UEM Sunrise sasar jualan lebih RM300j...

1
Pelabur perlu disiplin, sabar INI adalah berdasarkan kisah benar di dalam dunia saham. Ramai yang menghubungi saya melalui e-mel dan pesanan peribadi di media sosial Face- book yang bertanyakan tentang pembelajaran saham, nasihat saham serta perkara-perkara yang bersangkutan dengan pasaran saham. Saya telah dihubungi oleh Sazali (bukan nama sebenar) melalui pesanan peribadi di media sosial Facebook yang berhasrat untuk menceburi bi- dang pelaburan saham. Sebagaimana yang sedia maklum, saya sering meng- ingatkan kepada sesiapa sa- haja yang berminat melabur di dalam pasaran saham Bursa Malaysia agar mempelajari asas-asas mengenai pasaran sa- ham terlebih dahulu. Setiap pelaburan terdedah kepada risiko dan setiap per- niagaan yang dijalankan oleh syarikat tersenarai di Bursa Malaysia juga terdedah kepada risiko kerugian. Justeru, saya menyarankan kepada dia agar mendapatkan ilmu pelaburan saham terlebih dahulu termasuk membuat per- siapan sebelum melabur. Persediaan tersebut seperti mengikuti kolum Cikgu Sa- ham di Utusanbiz yang disiar- kan pada setiap hari Rabu atau membaca panduan saham di akaun Facebook Cikgu Saham. Panduan yang lain pula ialah seperti memerhatikan turun naik harga saham sekurang- kurangnya 15 minit setiap hari bagi yang ingin membuat urus niaga saham secara aktif di pasaran terbuka, membaca atau mengambil tahu perkem- bangan dunia saham atau ber- ita-berita syarikat tersenarai serta menetapkan prinsip atau matlamat pelaburan. Tujuan saya menangguhkan untuk memberikan pembelaja- ran saham secara menyeluruh ialah untuk melatih seseorang itu mempunyai sikap pen- yabar, rajin mengambil tahu atau mengikuti perkembangan pasaran semasa serta berdisi- plin dalam melakukan aktiviti pelaburan. Mungkin setiap orang mem- punyai pendekatan masing- masing tetapi pendekatan yang saya lakukan ini semata-mata untuk melahirkan generasi pelabur dan pedagang saham yang bijak dan berjaya menjana pendapatan yang berterusan. Ini kerana sehingga di saat ini masih ramai yang kecundang dan tersilap memilih saham syarikat tersenarai yang boleh menghasilkan keuntungan dalam pelaburan yang dibuat. Contoh yang terdekat kita ambil daripada kolum yang dis- iarkan pada minggu lepas yang mana saham syarikat yang baru tersenarai di Bursa Malaysia telah jatuh 36 peratus daripada harga terbitan. Justeru pelabur yang mel- anggan saham tawaran awam permulaan (IPO) tersebut tidak sempat merasai keuntungan daripada pelaburan yang dibuat. Dan ini menunjukkan baha- wa pelaburan di pasaran saham mempunyai risiko kejatuhan harga dan ini perlu dielak- kan dengan adanya ilmu serta membuat persediaan awal. Saya juga melarang Sazali daripada membuat urus niaga jual beli saham sebelum men- dapatkan pembelajaran saham daripada saya. Juga, semasa dalam proses belajar, saya tidak membenarkan pelajar untuk memasuki pasaran sebelum mereka benar-benar faham apa yang diajar. Tempoh ‘berpantang’ ini mungkin selama satu bulan dan maksimum tiga bulan. Dan ini terkecuali kepada membuat pelaburan di dalam saham IPO. Dalam proses pembelaja- ran ini, saya akan memantau perkembangan atau prestasi pelajar dari segi soal jawab dan tugas yang saya berikan. Tugas utama yang saya berikan ialah untuk mengenal pasti atau menyaring saham-saham ber- potensi setiap hari. Ini bermakna tugasan ini perlu dilakukan setiap hari dalam masa satu bulan sehing- ga tiga bulan atau dipanggil sebagai paper trade atau urus niaga saham atas kertas. Komunikasi dua hala san- gat digalakkan dalam proses pembelajaran ini agar pelajar dapat membetulkan kesilapan atau bertanya apa-apa soalan tentang pasaran saham yang berdasarkan urus niaga sebe- nar iaitu dari jam 9 pagi hing- ga 5 petang memandangkan pelabur atau pedagang saham tidak perlu berada di depan skrin komputer atau telefon bimbit melihat turun naik har- ga saham sepanjang hari. Berbalik kepada kisah Sazali, segala nasihat dan panduan yang saya berikan tidak di- patuhi. Saya telah dihubungi beberapa kali oleh Sazali yang meminta pendapat tentang sesuatu saham syarikat terse- narai tetapi saya melarang dia daripada membuat urus niaga saham sehingga saya memu- lakan pembelajaran saham ke- padanya. Dipendekkan cerita, saya sangat kecewa melihat portfo- lio pelaburan Sazali telah me- nanggung kerugian di atas ker- tas sebanyak RM33,000 hanya dalam tempoh kurang sebulan. Dan kerugian ini dibuat sebe- lum mendapatkan pembelaja- ran daripada saya. Diharap para pembaca mengambil iktibar daripada ki- sah Sazali. Untuk mendapatkan peng- etahuan tentang pasaran saham, sila hadir ke Simposium Saham Utusan 2017 dengan mendaftar di pautan ini: http://bit.ly/simpo- siumsaham utusan2017 CIKGU SAHAM Zuraida Mohd. Zakaria Saya sangat kecewa melihat portfolio Sazali telah menanggung kerugian di atas kertas sebanyak RM33,000 hanya dalam tempoh kurang sebulan.

