UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)

19
1 BAB IV TEKNOLOGI DALAM ISLAM OBJEKTIF Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan dapat: 1. Menyatakan peringkat perkembangan sains dan teknologi. 2. Menjelaskan perspektif Islam terhadap sains dan teknologi. 3. Menghuraikan prinsip utama yang menjadi landasan sains dan teknologi Islam. KONSEP TEKNOLOGI Ajaran Islam tidak menegah manusia daripada melaksanakan kegiatan sains dan teknologi. Perkara ini telah dibincang, dibahas, dan disepakati oleh ulama dan saintis Muslim. Bukti-bukti daripada nas al-Quran juga menunjukkan tiada halangan bagi manusia untuk menimba ilmu pengetahuan dan mengaplikasikan ilmu-ilmu sains, bahkan ia adalah digalakkan dan hukum mengembang dan mengaplikasikan sains untuk kemaslahatan umat manusia adalah fardhu kifayah. Teknologi Menurut Istilah Konsep teknologi sering digunakan bersama-sama dengan istilah sains dan ada pula yang menganggap sinomin dengan perkataan sains itu sendiri. Sebenarnya anggapan tersebut tidak begitu tepat, sebaliknya makna teknologi yang lebih tepat dapat difahami dengan merujuk kepada etimologinya (Hairudin Harun, 1992). Dari sudut bahasa, perkataan teknologi berasal daripada bahasa Yunani ‘Techne’ bermaksud seni atau kerja tangan dan ‘Logos’ bermaksud wacana atau kata-kata sistematis. Oleh itu, teknologi merupakan satu ilmu yang lebih bersifat praktikal berbanding ilmu sains yang lebih bersifat teorikal. Dari segi istilah pula, perkataan teknologi ditakrifkan sebagai ilmu pengetahuan dan tindakan yang bersistem, biasanya dikaitkan dengan proses industri tetapi juga digunakan dengan mana-mana kegiatan dan berkait rapat dengan sains kejuruteraan.

description

nota kuliah UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam

Transcript of UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)

Page 1: UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)

1

BAB IV

TEKNOLOGI DALAM ISLAM

OBJEKTIF

Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan dapat:1. Menyatakan peringkat perkembangan sains dan teknologi.2. Menjelaskan perspektif Islam terhadap sains dan teknologi.3. Menghuraikan prinsip utama yang menjadi landasan sains dan teknologi Islam.

KONSEP TEKNOLOGI

Ajaran Islam tidak menegah manusia daripada melaksanakan kegiatan sains dan teknologi. Perkara ini telah dibincang, dibahas, dan disepakati oleh ulama dan saintis Muslim. Bukti-bukti daripada nas al-Quran juga menunjukkan tiada halangan bagi manusia untuk menimba ilmu pengetahuan dan mengaplikasikan ilmu-ilmu sains, bahkan ia adalah digalakkan dan hukum mengembang dan mengaplikasikan sains untuk kemaslahatan umat manusia adalah fardhu kifayah.

Teknologi Menurut Istilah

Konsep teknologi sering digunakan bersama-sama dengan istilah sains dan ada pula yang menganggap sinomin dengan perkataan sains itu sendiri. Sebenarnya anggapan tersebut tidak begitu tepat, sebaliknya makna teknologi yang lebih tepat dapat difahami dengan merujuk kepada etimologinya (Hairudin Harun, 1992). Dari sudut bahasa, perkataan teknologi berasal daripada bahasa Yunani ‘Techne’ bermaksud seni atau kerja tangan dan ‘Logos’ bermaksud wacana atau kata-kata sistematis. Oleh itu, teknologi merupakan satu ilmu yang lebih bersifat praktikal berbanding ilmu sains yang lebih bersifat teorikal. Dari segi istilah pula, perkataan teknologi ditakrifkan sebagai ilmu pengetahuan dan tindakan yang bersistem, biasanya dikaitkan dengan proses industri tetapi juga digunakan dengan mana-mana kegiatan dan berkait rapat dengan sains kejuruteraan.

Dalam sejarah sains dan teknologi Islam, kalimah yang bertepatan dengan istilah teknologi dalam bahasa Arab ialah sina’ah yang bererti ilmu gunaan. Dalam menghuraikan maksud kalimah sina’ah ini, al-Jurjani menyatakan bahawa ilmu yang tiada kaitan dengan aktiviti (praktikal) dipupuk untuk tujuannya yang tersendiri maka dipanggil ilm, tetapi sekiranya ia tiada kaitan dengan sesuatu aktiviti (praktikal) dan dipupuk oleh sebab aktiviti itu maka ia dipanggil sina’ah. Kesimpulannya, ilmu teknologi ialah ilmu praktis atau teknik yang membolehkan manusia membuat sesuatu perubahan kepada alam tabii.

Definisi dan Konsep Teknologi

Teknologi ditakrifkan sebagai penggunaan pengetahuan yang umum kepada ‘sains perusahaan’ (Fowler dan Fowler, 1964), alat-alat termasuk jentera, alat-alat intelektual seperti bahasa

Page 2: UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)

2

komputer dan teknik analisis dan yang memakai ilmu matematik (Mesthene, 1971), penerapan yang teratur terhadap sains atau pengetahuan yang tersusun bagi tugas-tugas secara praktis (Galbraith, 1974).

