UICI 2022 - Bab 03 sains dan islam (nota)

14
BAB III SAINS DAN ISLAM OBJEKTIF Membincangkan konsep sains dan pengertian sains dalam tradisi Islam. Menjelaskan salah faham terhadap pengajian ilmu sains dan pandangan Islam terhadap pengajian ilmu sains yang sering dilabel sebagai ilmu sekular. Membincangkan metodologi yang diguna pakai dalam sains Islam dan ciri-cirinya. PENDAHULUAN Islam adalah agama yang amat mementingkan budaya ilmu dan menyeru umatnya agar menjauhi lembah kejahilan. Antara jalan utama yang menggalakkan budaya ilmu dan menghindarkan umat daripada lembah kejahilan ialah melalui pendidikan. Justeru, pendidikan amat dituntut dalam Islam dengan syarat ilmu-ilmu itu mestilah bermanfaat dan tidak bercanggah dengan syariat. KONSEP SAINS Perkataan sains berasal daripada kata scio, scire atau scientia (bahasa Latin) yang bermaksud pengetahuan. Mengikut Endang Saifuddin Ansari (1982:43), sains mempunyai ciri-ciri, tanda-tanda dan syarat-syarat yang khas. Justeru itu, sains lebih tepat disebut sebagai ilmu pengetahuan, atau singkatnya, ilmu. Menurut Wan Fuad (1990: 3) pula, istilah sains pada asalnya membawa pengertian yang mudah, iaitu ilmu. Sebelum kemunculan sains moden, sains hanya membawa pengertian yang mudah tersebut, iaitu perbendaharaan ilmu yang diperakui benar setelah diolah zaman berzaman. Akan tetapi, makna sains kini telah berubah. Menurut Kamus Dwibahasa (1990: 1111), sains adalah ilmu pengetahuan yang teratur (sistematik) yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya; cabang ilmu pengetahuan yang berdasarkan kepada kebendaan atau kenyataan semata-mata (fizik, kimia, kajihayat dan

description

nota kuliah UICI 2022 - Bab 03 sains dan islam (nota)

Transcript of UICI 2022 - Bab 03 sains dan islam (nota)

Page 1: UICI 2022 - Bab 03 sains dan islam (nota)

BAB III

SAINS DAN ISLAM

OBJEKTIF Membincangkan konsep sains dan pengertian sains dalam tradisi Islam. Menjelaskan salah faham terhadap pengajian ilmu sains dan pandangan Islam

terhadap pengajian ilmu sains yang sering dilabel sebagai ilmu sekular. Membincangkan metodologi yang diguna pakai dalam sains Islam dan ciri-

cirinya.

PENDAHULUANIslam adalah agama yang amat mementingkan budaya ilmu dan menyeru umatnya agar menjauhi lembah kejahilan. Antara jalan utama yang menggalakkan budaya ilmu dan menghindarkan umat daripada lembah kejahilan ialah melalui pendidikan. Justeru, pendidikan amat dituntut dalam Islam dengan syarat ilmu-ilmu itu mestilah bermanfaat dan tidak bercanggah dengan syariat.

KONSEP SAINSPerkataan sains berasal daripada kata scio, scire atau scientia (bahasa Latin) yang bermaksud pengetahuan. Mengikut Endang Saifuddin Ansari (1982:43), sains mempunyai ciri-ciri, tanda-tanda dan syarat-syarat yang khas. Justeru itu, sains lebih tepat disebut sebagai ilmu pengetahuan, atau singkatnya, ilmu. Menurut Wan Fuad (1990: 3) pula, istilah sains pada asalnya membawa pengertian yang mudah, iaitu ilmu. Sebelum kemunculan sains moden, sains hanya membawa pengertian yang mudah tersebut, iaitu perbendaharaan ilmu yang diperakui benar setelah diolah zaman berzaman. Akan tetapi, makna sains kini telah berubah.

Menurut Kamus Dwibahasa (1990: 1111), sains adalah ilmu pengetahuan yang teratur (sistematik) yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya; cabang ilmu pengetahuan yang berdasarkan kepada kebendaan atau kenyataan semata-mata (fizik, kimia, kajihayat dan lain-lain). Sulaiman Nordin (1993:148) mendefinisikan sains sebagai satu kumpulan ilmu yang tersusun dan teratur berkaitan dengan kajian-kajian fenomena-fenomena di dalam alam tabie yang bernyawa dan yang tidak bernyawa dengan kaedah yang objektif melalui kajian eksperimen dan cerapan bagi menghasilkan prinsip-prinsip yang boleh dipercayai serta boleh diuji kebenarannya. Demikian juga Hairudin Harun (1992:5) yang memetik pandangan Clagett yang mendefinisikan sains sebagai ilmu yang dihasilkan melalui cerapan dan fahaman atau huraian sistematik mengenai fenomena tabii. Huraian sistematik adalah melibatkan penggunaan kaedah kuantitatif dan intelek. Ini termasuk kaedah logik dan matematik serta segala peralatan yang diperlukan.

