Ucapan- Memperkenalkan Diri

3
Katakan anda baru sahaja berpindah ke sekolah yang baru. Setibanya di kelas anda dikehendaki memperkenalkan diri. Tuliskan teks ucapan anda itu. Pendahuluan - Yang berusaha Encik Zulhisham guru kelas 5 Bestari, Yang dihormati ketua kelas dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. - Selamat sejahtera saya ucapkan. Isi - saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Zulhisham kerana memberi saya peluang untuk memperkenalkan diri. - Satu penghormatan buat diri saya - Nama saya ialah Alisya Alia - Berasal dari Batu Pahat, Johor. - Tinggal di No, 15 Jalan Melati, Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur. - Saya berpindah ke sini kerana mengikut bapa yang baru bertugas di kawasan ini. - Besarlah harapan saya sekiranya, rakan-rakan dapat menerima saya seadanya. - Berharap saya diterima sebagai salah seorang ahli keluarga kelas ini. - Sebelum mengundur diri saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya tutur kata dan tingkah laku saya membuat kalian berkecil hati Penutup - saya akhiri ucapan ini dengan serangkap pantun, Kayu bagang kayu bakau Indah dikarang ,menjadi kenangan Saya ini dagang merantau, Kalau terkurang dikeji jangan. Kalau jarum yang patah, Jangan simpan di dalam peti Kalau ada silap dan salah

description

ucapan

Transcript of Ucapan- Memperkenalkan Diri

Page 1: Ucapan- Memperkenalkan Diri

Katakan anda baru sahaja berpindah ke sekolah yang baru. Setibanya di kelas anda dikehendaki memperkenalkan diri. Tuliskan teks ucapan anda itu.

Pendahuluan - Yang berusaha Encik Zulhisham guru kelas 5 Bestari, Yang

dihormati ketua kelas dan rakan-rakan seperjuangan sekalian.- Selamat sejahtera saya ucapkan.

Isi - saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik

Zulhisham kerana memberi saya peluang untuk memperkenalkan diri.

- Satu penghormatan buat diri saya- Nama saya ialah Alisya Alia- Berasal dari Batu Pahat, Johor.- Tinggal di No, 15 Jalan Melati, Bukit Antarabangsa, Kuala

Lumpur.- Saya berpindah ke sini kerana mengikut bapa yang baru

bertugas di kawasan ini.- Besarlah harapan saya sekiranya, rakan-rakan dapat

menerima saya seadanya.- Berharap saya diterima sebagai salah seorang ahli keluarga

kelas ini.- Sebelum mengundur diri saya ingin menyusun sepuluh jari

memohon maaf sekiranya tutur kata dan tingkah laku saya membuat kalian berkecil hati

Penutup- saya akhiri ucapan ini dengan serangkap pantun,

Kayu bagang kayu bakauIndah dikarang ,menjadi kenanganSaya ini dagang merantau,Kalau terkurang dikeji jangan.

Kalau jarum yang patah,Jangan simpan di dalam petiKalau ada silap dan salahJangan disimpan di dalam hati.

Katakan anda baru sahaja berpindah ke sekolah yang baru. Setibanya di kelas anda dikehendaki memperkenalkan diri. Tuliskan teks ucapan anda itu.

Page 2: Ucapan- Memperkenalkan Diri

Karangan Lengkap,

Yang berusaha Encik Zulhisham guru kelas 3 Bestari, Yang dihormati ketua kelas dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan.

Hadirin yang saya kasihi,Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada

Encik Zulhisham kerana memberi saya peluang untuk memperkenalkan diri. Peluang ini merupakan satu penghormatan buat diri saya.

Nama saya ialah Alisya Alia. Saya berasal dari Batu Pahat, Johor. Saya tinggal di No, 15 Jalan Melati, Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur. Saya berpindah ke sini kerana mengikut bapa yang baru bertugas di kawasan ini.

Sekolah lama saya ialah SK Bukit Tak Tinggi, Batu Pahat Johor. Saya merupakan bekas pengawas pusat sumber sekolah. Keistimewaan saya ialah saya pandai melukis.

Besarlah harapan saya sekiranya, rakan-rakan dapat menerima saya seadanya.Saya juga berharap saya diterima sebagai salah seorang ahli keluarga kelas ini. Sebelum mengundur diri, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya tutur kata dan tingkah laku saya membuat kalian berkecil hati.

Sebelum kaki mengatur langkah,izinkan saya akhiri ucapan ini dengan serangkap pantun,

Kalau ada jarum yang patahJangan disimpan di dalam petiKalau ada silap dan salahJangan disimpan di dalam hati.

Sekian, terima kasih.