UBAH DIRI

2
Sebenarnya rahsia perubahan bermula dengan merubah diri sendiri. Jika hendak ubah keluarga, ubahlah diri dulu. Jika diri berubah barulah keluarga terubah, masyarakat pun berubah. Malah, hendak ubah negara pun bermula dengan perubahan diri sendiri. Jika hendak ubah orang lain, tetapi kita sendiri tidak mengubah diri kita maka orang akan ketawakan kita. Oleh itu JAZAN kena ubah diri sendiri dulu sebelum ubah KUIN jika JAZAN tidak mahu berubah mereka banyak menghabiskan waktu, tenaga serta fikiran untuk perkara memikirkan kesalahan orang, keburukan orang dan kelalaian orang, tetapi lupa membetulkan diri sendiri. JAZAN kena ubah diri sendiri dulu sebelum ubah KUIN. Rasulullah SAW mempunyai akhlak al-quran. Sejarah membuktikan bahawa ramai yang mengungkap kalimah tauhid dek kerana terpikat dengan akhlak mulia yang dimiliki oleh kekasih Allah itu. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad, keluarga serta para sahabatnya yang dirahmati AllahPara ilmuan jua berkata perkara yang hampir sama dan dalam konteks yang tidak jauh bezanya. Jika mahu mengubah dunia, bermula dengan mengubah diri sendiri Dalam ruang yang lebih kecil, jika mahu mengubah keluarga kita kepada yang lebih baik, ubahlah diri kita terlebih dahulu. Mengubah manusia dengan akhlak kesannya lebih besar berbanding dengan cuba mengubah manusia menerusi kata-kata sahaja. Ramai yang hilang kepercayaan kepada sesiapa yang tidak menggambarkan apa yang dinyatakan. Namun bagi sesiapa punyai akhlak yang baik, amanah dan menunjukkan contoh yang sewajar, mudah mendapat kepercayaan. Lebih baik lagi apa yang dilakukan mahu dicontohi orang lain. Konsepnya amat mudah, mengubah orang lain melalui akhlak yang ditonjolkan. Walaupun begitu bagi kebanyakan individu-individu yang mempunyai akhlak yang baik tidaklah melakukan kerana mahu mengubah orang lain. Atau mahu menunjukkan contoh yang baik, tetapi sikap sedemikian adalah label yang mereka bawa bersama diri mereka. Pakej diri. Semua orang suka kepada kebaikan kerana fitrah kita cenderung begitu. Bagi sesiapa yang jatuh kategori orang yang baik-baik , tanpa sedar itulah asset yang mereka miliki untuk mengubah orang lain. Dalam kata mudah, jika kita mahu mengubah orang lain, sikap kita perlulah dahulu diperbaiki agar kepercayaan mudah bertandang. Apapun kita sentiasa dituntut berakhlak baik. Bukan untuk mengubah orang lain. Berakhlak baik adalah janji yang kita pegang untuk dipenuhi menurut jalan-jalan yang digariskan oleh Allah dan rasul-Nya. Namun tanggungjawab mengubah kepada yang lebih baik itu jua adalah satu tanggungjawab yang perlu kita lakukan sebab itu adalah sebahagian dari peranan kita di muka bumi ini.

description

:)

Transcript of UBAH DIRI

Page 1: UBAH DIRI

Sebenarnya rahsia perubahan bermula dengan merubah diri sendiri. Jika hendak ubah keluarga, ubahlah diri dulu. Jika diri berubah barulah keluarga terubah, masyarakat pun berubah. Malah, hendak ubah negara pun bermula dengan perubahan diri sendiri. Jika hendak ubah orang lain, tetapi kita sendiri tidak mengubah diri kita maka orang akan ketawakan kita. Oleh itu JAZAN kena ubah diri sendiri dulu sebelum ubah KUIN jika JAZAN tidak mahu berubah mereka banyak menghabiskan waktu, tenaga serta fikiran untuk perkara memikirkan kesalahan orang, keburukan orang dan kelalaian orang, tetapi lupa membetulkan diri sendiri.

JAZAN kena ubah diri sendiri dulu sebelum ubah KUIN.Rasulullah SAW mempunyai akhlak al-quran. Sejarah membuktikan bahawa ramai yang mengungkap kalimah tauhid dek kerana terpikat dengan akhlak mulia yang dimiliki oleh kekasih Allah itu.

‘Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad, keluarga serta para sahabatnya yang dirahmati Allah’

Para ilmuan jua berkata perkara yang hampir sama dan dalam konteks yang tidak jauh bezanya.

‘Jika mahu mengubah dunia, bermula dengan mengubah diri sendiri’

Dalam ruang yang lebih kecil, jika mahu mengubah keluarga kita kepada yang lebih baik, ubahlah diri kita terlebih dahulu.

Mengubah manusia dengan akhlak kesannya lebih besar berbanding dengan cuba mengubah manusia menerusi kata-kata sahaja.

