7 : Keahlian dan Mesyuarat Soalan 7 Artikel persatuan XYZ Sdn Bhd memperuntukkan bahawa

kuasa pengurusan dan kawalan perniagaan syarikat diserahkan kepada lembaga pengarah syarikat. Pengarah mempunyai kuasa nyata untuk menjual harta syarikat. Dalam mesyuarat agung tahunan syarikat bertarikh 1 Mac 2008, ahli-ahli syarikat sebulat suara telah bersetuju dan mengeluarkan satu ketetapan khas untuk mengarahkan pengarah jual sebidang tanah milik syarikat kepada sebuah syarikat lain. Walau bagaimanapun, lembaga pengarah enggan melaksanakan ketetapan tersebut.

Kebiasaaanya XYZ Sdn Bhd akan mengadakan mesyuarat agung tahunannya antara bulan Mac dan Mei. Namun sehingga hari ini I Julai 2009, syarikat masih belum menghantar notis panggilan mesyuarat.

Azrul, salah seorang ahli syarikat dan pemegang saham biasa, tertanya-tanya mengapa syarikat masih tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan seperti kelazimannya. Nasihatkan lembaga pengarah dan Azrul berdasarkan peruntukan dalam Akta Syarikat 1965 dan kes-kes yang berkaitan jika ada.

Page 44: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

44

Guideline Answer Soalan 7 : Isu 1: Bolehkah ahli syarikat

mengeluarkan ketetapan untuk mengarahkan pengarah XYZ untuk menjual harta syarikat, di mana dalam artikel XYZ kuasa pengurusan dan kawalan perniagaan syarikat diberi kepada lembaga pengarah syarikat?

Isu 2 : Bolehkan syarikat XYZ tidak memanggil mesyuarat agung tahunannya seperti yang diperuntukkan dalam Akta Syarikat 1965?

Page 45: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

45

Guideline Answer Soalan 7 :

Isu 1: Apabila kuasa secara spesifiknya diberikan

kepada Pengarah, persoalan yang timbul adalah sama ada mesyuarat agung pemegang-pemegang syer akan mengatasi atau boleh menjalankan kuasa pengarah tersebut.

Kes John Shaw & Sons (Salford) Ltd Iwn Shaw(1909) Keputusan : bermaksud ahli dalam syarikat tidak boleh campur tangan dalam pengurusan syarikat sekiranya kuasa pengurusan syarikat diserahkan kepada lembaga pengarah.

Page 46: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

46

Guideline Answer Soalan 7 :

Isu1: Kes yang selaras dengan keputusan

kes John Shaw&Sons : Automatic Self-Cleansing Filter Syndicate Co Ltd Iwn Cunninghame (1960)

Keputusan kes: Artikel persatuan telah memberi satu mandat kepada pengarah, dan pemegang syer tiada mempunyai kuasa untuk memberikan arahan bagi perkara yang terletak dalam kuasa lembaga pengarah

Page 47: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

47

Guideline Answer Soalan 7 :

Aplikasi/Rumusan (Isu 1) Kuasa telah diberi kepada lembaga pengarah

XYZ dalam artikel persatuan jadi mereka tidak perlu mengikut ketetapan ahli syarikat dalam mesyuarat agung tahunan pada 1 March 2008, seperti mana yang dapat dilihat dalam kes John Shaw &Sons dan Automatic Self-Cleansing.

Selain itu, pengeculian dalam prinsip kes Barron Iwn Potter tidak selaras dengan permasalahan yang diberi sebab dalam situasi ini, tiada menyatakan perbalahan antara lembaga pengarah syarikat atau pengarah-pengarah lain atau tidak menyatakan lembaga pengarah syarikat tidak dapat mencapai kata sepakat.

Page 48: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

48

Guideline Answer Soalan 7 : Isu 2: Seksyen yang relevan: S 143(1) Akta

Syarikat 1965 seperti berikut:“ Mesyuarat agung tiap-tiap syarikat yang dipanggil “mesyuarat agung tahunan hendaklah diadakan sekali tidak lebih dari lima belas bulan selepas mesyuarat agung tahunan yang lepas.

Seksyen 143(2) Akta Syarikat 1965 memperuntukkan:“ 143(2) Pendaftar di atas permohonan syarikat, mempunyai kuasa untuk buat perlanjutan tempoh lebih dari lima belas bulan atau lapan belas bulan

Page 49: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

49

Guideline Answer Soalan 7 :

Isu 2: Tanggungjawab untuk memanggil

mesyuarat agung tahunan biasanya terletak pada pengarah.

Walau bagaimanapun mahkamah boleh memanggil mesyuarat agung tahunan jika ahli membuat perintah untuk mengadakan mesyuarat tersebut.[seksyen 143(4)(b) Akta Syarikat 1965.

