UCAPAN KPPA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN HARI INOVASI DBP

28
UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL SEMPENA MAJLIS PERASMIAN HARI INOVASI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA 11 NOVEMBER 2014, 9.00 PAGI AUDITORIUM DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Transcript of UCAPAN KPPA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN HARI INOVASI DBP

Page 1: UCAPAN KPPA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN HARI INOVASI DBP

UCAPAN

YANG BERBAHAGIA TAN SRI

MOHAMAD ZABIDI ZAINAL

SEMPENA

MAJLIS PERASMIAN HARI INOVASI

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

11 NOVEMBER 2014, 9.00 PAGI

AUDITORIUM

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Page 2: UCAPAN KPPA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN HARI INOVASI DBP

2

Assalamualaikum Warrahmatullahi

Wabarakatuh, Salam Transformasi dan

Salam “1Malaysia: Rakyat Didahulukan,

Pencapaian Diutamakan”.

Yang Dihormati Saudara/Saudari

Pengacara Majlis

Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Madinah

binti Mohamad

Ketua Setiausaha Kementerian

Pendidikan Malaysia

Yang Berbahagia Profesor Dato’ Seri Dr.

Md. Salleh bin Yaapar

Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan

Bahasa dan Pustaka

Page 3: UCAPAN KPPA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN HARI INOVASI DBP

3

Yang Berbahagia Datuk Dr. Haji Awang

bin Sariyan

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan

Pustaka

Yang Berbahagia Profesor Dr. Zaharani

bin Ahmad

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar)

Dewan Bahasa dan Pustaka

Yang Berbahagia Encik Kamarul Zaman

bin Shaharudin

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)

Dewan Bahasa dan Pustaka

Ahli-ahli Lembaga Pengelola Dewan

Bahasa dan Pustaka

Page 4: UCAPAN KPPA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN HARI INOVASI DBP

4

Pengarah-pengarah Jabatan

Pengarah-pengarah Cawangan dan

Wilayah

Ketua-ketua Bahagian

Tuan-tuan dan Puan-puan Warga Dewan

Bahasa dan Pustaka yang saya kasihi

sekalian

Terlebih dahulu marilah kita bersama-

sama memanjatkan rasa syukur ke

hadrat Allah Subhanahu Wata’ala di atas

limpah kurnia dan rahmat-Nya jua, maka

kita telah diberikan kesempatan untuk

bersama-sama berada di dalam Majlis

Page 5: UCAPAN KPPA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN HARI INOVASI DBP

5

Perasmian Hari Inovasi Dewan Bahasa

dan Pustaka atau DBP. Sesungguhnya

majlis pada hari ini merupakan

manifestasi DBP menyahut seruan

Kerajaan untuk menjulang dan

memartabatkan budaya inovasi dalam

kalangan agensi Kerajaan.

2. Saya ingin mengambil kesempatan

di sini untuk merakamkan penghargaan

dan terima kasih kepada DBP atas

jemputan menyempurnakan majlis yang

mengimarahkan inovasi di organisasi

ini.

Page 6: UCAPAN KPPA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN HARI INOVASI DBP

6

3. Hari Inovasi DBP yang kita raikan

pada hari ini merupakan kemuncak

cerminan iltizam semua warga DBP

dalam menggalakkan budaya inovasi.

Hari Inovasi juga merupakan platform

bagi penjawat awam mencari kaedah

baharu untuk merungkai ‘simpulan

permasalahan’ dan ‘tali kekusutan’ yang

wujud di dalam proses kerja seharian

atau apa sahaja isu yang dikaji. Saya

percaya bahawa warga kerja DBP

amnya dan Kumpulan Inovatif dan

Kreatif atau KIK yang telah dibentuk

khususnya, telah berjaya

mengaplikasikan teknik-teknik

penyelesaian masalah dalam

Page 7: UCAPAN KPPA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN HARI INOVASI DBP

7

melahirkan ‘produk inovasi’ masing-

masing.

INOVASI, DI MANA KEDUDUKAN

MALAYSIA DI MATA DUNIA?

Yang Berbahagia Dato’-Dato’ dan hadirin

sekalian,

4. Hasrat Kerajaan untuk menjadikan

Malaysia sebuah negara pencipta,

perintis dan pelopor idea perlu disambut

dan didakap kemas oleh segenap

lapisan masyarakat. Dalam perlumbaan

menggarap dan menterjemahkan idea

ke dalam bentuk produk atau

perkhidmatan yang terbilang, perkara

Page 8: UCAPAN KPPA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN HARI INOVASI DBP

8

utama yang perlu kita ingat ialah

kejayaan kita pada hari ini bukan sahaja

diukur daripada kejayaan menjulang

trofi dan mengungguli anugerah di liga

tempatan malahan kita juga perlu

memetakan nama Malaysia di persada

antarabangsa.