Ramai yang hilang kepercayaan kepada sesiapa yang tidak menggambarkan apa yang dinyatakan. Namun bagi sesiapa punyai akhlak yang baik, amanah dan menunjukkan contoh yang sewajar, mudah mendapat kepercayaan. Lebih baik lagi apa yang dilakukan mahu dicontohi orang lain.

Konsepnya amat mudah, mengubah orang lain melalui akhlak yang ditonjolkan.

Walaupun begitu bagi kebanyakan individu-individu yang mempunyai akhlak yang baik tidaklah melakukan kerana mahu mengubah orang lain. Atau mahu menunjukkan contoh yang baik, tetapi sikap sedemikian adalah label yang mereka bawa bersama diri mereka. Pakej diri.

Semua orang suka kepada kebaikan kerana fitrah kita cenderung begitu. Bagi sesiapa yang jatuh kategori orang yang ‘baik-baik’, tanpa sedar itulah asset yang mereka miliki untuk mengubah orang lain.

Dalam kata mudah, jika kita mahu mengubah orang lain, sikap kita perlulah dahulu diperbaiki agar kepercayaan mudah bertandang.

Apapun kita sentiasa dituntut berakhlak baik. Bukan untuk mengubah orang lain. Berakhlak baik adalah janji yang kita pegang untuk dipenuhi menurut jalan-jalan yang digariskan oleh Allah dan rasul-Nya.

Page 2: UBAH DIRI

Namun tanggungjawab mengubah kepada yang lebih baik itu jua adalah satu tanggungjawab yang perlu kita lakukan sebab itu adalah sebahagian dari peranan kita di muka bumi ini.

Sesungguhnya ini semua adalah peringatan buat diri saya jua.

“Islam mengajar kita memberi hak yang sama kepada semua tidak mengira bangsa, agama atau lain-lain.

Dengan cara sedemikian, Islam menjadi penarik kepada golongan bukan Islam kerana sistemnya yang adil dan

tiada kezaliman.

“Begitu juga dengan pemerintahan Kedah sekarang. Saya bertanggung jawab kepada semua, bukan terhadap

tuan-puan sahaja. Tidak kira fahaman politik, agama dan bangsa malah terhadap haiwan ternakan.

“Tanggungjawab kerajaan untuk memberi kebajikan kepada rakyat tapi saya tak mahu tuan puan mengganggap

kebajikan itu dari kerajaan. Apa yang kerajaan hulurkan semua itu hak milik rakyat dari hasil cukai-cukai dan lain-

lain yang kita ambil dari rakyat. Kerajaan hanya diberi amanah untuk menguruskan semua itu dan mempastikan

ianya dipulangkan kepada yang layak dan berhak,“ celah beliau.

RAMAI orang minta orang lain berubah. Remaja sering ditanya kenapa degil tidak mahu berubah? Kenapa ekonomi tidak berubah, politik tidak berubah-ubah?

Ada yang berani membuka keaiban orang, membincangkan keburukan orang, tetapi jarang sekali berani melihat keaiban diri sendiri. Tidak ramai orang berani mengakui kelemahan diri. Amat sedikit orang berterima kasih apabila ditegur dan dinasihati, sedangkan Islam didasari dengan saling nasihat-menasihati. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya Islam itu nasihat." Kita perlukan jiwa-jiwa yang hebat untuk mewarisi negara dalam menghadapi cabaran global yang kompleks. Remaja berjiwa besar adalah mereka yang boleh berkongsi serta kekuatan dengan orang yang lebih berpengalaman. Orang tua hebat juga ialah mereka yang memahami serta menghormati perasaan remaja. Kegigihan mengubah diri sendiri membuatkan orang lain melihat dan merasakannya, memberi pengaruh kepada orang sekitarnya. Dia menjadi dorongan kepada orang lain untuk berubah. Kita tidak boleh menguasai hati orang untuk berubah dan orang pun payah untuk menguasai diri kita. Yang penting kita menggunakan kekuatan yang ada untuk dimanfaatkan orang yang rapat dengan kita. Mula-mula ubah diri kita, isteri kita dan anak kita. Jika semua bertindak proaktif begini tersebarlah perubahan itu. Ramai orang berkata: "Payahnya hendak ubah remaja", "isteri degillah", "pekerja keras kepalalah". Jawapan sebenarnya perlu melihat dalam diri kita, jangan terlebih dahulu menyalahkan orang lain. Mereka memang tetap melakukan kesalahan, tetapi kita pun ada silap juga. Mungkin cara penyampaian yang tidak kena. Rasulullah diutus bagi mengajak dan memberi contoh terbaik buat umatnya. Kita banyak juga mengajak, tetapi kurang contoh baik. Banyakkan ajakan, kurangkan ejekan. Berinteraksilah, jangan berkonfrantasi. Sayangilah, jangan membenci. Perubahan bermula dari diri sendiri.