UCAPAN PENGARAH PMT UNTUK MAJLIS PERASMIAN ...

28
PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA OKTOBER 2016 TEKS UCAPAN YANG BERUSAHA TUAN HAJI ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA 4 OKTOBER 2016 DATARAN KIMIA MALAYSIA 8.30 PAGI DISEDIAKAN OLEH UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Transcript of UCAPAN PENGARAH PMT UNTUK MAJLIS PERASMIAN ...

Page 1: UCAPAN PENGARAH PMT UNTUK MAJLIS PERASMIAN ...

PERHIMPUNAN BULANAN

JABATAN KIMIA MALAYSIA OKTOBER 2016

TEKS UCAPAN

YANG BERUSAHA TUAN HAJI

ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH

JABATAN KIMIA MALAYSIA

4 OKTOBER 2016 DATARAN KIMIA MALAYSIA

8.30 PAGI

DISEDIAKAN OLEH

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Page 2: UCAPAN PENGARAH PMT UNTUK MAJLIS PERASMIAN ...

2

(Salutasi)

Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih saudara dan saudari

Pengerusi Majlis

Yang Berusaha Puan Rosnah binti

Awang

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),

Jabatan Kimia Malaysia

Yang Berusaha Puan Hasnah binti

Hussin

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),

Jabatan Kimia Malaysia

Page 3: UCAPAN PENGARAH PMT UNTUK MAJLIS PERASMIAN ...

3

Pengarah-Pengarah Bahagian

Pegawai-pegawai kanan

Serta Tuan-tuan dan Puan-puan,

warga KIMIA yang saya hormati

sekalian.

Assalamualaikum Warrahmatullahi

Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam

1Malaysia dan Salam 1Kimia.

1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat

Allah SWT kerana dengan izin dan

limpah kurniaNya, dapat kita bersama-

Page 4: UCAPAN PENGARAH PMT UNTUK MAJLIS PERASMIAN ...

4

sama dalam Majlis Perhimpunan

Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu

Pejabat bagi bulan Oktober 2016 pada

pagi yang indah ini.

2. Terlebih dahulu, saya merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan kepada

Pengarah dan warga kerja Bahagian

Penyelidikan dan Jaminan Kualiti

(PJK) kerana telah mengatur dan

menganjurkan Majlis Perhimpunan

Bulanan kita pada pagi ini dengan baik

sekali.

Page 5: UCAPAN PENGARAH PMT UNTUK MAJLIS PERASMIAN ...

5

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

[MAAL HIJRAH 1438H]

3. Salam Maal Hijrah 1438H buat semua

warga Kimia yang beragama Islam.

Sambutan Maal Hijrah yang

bertemakan “Ukhuwah Islamiah Asas

Penyatuan Ummah” yang dipilih pada

tahun ini adalah bertepatan dengan

usaha kerajaan untuk

menyatupadukan rakyat, hidup rukun

dan harmoni serta penuh muhibbah

Page 6: UCAPAN PENGARAH PMT UNTUK MAJLIS PERASMIAN ...

6

yang menjadi transformasi kepada

kemakmuran negara.

4. Ukhuwah Islamiah yang terbina

berasaskan iman dan taqwa akan

menumbuhkan rasa persaudaraan,

kasih sayang dan saling hormat

menghormati antara satu sama lain

tanpa mengira status bangsa, agama

dan fahaman politik.

Page 7: UCAPAN PENGARAH PMT UNTUK MAJLIS PERASMIAN ...

7

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

[HARI SUKAN NEGARA]

5. Sambutan Hari Sukan Negara telah

diisytiharkan pada setiap hari Sabtu

minggu kedua bulan Oktober setiap

tahun. Maka pada tahun ini, ianya

jatuh pada 8 Oktober 2016.

6. Hari Sukan Negara ini adalah penting

di dalam usaha kerajaan

menggalakkan rakyat menerapkan

Page 8: UCAPAN PENGARAH PMT UNTUK MAJLIS PERASMIAN ...

