Ucapan Tema Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat - Muktamar Tahunan PAS ke-57

20
As Salamu’alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh. Selamat sejahtera dan selamat pagi. Yang dikasihi Puan Pengerusi Majlis, YAB Mursyidul Am PAS, Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, merangkap Menteri Besar Kelantan Darul Naim, Yang Berbahagia pemerhati-pemerhati PAS Pusat bagi muktamar kali ini, Yang dikasihi YB Timbalan Ketua DMPP beserta saf kepimpinan DMPP, Yang dikasihi Ketua-Ketua DMP Negeri dan Ketua-Ketua DMP Kawasan beserta para perwakilan, Yang dihormati wakil-wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS dan para pemerhati, Yang diraikan seluruh para tetamu yang terdiri daripada mantan- mantan Ketua DMPP, pimpinan-pimpinan wanita PAKATAN RAKYAT, YB-YB wanita PAKATAN RAKYAT, Isteri-isteri pimpinan AJK PAS Pusat dan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Negeri, suami-suami AJK DMPP, veteran-veteran PAS, Wakil-wakil NGO, Wakil-wakil Media, seterusnya para hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Para perwakilan, pemerhati dan tetamu yang dihormati sekalian; MEMPERTEGAS PERANAN KITA

description

Ucapan Tema Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat - Muktamar Tahunan PAS ke-57

Transcript of Ucapan Tema Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat - Muktamar Tahunan PAS ke-57

Page 1: Ucapan Tema Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat - Muktamar Tahunan PAS ke-57

As Salamu’alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh. Selamat sejahtera dan selamat pagi.

Yang dikasihi Puan Pengerusi Majlis, YAB Mursyidul Am PAS, Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, merangkap Menteri Besar Kelantan Darul Naim, Yang Berbahagia pemerhati-pemerhati PAS Pusat bagi muktamar kali ini, Yang dikasihi YB Timbalan Ketua DMPP beserta saf kepimpinan DMPP, Yang dikasihi Ketua-Ketua DMP Negeri dan Ketua-Ketua DMP Kawasan beserta para perwakilan, Yang dihormati wakil-wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS dan para pemerhati, Yang diraikan seluruh para tetamu yang terdiri daripada mantan-mantan Ketua DMPP, pimpinan-pimpinan wanita PAKATAN RAKYAT, YB-YB wanita PAKATAN RAKYAT, Isteri-isteri pimpinan AJK PAS Pusat dan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Negeri, suami-suami AJK DMPP, veteran-veteran PAS, Wakil-wakil NGO, Wakil-wakil Media, seterusnya para hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Para perwakilan, pemerhati dan tetamu yang dihormati sekalian; MEMPERTEGAS PERANAN KITA

Page 2: Ucapan Tema Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat - Muktamar Tahunan PAS ke-57

“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”

Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 1 -

Firman Allah s.w.t di dalam surah an-Nisa’: ayat 1; Yang bermaksud: “ Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan yang telah menjadikanmu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang telah menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (Hawa) dan juga yang membiakkan dari kedua-duanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya serta peliharalah hubungan (silatur-rahim) kaum kerabat kerana sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu.” Berdasarkan ayat ini, Allah s.w.t memerintahkan manusia agar sentiasa bertaqwa kepadaNya kerana Allah s.w.t yang telah mencipta manusia berkembang-biak lelaki dan perempuan. Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Agong lagi Maha Bijaksana ini tidak menciptakan manusia dengan sia-sia atau main-main sahaja, seperti penegasan pada firmanNya lagi di dalam surah al-Mukminun : ayat 115; Yang bermaksud: “ Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu secara main-main (sia-sia) sahaja dan bahawasanya kamu tidak dikembalikan kepada kami? ” Sesungguhnya kenyataan dan penjelasan pada ayat-ayat yang lain di dalam al-Quran memberi keterangan bahawa tujuan Allah s.w.t mencipta manusia tidak lain tidak bukan hanyalah untuk manusia memakmurkan bumi dengan beribadat kepadaNya. Manusia perlu mengurus, mentadbir dan memimpin diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia amnya dengan menjadi khalifah Allah iaitu

Page 3: Ucapan Tema Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat - Muktamar Tahunan PAS ke-57

“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”

Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 2 -

melaksanakan segala amanah syariat yang terkandung di dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Tuan-Puan yang dihormati sekalian; Inilah tugas dan tanggungjawab kita terutama ahli-ahli dan pendokong-pendokong PAS. Amanah ini adalah jihad kita. Amanah ini mesti difahami dan digalas dengan sebaik mungkin agar hidup yang pendek di dunia ini tidak menjadi aset dukacita dan sengsara kita bila bertemu dengan Allah Rabbul Jalil di hari akhirat kelak. Oleh itu diharapkan muktamar kita ini dan muktamar PAS Pusat yang akan berlangsung pada 3 hari berikutnya serta mesyuarat-mesyuarat agong yang telah berjalan disemua peringkat menjadi medan terbaik untuk kita bermuhasabah terhadap gerak kerja yang telah dilakukan serta merancang dan memberi cadangan-cadangan untuk mempertingkat mutu gerak kerja kita selanjutnya. Apatah lagi kita akan berdepan dengan PRU ke13 tidak lama lagi. Tuan-Puan yang dihormati sekalian; FENOMENA MUTAKHIR I. Kebangkitan Rakyat Timur Tengah. Kebangkitan rakyat yang bertali arus di bumi umat Islam yang telah diperintah oleh regim-regim zalim selama ini benar-benar memberikan rangsangan dan harapan baru kepada pencinta-pencinta kebenaran dan keadilan khususnya kepada kita para pendokong Pakatan Rakyat. Kejatuhan Zein el Abidin Ben Ali di Tunisia, Husni Mubarak di Mesir dan bantahan serta penentangan rakyat yang berterusan terhadap Ali Abdullah Salleh di Yaman dan Muammar Ghadafi di Libya memberi petunjuk yang sangat jelas bahawa rakyat tidak dapat lagi

Page 4: Ucapan Tema Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat - Muktamar Tahunan PAS ke-57

“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”

Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 3 -

menerima kezaliman, ketidakadilan, penindasan dan kronisme selama-lamanya atas nama apa sekalipun. Saatnya telah tiba kepada pemimpin-pemimpin yang angkuh mendabik dada, punyai kekuasaan, harta bertimbun-timbun, dikelilingi kekuatan polis dan tentera, dengan monopoli media massa negara, pakar-pakar risikan dan sokongan kuasa-kuasa besar dunia, mulai merasa bimbang dan curiga bahawa kedudukan mereka tidak selamat lagi. Mereka juga menyedari bahawa mereka tidak dapat lagi membeli rakyat dengan rasuah wang ringgit dan janji-janji manis. Semua bentuk kepura-puraan dan kebatilan telah runtuh dengan kebangkitan rakyat yang tidak dapat dibendung lagi. Kekuasaan ekonomi dan ketenteraan sudah tidak bermakna lagi apabila segenap kelompok rakyat bangkit keluar ke jalan raya dengan penuh semangat melahirkan penentangan yang benar-benar komited dan berani. Kekuatan yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada rakyat jelas menampakkan suatu kekuatan yang luar biasa. Suatu kekuatan yang mewujudkan gelombang kebangkitan dan arus yang amat deras yang tidak dapat dihalang dan dihentikan dengan semburan air asid dan pemedih mata malah ledakan peluru-peluru dan bom pemusnah. Apatah lagi dengan rasuah wang ringgit dan janji-janji manis. Dalam konteks Malaysia, kesedaran rakyat dan arus gelombang ini kita lihat sudah mulai menerjah ke pantai. Kita semua sebagai pendokong Pakatan Rakyat hendaklah bersedia menyambut isyarat-isyarat jelas yang telah diberikan oleh rakyat sejak tercetusnya tsunami politik Mac 2008 di ikuti dengan 16 PRK yang telah berlaku termasuk PRUN Sarawak yang telah berlangsung baru-baru ini.

Page 5: Ucapan Tema Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat - Muktamar Tahunan PAS ke-57

“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”

Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 4 -

Penolakan rakyat terhadap UMNO/BN terutamanya daripada mereka yang berada di bandar-bandar serta pinggir-pinggir bandar telah jelas kelihatan. Mereka telah muak dengan kejelekan yang dipamerkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang rakus dan penuh dengan agenda-agenda kepura-puraan, penipuan dan kepentingan peribadi serta kroni-kroni. Yakinlah wahai para muslimat sekalian bahawa UMNO/BN pasti akan tumbang, jatuh tersungkur menyembah bumi. Segala bentuk perancangan, penyelewangan, ketidakadilan dan kezaliman UMNO/BN sedang memuncak, seolah-olah sudah sempurna menjadi satu sistem yang akan menjerat mereka sendiri tanpa ada jalan keluar. Mereka telah lupa dengan firman Allah s.w.t di dalam al-Quran pada surah Ali Imran : ayat 54 ;