Menurut Sardar (1977), teknologi lebih merupakan suatu kesan sosial daripada suatu takrif, yang mana semakin dekat kita kepada kesan tersebut, maka semakin sukar bagi kita untuk memberikan takrif baginya. Manakala Dickson (1974), menyatakan bahawa penggunaan perkataan teknologi telah digunakan dalam pengertian sosial yang lebih luas dengan cara yang menunjukkan hubungan antara bahasa, perkataan dan pengucapan. Sidik Baba (1997) pula mendefinisikan teknologi sebagai suatu aspek penghasilan sains yang sifatnya memudahkan sesuatu. Sekiranya ia dihasilkan dengan niat yang baik dan digunakan dengan betul maka ia boleh mensejahterakan hidup manusia.

Islam tidak menolak sebarang bentuk teknologi dan apa juga bentuk kemodenan selagi tidak bercanggah dengan ajarannya. Al-Quran malah memberitakan bahawa manusia adalah khalifah di atas muka bumi dan Allah menempatkan posisi alam ini untuk digunakan oleh manusia dengan usaha-usahanya yang baik. Firman Allah (al-Baqarah 2: 29) yang bermaksud:

“Allah yang menjadikan semua yang ada di bumi untuk kamu (manusia).”

Dalam ayat yang lain (Ibrahim 14: 70) Allah menegaskan yang maksudnya;

“Allah telah menciptakan langit, bumi dan menurunkan air hujan dari langit, kemudian air hujan itu menumbuhkan berbagai-bagai buah-buahan menjadi rezeki untukmu, dan dia telah menundukkan bahtera bagimu supaya bahtera itu belayar di lautan dengan kehendakNya dan Dia telah menundukkan pula bagimu matahari dan bulan yang terus-menerus tersebar dalam orbit dan telah menundukkan bagimu malam dan siang. Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) daripada segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah tidaklah kamu dapat menghitungnya, sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari nikmat Allah”.

Kemajuan yang dicapai oleh manusia dalam bidang material, sebagai hasil daripada perkembangan teknologi moden tidak boleh dihukumkan sama sekali. Hal ini demikian kerana teknologi adalah sesuatu yang bersifat bebas nilai. Dalam perspektif yang mudah difahami, kecanggihan teknologi akan memberi manfaat kepada manusia jika digunakan dengan cara yang betul.

SEJARAH TEKNOLOGI

Kepesatan pembangunan sains dan teknologi telah memudahkan kehidupan manusia. Justeru, usaha-usaha mempergiatkan aktiviti sains dan teknologi semakin hari semakin mendapat sambutan di seluruh dunia. Dalam hal ini, perkembangan teknologi dapat dikategorikan kepada

Page 3: UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)

3

tiga peringkat, iaitu fasa pra-revolusi, fasa revolusi teknologi pertama, dan fasa revolusi teknologi kedua.

Fasa pra-revolusi teknologi bermula dengan berkembangnya pemikiran manusia untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah asas dalam kehidupan. Manusia pada fasa ini berusaha mencari idea untuk memperoleh makanan dengan menggunakan bongkah batu sebagai alat. Contohnya, manusia pada zaman ini menggunakan batu untuk memecahkan cengkerang siput dan buah yang keras. Batu yang kecil diasah untuk mendapatkan ketajaman dan digunakan sebagai alat untuk memotong daging binatang buruan dan mempertahankan diri daripada musuh. Manusia pada zaman ini juga menggunakan api yang dihasilkan dengan cara melagakan batu. Ini membolehkan mereka membakar makanan, memanaskan badan dan menghalau binatang-binatang buas. Manakala komunikasi jarak jauh antara manusia pada zaman tersebut adalah dengan menggunakan api dan asap. Fasa ini juga memperlihatkan daya kreativiti manusia yang mampu membina piramid dengan menyusun atur bongkah-bongkah batu besar yang digerakkan dengan menggunakan kayu bulat. Selaras dengan perkembangan masa, idea ini telah dikembangkan sehingga terciptalah roda. Selain itu, manusia pada fasa ini juga merupakan pencetus kepada teknologi pembuatan seperti anyaman dan kraftangan yang ringkas.

Di peringkat kedua, iaitu fasa revolusi teknologi pertama, daya pemikiran dan kreativiti manusia semakin berkembang. Jika pada zaman sebelumnya, manusia hanya menghasilkan sesuatu yang bersifat statik namun pada fasa ini manusia mula menggunakan barangan yang statik untuk mendapatkan suatu hasil baru yang lebih bermanfaat. Dengan menggabungkan beberapa komponen, manusia berupaya mencipta kereta, mesin, telefon dan sebagainya. Ini menuntut manusia pada zaman ini untuk berusaha menyesuaikan diri dengan mesin yang dicipta agar manfaat yang maksimum dapat diperolehi. Selain daripada itu, bidang pembinaan juga mula mendapat perhatian sehingga pada tahun 1884 terbinanya bangunan pencakar langit pertama di Chicago yang dikenali sebagai Home Insurance Building. Bangunan ini dibina dengan menggunakan kerangka logam kalis api dengan ukuran ketinggiannya 55 meter, walaupun kemudiannya pada tahun 1931 bangunan ini terpaksa dirobohkan. Sehingga kini teknologi dalam sektor pembinaan terus mendapat sambutan dengan terhasilnya berbagai bentuk rekaan bangunan selaras dengan perkembangan pemikiran dan kreativiti manusia dari zaman ke zaman.