Gagal untuk mengadakan mesyuarat: syarikat dan pegawai boleh didenda RM5000.

Page 50: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

50

Guideline Answer Soalan 7 :

Isu 2: Aplikasi/Rumusan:

- Lembaga pengarah XYZ hendaklah memanggil mesyuarat agung tahunan(AGM) dalam tempoh yang ditetapkan.- Sebelum ini, AGM diadakan pada 1 Mac 2008 dan tempoh 15 bulan berakhir pada I Julai 2009. (akhir bulan Jun 2009).- Oleh sebab tiada permohonan oleh syarikat XYZ untuk membuat perlanjutan tempoh berdasarkan seksyen 143(2), maka ahli syarikat XYZ boleh memanggil supaya AGM dipanggil.

Page 51: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

51

Guideline Answer Soalan 7 :

Kesimpulan:Isu 1: Lembaga pengarah tidak perlu mematuhi ketetapan yang dibuat oleh ahli dalam mesyuarat agung tahunan syarikat sebab artikel telah memberikan kuasa kepada pengarahIsu 2: Ahli boleh memohon kepada mahkamah untuk satu perintah memanggil AGM.

Page 52: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Contoh Soalan Syer dan Dividen (Q8)

Lahm Bhd (LB) merupakan syarikat yang diperbadankan pada tahun 2000 dan mempunyai modal saham yang dibenarkan sebanyak RM100 juta. Lembaga pengarah LB bercadang mengambil tindakan berikut:

  LB berhasrat membeli semula saham yang telah dijual disebabkan

kegawatan ekonomi baru-baru ini. Walau bagaimanapun artikel 14 syarikat menyatakan bahawa syarikat tidak boleh membeli semula saham samada secara langsung atau tidak langsung.

  LB juga bercadang mengisytiharkan pembayaran dividen berdasarkan

keuntungan anak syarikat mereka iaitu Adler Sdn Bhd (ASB). Walau bagaimanapun ianya ditentang oleh lembaga pengarah ASB.

  LB telah mengisytiharkan pembayaran dividen pada tahun 2009 sebanyak

10 peratus. Jumlah tersebut adalah melampaui keuntungan syarikat pada tahun berkenaan. Selaku pemegang syer syarikat, En Klose mendakwa tindakan membayar dividen berlebihan boleh merugikan syarikat di masa hadapan.

  Nasihatkan lembaga pengarah LB dalam membuat keputusan, sokong

jawapan anda dengan kes-kes dan peruntukan undang-undang syarikat.

Page 53: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Isu –isu:- 1. adakah syarikat boleh membeli semula syer mereka selepas

dijual. 2. adakah keuntungan dividen boleh di isytiharkan melalui

keuntugan anak syarikat 3. adakah lembaga pengarah boleh mengisytiharkan jumlah

dividen yang melebihi kadar keuntungan syarikat. Isu pertama: Pembelian semula mengikut s 67A adalah dibenarkan jika tiada

larangan didalam artikel persatuan Oleh kerana artikel melarang pembelian semula syer, maka

artikel perlu dipinda Syarikat perlu membuat notis untuk resolusi khas. Notis

dihantar sekurang-kurangnya 21 hari. Mesyuarat mesti dihadiri oleh 75 percent ahli pemegang syer dan mendapat undi majoriti.

Oleh itu, pembelian semula artikel boleh dibuat dengan mematuhi syarat-syarat dan meminda artikel syarikat.

Page 54: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer Soalan 8 :

Isu kedua: S 365 (1) Pembayaran dividen mestilah

berdasarkan keuntungan dari syarikat yang membuat perisytiharan.

Kes industry equity lwn Blackburn Pengisytiharan dividen anak syarikat tidak

dibenarkan Maka syarikat LB tidak boleh membayar

dividen bedasarkan keuntungan ASB

Page 55: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer Soalan 8 :

Isu ketiga Pembayaran dividen mestilah berdasarkan keuntungan

syarikat, jika dibayar berlebihan sehingga merugikan syarikat. Maka pengarah-pengarah akan dipertangung jawabkan

S 365(2)(b) Kes Hilton international ltd lwn Hilton Dividen dibayar walaupun syarikat tidak mempunyai

lembaran imbangan untuk masa hadapan. Mahkamah memutuskan dividen berkenaan tidak sah.

Dividen mestilah pada kadar berpatutan sesuai dengan keuntungan syarikat. Jika tiada keuntungan syarikat, maka dividen bukanlah perkara yang wajib dibayar.

Kesimpulan

Page 56: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Contoh Soalan Pengarah &Penggulungan(Question 9)

Question (i) Talib, seorang pengarah Syarikat Kurma Arab

Sdn Bhd (SKA) telah melakukan perkara-perkara berikut:a) Gagal mendedahkan kepentingan peribadinya dalam kontrak syarikat.b) Memohon pinjaman sebanyak RM2 juta daripada SKA.

