Ucapan Perasmi Majlis Watikah

download Ucapan Perasmi Majlis Watikah

of 2

description

contoh ucapan

Transcript of Ucapan Perasmi Majlis Watikah

UCAPAN PERASMI MAJLIS WATIKAH

Terima kasih saudari pengacara majlis.Bismillahirrahmanirrahim, alhamdullilahi rabbil alamin wassolatu wassolamu ala ashrafil anbiyar iwar mursolin waala alihi wasibihi ajmain.

Yang berusaha Encik Hamzah Bin K.Mohamed, Pengetua SMK Sungai Lembing, yang dihormati Encik Mohamad Nasir Bin Abdul Rahman, guru penolong kanan pentadbiran, Cik Norjanah Binti Suhadi, guru penolong kanan hal ehwal murid, yang dihormati guru-guru, barisan pemimpin pelajar sekolah, pemimpin pelajar pusat sumber sekolah, ketua dan penolong tingkatan, serta pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia.

Hadirin sekalian yang dirahmati Allah,

Terlebih dahulu izinkan saya memanjatkan rasa kesyukuran kehadrat Allah SubhanAllah Taala kerana dengan izin dan inayahnya dapat saya bersama dengan guru-guru dan murid-murid SMK Sungai Lembing pada hari ini sempena majlis perasmian watikah pelantikan barisan pemimpin pelajar SMK Sungai Lembing. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua dan pihak pentadbir sekolah yang sudi menjemput saya untuk merasmikan majlis ini. Pelajar-pelajar SMKSL yang dikasihi sekalian,

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemimpin pelajar sekolah, pemimpin pelajar pusat sumber sekolah serta ketua dan penolong tingkatan perlantikan mereka pada hari ini. Saya yakin pemimpin pelajara yang dilantik pada hari ini telah melalui satu proses pemilihan yang rapi agar mereka yang terpilih memiliki ciri-ciri kepimpinan untuk membimbing rakan-rakan mereka di sekolah serta dapat membantu guru-guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka memberi pendidikan yang berkualiti. Hanya dengan pendidikan yang berkualiti sahaja dapat melahirkan warganegara yang efisen dan menjadi modal insan negara yang produktif. Sesungguhnya pemimpin pelajar yang dilantik harus berasa bertuah dengan perlantikan ini. Saya memohon kepada mereka agar berasa syukur kepada Allah dan sentiasa mengingatinya semasa memikul tugas dan tanggungjawab itu nanti. Sehubungan itu, pada hari yang bersejarah ini mereka patut diraikan.

Apakah ekspektasi guru-guru dan pelajar-pelajar terhadap pemimpin pelajar? Sepatutnya, pemimpin pelajar menjadi contoh dan teladan yang baik kepada semua pelajar yang lain. Keperipadian seorang pemimpin pelajar harus memiliki sifat-sifat terpuji seorang khalifah kecil bersifat mulia, ketrampilan yang kemas dan bijak mengurus masa untuk diri sendiri dan tanggungjawab sekolah. Saya juga mahukan pemimpin pelajar sentiasa bersifat insaf dan bermuhasabah diri semasa melaksanakan tugas seorang pemimpin pelajar. Jadilah seorang pemimpin pelajar yang disegani.

Bagi pelajar-pelajar lain pula, saya ingin berpesan agar sentiasa mesti memberi kerjasama kepada semua pemimpin pelajar yang dilantik. Saya ingin menasihati pelajar-pelajar agar mematuhi dan menghayati peraturan sekolah supaya guru-guru dan pentadbir sekolah dapat menumpukan kepada usaha dalam membangunkan infrastruktur dan fasilitas sekolah serta pembangunan akademik bagi menentukan kecemerlangan dan kegemilangan sekolah dapat dipertingkatkan. Pelajar-pelajar perlu menghormati pemimpin pelajar jauhi sikap-sikap negatif seperti perbuatan merosakkan fasilitas sekolah, perbuatan membuli dan bergaduh serta tidak menghormati guru-guru dan kawan-kawan sekolah.

Saya juga ingin menasihatkan pelajar-pelajar SMKSL agar mengutamakan pelajaran di sekolah. Hanya dengan memiliki pengetahuan dan kelulusan yang tinggi sahaja dapat menjamin kehidupan kita pada masa hadapan. Sesungguhnya pengetahuan itu kuasa (knowledge is power). Ianya sungguh penting dalam kehidupan. Pengetahuan membolehkan kita mendekati Allah subhanAllah, pengetahuan dapat mengubah taraf hidup sesebuah keluarga, pengetahuan dapat memenuhi apa yang kita cita-citakan, pengetahuan dapat membezakan yang baik dengan buruk. Untuk memperolehi pengetahuan, murid-murid harus belajar bersungguh-sungguh, berdisiplin ketika belajar kerana disiplin asas kejayaan, sentiasa berusaha tanpa mengenal putus asa dan yang penting sekali memohon kepada Allah agar diterangkan hati supaya mudah menerima dan menggunakan pengetahuan untuk membuat kebaikan di bumi Allah ini.

Pelajar-pelajar SMKSL yang dikasihi sekalian,

Dikesempatan ini, saya berdoa agar SMKSL sentiasa mendapat kerahmatan Allah dan diberi perlindungan agar sentiasa berupaya melahirkan insan-insan yang menjadi kebanggaan negara dan dijauhi dari segala bencana atau musibah. Saya berharap guru-guru dan pentadbir sekolah akan melipatgandakan usaha mereka dalam membentuk dan memberi pelajaran kepada semua murid sekolah ini. Saya juga berdoa agar pelajar-pelajar sekolah ini sentiasa beroleh kejayaan di dalam pelajaran dan peperiksaan yang mereka bakal hadapi.

Akhirkata, marilah kita bersama-sama berdoa agar SMKSL sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang dalam aktiviti akademik dan ko-kurikulum. Saya juga berdoa agar pelajar-pelajar sekelian mendapat kejayaan dalam menghadapi urusan persekolahan.

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan majlis perlantikan barisan pemimpin pelajar sekolah SMK Sungai Lembing bagi tahun 2015..

Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.1