Sains juga didefinisikan sebagai ilmu yang didapati melalui metodologi saintifik. Dalam konteks sains moden, metodologi tersebut pada asasnya terdiri

Page 2: UICI 2022 - Bab 03 sains dan islam (nota)

daripada kaedah empirikal dan matematik sahaja. Dari segi tradisi sains moden, boleh dikatakan bahawa metodologi saintifik hanya melibatkan empat proses aktiviti intelektual yang utama, iaitu cerapan, generalisasi, huraian, dan ramalan. Kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa sains adalah usaha pemahaman manusia yang disusun dalam satu sistem mengenai kenyataan, struktur, bahagian-bahagian dan hukum-hukum tentang hal ehwal yang diselidiki (alam, manusia dan agama) sejauh yang terjangkau oleh daya pemikiran serta dibantu oleh pancaindera manusia, sementara kebenarannya pula dapat diuji secara empiris dan eksperimental (Endang 1982:45).

PENGERTIAN SAINS DALAM TRADISI ISLAMPengertian sains sebagaimana yang dibincangkan di atas adalah merujuk kepada pengertian sains sebagaimana yang difahami dalam sains moden. Ia sama sekali sangat berbeza dengan pengertian sains dalam tradisi Islam. Menurut Hairudin Harun (1992:7), dalam tradisi sains tamadun awal terutamanya tamadun Islam, kaedah empirikal dan matematikal ataupun logikal merupakan sebahagian sahaja kaedah yang digunakan. Metodologi sains Islam juga mengakui kaedah yang bukan empiris seperti ilham dan kaedah gnostik atau kashf sebagai tergolong dalam metodologi saintifik. Kaedah-kaedah ini pernah diamalkan oleh tokoh-tokoh sains Islam yang terkenal.

Misalnya, Ibn Sina dilaporkan pernah beriktikaf atau bertafakkur di dalam masjid untuk mencari ilham bagi menyelesaikan sesuatu masalah sains apabila beliau gagal menyelesaikannya dengan cara biasa. Ibn Sina tidak menganggap bahawa “kaedah rasional” lebih tinggi daripada “kaedah berdoa”. Malahan, bagi Ibn Sina berdoa adalah sebahagian daripada metodologi saintifik. Tegasnya, definisi “metodologi saintifik” dalam sains Islam adalah lebih luas daripada yang biasa difahami masa kini. Oleh itu, bidang ilmu dalam tradisi sains Islam yang diistilahkan sebagai sains adalah meliputi pelbagai bidang. Contohnya, muzik adalah ilmu yang serius dalam budaya sains Islam dan merupakan sebahagian daripada subjek matematik gunaan atau fizik matematik. Namun, muzik pada masa kini lebih dikaitkan dengan ilmu hiburan dan dijadikan sebahagian daripada industri pop-rock yang tidak menentu malah boleh menyesatkan manusia daripada ajaran agama.

SALAH FAHAM TERHADAP PENGAJIAN ILMU SAINSTerdapat salah faham dalam kalangan segelintir masyarakat Islam terhadap pengajian ilmu sains yang dilabel sebagai ilmu sekular atau ilmu keduniaan semata-mata. Salah faham tersebut adalah kesan daripada pandangan yang membahagikan ilmu kepada ilmu agama dan ilmu dunia. Hakikatnya, pembahagian tersebut adalah suatu pembahagian yang salah dan perlu diubah kerana membawa beberapa kesan negatif. Antara kesan buruknya ialah melahirkan perasaan rendah diri kerana menganggap dirinya semakin jauh daripada agama selain perasaan kurang terdorong untuk menghayati dan mengamalkan ajaran agama kerana merasakan tiada hubungan antara ilmu sains

2

Page 3: UICI 2022 - Bab 03 sains dan islam (nota)

dengan kehidupan beragama. Jika keadaan ini tidak dibendung, ia boleh membawa kepada kemunduran nilai akhlak dan kehilangan jati diri sebagai saintis Muslim dalam kalangan penuntut ilmu. Secara tidak langsung, pembahagian tersebut turut menyokong proses sekularisasi ilmu kerana wujudnya unsur pengasingan agama daripada urusan yang berkaitan dengan kehidupan seharian.