5. Saya sama sekali tidak menafikan

atau menghalang sebarang bentuk

usaha untuk mengejar dan memburu

pengiktirafan di liga tempatan. Namun,

usaha kita mengorak langkah dan

mengukir kejayaan di peringkat global

juga perlu dipastikan sama beratnya di

atas neraca timbang tara kita.

Page 9: UCAPAN KPPA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN HARI INOVASI DBP

9

Yang Berbahagia Dato’-Dato’ dan hadirin

sekalian,

6. Baru-baru ini Global Innovation

Index atau GII yang diumumkan bagi

tahun 2014 telah mengejutkan kita

daripada lena yang panjang. GII 2014

telah meletakkan Malaysia di tangga ke-

34 daripada 143 buah negara.

Kedudukan ini ternyata menunjukkan

Malaysia tergelincir dari landasan yang

digariskan di mana bagi tahun 2012 dan

2013, Malaysia mengekalkan

kedudukannya di tangga ke-32.

Page 10: UCAPAN KPPA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN HARI INOVASI DBP

10

Pertambahan nilai angka ini sama sekali

bukanlah indikator yang baik untuk

Malaysia. Jika kedudukan ini diterima

dengan berlapang dada, maka usaha

untuk memacu Malaysia mencapai

Wawasan 2020 akan terus kabur.

7. Lantaran itu, kedudukan Malaysia

dalam Global Innovation Index 2014

tersebut haruslah dijadikan sebagai

iktibar agar kita tidak terus leka diulit

mimpi-mimpi indah, malah kita harus

terus pantas bangkit untuk memperbaiki

kedudukan. Ini bukan suatu perkara

yang mustahil kerana kita pernah

Page 11: UCAPAN KPPA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN HARI INOVASI DBP

11

mendengar “kejayaan bukan warisan,

kegagalan bukan tradisi”.

PEMARTABATAN BAHASA MELAYU DI

PERSADA GLOBAL

8. Menelusuri sejarah abad ke-14,

semasa zaman Kesultanan Melayu

Melaka, bahasa Melayu telah

berperanan sebagai bahasa perantara

atau lingua franca dan dituturkan oleh

penduduk tempatan dan pedagang yang

mengunjungi Melaka. Bagi meneruskan

kegemilangan bahasa Melayu, usaha-

usaha pengantarabangsaan Bahasa

Melayu telah giat dilaksanakan

menerusi kerjasama dengan agensi dan

Page 12: UCAPAN KPPA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN HARI INOVASI DBP

12

institusi luar khususnya dari negara

seperti China, Thailand, Vietnam,

Indonesia, Korea Selatan, Sweden,

Australia, United Kingdom, Jerman,

Belanda dan beberapa negara lain.

9. Usaha mengantarabangsakan

bahasa Melayu ini amat penting bagi

mencapai wawasan untuk menjadikan

bahasa Melayu sebagai salah satu

bahasa utama dunia. Menurut The

United Nations Educational, Scientific

and Cultural Organisation (UNESCO),

bahasa yang sering dipertuturkan di

peringkat global ialah Bahasa Mandarin,

Bahasa Inggeris, Bahasa Sepanyol,

Page 13: UCAPAN KPPA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN HARI INOVASI DBP

13

Bahasa Hindi, Bahasa Arab, Bengali,

Portugis, Jepun, Jerman dan Perancis.

Bahasa Melayu tidak terdapat dalam

senarai ini. Saya berpandangan, usaha

gigih perlu diterus dan diperluaskan

untuk menyebarkan Bahasa Melayu ke

negara-negara lain. Dalam hal ini, DBP

perlu meningkatkan kerjasama strategik

yang mampu mengangkat nama

organisasi di mercu kegemilangan dan

seterusnya mengharumkan nama

negara di persada global.

INOVASI : PENANDA ARAS BAHARU

PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Page 14: UCAPAN KPPA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN HARI INOVASI DBP

14

10. Globalisasi tidak hanya membawa

natijah positif dari aspek ekonomi

semata-mata malah turut memberikan

impak besar dari sudut sosio-budaya

dan bahasa. Bagi memastikan usaha

memartabatkan bahasa Melayu dan

pembentukan jati diri bangsa terus

kekal relevan, DBP perlu menerapkan

nilai dan budaya inovasi dalam

penghasilan setiap produk dan

perkhidmatan.

