Tutorialpembelajaran 110508075702-phpapp02
-
Upload
syazwan-ewan -
Category
Documents
-
view
1.529 -
download
0
Transcript of Tutorialpembelajaran 110508075702-phpapp02
D I S E D I A K A N O L E H :
M U H A M A D S Y A Z W A N B I N R A Z A L I
P I S M P B M
Safiah Karim et.al (1994)
Ayat tunggal: Ayat yang mengandungi satu klausa iaitu subjek dan satu predikat.
Subjek : Bahagian ayat yang diterangkan.
Predikat :Bahagian ayat yang menerangkan subjek.
• Terbina dalam berbagai-bagai jenis ayat sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah , dan ayat seruan.
• Pembentukan ayat tunggal boleh terbina daripada subjek dan predikat yang terdiri daripada FN, FK, FA dan FS.
Subjek Predikat
Ahmad guru.
Dia jurutera pelatih.
Mereka sedang mandi di sungai?
Pelajar itu membeli buku.
Kamu keluar!
Kamu tunggu dia di sini.
Kata nama
Ganti nama
Kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama
Kata adjektif yang berfungsi sebagai kata nama
Subjek kata nama
Kata Nama Am
Kata Nama Terbitan
Kata Nama Khas
Subjek (Nama Am) Predikat
Mempelam itu untuk ibu.
Adik minum susu.
Rumah itu terbakar.
Subjek (Nama Khas) Predikat
Osman penyanyi terkenal.
Si Comel sedang tidur.
Bukit Fraser di Negeri Pahang.
Subjek (Nama Terbitan) Predikat
Kenangan mengusik jiwa.
Pukulannya sungguh kuat.
Pertunjukan itu sangat menarik.
Subjek ganti nama
Ganti Nama Orang
Ganti Nama Tunjuk
Ganti Nama Orang
Subjek (Ganti Nama Orang) Predikat
Saya guru.
Dia suka makan nasi.
Awak boleh pergi sekarang.
Beliau akan berangkat ke Mekah.
Ganti Nama Tunjuk
Subjek (Ganti Nama Tunjuk) Predikat
Ini rumah saya.
Itu buku Ah Meng.
Ini makanan saya.
Itu tuduhan yang melampau.
Subjek kata kerja
Subjek (Kata Kerja) Predikat
Melukis menjadi kegemarannya.
Mencuri satu amalan keji.
Bersenam menyihatkan badan.
Bercakap memang mudah.
Subjek kata kerja
Subjek kata adjektif
Subjek kata adjektif
Subjek (Kata Adjektif) Predikat
Putih ialah warna pilihan Hasnah.
Kecil tidak bererti lemah.
Hitam cantik juga.
Masin ialah rasa garam.
Predikat Frasa Nama
Predikat kata nama
Kata Nama Am
Kata Nama Terbitan
Kata Nama Khas
Kata Nama Am
Subjek Predikat (Kata Nama Am)
Ahmad guru.
Budak itu murid saya.
Bapa Zaki doktor.
Binatang itu harimau.
Kata Nama Khas
Subjek Predikat (Nama Khas)
Beliau Pengarah Pendidikan Negeri.
Bangunan itu Muzium Negara.
Universiti itu Universiti Malaya.
Kata Nama Terbitan
Subjek Predikat (Nama Terbitan)
Tindakan itu suatu penganiyaan.
Ceritanya hanya alasan.
Tegurannya suatu pengajaran.
Predikat Frasa Kerja
Kata kerja asal
Kata kerja terbitan
Kata bantu
Unsur-unsur keterangan
Kata kerja asal
Kata kerja asal tidak berimbuhan
Kata kerja yang terdiri daripada
satu kata dasar sahaja.
Terdiri daripada kata kerja tak
transitif dan kata kerja transitif.
Kata kerja tak transitif : tidak perlu
objek atau penyambut.
Kata kerja transitif: Perlu objek
didepan atau dibelakang.
mandi
pulang
ketawa
datang
terbang naik
masuk tidur hilang
SubjekPredikat
Kata Kerja Tak Transitif Keterangan
Bapa Ali tidur.