Transcript of UEM Sunrise sasar jualan lebih RM300j...

Page 1: UEM Sunrise sasar jualan lebih RM300j INIwordpress1.rm7mills.com/notasaham/wp-content/uploads/sites/3/2017/... · Contoh yang terdekat kita ... perkembangan atau prestasi pelajar

17UTUSANBIZUTUSAN MALAYSIA • RABU 16 OGOS 2017

Pelabur perlu disiplin, sabar INI adalah berdasarkan kisah benar di dalam dunia saham. Ramai yang menghubungi saya melalui e-mel dan pesanan peribadi di media sosial Face-book yang bertanyakan tentang pembelajaran saham, nasihat saham serta perkara-perkara yang bersangkutan dengan pasaran saham.

Saya telah dihubungi oleh Sazali (bukan nama sebenar) melalui pesanan peribadi di media sosial Facebook yang berhasrat untuk menceburi bi-dang pelaburan saham.

Sebagaimana yang sedia maklum, saya sering meng-ingatkan kepada sesiapa sa-haja yang berminat melabur di dalam pasaran saham Bursa Malaysia agar mempelajari asas-asas mengenai pasaran sa-ham terlebih dahulu.

Setiap pelaburan terdedah kepada risiko dan setiap per-niagaan yang dijalankan oleh syarikat tersenarai di Bursa Malaysia juga terdedah kepada risiko kerugian.

Justeru, saya menyarankan kepada dia agar mendapatkan ilmu pelaburan saham terlebih dahulu termasuk membuat per-siapan sebelum melabur.

Persediaan tersebut seperti mengikuti kolum Cikgu Sa-ham di Utusanbiz yang disiar-kan pada setiap hari Rabu atau membaca panduan saham di akaun Facebook Cikgu Saham.

Panduan yang lain pula ialah seperti memerhatikan turun naik harga saham sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari bagi yang ingin membuat urus niaga saham secara aktif di pasaran terbuka, membaca atau mengambil tahu perkem-bangan dunia saham atau ber-ita-berita syarikat tersenarai serta menetapkan prinsip atau matlamat pelaburan.

Tujuan saya menangguhkan untuk memberikan pembelaja-ran saham secara menyeluruh ialah untuk melatih seseorang itu mempunyai sikap pen-yabar, rajin mengambil tahu atau mengikuti perkembangan pasaran semasa serta berdisi-plin dalam melakukan aktiviti pelaburan.

Mungkin setiap orang mem-punyai pendekatan masing-masing tetapi pendekatan yang saya lakukan ini semata-mata untuk melahirkan generasi pelabur dan pedagang saham yang bijak dan berjaya menjana pendapatan yang berterusan.

Ini kerana sehingga di saat ini masih ramai yang kecundang dan tersilap memilih saham syarikat tersenarai yang boleh menghasilkan keuntungan dalam pelaburan yang dibuat.

Contoh yang terdekat kita ambil daripada kolum yang dis-iarkan pada minggu lepas yang mana saham syarikat yang baru tersenarai di Bursa Malaysia telah jatuh 36 peratus daripada harga terbitan.