Fasa seterusnya ialah fasa revolusi teknologi kedua yang memperlihatkan kepelbagaian penemuan baru yang lebih moden dan canggih. Manusia zaman ini sudah berupaya mencipta berbagai jenis mesin serta sistem yang lebih kompleks dengan hasil yang lebih baik untuk tujuan peningkatan kualiti hidup manusia. Namun, kecanggihan teknologi yang semakin hari semakin hebat perlu dikendalikan dengan cara yang baik agar matlamat penciptaan teknologi sebagai alat untuk kemudahan manusia tidak menyebabkan manusia menjadi hamba kepada teknologi. Oleh itu, elemen kerohanian sepatutnya diperkasakan selaras dengan perkembangan teknologi agar manusia dapat menikmati keseimbangan dalam aspek spiritual dan material.

PRINSIP TEKNOLOGI DALAM ISLAM

Page 4: UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)

4

Kelangsungan teknologi dalam Islam menjurus kepada asas-asas nilai, konsep dan prinsip-prinsip yang bersifat sejagat, tetap, dan menyeluruh yang terkandung dalam ajaran Islam. Ia merangkumi konsep tauhid, khilafah, ibadah, halal dan haram, adil dan zalim, istislah (kepentingan awam) dan dhiya’ (pembaziran). Teknologi moden yang digunakan pada hari ini perlu diolah dan dibangunkan berasaskan pematuhan kepada prinsip-prinsip tersebut bagi memastikan kebaikannya dapat dimanfaatkan oleh manusia dan seluruh alam.

Tauhid

Antara perkara paling utama yang menjadi teras dalam Islam adalah tauhid. Tauhid menurut bahasa adalah meyakini keesaan Allah S.W.T atau menganggap Tuhan hanya ada satu dan tiada yang lain. Menurut istilah pula, tauhid bermaksud di dunia hanya terdapat satu Tuhan, iaitu Tuhan Pencipta Seluruh Alam (Rabbul Alamin). Maksudnya, kita mengakui bahawa tiada yang dipanggil sebagai Tuhan atau disembah sebagai Tuhan melainkan Allah sebagaimana kenyataan al-Quran (al-Dhariyaat 56: 51):

ليعبدون إال واإلنس الجن خلقت وما“Dan tidaklah sekali-kali Aku mencipta jin dan manusia itu, melainkan agar mereka berbakti kepada-Ku semata-mata”

Konsep ketauhidan meletakkan manusia sebagai hamba yang bertanggungjawab melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah S.W.T dengan meyakini sepenuh hati bahawa tiada tuhan selain Allah. Ketauhidan ini semestinya diaplikasikan dalam apa jua ruang lingkup aktiviti manusia termasuklah dalam aktiviti teknologi. Sains dan teknologi dalam Islam amat berkait rapat dengan keimanan seseorang yang melakukan reka cipta dan penghasilan teknologi tersebut. Justeru, jika individu tersebut berpegang teguh pada syariat Islam, ia akan menghasilkan suatu produk yang menepati syarak dan sekaligus mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T. Para saintis Muslim telah menjalankan kajian dengan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Oleh itu, hasil kajian yang mereka perolehi adalah bertepatan seperti yang dinyatakan dalam ayat al-Quran itu sendiri.

Teknologi yang berteraskan tauhid mengarahkan teknologi diguna dan disalurkan pada jalan yang benar dan tidak menyalahi apa jua perintah yang termaktub dalam nas dan dalil-dalil al-Quran juga hadis. Teknologi dan hasilnya seharusnya mengingatkan serta mendekatkan manusia kepada Allah selain mengingatkan bahawa manusia memegang amanah untuk memakmurkan alam ini. Contoh, dengan adanya teknologi aero angkasa, manusia berupaya mencipta peralatan dan roket yang mampu membawa manusia meneroka ruang angkasa lepas. Dengan itu, teknologi tersebut membolehkan manusia melihat ruang angkasa lepas dan memikirkan betapa ajaib dan Maha Hebatnya kuasa Allah yang merupakan penciptaNya.

Dalam konteks ajaran Islam, teknologi dilihat sebagai alat yang perlu dikendalikan oleh manusia untuk menambahkan keimanan kepada Allah. Sebagai contoh, dengan adanya teknologi manusia berupaya mencipta kapal selam yang membolehkan manusia menyelam ke dasar lautan dan meneroka isi lautan ciptaan Allah yang Maha Hebat. Justeru, manusia seharusnya bukan sekadar melihat keindahan lautan dan hidupan di dalamnya bahkan sewajarnya

Page 5: UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)

5

berfikir tentang kehebatan pencipta-Nya yang menciptakan lautan yang sebegitu indah dengan pelbagai jenis ikan dan hidupan laut yang amat menakjubkan. Bagaimana mungkin pencipta-Nya tidak hebat sedangkan Dia mencipta lautan yang luas dengan berbagai jenis hidupan di dalamya. Malah jika direnung betapa hebatnya pencipta-Nya (Allah) yang menciptakan ikan-ikan yang tidak pernah habis walaupun telah menjadi sumber makanan manusia sejak zaman-berzaman. Kesemuanya itu merupakan antara tanda-tanda kewujudan dan keagungan Allah. Oleh itu, teknologi seharusnya berlandaskan tauhid agar hasilnya membuahkan lagi kecintaan dan ketundukan manusia kepada Allah.

