Ucapan pengetua untuk mesyuarat akhir tahun 2014

3

Click here to load reader

Transcript of Ucapan pengetua untuk mesyuarat akhir tahun 2014

Page 1: Ucapan pengetua untuk mesyuarat akhir tahun 2014

UCAPAN PENGETUA UNTUK MESYUARAT AKHIR TAHUN 20141. Ucap terima kasih kepada semua guru atas kerja buat yang telah dilaksanakan di

sepanjang tahun 20142. Sebelum sekolah / guru bercuti semua perkara utama perlu disiapkan seperti yang

tercatat dalam borang semak pengurusan sekolah akhir tahun 2014.3. Adalah juga diingatkan bahawa mengikut peraturan guru-guru yang sedang bercuti

boleh dipanggil bertugas jika ada perkara yang perlu diselesaikan dengan segera. Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru yang bersetuju untuk bertugas semasa cuti seperti dalam jadual bertugas semasa cuti. Guru-guru yang tidak bertugas sepatutnya sedar bahawa sebahagian tanggungjawab mereka telah diambil oleh guru-guru berkenaan.

4. Pihak sekolah juga sedar bahawa terdapat guru-guru yang sentiasa sudi menerima segala tugas yang diberikan kepada mereka dengan penuh tanggungjawab kerana mereka tahu bahawa ini merupakan sebahagian daripada tugas mereka. Terdapat sebilangan kecil guru yang sentiasa menolak tugas yang cuba diberikan kerana mereka lupa atau tidak tahu (atau terlebih pintar) apakah peraturan dan tugas sebenar seorang guru. Harapan kita perkara ini tidak berlaku lagi di tahun hadapan dan seterusnya.

5. Semasa cuti akhir tahun juga digalakkan guru dengan bantuan unit kaunselor mengadakan golden holiday dengan mengadakan kelas tembahan terutamanya kepada kelas tingkatan 4 sekarang. Diminta penyelaras tingkatan 5 dan 4 mengatur masa dan jadual untuk program tersebut. Unit kaunselor bolehlah menggunakan masa cuti ini juga dengan merangkakan progran motivasi untuk pelajar terpilih.

6. Semua bilik khas seperti Makmal Sains, Bilik ERT, PJ, Peperiksaan, Pusat Sumber dan lain-lain perlu memastikan satu salinan kunci berada di Pejabat sebelum bercuti. Ini adalah bertujuan memudahkan Pengurusan apabila ketiadaan guru-guru berkenaan. Kepercayaan perlu diberikan pada Pejabat dalam menjaga kunci-kunci bilik ini. Pastikan satu senarai inventori dihantar ke Pejabat sebelum bercuti untuk tujuan kemaskini oleh Pejabat.

7. Pusat Sumber : Perlu menjadi tempat tarikan pelajar untuk memasukinya. Diharapkan ia dapat dibuka pada masa cuti untuk menjadi tempat rujukan kepada para pelajar. Guru Pusat Sumber war-warkan kepada pelajar nanti. Guru Pusat Sumber perlu memastikan Pembantu Pusat Sumber/pengawas pusat sumber menjalankan tugas dan peranannya pada masa tersebut.

8. Untuk peperiksaan akhir tahun diminta semua guru dapat menyediakan soalan/item mengikut format semasa dengan menerapkan konsep KBAT .(kemahiran berfikir aras tinggi) seperti yang dikehenadki oleh pihak kementerian. Guru juga perlu menyediakan peraturan pemarkahan bagi memastikan keseragaman dalam memeriksa skrip jawapan pelajar,diharap ketua panita dan guru kanan mata pelajaran memainkan peranan dalam hal ini. Markah semua pelajar hendaklah disi atau key in mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh unit peperiksaan dalaman. Pengawasan peperiksaan perlukan dititikberatkan dengan mematuhi masa dan tatacara pengawasan peperiksaan agar keesahan jawapan pelajar tidak dipertikaikan.

9. Sebelum sekolah sesi 2015 dibuka diminta penyelaras tingkatan dapat menyediakan kedudukan senarai nama pelajar mengikut kelas. Bagi pelajar tingkatan 3 sekrang akan

Page 2: Ucapan pengetua untuk mesyuarat akhir tahun 2014

penyelaras akan membuat perkara setelah keputusan PT3 dikeluarkan dijangkankan pada 21/11/2014.

10. Tarikh-tarikh penting sebelum persekolah 2015 perlulah diambil oleh perhatian oleh semua guru. Tarikh penting seperti berikut :

MAKLUMAT PENTING UNTUK MAKLUMAN DAN TINDAKANBil Perkara Tarikh

1 Mesyuarat Pertama Guru Persekolahan 2015 21 December 20142 Mesyuarat Pertama Majlis Kurikulum 23 December 20143 Mesyuarat Pertama Majlis HEM 24 December 20144 Mesyuarat Pertama Majlis Kokurikulum 27 December 20145 Pendaftaran dan Agihan Buku Teks Tingkatan 4 28 December 20146 Pendaftaran dan Agihan Buku Teks Tingkatan 5 29 December 20147 Pendaftaran dan Agihan Buku Teks Tingkatan 2 dan 3 30 December 20148 Pendaftaran dan agihan buku teks tingkatan Satu 31 December 20149 Minggu Asimilasi Tingkatan Satu 1 Januari 201510 Mesyuarat Panitia Kali Pertama 28 dan 29 December 201411 Keputusan PT3 Dijangka Keluar 17 December 2014

Sebarang perubahan akan dimaklumkan.Ini adalah untuk memudahkan pergerakkan dan perancangan semua guru.

11. Senarai semak pengurusan sekolah tahun 2014 perlulah diisikan dengan sebaik mungkin dengan mematuhi semua item yang terdapat didalam begitu juga dengan borang prestasi 2014 dan dihantar kepada personel dan tarikh seperti yang telah ditetapkan dlm senarai semak.