Yang bermaksud: “ Mereka merancang dan Allah juga merancang. Ingatlah, Allahlah sebaik-baik perancang (tanpa mereka ketahui). ” II. Bencana Alam dan Tsunami di Jepun. Merenung dan menginsafi terhadap kedahsyatan tsunami yang berlaku di Jepun baru-baru ini, serta beberapa bencana alam seperti gempa bumi, banjir besar dan ribut taufan yang melanda satu demi satu ke atas kehidupan duniawi kini, amat nyata terserlah keperkasaan Allah Ya Aziz. Kemahuan Allah Ya Muqtadir, Yang Maha Menentukan segala takdirnya, telah mengalahkan segala kehebatan teknologi dan komunikasi canggih manusia. Sesungguhnya manusia benar-benar tidak mampu menghalang segala kehebatan dan kemahuan Allah.

Page 6: Ucapan Tema Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat - Muktamar Tahunan PAS ke-57

“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”

Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 5 -

Walaupun kebanyakan manusia mengkagumi kehebatan manusia dan menyangka dapat menyaingi kehebatan Allah. Namun sangkaan tersebut ternyata meleset sama sekali. Sesungguhnya benarlah firman Allah s.w.t pada surah Ali Imran ayat : 54 tersebut. III. Lebih 5 dekad didominasi oleh UMNO/BN. Sudah lebih 50 tahun rakyat disogok dan diajar mengkagumi UMNO/BN. Sehingga ada sebahagian rakyat yang meyakini bahawa tanpa UMNO/BN mereka tidak akan dapat hidup. Mereka terperangkap dengan “khurafat” bahawa mereka tidak akan dapat menikmati keamanan dan pembangunan tanpa kerajaan UMNO/BN. Mereka menyokong UMNO/BN tanpa berbelah bagi dan membisu, menutup mata serta memekakkan telinga terhadap sebarang pengelewangan UMNO/BN. Media massa yang dikongkong sepenuhnya oleh UMNO/BN berjaya menjadi seolah-olah alat “ajaran sesat” kepada rakyat. Akibatnya UMNO/BN menguasai pemikiran rakyat terutamanya di kampung-kampung dimana mereka tidak dapat akses kepada sebarang maklumat dari media alternatif. Maka berjayalah UMNO/BN meleyapkan kebergantungan kepada Allah semata-mata di hati-hati mereka. Sehingga Allah itu hanya jelas diingat ketika berada di masjid-masjid sahaja. Tetapi pada kehidupan seharian seumpama tidak ada peranan Allah dalam membantu dan menguruskan makhlukNya. Semua tindak-tanduk kerajaan UMNO/BN digembar-gemburkan, diperbesar dan diagungkan. Walaupun lidah mereka menyebut-nyebut Allah, tetapi hati-hati mereka gersang daripada mengagungkan Allah dalam setiap kegiatan hidup seharian mereka. Mereka juga dilalaikan dengan agenda-agenda hiburan yang melampaui batas-batas ketentuan Islam.

Page 7: Ucapan Tema Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat - Muktamar Tahunan PAS ke-57

“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”

Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 6 -

Menginsafi hakikat ini, bagaimana mungkin hati-hati para pengundi dan rakyat yang terhijab dari Allah ini dapat menerima Islam sebagai satu cara hidup yang bersungguh-sungguh di bawa oleh PAS? Apatah lagi dengan PAS yang sering dilabel sebagai sebuah parti pemecah-belah masyarakat dan parti yang ketinggalan zaman tidak up to date atau menolak pembangunan? Tambahan pula ia dirumitkan lagi dengan telatah ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS sendiri yang kadang-kadang tidak mencerminkan keluhuran akhlak-akhlak Islamiyah yang terpuji. Oleh itu tiada cara yang lebih mudah bagi memenangi hati-hati pengundi-pengundi Islam terutamanya, adalah dengan mereka mesti dilepaskan dari ikatan dan belenggu UMNO/BN. Hanya dengan kesedaran mereka terhadap Allah dan mengenali diri mereka sebagai hamba Allah serta mematuhi perintahNya juga menjauhi laranganNya sahaja dapat melepaskan mereka dari belenggu yang kejam itu. Tuan-Puan yang dihormati sekalian; IV. Kehancuran jiwa umat. Marilah kita insafi bahawa negara kita sekarang telah parah diserang oleh musuh-musuh dari kalangan bangsa kita sendiri yang mengabaikan kebenaran, keadilan dan kesejahteraan umat sejagat. Serangannya bukan dalam bentuk peluru dan bom pemusnah, tetapi senjatanya adalah rasuah, gam dan dadah, budaya kuning, hiburan yang melampau, gaya hidup mewah dan bebas tanpa mengira halal dan haram, fitnah adu domba, gambar-gambar dan video-video lucah yang dapat menyelinap masuk sehingga ke dalam bilik tidur kita.

