UCAPAN ALUAN KETUA PENGARAH FRIM - frim.gov.my · PDF fileini boleh memberi kesan kepada...

4
UCAPAN ALUAN KETUA PENGARAH FRIM DATO’ DR ABD LATIF MOHMOD SOIL APPRECIATION COURSE 2013 “INTERPRETATION OF SOIL SURVEY AND SOIL LABORATORY DATA” FRIM AUDITORIUM @ 8.00 PAGI Terima kasih Saudara/Saudari Pengacara Majlis Yang Berusaha, Dr. Norwati Muhammad, Pengarah Bahagian Bioteknologi Perhutanan FRIM Yang Saya Hormati, Dr. S. Paramananthan, Fasilitator Kursus Para peserta kursus yang dialu-alukan serta hadirin yang dihormati sekalian. Assalamualaikum Wbt dan Selamat Sejahtera, Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana di atas limpah kurnia-Nya, dapat kita bersama-sama hadir dalam Kursus Appresiasi Tanah 2013 pada pagi ini. Saya juga bersyukur ke hadrat yang esa kerana mengizinkan pengendalian kursus ini, dalam kesibukan di awal ambang tahun 2013; tahun yang semestinya mencabar untuk kita semua. Hadirin yang dihormati sekalian, Kursus pada hari ini diadakan bertujuan untuk mencapai matlamat-matlamat berikut; i. menyampaikan pengetahuan saintifik mengenai kepentingan kajian tanah dan pengaruh batuan induk; ii. mengenalpasti keperluan data, klasifikasi tanah dan interpretasi data-data analisis tanah;

Transcript of UCAPAN ALUAN KETUA PENGARAH FRIM - frim.gov.my · PDF fileini boleh memberi kesan kepada...

Page 1: UCAPAN ALUAN KETUA PENGARAH FRIM - frim.gov.my · PDF fileini boleh memberi kesan kepada kehidupan manusia, ekosistem, ... kayu-kayan dan hasilan hutan. ... Kini khidmat ini menjadi

UCAPAN ALUAN KETUA PENGARAH FRIM

DATO’ DR ABD LATIF MOHMOD

SOIL APPRECIATION COURSE 2013

“INTERPRETATION OF SOIL SURVEY AND SOIL LABORATORY DATA”

FRIM AUDITORIUM @ 8.00 PAGI

Terima kasih Saudara/Saudari Pengacara Majlis

Yang Berusaha, Dr. Norwati Muhammad,

Pengarah Bahagian Bioteknologi Perhutanan FRIM

Yang Saya Hormati, Dr. S. Paramananthan,

Fasilitator Kursus

Para peserta kursus yang dialu-alukan serta hadirin yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum Wbt dan Selamat Sejahtera,

Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana di atas limpah

kurnia-Nya, dapat kita bersama-sama hadir dalam Kursus Appresiasi Tanah 2013 pada

pagi ini. Saya juga bersyukur ke hadrat yang esa kerana mengizinkan pengendalian kursus

ini, dalam kesibukan di awal ambang tahun 2013; tahun yang semestinya mencabar untuk

kita semua.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Kursus pada hari ini diadakan bertujuan untuk mencapai matlamat-matlamat berikut;

i. menyampaikan pengetahuan saintifik mengenai kepentingan kajian tanah dan

pengaruh batuan induk;

ii. mengenalpasti keperluan data, klasifikasi tanah dan interpretasi data-data

analisis tanah;

Page 2: UCAPAN ALUAN KETUA PENGARAH FRIM - frim.gov.my · PDF fileini boleh memberi kesan kepada kehidupan manusia, ekosistem, ... kayu-kayan dan hasilan hutan. ... Kini khidmat ini menjadi

iii. memahami jenis-jenis tanah tropika, sifat-sifat, cara pengkelasan dan kesesuaian

tanah terhadap pertumbuhan pokok.

Diharap pada akhir kursus ini, kita semua akan beroleh manfaat dan seterusnya

mengaplikasikan maklumat serta ilmu yang diperoleh melalui kursus ini sebaik mungkin

dalam tugasan seharian kita.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Sebagaimana yang kita sedia maklum, dunia kini menyaksikan konflik perang, bencana

alam, dan seumpamanya, yang boleh menjurus kepada cabaran keperluan asas manusia

iaitu makanan dan bekalan air bersih. Kedua-dua elemen ini berkait secara langsung

dengan kualiti tanah. Tanah penting untuk memastikan kelesatrian bekalan bahan

makanan, dirian hutan yang tegak dan sihat, serta bekalan air kita terpelihara.

Selain menyelaputi lapisan paling atas bumi; tanah merupakan sesuatu yang hidup dan

kompleks serta dicirikan oleh mineral hasil luluhawa batuan. Sebagai sember asli, tanah

menyimpan pelbagai khazanah berharga termasuk galian bermutu tinggi dan petroleum.