Khilafah

Hakikat penciptaan manusia terdiri daripada unsur jasad (fizikal) dan rohani (spiritual) adalah untuk memperhambakan diri kepada Allah (hamba Allah) dan sebagai khalifah yang bertanggungjawab dan berusaha untuk menjadi manusia yang baik, mengajak manusia lain menjadi baik, dan seterusnya memakmurkan alam ini. Khalifah menurut pengertian yang dinyatakan dalam Tafsir Pimpinan al-Rahman ialah “Seorang yang dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk mengatur kehidupan manusia di bumi berdasarkan wahyu dan syariat Allah, supaya kehidupan manusia menjadi lebih teratur dan mempunyai tujuan hidup yang suci murni untuk mencapai keredhaan Allah”. Hakikatnya, manusia dengan tujuan penciptaannya hanya semata-mata bertanggungjawab menerima, melaksana, dan menyampaikan apa yang diperintahkan oleh Penciptanya. Dalam aspek ini, peranan ilmu sangat penting dalam mengurus atur kehidupan manusia. Oleh yang demikian, Islam menjelaskan kewajipan dan kepentingan menuntut ilmu dan perkara ini secara mudahnya dapat difahami menerusi ayat pertama yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. , iaitu ayat 1-5 daripada surah al-Alaq.

Menurut perspektif Islam, manusia sebagai khalifah sepatutnya menggunakan ilmu sebagai syarat utama dalam membangun ketamadunan dan teknologi moden. Ini bermaksud teknologi dan hasilnya perlu digunakan dengan cara yang baik (makruf) dan bukannya untuk tujuan yang salah (mungkar/maksiat). Teknologi seharusnya digunakan sebagai alat untuk memakmurkan alam dan bukannya digunakan untuk merosak atau memusnahkan alam. Seorang khalifah dipertanggungjawabkan dengan suatu amanah yang besar untuk mengatur kehidupan manusia berdasarkan wahyu dan syariat Allah agar kehidupan manusia teratur serta menuju keredhaan Allah S.W.T (Sheikh Abdullah Basmeih, 1999). Dalam teknologi, manusia diamanahkan supaya melakukan perkara-perkara yang baik dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Contohnya, seorang programmer komputer perlu memastikan kandungan di dalam program-program komputer haruslah menjurus kepada perkara kebaikan begitu juga dengan gambar-gambar yang dipaparkan haruslah menepati ciri-ciri syarak dan penulisan program haruslah tidak berunsurkan maksiat (perkara-perkara yang dilarang oleh Allah).

Dalam era globalisasi, seseorang khalifah boleh berdakwah menerusi pelbagai saluran dakwah berasaskan ICT seperti laman sosial Facebook, Twitter, dan blog malah proses dakwah juga boleh dijalankan melalui khidmat pesanan ringkas (sms). Selain daripada itu, media massa seperti radio dan televisyen juga boleh memainkan peranan dalam aktiviti menyampaikan dakwah secara lebih berkesan memandangkan kedua-dua medium dakwah ini mempunyai liputan yang meluas dalam masyarakat khasnya dalam kalangan remaja.

Page 6: UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)

6

Halal dan Haram

Pada dasarnya setiap sesuatu yang dicipta oleh Allah adalah halal dan harus (mubah). Perkataan halal bermaksud baik dan berfaedah sementara perkataan haram pula bermaksud buruk dan membawa kerosakan. Berbanding dengan perkara-perkara yang halal, perkara-perkara yang diharamkan sebenarnya amat sedikit sekali berdasarkan keterangan-keterangan dalam al Quran dan Hadis. Apa yang nyata, setiap perkara yang diharamkan dalam Islam jelas merosakkan manusia sebagai individu dan merosakkan alam secara keseluruhannya.

Halal bermaksud baik dan bersih dari segi fizikal dan rohani sementara bersih pula membawa maksud suci daripada bahan-bahan yang kotor. Dalam sains dan teknologi Islam, halal adalah satu tuntutan yang baik, manakala haram adalah perkara-perkara yang dilarang dalam Islam. Justeru, Islam amat mementingkan aspek halal dan haram dalam apa jua perkara kerana natijah daripada halal dan haram akan mempengaruhi hati dan membentuk kehidupan manusia di dunia malah ia akan dipersoalkan di akhirat nanti. Konsep halal dan haram bukan sahaja terhad kepada pengambilan makanan bahkan turut meliputi seluruh urusan kehidupan seharian umat Islam. Begitu juga dalam aspek teknologi, sebarang aktiviti dan kegiatan teknologi yang dilakukan mestilah mementingkan aspek kehalalannya. Ini bermaksud, penggunaan dan penciptaan apa jua teknologi mestilah seiring dan menepati kehendak Islam. Umpamanya, dalam aspek bioteknologi terdapat sempadan-sempadan dan batasan tertentu dalam Islam seperti penggunaan kaedah bioteknologi DNA babi (khinzir) dalam pemprosesan barangan, makanan, dan minuman adalah haram kerana ia secara jelas dan telah disabitkan pengharamannya dalam syarak secara muktamad (qat’ie).