Pembahagian yang lebih tepat ialah dengan membahagikan ilmu kepada dua, iaitu ilmu fardu ain dan fardu kifayah. Menerusi pembahagian tersebut pemikiran positif masyarakat Islam terhadap pengajian sains akan dapat dipertingkatkan kerana melibatkan tanggungjawab menunaikan kewajipan yang bersifat individu (fardu ain) atau melepaskan tanggungjawab sesebuah masyarakat (fardu kifayah). Pembahagian tersebut juga memungkinkan suatu cabang dalam ilmu sains yang asalnya bersifat fardu kifayah bertukar menjadi fardu ain, iaitu apabila keperluan terhadapnya menjadi terdesak dan boleh mendatangkan kemudaratan jika tidak dipelajari oleh umat Islam.

PENGAJIAN ILMU SAINS MENURUT PERSPEKTIF ISLAMIslam adalah agama yang amat mementingkan budaya ilmu dan begitu tegas menyeru umatnya supaya bersungguh-sungguh dalam proses pencarian ilmu pengetahuan. Ketegasan Islam dalam proses pencarian ilmu dapat dibuktikan dengan fakta bahawa wahyu yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w memberi penekanan kepada pembacaan sebagai wahana penting dalam usaha keilmuan. Asas galakan membaca telah dinyatakan dalam firman Allah S.W.T. (al-‘Alaq, 96: 1) yang bermaksud: “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).”

Menuntut ilmu adalah suatu kewajipan ke atas setiap umat Islam, sama ada lelaki atau wanita. Tuntutan ini berdasarkan sebuah hadis riwayat Ibn Majah i

yang bermaksud: “menuntut ilmu adalah satu kewajipan ke atas setiap orang Islam”. Menurut Imam al-Ghazāli (1992: 27), kewajipan menuntut ilmu yang tersebut dalam hadis ini terbahagi kepada dua, iaitu wajib fardu ain dan wajib fardu kifayah. Pembahagian ini berdasarkan jenis sesuatu ilmu yang dituntut. Mempelajari ilmu-ilmu yang berasaskan wahyu seperti ilmu tauhid, hadis, tafsir, dan fikah adalah wajib fardu kifayah. Mempelajari ilmu-ilmu yang berasaskan akal seperti perubatan dan matematik termasuk dalam wajib fardu kifayah.

Dengan menuntut ilmu, seorang Muslim akan dapat melepaskan dirinya daripada belenggu kejahilan, malah Islam memberi kemuliaan dan kedudukan yang tinggi kepadanya. Lebih daripada itu, Islam membezakan antara golongan yang berilmu dengan golongan yang tidak berilmu. Antara ayat al-Quran yang menjelaskan perbezaan tersebut ialah firman Allah S.W.T (az-Zumar 39: 9):

Terjemahan: Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.

Dalam satu ayat al-Quran yang lain, Allah menjelaskan bahawa golongan yang berilmu diangkat kedudukan mereka beberapa darjat lebih tinggi daripada golongan yang tidak berilmu. Firman Allah S.W.T menjelaskan hal ini (al-Mujaadalah 58: 11):

3

Page 4: UICI 2022 - Bab 03 sains dan islam (nota)

Terjemahan: Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.

Di samping itu, kandungan al-Quran merangkumi pelbagai jenis ilmu pengetahuan. Menurut Sardar (1991: 25, 62, 67), al-Quran umpama cahaya pembimbing untuk digunakan dalam menunjukkan jalan yang lurus ke arah ilmu dan keselamatan. Al-Quran turut menyentuh beberapa tema saintifik di dalamnya seperti biologi, astronomi, meteorologi, botani, zoologi, dan kosmologi, walaupun tema utama al-Quran adalah mengenai ciptaan Allah.

Selain mengandungi petunjuk tentang perundangan dan halal-haramnya sesuatu aktiviti, adab dalam muamalat (pergaulan) antara manusia dalam bidang ekonomi, perniagaan, sosio budaya, peperangan dan perhubungan antarabangsa, al-Quran juga mengandungi maklumat ataupun isyarat tentang perkara yang telah menjadi tumpuan kajian sains, umpamanya tentang cap jari tangan sebagai alamat pengenalan manusia, penciptaan bumi dan langit, bentuk bumi yang bulat dan berpusing di atas paksinya serta beredar mengikut orbitnya mengelilingi matahari, dan tentang penciptaan makhluk yang berpasangan (Baharuddin Yatim & Sulaiman Noordin, 1996: 1).