Justeru pelabur yang mel-anggan saham tawaran awam permulaan (IPO) tersebut tidak sempat merasai keuntungan daripada pelaburan yang dibuat.

Dan ini menunjukkan baha-wa pelaburan di pasaran saham mempunyai risiko kejatuhan harga dan ini perlu dielak-kan dengan adanya ilmu serta membuat persediaan awal.

Saya juga melarang Sazali daripada membuat urus niaga jual beli saham sebelum men-dapatkan pembelajaran saham daripada saya. Juga, semasa dalam proses belajar, saya tidak membenarkan pelajar untuk memasuki pasaran sebelum mereka benar-benar faham apa yang diajar.

Tempoh ‘berpantang’ ini

mungkin selama satu bulan dan maksimum tiga bulan. Dan ini terkecuali kepada membuat pelaburan di dalam saham IPO.

Dalam proses pembelaja-ran ini, saya akan memantau perkembangan atau prestasi pelajar dari segi soal jawab dan tugas yang saya berikan. Tugas utama yang saya berikan ialah untuk mengenal pasti atau menyaring saham-saham ber-potensi setiap hari.

Ini bermakna tugasan ini perlu dilakukan setiap hari dalam masa satu bulan sehing-ga tiga bulan atau dipanggil sebagai paper trade atau urus niaga saham atas kertas.

Komunikasi dua hala san-gat digalakkan dalam proses pembelajaran ini agar pelajar dapat membetulkan kesilapan atau bertanya apa-apa soalan tentang pasaran saham yang berdasarkan urus niaga sebe-nar iaitu dari jam 9 pagi hing-ga 5 petang memandangkan pelabur atau pedagang saham tidak perlu berada di depan skrin komputer atau telefon bimbit melihat turun naik har-ga saham sepanjang hari.

Berbalik kepada kisah Sazali, segala nasihat dan panduan yang saya berikan tidak di-patuhi. Saya telah dihubungi beberapa kali oleh Sazali yang meminta pendapat tentang sesuatu saham syarikat terse-narai tetapi saya melarang dia daripada membuat urus niaga saham sehingga saya memu-lakan pembelajaran saham ke-padanya.

Dipendekkan cerita, saya sangat kecewa melihat portfo-lio pelaburan Sazali telah me-nanggung kerugian di atas ker-tas sebanyak RM33,000 hanya dalam tempoh kurang sebulan. Dan kerugian ini dibuat sebe-lum mendapatkan pembelaja-ran daripada saya.

Diharap para pembaca mengambil iktibar daripada ki-sah Sazali.

Untuk mendapatkan peng-etahuan tentang pasaran saham, sila hadir ke Simposium Saham Utusan 2017 dengan mendaftar di pautan ini: http://bit.ly/simpo-siumsaham utusan2017

CIKGU SAHAM

Zuraida Mohd. Zakaria

Saya sangat kecewa melihat portfolio Sazali telah menanggung kerugian di atas kertas sebanyak RM33,000 hanya dalam tempoh kurang sebulan.

KERJA menaik taraf landskap Petronas Carigali Sdn Bhd.

Penuhi jangkaan pelanggan jadi kunci kejayaan RohanaOleh JOHARDY [email protected]

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Ke-inginan untuk sentiasa mema-hami dan memenuhi kehendak pelanggan, adalah antara rah-sia kejayaan Rohana Nursery & Trading Sdn. Bhd. (RNTSB), se-buah syarikat yang menawarkan perkhidmatan landskap dan seni taman, yang berpusat di Paka, Terengganu.

Pengarah Urusannya, Rohana Salleh berkata, kakita ngannya sering diingatkan untuk sen-tiasa berusaha memahami per-mintaan dan kehendak pelang-gan agar dapat menawarkan pakej terbaik yang memenuhi keperluan mereka.

Sememangnya tidak mudah bagi sesebuah syarikat tem-patan seperti RNTSB untuk mengekalkan kepuasan pelang-gan terutamanya dalam kala-ngan syarikat-syarikat multina-sional bertaraf dunia.

Namun begitu, usaha me-mahami kehendak pelanggan, memenuhi permintaan serta mematuhi garis panduan yang ditetapkan merupakan satu strategi perniagaan yang sentia-sa diamalkannya sejak dahulu.

“Saya berasal dari keluarga yang susah,” kata anak kelahiran Terengganu yang berumur 53 ta-hun, ketika mengimbau kembali penglibatannya di dalam bidang ini kepada Utusan Malaysia di Paka, baru-baru ini.

