UCAPAN - angkasa.coop2 majlis ikrar bebas rasuah angkasa dengan kerjasama sprm 17 julai 2017 (isnin)...
Transcript of UCAPAN - angkasa.coop2 majlis ikrar bebas rasuah angkasa dengan kerjasama sprm 17 julai 2017 (isnin)...
1
UCAPAN
YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH
ABDULLAH
PRESIDEN ANGKASA
2
MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH
ANGKASA DENGAN KERJASAMA
SPRM
17 JULAI 2017 (ISNIN)
JAM 9.00 PAGI, AUDITORIUM
ANGKASA, KELANA JAYA
3
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh
Salam 1 Malaysia, Salam 1 Koperasi
dan Selamat Pagi
4
Terima Kasih Pengacara Majlis
[SALUTASI DILETAKKAN DI ATAS
ROSTRUM SEBELUM MAJLIS
BERMULA]
__________________________________
5
1. Alhamdulilah, bersyukur kita
ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah kurnia-Nya, kita dapat
bersama-sama berkumpul untuk
melafazkan dan menandatangani
Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dengan
6
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) pada pagi yang
mulia ini.
2. Tambah bermakna majlis ini
diserikan dengan kehadiran YB
7
Timbalan Menteri Koperasi kita,
Dato’ Henry Sum Agong. Terima
kasih YB Dato’ kerana sudi
melapangkan masa bersama kita
menyaksikan sesi melafaz dan
menandatangani ikrar bebas
8
rasuah ANGKASA. Kehadiran ini
menyuntik semangat kepimpinan
dan warga kerja ANGKASA untuk
melaksanakan tanggungjawab
dengan penuh berintegriti tinggi
selaras dengan nilai sadik,
9
amanah, telus yang menjadi
pegangan kami dalam memberi
perkhidmatan terbaik kepada
gerakan koperasi dan pelanggan-
pelanggan ANGKASA.
10
3. Saya juga merakamkan
ucapan terima kasih kepada SPRM
yang memberi kerjasama dan
sokongan padu kepada ANGKASA
dalam menjayakan ikrar bebas
rasuah ini. ANGKASA akan
11
memanfaatkan sepenuhnya
kerjasama dengan SPRM dalam
memastikan ANGKASA dan
gerakan koperasi SIFAR RASUAH.
12
4. Inisiatif ini bertepatan sekali,
sebagai peringatan kepada
semua warga kerja ANGKASA
untuk mengamalkan budaya
integriti dan akauntabiliti dalam
melaksanakan tanggunjawab
13
masing-masing seperti yang
diamanahkan. Kita semua perlu
sentiasa memastikan tadbir urus,
urusan perbelanjaan diuruskan
dengan betul dan teratur mengikut
perundangan koperasi. Lebih
14
penting lagi, kita perlu
melaksanakan perbelanjaan
berhemah, mengelakkan
pembaziran dan menghindarkan
diri dari terlibat dalam
penyalahgunaan kuasa dan
15
penyelewengan sumber
kewangan.
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
16
5. Saya ingin memetik kata-
kata C.S. Lewis, ahli akademik
Britain, “Integrity is doing the right
thing, even when no one is
watching”. Berteraskan kata-kata
itu, saya berharap warga
17
ANGKASA dapat sentiasa
melakukan perkara-perkara yang
baik dan betul tanpa perlu
dipantau sentiasa. Peliharalah
integriti kita sebagai warga kerja
ANGKASA sebaik-baiknya, kerana
18
tanpa integriti maka sia-sialah ikrar
yang telah dilaungkan dan akujanji
yang telah dimeterai itu.
6. Saya menyeru warga kerja
ANGKASA berpegang kepada nilai
19
koperasi seperti: sadik, amanah,
telus, tanggungjawab sosial,
prihatin, berdikari,
bertanggungjawab pada diri
sendiri, demokrasi, kesamaan,
keadilan, perpaduan, kesetiaan
20
dan bersatu hati yang terkandung
dalam prinsip-prinsip koperasi
yang menjadi tunjang
pembentukan budaya integriti dan
akauntabiliti sektor koperasi. Nilai-
nilai yang sama ini dipakai secara
21
universal oleh seluruh gerakan
koperasi global.
7. Untuk makluman, ANGKASA
juga telah memberikan komitmen
tinggi dalam mewujudkan nilai-nilai
22
integriti dalam kalangan warga
kerjanya. Pada 5 Mac 2015,
ANGKASA telah menandatangani
Ikrar Integriti Korporat atau
Corporate Integrity Pledge (CIP) di
hadapan Pengarah Bahagian
23
Pemeriksaan & Perundingan,
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia, dalam mempromosikan
integriti, ketelusan dan tadbir urus
terbaik dalam semua aspek
operasinya.
24
8. CIP ini dituntut kepada
semua kakitangan ANGKASA agar
mendukung prinsip pencegahan
rasuah dan ke arah mewujudkan
persekitaran yang adil, telus dan
bebas dari rasuah. Pada waktu
25
yang sama, kursus CIP telah
diberikan kepada kakitangan
ANGKASA sebanyak 20 siri
termasuk kakitangan di Sarawak
dan Sabah dalam tempoh 4 bulan.
Beberapa pegawai dari ANGKASA
26
telah dipilih untuk mengikuti kursus
Pegawai Integriti Bertauliah
(Certified Integrity Officer - CeIO).
9. CeIO adalah pegawai-
pegawai yang dipilih untuk dilatih
27
dan akan ditauliah oleh pihak
SPRM untuk melaksanakan dan
mengawalselia pembinaan dan
pelaksanaan CIP dalam dasar,
peraturan, garis panduan serta
SOP bahagian-bahagian dan
28
dirangkumkan di bawah dasar
Corporate Integrity System (CIS).
CeIO akan mengikuti program
intensif sebanyak 22 hari dalam
tempoh 4 bulan.
29
10. ANGKASA juga telah
menubuhkan Unit Integriti dengan
diketuai oleh Pengurus Besar yang
telah ditauliahkan sebagai CeIO,
untuk membantu memupuk
kesedaran integriti di kalangan
30
warga kerja selain memitigasikan
risiko-risiko yang berunsurkan
rasuah di tempat kerja.
11. Melalui usaha ini, sebagai
badan puncak gerakan koperasi di
31
negara ini, ANGKASA berharap
dapat menjadi ‘role
model’/pemangkin kepada
koperasi untuk mengambil
tindakan yang sama
menandatangani ikrar bebas
32
rasuah dan “KATAKAN TIDAK
KEPADA RASUAH”. Dalam masa
yang sama, ANGKASA ingin
menjelaskan kepada
umum,....ANGKASA ORGANISASI
YANG TELUS DAN BEBAS RASUAH.
33
Sekian, terima kasih.
Wabillahi taufik Walhidayah
Assalamu’alaikum warahmatullah
Hiwabarakatuh.