Nasihatkan Talib tentang tindakan yang perlu dilakukan dan adakah pinjaman itu akan diluluskan oleh syarikat?

Page 57: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Contoh Soalan Pengarah &Penggulungan(Question 9)

Question ii) Mila, seorang pengarah Syarikat Home Décor

Sdn. Bhd. (SHD) telah memohon petisyen penggulungan ke atas SHD atas alasan berikut:a) Matlamat SHD terpesong jauh daripada fasal objek syarikat b) SHD telah memulaukan Mila sebagai pengarah dan memecatnya tanpa sebarang sebab

Nasihatkan SHD berdasarkan peruntukan Akta Syarikat 1965 dan kes-kes mahkamah.

Page 58: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer Soalan 9 : 9(i) Isu 1 : Sama ada Talib langgar kewajipan statutori s.133 Akta

Syarikat 1965? Isu 2 : Sama ada Talib langgar kewajipan statutori s. 133AS? Isu 1 -Kewajipan statutori seorang pengarah Seksyen : s131- pengarah mestilah mendedahkan

kepentingan kontrak peribadi dengan syarikat Isu 2:

- s 133 –syarikat tidak boleh memberi pinjaman kepada pengarah- c) pinjaman yang dibuat kepada pengarah yang berkhidmat sepenuh masa dengan syarikat@syarikat induk : di mana pinjaman kepada pekerja syarikat diluluskan dalam mesyuarat agung- Aplikasi: Prinsip umum : Syarikat tidak boleh memberi pinjaman kepada pengarah-Pengecualian : Hanya jika pinjaman diluluskan dalam mesyuarat agung.

Page 59: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer Soalan 9 : 9(ii)

Isu 1: sama ada SHD boleh digulung kerana objek syarikat terpersong?Isu 2: sama ada SHD boleh digulungkan oleh Mila yang dikecualikan drp pentadbiran SHD?Isu 1:- s.218(1)(i) AS 1965-penggulungan atas dasar mahkamah : alasan adil dan berekuiti - Kes : Re German Date Coffee(Fakta & Kesimpulan/HeldAplikasi : SHD boleh digulungkan oleh sebab objek syarikatnya terpesong…..kehilangan tujuan perniagaan.

Page 60: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer Soalan 9 : 9(ii)

Isu 2:- s.218(1)(i) AS 1965 : gulung atas dasar adil dan berekuiti- Kes : Ebrahimi v Westbourne Galleries ltd- Aplikasi: SHD boleh digulungkan : sebab tidak memberi peluang kepada Mila untuk melibatkan diri dalam pentadbiran syarikat.

Page 61: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Contoh Soalan Debentur: Soalan 10 Syarikat Hi Tech Berhad (SHTB) menjalankan perniagaan yang

berkaitan dengan bidang teknologi maklumat. Baru-baru ini, syarikat telah menerbitkan sejumlah debentur kepada orang ramai dan memutuskan untuk melantik anak syarikatnya iaitu Syarikat TN Touch (STNT) sebagai pemegang amanah kepada pemegang-pemegang debentur tersebut. Adam, salah seorang daripada pemegang debentur telah mendakwa tindakan SHTB itu adalah tidak sah dan mengarahkan syarikat supaya melantik pemegang amanah yang baru.

Dalam pada itu, untuk menyelesaikan masalah kewangan syarikat, pada 1 Januari 2009, SHTB telah membuat pinjaman dengan CIMB dan telah membuat satu gadaian tetap ke atas sebidang tanah milik syarikat. Walau bagaimanapun, disebabkan salah faham gadaian itu telah tidak didaftarkan. CIMB memohon syarikat untuk membayar semula pinjaman tersebut kerana berasakan kedudukannya tidak terjamin. Malangnya SHTB enggan berbuat demikian atas alasan syarikat tidak lagi bertanggungan terhadap pinjaman tersebut kerana gadaian yang dibuat telah terbatal.

Page 62: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Contoh Soalan Debentur: Soalan 10

Pada 20 Jun 2009, SHTB telah membuat pinjaman dengan BIMB dan membuat satu lagi gadaian ke atas tanah yang sama. Gadaian ini telah didaftarkan di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam masa yang telah ditetapkan. Sebelum itu, pada 15 Mac 2009, syarikat telah membuat satu gadaian terapung dengan Maybank dan gadaian ini juga telah didaftarkan dengan SSM.

Segala usaha untuk menyelamatkan syarikat telah menemui kegagalan. Pada 1 Februari 2010, Mahkamah Tinggi telah mengarahkan SHTB digulungkan. Anda sebagai liquidator dikehendaki menyelesaikan segala permasalahan di atas serta menentukan keutamaan di antara ketiga-tiga gadaian yang telah dibuat oleh SHTB.

