UCAPAN ALUAN Y. BHG. TAN SRI DATO SETIA AMBRIN … Audit... · KETUA AUDIT NEGARA DI SIMPOSIUM ......

10
UCAPAN ALUAN Y. BHG. TAN SRI DATOSETIA AMBRIN BIN BUANG, KETUA AUDIT NEGARADI SIMPOSIUM AUDIT DALAM KE ARAH MEMANTAPKAN PRESTASI PENGURUSAN WANG AWAMPADA 24 APRIL 2008 DI AKADEMI AUDIT NEGARA Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Y. Berusaha Pengacara Majlis Y. Bhg. Tan Sri Mohd Sidek b. Hassan Ketua Setiausaha Negara Y. Bhg. Tan Sri Tan Sri dan DatoDatoPegawai-pegawai Kanan,Jabatan Audit Negara Tuan tuan dan Puan puan yang saya hormati sekalian

Transcript of UCAPAN ALUAN Y. BHG. TAN SRI DATO SETIA AMBRIN … Audit... · KETUA AUDIT NEGARA DI SIMPOSIUM ......

Page 1: UCAPAN ALUAN Y. BHG. TAN SRI DATO SETIA AMBRIN … Audit... · KETUA AUDIT NEGARA DI SIMPOSIUM ... melonjakkan tadbir urus organisasi. ... sebagai bahan latihan di Institusi latihan

UCAPAN ALUAN

Y. BHG. TAN SRI DATO� SETIA AMBRIN BIN BUANG,

KETUA AUDIT NEGARA� DI SIMPOSIUM AUDIT DALAM

�KE ARAH MEMANTAPKAN PRESTASI PENGURUSAN WANG AWAM�

PADA 24 APRIL 2008 DI AKADEMI AUDIT NEGARA

Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Y. Berusaha Pengacara Majlis

Y. Bhg. Tan Sri Mohd Sidek b. Hassan

Ketua Setiausaha Negara

Y. Bhg. Tan Sri � Tan Sri dan Dato� � Dato�

Pegawai-pegawai Kanan,Jabatan Audit Negara

Tuan � tuan dan Puan � puan yang saya hormati sekalian

Page 2: UCAPAN ALUAN Y. BHG. TAN SRI DATO SETIA AMBRIN … Audit... · KETUA AUDIT NEGARA DI SIMPOSIUM ... melonjakkan tadbir urus organisasi. ... sebagai bahan latihan di Institusi latihan

1. ������Alhamdullilah, saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t

kerana dengan izinnya Jabatan Audit Negara dapat menganjurkan

Simposium Audit Dalam bagi kali keduanya yang akan berlangsung selama

dua hari ini.� Simposium ini adalah sebagai menunaikan janji saya di

Seminar Audit Dalam tahun lepas, bagi Jabatan Audit Negara membantu

memperkasa dan mempertingkatkan profesionalisme juruaudit di Unit

Audit Dalam (UAD) Kementerian/Jabatan/Agensi, antaranya dengan

menyediakan platform bagi UAD berkongsi pengetahuan dan pengalaman

selain mengadakan lebih banyak peluang berkursus di Akademi Audit

Negara.

2. �����Simposium yang bertemakan �Ke arah Memantapkan

Prestasi Pengurusan Wang Awam� ini amat bermakna dengan kehadiran

Y. Bhg. Tan Sri Mohd Sidek b. Hassan, Ketua Setiausaha Negara untuk

merasmikannya dan memberi ucaptama seterusnya melancarkan Logo

Jabatan yang baru, Buku Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Daripada

Perspektif Jabatan Audit Negara dan Buku �Tiger� Zainal: Reminiscence

of an Auditor. Sesungguhnya perhatian dan sokongan yang kuat daripada

Y. Bhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara yang juga Pengerusi Institut

Integriti Malaysia dan Pengerusi Bersama PEMUDAH merupakan satu

pengiktirafan penting kepada seluruh warga audit di Negara kita. Bagi

pihak warga audit, saya merakamkan setinggi penghargaan dan terima

kasih kepada Y. Bhg. Tan Sri.

