Ucapan PPD Mesyuarat PIBG

11
UCAPAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PENAMPANG EN MOJUNTIN EBIN _____________________________________ ________ Terima Kasih kepada saudari pengacara majlis, Salam sejahtera, salam 1 Malaysia Kepada, yang berusaha Pengetua SMK Bahang, En Denis Gompion, Yang Dihormati En Tujuh Bin Nalin YDP PIBG SMK Bahang, Penolong-penolong Kanan, AJK PIBG, Tuan-tuan dan Puan-Puan Yang dihormati Skalian. Bersyukur kita kepada Tuhan, kerana dengan limpah kurnia dan izinnya dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi yang mulia ini, sempena Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke -16 bagi

description

Teks Ucapan

Transcript of Ucapan PPD Mesyuarat PIBG

Page 1: Ucapan PPD Mesyuarat PIBG

UCAPAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PENAMPANG

EN MOJUNTIN EBIN_____________________________________________

Terima Kasih kepada saudari pengacara majlis,Salam sejahtera, salam 1 Malaysia Kepada, yang berusaha Pengetua SMK Bahang, En Denis Gompion,Yang Dihormati En Tujuh Bin Nalin YDP PIBG SMK Bahang,Penolong-penolong Kanan, AJK PIBG, Tuan-tuan dan Puan-Puan Yang dihormati Skalian.

Bersyukur kita kepada Tuhan, kerana dengan limpah

kurnia dan izinnya dapat kita sama-sama berkumpul

pada pagi yang mulia ini, sempena Majlis Mesyuarat

Agung PIBG kali ke -16 bagi Sekolah Menengah

Kebangsaan Bahang, Penampang. Saya berbesar hati

merakamkan ucapan terima kasih atas jemputan untuk

hadir ke majlis hari ini dan seterusnya merasmikan

Mesyuarat Agung PIBG sekolah ini. Tahniah dan

syabas saya ucapkan kepada Penasihat dan

Jawatankuasa PIBG kerana telah dapat merancang,

Page 2: Ucapan PPD Mesyuarat PIBG

mengelola dan seterusnya melaksanakan mesyuarat

pada kali ini.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan

Seperti yang kita sedia maklum, semua Mesyuarat

PIBG sekolah mestilah diadakan pada setiap tahun

dengan memilih dan melantik AJK PIBG pada setiap

kali Mesyuarat Agung diadakan. Perulah kita fahami

Mesyuarat PIBG ini merupakan salah satu bentuk

permuafakatan antara warga sekolah iaitu pentadbir,

guru-guru dan ibu bapa. Permuafakatan seumpama ini

diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas

dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk

meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan

pembelajaran murid di sekolah. Selain itu

permuafakatan ini juga diharap dapat

mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara

pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat (school

home community partnership).

Page 3: Ucapan PPD Mesyuarat PIBG

Di samping itu, PIBG juga mempunyai peranan

’saling melengkapi’ terhadap fungsi Kementeiran

Pendidikan dalam menyediakan prasarana, kemudahan,

dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid

dan guru-guru di sekolah berkenaan. Selaras dengan

anjakan ke-9 dalam 11 anjakan transformasi pendidikan

negara iaitu “Berkerjasama dengan ibu bapa, komuniti

dan sector swasta secara meluas”.

Tuan-tuan dan puan-puan, perlulah kita telusi dan

fahami anjakan ke 9, Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia 2013-2025, iaitu memperkukuhkan dan

memperkasakan lagi kerjasama antara ibu bapa dan

guru-guru. Kajian antarabangsa menunjukkan dengan

jelas bahawa proses pembelajaran turut berlaku di luar

sekolah, termasuk di rumah dan dalam masyarakat. Di

Malaysia, kira-kira satu per empat daripada masa murid

yang berumur antara tujuh hingga 17 tahun dihabiskan

di sekolah. Oleh itu, keutamaan kini adalah melakukan

anjakan daripada “pembelajaran sekolah” kepada

Page 4: Ucapan PPD Mesyuarat PIBG

“sistem pembelajaran” dengan melibatkan ibu bapa,

masyarakat, sektor swasta dan sektor sosial sebagai

rakan dalam membantu pembelajaran murid. Sebagai

contoh, kajian OECD tentang PISA menunjukkan

bahawa sesetengah aktiviti antara ibu bapa dengan

anak, seperti membaca pada setiap hari atau

membincangkan kegiatan harian, dapat meningkatkan

keberhasilan murid secara signifikan tanpa mengambil

kira latar belakang sosioekonomi.

Kejayaan yang kita sangat harapkan melalui

kerjasama antara ibu bapa dan guru ialah, Setiap ibu

bapa akan menjadi rakan yang aktif dalam proses

pembelajaran anak mereka, bukan sahaja melalui

aktiviti yang lazim, seperti hari sukan dan hari

penyerahan kad laporan, tetapi juga menerusi Persatuan

Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang menyediakan maklum

balas tentang hal ehwal pengurusan berasaskan sekolah.

Sekolah juga akan mempunyai rangkaian masyarakat

dan sektor swasta sebagai rakan yang mampu

Page 5: Ucapan PPD Mesyuarat PIBG

memberikan sumbangan kepakaran kepada kemajuan

sekolah. Penglibatan semua pihak berkepentingan ini

akan mewujudkan ekosistem pembelajaran yang

menegaskan kepentingan pengajaran ilmu, kemahiran

dan nilai kepada murid di sekolah.

Tuan-tuan dan Puan-Puan

Sesungguhnya, majlis pada pagi ini amat

bermakna, di mana pihak sekolah dan ibu bapa dapat

bertemu untuk berbincang dan mencari kata sepakat,

demi kepentingan dan masa depan anak-anak masing-

masing. Permuafakatan seumpama inilah yang menjadi

kunci kejayaan PIBG dan sekolah dengan mengambil

kira batasan-batasan yang telah kita semua fahami.

Selain daripada memilih dan melantik Jawatankuasa

PIBG yang baru dan membincangkan usul-usul

daripada ibu bapa, diharapkan juga mesyuarat PIBG

pada pagi ini akan berbincang dan mendapat

persetujuan bersama.

Page 6: Ucapan PPD Mesyuarat PIBG

Harus juga diingatkan kecemerlangan anak-anak

kita sebenarnya bermula di rumah. Sebagai ibu bapa,

kitalah yang akan menentukan sama ada anak-anak kita

terdidik dengan nilai-nilai yang murni dan mempunyai

kekuatan dalaman untuk berhadapan dengan segala

gejala negatif di luar rumah. Jelas, tanggungjawab

menentukan keperibadian anak-anak sebenarnya adalah

tanggungjawab ibu bapa. Amat tidak adil untuk

melepaskan tanggungjawab itu sewenang-wenang ke

atas bahu guru dan pihak sekolah. Dalam konteks ini,

PIBG sekolah perlulah bersikap proaktif untuk

menyumbang ke arah usaha tersebut selain daripada

membantu dalam kebajikan pelajar, guru dan juga

pembangunan sekolah.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan

Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi

mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima

kasih atas jemputan ke majlis pada pagi ini dan saya

juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada JK

PIBG yang bakal dipilih dan dilantik sebentar nanti.

Page 7: Ucapan PPD Mesyuarat PIBG

Harapan saya ialah supaya Mesyuarat Agung PIBG

Kali ke-16 ini akan dapat berjalan lancar dan teratur.

dengan penuh takzim saya dengan sukacitanya

merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan

Guru Sekolah Menengah Kebangsaan

Bahang,Penampang Kali ke -16 Sekian dan Terima

Kasih.