Antara ayat al-Quran yang menyentuh fenomena sains seperti ilmu falak atau astronomi ialah firman Allah S.W.T (Yaa siin 36: 37-40):

Terjemahan: Dan suatu tanda (kekuasaan Allah yang besar) bagi mereka adalah malam; Kami tanggalkan siang dari malam itu, maka dengan serta-merta mereka berada dalam kegelapan. Dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Dan telah Kami tetapkan bagi bulan manzilah-manzilah, sehingga (setelah dia sampai ke manzilah terakhir) kembalilah dia sebagai bentuk tandan yang tua (tandan kering yang melengkung). Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malampun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya.

Persoalan tentang fenomena botani turut dijelaskan dalam al-Quran seperti yang terdapat dalam firman Allah S.W.T (Qaaf 50: 9-11):

Terjemahan: Dan Kami turunkan dari langit air yang banyak manfaatnya lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pohon-pohon dan biji-biji tanaman yang diketam. Dan pohon kurma yang tinggi-tinggi yang mempunyai mayang-mayang yang bersusun-susun. Untuk menjadi rezeki bagi hamba-hamba (Kami), dan Kami hidupkan dengan air itu tanah yang mati (kering). Seperti itulah terjadinya kebangkitan.

Terdapat juga ayat al-Quran yang membicarakan salah satu topik terpenting dalam fizik iaitu cahaya. Kedudukan cahaya adalah begitu penting kerana dalam teori kerelatifan halaju, segala gerakan adalah relatif tetapi halaju cahaya adalah mutlak. Selain daripada keperluan kepada cahaya untuk melihat, cahaya juga bahan yang memberi maklumat tentang keadaan sesuatu atom,

4

Page 5: UICI 2022 - Bab 03 sains dan islam (nota)

nukleus atau pepejal. Kepentingan cahaya dari sudut fizik terdapat dalam ayat berikut (an-Nuur 24: 35):

Terjemahan: Allah (Pemberi cahaya kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkatnya, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Al-Quran tidak ketinggalan dalam memberi perhatian mengenai ilmu kimia. Ini dijelaskan menerusi ayat mengenai kejadian manusia yang diciptakan daripada tanah. Penemuan sains moden telah dapat memastikan bahawa dalam jasmani manusia terdapat semua unsur-unsur kimia seperti yang didapati daripada tanah. Antara ayat yang membicarakan tentang fenomena tersebut ialah firman Allah S.W.T (Saad 38: 71):

Terjemahan: (Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia daripada tanah.

Berdasarkan beberapa contoh tersebut, jelas terbukti bahawa al-Quran memberikan perhatian terhadap banyak topik yang berhubung dengan sains. Antara matlamat utama al-Quran memberi perhatian terhadap fenomena-fenomena sains tersebut adalah untuk mengajak orang-orang yang beriman supaya berfikir, merenung, mengkaji (Sardar, 1991: 28) dan menyedari keagungan Tuhan serta menginsafi kelemahan insan selaku makhluk yang diciptakan.

Terdapat banyak ayat al-Quran yang menggalakkan manusia supaya berfikir, melihat dan memerhati alam sekitarnya.ii Secara tidak langsung, ini bermakna penerapan asas penting untuk seseorang Muslim menjadi saintis telah diberi perhatian oleh al-Quran. Antara ayat yang menggalakkan manusia supaya berfikir, melihat, dan memerhati alam sekitarnya ialah firman Allah S.W.T (adz-Dzaariyaat 51: 20-21):

Terjemahan: Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin. Dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memerhatikan?

Pendekatan al-Quran terhadap sains mempunyai kaitan yang rapat dengan iman. Hal ini demikian kerana al-Quran tidak pernah menganjurkan orang beriman supaya meneroka sains semata-mata untuk sains (Sardar, 1991: 28). Penerokaan sains yang sejajar dengan pendekatan al-Quran, secara tidak langsung akan dapat menyingkap tanda-tanda kekuasaan Allah yang telah menjadikan alam semesta. Dengan cara ini manusia dapat mengenali Tuhannya setelah menyedari hakikat kejadian dan kedudukannya sebagai hamba Allah.