Antara contoh lain bagi penggunaan teknologi yang haram ialah pengklonan manusia yang natijahnya akan hanya menghuru-harakan kehidupan manusia seperti menimbulkan masalah dalam nasab dan keturunan manusia bahkan banyak lagi akibat buruk di sebalik pengaplikasian teknologi tersebut. Dengan kata lain, halal dan haram hendaklah sentiasa menjadi pertimbangan manusia dalam rangka pembangunan dan penggunaan teknologi itu sendiri. Secara tidak langsung ia juga berkait dengan persoalan adab dan akhlak Islam yang merujuk kepada tindakan yang betul dilakukan oleh seseorang dan bersesuaian serta bertepatan dengan suasana, masa serta keadaan dan terlebih penting ialah tindakan tersebut menepati perintah Allah S.W.T. Ini bermaksud, sains dan teknologi tidak sewajarnya mengkesampingkan agama bahkan seharusnya digunakan sebagai alat untuk membangunkan agama dan mentadbir dunia dengannya.

Halal daripada sudut hukum bererti sesuatu yang bukan haram, manakala haram pula merupakan sesuatu yang boleh mengakibatkan dosa dan balasan seksa. Imam al-Ghazali mentakrifkan halal sebagai suatu istilah yang berkait rapat dengan ketentuan hukum dan merupakan suatu perkara yang bersalahan dengan syarak yang menyebabkan ia dilarang. Melakukan sesuatu yang haram adalah berdosa manakala ganjaran pahala disediakan sekiranya seseorang Muslim itu meninggalkan perkara yang haram. Antara nas al-Quran yang menyebut

Page 7: UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)

7

berkenaan haram ialah ayat 59, Surah Yunus yang menyeru manusia supaya memilih makanan yang bukan sahaja halal bahkan makanan yang baik untuk tubuh badannya, manakala tenaga yang terhasil daripada sumber makanan yang halal juga perlu digunakan untuk melaksanakan aktiviti seharian yang halal termasuklah dalam aspek penggunaan sains dan teknologi. Secara ringkas dapat disimpulkan bahawa teknologi dan apa jua hasil daripadanya mestilah mengingatkan manusia kepada Allah serta tanggungjawab kekhalifahan yang diamanahkan untuk dilaksanakan mengikut lunas dan menepati nilai-nilai Rabbani.

Ibadah

Manusia merupakan hamba Allah yang diperintahkan untuk mematuhi dan melaksanakan segala perintah dan menjauhi larangan-Nya. Segala tindak tanduk manusia tertakluk kepada ruang lingkup pengabdian diri kepada Allah bagi memperolehi rahmat dan mendapatkan keredhaan-Nya. Oleh itu, penggunaan teknologi yang tidak bercanggah dengan ruang lingkup pengabdian kepada Allah merupakan sebahagian daripada ibadah yang dijanjikan ganjaran pahala di sisi Allah. Ibadah yang dilaksanakan itu juga akan memberikan faedah kepada kehidupan manusia dan alam semesta.

Perkataan ibadah menurut pengertian syarak bermaksud melaksanakan tuntutan kehambaan dan pengabdian yang disertai dengan ketaatan sama ada secara lisan, hati (qalb) atau dengan perbuatan sekalipun dilakukan secara terang-terangan mahupun secara bersembunyian dengan hanya bermatlamatkan kerana Allah (sebagai tanda kepatuhan, memohon keredhaan dan mengharapkan ganjaran pahala disisi-Nya). Perkara-perkara yang tergolong dalam ibadah antaranya solat, menunaikan zakat, bercakap benar, berbuat baik kepada orang tua, menjalinkan silaturrahim, menepati janji, menyuruh berbuat baik, melarang perbuatan jahat, lemah lembut terhadap jiran tetangga dan anak yatim, dan membuat kebajikan kepada orang-orang miskin dan fi sabilillah (berjuang di jalan Allah).

Kalimah ibadah sering dikaitkan dengan ganjaran pahala yang mana umat Islam disarankan agar mengaplikasikan konsep ibadah ini dalam apa jua aktiviti kehidupan seharian. Ibadat merupakan perantara (wasilah) antara makhluk dengan Penciptanya, antara langit dan bumi, dan juga antara alam dunia dan alam sam’iyyat (akhirat). Keperluan manusia kepada ibadah adalah kerana ia merupakan makanan rohani yang dapat menyuburkan ruh manusia yang hatinya sentiasa memerlukan pergantungan kepada Allah S.W.T. ( Al-Qaradhawi, 1980).