Menurut Rohana, beliau ber-nasib baik kerana terpilih men-jadi satu-satunya peserta Belia Malaysia untuk mengikuti Kur-sus Senibina Landskap di bawah tajaan Kerajaan Jepun di Fukuo-ka selama setahun pada 1987.

“Bapa saya seorang nelayan

dan menanggung bilangan ahli keluarga yang ramai. Keadaan tersebut tidak menjadikan saya seorang yang lemah, malah ia menjadi pembakar semangat un-tuk saya terus memajukan diri dan sekaligus dapat membantu meningkatkan taraf hidup kelu-arga,” katanya.

Sekembalinya dari Jepun, be-liau memberanikan diri memu-lakan perniagaan tapak sema-ian secara kecil-kecilan dengan modal hanya RM1,500. Pernia-gaan yang mulanya hanya ber-tumpu kepada jualan pokok bunga dan pasu itu kemudian-nya berkembang dan mendapat tempat di hati pelanggan tempa-tan di sekitar Paka dan Dungun.

Perkembangan pesat sektor minyak dan gas sekitar awal ta-hun 1990-an, turut membuka peluang kepada RNTSB untuk melebarkan sayap sehingga syarikat ini diberi kepercayaan menjalankan kerja-kerja pe-nyelenggaraan landskap oleh sebuah anak syarikat Petronas pada 1990.

Bertitik tolak dari situ, syari-kat RNTSB terus mara ke ha-dapan dan menerima banyak peluang untuk memberi perkh-idmatan kepada syarikat swasta

serta agensi kerajaan. Hari ini syarikatnya telah diberi ke-percayaan untuk menjalankan penyelenggaraan landskap di hampir 80 peratus anak syarikat Petronas yang beroperasi di ka-wasan perindustrian Kertih dan Gebeng, Kuantan. Syarikat Ro-hana ini pula telah beberapa kali diiktiraf Johan Landskap (Kate-gori Kilang) Peringkat Negeri dan Kebangsaan.

KreativitiSememangnya, bidang land-

skap dan seni taman memerlu-kan kreativiti dan kepekaan ter-hadap cita rasa pelanggan. Agar sentiasa kekal sebagai syarikat pilihan, RNTSB menyertai pel-bagai kursus serta latihan, la-watan luar negara, di samping sering membuat penyelidikan atas talian untuk membolehkan syarikat beliau sentiasa tampil dengan idea-idea yang baru.

Dengan langkah proaktif dan sikap progresif ini, perniagaan RNTSB telah berkembang dan kini merangkumi bidang pe-nyelenggaraan kawasan loji dan pejabat, hiasan dalaman, perkh-idmatan pembersihan bangu-nan, kerja-kerja sivil, serta pem-bekalan sumber tenaga kerja dan

peralatan pejabat. Mengambil inspirasi dari kes-

empitan kehidupan yang beliau pernah lalui, Rohana amat ber-syukur RNTSB telah dapat me-nyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 600 anak tempatan termasuk golongan ibu tunggal, serta yang kurang berkemam-puan, malah di antara mereka merupakan warga yang telah berusia dan tidak mempunyai pendidikan secara formal.

“Ia suatu perkara yang men-cabar tetapi saya sentiasa meng-anggap pekerja adalah aset pen-ting syarikat dan perlu diberi perhatian secara berterusan,” jelas Rohana tentang aspek ha-lus pengurusan perniagaan yang beliau pelajari daripada pengli-batannya dengan syarikat-syari-kat besar yang mempunyai jum-lah kakitangan yang besar.

Komitmen dan perhatian yang ditumpukan terhadap tenaga kerja syarikat RNTSB ini mendapat pengiktirafan dari Ke-menterian Sumber Manusia de-ngan anugerah Majikan Prihatin serta beberapa sijil atas kecemer-langan lainnya.

Ditanya tentang harapannya pada masa akan datang, Rohana berkata, beliau bercita-cita un-tuk berkongsi pengalaman ter-utamanya dengan golongan muda yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan dan beliau juga bercita-cita untuk menubuh-kan pusat latihan sendiri sebagai satu daripada sumbangan beliau kepada masyarakat.

“Saya percaya dari setiap rezeki yang kita dapat hari ini adalah berkat daripada usaha dan kesabaran dalam mengha-dapi cabaran dalam perniagaan mahupun kehidupan seharian,” katanya.

Saya sentiasa menganggap pekerja adalah aset penting syarikat dan perlu diberi perhatian secara berterusan.”