Orang itu ketawa.
Jam Ahmad hilang.
Ali mandi di sungai.
Dia masuk dengan tertib.
Burung itu terbang tinggi di awan.
SubjekPredikat
Kata Kerja Transitif Objek
Monyet itu makan pisang.
Adik minum susu
Kata kerja yang terdiri daripada
gabungan kata dasar dan
imbuhan.
Terdiri daripada kata kerja transitif
dan kata kerja tak transitif.
Kata kerja asal berimbuhan
bersenam
bertolak
terjatuhberbincan
g
tertidur
terbalik
berehat menari
Subjek Predikat
Dia bernyanyi dengan penuh perasaan.
Perempuan itu menari.
Keretanya terbalik di tepi jalan.
Kata kerja terbitan
Kata kerja yang asalnya bukan daripada golongankata kerja tetapi golongan kata yang lain sepertikata nama atau adjektif.
Memerlukan imbuhan me-…-kan, me-….-i ataumemper-….
Contoh Kata Terbitan
menghalusi
memperluasmenjalani
membaiki
menemani
SubjekPredikat
Kata Kerja Transitif Objek
Encik Hakim menyekolahkan anaknya hari ini.
Ibu kami memperindah serambi rumah.
Zakaria membaiki basikalnya.
Usahanya menghasilkan kekayaan.
Katabantu aspek
Katabantu ragam
Kata Bantu
Kata Bantu Aspek
Kata bantu yang
menyatakan atau
menerangkan sesuatu
perbuatan dari segi
masa,sama belum,
sedang atau sudah
dilakukan
Contoh kata kerja bantu
akan
belum
sedang
masih
sudah
telah
pernah
Akan dan belum menunjukkan perbuatan yang belumdilakukan, cotohnya:
1. Saya akan menulis surat kepada mereka
2. Yusof belum melihat hadiah itu
Sedang dan masih menerangkan bahawa sesuatuperbuatan itu sedang atau belum selesai dilakukan, contohnya:
1. Negara Malaysia sedang membangun
2. Projek itu masih dalam peringkat pertama
Sudah, telah, dan pernah menerangkan bahawasesuatu perbuatan itu sudah selesai, contohnya:
1. Encik Lukman sudah mempunyai dua cahayamata.
2. Mereka telah pergi ke Mekah tahun lepas.
3. Cik Bedah pernah melakukan pembedahan itu.
Kata Bantu Ragam
Kata bantu ragam ialah katabantu yang menerangkanragam perasaan yang berkaitandengan perbuatan yang dilakukan
Contoh Kata Bantu Ragam
hendakharus
dapat
boleh
mestimahu
hendak
Contoh ayat:
Orang tua itu hendak pergi ke bandar.
mahu
Contoh ayat:
Dia mahu mandi di sungai.
harus
Contoh ayat:
Mereka harus datang pagi-pagi lagi.
mesti
Contoh ayat:
Pesakit itu mesti berehat
boleh
Contoh ayat:
Akak boleh menyertai peraduan itu.
dapat
Contoh ayat:
Sahza dapat tidu nyenyak
hendak
Contoh ayat:
Kami hendak pulang segera
Unsur Keterangan
Unsur-unsur keterangan
Mengandungi kedua-duajenis kata kerja, transitif dan tak transitif, boleh menerima frasaketerangan.
Frasa keterangan terbentukdaripada frasa sendi nama.
di kilang
macam raja
untuk kepentingansendiri
dengan ayahnya
dengan bas
dengan cepat
Contoh ayat:
Dia berjalan dengan cepat
Contoh ayat:
Ramai wanita bekerja di kilang.
Contoh ayat:
Mereka bertindak untuk kepentingan diri.
Contoh ayat:
Murid-murid darjah satu datang dengan bas
Contoh ayat:
Ahmad datang dengan ayahnya
Contoh ayat:
Dia berlagak macam raja
Predikat Frasa Adjektif
Berfungsi sebagai frasa predikatterdiri daripada kata adjektif ;
besar
cantik
kecil
laju
pandai gemuk
tinggi putih hitam
Subjek Frasa Nama Predikat Frasa Adjektif
Rumah Diya besar.