Page 3: UCAPAN ALUAN Y. BHG. TAN SRI DATO SETIA AMBRIN … Audit... · KETUA AUDIT NEGARA DI SIMPOSIUM ... melonjakkan tadbir urus organisasi. ... sebagai bahan latihan di Institusi latihan

3. �����Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada ahli-ahli

panel yang sudi menerima jemputan Jabatan ini untuk membincangkan

isu-isu berkaitan fungsi, tugas dan cabaran UAD dalam meningkatkan

prestasi pengurusan wang awam.� ��

Y. Bhg. Tan Sri/Dato� dan Para Hadirin Sekalian

4. �����Keberkesanan UAD amat penting kerana ia dapat

melonjakkan tadbir urus organisasi. Juruaudit Dalaman membantu

organisasi Kerajaan mencapai akauntabiliti dan integriti, menambah baik

operasi dan menerap keyakinan di kalangan rakyat dan stakeholders.

Mereka merupakan mata dan telinga kepada Pegawai Pengawal dan juga

catalyst kepada pengurusan perubahan sesebuah organisasi. Saya melihat

kredibiliti aktiviti pengauditan UAD sangatlah signifikan untuk

mengukuhkan prestasi tadbir urus organisasi.

5. �����Peranan UAD semakin hari semakin mencabar di mana

pihak pengurusan organisasi menghendaki perkhidmatan pengauditan

yang menjangkau pematuhan tradisional selain daripada penilaian

kawalan dalaman dan pematuhan kepada undang-undang dan peraturan.

Adalah diharap UAD dapat memberi perkhidmatan pengauditan

�extended� bagi memberi nilai tambah kepada pihak pengurusan seperti

Page 4: UCAPAN ALUAN Y. BHG. TAN SRI DATO SETIA AMBRIN … Audit... · KETUA AUDIT NEGARA DI SIMPOSIUM ... melonjakkan tadbir urus organisasi. ... sebagai bahan latihan di Institusi latihan

pengauditan prestasi dan ICT, penilaian keberkesanan polisi dan prosedur,

penilaian risiko serta analisis dan perbincangan dengan pengurusan.�

Y. Bhg. Tan Sri/Dato� dan Para Hadirin Sekalian

6. �����Satu perkembangan yang sihat yang kita dapat saksikan

sekarang ialah perjawatan di UAD telah meningkat dengan amat ketara

sekali iaitu dari 144 jawatan pada tahun 2001 kepada 458 jawatan pada

tahun ini.� Beberapa jawatan di UAD juga kini telah dan sedang dalam

proses dinaiktarafkan. Perlulah diingatkan bahawa faktor penting untuk

memastikan tadbir urus terbaik sesebuah organisasi bukanlah saja

berdasarkan bilangan juruaudit tetapi memastikan juruaudit

sememangnya berwibawa menjalankan tugas secara profesional. Dalam hal

ini, adalah amat bersesuaian apabila Kerajaan mengambil langkah supaya

jawatan-jawatan di semua UAD Kementerian dan Jabatan Persekutuan

diisi oleh pegawai � pegawai kader yang terlatih dari Jabatan Audit

Negara. Perkembangan yang memberangsangkan ini menunjukkan

pengiktirafan Kerajaan terhadap peranan penting UAD dalam menambah

baik tadbir urus organisasi.� Saya yakin perkara ini akan menyumbang

kepada keberkesanan UAD dan pembangunan kerjaya anggotanya.

7. �����Selain daripada itu, sebagai membuktikan komitmennya

terhadap akauntabiliti dan integriti dalam tadbir urus sektor awam,

Page 5: UCAPAN ALUAN Y. BHG. TAN SRI DATO SETIA AMBRIN … Audit... · KETUA AUDIT NEGARA DI SIMPOSIUM ... melonjakkan tadbir urus organisasi. ... sebagai bahan latihan di Institusi latihan

Jabatan Audit Negara juga bersedia meminjamkan juruaudit di UAD di

Badan Berkanun Persekutuan dan agensi � agensi Kerajaan yang

memerlukan. Kami juga akan terus membantu dari segi pembangunan

modal insan untuk memastikan anggota UAD berfungsi dengan berkesan.

Akademi Audit Negara akan dikerah untuk merangka program latihan

yang sistematik dan relevan agar anggota UAD dilengkapi dengan

pengetahuan dan kemahiran pengauditan yang secukupnya untuk

menghasilkan pengauditan yang bermutu. Di samping kompetensi

teknikal, saya perlu mengingatkan bahawa anggota UAD sendiri hendaklah

menghayati nilai-nilai murni seperti bersih, cekap, rajin, amanah,

integriti, dedikasi dan ikhlas bagi mengelak kegiatan penyelewengan dan

salah laku.��� �

8. �����Anggota UAD terpaksalah menjadi versatile bagi menjamin

keberkesanan.� Tuan-tuan dan Puan-puan bukan sahaja berperanan

sebagai pemberi khidmat jaminan atau Assurance Provider, tetapi juga

menjadi fasilitator strategik dan penasihat pengurusan. Untuk menjalan

dan melaksanakan tugas-tugas ini, tuan-tuan dan puan-puan perlu

meningkatkan profesionalisme dengan memperolehi kelayakan

profesional dan menjadi ahli Institut Juruaudit Dalam atau Institute of

Internal Auditors.