ROHANA SALLEHPengarah Urusan RNTSB

ROHANA SALEH (duduk tiga dari kanan) bersama kakitangan RNTSB di Paka, Terengganu.

KREATIF... Bangku Gabion menghiasi bahagian hadapan bangunan pentadbiran.

HIASAN kontemporari landskap bertema ‘Taman Jepun’ di Petronas Chemicals Olefin Glycol Derivatives.

UEM Sunrise sasar jualan lebih RM300j Oleh NABILA YASMIN [email protected]

� KUALA LUMPUR 15 OGOS

UEM Sunrise Bhd. menyasar-kan jualan lebih RM300 juta sepanjang kempen Sig-

nature Selection: Road to Russia 2018 dari 15 Ogos hingga 30 No-vember 2017.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise Bhd., Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata, sasaran itu didorong oleh sambutan menggalakkan yang diterima pada penganjuran kempen yang sama tahun lalu berjaya merekodkan jualan se-banyak RM250 juta.

Selain itu, UEM Sunrise turut memperkenalkan beberapa pelan bagi memudahkan pelanggannya membuat pembelian bagi projek-projek terpilih yang dibangunkan syarikat berkenaan.

“Bagi tahun ini kita memper-kenalkan EASY Own Plan yang terdiri daripada tiga pelan iaitu Easy Entry, Easy Plan dan Easy Privileges. Saya yakin dengan pengenalan pelan ini ia mampu meningkatkan jumlah jualan sekali gus mencapai sasaran yang ditetapkan untuk sepanjang kem-pen Signature Selection: Road to Russia 2018 ini berlangsung.

“Antara projek yang layak bagi pelan ini adalah Verdi eco-domin-iums, Beethoven, Schuman dan Schubert di Symphony Hills, Cy-berjaya; Residensi Ledang di East Ledang; Estuari Gardens di Puteri Harbour; Twin Villas di Nusa Ida-man dan Bayu Angkasa di Nusa Bayu,” katanya pada pelancaran

kempen tersebut di sini hari ini.Yang turut hadir Ketua Pega-

wai Kewangan UEM Sunrise, Mohamed Rastam Shahrom dan Ketua Pemasarannya, Pam Loh.

Anwar Syahrin berkata, kem-pen dan pelan yang diperkenal-kan UEM Sunrise adalah bagi menghargai pelanggan setianya dengan memberikan mereka gan-jaran, pengalaman dan manfaat yang dapat dikongsi bersama.

Sementara itu Loh berkata, antara hartanah yang tersenarai dalam kempen tersebut terma-suklah Verdi eco-dominums, Bee-thoven, Residensi Ledang dan Es-

tuari Gardens serta beberapa lagi projek UEM Sunrise di wilayah tengah dan selatan tanah air.

Pembeli yang membuat pem-belian hartanah pada kempen kali ini akan berpeluang memenangi hadiah menarik, termasuk berpe-luang menonton perlawanan Piala Dunia 2018 di Rusia.

“Selain itu terdapat juga be-berapa hadiah menarik yang lain termasuk baucar percutian bernilai RM20,000 setiap satu, jam tangan Tag Heuer serta jersi bola sepak yang ditandatangani pemain profesional dunia,” ka-tanya.

DARI kiri, Mohamed Rastam Shahrom; Anwar Syahrin Abdul Ajib dan Pam Loh merasmikan kempen Signature Selection: Road to Russia 2018 UEM Sunrise di Kuala Lumpur, semalam.

Ayamas tawar promosi khas sempena MerdekaKUALA LUMPUR 15 Ogos – Kedai Ayamas akan menawarkan pro-mosi khas sempena sambutan Kemerdekaan negara, dengan pe-langgan boleh membeli dua ekor ayam dengan harga RM31.80 pada 31 Ogos, berbanding RM23.50 see-

kor. Dalam kenyataannya hari ini,

operator Ayamas, QSR Brands (M) Holdings Sdn. Bhd. berkata, har-ga promosi itu adalah berasaskan tarikh Kemerdekaan negara.

"Pelanggan boleh memilih ba-

risan ayam khusus kami iaitu Gold-en Roaster, Pepper Roaster dan Percik Roaster,” kata syarikat itu.

Promosi sehari itu hanya ek-sklusif di semua Kedai Ayamas, ke-cuali Ayamas Roaster Express GM Klang, selagi ada stok. – BERNAMA