Page 63: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer Soalan 10 : Isu-isu: 1) Adakah perlantikan STNT sebagai

pemegang amanah sah? 2) Adakah SHTB boleh menafikan

tanggungan ke atas pinjaman dengan CIMB?

3) Keutamaan di antara pemegang debentur/cagaran

Page 64: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer Soalan 10 : Isu 1:

- s 74(3)(d)(ii) : syarikat yang meminjam telah melantik anak syarikatnya sendiri @ syarikat yang menjadi penjamin kepada hutang @ melantik syarikat yang mempunyai kepentingan ke atas pinjaman yang dibuat sebagai pemegang amanah kepada pemegang pemegang debentur, maka perlantikan tersebut adalah tidak sah kecuali mendapat kebenaran mahkamah.

Page 65: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer Soalan 10 :

Isu 1 :Aplikasi/Rumusan: Perlantikan STNT sebagai pemegang amanah kepada pemegang debentur adalah tidak sah : ia anak syarikat kepada SHTB. S 74(3)

Page 66: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer Soalan 10 : Isu 2:

- Cagaran-cagaran seperti dinyatakan dalam Seksyen 108(3)(a)-(k) hendaklah didaftarkan dengan Pendaftar dalam tempoh tiga puluh hari selepas perwujudan gadaian, dan jika seksyen ini tidak dipatuhi maka gadaian@cagaran tersebut menjadi BATAL terhadap penyelesai dan mana-mana pemiutang syarikat. [ seksyen 108(1) ]

- Seksyen 108(2) : Syarikat mempunyai obligasi untuk membayar hutang yang telah dijamin walaupun syarikat tersebut gagal mendaftarkan cagarannya dalam masa 30 hari.

Page 67: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer Soalan 10 : Isu 2: Aplikasi:

- Cagaran tetap ( i.e tanah) s108(3)(e)dengan CIMB adalah terbatal. SHTB masih bertanggungjawab terhadap tanggungannya terhadap pinjaman yang dibuat dan dikehendaki membayar pinjaman serta merta kepada CIMB.

Page 68: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer Soalan 10 : Isu 3:

- Prinsip am: Cagaran tetap akan diutamakan berbanding dengan cagaran terapung yang diwujudkan pada bila-bila masa (maksudnya: walaupun cagaran tetap dibuat pada tarikh kemudian daripada cagaran terapung.

Pengecualian kepada kaedah am: keutamaan caj terapung: dalam 2 situasi seperti berikut: (a) Pemegang cagaran terapung melarang kewujudan cagaran

berikutnya (e.g. cagaran tetap)(dikenali sebagai “negative pledges”)dan lebih mengutamakan cagaran terapungnya sendiri.

(b) Pemegang cagaran tetap mendapat notis sebenar tentang sekatan tersebut [kewujudan cagaran terapung + larangan diketahui oleh pemegang cagaran tetap= pemegang cagaran terapung akan mendapat keutamaan]dua syarat…perlu diberi perhatian

- Pemegang cagaran tidak didaftarkan : kesan : pemiutang yang tidak terjamin dan keutamaannya akan berkurangan. Syarikat dikehendaki membayar hutang serta merta sekiranya syarikat tidak digulungkan.

Page 69: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer Soalan 10 : Isu 3:

- Aplikasi : Walaupun gadaian terapung dengan Maybank dibuat terlebih dahulu pada 15 Mac 2009 dan telah didaftarkan , tetapi gadaian tetap akan mendapat keutamaan (i.e pada 20 Jun 2009) dan gadaian tanah BIMB telah didaftarkan…Note : Pengecualian hanya akan diaplikasikan jika larangan :negative pledges dibuat atas SHTB oleh Maybank untuk lindungi cagaran terapungnya….dan pengetahuan(Larangan diketahui oleh BIMB)…Disebabkan dalam soalan permasalahan yang diberi tidak dinyatakan tentang keadaan larangan atas SHTB atau pengetahuan oleh BIMB tentang cagaran terapung Maybank…BIMB sebagai pemegang cagaran tetap yang telah didaftarkan akan mendapat keutamaan.

Page 70: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer Soalan 10 :

1) BIMB mendapat keutamaan teratas : pemegang cagaran tetap

2) Maybank mendapat keutamaan : sebagai pemegang cagaran terapung

3) Walaupun CIMB telah membuat cagaran pada 1 Januari 2009 akan hilang keutamaan sebab cagaran tidak didaftarkan seperti dikehendaki seksyen 108(3)(e) AS 1965 :kesan: pemiutang yang tidak terjamin.

Page 71: Tutorial QS GLUL 3033-1-1-2

Guideline Answer Soalan 10 :

Kesimpulan:1) Perlantikan STNT sebagai pemegang amanah tidak sah2) SHTB bertanggungan terhadap pinjaman dengan CIMB.3) BIMB akan mendapat keutamaan