UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH … PEMENTORAN PENS… · 4.6.1 Pembentangan laporan ......

37
UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP) HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) i|

Transcript of UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH … PEMENTORAN PENS… · 4.6.1 Pembentangan laporan ......

Page 1: UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH … PEMENTORAN PENS… · 4.6.1 Pembentangan laporan ... mentor dapat dikembangkan ... Mengkoordinasi dan menyelaras aktiviti pemantauan,

UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) i|

Page 2: UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH … PEMENTORAN PENS… · 4.6.1 Pembentangan laporan ... mentor dapat dikembangkan ... Mengkoordinasi dan menyelaras aktiviti pemantauan,

UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 2 |

EDISI PERTAMA 2013

Bahagian Hal Ehwal Akademik | Universiti Teknologi MARA, Perak

Page 3: UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH … PEMENTORAN PENS… · 4.6.1 Pembentangan laporan ... mentor dapat dikembangkan ... Mengkoordinasi dan menyelaras aktiviti pemantauan,

UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 3 |

© Universiti Teknologi MARA, Perak, 2013

Edisi Pertama 2013

Hak Cipta Terpelihara. Tiada bahagian dalam penerbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk

pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada

dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu

daripada Bahagian Hal Ehwal Akademik, Universiti Teknologi MARA, Perak.

Manual Pementoran Pensyarah (MaPP) ini diterbitkan oleh Bahagian Hal Ehwal Akademik, Universiti

Teknologi MARA (Perak), Bandar Baru Seri Iskandar, 32610, Seri Iskandar, Perak Darul Ridzwan.

Page 4: UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH … PEMENTORAN PENS… · 4.6.1 Pembentangan laporan ... mentor dapat dikembangkan ... Mengkoordinasi dan menyelaras aktiviti pemantauan,

UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 4 |

PRAKATA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Cetusan idea untuk membukukan amalan terbaik sistem mentor-menti untuk para pensyarah UiTM Perak adalah salah satu usaha mengukuhkan kualiti dan kelestarian Kecemerlangan Akademik UiTM Perak. Pensyarah adalah aset universiti, apabila cemerlang seseorang pensyarah maka secara langsung akan cemerlanglah UiTM Perak. Ilmu pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta kompetensi pensyarah yang telah lama berkhidmat amat perlu disuburkan dengan menyalurkan bantuan dan berkongsi amalan terbaik dengan pensyarah muda secara sistematik dan objektif . Program Pementoran Berstruktur (Structured Mentoring Program) yang dibangunkan oleh Bahagian Hal-Ehwal Akademik, UiTM Perak, adalah berpandukan kepada kajian, maklum-balas pensyarah UiTM Perak serta amalan-amalan terbaik beberapa buah universiti ternama. Hasil rumusan telah diadaptasi serta disesuaikan dengan keperluan dan objektif UiTM. Syabas kepada Ahli Jawatan kuasa kerja yang telah berjaya menghasilkan manual ini. Manual ini merupakan simbol kepada komitmen pengurusan UiTM Perak untuk membangunkan potensi para pensyarah muda serta memperluaskan peluang perkongsian pintar di kalangan pensyarah melalui kaedah mentor-menti. Adalah diharapkan agar manual ini akan menjadi panduan bagi meleraikan isu-isu berbangkit serta memberi jawapan kepada maklum balas hasil kajian. Di samping itu, ia juga diharap akan turut membantu pembangunan kerjaya setiap pensyarah. Usaha Taqwa Mulia Sekian. Profesor Ir Dr Zainab Mohamed. P.Eng Rektor Universiti Teknologi Mara (Perak) November 2013

Page 5: UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH … PEMENTORAN PENS… · 4.6.1 Pembentangan laporan ... mentor dapat dikembangkan ... Mengkoordinasi dan menyelaras aktiviti pemantauan,

UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 5 |

1.0 Latar Belakang

Kecemerlangan sesebuah universiti disokong oleh kecemerlangan para

pensyarah. Justeru, salah satu mekanisme yang dilaksanakan oleh UiTM (Perak)

bagi merealisasikan kecemerlangan tersebut adalah melalui pembentukan

Structured Mentoring Program (SMP).

Program Pementoran ini dilaksanakan sebagai satu program latihan dan

pendidikan yang terancang untuk membangunkan potensi pensyarah muda yang

kurang pengalaman, pendedahan dan kemahiran. Program Pementoran ini

diharap dapat menjadi sumber untuk bimbingan dan kerangka kepimpinan

bidang profesional dan akademik yang lebih efektif seterusnya meningkatkan

kompetensi para pensyarah.

Program yang dibangunkan ini adalah berdasarkan daripada kajian, maklum-

balas pensyarah UiTM Perak serta amalan-amalan terbaik beberapa buah

universiti ternama (Emory University, Columbia University, California University

dan Cambridge University) yang telah dimurnikan dan disesuaikan dengan

keperluan dan objektif UiTM.

Program ini diwujudkan untuk meningkatkan prestasi pensyarah baru melalui

beberapa langkah utama;

1. Pemadanan mentor dan menti yang bersesuaian;

2. Penetapan matlamat dan objektif jangka masa pendek dan jangka masa

panjang;

3. Pertemuan berkala antara mentor dan menti;

4. Penilaian berkala terhadap prestasi mentor-menti berpandukan matlamat

yang ditetapkan; dan

5. Maklum balas konstruktif yang berkesan.

Page 6: UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH … PEMENTORAN PENS… · 4.6.1 Pembentangan laporan ... mentor dapat dikembangkan ... Mengkoordinasi dan menyelaras aktiviti pemantauan,

UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 6 |

2.0 Matlamat-matlamat Program Pementoran UiTM (Perak)

2.1 Menyokong kejayaan dan kecemerlangan kerjaya di kalangan pensyarah

baru melalui hubungan pementoran yang berstruktur dan bermatlamat.

2.2 Menyediakan maklumat yang tepat dan cepat serta memberi bimbingan

dan sokongan terhadap kemajuan dan kenaikan pangkat di UiTM (Perak).

2.3 Membina satu budaya yang menghargai dan menyokong program

pementoran, berdasarkan pengiktirafan bahawa peranan utama pensyarah

kanan adalah untuk membimbing, membangun dan melatih generasi

seterusnya.

3.0 Objektif Program Pementoran UiTM (Perak)

3.1 Objektif jangka masa pendek

Membangunkan potensi pensyarah muda yang kurang pengalaman dan

kemahiran dalam teknik pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan

supaya mendapat bimbingan serta dorongan daripada pensyarah kanan

untuk tujuan pengesahan jawatan.

3.2 Objektif jangka masa panjang

Memindahkan pengalaman, kepakaran dan kebolehan pengajaran dan

pembelajaran (P&P), penulisan, inovasi, penerbitan, konsultasi dan

penyelidikan yang berguna kepada perkembangan kerjaya pensyarah

muda melalui perkongsian maklumat, kebolehan, kemahiran, inspirasi,

pendedahan dan pengalaman dengan pensyarah kanan.