Page 8: Ucapan Tema Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat - Muktamar Tahunan PAS ke-57

“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”

Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 7 -

Sungguh amat malang sekali bahawa kebanyakan rakyat terutamanya dari kalangan generasi muda Islam baik dari kalangan lelaki ataupun perempuan telah ramai yang terpesong dan mereka seolah-olah bangkai bernyawa. Jiwa-jiwa mereka kosong dengan agama. Tata susila, keluhuran akhlak dan semangat jihad mereka telah terkubur. Mereka tidak mampu lagi membela diri mereka sendiri, apatah lagi mahu menjadi pembela agama, masyarakat dan negara. Jika dibiarkan berleluasa mereka adalah pengancam kesejahteraan masyarakat dan keselamatan negara. Tetapi apakah yang telah dilakukan oleh UMNO/BN untuk menghadapi ancaman ini? Segala usaha-usaha mereka tidak mencapai matlamatnya selagi tidak mengikut panduan Ilahi. Kita yakin semua rancangan dan agenda UMNO/BN tidak akan berjaya selagi mereka berusaha menghalang PAS membawa umat kepada kebenaran, keadilan sejagat dan jalan mencapai keredaan Ilahi. Tuan-Puan yang dihormati sekalian, MASA UNTUK BEKERJA TANPA HENTI Masihkah kita berpeluk tubuh menonton dengan sambil lewa terhadap semua gejala ini? Masihkah kita sibuk dengan hal-hal titik bengik serta kepentingan kita sahaja? Marilah kita semua berusaha bersungguh-sungguh merancang dan mencari jalan penyelesaian. Marilah semua terutama para Muslimat PAS berganding bahu dalam gabungan besar Pakatan Rakyat berjihad membimbing, memulihkan dan menghidupkan kembali jiwa-jiwa mereka. Kembalikan hidup beragama dan semangat jihad mereka, agar mereka mampu menjadi pembela agama, umat dan negara. Ingatlah

Page 9: Ucapan Tema Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat - Muktamar Tahunan PAS ke-57

“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”

Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 8 -

kedudukan istimewa kita para Muslimat yang telah dianugerahkan oleh Allah sw.t. Bukankah pepatah telah mengatakan “ tangan yang menghayun buaian itu dapat menggoncang dunia?.” Muslimat PAS perlu lebih cergas dan bijak mencari dan menyelesaikan permasalahan kronik ini. Jangan biarkan generasi muda kita dirasuk oleh UMNO/BN. Sanggupkah kita melihat anak-anak kaum kerabat dan sahabat karib serta jiran tetangga kita menjadi mangsa kebejatan kehidupan sekular ini. Ingatlah sejarah telah membuktikan bahawa kejayaan sesuatu umat itu banyak bergantung kepada sumbangan generasi muda lelaki dan wanita yang cergas bertenaga dan bijak membawa perubahan. Muslimat PAS perlu membawa mereka menyedari akan potensi mereka agar mereka memperolehi kekuatan intelek, emosi, fizikal dan spiritual yang dapat menjayakan perubahan serta kemajuan. MARA BERSAMA KE MEDAN JIHAD Bangkitlah wahai Muslimat terutama Muslimat Muda PAS bersama-sama berjuang di dalam gerakan kebenaran dan misi kesedaran ini tanpa lengah dan bertangguh-tangguh. Mari kita bergerak di dalam satu saf jamaah bersepadu secara terancang dan tersusun mengikut kemampuan kita dan terus mara ke medan jihad. Selagi kita tidak bermula dengan mengharapkan orang lain, selagi itu kita tidak akan mampu menahan gelombang dakyah kehidupan sekular yang membawa dosa dan kemaksiatan secara bersaorangan. Masa untuk bersenang-senang, sembang-sembang di atas tangga, membeli-belah tanpa menghirau masa di pasaraya, bersantai-santai dengan teman membiar masa berlalu begitu saja, duduk berjam-jam di depan tv, melayari internet tanpa tujuan perlulah dihentikan segera.