Y. Bhg. Tan Sri/Dato� dan Para Hadirin Sekalian

Page 6: UCAPAN ALUAN Y. BHG. TAN SRI DATO SETIA AMBRIN … Audit... · KETUA AUDIT NEGARA DI SIMPOSIUM ... melonjakkan tadbir urus organisasi. ... sebagai bahan latihan di Institusi latihan

9. �����Kami amat menyanjungi usaha-usaha konkrit Kerajaan

kita dalam memperkasakan fungsi UAD dengan menambah bilangan

jawatan dan memperkemaskan struktur UAD di Jabatan/Agensi Kerajaan

selain memastikan jawatan-jawatan ini diisi oleh pegawai-pegawai kader

dari Jabatan Audit Negara yang terlatih. Saya yakin langkah-langkah ini

akan membantu ketua-ketua Jabatan/Agensi memastikan pengurusan

kewangan dan tadbir urus di agensi masing-masing berada di landasan

yang betul selaras dengan dasar perbelanjaan berhemah Kerajaan.���

10. ���Sebagai tambahan kepada langkah-langkah yang positif ini,

saya ingin mencadangkan di sini supaya Kerajaan menimbangkan agar

melantik pegawai-pegawai daripada Jabatan Audit Negara termasuk yang

bertugas di UAD Kementerian/Badan Berkanun menjadi ahli

Jawatankuasa Audit Badan-Badan Berkanun dan Anak-Anak Syarikat

Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun Negeri. Dalam

kerangka tadbir urus, kajian telah membuktikan bahawa kepakaran

juruaudit telah berjaya meningkatkan keberkesanan tadbir urus melalui

keanggotaan dalam jawatankuasa audit. Langkah ini saya percaya dapat

memantapkan perjalanan Jawatankuasa Audit bagi membantu Lembaga

Pengarah Badan Berkanun/Anak-Anak Syarikat Kerajaan memastikan

tadbir urus dan prestasi organisasi mereka sentiasa berada di landasan

yang kukuh dan berakauntabiliti.

Y. Bhg. Tan Sri/Dato� dan Para Hadirin Sekalian

Page 7: UCAPAN ALUAN Y. BHG. TAN SRI DATO SETIA AMBRIN … Audit... · KETUA AUDIT NEGARA DI SIMPOSIUM ... melonjakkan tadbir urus organisasi. ... sebagai bahan latihan di Institusi latihan

11. ����Majlis pada pagi ini akan diserikan lagi dengan pelancaran

logo baru Jabatan Audit Negara dan pelancaran dua buah buku oleh Y.

Bhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara. Logo baru Jabatan Audit Negara

dilancarkan adalah untuk melambangkan penglibatan Jabatan ini yang

lebih meluas dalam aktiviti-aktiviti pengauditan awam di peringkat

antarabangsa sebagai mewakili negara dalam aktiviti�aktiviti kerjasama

antarabangsa seperti latihan dan bantuan teknikal dalam bidang

pengauditan dan ini adalah seiring dengan kemajuan dan perkembangan

profesion pengauditan global. �Jabatan Audit Negara kini semakin aktif

terlibat dalam aktiviti-aktiviti sedemikian yang dianjurkan oleh

International Organisation of Supreme Audit Institutions (INTOSAI) dan

Asian Organisation of Supreme Audit Institutions (ASOSAI) serta sebagai

penganjur bagi Malaysian Technical Cooperation Program khususnya

dalam latihan bidang pengauditan dan ICT. Kami percaya logo baru ini

adalah sesuai dengan senario semasa yang menyaksikan penglibatan

Jabatan ini yang lebih meluas dalam bidang latihan dan kerjasama

teknikal yang mencerminkan keupayaan Malaysia membantu negara-

negara lain yang memerlukan.