5

Page 6: UICI 2022 - Bab 03 sains dan islam (nota)

Al-Quran melihat sains dalam kerangka pengalaman manusia seluruhnya iaitu akal dan menuntut ilmu mempunyai tempat yang amat tinggi dalam masyarakat Islam, tetapi ia tunduk kepada nilai dan etika al-Quran. Dalam kerangka ini, akal dan wahyu berjalan seiringan dan tiada konflik antara Islam dan sains. Walau bagaimanapun, suatu konflik boleh timbul apabila sains dan metodenya dijadikan nilai serba menyeluruh sehingga mengorbankan nilai-nilai lain dalam Islam.

Selain daripada ayat-ayat al-Quran tentang fenomena sains, terdapat beberapa hadis yang memberi galakan kepada umat Islam agar mempelajari dan mendalami fenomena sains. Antara hadis tersebut ialah peristiwa Nabi Muhammad s.a.w yang melarang sahabat baginda daripada melakukan proses pendebungaan pokok kurma (dengan menabur debunga jantan ke atas debunga betina) lalu menyebabkan buah kurma tidak masak sepenuhnya. Rentetan daripada itu baginda s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Sesungguhnya aku adalah manusia, maka apabila aku menyuruh kamu dengan sesuatu daripada urusan agama kamu, hendaklah kamu menerimanya. Dan apabila aku menyuruh kamu dengan sesuatu daripada urusan dunia kamu, maka aku adalah seorang manusia.”

(Riwayat al-Tabarāni, 4/280)

Hadis tersebut menjelaskan bahawa segala urusan agama hendaklah berpandukan apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w yang merangkumi al-Quran dan hadis. Berkenaan dengan urusan keduniaan seperti pertanian, umat Islam tidak dikongkong oleh agama dan diberi kebebasan untuk mempelajari, mengkaji, dan melakukannya selagi tidak bertentangan dengan syariat.

Aspek kesihatan dan perubatan begitu mendapat perhatian daripada Nabi s.a.w kerana fizikal yang sihat dan bebas daripada penyakit akan memberikan daya fikir yang baik. Bidang perubatan melibatkan pelbagai jenis ilmu sains seperti biologi, zoologi, botani, dan kimia. Hal ini demikian kerana bidang perubatan memerlukan pengetahuan yang banyak seperti pengetahuan mengenai kaedah pencegahan dan rawatan sesuatu penyakit, tanda-tanda sesuatu penyakit dan penyediaan ubat daripada bahan yang terdiri daripada tumbuhan, campuran beberapa cecair, dan bahagian tertentu haiwan. Sehubungan dengan hal tersebut, Nabi Muhammad s.a.w ada menjelaskan kepentingan dan keperluan kepada perubatan yang secara tidak langsung menggalakkan umat Islam mempelajari ilmu-ilmu sains yang berkaitan dengannya. Sabda Nabi Muhammad s.a.w ketika ditanya tentang perlunya berubat, selain daripada berdoa memohon kesihatan yang maksudnya:

“Berubatlah kerana sesungguhnya Allah tidak menetapkan suatu penyakit kecuali ditetapkan ubat baginya (atau baginda bersabda) penawar baginya kecuali satu penyakit. Mereka (para sahabat) bertanya: Apakah dia wahai Rasulullah. Baginda menjawab penyakit tua. ”

(Riwayat al-Tirmidhi, 4/383)

6

Page 7: UICI 2022 - Bab 03 sains dan islam (nota)

Dalam sejarah peradaban Islam, ilmu sains turut dikenali sebagai ilmu hikmah,iii manakala seorang saintis digelar hakim yang bermaksud seorang yang bijaksana. Hal ini sejajar dengan ajaran Islam yang amat menggalakkan umatnya memiliki ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan. Dalam menjelaskan kepentingan ilmu kepada umat, Nabi s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Hikmah itu (ibarat) harta yang hilang dari orang mukmin, di mana sahaja dia menjumpainya, maka dia lebih berhak terhadapnya.”

(Riwayat al-Tirmidhi, 5/51)iv

Berdasarkan keterangan-keterangan daripada al-Quran dan hadis tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa Islam memandang positif terhadap ilmu sains yang memberi pelbagai faedah dan banyak membantu dalam memudahkan urusan hidup manusia.

Melihat kepada pandangan Islam yang positif terhadap ilmu sains, maka tidak hairanlah sebahagian sarjana Muslim seperti al-Ghazāli (1992: 1/27) berpendapat bahawa hukum mempelajari ilmu sains seperti perubatan dan matematik adalah fardu kifayah. Hal ini demikian kerana mempelajari ilmu perubatan adalah penting untuk menjaga kesihatan tubuh badan sementara mempelajari ilmu matematik adalah penting dalam urusan perniagaan dan pembahagian harta pusaka.