Page 10: Ucapan Tema Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat - Muktamar Tahunan PAS ke-57

“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”

Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 9 -

Masa untuk sibuk dengan agenda peribadi sahaja telah berakhir! Marilah kita bersama-sama turun padang mengharungi segala onak dan duri. Masa untuk kita terlalu singkat sedangkan terlalu banyak perubahan dan pembaikan yang perlu dilakukan. Kerana kematian dan pertemuan dengan Allah sangat hampir. Kita amat bimbang amanah yang dipikul ini tidak sempat ditunaikan dengan baik. Firman Allah s.w.t pada surah Ali Imraan : ayat 142; Yang bermaksud: “ Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga pada hal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan) ? “ Tuan-Puan yang dihormati sekalian; TARBIYAH DARI ALLAH S.W.T Allah Rabbul Alamin, Yang Maha Mendidik Alam sentiasa menjadikan segala sesuatu kejadian sebagai iktibar serta pengajaran bagi mereka yang mahu berfikir. FirmanNya pada surah Ali Imraan : ayat 190 dan 191; Yang bermaksud: “ Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata) wahai tuhan kami tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini

Page 11: Ucapan Tema Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat - Muktamar Tahunan PAS ke-57

“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”

Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 10 -

dengan isia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” Oleh itu marilah kita merenung kembali beberapa peristiwa yang telah berlaku pada masa dulu dan sekarang bagi mengambil mutiara-mutiara perjuangan untuk menyemarakkan daya juang serta kejayaan jihad kita. I. Enam Belas Pilihan Raya Kecil dan Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak sebagai tarbiyah siyasi dari Allah. Bermula dengan kemenangan kemudian bersilih ganti dengan kekalahan demi kekalahan yang kita hadapi pada semua PRK kebelakangan ini, malah terakhir dengan kita tidak dapat satupun kerusi pada PRUN Sarawak baru-baru ini, perlu disedari ianya adalah iktibar dari Allah s.w.t. Ia menunjukkan mesej yang amat jelas daripada Allah s.w.t bahawa tiada “magic” dan jalan pintas bagi memenangi sesuatu perjuangan. Kejayaan sesuatu perjuangan itu memerlukan usaha-usaha yang murni, gigih dan bersungguh-sungguh serta berterusan. Mana mungkin pengundi-pengundi yang tidak langsung mengenali dan memahami perjuangan PAS dapat semua dirayu dan diyakinkan dalam hanya 8 ke 10 hari berkempen? Disamping itu dengan penuh cabaran fitnah dan tohmahan dari UMNO/BN yang tidak segan silu menggunakan seluruh kekuatan jentera kerajaan pusat dan negeri. Rasulullah s.a.w telah menunjukkan dengan jelas betapa sesuatu perjuangan itu mestilah diiringi dengan pengorbanan, komitmen yang tinggi dan keberanian. Kalaulah setakat beramai-ramai memenuhi markas-markas dan bilik-bilik gerakan PAS, tetapi tidak pergi menemui para pengundi, hanya berbekalkan poster dan kibaran bendera, janganlah diimpikan kemenangan akan datang bergolek.

Page 12: Ucapan Tema Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat - Muktamar Tahunan PAS ke-57

“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”

Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 11 -

Kita mesti semua turun bertemu para pengundi, baik petugas muslimat mahupun muslimin, bagi menerangkan dan menjelaskan hasrat PAS bersama-sama agenda Pakatan Rakyat kepada mereka dengan penuh bijaksana. Percayalah bayangannya kelihatan sudah hampir akan tiba masa dan saatnya pengundi-pengundi yang memangkah UMNO/BN hari ini, mereka itulah juga yang akan menjatuhkan UMNO/BN bila tiba saat dan ketentuan dari Allah s.w.t. II. Kejayaan Rasulullah dan para pejuang Islam terdahulu. Kejayaan Rasulullah membina daulah Islam pertama di Madinah dimana orang-orang Islam adalah golongan minoriti adalah contoh teladan unggul perlu diikuti. Setelah hanya 13 tahun baginda berdakwah di bumi Mekah, dengan diiringi oleh para sahabat dan pendokong-pendokong setia, baginda berhijrah dan menegakkan kerajaan di bumi Madinah dengan sokongan penuh penduduk tempatan. Apakah resepi kejayaan baginda ini? Resepi utama kejayaan baginda adalah; pertama keimanan serta keyakinan yang teguh, kedua ketaqwaan serta ta’abbudi yang mutlak terhadap Allah. Di atas kedua-dua dasar utama inilah lahir kepimpinan Rasulullah berjaya merubah keadaan kejanggalan serta kecurangan masyarakat sekitar. Baginda berjaya merubah kejelekan cara hidup umat serta kerosakan akhlak dan budi mereka kepada satu sistem hidup yang bertamaddun, berdisiplin dan harmoni. Maka terciptalah satu tamadun gemilang yang memberi cahaya kebahagian kepada umat dan dunia seluruhnya. Keimanan serta keyakinan yang menjiwai dan membajai kepimpinan Rasulullah s.a.w melahirkan ciri-ciri unggul dan unik, iaitu;

Page 13: Ucapan Tema Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat - Muktamar Tahunan PAS ke-57

“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”

Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 12 -

- Tauhidillah iaitu kepimpinan dan perjuangan yang mengembalikan umat ke jalan Allah;

- Ta’abbud iaitu mengabdi dan memperhambakan diri hanya kerana Allah dalam semua urusan hidup;

- Amanah iaitu bertanggungjawab di atas segala urusan yang dipikul;

- Taslim dan tawakkal iaitu menyerah diri kepada Allah dalam semua ketatapan tanpa terselit faedah peribadi atau faedah maddi (kebendaan).

Taqwa serta ta’abbudi pula menjadi intipati kepada kepimpinan yang bermagnet iaitu yang berkesan lagi berpengaruh. Ianya melahirkan dua ciri utama iaitu; pertama - jihad lillah (perjuangan kerana Allah) dan kedua – akhlaqul karimah (akhlak yang mulia). Dengan kekuatan iman dan yakin serta taqwa dan ta’abbudi inilah yang menjadi resepi kejayaan gerak kerja baginda di dunia dan akhirat. Ia kemudiannya meresapi pada perjuangan para sahabat baginda serta pada para pejuang Islam seterusnya. Justeru itu dengan izin Allah Islam dapat didaulatkan menerusi tangan-tangan mereka. Lantas terang dan sejahteralah kehidupan alam dengan nikmat Islam. Maka benarlah firman Allah dalam surah al-Anbiya : ayat 107; Yang bermaksud; “ Dan tidaklah Kami (Allah) mengutuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan menjadi rahmat bagi sekalian alam.” Tuan-Puan yang dihormati sekalian;

Page 14: Ucapan Tema Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat - Muktamar Tahunan PAS ke-57

“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”

Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 13 -

SYARAT-SYARAT KEJAYAAN Setelah kita hayati sedikit paparan resepi kejayaan perjuangan baginda Rasulullah s.a.w itu, maka untuk kita ulangi kejayaan tersebut, syarat-syarat berikut perlulah kita patuhi; I. Keintiman dengan Allah s.w.t Firman Allah s.w.t di dalam surah al-Fatihah : ayat 5; Yang bermaksud: “ Hanya kepadaMu kami mengabdikan diri dan kepadaMu kami mohon pertolongan.” Ikrar dan penegasan kita dalam ayat ini antaranya menunjukkan bahawa untuk kita layak mendapat pertolongan Allah, hendaklah kita memberikan kepatuhan dan pengabdian yang mutlak terlebih dahulu kepadaNya. Hakikatnya kemenangan ataupun kejayaan dalam apa jua yang kita mahu, adalah dengan izin Allah jua. Sesungguhnya inilah teladan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah dan para sahabat serta para pejuang terdahulu. Samada kegemilangan Panglima Sallahuddin al-Ayubi yang telah berjaya membebaskan bumi Palestin dan kota Baitul Muqaddis, mahupun Sultan Muhammad al-Fateh yang telah menawan kota Konstantinopel. Para solihin ini beserta pejuang-pejuang mereka diibaratkan oleh kawan dan lawan dengan ungkapan -

“ abid di waktu malam dan pejuang di waktu siang. “

Page 15: Ucapan Tema Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat - Muktamar Tahunan PAS ke-57

“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”

Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 14 -

Kehebatan manusia teladan dan cemerlang ini, mereka berjuang siang dan malam. Di waktu siang melaksanakan amanah Allah kepada manusia, pada malamnya mereka merintih dan merayu kepada Yang Maha Pemurah dan Yang Maha Memiliki. Jika teladan inilah dapat kita hayati, semestinyalah kita juga layak menerima kemenangan dan kecemerlangan seperti mereka juga. Justeru itu kesibukan kita mendekati Allah akan melahirkan agenda-agenda perjuangan di dalam jamaah seperti mesyuarat-mesyuarat mengatur strategi tindakan, kempen-kempen penerangan dan dakwah serta gerak kerja kebajikan masyarakat. Kesibukan kerana Allah dalam mencari persefahaman dan kata muafakat ini juga akan melahirkan ikatan ukhuwah fillah yang mensucikan jiwa-jiwa dari segala kebencian dan buruk sangka, perselisihan berpanjangan dan penghinaan, cemburu dan hasad dengki serta dendam kesumat yang memakan diri. Seterusnya penghayatan kerana Allah ini dapat mengalirkan rasa kasih sayang ke dalam jiwa-jiwa kita. Bahkan kekuatan kasih sayang itulah yang memungkinkan kita dengan izin Allah melangkah dengan langkah yang padu dan mantap menempuh segela rintangan dan benteng-benteng musuh bagi mencapai kemenangan perjuangan. II. Jentera yang tersusun rapi. Firman Allah dalam surah as-Sof : ayat 4 ; Yang bermaksud: “ Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agama Nya dalam barisan yang tersusun rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang kukuh.” Setiap kita mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Oleh itu hendaklah kita mencari potensi diri dan meletakkan diri masing-

Page 16: Ucapan Tema Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat - Muktamar Tahunan PAS ke-57

“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”

Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 15 -

masing di posisi yang selayaknya. Jangan sesekali memandang rendah kepada sahabat-sahabat seperjuangan. Hargai setiap sumbangan walaupun sekecil manapun. Masukkanlah diri ke dalam ruang-ruang kosong sebagaimana batu bata disusun menjadi sebuah bangunan yang kukuh. Segala kekurangan dan kelemahan diri adalah ruang-ruang kita bergantung antara satu dengan lain. Tiada sesiapa yang sempurna melainkan Allah s.w.t. Ketua-ketua diseluruh peringkat seharusnya menyusun ahli-ahli mengikut keupayaan dan kekurangan masing-masing. Tiada pekerjaan yang lebih mulia daripada sesuatu pekerjaan yang dilakukan kerana Allah jua. Muslimat yang dikasihi sekalian; III. Bergerak mengikut peraturan dan sikap realisitik. Saya memohon ketika kita berusaha mengatur gerak langkah kita dalam segenap urusan jamaah, kita perlu menyesuaikannya mengikut Perlembagaan PAS. Perlembagaan parti kita digubal semata-mata untuk melancarkan lagi gerak kerja jamaah secara tertib dan teratur di semua peringkat. Jika kita para pemimpin sendiri yang diharap-harapkan memandu perjalanan parti dan ahli-ahli parti tidak patuh dengan perlembagaan tersebut, siapakah lagi yang dapat diharapkan untuk mengikutnya? Perlembagaan parti kita telah melalui proses syura di peringkat tertinggi dan telah diluluskan oleh Muktamar Tahunan dalam semangat permuafakatan. Patutkah kita pula kemudian mengkhianatinya? Firman Allah dalan surah as-Syura : ayat 38 ;

Page 17: Ucapan Tema Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat - Muktamar Tahunan PAS ke-57

“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”

Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 16 -

Yang bermaksud: “ Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan solat dengan sempurna, dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami berikan padanya.” IV. Strategi yang berkesan. Rasulullah s.a.w mengajar pelbagai strategi perjuangan dalam menghadapi kawan dan lawan. Antara strategi yang dilaksanakan baginda ialah memastikan setiap perancangan tidak sampai ke tangan musuh dengan ditanam kerahsian dan sikap hazar di kalangan setiap jentera. Bermesyuarat dan berbincanglah bersama-sama kita mengatur sebaik-baik strategi dalam setiap perancangan yang telah dipersetujui. Ingatlah kata-kata Saidina Ali k.w :

Yang bermaksud: “ Kebenaran tanpa peraturan ataupun perancangan dapat dikalahkan oleh kebatilan yang punya peraturan dan perancangan rapi.” Muslimat yang dikasihi sekalian; PERSEDIAAN PRU KE 13. Gendang PRU ke 13 sudah dipalu dan mulai hangat kedengaran ke seluruh pelusuk negara. UMNO/BN telah mula mengembar-

Page 18: Ucapan Tema Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat - Muktamar Tahunan PAS ke-57

“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”

Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 17 -

gemburkan slogan-slogan “Satu Malaysia”, transformasi ekonomi dan sebagainya serta telah menabur janji-janji manis. Marilah kita tekadkan azam, kuatkan semangat, merancang dan melaksanakan gerak kerja PRU dengan penuh komitmen. Tiada alasan menasabah untuk kita masih bertangguh-tangguh. Kita memerlukan komitmen semua ahli-ahli PAS seluruhnya dan para muslimat adalah satu komponen penting jamaah kita dalam menguruskan gerak kerja bagi mencapai kejayaan. Marilah kita praktikkan segala ilmu dan kepakaran pengurusan dan perjalanan pilihan raya yang telah kita jalani melalui kursus-kursus, bengkel-bengkel serta segala pengalaman yang telah kita hadapi daripada semua 16 PRK dan PRUN Sarawak yang telah berlalu. I. Menawan hati pengundi-pengundi melalui penerangan dan dakwah berhikmah. Mulai sekarang kita sepatutnya telah turun padang mengenal pasti pengundi-pengundi, mendaftarkan pengundi-pengundi muda dari kalangan kita dulu, jiran tetangga dan rakan taulan. Kita ziarahi setiap rumah di bandar-bandar, pinggir-pinggir bandar, di setiap kampung dan desa menyeru dan meraih mereka agar memilih Islam yang syumul. Kita ketuk pintu-pintu hati mereka dengan penuh keinsafan dan kesedaran beragama serta keharmonian bermasyarakat. Kita jelaskan juga cita-cita perjuangan PAS – PAS For All – PAS untuk semua dan terangkan kepada mereka segala tawaran Pakatan Rakyat seperti yang tertera pada Buku Jingga. Kita jelaskan perubahan dan pembaikan yang telah dilakukan terhadap negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Terutamanya peranan muslimat PAS khususnya dan wanita Pakatan Rakyat amnya dalam urusan pentabdiran kerajaan dengan menerajui

Page 19: Ucapan Tema Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat - Muktamar Tahunan PAS ke-57

“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”

Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 18 -

portfolio yang mencabar seperti pelaburan dan perindustrian, pendidikan tinggi dan pembangunan insan di Selangor. Juga menerajui portfolio kesihatan, kebajikan masyarakat dan pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. II. Menawan hati rakan melalui ketulusan hati. Perkukuhkan semangat setiakawan bersama-sama rakan-rakan seperjuangan kita dalam Pakatan Rakyat, semua wanita ahli-ahli dan penyokong DHPP, PKR, PSM dan DAP berganding bahu melaksanakan strategi serta muafakat setempat. Fokuskan kepada kepentingan dan matlamat bersama dan kecilkan segala salah faham dan pekara titik-bengik yang menghalang kita dapat bergerak maju dengan penuh kesepaduan. Kejayaan Pakatan Rakyat adalah kejayaan kita bersama. III. Menawan hati lawan melalui strategi bijaksana. Patuhilah segala arahan pimpinan dalam melaksanakan strategi menghadapi pihak lawan. Janganlah kita terburu-buru mengambil keputusan sendiri serta jangan pula bertangguh-tangguh. Ingatlah contoh teladan para sahabat Rasulullah yang setia mematuhi segala arahannya. Ambillah tugasan yang kita ukur dengan kemampuan kita janganlah cemburu dengan kemampuan sahabat dan rakan seperjuangan. Juga kita perlu berani mencuba dan jangan ragu-ragu dengan segala keputusan yang telah dimuafakatkan. PENUTUP Muslimat yang dikasihi sekalian, sedarilah bahawa apapun jawatan di peringkat manapun yang diamanahkan kepada kita, jika kita jalankan dengan penuh komitmen dan keikhlasan pastinya insya-Allah kejayaan dapat digarap. Jangan lupa bahawa ianya juga merupakan

Page 20: Ucapan Tema Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat - Muktamar Tahunan PAS ke-57

“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”

Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 19 -

satu pelaksanaan ibadah yang mendapat ganjaran seperti yang dijanjikan oleh Allah s.w.t Sesungguhnya jika kita bersungguh-sungguh penuh komited melaksanakan segala yang telah diamanahkan kepada kita, ganjaran pahalanya dapat kepada kita juga bukan orang lain. Firman Allah dalam surah al-Israa’ : ayat 7; Yang bermaksud; “ Jika kamu berbuat kebaikan (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu, dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesan buruknya) berbalik kepada diri kamu juga.” Akhir sekali marilah kita dengan segala rendah hati memohon agar Allah memenangkan umat Islam di Timur Tengah dan di mana saja mereka berada serta memberikan kesejahteraan untuk semua. Tidak lupa juga kita merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa Panatia Muktamar kali ini yang telah bertungkus lumus menjayakan muktamar ini. Juga kepada Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat serta semua yang terlibat kita ucapkan dengan berbanyak terima kasih, semoga ianya akan dikira sebagai amal jariah yang akan diberikan ganjaran sewajarnya oleh Allah s.w.t. Mudah-mudahan Allah memberkati Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke 51 agar berjaya menjana rumusan dan tindakan susulan yang matang. Sekian. Wa Billahi Taufik Wal hidayah. Wa Salaamu’alaykum Wa Rahmatullahi Wa barakatuh. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.