Yusuf Al-Qaradhawi menekankan dua aspek pengertian ibadah sebagaimana berikut:

i- Beriltizam dengan apa yang disyariatkan oleh Allah dan dengan apa yang disebut oleh rasul-rasulnya, baik dalam bentuk perintah, larangan, penghalalan dan juga pengharaman. Ini menggambarkan unsur ketaatan dan kepatuhan kepada Allah S.WT.

ii- Pengiltizaman ini terkeluar daripada hati yang cintakan Allah kerana tiada sesuatu yang wujud yang lebih berhak dicintai selain daripada Allah S.W.T. Dialah yang empunya kelebihan dan juga Ihsan (Al-Azhari Basri Ibrahim, 2003)

Page 8: UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)

8

Pengertian ibadah ini bukan sahaja terhad kepada ibadah fardhu yang disyariatkan sahaja bahkan turut merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia yang baik tidak terkecuali juga dalam bidang teknologi. Ibadah dalam konteks teknologi dilihat sebagai apa jua aktiviti teknologi yang dilaksanakan dengan niat yang baik serta dengan cara yang halal dan tidak menyalahi syarak. Umpamanya dalam bidang bioteknologi, persenyawaan luar rahim antara sperma lelaki dan wanita yang sah sebagai suami isteri adalah diharuskan untuk mendapatkan zuriat. Pengaplikasian teknologi dengan cara yang menepati hukum Islam adalah ibadah selain turut membantu pasangan yang bermasalah untuk melangsungkan kesenambungan keturunan umat manusia. Namun, sekiranya teknologi disalahgunakan, maka ia bukan sahaja memberi mudarat kepada manusia bahkan turut mengundang azab Allah di akhirat kelak. Ringkasnya, dapat disimpulkan bahawa setiap aktiviti teknologi yang baik dan memberikan faedah adalah ibadah sekiranya dilaksanakan dengan menepati hukum Islam dan disertai dengan niat yang mulia tanpa mengharapkan pujian dan kemegahan.

Adil dan Zalim

Kalimah adil berasal daripada kalimah bahasa Arab adl yang bererti persamaan antara dua perkara yang berbeza atau antara dua pertelingkahan tanpa kecenderungan terhadap mana-mana pihak dengan mengambil tindakan yang saksama. Manakala daripada sudut syarak pula, adil membawa maksud mengambil tindakan dan membuat pertimbangan yang bertepatan dengan wahyu Ilahi dan ijtihad (Abdul Hadi Awang, 2009). Adil dalam Islam pula merangkumi beberapa takrifan, iaitu keseimbangan, pemeliharaan persamaan hak tanpa sebarang pencabulan terhadapnya, pemberian hak kepada mereka yang berhak dan juga meletakkan sesuatu pada tempatnya (lawan bagi zalim). Kesemua takrifan di atas saling berkait antara satu sama lain. Justeru, dapat disimpulkan bahawa adil bermaksud memberikan kepada mereka yang berhak akan hak mereka mengikut kadar masing-masing secara seimbang dan saksama tanpa menindas atau menzalimi hak orang lain.

Penggunaan teknologi juga seharusnya diaplikasikan secara adil, iaitu dengan meletakkan teknologi sebagai suatu wasilah dan alat untuk melihat dan mengkaji bukti-bukti kewujudan dan keagungan ciptaan Allah yang sekaligus membuktikan kehebatan Penciptanya. Teknologi aeroangkasa yang digunakan secara adil membolehkan manusia meneroka alam angkasaraya serta melihat sendiri keajaiban ciptaan Allah dengan pergerakan planet-planet yang bergerak di atas orbitnya dan tidak bertembung antara satu sama lain yang menunjukkan wujudnya peraturan yang ditetapkan oleh Maha Pencipta.

Manakala zalim juga merupakan kalimah yang berasal daripada bahasa Arab iaitu “al-zulm” adalah sesuatu yang berlawanan dengan perkataan adil. Perkataan zalim bermaksud memesongkan sesuatu yang hak kepada kebatilan. Kezaliman membawa bencana serta kemusnahan kepada kehidupan, alam semesta selain merupakan punca kejahatan berleluasa. Larangan dan pengharaman menyokong golongan yang zalim termaktub dalam al-Quran (Surah Hud : 113) yang bermaksud;

Page 9: UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)

9

“Janganlah sekali-kali kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, nescaya kamu disentuh oleh api neraka, kemudian kamu tidak lagi ditolong”.

Kezaliman boleh berlaku dalam dua keadaan sama ada dengan memeras atau merampas harta benda atau hak orang lain atau boleh juga berlaku dengan menentang hukum-hukum Allah. Kezaliman dalam konteks teknologi adalah dengan menyalahgunakan teknologi. Contohnya, mencipta teknologi-teknologi yang bertentangan dengan hukum Islam seperti pengklonan manusia atau menghasilkan hidupan lain hasil daripada gabungan genetik manusia dan anjing adalah jelas merupakan suatu penyalahgunaan teknologi.

Istislah dan Dhiya’

Istislah bermaksud kepentingan awam manakala Dhiya’ pula bermaksud pembaziran. Islam mengharuskan penciptaan teknologi yang bertujuan untuk memenuhi keperluan dan kepentingan masyarakat umum. Ajaran Islam membolehkan umatnya menerima dan menggunakan apa jua hasil daripada teknologi asalkan ia tidak membawa kepada maksiat dan memberikan manfaat. Walau bagaimanapun, sekiranya teknologi itu menyebabkan manusia lalai daripada mengingati Allah (zikir) dan fikir serta meruntuhkan nilai kemanusiaan, maka peringatan dan panduan seharusnya diberikan kepada pengguna teknologi tersebut agar tidak tersasar jauh daripada matlamatnya. Penciptaan teknologi enjin dan pembuatan kereta dan berbagai jenis pengangkutan lain memberi kemudahan kepada manusia untuk bergerak dengan lebih cepat seterusnya dapat meminimumkan penggunaan masa dan mengoptimumkan prestasi kerja. Begitu juga penciptaan teknologi yang digunakan dalam perawatan dan penyaluran air bersih untuk kegunaan seharian manusia, jelas memberikan manfaat kepada kehidupan manusia yang dahulunya terpaksa bersusah payah mengangkut air dari perigi dan sungai selain menyebabkan penempatan di tepi-tepi sungai dan di kawasan sumber-sumber air mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan penempatan yang lain. Dengan kata lain, Islam tidak menghalang apa jua pembaharuan dan pembangunan mahupun teknologi asalkan ia tidak bercanggah dengan al-Quran dan Sunnah.