Page 7: UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH … PEMENTORAN PENS… · 4.6.1 Pembentangan laporan ... mentor dapat dikembangkan ... Mengkoordinasi dan menyelaras aktiviti pemantauan,

UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 7 |

4.0 Komponen Teras Program Pementoran UiTM (Perak)

4.1 Hal Ehwal Akademik UiTM (Perak)

Menubuh dan mengkoordinasi program pementoran di UiTM (Perak).

4.2 Fasilitator pementoran (KeF)

Bertanggungjawab melaksana, menyelia dan menyelaras program

pementoran di peringkat fakulti.

4.3 Program pementoran One on One

Semua pensyarah baru akan berpasangan dengan pensyarah kanan.

4.4 Pengiktirafan untuk mentor-menti

4.4.1 Anugerah Pementoran (Best Mentor Award & Best Menti Award).

4.4.2 Kemajuan/kenaikan pangkat (Penyertaan pensyarah dalam program

pementoran ini dikira sebagai salah satu aktiviti dalam Sasaran Kerja

Tahunan (SKT) pensyarah pada tahun yang dinilai.

4.5 Kursus dan latihan (dikendalikan oleh ILQaM)

4.5.1 Bengkel/kursus dan seminar, penceramah jemputan, dll

Cadangan taklimat/topik-topik/kursus yang akan dikendalikan;

1. Sesi Orientasi Mentor-Menti;

2. Taklimat “Bagaimana untuk menjadi mentor dan menti yang

berkesan”;

3. Penyediaan CV

4. Penyediaan manuskrip/artikel/manual/modul;

5. Permohonan pembiayaan penyelidikan;

6. Keseimbangan kerjaya/kehidupan.

4.6 Penilaian

4.6.1 Pembentangan laporan pertemuan/pencapaian.

4.6.2 Soal selidik program dan penilaian mentor/menti secara individu.

4.7 Laman sesawang program pementoran

4.7.1 Maklumat Program Pementoran, borang permohonan www.perak.uitm.edu.my/pementoran

Page 8: UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH … PEMENTORAN PENS… · 4.6.1 Pembentangan laporan ... mentor dapat dikembangkan ... Mengkoordinasi dan menyelaras aktiviti pemantauan,

UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 8 |

5.0 Carta Organisasi

CARTA ORGANISASI STRUCTURAL MENTORING PROGRAM (SMP)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (PERAK)

Rajah 1: Carta Organisasi Program Pementoran Berstruktur, UiTM (Perak)

Page 9: UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH … PEMENTORAN PENS… · 4.6.1 Pembentangan laporan ... mentor dapat dikembangkan ... Mengkoordinasi dan menyelaras aktiviti pemantauan,

UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 9 |

6.0 Definisi Pementoran

“… satu proses bimbingan dan merupakan kerangka atau panduan untuk

kepimpinan bagi bidang profesional dan akademik yang lebih efektif”

(Aladejana A., et al, 2006).

“… proses yang melibatkan seorang individu (mentor) yang berpengalaman,

dipandang tinggi, dan memahami membimbing seorang individu lain (menti)

dalam perkembangan dan pemeriksaan melalui penilaian mereka sendiri,

pembelajaran dan peribadi dan perkembangan professional. Mentor

kebiasaannya, tapi tidak semestinya, bekerja di dalam organisasi atau bidang

yang sama seperti mentinya, membantu dengan mendengar dan bercakap

dengan yakin kepada mentinya” (Watkins dan Whalley, 1993).

Rajah 2 : Attribut Pementoran

[Sumber: Northcott, 2000; Oliver & Aggleton, 2002]

7.0 Fungsi Pementoran

7.1 Fungsi kerjaya

“Aspek-aspek dalam hubungan yang meningkatkan kemajuan dalam

sesuatu organisasi” (Azman et al, 2007) seperti membimbing,

melindungi, berhubung, memperoleh pembiayaan.

Page 10: UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH … PEMENTORAN PENS… · 4.6.1 Pembentangan laporan ... mentor dapat dikembangkan ... Mengkoordinasi dan menyelaras aktiviti pemantauan,

UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 10 |

7.2 Fungsi-fungsi psiko-sosial

“Aspek-aspek dalam hubungan yang meningkatkan kelayakan, identiti

dan keberkesanan seseorang individu” (Clutterbuck dan Megginson,

1999; Azman et al, 2007) seperti menjadi ‘role model’, kaunseling,

pengesahan, penerimaan, dan persahabatan.

8.0 Faedah Pementoran

8.1 Faedah untuk menti

Dapat mempelajari sesuatu daripada pengalaman, kemahiran dan

mencontohi cara pembelajaran mentor (membantu untuk pengesahan

jawatan pensyarah). Mereka juga mendapat faedah daripada hubungan

yang lebih luas dan peluang-peluang untuk bekerjasama, khidmat

nasihat perancangan kerjaya, laluan untuk kritikan dan maklum balas

yang jujur, nasihat tentang tanggungjawab dan keutamaan, pendedahan

tentang peraturan-peraturan akademia yang formal dan tidak formal

serta bantuan dalam mengembangkan kepakaran dan mendapat

bahan-bahan yang diperlukan untuk berjaya.

8.2 Faedah untuk mentor

Mewujudkan sistem sokongan peribadi, maklumat dan maklum balas

dari menti- kepuasan membantu satu sama lain, pengiktirafan (termasuk

kenaikan pangkat), dan meningkatkan kepuasan bekerja/kerjaya.

Secara tidak langsung, pengetahuan, pengalaman serta kemahiran

mentor dapat dikembangkan melalui perkongsian amalan terbaik

mereka menti

8.3 Fakulti

Meningkatkan produktiviti, kerjaya dan kepuasan bekerja ke tahap yang

lebih tinggi, mengurangkan kemerosotan, dan meningkatkan kerjasama

antara pensyarah dalam fakulti, dan seterusnya mewujudkan

persekitaran yang lebih mesra.

8.4 Universiti

Mengukuhkan kualiti dan kelestariaan Kecemerlangan Akademik UiTM

Perak.

Page 11: UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH … PEMENTORAN PENS… · 4.6.1 Pembentangan laporan ... mentor dapat dikembangkan ... Mengkoordinasi dan menyelaras aktiviti pemantauan,

UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 11 |

9.0 Kepentingan Pementoran

9.1 Pementoran telah terbukti berkesan untuk:

1. Meningkatkan minat dalam kerjaya akademik (Azman et al, 2007);

2. Mempromosikan perkembangan kerjaya dan kepuasan (Friday &

Friday, 2002);

3. Meningkatkan produktiviti fakulti (pementoran dikaitkan dengan

pembiayaan dan penerbitan) (Azman et al, 2007);

4. Menyokong prestasi kenaikan pangkat di kalangan akademia

(ibid, 2007);

5. Meningkatkan keberkesanan pengajaran, penyelidikan dan

perkembangan profesional (ibid, 2007);

6. Mengurangkan konflik antara kerjaya dan keluarga (Goldstein &

Ford, 2002).

10.0 Kerangka Structured Mentoring Program UiTM (Perak)

Rajah 3 : Kerangka SMP UiTM (Perak)

Rajah 1 menunjukkan kerangka sistem pementoran yang diamalkan di UiTM

(Perak). Agenda/Strategi universiti hendaklah dijadikan sebagai panduan bagi

membina strategi kemajuan pensyarah dan program pementoran UiTM (Perak).

