Ucapan Guru Bertugas

2
Hormati Guru Sebagai pelajar kita semestinya menghormati guru.Tugas guru ialah mengajar di sekolah.Guru mendidik pelajar supaya menjadi orang yang berguna.Guru-guru di sekolah merupakan ibu bapa kedua bagi kita selepas ibu bapa sendiri.Ini disebabkan pelajar-pelajar banyak menghabiskan masa di sekolah bersama-sama guru. Terdapat beberapa cara untuk menghormati guru, antaranya kita sepatutnya mengucapkan salam atau ucapan selamat kepada guru.Ucapan salam dan ucap selamat itu merupakan doa kita kepada mereka. Selain itu, kita juga boleh menghormati guru dengan cara mematuhi arahan dan suruhan mereka.Sebagai contoh, kita tidak boleh bermain dan berbuat bising di dalam bilik darjah.Kesannya pengajaran guru akan lebih berkesan. Guru juga boleh dihormati dengan cara kita melakukan tugasan yang diberi.Sebagai contoh, kita hendaklah menyiapkan kerja rumah yang diberi.Kesannya, guru akan merasa senang dan sentiasa bersemangat untuk terus mendidik kita.Mereka juga dapat mengesan kelemahan kita dan dapat memberi penjelasan tentang topik yang kita tidak fahami. Pada 16 hari bulan Mei setiap tahun diadakan perayaan hari guru.Bagi pelajar-pelajar yang berkemampuan, bolehlah memberikan hadiah kepada guru-guru.Kepada pelajar yang tidak mampu, mereka bolehlah memberikan kad ucapan ataupun mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru. Guru ibarat lilin, mereka sentiasa memberikan tunjuk ajar dan membawa cahaya penerang kepada kehidupan.Sebagai murid kita tidak boleh melupai jasa guru sebaliknya perlu menghormati guru sampai bila-bila. Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin Amalan Menabung Kebaikan Menabung Menabung adalah satu sikap yang sangat baik dan mesti kita amalkan.Setiap hari kita diberikan wang saku oleh ibu bapa untuk kita belanjakan di sekolah.Kita boleh berjimat cermat dengan tidak membelanjakan kesemua

Transcript of Ucapan Guru Bertugas

Sebagai pelajar kita semestinya menghormati guru.Tugas guru ialah mengajar di sekolah.Guru mendidik pelajar supaya menjadi orang yang berguna.Guru-guru di sekolah merupakan ibu bapa kedua bagi kita selepas ibu bapa sendiri.Ini disebabkan pelajar-pelajar

Hormati Guru

Sebagai pelajar kita semestinya menghormati guru.Tugas guru ialah mengajar di sekolah.Guru mendidik pelajar supaya menjadi orang yang berguna.Guru-guru di sekolah merupakan ibu bapa kedua bagi kita selepas ibu bapa sendiri.Ini disebabkan pelajar-pelajar banyak menghabiskan masa di sekolah bersama-sama guru. Terdapat beberapa cara untuk menghormati guru, antaranya kita sepatutnya mengucapkan salam atau ucapan selamat kepada guru.Ucapan salam dan ucap selamat itu merupakan doa kita kepada mereka. Selain itu, kita juga boleh menghormati guru dengan cara mematuhi arahan dan suruhan mereka.Sebagai contoh, kita tidak boleh bermain dan berbuat bising di dalam bilik darjah.Kesannya pengajaran guru akan lebih berkesan. Guru juga boleh dihormati dengan cara kita melakukan tugasan yang diberi.Sebagai contoh, kita hendaklah menyiapkan kerja rumah yang diberi.Kesannya, guru akan merasa senang dan sentiasa bersemangat untuk terus mendidik kita.Mereka juga dapat mengesan kelemahan kita dan dapat memberi penjelasan tentang topik yang kita tidak fahami. Pada 16 hari bulan Mei setiap tahun diadakan perayaan hari guru.Bagi pelajar-pelajar yang berkemampuan, bolehlah memberikan hadiah kepada guru-guru.Kepada pelajar yang tidak mampu, mereka bolehlah memberikan kad ucapan ataupun mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru. Guru ibarat lilin, mereka sentiasa memberikan tunjuk ajar dan membawa cahaya penerang kepada kehidupan.Sebagai murid kita tidak boleh melupai jasa guru sebaliknya perlu menghormati guru sampai bila-bila.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwinAmalan Menabung

Kebaikan Menabung Menabung adalah satu sikap yang sangat baik dan mesti kita amalkan.Setiap hari kita diberikan wang saku oleh ibu bapa untuk kita belanjakan di sekolah.Kita boleh berjimat cermat dengan tidak membelanjakan kesemua wang saku tersebut. Sebahagian wang saku itu boleh kita simpan di dalam tabung.Sedikit demi sedikit lama-lama menjadi bukit.Kita boleh menggunakan wang tersebut apabila kita memerlukannya.Kita juga dapat membantu keluarga dengan meminjamkannya apabila keluarga terdesak dan mengharapkan pertolongan. Wang saku yang dikumpul dan disimpan ke dalam bank pula,boleh memberikan faedah berganda. Tabungan yang cukup matang mungkin diberikan faedah atau bayaran keuntungan.Dengan wang faedah itu kita dapat membantu meringankan perbelanjaan keluarga. Selain itu kita dapat menggunakan wang tersebut bagi membiayai pelajaran kita pada masa hadapan. Duit tabungan juga dapat digunakan untuk membeli buku-buku rujukan sekolah dan keperluan secara spontan. Kita tidak perlu meminta-minta.Sebagai contoh, kita dapat membeli keperluan yang diminta oleh guru tanpa perlu menunggu pembiayaan daripada ibu dan bapa. Kita boleh berdikari. Akhir sekali, sikap suka menabung melatih kita supaya berjimat cermat.Amalan ini perlu disemai dari peringkat sekolah rendah lagi.Orang yang berjimat-cermat akan senang kemudian hari.Oleh itu marilah kita amalkan sikap suka menabung.