Konsep Dhiya’ dalam teknologi, iaitu pembaziran dilarang dalam Islam yang sangat menitikberatkan sifat kesederhanaan dan melarang perbuatan membazir. Rasulullah s.a.w sebagai contoh ikutan umat Islam adalah seorang yang sentiasa bersederhana, iaitu tidak terlalu kedekut dan tidak membazir. Sabda baginda s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas yang bermaksud:

“Berperangai baik dan bersifat sederhana merupakan dua puluh bahagian daripada kenabian”

Dalam konteks penggunaan teknologi, seringkali berlaku pembaziran. Contoh yang paling mudah adalah dalam penggunaan khidmat pesanan ringkas (SMS). Masyarakat seolah-olah memandang ia sebagai suatu perkara yang remeh sedangkan penggunaan SMS dalam perkara-perkara yang tidak perlu adalah dikategorikan sebagai membazir. Sebagaimana yang telah sedia maklum, setiap SMS ditentukan kadar rata tanpa mengira bilangan patah perkataan

Page 10: UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)

10

yang dihantar oleh pengirim. Justeru penggunaan khidmat pesanan ringkas atau SMS seharusnya digunakan secara berhemah bagi mengelakkan berlakunya pembaziran tanpa disedari pengguna.

Tidak dapat dinafikan bahawa kewujudan teknologi sebagai contoh, teknologi janakuasa elektrik sangat memberi manfaat dan memudahkan urusan kehidupan manusia. Namun, bagaimana pula kaedah terbaik untuk menghargainya agar tidak berlaku sebarang pembaziran ketika menggunakannya? Penggunaan peralatan elektrik dan elektronik di rumah mahupun di pejabat sewajarnya digunakan dengan bijak. Begitu juga dengan penggunaan alat pendingin hawa (aircond) yang sepatutnya hanya di “on” kan ketika perlu sahaja dan dalam kadar suhu yang sederhana.

Teknologi hendaklah diuruskan dengan sebaiknya. Hal ini demikian kerana kewujudannya bukan sahaja bermanfaat bahkan beriringan dengannya keburukan jika tidak diurus dan digunakan dengan cara yang betul dan cekap. Kepelbagaian maklumat dan aplikasi yang boleh dicapai dengan hanya satu klik di hadapan komputer akan membawa musibah jika disalahgunakan. Justeru, manusia seharusnya bijak ketika memilih laman-laman web. Pemilihan perlu diutamakan kepada laman web yang dapat memberikan info yang bermanfaat dan mengelakkan daripada menjelajahi laman-laman yang berunsur negatif seperti keganasan, perkauman, seks, ajaran sesat, dan sebagainya. Kesedaran ini perlu bagi memastikan hanya laman-laman web dan maklumat yang bermanfaat sahaja diakses bagi mengelakkan berlakunya pembaziran masa. Ringkasnya, dalam apa jua perbuatan atau kegiatan seharian, manusia sepatutnya menggunakan dan memanfaatkan teknologi dengan cara yang berhemah.

Mewarnakan Teknologi Dengan Wajah Islam

Sarjana-sarjana Islam berpendapat bahawa teknologi alternatif perlu diperolehi bagi mengelakkan kesan-kesan pencemaran terhadap budaya dan cara hidup Islam yang murni. Misalnya, K.D. Sharma dan M. A. Qureshi berhujah bahawa idea tentang teknologi alternatif adalah berdasarkan “pemilihan teknologi daripada satu set teknologi yang tersedia untuk menghasilkan barangan dan komoditi bagi memenuhi keperluan semua”. Teknologi alternatif yang dipilih daripada suatu spektrum teknologi di pasaran mestilah mempunyai ciri-ciri berikut; ia mungkin primitif, rendah dan tinggi atau terletak di antara ketiga-tiga keadaan tersebut, tetapi mestilah sesuai dengan atau tiadanya sumber-sumber negara dan mestilah selaras dengan objektif ekonomi, sosial, budaya, dan politik negara tersebut serta tidak merosakkan alam sekitar.

Hubungan antara teknologi dan masyarakat boleh dilihat dalam dua cara :1. Ia telah membuktikan bahawa satu-satunya teknologi untuk masyarakat ialah

teknologi yang dapat berkembang tanpa bantuan luar. Ia merupakan ciptaan tempatan oleh negara-negara yang sedang membangun itu sendiri.