Tanah juga merupakan pelantar untuk menghasilkan bahan makanan, kayu-kayan, dan

berperanan penting dalam sosio-ekonomi serta alam sekitar. Oleh itu adalah wajar tanah

dilindungi daripada kemerosotan dan kemusnahan. Sebarang kajian penilaian impak alam

sekitar untuk perubahan guna tanah atau kawasan seharusnya mengambilkira faktor tanah

setempat terutamanya jenis bahan induk dan sifat fizikal tanah.

Hakisan, tanah runtuh, kehilangan lapisan organik tanah, pemampatan dan pencemaran

tanah adalah fenomena lazim di negara kita. Kita telah beberapa kali dikejutkan dengan

fenomena tanah runtuh yang melibatkan kerosakan hartabenda. Degradasi tanah seperti

ini boleh memberi kesan kepada kehidupan manusia, ekosistem, ekonomi dan perubahan

cuaca. Tanah yang tandus memerlukan masa yang panjang untuk dipulihkan dan memberi

kesan secara langsung kepada penghasilan bahan makanan dan bahan komoditi seperti

kayu-kayan dan hasilan hutan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Page 3: UCAPAN ALUAN KETUA PENGARAH FRIM - frim.gov.my · PDF fileini boleh memberi kesan kepada kehidupan manusia, ekosistem, ... kayu-kayan dan hasilan hutan. ... Kini khidmat ini menjadi

Bahan organik yang merupakan sumber penting kepada kesuburan, menyimpan jutaan

organisma tanah yang mengawal proses transformasi nutrien untuk manfaat tumbuh-

tumbuhan dan hidupan lain dalam tanah; juga berpotensio sebagai sumber enzim untuk

produk farmaseutikal. Bahan organik juga menambahbaik struktur tanah dengan

memperbaiki saliran, mengikat partikel tanah bagi mengurangkan hakisan, meningkatkan

keupayaan memegang air dan mengurangkan kemampatan bagi memudahkan

pertumbuhan akar pokok.

Akhir-akhir ini, perubahan cuaca dunia merupakan isu penting yang sering dikaitkan

dengan pengurusan dan konservasi tanah. Stok karbon kedua terbesar di alam ini selepas

lautan adalah bahan organik tanah. Bahan organik menyimpan berbillion tan karbon

organik dan peratusan paling tinggi adalah pada tanah gambut. Walaubagaimana pun,

pembebasan peratusan kecil karbon daripada tanah, realitinya mungkin menenggelamkan

jumlah simpanan karbon oleh sektor ekonomi yang bertujuan untuk menangani

pembebasan gas rumah hijau. Kehilangan karbon tanah juga mudah berlaku, ada kalanya

tanpa kita sedari kerana kita jarang mengkaji tanah ke tahap mikroskopik. Ubah guna

tanah tanpa memahami kehidupan dalam tanah boleh menjurus kepada kemusnahan; oleh

itu pengetahuan tentang sifat fizikal, kimia dan biologi tanah tidak semestinya terbatas

kepada ahli sains tanah sahaja.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Cawangan Pengurusan Tanah FRIM telah memberi Khidmat Survei dan Analisis Tanah

sejak lebih daripada 20 tahun yang lalu. Kini khidmat ini menjadi sebahagian daripada nadi

penyelidikan di FRIM yang memberi perkhidmatan survei dan analisis tanah kepada

penyelidik-penyelidik daripada pelbagai bidang. Jelas sekali, amat wajar kursus ini

dilaksanakan, dan pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada Cawangan

Pengurusan Tanah serta Bahagian Bioteknologi Perhutanan atas usaha gigih untuk

merealisasikan kursus ini. Kehadiran peserta daripada hampir keseluruhan bahagian

penyelidikan di FRIM dan daripada pelbagai agensi luar di Semenanjung dan Sarawak

membuktikan betapa pentingnya memahami dan memahirkan diri dengan informasi

tentang tanah.

Page 4: UCAPAN ALUAN KETUA PENGARAH FRIM - frim.gov.my · PDF fileini boleh memberi kesan kepada kehidupan manusia, ekosistem, ... kayu-kayan dan hasilan hutan. ... Kini khidmat ini menjadi

FRIM juga amat berbesar hati di atas kesudian Dr. Paramananthan untuk menjadi tenaga

pengajar dalam kursus ini. Kepakaran dan pengalaman beliau yang luas dalam bidang ini

melangkaui ke negara serantau, menjadikan beliau sangat sinonim dengan sains tanah.

Akhir kata, menjadi harapan saya agar semua peserta kursus mengambil peluang ini untuk

menimba sebanyak mungkin ilmu daripada beliau untuk diaplikasikan dalam tugasan

harian bagi mempertingkatkan mutu bidang penyelidikan dan kerja masing-masing.

Dengan ini, saya dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim dengan sukacitanya merasmikan

Kursus Appresiasi Tanah 2013.

Terima kasih.