8

amalan budaya hidup cergas dan aktif

memandangkan peratusan

masyarakat Malaysia yang aktif

bersukan masih lagi rendah iaitu pada

kadar sekitar 40 peratus berbanding

dengan 50 hingga 60 peratus di

negara maju. Budaya sukan melalui

amalan gaya hidup cergas dan aktif

pada masa yang sama dapat

membantu menurunkan kadar

penyakit kronik di kalangan rakyat

Malaysia.

Page 9: UCAPAN PENGARAH PMT UNTUK MAJLIS PERASMIAN ...

9

[KEJOHANAN PIALA KP]

7. Bertepatan dengan Hari Sukan

Negara, Karnival Sukan Kimia 2016

telah diadakan pada hari Sabtu lepas

(1 Oktober 2016) di Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Kuantan, Pahang. Tuan rumah

karnival sukan ini adalah JKMC

Pahang.

8. Sukan yang dipertandingkan adalah

bola tampar dan badminton.

Penyertaan terbahagi kepada 4 zon:

Page 10: UCAPAN PENGARAH PMT UNTUK MAJLIS PERASMIAN ...

10

- Zon Tengah : JKM Ibu Pejabat

- Zon Selatan : JKMC Johor dan

Melaka

- Zon Timur : JKMC Kelantan,

Terengganu dan Pahang

- Zon Utara : JKMC Pulau Pinang,

Kedah dan Perak

9. Tahniah diucapkan kepada para

pemenang:

- Johan Badminton (Kimia Ibu

Pejabat)

Page 11: UCAPAN PENGARAH PMT UNTUK MAJLIS PERASMIAN ...

11

- Johan Bola Tampar, Lelaki (Kimia

Selatan)

- Johan Bola Tampar, Wanita (Kimia

Ibu Pejabat)

10. Sekalung penghargaan jua diucapkan

kepada tuan rumah iaitu JKMC

Pahang serta para urusetia yang

bertungkus lumus menjayakan

karnival sukan ini.

11. Untuk makluman semua, Karnival

Sukan 4 Penjuru pula akan diadakan

secara 2 peringkat iaitu pada 15-16

Page 12: UCAPAN PENGARAH PMT UNTUK MAJLIS PERASMIAN ...

12

Okt dan 21-23 Okt 2016. Karnival ini

melibatkan Jabatan Kimia Malaysia,

METMalaysia, MPC dan MQA. MET

Malaysia dilantik menjadi tuan rumah

kejohanan. Ianya melibatkan 10 acara

iaitu Road Relay (L/P), boling

(kumpulan) (L/P), Badminton

(kumpulan) (L/P), dart (kumpulan)

(L/P), Futsal (L/P), bola tampar (L/P),

ping-pong (kumpulan) (L/P), sepak

takraw, bola jaring dan bola sepak.

Page 13: UCAPAN PENGARAH PMT UNTUK MAJLIS PERASMIAN ...

13

12. Besar harapan saya agar semua

warga Kimia dapat memberikan

sokongan dalam aktiviti ini.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

[PROGRAM KIMIA KE DESA, KAMPUNG

ALOR LIMBAT, MARANG,

TERENGGANU]

13. Untuk makluman awal, Program Kimia

Ke Desa Terengganu akan diadakan

di Kampung Alor Limbat, Marang,

Page 14: UCAPAN PENGARAH PMT UNTUK MAJLIS PERASMIAN ...

14

Terengganu pada 7 & 8 Oktober nanti.

Program ini bakal diserikan dengan

kehadiran YB Datuk Dr. Abu Bakar bin

Mohamad Diah (Timbalan Menteri

MOSTI) yang telah menyatakan

kesudiannya untuk turun padang bagi

merasmikan program tersebut.

14. Suka saya ingatkan dan selitkan di sini

agar, semua program Jabatan dimulai

dengan lagu Negaraku serta doa

untuk memberkati majlis.