2. Teknologi alternatif tidak boleh dikembangkan mengikut rangka kerja falsafah dan intelektual peradaban barat.

Page 11: UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)

11

Tegasnya dalam menggunakan teknologi asing, umat Islam perlu membuang nilai-nilai yang diimport dan menerima intipati yang sesuai dengan keadaan tempatan. Lebih khusus lagi, keperluan-keperluan tempatan itu ialah:

i- Kesedaran atas sistem nilai yang terkandung dalam teknologi-teknologiii- Keyakinan terhadap kemampuan masyarakat itu dari segi tamaduniii- Persetujuan bahawa perubahan yang tidak baik dalam masyarakatnya tidak akan

berlaku.iv- Pemilihan dan penyelidikan yang teliti terhadap teknologi asingv- Penyesuaiannya jika perlu sebelum ditiruvi- Mengesan akibat daripada teknologi asing; danvii- Penolakan dan pembuangannya jika ia terbukti telah meninggalkan kesan yang

tidak baik.

KESIMPULAN

Teknologi barat telah banyak mewarnai budaya dan tamadun umat Islam. Walaupun Islam sebenarnya mempunyai tamadunnya sendiri yang unggul, tetapi keruntuhan tamadun Islam dan penjajahan oleh dunia barat telah menyebabkan umat Islam menjadi mundur dan terkebelakang dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan termasuk teknologi. Akibatnya, umat Islam menadah tangan untuk menerima teknologi asing tanpa berupaya melakukan ubahsuaian yang membawa bersama-samanya ideologi kepakaran. Satu pendekatan yang konkrit dan bersepadu perlu difikirkan oleh dunia Islam untuk meminimumkan kesan pemindahan teknologi asing ke atas keutuhan budaya Islam yang murni serta memunculkan dunia Islam dengan teknologi yang ditandai dengan roh dan jiwa Islam.

RUJUKAN

Al Quran dan Terjemahannya.

Abdul Hadi Awang. (2009). Islam Adil Untuk Semua. Selangor: PTS Islamika Sdn. Bhd.

Ahmad Baharuddin Abdullah. (2004). Memperkenalkan Bidang Kejuruteraan Islam: Persepsi dan Sumbangan. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Afzalur Rahman. (1992). Ensiklopedia Sirah Jilid I. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Al-Azhari Basri Ibrahim. (2003). Salah Faham terhadap Konsep Ibadah, Ilmu dan Zikir. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.

Al-Qaradhawi Yusuf. (1980). Matlamat dan Tujuan Ibadah Dalam Islam. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Malaysia.

Page 12: UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)

12

Baharudin Yatim. (1995). Pengurusan Penyelidikan Sains dan Teknologi dari Perspektif Islam. Seminar al-Quran & Isu-isu Semasa II peringkat kebangsaan pada 12-13 september di bilik jumaah UKM Bangi. Anjuran Jabatan Pengajian Al-Quran Dan Sunnah FAKULTI PENGAJIAN Islam UKM.

Endang Mohd Zain. (1989). Sains, Falsafah dan Agama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Galbraith J.K. (1974). Economics and the Public Purpose. London : Andre Deutsch

Hairudin Harun. (1992). Daripada Sains Yunani kepada Sains Islam. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Haron Din. (1988). Manusia dan Islam. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn Bhd.

Ibnu Taimiyah. (1982). Al’Ubudiyyah Mu’ammal Hamidy. Surabaya : PT Bina Ilmu

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

M. Quraish Shihab. (1997). Wawasan al-Quran Tafsir Maudu’I atas Pelbagai Persoalan Umat. Bandung: Penerbit Mizan Khazanah Ilmu-ilmu Islam.

Mesthene E.G. (1971). Technological Change Its Impact on Man and Society. Cambridge Mass: Harvard University Press.

Moehammad Thahir Badrie. (1984). Syarah Kitab al-Tauhid Muhammad bin Abdul Wahab. Jakarta: PT Pustaka Panjimas.

Mohd Yusoff Othman (2009). Sains, Masyarakat dan Agama. Kuala Lumpur: Utusan Publications Sdn Bhd.

Ramli Awang et al. (2001). Falsafah Sains dan Teknologi Dari Perspektif Islam. Skudai: Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS)

Shahir Mohd Zain. (1989). Pengenalan Tamadun Islam dalam Sains dan Teknologi. Kuala Lumpur: Dawan Bahasa dan Pustaka.

Sidek Baba. (1997). Penglibatan Masyarakat Islam di dalam Pembangunan dan Penggunaan Teknologi Maklumat. Seminar Cabaran Teknologi Maklumat dan Internet: Agenda Umat Islam. 25 – 26 Mac 1997.

Sulaiman Noordin. (1993). Sains Falsafah dan Islam. Bangi: Pusat Pengajian Umum, UKM.

Wan Fuad Wan Hassan. (1990). Ringkasan Sejarah Sains. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Page 13: UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)

13

Zawiyah Mohd Yusof et. Al. (2005). Teknologi Maklumat & Komunikasi Etika, Undang-undang dan Sosial. Malaysia: Mc Graw-Hill (Malaysia) Sdn Bhd.

Ziauddin Sardar. (1977). Science, Technology and Development in the Muslim World. London: Croom Helm.

Ziauddin Sardar. (1990). Masa Hadapan Islam, Bentuk Idea Yang Akan Datang (Penterjemah: Mohd. Sidin Ahmad Ishak). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.