Amalan pementoran sama ada formal (mengikut prosedur yang ditetapkan) atau

tidak formal (mengikut prosedur yang fleksibel) mestilah dilaksanakan untuk

mencapai strategi pementoran UiTM (Perak). Amalan komunikasi antara mentor

(pensyarah kanan) dan menti (pensyarah muda) adalah mekanisme yang sangat

penting untuk memastikan proses perkongsian dan pemindahan pengetahuan,

Agenda/Strategi UiTM

Agenda/Strategi Kemajuan Pensyarah UiTM

Amalan Pementoran Formal Amalan Pementoran Tidak Formal

Strategi Pementoran Pensyarah UiTM (Perak)

Amalan komunikasi antara mentor dan menti

Page 12: UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH … PEMENTORAN PENS… · 4.6.1 Pembentangan laporan ... mentor dapat dikembangkan ... Mengkoordinasi dan menyelaras aktiviti pemantauan,

UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 12 |

pengalaman, kemahiran dan kebolehan berlaku secara terancang dan memberi

kesan positif terhadap sikap dan tingkah laku menti.

11.0 Struktur dan Pentadbiran Program Pementoran

Rajah 4 : Program Pementoran Berstruktur (Peranan dan Tanggungjawab)

11.1 Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA)

Program pementoran dikoordinasikan oleh Bahagian Hal Ehwal Akademik.

Peranan HEA;

1. Menyediakan garis panduan program pementoran;

2. Menyediakan kemudahan, latihan, kursus mahupun bengkel seperti

Sesi Orentasi;

3. Menyelaraskan aktiviti pelantikan, pemantauan dan penilaian seperti

penyediaan borang penilaian dan pencapaian menti, menyediakan

perjanjian (mentoring agreement), mengeluarkan surat pelantikan, dan

juga memberi penghargaan kepada mentor dan menti yang berjaya

contohnya “Best Mentor/Menti Award”.

Menyediakan garis panduan program pementoran

Menyediakan fasiliti, merancang aktiviti, latihan, kursus

Mengkoordinasi dan menyelaras aktiviti pemantauan, dan penilaian program pementoran

HEA

Mengenal pasti pasangan mentor dan menti

Memantau dan menilai aktiviti pementoran

Mengkoordinasi dan menyelaras pertemuan mentor dan menti

FAKULTI

+ Memindahkan pengalaman dan kepakaran: Mentor

Menerima nasihat/perubahan: Menti

Menggariskan sasaran (goal) yang ingin dicapai.

Mengadakan perjumpaan berkala

Menghasilkan perubahan “make magic”

Menti

e

Mentor

Page 13: UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH … PEMENTORAN PENS… · 4.6.1 Pembentangan laporan ... mentor dapat dikembangkan ... Mengkoordinasi dan menyelaras aktiviti pemantauan,

UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 13 |

11.2 Fakulti

Setiap jabatan akan mengenal pasti pasangan mentor dan menti yang

bersesuaian berdasarkan bidang kepakaran dan minat mereka. Menti

digalakkan memilih mentor mereka supaya wujud hubungan yang baik dan

keserasian. Pihak fakulti juga bertanggungjawab menetapkan pertemuan

antara mentor dan menti berdasarkan jadual berkala. Bagi memastikan

program ini mencapai matlamat dan objektifnya, pihak fakulti dan HEA akan

memantau pelaksanaan program menerusi sesi pembentangan pencapaian

dan perkembangan menti oleh mentor (setiap 3 bulan pembentangan hasil

akan dilaksanakan).

11.3 Mentor dan menti

Mentor dan menti adalah peserta yang perlu mencapai sasaran dan KPI yang

digariskan. Mereka bertanggungjawab untuk mengadakan pertemuan berkala

(sekurang-kurangnya sebulan sekali). Pada awal pertemuan, mereka perlu

menetapkan sasaran yang ingin dicapai apabila menyertai program ini.

Page 14: UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH … PEMENTORAN PENS… · 4.6.1 Pembentangan laporan ... mentor dapat dikembangkan ... Mengkoordinasi dan menyelaras aktiviti pemantauan,

UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 14 |

12.0 Proses Program Pementoran

PROGRAM PEMENTORAN BERSTRUKTUR (SMP)

(Proses Kerja Bermula Pada Awal Tahun)

Rajah 5 : Carta Aliran Proses Kerja

Page 15: UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH … PEMENTORAN PENS… · 4.6.1 Pembentangan laporan ... mentor dapat dikembangkan ... Mengkoordinasi dan menyelaras aktiviti pemantauan,

UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 15 |

12.1 Pemilihan pasangan mentor dan menti

12.1.1 Proses mengenal pasti pasangan mentor dan menti

Pemilihan adalah berdasarkan kepakaran dan pengalaman. Menti

boleh memilih mentor mereka mengikut keperluan sasaran. Mereka

boleh memilih satu atau lebih bidang kepakaran seperti berikut:

1. Pengajaran dan pembelajaran

2. Penyelidikan

3. Profesionalisma/konsultasi

4. Inovasi

5. Penerbitan

Bidang pengajaran dan pembelajaran adalah wajib dan mereka boleh

memilih salah satu bidang lagi seperti di atas.

12.1.2 Pelantikan mentor dan menti (1 mentor :1@2 menti)

Surat pelantikan akan dikeluarkan oleh HEA dan cadangan pelantikan

adalah selama 1 hingga 3 tahun.

12.1.3 Perjanjian pementoran

Menggariskan komitmen, tanggungjawab dan peranan mentor serta

menti. Perjanjian ini akan disediakan oleh HEA.

12.1.4 Penetapan sasaran (jangka masa pendek dan panjang)

Pihak fakulti menetapkan sasaran kepada mentor dan menti. Borang

sasaran akan disediakan oleh pihak HEA.

Rajah 6 : Sasaran Kerjaya Pensyarah

Kelestarian Universiti

DM45 DM52 DM54 VK7

6 bln – 1 thn Pengesahan Jawatan (Tumpuan kepada P & P serta penyelidikan) 2 – 3 thn Pembangunan kerjaya

Selepas 5 tahun 3 tahun

Pembangunan Kerjaya

Page 16: UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH … PEMENTORAN PENS… · 4.6.1 Pembentangan laporan ... mentor dapat dikembangkan ... Mengkoordinasi dan menyelaras aktiviti pemantauan,

UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 16 |

Contoh: Rajah 4 menunjukkan sasaran kerjaya pensyarah dalam mencapai

kecemerlangan universiti. Sasaran utama pensyarah bermula tahun

pertama hingga tahun ketiga adalah untuk meningkatkan kemahiran

pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan. Keperluan ini

hendaklah dilengkapkan bagi tujuan pengesahan dalam jawatan.

Selepas tiga tahun tumpuan pensyarah adalah pada proses

pembangunan kerjaya mereka. Oleh itu, sasaran utama program ini

dibahagi kepada:

Sasaran jangka masa pendek (Sasaran utama untuk pengesahan

jawatan)

Dalam tempoh 6 bulan hingga 1 tahun pertama menti boleh

melengkapkan keperluan untuk pengesahan jawatan terutamanya

dalam hal ehwal pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan.

Antaranya kemahiran dalam mengendalikan sesi pengajaran secara e-

learning, pelaksanaan silibus berdasarkan sistem Outcome Based

Education (OBE), penggunaan Jadual Spefikasi Ujian (JSU),

penggunaan teknik pengajaran yang kreatif dan inovatif, penggunaan

geran Dana Kecemerlangan, penyediaan cadangan penyelidikan atau

langkah permulaan melaksanakan penyelidikan.

Sasaran jangka masa panjang (Perkembangan Kerjaya)

Dalam tempoh 2 hingga 3 tahun menti mendapat pengesahan

jawatan, dapat menghasilkan kertas kerja, menubuhkan kumpulan

inovasi (seperti KIK dan IID), memohon geran penyelidikan,

menghasilkan log book, tugasan, atau mengambil peperiksaan untuk

tujuan penganugerahan status profesional. Contohnya, bagi Pensyarah

Pengurusan Hartanah mereka memperolehi Status Penilai Berdaftar

dan menghasilkan kajian dalam jurnal berimpak dan sebagainya.

(Lengkapkan Borang Matlamat Perkembangan Kerjaya di muka surat

34)

12.1.5 Taklimat/Kursus/Latihan/Bengkel Program Pementoran

HEA (ILQAM) bertanggungjawab menyediakan kemudahan, latihan,

kursus mahu pun bengkel. Taklimat berhubung peranan dan

tanggungjawab mentor dan menti, garispanduan program dan objektif

harus diadakan di peringkat awal program.

12.1.6 Pertemuan berkala

Pertemuan mentor dan menti hendaklah dilaksanakan sekurang-

kurangnya sebulan sekali supaya proses latihan dan pembelajaran

Page 17: UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH … PEMENTORAN PENS… · 4.6.1 Pembentangan laporan ... mentor dapat dikembangkan ... Mengkoordinasi dan menyelaras aktiviti pemantauan,

UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 17 |

interaktif secara berterusan antara mentor dan menti dapat

dilaksanakan. Menti akan menerima pandangan, nasihat, perkongsian

pengalaman dan bimbingan khusus daripada mentor pada waktu

pertemuan tersebut. Log perjumpaan akan disediakan oleh pihak HEA.

(Lengkapkan Borang Log Perjumpaan SMP di muka surat 33)

12.1.7 Pemantauan dan penilaian

Pihak fakulti (Ketua Fakulti) hendaklah memantau pelaksanaan program

pementoran ini. Panel penilai terdiri daripada KeF daripada setiap

fakulti. Rajah 5 menunjukkan peringkat pembentangan laporan

pencapaian menti. Pembentangan akan dibuat pada setiap peringkat

dalam tempoh 3 bulan sekali. Setiap menti akan membentangkan

perkembangan dan pencapaian matlamat mereka kepada mentor.

Mentor pula akan membentangkan perkembangan menti mereka

kepada KeF (fasilitator). Kemudian,KeF akan membentangkan laporan

pencapaian program pementoran ini kepada Timbalan Rektor HEA

(TRHEA). Akhirnya, pencapaian program tersebut akan dibentangkan

oleh TRHEA kepada ahli pengurusan tertinggi UiTM (Perak) dalam

Mesyuarat Eksekutif.

Segala masalah berhubung pelaksanaan program ini akan dibincangkan

semasa sesi pembentangan ini. Pihak HEA akan menyediakan borang

penilaian dan pencapaian menti.

Rajah 7 : Pembentangan laporan pencapaian menti

(Per

ak)Ek

sekutif HEA

Fakulti

Pembentangan menti kepada

mentor

UiTM (Perak)/ Mesyuarat Eksekutif

Page 18: UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH … PEMENTORAN PENS… · 4.6.1 Pembentangan laporan ... mentor dapat dikembangkan ... Mengkoordinasi dan menyelaras aktiviti pemantauan,

UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 18 |

12.1.8 Penghargaan

Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada mentor dan menti yang

berjaya contoh “Best Mentor Award” dan “Best Menti Award”. Dengan

adanya pengiktirafan ini mentor dan menti akan berusaha untuk

mencapai tahap yang lebih baik.

Penyertaan pensyarah dalam pementoran dicadangkan dimasukkan

sebagai salah satu aktiviti dalam Sasaran Kerja Tahunan (SKT)

pensyarah - pensyarah pada tahun ia dinilai.

13.0 Skop Pementoran

Rajah 8 : Skop Pementoran

Perkongsian pengalaman yang mampu melahirkan pensyarah baru yang kompeten. Skop pementoran P&P adalah wajib dan boleh memilih satu bidang

kepakaran lain

Page 19: UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH … PEMENTORAN PENS… · 4.6.1 Pembentangan laporan ... mentor dapat dikembangkan ... Mengkoordinasi dan menyelaras aktiviti pemantauan,

UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 19 |

13.1 Pembelajaran dan pengajaran

1. Membimbing menti untuk mengajar dengan baik dan berkesan

dengan menyalurkan kemahiran dan pengalaman mentor dalam

proses pengajaran dan pembelajaran kepada menti;

2. Membimbing menti dalam pelaksanaan sesi pengajaran secara e-

learning, melaksanaan silibus berdasarkan sistem Outcome Based

Education (OBE) termasuklah Jadual Spefikasi Ujian (JSU), Closing

The Loop (CDL), Continuous Quality Improvement (CQI) dll;

3. Membimbing menti dalam pengurusan peperiksaan dan

pemarkahan;

4. Memperkenalkan menti tentang polisi dan agenda UiTM, peraturan

akademik, pekeliling akademik, prosedur-prosedur dan peraturan-

peraturan lain yang berkaitan.

13.2 Penyelidikan/Penulisan

1. Membantu dalam pembentukan visi dan matlamat kerjaya dan

mengkaji hasil kerja menti termasuk kertas penyelidikan, dan

manuskrip sebelum penghantaran ke jurnal, persidangan dan geran

cadangan;

2. Membantu mengenal pasti dan mendapatkan pembiayaan melalui

bantuan komunikasi yang proaktif ‘one-on-one’ secara penulisan

dan lisan. Membimbing menti menghasilkan cadangan penyelidikan,

dan membimbing menti memohon geran. Sekiranya cadangan

penyelidikan atau geran tidak diterima, mentor perlu membaca

ulasan-ulasan yang dinyatakan dan membimbing menti untuk

memperbaikinya sebelum diserahkan kepada organisasi terbabit.

13.3 Inovasi

1. Membimbing menti menubuhkan kumpulan inovasi (seperti KIK dan

IID);

2. Menggalakkan menti menghasilkan idea inovasi yang kreatif.

13.4 Penulisan

Membimbing menti menghasilkan modul pengajaran, manuskrip,

penulisan buku dan sebagainya.

Page 20: UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH … PEMENTORAN PENS… · 4.6.1 Pembentangan laporan ... mentor dapat dikembangkan ... Mengkoordinasi dan menyelaras aktiviti pemantauan,

UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 20 |

13.5 Profesionalisma

Membimbing menti menghasilkan log book, tugasan, atau mengambil

peperiksaan untuk tujuan penganugerahan profesional contohnya bagi

Pensyarah Pengurusan Hartanah mereka memperolehi Status Penilai

Berdaftar.