11. Pelaksanaan inovasi menuntut

warga kerja DBP untuk berfikiran lebih

terbuka dan sentiasa dinamik dalam

memperlengkap diri dengan ilmu

Page 15: UCAPAN KPPA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN HARI INOVASI DBP

15

pengetahuan. Pemilikan ilmu diperlukan

untuk merangsang pemikiran bagi

mencerna isu dan mencari jalan

penyelesaian dalam melakukan

pembaharuan, khususnya dalam usaha

pembinaan dan pengembangan bahasa

Melayu.

12. DBP juga tidak terkecuali daripada

meletakkan inovasi sebagai penanda

aras baharu dalam penyampaian

perkhidmatannya kepada seluruh agensi

Perkhidmatan Awam, pihak swasta

mahupun kepada masyarakat umum.

Bagi memastikan DBP sentiasa bersedia

menyahut cabaran dan keperluan

Page 16: UCAPAN KPPA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN HARI INOVASI DBP

16

pelanggan yang sentiasa meningkat dan

berubah secara dinamik, warga kerja

DBP hendaklah sentiasa memberikan

keutamaan kepada pengukuhan tahap

intelektual dan penyuburan budaya ilmu

dalam organisasi. Penguasaan

pengetahuan baharu dalam bidang-

bidang terkini yang selaras dengan

perkembangan dan cabaran dunia akan

membolehkan warga DBP berfikir

secara kreatif untuk menjana idea-idea

baharu dalam memenuhi kehendak dan

keperluan rakyat serta pemegang

kepentingan.

PEMBANGUNAN INOVASI DAN

PENGKOMERSILAN

Page 17: UCAPAN KPPA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN HARI INOVASI DBP

17

Hadirin yang dihormati sekalian,

13. Yang Amat Berhormat Dato’ Sri

Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak,

Perdana Menteri Malaysia dalam ucapan

Bajet 2015 baru-baru ini ada menyentuh

mengenai pembangunan inovasi dan

pengkomersilan.

14. Di bawah usaha tersebut, Yang

Amat Berhormat Perdana Menteri telah

menyatakan sasaran 360 produk inovasi

berimpak tinggi yang dikomersialkan

dalam tempoh lima (5) tahun akan

datang.

Page 18: UCAPAN KPPA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN HARI INOVASI DBP

18

15. Dalam hubungan ini, suka saya

menyeru warga DBP untuk turut sama

menyumbang kepada angka yang

disasarkan ini. Kita tidak boleh

beranggapan bahawa keluaran atau

hasil inovasi yang boleh dikomersialkan

hanya berbentuk produk semata-mata.

Dengan berfikiran kreatif dan inovatif,

Bahasa Melayu itu sendiri boleh

dikomersialkan. Sebagai contoh, pada

tahun 2012, 3224 buah projek

perumahan dibangunkan. Projek

perumahan ini sudah semestinya

memerlukan nama-nama komersial

untuk dipasarkan. Di sini, DBP boleh

Page 19: UCAPAN KPPA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN HARI INOVASI DBP

19

memainkan peranannya dengan

menyediakan pangkalan kosa kata

bahasa Melayu untuk digunakan sebagai

nama-nama taman dan jalan baharu.

INOVASI SOSIAL: MEMANFAATKAN

RAKYAT

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya

kasihi sekalian,

16. Dalam mendepani usaha

mendaulatkan bahasa Melayu sebagai

bahasa rasmi negara, DBP perlu

sentiasa mengorak langkah dan

meneroka wadah baharu dalam

kegiatan pembinaan dan pengembangan

bahasa Melayu. Justeru, telah tiba masa

Page 20: UCAPAN KPPA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN HARI INOVASI DBP

20

dan ketikanya DBP menyahut seruan

YAB Perdana Menteri Malaysia agar

setiap agensi Kerajaan mewujudkan

makmal inovasi bagi membolehkan

agensi Kerajaan mengadaptasi inisiatif

baharu untuk faedah rakyat dan

pelanggan.

17. DBP juga perlu memberikan

tumpuan kepada pendekatan inovasi

sosial sebagaimana yang disarankan

oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Inovasi sosial boleh diterjemahkan

menerusi dua kaedah, iaitu pendekatan

eksperimen dan perluasan saluran dan

Page 21: UCAPAN KPPA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN HARI INOVASI DBP

21

akses rakyat sebagai pengguna

perkhidmatan.