Ibn Khaldun (1996: 467) menjelaskan faedah mempelajari ilmu matematik yang tergolong sebagai sebahagian daripada ilmu sains seperti berikut:

“Antara sebaik-baik pendidikan adalah yang dimulakan dengan ilmu hisab (matematik), kerana ia menitikberatkan pengetahuan yang jelas dan bukti-bukti yang sistematik. Kebiasaannya, ia dapat melahirkan suatu fikiran yang cerdas dan terlatih dengan kebenaran. Dikatakan bahawa sesiapa yang memulakan pengajiannya dengan mempelajari ilmu hisab seawal mungkin dalam kehidupannya, dan sebagaimana lazimnya akan menjadi orang yang jujur. Ini kerana ilmu hisab memiliki asas yang baik dan menuntut disiplin diri. Kebenaran dan disiplin itu akan menjadi suatu watak bagi orang yang mempelajarinya. Dia akan terbiasa dengan kebenaran dan mematuhinya sebagai suatu aliran.”

Berdasarkan kenyataan tersebut, Ibn Khaldun (1996: 471) berpendapat bahawa pengajian ilmu matematik mempunyai faedah dari aspek mental dan akhlak seperti melahirkan fikiran yang cerdas dan terlatih dengan kebenaran yang mendorong kepada sifat jujur dan bercakap benar. Dalam satu kenyataan lain beliau menyatakan :

Orang yang secara terus-menerusnya mengaplikasikan geometri adalah agak sukar untuk melakukan kesalahan. Dengan cara mudahnya, orang yang mengetahui geometri mempunyai tingkatan keadilan yang tinggi.

7

Page 8: UICI 2022 - Bab 03 sains dan islam (nota)

Ibn Khaldun menguatkan lagi kenyataan beliau tentang faedah mempelajari ilmu geometri dengan katanya;

Para pendidik kami pernah menyatakan bahawa usaha melatih fikiran dengan geometri seakan sama seperti fungsi sabun kepada pakaian. Ia membersihkan tompok-tompok kotor dan menghilangkan daki kotoran daripadanya.

Menurut Sulaiman Noordin (1979: 1), dalam tamadun Islam, alam tabii yang menjadi fokus pengajian ilmu sains dianggap sebagai kitab Allah yang terbuka atau kitab kedua yang mengandungi tanda-tanda (rahsia-rahsia) kebesaran dan kebijaksanaan Allah. Ini bermakna segala penemuan sains pada asasnya bermatlamatkan sains semata-mata, tetapi apabila disertakan dengan semangat keilmuan Islam, ia akan dapat membuka fikiran manusia ke arah memikirkan kebesaran dan kebijaksanaan Allah, Tuhan Pencipta seluruh alam semesta.

METODOLOGI SAINS ISLAM

Sains Islam mempunyai pelbagai kaedah yang boleh digunapakai untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Menurut ahli sains, terdapat enam pendekatan aqliah (akal) dalam sains, iaitu: (Haji Abu Hassan bin Haji Ali, 2005: h. 1)

1) Meneliti makhluk di dalam alam sekitar2) Memahami, memikir dan mengkelaskan maklumat dalam bentuk data dan

fakta3) Membuat analisis dan membina andaian yang berdasarkan akal dan logik4) Menguji setiap anggapan melalui eksperimen5) Membuat hipotesis secara sementara6) Memutuskan kesimpulan tentatif sebagai konsep, teori dan hukum sains

umum

Perbincangan lanjut mengenai kerangka asas sains Islam boleh dibahagi kepada dua, iaitu metodologi yang berupa langkah-langkah yang diikuti sewaktu menjalankan kajian dan keduanya, ciri-ciri umum yang membentuk metodologi dan membolehkannya diguna untuk mencapai objektif kajian. Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini bahawa dalam tradisi sains tamadun awal

iNOTA HUJUNG

? Riwayat Ibn Mājah, Muhammad bin Yazid al-Qazwini, Sunan Ibn Majah, kitāb al-‘Ilm, bāb Fadl al-‘ulamā’ wa al-hathth ‘alā talab al-‘ilm, t.th, Dār al-Fikr: Beirut, juz. 1, hlm. 81. Menurut Imam al-Nawawi, hadis ini da‘if, sementara al-Mizzi dan al-Suyūti pula berpendapat bahawa hadis ini telah mencapai darjat hadis hasan. Lihat al-Suyūti, Sharh Sunan Ibn Majah, t.th, Qadimi Kutub Khānah: Karachi, hlm. 20.