Page 15: UCAPAN PENGARAH PMT UNTUK MAJLIS PERASMIAN ...

15

[LAWATAN TURUN PADANG KSU

MOSTI]

15. Untuk makluman, Dato’ Dr. Mohd.

Azhar bin Haji Yahaya telah

mengadakan lawatan turun padang ke

Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan

Bintulu pada 16 September yang

lepas.

16. Lawatan ini bertepatan dengan

saranan KSN supaya semua ketua

setiausaha dan ketua jabatan supaya

turun padang untuk melihat sendiri

Page 16: UCAPAN PENGARAH PMT UNTUK MAJLIS PERASMIAN ...

16

keadaan kakitangan masing-masing

ke arah memberi perkhidmatan terbaik

kepada rakyat. Langkah ini bertujuan

menjaga kebajikan penjawat awam

dalam melaksanakan tugas.

Hadirin sekalian,

[LAWATAN KERJA KP KIMIA KE JKM

CAWANGAN PERAK]

17. Saya sendiri turut mengadakan

lawatan kerja ke JKMC Perak pada 23

September 2016 yang lepas.

Page 17: UCAPAN PENGARAH PMT UNTUK MAJLIS PERASMIAN ...

17

18. Dalam lawatan ini, saya dapat melihat

sendiri keadaan cawangan dan

beramah mesra dengan kakitangan

Kimia Perak. Lawatan ini juga

membolehkan sistem terbuka

dijalankan, sebagai contoh, ruang

diberi kepada semua warga Kimia

untuk bersua muka dan memberi idea

atau menyatakan sebarang masalah

terus kepada saya.

19. Terima kasih kepada semua yang

telah memberi kerjasama dalam sesi

Page 18: UCAPAN PENGARAH PMT UNTUK MAJLIS PERASMIAN ...

18

lawatan ini terutamanya yang memberi

pandangan semasa sesi dialog

diadakan. Pihak pengurusan akan

cuba untuk mengambil tindakan atas

segala pandangan yang diutarakan.

20. Semasa lawatan tersebut juga, saya

berkesempatan meraikan Puan

Abiramasundary a/p Ramakrishnan,

Pembantu Makmal Gred C22 yang

bersara pada 2 Oktober 2016. Terima

kasih atas sumbangan selama

berkhidmat dengan KIMIA.

Page 19: UCAPAN PENGARAH PMT UNTUK MAJLIS PERASMIAN ...

19

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

[PROGRAM PEMBUDAYAAN STI]

21. Jabatan Kimia Malaysia telah bergiat

aktif secara langsung dalam aktiviti

pembudayaan STI di seluruh negara.

Antaranya adalah:

JKMC Melaka: Majlis Persada

Inovasi Peringkat Negeri Melaka

di Dewan Seri Negeri, Melaka

(7-8 September)

JKMC Pulau Pinang dan Kedah:

Karnival Kimia Malaysia (K2M)

Zon Utara 2016 di Universiti

Page 20: UCAPAN PENGARAH PMT UNTUK MAJLIS PERASMIAN ...

20

AIMST, Bedong Kedah (22

September)

JKMC Pulau Pinang: Program

Misi Penyiasat Muda CSI di

SMK Sultan Badlishah, Kulim,

Kedah (24 September)

JKMC Kelantan: Festival Sains

& Inovasi Pendidikan Kelantan

2016 di Sekolah Kebangsaan

Pengkalan Chepa Kelantan (29

September – 1 Oktober).

Bahagian Forensik Ibu Pejabat &

JKMC Melaka: Karnival

Page 21: UCAPAN PENGARAH PMT UNTUK MAJLIS PERASMIAN ...

21

Creativity & Science4U 2016 di

Dataran Pahlawan Melaka

Megamall (23-25 September).

Dalam carnival Sc4U ini, JKMC

Melaka telah terlibat dengan

pameran, manakala Forensik Ibu

Pejabat pula mengadakan

pertandingan CSI sepanjang 3

hari karnival tersebut.