14.0 Garis Panduan Pementoran

14.1 Pemilihan mentor dan menti

1. Setiap jabatan mempunyai fleksibiliti dalam menentukan siapa yang

perlu mempunyai mentor. Semua pensyarah muda (sebagai menti)

hendaklah diletakkan di bawah tanggungjawab pensyarah kanan

(sebagai mentor) untuk memberikan bimbingan intelektual dan

kerjaya, serta sokongan social;

2. Pasangan mentor/menti seharusnya bersetuju pada ‘no-fault

conclusion’ bagi hubungan mereka tidak kira daripada permintaan

mana-mana pihak. Matlamat pasangan mentor dan menti adalah

berdasarkan persetujuan bersama dan boleh berubah (jika perlu)

setelah matlamat-matlamat dan keperluan-keperluan baharu dikenal

pasti;

3. Pasangan mentor dan menti akan ditentukan berdasarkan

keperluan menti dan kekuatan mentor. Mentor boleh memilih dua

menti untuk skop yang sama. Contohnya, skop penyelidikan: menti

A dan B. Menti boleh memilih dua mentor bagi bidang yang berbeza

(jika perlu) contoh bidang pengajaran dan pembelajaran (wajib);

mentor A dan satu lagi skop adalah penyelidikan; mentor B.

14.1.1 Pemilihan mentor

1. Mentor hendaklah terdiri daripada pensyarah kanan yang telah

berkhidmat lebih daripada 5 tahun;

2. Mentor hendaklan mudah memberi dorongan dan sokongan, motivasi

yang baik, berkeyakinan mempunyai nilai kerja dan organisasi yang

baik berkeyakinan, baik, mencipta nilai dan memberi nilai tambahan;

3. Mempunyai kualiti keperibadian yang baik seperti berdisiplin, daya

kepimpinan serta kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik;

4. Mempunyai minat untuk meningkatkan mutu, kreativiti, inovasi dalam

pengajaran dan pembelajaran, minat dalam penyelidikan, penulisan

dan lain-lain;

Page 21: UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH … PEMENTORAN PENS… · 4.6.1 Pembentangan laporan ... mentor dapat dikembangkan ... Mengkoordinasi dan menyelaras aktiviti pemantauan,

UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 21 |

5. Bagi pemilihan mentor untuk skop professionalism, mentor hendaklah

dikalangan professionalism berdaftar seperti penilai berdaftar,

perancang berdaftar, juru ukur berdaftar dan sebagainya;

6. Bersih daripada pertuduhan / tindakan tatatertib.

14.1.2 Pemilihan menti

Melibatkan semua pensyarah muda yang baru dilantik (Berkhidmat kurang

daripada 5 tahun)

14.2 Peranan mentor

1. Bertanggungjawab membimbing menti untuk memahami

tanggungjawab sebagai pensyarah;

2. Mengenal pasti dan menilai apa yang boleh mentor lakukan kepada

menti;

3. Menjelaskan jangkaan kepada menti tentang sejauh mana mentor

boleh memberikan panduan mengenai isu peribadi dan juga isu

professional seperti nasihat mengenai bagaimana mengimbangi

masa untuk kerjaya dan keluarga;

4. Memastikan kritikan (dan juga pujian) diberikan apabila diperlukan

dan memastikan mentor memberikan cadangan terperinci untuk

penambahbaikan;

5. Membimbing menti dalam proses pembelajaran dan pengajaran

seperti pelaksanaan e-learning, ISIS, Justifikasi Ujian (JSU), OBE,

hal ehwal peperiksaan, pemarkahan, dan sebagainya;

6. Membantu menti untuk memahami dan mematuhi peraturan,

pekeliling, polisi dan agenda UiTM;

7. Membantu menti untuk menggunakan kemudahan dan sokongan

yang tersedia di UiTM untuk meneruskan perkembangan kerjaya

(seperti dana untuk menghadiri persidangan atau bengkel,dana

untuk melaksanakan penyelidikan, industrial attachement dll);

8. Berkongsi pengalaman dan kemahiran dalam pengajaran dan

pembelajaran.

Page 22: UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH … PEMENTORAN PENS… · 4.6.1 Pembentangan laporan ... mentor dapat dikembangkan ... Mengkoordinasi dan menyelaras aktiviti pemantauan,

UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 22 |

14.3 Model Kemahiran Mentor

Rajah 9 : Model Kemahiran Mentor

[Sumber: Young & Perrewe, 2000]

14.4 Tips untuk mentor

1. Buat pertukaran CV dengan menti untuk meransang perbincangan

mengenai perjalanan kerjaya dan sebarang kemungkinan;

2. Memupuk pencapaian dengan memberi komen yang membina,

pujian dan memberi maklum balas spontan;

3. Menggunakan pengetahuan, kepakaran, kemahiran dan

pengalaman yang ada untuk membantu menti membina kekuatan

mereka;

4. Berkongsi maklumat tentang aktiviti-aktiviti penting universiti dan

aktiviti profesional yang perlu dihadiri oleh menti;

5. Melaksanakan perjumpaan secara berkala (satu kali sebulan) bagi

membincangkan matlamat dan kaedah/usaha untuk mencapai

matlamat/objektif tersebut serta membincangkan hal-hal kerjaya dan

aktiviti menti;

Page 23: UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH … PEMENTORAN PENS… · 4.6.1 Pembentangan laporan ... mentor dapat dikembangkan ... Mengkoordinasi dan menyelaras aktiviti pemantauan,

UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 23 |

6. Memberikan komitmen dengan menghubungi menti sekerap yang

mungkin untuk menunjukkan bahawa mentor prihatin terhadap

kerjaya menti;

7. Berbincang pencapaian tahunan bersama menti untuk

dibentangkan kepada KeF dalam Mesyuarat Pembentangan

Pencapaian Menti yang akan diadakan pada setiap 3 bulan;

8. Menyemak laporan sebelum dihantar ke fakulti;

9. Memaklumkan kepada fakulti/HEA jika ada sebarang masalah

dalam melaksanakan program pementoran.

14.5 Peranan menti

1. Menerima bimbingan dan nasihat;

2. Menyediakan satu senarai pendek berkenaan matlamat/sasaran kerjaya

jangka panjang dan jangka pendek;

3. Bertanggungjawab untuk merancang pertemuan dengan mentor melalui

penetapan temu janji;

4. Mewujudkan matlamat melalui perbincangan bersama mentor, dan

mengenal pasti kekuatan yang dimiliki serta kemahiran yang diperlukan

untuk mencapai matlamat tersebut;

5. Memberi komitmen terhadap pertemuan yang ditetapkan dan memastikan

tindakan yang dipersetujui dengan mentor pada pertemuan terdahulu telah

diselesaikan;

6. Menghargai masa dan tenaga mentor dan menggunakannya dengan

sebaik mungkin;

7. Bersikap terbuka dan jujur. Membenarkan mentor memberi cabaran

membina dan bersikap terbuka menerima pandangan mentor. Selain itu,

memberi maklum balas mengenai norma dan kualiti bimbingan yang

diberikan oleh mentor.

Page 24: UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH … PEMENTORAN PENS… · 4.6.1 Pembentangan laporan ... mentor dapat dikembangkan ... Mengkoordinasi dan menyelaras aktiviti pemantauan,

UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 24 |

14.6 Perkara yang perlu dilakukan dan perlu dielakkan oleh menti

Lakukan Elakkan

Ambil inisiatif

Menghormati masa mentor

Beritahu agenda dan matlamat

sebelum pertemuan

Perjelaskan matlamat dan

jangkaan

Rajin bertanya mentor terutamanya

berhubung dengan peraturan,

pekeliling, prosedur, polisi UiTM dll

Menerima teguran mentor secara

positif dan berubah untuk kebaikan

Mengemaskini CV dll.

Menjadi pasif-jangan tunggu

mentor memulakan interaksi

Lewat, tidak tepati temu janji

Kekal dalam zon selesa

Kekal dalam perhubungan

pementoran sedangkan ia

tidak membantu

14.7 Tips untuk menti

1. Menunjukkan inisiatif dalam perancangan kerjaya: Menulis pernyataan

peribadi mengenai falsafah pendidikan, buat pertukaran dengan mentor

untuk perbincangan;

2. Mencari peluang untuk mempelajari bagaimana universiti beroperasi, dan

merebut peluang yang ada seperti geran penyelidikan, persidangan dll;

3. Pekai bahawa kejayaan bukan hanya penting untuk diri sendiri, tetapi juga

untuk universiti, jabatan dan fakultii. Apabila cemerlang pensyarah maka

akan cemerlanglah UiTM kerana pensyarah adalah aset kepada universiti;

4. Menjadikan pertemuan berkala dengan mentor sesuatu yang penting dan

mengambil peluang dengan menggunakan emel dan telefon untuk

berhubung secara tidak formal;

5. Bersedia untuk meminta bantuan dan menerima bimbingan;

6. Menghubungi fakulti/HEA jika mempunya sebarang soalan serta masalah

mengenai program ini;

7. Mewujudkan hubungan yang baik dengan staf baru di jabatan sendiri dan

juga dari jabatan dan fakulti lain;

8. Menggunakan kemudahan-kemudahan yang ada untuk menyokong dan

mengukuhkan pengajaran dan penyelidikan.

Page 25: UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH … PEMENTORAN PENS… · 4.6.1 Pembentangan laporan ... mentor dapat dikembangkan ... Mengkoordinasi dan menyelaras aktiviti pemantauan,

UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 25 |

14.8 Kekerapan pertemuan mentor-menti

Komunikasi adalah penting untuk meningkatkan pertukaran dan perkongsian

pengetahuan, kemahiran dan kebolehan dalam program pementoran (Fiske,

1992; Berscheid, 1994; Young & Perrewe, 2000). Oleh itu, untuk mencapai

matlamat program pementoran ini, semua pasangan mentor-menti perlu

membuat pertemuan rasmi sekurang-kurangnya sebulan sekali. Semasa

pertemuan ini, matlamat-matlamat jangka pendek (6 bulan-1 tahun), perlu

dibincangkan dan mula mengatur startegi untuk mencapai matlamat tersebut.

Selain itu, halangan terhadap pencapaian matlamat-matlamat ini perlu dikenal

pasti dan perlu diatasi secara proaktif. Perbincangan pada pertemuan-

pertemuan tersebut juga perlulah berkisar tentang isu-isu yang dibawa oleh

menti berkaitan penyelidikan, pengajaran, penulisan, hubungan akademik,

dan kemudahan asas. Semasa pertemuan tersebut, mentor perlulah

memberikan maklum balas yang aktif, galakan, kritikan yang membina serta

berkongsi kemahiran dan pengalaman kerjaya dengan menti.

Page 26: UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH … PEMENTORAN PENS… · 4.6.1 Pembentangan laporan ... mentor dapat dikembangkan ... Mengkoordinasi dan menyelaras aktiviti pemantauan,

UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 26 |

15.0 Borang Permohonan dan Perjanjian

15.1 Borang Permohonan Mentor

Nama : ____________________________________________ Jawatan : ________________________ No. Telefon : ________________________ Fak : ________________________ Jabatan : _____________________________________________ _____________________________________________ Alamat Emel : _____________________________ Tahun berkhidmat di UiTM : _____________________________ Jawab soalan-soalan di bawah untuk menentukan menti anda.

Kelayakan Akademik

Bidang kemahiran anda

(spt Housing Development, Fashion

Design, Fashion Ilustration, Building

Technology, dll)

Pengalaman dalam perkhidmatan

1)Pengajaran & Pembelajaran: ________ tahun 2)Penyelidikan: ________ tahun Bidang____________________________________ Geran ____________________________________ 3)Penulisan/penerbitan:________________________ (Buku, artikel, manuskrip dll) 4) Profesionalisma: ___________________________ (Penilai Berdaftar, Perancang, Jurutera, Akauntan bertauliah, dll) 5) Inovasi : __________________________________

Sila nyatakan kelebihan anda sebagai

mentor (contoh: teknik pengajaran;

pengurusan masa; professionalisma,

penyelidikan, inovasi dll.).

Sila nyatakan kriteria-kriteria

pensyarah pilihan anda yg mungkin

berpotensi untuk menjadi menti (i.e.,

jantina, bangsa, bidang, dll). Adakah

anda mahukan menti daripada

jabatan yang sama ataupun jabatan

yg berbeza?

Sekiranya anda telah memilih menti

anda, sila nyatakan nama dan jabatan

menti anda di bawah:

Page 27: UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH … PEMENTORAN PENS… · 4.6.1 Pembentangan laporan ... mentor dapat dikembangkan ... Mengkoordinasi dan menyelaras aktiviti pemantauan,

UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 27 |

15.2 Borang Permohonan Menti

Nama : _____________________________________________

Jawatan : ________________________ No Telefon : ________________________ Faks : ________________________ Jabatan : _____________________________________________ `____________________________________________ Alamat Emell : _____________________________ Tahun berkhidmat UiTM : _____________________________ Jawab soalan-soalan di bawah bagi membantu kami untuk menentukan mentor anda

Kelayakan Akademik

Bidang kemahiran anda (spt Housing Development, Fashion Design, Fashion Ilustration, Building Technology, dll)

Pengalaman dalam perkhidmatan

1)Pengajaran & Pembelajaran: ________ tahun 2)Penyelidikan: ________ tahun Bidang____________________________________ Geran ____________________________________ 3)Penulisan/penerbitan:________________________ (Buku, artikel, manuskrip dll) 4) Profesionalisma: ___________________________ (Penilai Berdaftar, Perancang, Jurutera, Akauntan bertauliah, dll) 5) Inovasi : __________________________________

Setiap mentor/menti akan bersetuju dengan pelan kerjasama antara mentor dan menti. Sila nyatakan 2 bidang yang anda rasakan mentor anda dapat membantu anda.

Sila nyatakan kriteria-kriteria pilihan anda mengenai pensyarah yang mungkin berpotensi menjadi mentor anda (i.e., jantina, bangsa, kepakaran, dll). Andakah anda mahukan mentor daripada jabatan yang sama ataupun daripada jabatan yang berbeza?

Sekiranya anda telah memilih mentor anda, sila nyatakan nama dan jabatan mentor anda di bawah:

Page 28: UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH … PEMENTORAN PENS… · 4.6.1 Pembentangan laporan ... mentor dapat dikembangkan ... Mengkoordinasi dan menyelaras aktiviti pemantauan,

UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 28 |

15.3 Perjanjian Mentor

Page 29: UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH … PEMENTORAN PENS… · 4.6.1 Pembentangan laporan ... mentor dapat dikembangkan ... Mengkoordinasi dan menyelaras aktiviti pemantauan,

UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 29 |

16.0 Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pementoran Pertemuan Pertama

Pada pertemuan kali pertama, menti perlu menyenaraikan matlamat-matlamat

kerjaya serta berbincang mengenai harapan dan jangkaan daripada program

pementoran.

16.1 Senarai semak pertemuan pertama

16.1.1 Mengenali antara satu sama lain

1. Berkongsi maklumat mengenai kehidupan peribadi dan professional

mentor/menti;

2. Belajar sesuatu yang baru mengenai menti/mentor.

16.1.2 Mewujudkan garis panduan

1. Bila dan di mana kita akan berjumpa?

2. Bagaimana kita menjadualkan perjumpaan antara kita?

3. Bagaimana cara kita berinteraksi di antara perjumpaan terdahulu

sebelum perjumpaan yang berikutnya?

4. Apakah agenda yang akan diguna pakai oleh kita?

5. Adakah sesuatu agenda tetap yang akan dibincangkan di setiap

perjumpuan kita?

6. Bagaimana kita akan bertukar maklumbalas?

7. Bagaimana kita mengukur kejayaan?

16.1.3 Perjanjian Pasangan Mentor-Menti

1. Mengkaji perjanjian pasangan mentor-menti, membuat

pengubahsuaian jika perlu dengan menanda tangani dan membuat

pertukaran;

2. Mengkaji matlamat-matlamat daripada hubungan pementoran.

16.1.4 Mengesahkan Langkah-langkah Seterusnya

Penjadualan tarikh, masa dan tempat untuk seterusnya.

Page 30: UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH … PEMENTORAN PENS… · 4.6.1 Pembentangan laporan ... mentor dapat dikembangkan ... Mengkoordinasi dan menyelaras aktiviti pemantauan,

UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 30 |

17.0 Mengaturkan Pertemuan Permulaan

17.2.1 Permulaan bagi temujanji pertama

Menti Mentor

Mengaturkan temujanji

Menjadualkan pertemuan pertama.

Ambil langkah untuk menjadualkan

temujanji pertama bersama mentor,

dengan peruntukan kurang-kurangnya

60 minit. Tujuan utama pertemuan ini

adalah untuk sesi suai kenal dan juga

untuk membuat perancangan tentang

matlamat program pementoran ini.

Tindakbalas kepada permohonan

temujanji. Menti dikehendaki

menghubungi mentor untuk

mengaturkan pertemuan selama 60

minit atau lebih. Walau

bagaimanapun, jika mentor tidak

dihubungi oleh menti selama

sebulan setelah dipasangkan,

mentor perlu menghubungi menti

untuk menetapkan pertemuan.

Tujuan utama pertemuan ini adalah

untuk sesi suaikenal dan juga untuk

membuat perancangan untuk

mencapai matlamat program

pementoran.

Bertindakbalas terhadap matlamat perhubungan

Memperjelaskan kemahuan dan

keperluan anda.

Kenalpasti matlamat peribadi dan

profesional dalam hubungan

pementoran. Pertimbangkan apa yang

paling ingin dipelajari, dan sediakan

senarai soalan untuk diutarakan

kepada mentor. Menti boleh fokus

kepada P&P, profesionalisma,

penulisan, pengurusan masa dan

penerbitan, bergantung kepada

matlamat yang digariskan. Bersikap

realistik.

Kenal pasti nilai dan had

perhubungan.

Dalam pertemuan pertama, menti

perlu berkongsi keperluan dan

matlamat beliau.

Ingat:

Mentor tidak semestinya

memenuhi semua keperluan

menti

Mempertimbangan langkah-

langkah yang proaktif untuk

memberikan bimbingan,

dorongan dll.

Page 31: UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH … PEMENTORAN PENS… · 4.6.1 Pembentangan laporan ... mentor dapat dikembangkan ... Mengkoordinasi dan menyelaras aktiviti pemantauan,

UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 31 |

Membuat draf matlamat pensyarah

Menetapkan matlamat kerjaya

perhubungan pementoran. salinan darf

ini perlu dibawa semasa pertemuan

pertama bersama mentor anda.

Akur bahawa perubahan

terhadap gaya dan pendekatan

menti melalui bimbingan mentor

adalah keputusan beliau sendiri.

Kongsi pengalaman profesional

Menghantar CV kepada mentor dan

menetapkan temujanji. Seminggu

sebelum pertemuan, salinan CV anda

perlu dihantar kepada mentor.

Meneliti CV menti. Sebelum

pertemuan, menti perlu menghantar

salinan CV beliau. CV menti perlu

dibaca dan diteliti sebelum

pertemuan pertama dan dapat

difikirkan kaitan mengenai

pengalaman dan kehendak menti

dengan dan kehendak anda.

17.2.2 Pertemuan pertama

Berikut adalah contoh agenda dalam pertemuan pertama. Pastikan pada

pertemuan ini, pasangan mentor/menti membincangkan matlamat menti.

Menti Mentor

Pengenalan

dan bertukar-

tukar CV

(15 min)

Berkongsi pengalaman

profesional dan latar

belakang akademik.

Berkongsi pengalaman,

terutamanya yang relevan

dengan pengalaman dan

aspirasi menti.

Kaji matlamat

(15 min)

Berkongsi matlamat untuk

perkembangan profesional

dan perhubungan

pementoran.

Mengkai matlamat yang

dapat anda bantu, dan

jelaskan strategi yang akan

digunakan.Beritahu menti jika

ada perkara yang tidak dapat

dibantu dan tunjukkan beliau

sumber alternatif.

Page 32: UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH … PEMENTORAN PENS… · 4.6.1 Pembentangan laporan ... mentor dapat dikembangkan ... Mengkoordinasi dan menyelaras aktiviti pemantauan,

UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 32 |

Perhalusi

matlamat dan

cipta strategi

(15 min)

Berbincang bersama mentor

mengenai matlamat yang

anda boleh usahakan

bersama, dan langkah-

langkah permulaan yang

perlu. Tentukan fokus untuk

pertemuan yang seterusnya.

Memilih bersam menti

beberapa matlamat dan

langkah-langkah pertama.

Wujudkan

masa

pertemuan

(10 min)

Berbincang tentang masa,

tarikh, dan tempat

pertemuan.

Rancang untuk bertemu

selama 60 minit, sekurang-

kurangnya sekali sebulan.

Berbincang bersama menti

kaedah untuk berhubung (e-

mail, pertemuan di pejabat,

dll) dan juga keberadaan

anda. Berbincang dengan

mereka mengenai apa-apa

halangan; (jangan membuat

tanggapan bahawa mereka

tidak mempunyai pilihan

sendiri)

Akhir

pertemuan

(5 min)

Menyatakan penghargaan

anda kepada mentor

Berterima kasih kepada

mentor untuk masa dan

usaha beliau. Rumuskan apa

yang akan dilakukan sebagai

tindakan susulan, dan apa

yang bakal dibincangkan

dalam pertemuan yang

seterusnya.

Menilai dan mengesahkan

komitmen anda bersama

menti.

17.2.3 Tindakan susulan dan pertemuan seterusnya

Menti bertanggungjawab untuk menetapkan pertemuan-pertemuan

seterusnya. walau bagaimanapun, jika mentor tidak mendapat khabar

dari menti dalam beberapa minggu, mentor perlu hubungi menti bagi

mengekalkan momentum perhubungan.

Pada setiap pertemuan, mentor hendaklah mengkaji kemajuan terhadap

matlamat kerjaya menti. Ia sewajarnya dilakukan pada awal setiap

pertemuan.

Page 33: UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH … PEMENTORAN PENS… · 4.6.1 Pembentangan laporan ... mentor dapat dikembangkan ... Mengkoordinasi dan menyelaras aktiviti pemantauan,

UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 33 |

17.2.3.1 Laporan pertemuan mentor-menti

Agenda perbincangan dalam setiap pertemuan hendaklah dicatat dalam

Borang A dan Borang B seperti berikut;

Borang Log Perjumpaan SMP

Tarikh:

Perkara yang dibincangkan (e.g. P & P, kajian, isu penerbitan, mengimbangi

kerjaya dan kehidupan, isu peribadi):

Perbincangan Matlamat:

Tindakan:

Page 34: UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH … PEMENTORAN PENS… · 4.6.1 Pembentangan laporan ... mentor dapat dikembangkan ... Mengkoordinasi dan menyelaras aktiviti pemantauan,

UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 34 |

Borang Matlamat Perkembangan Kerjaya

Matlamat Jangkamasa Pendek (6 bulan-1 tahun)

Senaraikan matlamat profesional untuk tahun mendatang. Bersikap spesifik

seboleh yang mungkin, dan tunjukkan bagaimana anda akan membuat

penilaian sekiranya matlamat dikecapi. Bincangkan dengan mentor anda

mengenai strategi yang akan digunakan untuk mencapainya, dan bagaimana

mentor anda dapat membantu.

1. Matlamat:

Hasil yang dijangka:

2. Matlamat:

Hasil yang dijangka:

3. Matlamat:

Hasil yang dijangka:

( cth: Lengkapkan penyelidikan untuk pengesahan jawatan, hantarkan

penyelidikan tersebut kepada journal; manual penulisan dll)

Matlamat Jangkamasa Panjang (2-3 Tahun)

Senaraikan matlamat profesional untuk 2-3 tahun ke hadapan. Sekali lagi,

bersikap spesifik dan tunjukkan bagaimana anda akan membuat penilaian

sekiranya matlamat dikecapi.

1. Matlamat:

Hasil yang dijangka:

2. Matlamat:

Hasil yang dijangka:

3. Matlamat:

Hasil yang dijangka:

Page 35: UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH … PEMENTORAN PENS… · 4.6.1 Pembentangan laporan ... mentor dapat dikembangkan ... Mengkoordinasi dan menyelaras aktiviti pemantauan,

UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 35 |

18.0 Penutup

Program pementoran ini merupakan satu pendekatan untuk memberi bimbingan,

sokongan dan bantuan kepada pensyarah muda melalui penerapan elemen

psikologi dan kaunseling secara profesional yang diberikan oleh mentor. Ianya

bertujuan untuk meningkatkan kompetensi profesional, pembangunan budaya,

peribadi dan sosial bagi pensyarah lantikan baru. Setiap pensyarah kanan perlu

membimbing para -pensyarah muda dalam usaha melahirkan generasi pensyarah

yang cemerlang.

“Sesungguhnya sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada

orang lain”(Sabda Nabi Muhammad SAW).

Page 36: UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH … PEMENTORAN PENS… · 4.6.1 Pembentangan laporan ... mentor dapat dikembangkan ... Mengkoordinasi dan menyelaras aktiviti pemantauan,

UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 36 |

Rujukan

Aladejana, A., Aladejana,F. dan Ehindero, S. (2006). An analysis of mentoring relationships among teachers: A case study of Obafemi Awolowo University, Ile-Ile, Nigeria.International Journal of Evidence Based Coaching and Mentoring, 4(1), 20-30.

Azman Ismail, Kamsiah Hasbullah dan Rizal Abu Bakar (2007), Kesan pemindahan

pengetahuan, kemahiran dan kebolehan ke atas amalan komunikasi dalam sistem mentoring di Institusi Pengajian Tinggi Awam, Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 22, 133–160

Berscheid, E. (1994). Interpersonal relationship. Annual Review of Psychology, 45, 79–129

Clutterbuck, D. dan Megginson, D. (1999), Mentoring Executives & Directors,

Butterworth-Heinemann, Oxford. Fiske, A. P. (1992). The four elementary forms of sociality: Framework for a unified

theory of social relations. Psychological Review, 99, 689–723 Friday, E. dan Friday, S. S. (2002). Formal mentoring: Is there a strategic fit?

Management Decision, 40(2), 152–157. Goldstein, I. L. dan Ford, J. K. (2002). Training in organizations. Wadsworth:

Thomson Learning.

Northcott, N. (2000). Mentoring in nursing. Nursing Management, 7(3), 30–32. Nunally, J. C. dan Bernstein, I. H. (1994). Psychometric theory. New York: McGraw-

Hill. Oliver, C. dan Aggleton, P. (2002). Mentoring for professional development in health

promotion: A review of issues raised by recent research. Health Education, 102(1), 30–38.

Watkins, C. dan Whalley, C. (1993) "Mentoring Beginner Teachers - Issues for

Schools to Anticipate and Manage" in School Organisation, 13(2), pp. 129-138. Carfax Publishing Company, Abingdon: Oxon

Young, A. M. dan Perrewe, P. L. (2000). The exchange relationship between mentors

and proteges: The development of a framework. Human Resource Management, 10(2), 177–209.

Page 37: UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH … PEMENTORAN PENS… · 4.6.1 Pembentangan laporan ... mentor dapat dikembangkan ... Mengkoordinasi dan menyelaras aktiviti pemantauan,

UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 37 |

JAWATANKUASA PENYEDIAAN DOKUMEN MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP), UiTM (PERAK)

PENASIHAT I Prof. Ir. Dr. Hajah Zainab Mohamed Rektor, UiTM (Perak) PENASIHAT II Prof. Madya Dr. Sr. Md. Yusof Hamid Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, UiTM (Perak) PENULIS UTAMA Sr. Dr. Thuraiya Mohd Koordinator Pembangunan dan Pengurusan Akademik, UiTM (Perak) SETIAUSAHA Mohd Rafizi Rahmad Penolong Pendaftar Kanan, Hal Ehwal Akademik, UiTM (Perak) RUJUKAN BAHASA Noraziah Azizan Koordinator Pusat Pengajian Bahasa UiTM (Perak) REKABENTUK DAN GRAFIK Nurul Akla Ahmad Khalil Juruteknik Komputer Kanan, Hal Ehwal Akademik, UiTM (Perak)