uctc.upm.edu.my · Web viewProgram akan dilaksanakan dari 13-16 Ogos bermula dari jam 9 pagi –...

3
PROGRAM MARKET UCTC SEMPENA HIGHER EDUCATION WEEK 2015 13-16 Ogos 2015 Perkarangan KPM, Presint 5, Putrajaya Pasar UCTC atau lebih dikenali sebagai Market UCTC yang diselia oleh UCTC UPM adalah merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan sempena pelaksanaan Program Higher Education Week 2015 (HEWM 2015). Program akan dilaksanakan dari 13-16 Ogos bermula dari jam 9 pagi – 5.00 petang di Perkarangan KPM, Presint 5, Putrajaya. Selain itu juga, program ini dijayakan dengan penglibatan 11 buah UCTC dari IPT seperti UPM, UKM, UM, UTM, UMP, UTHM, UMT, UTHM, UniMAP, UPSI, UniMAP, dan USIM. Tidak ketinggalan juga, Market UCTC turut mempromosikan usahawan Mobile Book Café dan IKS bimbingan Mini RTC Kuala Pilah untuk menyerlahkan lagi usaha dan peranan KPM di bawah National Blue Oceon Strategy (NBOS). Market UCTC adalah berkonsepkan jualan yang menghimpunkan produk-produk hasil inisiatif universiti (penerbitan/produk) sama ada dari kalangan ahli universiti, pelajar dan juga usahawan bimbingan untuk dijual kepada orang pengunjung dengan harga yang lebih rendah (sekurang-kurangnya 20 peratus) dari

Transcript of uctc.upm.edu.my · Web viewProgram akan dilaksanakan dari 13-16 Ogos bermula dari jam 9 pagi –...

Page 1: uctc.upm.edu.my · Web viewProgram akan dilaksanakan dari 13-16 Ogos bermula dari jam 9 pagi – 5.00 petang di Perkarangan KPM, Presint 5, Putrajaya. Selain itu juga, program ini

PROGRAM MARKET UCTC SEMPENA HIGHER EDUCATION WEEK 2015

13-16 Ogos 2015

Perkarangan KPM, Presint 5, Putrajaya

Pasar UCTC atau lebih dikenali sebagai Market UCTC yang diselia oleh UCTC UPM adalah

merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan sempena pelaksanaan Program Higher

Education Week 2015 (HEWM 2015). Program akan dilaksanakan dari 13-16 Ogos bermula

dari jam 9 pagi – 5.00 petang di Perkarangan KPM, Presint 5, Putrajaya. Selain itu juga,

program ini dijayakan dengan penglibatan 11 buah UCTC dari IPT seperti UPM, UKM, UM,

UTM, UMP, UTHM, UMT, UTHM, UniMAP, UPSI, UniMAP, dan USIM. Tidak ketinggalan juga,

Market UCTC turut mempromosikan usahawan Mobile Book Café dan IKS bimbingan Mini

RTC Kuala Pilah untuk menyerlahkan lagi usaha dan peranan KPM di bawah National Blue

Oceon Strategy (NBOS).

Market UCTC adalah berkonsepkan jualan yang menghimpunkan produk-produk hasil

inisiatif universiti (penerbitan/produk) sama ada dari kalangan ahli universiti, pelajar dan

juga usahawan bimbingan untuk dijual kepada orang pengunjung dengan harga yang lebih

rendah (sekurang-kurangnya 20 peratus) dari kadar pasaran. Bersesuaian dengan itu,

Market UCTC secara tidak langsung akan memberikan manfaat kepada pembeli dalam

menangani kos sara hidup yang semakin tinggi dan pengguna juga memperolehi produk yg

telah teruji dan dipercayai keberkesanannya. Program ini juga mendukung peranan sebenar

UCTC dalam menghubungkan pihak universiti dengan komuniti luar.

Page 2: uctc.upm.edu.my · Web viewProgram akan dilaksanakan dari 13-16 Ogos bermula dari jam 9 pagi – 5.00 petang di Perkarangan KPM, Presint 5, Putrajaya. Selain itu juga, program ini

Pelbagai aktiviti menarik telah direncanakan seperti berikut:

a) Karnival Jualan Buku (Lobi Utama KPM)

- Jualan buku-buku terbitan universiti,

- Jualan buku terpakai (untuk dana wakaf universiti),

- Sesi bersama penulis,

- Promosi buku-buku terbaik/best seller, dan juga

- lelongan buku-buku dalam sesi happy hour.

b) Jualan Produk Inisiatif Universiti (Perkarangan KPM)

- Jualan produk universiti

- Jualan produk usahawan pelajar

- Jualan Jualan produk usahawan bimbingan universiti

- Jualan IKS Mini RTC Kuala Kuala Pilah

- Jualan Mobile Book Café

c) Demostrasi dari universiti dan usahawan (Perkarangan KPM)

- Pembuatan Baja dari Sisa Buangan Dapur (UTM)

- Kain Pua (UM)

- Mee Goreng (UniMAP)

- Penghasilan Kabung dan Gula Stevia (UiTM)

- Menjahit Manik (3D)

- Green Fingers at UCTC (UPM)

- Masakan Menggunakan Sos Lokan (UMT)

- Cili Bangi dan Qalamy (UKM)

- Penggunaan Afdhal Oil (UPM)

Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan suasana…..