Kawan saya gemuk.
Masakannya sedap.
Akak saya pandai.
Kata penguat + kata adjektif
kata adjektif + katapenguat
bandingan
Kata adjektif selapis boleh didahului oleh kata
penguat seperti ;
Contoh ayat:
Rumah Diyah amat besar.
Contoh ayat:
Masakannya sungguh sedap.
Contoh ayat:
Kawan saya sangat gemuk.
Kata adjektif selapis boleh didahului oleh kata penguat
seperti ;
Contoh ayat:
Ketua kampung itu baik benar.
Contoh ayat:
Harimau itu besar sungguh
Contoh ayat:
Keretapi itu laju sekali
PERHATIAN
Semua kata adjektif boleh hadir bersama-sama kata
bandingan lebih dan paling dan juga boleh disertai
imbuhan ter- yang membawa maksud ‘paling’.
lebih
Contoh ayat:
Arnab itu lebih gemuk daripada arnab saya.
paling
Contoh ayat:
Keretapi ini paling laju di Kuala Lumpur.
Ter-
Contoh ayat:
Buku inilah paling ternipis anatara semuanya.
Kata adjektif bolehdigandakan untukmembawa erti banyak danpelbagai rupa bentuk sertasifatnya.
besar-besar
Contoh ayat:
Rumah di bandar itu besar-besar.
panjang-panjang
Contoh ayat:
Talinya panjang-panjang.
merah-merah
Contoh ayat:
Bajunya merah-merah.
tinggi-tinggi
Contoh ayat:
Bangunan di kota tinggi-tinggi.
Predikat Frasa Sendi Nama
Frasa sendi nama yang menjadi predikat terbinadaripada kata sendi namayang diikuti oleh frasanama.
dengan untukdaripada
di
Subjek Predikat Frasa Sendi Nama
Liya di rumah.
dari
Subjek Predikat Frasa Sendi Nama
Mereka semua dari kampung
ke
Subjek Predikat Frasa Sendi Nama
Saya ke sekolah
daripada
Subjek Predikat Frasa Sendi Nama
Surat itu daripada Ahmad
Untuk
Subjek Predikat Frasa Sendi Nama
Hantaran ini untuk pengantin
pada
Subjek Predikat Frasa Sendi Nama
Wang saya pada ibu.
dengan
Subjek Predikat Frasa Sendi Nama
Begnya dengan saya
kepada
Subjek Predikat Frasa Sendi Nama
Arahan itu kepada semua pelajar.
Latihan
Ceraikan ayat tunggal berkenaan kepada subjek dan predikat.
1. Affendi guru.
2. Kakak menyapu sampah.
3. Putih ialah warna kegemaran Mia.
4. Ayam itu asyik berkokok.
Pilih dan tekan ayat tunggal yang betul.
1. A. Budak itu menonton televisyen.
C. Mereka pergi ke sekolah danperpustakaan.
B. Abu dan Raju bekawan baik.
D. Kakak memasak sambil menyanyi.
Pilih dan tekan ayat tunggal yang betul.
2. A. Ini anting-anting Azeerah.
C. Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca
buku itu.
B. Emak sedang memasak dan adik sedang menyanyi.
D. Sementara menunggu anak saya pulang dari sekolah,
saya mengemas rumah.
Pilih dan tekan ayat tunggal yang sesuai
3. A. Ramli menyanyi sambil menari.
C. Koridor Raya Multimedia dilancarkan oleh Tun Dr.
Mahathir Muhamad.
B. Pemuda itu bekerja keras untuk menyara keluarganya
D. Saya tidak menghadiri majlis perkahwinan itu kerana tidak
diundang.
RUJUKAN
Hashim Hj Musa, (1990). Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur :
Agensi
Abdullah Hasssan dan Ainon Mohd, (1994). Tatabahasa Dinamika,
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Nik Safiah Karim et.al, (1993). Tatabahasa Dewan Edisi Baru, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar,(1993). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nama: Muhamad Syazwan Bin Razali
Kelas: PISMP BM
Nama Pensyarah : Encik Jalaluddin Bin Ibrahim