ii Lihat ayat-ayat al-Quran tentang galakan berfikir, memerhati, dan melihat seperti dalam Surah al-Baqarah 2: 219, 266, Surah Ali ‘Imrān 3:191, Surah al-An‘ām 6: 99, Surah al-A‘rāf 7:185, Surah Yūnus 10:24, Surah al-Ra‘d 13:3, Surah al-Nahl 16: 11, 69, Surah al-Rūm 30:50, Surah al-Zukhruf 43:51, Surah al-Jāthiyah 45:13, Surah Qāf 50:6, Surah al-Ghāshiyah 88:17; bandingkan Muhammad Fu’ād ‘Abd al-Bāqi, al-Mu‘jam al-mufahras li alfaz al-Qur’ān al-Karim, Dār al-Hadith, Kaherah, 1988, hlm. 154, 667, 877.

iii Sebagai contoh lihat penggunaannya oleh Ibn Sinā dalam karya-karya beliau seperti Mantiq al-mashriqiyyin. Lihat Abū ‘Ali al-Husayn bin ‘Abd Allah bin ‘Ali bin Sinā, Ibn Sinā, Mantiq al-mashriqiyyin wa al-qasidah al-muzdawijah fi al-mantiq, al-Maktabah al-Salafiyyah, Kaherah, 1910, hlm. 9.

iv Riwayat al-Tirmidhi, al-Jami‘ al-sahih, kitab Abwāb al-‘ilm, bab Mā ja’a fi fadl al-fiqh ‘alā al-‘ibādah, juz. 5, hlm. 51. Berkata Imam al-Tirmidhi: Hadis ini gharib.

8

Page 9: UICI 2022 - Bab 03 sains dan islam (nota)

terutamanya tamadun Islam, kaedah empirikal dan matematikal ataupun logikal merupakan sebahagian sahaja kaedah yang digunakan. Metodologi sains Islam juga mengakui kaedah yang bukan empiris seperti ilham dan kaedah gnostik atau kashf sebagai tergolong dalam metodologi saintifik. Meskipun, saintis Muslim tidak memiliki metodologi yang khusus (berbeza daripada sains lain), minda mereka sangat jelas terhadap peraturan dan langkah-langkah dalam menjalankan kajian saintifik, malah mereka sering menjelaskan kepentingan metodologi tersebut kepada pembaca dan pelajar dari masa ke masa. Berdasarkan tulisan saintis Muslim maka berikut adalah metodologi yang digunakan oleh mereka khasnya dalam bidang perubatan;

1. Metode observasi dan deskripsiSaintis Muslim khasnya dalam bidang perubatan telah menggunakan metode observasi dan deskripsi dalam kajian dan amali perubatan mereka. Terdapat beberapa contoh yang dicatatkan dalam sejarah perubatan Arab-Islam. Contohnya, al-Razi yang dikenali kemahirannya dalam bidang perubatan. Beliau didapati telah menghuraikan symptom penyakit demam campak (small pox)– yang beliau sendiri amati- dengan katanya: kemunculan demam campak adalah disebabkan oleh demam yang berlanjutan yang mengakibatkan sakit di bahagian belakang dan gatal di bahagian hidung serta rasa menggigil semasa tidur.

2. Metode eksperimen dan pengujianImuwan Muslim khasnya dalam bidang perubatan amat mengambil berat terhadap metode eksperimen dan pengujian kerana kedua-duanya adalah kesaksian terbaik bagi memperbetulkan sesuatu pandangan saintifik. Oleh sebab itulah maka al-Razi banyak menyebutkan tentang eksperimen dalam buku beliau, The Characteristics of things sebagaimana katanya, “we add what we know by experiment and people know that we do not give our confidence to anything except after its test and experimentation.”

Al-Razi turut percaya bahawa doktor yang mahir mesti memliki dua sifat secara bersama. Pertama, dia mestilah mahir dalam bidang saintifik perubatan dan keduanya, mestilah mempunyai banyak pengalaman. Berdasarkan kenyataan di atas, jelaslah bahawa al-Razi sentiasa komited kepada eksperimen yang dianggap sebagai kriteria asas dalam membuat keputusan. Eksperimen adalah kriteria asas dalam membuat keputusan selagi doktor itu sentiasa melakukan sesuatu perkara itu untuk membezakan antara kebenaran dan kepalsuan terhadap apa yang membimbangkan kriteria-kriteria yang mungkin akan dikemukakan untuk tujuan penafian mereka yang tidak dapat memahami matlamat sains. Kita turut menemui sebilangan ilmuwan dalam tamadun Islam seperti Ibn Sina dan Gabriel Ibn Bakhtishu’ yang mengetahui secara mendalam tentang beberapa penyakit utama pada zaman yang mana diagnosis masih belum dikenali dalam tradisi perubatan silam.

