ucapan

download ucapan

of 4

description

UC

Transcript of ucapan

TEKS UCAPAN GURU BERTUGAS SEMASA PERHIMPUNAN MINGGUAN Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhSalam sejahtera dan selamat pagiTerima kasih saudara pengacara majlisYang Berusaha Tuan Pengetua, Penolong-penolong Kanan, Guru Kanan, guru, pemimpin pelajardan pelajar yang dikasihi sekalian,Saya, Cikgu ______________ bersama Cikgu ____________________ ialah guru bertugas sepanjang minggu kelapan persekolahan yang lalu lalu, iaitu mulai dari hari Isnin, 24.2.2014 hingga Jumaat, 28.2.2014. Hari ini, Isnin 3.3.14 bersamaan 1 Jamadil Awwal 1435 Hijriyyah, izinkan saya menyampaikan laporan ringkas guru bertugas mingguan.Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pelajar SMK St. Michael, Ipoh yang telah memberi kerjasama secara optimum sepanjang minggu yang lalu. Guru bertugas yang mengendalikan perhimpunan harian ringkas setiap pagi sebelum pelajar bergerak ke kelas masing-masing berasa sangat puas hati dengan pergerakan yang begitu lancar. Dari segi itu, Michaelian layak diberi penarafan A+.Secara amnya, guru bertugas mingguan berperanan untuk membantu pihak sekolah dalam kapasiti yang seadanya untuk mencapai matlamat keseluruhan sekolah sebagai organisasi yang memupuk pembelajaran. Berasaskan hitungan konservatif, sejak darjah satu, Michaelian telah mendengar laporan guru bertugas mingguan melebihi 250 kali. Walaupun barangkali, perkara yang sama diulang dan diulang lagi, demikianlah dunia pendidikan di sekolah.Laporan tentang tahap kebersihan dan keceriaan bilik darjah serta kawasan sekolah, disiplin dan sahsiah sebagai contoh, pada hakikatnya menuju satu matlamat, iaitu iklim dan budaya sekolah, atau persekitaran pembelajaran yang produktif, selesa dan terbaik. Pada akhirnya, ikhtiar semua pihak yang mendambakan kecemerlangan yang tulen akan berjalan lancar dan sifar gangguan, kecuali untuk kes terpencil sahaja. Pada pengamatan guru bertugas minggu kelapan yang lalu, dalam sesetengah perkara, SMK St. Michael, Ipoh memang layak diangkat sebagai penanda aras kecemerlangan dalam konteks persekitaran pembelajaran yang dihasratkan.

Guru dan pelajar yang dihormati,

Secara khusus, tahap kebersihan bilik darjah dan kawasan sekolah memang boleh diberi pujian, tetapi ruang untuk penambahbaikan masih terbuka. Kebersihan lantai telah diurus dengan begitu baik, kecuali terdapat cebisan kertas di sana sini selepas waktu rehat. Namun, demi melihat guru bertugas datang dengan lembaran penilaian kebersihan dan keceriaan, pelajar cepat-cepat mengutip cebisan kertas berkenaan. Terima kasih atas kepekaan kalian. Penarafan kebersihan A-.

Keceriaan bilik darjah pula berkait rapat dengan sistem rasa, persepsi atau tanggapan sepintas lalu. Maksudnya, sebaik sahaja melangkah ke sesebuah bilik darjah, aura atau getaran pembelajaran akan dapat dirasai, sama ada hebat, biasa atau lenyap. Guru bertugas mencadangkan supaya suatu garis panduan ringkas tentang keceriaan bilik darjah dapat disediakan bagi meningkatkan penarafan di tahap B+ sepanjang minggu kelapan yang lalu.

Disiplin pelajar sepanjang minggu lalu didapati baik dan terkawal. Hampir 99 peratus pelajar berjaya tiba di perkarangan sekolah sebelum pukul 7.25 pagi. Guru bertugas difahamkan bahawa kumpulan satu peratus pelajar lagi bakal diberi pendedahan kaunseling tentang pengurusan kendiri (personal grooming) dalam tempoh yang terdekat.

Masalah ketepatan waktu lebih ketara selepas rehat apabila segelintir pelajar lewat masuk ke kelas. Perkara itu telah diberi teguran banyak kali, terutama oleh guru disiplin. Mohon semua pelajar mengambil ingatan tentang ketepatan waktu kembali ke kelas selepas rehat walaupun harus mengejar waktu di kantin sekolah.

Selain itu, pada pagi Jumaat, Encik Chong telah menegaskan tentang tindakan akan diambil terhadap pelajar yang sengaja berlegar-legar di koridor kelas ketika pelajar sepatutnya berada di dalam kelas. Cara memakai tali leher dan kekemasan baju juga telah diberi teguran berulang kali. Diharap Michaelian mengambil berat tentang penampilan yang kacak dan segak seperti yang disarankan.