12. ��Saya juga bersyukur kerana buku �Kecemerlangan Pengurusan

Kewangan Dari Perspektif Jabatan Audit Negara� dapat dilancarkan pada

pagi ini seiring dengan pelaksanaan Indeks Akauntabiliti Pengurusan

Kewangan yang akan diperkenalkan mulai tahun ini. Buku ini merupakan

satu lagi langkah proaktif JAN menambah baik pengurusan kewangan

Kerajaan dan diharap dapat memandu ketua-ketua Jabatan/Agensi untuk

Page 8: UCAPAN ALUAN Y. BHG. TAN SRI DATO SETIA AMBRIN … Audit... · KETUA AUDIT NEGARA DI SIMPOSIUM ... melonjakkan tadbir urus organisasi. ... sebagai bahan latihan di Institusi latihan

mendapat penilaian dan penarafan yang baik di bawah Sistem Indeks

Akauntabiliti dengan memberi contoh-contoh tentang

kelemahan�kelemahan yang biasa dikenalpasti oleh audit. Saya percaya

buku ini bukan sahaja akan menjadi sumber rujukan pegawai pengawal

dan anggotanya dalam mengurus dana awam tetapi akan digunakan

sebagai bahan latihan di Institusi latihan Kerajaan dan Institusi Pengajian

Tinggi Awam. Dalam perkara ini saya amat berterima kasih kepada

Pengarah INTAN kerana telah sudi bekerjasama dengan kami untuk

mencetak dan mengedarkan buku ini ke seluruh negara.

Y. Bhg. Tan Sri/Dato� dan Para Hadirin Sekalian

13. ���Majlis pada pagi ini menempa satu lagi sejarah dengan

terlancarnya buku penulisan seorang bekas juruaudit kita. Saya ingin

mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tuan Hj. Zainal Abidin b. Hj.

Pitchay, penulis buku �Tiger� Zainal: Reminiscence of an Auditor

kerana sudi menyahut cabaran saya untuk menulis pengalaman

pengauditan yang dilaluinya selama 35 tahun bertugas di Jabatan Audit

Negara. Saya berharap penghasilan buku ini akan menjadi inspirasi bagi

juruaudit yang telah bersara atau yang masih bertugas untuk menulis

pengalaman pengauditan mereka untuk dikongsi bersama kerana

pengalaman itu sesuatu yang bernilai. �

Page 9: UCAPAN ALUAN Y. BHG. TAN SRI DATO SETIA AMBRIN … Audit... · KETUA AUDIT NEGARA DI SIMPOSIUM ... melonjakkan tadbir urus organisasi. ... sebagai bahan latihan di Institusi latihan

Y. Bhg. Tan Sri/Dato� dan Para Hadirin Sekalian

14. ���Di sini, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk

merakamkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada Y. Bhg. Tan

Sri Ketua Setiausaha dan Jabatan Perkhidmatan Awam kerana baru-baru

ini telah meluluskan penstrukturan semula Jabatan Audit Negara dengan

tambahan sebanyak 481 jawatan pelbagai kumpulan bagi memperkasakan

Jabatan Audit Negara. Saya percaya dengan pertambahan jawatan ini,

Jabatan Audit Negara akan dapat memainkan peranan yang lebih berkesan

bagi merealisasikan visi dan misi Jabatan dalam meningkatkan

akauntabiliti awam di semua peringkat sama ada Kementerian, Jabatan,

Badan-Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain agensi.

Saya yakin dengan adanya jawatan tambahan ini Jabatan akan

berkemampuan bukan sahaja melaksanakan sistem Indeks Akauntabiliti

dengan baik tetapi juga melaksanakan lebih banyak pengauditan prestasi

untuk menilai keberkesanan dan impak program-program dan projek-

projek pembangunan Kerajaan.

15. ���Akhir kata, saya berharap agar simposium ini dapat

dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta dengan mengambil bahagian

secara aktif untuk bersama-sama menghasilkan input dan resolusi bagi

memantapkan prestasi pengurusan wang awam demi kecemerlangan

sektor awam. Di pihak kami, jika dikehendaki, akan sentiasa bersedia

mengadakan perhimpunan Juruaudit Dalaman sebagai satu acara tahunan

kerana ianya sangat berfaedah untuk memupuk profesionalisme mereka.

Page 10: UCAPAN ALUAN Y. BHG. TAN SRI DATO SETIA AMBRIN … Audit... · KETUA AUDIT NEGARA DI SIMPOSIUM ... melonjakkan tadbir urus organisasi. ... sebagai bahan latihan di Institusi latihan

Sekian, Wabillahitaufik� walhidayah Wassalamualaikum warahmatullahi

wabaratuh.