CIRI-CIRI METODOLOGI SAINS ISLAMTerdapat beberapa ciri umum yang disifatkan kepada metode yang digunakan oleh saintis dan doktor sepanjang tempoh kegemilangan tamadun Islam. Ciri-ciri tersebut boleh dihuraikan seperti berikut;

9

Page 10: UICI 2022 - Bab 03 sains dan islam (nota)

1. Perbahasan ilmiahMetodologi perbahasan ilmiah membenarkan berlangsungnya majlis debat sesama ilmuwan yang dikendalikan secara ilmiah. Setiap ilmuwan bebas mengeluarkan pendapat dan menolak pandangan pihak lain dengan berdasarkan hujah masing-masing.

2. Analisis secara sedar dan tepatPara ilmuwan Muslim menjalankan kajian saintifik dengan menggunakan analisis yang dilakukan dalam keadaan sedar, menginsafi kebenaran, dan berusaha sedaya upaya untuk menghasilkan keputusan yang tepat.

3. Kejujuran saintifikCiri kejujuran saintifik ini boleh dilakukan dalam tiga keadaan berikut. Pertama, merujuk sesuatu pendapat kepada ilmuwan yang mengutarakannya. Kedua, tidak mengambil kesempatan daripada kreativiti orang lain. Ketiga, menggunakan pernyataan yang menunjukkan ketidakpastian setelah gagal mengenalpasti nama ilmuwan yang mengutarakan sesuatu pendapat atau maklumat.

4. Kebebasan berfikir tanpa terikat dengan teori terdahuluMetodologi ini sesuai dengan sifat ilmu yang sentiasa berkembang dari masa ke masa. Ilmu juga tidak terikat dengan mana-mana teori terdahulu yang mungkin terbukti kesilapannya setelah kajian terkini berjaya membuktikannya.

5. Jatidiri (self confident and self esteemed)Saintis Arab-Muslim sendiri memliki keyakinan diri dan harga diri dalam mengutarakan pendapat saintifik yang berani. Tulisan mereka telah disifatkan oleh gaya kefasihan dan ketepatan dalam pembentangan serta bebas daripada percanggahan. Namun, dalam keadaan tertentu mereka juga didapati bergantung kepada penggunaan ungkapan-ungkapan yang mengelirukan.

PENUTUPIslam adalah agama yang lengkap dan menyeluruh termasuk dalam aspek pendidikan dan pengajian ilmu sama ada bersifat keagamaan mahupun selainnya termasuklah mempelajari ilmu-ilmu sains. Justeru, Islam tidak menghalang umatnya daripada mempelajari ilmu sains selagi tidak membawa kepada kemudaratan atau bercanggah dengan akidah dan syariat Islam. Seharusnya umat Islam tidak ketinggalan dalam mengejar kemajuan sains memandangkan ia adalah sebahagian daripada tuntutan ajaran Islam. Tidak boleh dikatakan bahawa kajian terhadap sejarah dan perkembangan sains Islam telah lengkap. Hal ini demikian kerana para doktor Arab-Muslim juga bukanlah setakat menyalin hasil kerja daripada tamadun Greek. Pada hakikatnya, para ilmuwan Muslim menyedari teori-teori saintifik khasnya daripada tamadun Greek yang diterajui oleh Hippocrates dan Galen. Fenomena ini tidak menghalang mereka daripada turut serta dalam bidang kajian dan melakukan pembaikan terhadap beberapa kesilapan yang terdapat dalam teori-teori sains terdahulu.

10

Page 11: UICI 2022 - Bab 03 sains dan islam (nota)

BIBLIOGRAFI

Al-Quran al-Karim.Abū ‘Ali al-Husayn bin ‘Abd Allah bin ‘Ali bin Sinā, Ibn Sinā. 1910. Mantiq al-

mashriqiyyin wa al-qasidah al-muzdawijah fi al-mantiq. Kaherah: al-Maktabah al-Salafiyyah.

Haji Abu Hassan bin Haji Ali. 2005. Ensiklopedia Pendidikan Sains Dalam Al-Qur’an. Kuala Lumpur: Emedia Publication.

http://www.levity.com/alchemy/islam06.html (tarikh akses 8/22/2002).

11