Seterusnya tentang sahsiah yang sepatutnya menjadi suatu kelebihan atau x-factor kepada pelajar sekolah premier terkemuka seperti sekolah kita ini. Budaya memberi salam, menyapa guru dan menghormati guru hendaknya dapat diserlahkan dengan lebih ketara dari masa ke masa. Walaupun saiz fizikal pelajar lebih besar dan gagah, berilah laluan kepada guru apabila berselisih, bercakap dengan penuh adab sopan dan tulus. Paling kurang, sebutlah satu patah kata 'cikgu' setiap kali berselisih dengan guru. Saya juga ingin menraik perhatian bahawa dalam ujaran bahasa Melayu, kata ganti nama 'kamu' tidak sesuai digunakan kepada insan yang lebih dewasa, termasuk guru.Tuan puan dan Michaelian yang dimuliakan,

Sebagai mengakhiri laporan guru bertugas minggu ke-8, izinkan saya mengulang semula ungkapan hukamak: Hari ini lebih baik daripada semalam, esok lebih baik daripada hari ini. Pelajar cemerlang selalu berkata: Bolehkah saya bantu?; pelajar biasa-biasa berkata: itu bukan kerja aku. Pelajar cemerlang berkata: Masalah itu sukar, tetapi boleh diatasi; pelajar biasa-biasa mengatakan: Masalah itu boleh diatasi tetapi sukar. Semoga semua warga SKJB sentiasa tergolong sebagai pelajar cemerlang.

Alkisah, di tepian sungai sebuah hutan, tampak seekor kura-kura sedang berjalan di sana. Mendekatlah sahabatnya, seekor pelanduk.

Hai kura kura, apa kabar pagi ini?

Hai juga pelanduk. Yahbeginilah aku. Jalanku lambat dan tidak mungkin bisa berlari secepat dirimu, jawab si kura-kura dengan suara iri.

Si pelanduk melanjutkan berkata, Sobat, seiisi hutan sedang resah saat ini. Raja hutan sedang mengerang kelaparan dan mulai mencari mangsa. Duh, giliran siapa ya yang akan menjadi santapannya kali ini? Jujur saja, aku kasihan kepadamu! Jalanmu begitu lambat, pasti akan menjadi korban empuk bagi sang raja.

Dengan suara memelas si kura-kura berkata, Sobat, tolong ajari aku cara berlari cepat seperti kamu agar aku bisa menyelamatkan diri bila hendak dimangsa oleh raja hutan.

Si pelanduk setuju dan sejak saat itu, si kura-kura rajin berlatih berlari cepat seperti yang diajarkan oleh pelanduk.

Hingga suatu hari, sang raja hutan berada tak jauh dari si kura-kura. Melihat jalan si kura-kura yang (menurutnya) aneh, si raja hutan hanya mengikuti sambil mengeluarkan suara erangan dan mempermainkannya dengan kuku kakinya. Lalu, karena ketakutan yang luar biasa, si kura-kura akhirnya menghentikan usaha berlarinya. Diapun menarik seluruh anggota tubuhnya ke dalam tempurung, terdiam memejamkan mata dan pasrah kepada nasibmenunggu eksekusi dari si raja hutan.

Tempurung kura-kura yang diam seperti batu bukanlah benda yang asyik untuk dimainkan, juga bukan barang yang nikmat untuk dimakan. Maka, tidak lama kemudian si raja hutan pun meninggalkan kura-kura.

Monyet di atas pohon pun berteriak nyaring ke kura-kura, Hai kura-kura, bangunlah!! Bahaya sudah berlalu!

Serasa tidak percaya, si kura-kura perlahan menjulurkan kepalanya melihat ke arah monyet, Huah, aku selamat!

Benar, engkau selamat! Engkau sungguh hewan yang sangat beruntung karena tempurung perlindunganmu menempel di tubuhmu. Jika ada bahaya mengancam, engkau tidak perlu lari cepat-cepat seperti kami! Maka, tidak perlu belajar berlari cepat seperti pelanduk atau memanjat pohon seperti kami. Karena sesungguhnya setiap makhluk hidup memiliki kelebihan dan kekurangnya masing-masing.

Sambil tertunduk malu si kura menjawab, Ya, benar! Sobat, terima kasih atas nasihatmu. Sekarang aku tahu, tidak ada yang perlu disesali karena menjadi seekor kura-kura. Tidak harus menjadi seperti makhluk lain. Ternyata, aku juga makhluk yang memiliki kelebihan istimewa, yang tidak dimiliki oleh makhluk lainnya!

Teman-teman yang Luar Biasa,

Setiap orang yang dilahirkan di dunia ini pasti punya manfaat! Juga, pasti memiliki ciri khas yang tidak dimiliki oleh orang lain. Namun, kalau kita hanya berfokus pada kelebihan orang lain atau pada kelemahan diri kita sendiri, maka keyakinan dan kepercayaan diri kita sulit dikembangkan.

Untuk itu, kita perlu mengenal serta mengembangkan kekuatan/kelebihan kita.

Saya percaya, sekecil apapun kemampuan kita pada awalnya, namun kalau kita fokus dan penuh kesungguhan hati dalam mengembangkannya, lambat laun keyakinan dan kepercayaan diri kita akan tumbuh dengan sehat, serta membawa kita pada kemenangan dan kesuksesan!! OK, teman2?