22. Tahniah kepada semua yang terlibat.

Semoga dengan usaha anda semua

akan dapat meningkatkan minat

Page 22: UCAPAN PENGARAH PMT UNTUK MAJLIS PERASMIAN ...

22

masyarakat umum dan pelajar dalam

bidang STI ini.

Hadirin sekalian,

[PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU

PATRIOTIK KIMIA 2016]

23. Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik

Kimia 2016 bersempena Hari

Kemerdekaan dan Hari Malaysia telah

diadakan di Auditorium Forensik pada

24 September 2016. Seramai 14

peserta telah menyertai pertandingan

ini.

Page 23: UCAPAN PENGARAH PMT UNTUK MAJLIS PERASMIAN ...

23

24. Syabas diucapkan kepada para

pemenang dan juga kepada Kelab

Sukan & Kebajikan Kimia yang

menganjurkan pertandingan ini.

Tahniah!

[AMANAT KETUA PENGARAH]

25. Sebelum mengakhiri ucapan saya

pada pagi ini, saya ingin menimbulkan

beberapa perkara untuk peringatan

kita bersama.

Page 24: UCAPAN PENGARAH PMT UNTUK MAJLIS PERASMIAN ...

24

26. Saya ingin mengingatkan semua

pegawai tidak terkecuali para

pengarah tidak kira di Ibu Pejabat atau

makmal Cawangan untuk sentiasa

meningkatkan prestasi ke arah

optimum. Saya secara peribadi akan

memantau prestasi semua. Saya tidak

akan teragak-agak untuk mengambil

tindakan sekiranya nyata ada pegawai

atau pengarah yang tidak

menunjukkan prestasi yang

memberangsangkan atau mengambil

kesempatan di atas kuasa yang diberi.

Page 25: UCAPAN PENGARAH PMT UNTUK MAJLIS PERASMIAN ...

25

27. Saya juga ingin mengingatkan para

pegawai terutamanya pegawai muda

atau pegawai pelapis Jabatan Kimia

Malaysia untuk meningkatkan ilmu

pengetahuan serta kemahiran masing-

masing dengan pantas dan cekap.

Sebagai generasi X, Y dan Z, anda

semua seharusnya lebih dominan dan

pantas menimba ilmu untuk

meningkatkan nama Jabatan Kimia

Malaysia ke peringkat yang lebih

cemerlang. Kekal serta tingkatkan

nama Kimia di mata umum.

Page 26: UCAPAN PENGARAH PMT UNTUK MAJLIS PERASMIAN ...

26

28. Perkara terakhir ingin saya timbulkan

di sini adalah mengenai penglibatan

kakitangan dalam aktiviti luar pejabat

seperti pameran atau sebagainya.

Saya faham ada kakitangan yang

bekerja lebih masa untuk aktiviti rasmi

di luar waktu pejabat. Saya berterima

kasih atas sumbangan yang diberi.

Namun, saya tidak begitu

menggalakkan kakitangan untuk

memohon cuti gantian, cukup sekadar

time-off. Terutamanya kepada para

pegawai dari kumpulan Pengurusan

Page 27: UCAPAN PENGARAH PMT UNTUK MAJLIS PERASMIAN ...

27

dan Profesional. Anggaplah segala

kerja lebih masa tersebut merupakan

sumbangan tuan/puan kepada

jabatan. Inshaa Allah ianya akan diberi

ganjaran di kemudian hari.

29. Sebelum saya mengakhiri ucapan

saya pada kali ini, saya ingin

mengucapkan ‘Selamat Hari Lahir’

serta semoga panjang umur dan

murah rezeki kepada warga Kimia

yang menyambut ulang tahun

kelahiran pada bulan Oktober ini.

Page 28: UCAPAN PENGARAH PMT UNTUK MAJLIS PERASMIAN ...

28

Sekian, wabillahi taufiq walhidayah

wassalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh.