ucapan ydp

5
Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya memberi sepatah dua kata dalam Majlis Hari Anugerah Cemerlang bagi tahun 2016. Saya amat berbangga kerana pada tahun ini sekali lagi SMK Puteri Wilayah telah berjaya menganjurkan Hari Anugerah Cemerlang. Pertama sekali saya ingin merakamkan berbanyak terima kasih kepada pihak sekolah kerana menjemput saya untuk sama-sama memeriahkan Hari Anugerah Cemerlang ini. Saya mewakili PIBG sekolah ini mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua guru yang tidak jemu mendidik anak-anak kami sehingga berjaya seperti hari ini. Gandingan yang baik antara ibu bapa dan semua guru serta kakitangan sekolah memungkinkan kejayaan anak-anak ini. Semoga penghargaan ini akan meniup semangat yang lebih kepada murid-murid yang berjaya khasnya dan kepada semua murid di sekolah ini umumnya. Hadirin sekalian, Detik bersejarah ini merupakan puncak kejayaan garapan kecemerlangan sekolah, setelah bertungkus lumus menyemai usaha dan kini detiknya untuk para pelajar menuai kejayaan. Saya percaya kejayaan yang diperoleh oleh para

description

ucapan hari anugerah cemerlang

Transcript of ucapan ydp

Page 1: ucapan ydp

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya memberi sepatah dua kata dalam Majlis Hari Anugerah Cemerlang bagi tahun 2016. Saya amat berbangga kerana pada tahun ini sekali lagi SMK Puteri Wilayah telah berjaya menganjurkan Hari Anugerah Cemerlang.

Pertama sekali saya ingin merakamkan berbanyak terima kasih kepada pihak sekolah kerana menjemput saya untuk sama-sama memeriahkan Hari Anugerah Cemerlang ini. Saya mewakili PIBG sekolah ini mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua guru yang tidak jemu mendidik anak-anak kami sehingga berjaya seperti hari ini. Gandingan yang baik antara ibu bapa dan semua guru serta kakitangan sekolah memungkinkan kejayaan anak-anak ini. Semoga penghargaan ini akan meniup semangat yang lebih kepada murid-murid yang berjaya khasnya dan kepada semua murid di sekolah ini umumnya.

Hadirin sekalian,

Detik bersejarah ini merupakan puncak kejayaan garapan kecemerlangan sekolah, setelah bertungkus lumus menyemai usaha dan kini detiknya untuk para pelajar menuai kejayaan. Saya percaya kejayaan yang diperoleh oleh para pelajar adalah simbol kejayaan sistem persekolahan dan pendidikan itu sendiri hasil kerjasama mantap antara barisan pentadbir, guru-guru dan para murid

Hari Anugerah Cemerlang adalah kayu ukur kepada prestasi pencapaian murid. Bagi murid yang berjaya meraih anugerah cemerlang, pihak PIBG ingin mengucapkan syabas dan tahniah manakala bagi murid yang belum berjaya jangan putus asa kerana preskripsi kegagalan ialah rajin, tekun dan gigih berusaha. Usaha yang gigih akan menghasilkan kejayaan yang cemerlang.

Page 2: ucapan ydp

Hadirin yang saya hormati,

Sesungguhnya, majlis ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh murid yang berjaya mencipta kecemerlangan dan menempa nama dalam bidang kurikulum khasnya dan kokurikulum amnya. Kejayaan dan kecemerlangan murid dalam bidang yang diceburi sewajarnya dihargai. Semoga kejayaan murid-murid yang akan menerima anugerah pada hari ini akan menjadi inspirasi kepada para murid lain untuk berusaha dengan lebih gigih.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Pada hari ini, peranan pendidikan telah berubah. Murid-murid bukan sahaja datang ke sekolah untuk belajar tetapi untuk dididik sebagai pewaris negara agar menjadi modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia. Kita juga patut sedar, sistem pendidikan kini memerlukan perubahan selaras dengan keperluan semasa, untuk memenuhi tuntutan zaman. Sistem pendidikan kita mestilah sentiasa dinamik dan progresif serta bersedia untuk  melalui proses perubahan dan pembaharuan seiring dengan peredaran zaman.

Para hadirin yang saya muliakan,

Sasaran membawa negara mencapai standard pendidikan berkualiti di peringkat antarabangsa perlu digalas semua pihak. Pelbagai program diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan seperti Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah sebagai platform meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak-anak serta menggalakkan penglibatan komuniti dengan sekolah.

Usaha menjadikan para murid sebagai peneroka ilmu dan bukan sekadar pengikut amat penting bagi mempersiapkan generasi muda dengan keperluan abad ke-21. Selama ini, kita beranggapan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak-anak mereka di

Page 3: ucapan ydp

sekolah berlaku secara semula jadi. Namun, dengan perubahan zaman dan cabaran semasa, usaha secara bersepadu dan bersungguh-sungguh melalui satu kaedah perlu dilakukan oleh semua lapisan masyarakat supaya dapat menyumbang kepada kejayaan anak-anak. Ibu bapa perlu menitikberatkan soal pembelajaran secara berterusan bukan sahaja di sekolah tetapi juga di rumah.

Hadirin sekalian,

Harapan saya agar semua guru, ibu bapa dan murid sentiasa bekerja keras bagi memastikan sekolah ini sentiasa mempersiapkan diri untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Namun yang pasti sahsiah yang terpuji dengan disiplin yang tinggi sahaja yang mampu memastikan SMK Puteri Wilayah terus cemerlang.

Akhir kalam, saya sekali lagi mengucapkan syabas kepada semua guru dan murid yang telah bekerja keras untuk memastikan kejayaan dan kelancaran Hari Anugerah Cemerlang ini. Semoga kita semua mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Sekian terima kasih.