18. Pendekatan melalui kaedah

eksperimen melibatkan penciptaan

idea-idea baharu yang melibatkan

proses penciptaan prototaip, uji cuba

dan projek perintis. Melalui kaedah

eksperimen, idea baharu yang dicipta ini

perlu melalui beberapa proses uji cuba

bagi mendapatkan hasil terbaik. Melalui

kaedah kedua pula, agensi Kerajaan

perlu memperluas saluran dan akses

kepada rakyat sebagai pengguna

perkhidmatan untuk menyatakan

kehendak serta jangkaan mereka

Page 22: UCAPAN KPPA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN HARI INOVASI DBP

22

terhadap penyampaian perkhidmatan

kerajaan.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

19. Dalam usaha DBP mengembangkan

Bahasa Melayu, DBP sewajarnya

mencontohi pembaharuan dan inovasi

yang telah dilaksanakan oleh agensi-

agensi lain dalam usaha pengembangan

Bahasa. Sebagai contoh, Persatuan

Kebudayaan Han telah memperkenalkan

Ujian Kecekapan Bahasa Mandarin yang

menggunakan sistem audio dan visual.

Kaedah ini boleh diterapkan sebagai

salah satu medium pembelajaran

Page 23: UCAPAN KPPA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN HARI INOVASI DBP

23

Bahasa Melayu khususnya bagi penutur

asing yang ingin mempelajari bahasa

Melayu.

20. DBP juga perlu memanfaatkan

media sosial dengan lebih ekstensif lagi

bagi mendapatkan reaksi dan maklum

balas daripada masyarakat dan

pelanggan tentang perkhidmatan yang

diperlukan. Ini bermakna, DBP bukan

sahaja perlu menyediakan perkhidmatan

berdasarkan Pelan Tindakan Strategik

yang telah digariskan malah DBP

hendaklah memperluas sumbangan dan

peranannya dalam memenuhi keperluan

Page 24: UCAPAN KPPA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN HARI INOVASI DBP

24

dan kehendak sebenar masyarakat dan

pelanggan.

21. Berdasarkan pengamatan saya,

DBP telah pun mengorak langkah

inovasi melalui pewujudan

perkhidmatan dalam talian seperti

Khidmat Nasihat Bahasa, portal Pusat

Rujukan Persuratan Melayu (PRPM),

khususnya untuk para penyelidik dan

Gerbang Kata bagi memudahkan

masyarakat untuk turut menyumbang

dalam usaha pembinaan Bahasa Melayu.

Syabas dan tahniah saya ucapkan.

Namun begitu, usaha-usaha inovasi

sosial perlu diteruskan dan diperluas

Page 25: UCAPAN KPPA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN HARI INOVASI DBP

25

lagi, dan DBP perlu memanfaatkan

sepenuhnya kecanggihan teknologi

yang ada pada zaman ini untuk

mencapai kejayaan yang lebih gemilang.

22. Sebagai usaha menyemarakkan

Bahasa Melayu sebagai bahasa

Kebangsaan, Pihak Berkuasa Tempatan

(PBT) yang merupakan pihak yang

paling banyak berurusan dengan

masyarakat terutamanya golongan

peniaga dalam urusan penggunaan

bahasa pada papan tanda dan tunjuk

arah, perlu diberi perhatian utama.

Peranan PBT dalam mendaulatkan

bahasa tidak boleh dipandang sepi.

Page 26: UCAPAN KPPA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN HARI INOVASI DBP

26

Peranan PBT dalam meletakkan bahasa

Melayu di aras tertinggi merupakan

refleksi usaha memartabatkan bahasa

kebangsaan di peringkat negara secara

keseluruhan.

23. Sebagai langkah strategik

pengembangan bahasa, suka saya

mencadangkan agar diwujudkan

jaringan kerjasama DBP dan PBT untuk

memartabatkan bahasa Melayu selaras

dengan Falsafah Lautan Biru

Kebangsaan.

PENUTUP

Page 27: UCAPAN KPPA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN HARI INOVASI DBP

27

Yang Berbahagia Dato’-Dato’ dan hadirin

sekalian,

24. Saya berharap sambutan Hari

Inovasi seumpama ini akan diteruskan

agar menjadi testimoni lambang

kesungguhan DBP sebagai institusi yang

menjunjung dan menjulang kreativiti

dan inovasi. Sesungguhnya, inovasi

merupakan pemacu utama ke arah

mencapai kecemerlangan negara dan

seterusnya memartabatkan Bahasa

Melayu di persada keterbilangan.

25. Akhir kalam, saya menyeru agar

kita terus memegang ikrar untuk

Page 28: UCAPAN KPPA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN HARI INOVASI DBP

28

memperkukuh dan

mengarusperdanakan inovasi dalam

perkhidmatan awam selari dengan

hasrat Kerajaan untuk memberikan

perkhidmatan yang terbaik kepada

rakyat dan menyumbang kepada

kesejahteraan negara.

26. Dengan lafaz Bismillahir Rahmanir

Rahim saya dengan ini merasmikan Hari

Inovasi DBP tahun 2014.

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah

wassalamu alaikum warahmatullahi

wabarakatuh.