Ujian Hasil Kajian AKU SIAP (1)

9
1 NAMA: MOHD SYAFIQ AIZAT BIN ABDUL HAMID MATRIK: P72832 UJIAN PENULISAN LAPORAN HASIL PENYELIDIKAN (KUANTITATIF) CONTOH OUTPUT SPSS A. PROFIL DEMOGRAFI DAN SOSIO EKONOMI 1. Jantina Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent Valid Lelaki 138 68.0 68.0 68.0 Perempuan 65 32.0 32.0 100.0 Total 203 100.0 100.0 2. Umur N Valid 203 Missing 0 Mean 70.33 Median 69.00 Mode 65 Std. Deviation 7.740 Range 35 Min Max 60 95 3. Pendidikan Agama Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent Valid Tidak Sekolah 157 77.3 77.3 77.3 Sekolah Pondok 19 9.4 9.4 86.7 Sekolah Rendah Agama 21 10.3 10.3 97.0 Sekolah Menengah Agama 4 2.0 2.0 99.0 Diploma/Sijil Pengajian Islam 1 .5 .5 99.5 Universiti/Ijazah Pengajian Islam 1 .5 .5 100.0 Total 203 100.0 100.0 4.Pendapatan N Valid 121 Missing 82 Mean 473.24 Median 300.00

description

asdasdads

Transcript of Ujian Hasil Kajian AKU SIAP (1)

1

NAMA: MOHD SYAFIQ AIZAT BIN ABDUL HAMIDMATRIK: P72832UJIAN PENULISAN LAPORAN HASIL PENYELIDIKAN (KUANTITATIF)CONTOH OUTPUT SPSS

A. PROFIL DEMOGRAFI DAN SOSIO EKONOMI

1. Jantina

FrequencyPercentValid PercentCumulative Percent

ValidLelaki13868.068.068.0

Perempuan6532.032.0100.0

Total203100.0100.0

2. Umur

NValid203

Missing0

Mean70.33

Median69.00

Mode65

Std. Deviation7.740

Range35

Min

Max60

95

3. Pendidikan Agama

FrequencyPercentValid PercentCumulative Percent

ValidTidak Sekolah15777.377.377.3

Sekolah Pondok199.49.486.7

Sekolah Rendah Agama2110.310.397.0

Sekolah Menengah Agama42.02.099.0

Diploma/Sijil Pengajian Islam1.5.599.5

Universiti/Ijazah Pengajian Islam1.5.5100.0

Total203100.0100.0

4.Pendapatan

NValid121

Missing82

Mean473.24

Median300.00

Mode300

Std. Deviation632.532

Range

Min

Max3985

15

4000

D. Sikap Warga tua terhadap ajaran agamaStatistics

Berdoa kpd Allah setiap kali selepas solat 5 waktuBerdoa kpd Allah setiap kali sebelum dan selepas makanMembaca doa setiap kali sebelum dan selepas bangun tidurMemohon taubat kpd Allah SWT setiap kali sebelum tidurMembaca 3 qul setiap kali sebelum tidur

NValid203203203203203

Missing00000

Mean4.154.053.903.773.71

Std. Deviation1.2551.3391.4181.4581.445

D1. Berdoa kpd Allah setiap kali selepas solat 5 waktu

FrequencyPercentValid PercentCumulative Percent

Validsangat tidak setuju199.49.49.4

tidak setuju94.44.413.8

tidak pasti52.52.516.3

Setuju5929.129.145.3

sangat setuju11154.754.7100.0

Total203100.0100.0

D2. Berdoa kpd Allah setiap kali sebelum dan selepas makan

FrequencyPercentValid PercentCumulative Percent

Validsangat tidak setuju2411.811.811.8

tidak setuju83.93.915.8

tidak pasti83.93.919.7

Setuju5627.627.647.3

sangat setuju10752.752.7100.0

Total203100.0100.0

D3. Membaca doa setiap kali sebelum dan selepas bangun tidur

FrequencyPercentValid PercentCumulative Percent

Validsangat tidak setuju2813.813.813.8

tidak setuju115.45.419.2

tidak pasti136.46.425.6

Setuju5225.625.651.2

sangat setuju9948.848.8100.0

Total203100.0100.0

D4. Memohon taubat kpd Allah SWT setiap kali sebelum tidur

FrequencyPercentValid PercentCumulative Percent

Validsangat tidak setuju3215.815.815.8

tidak setuju115.45.421.2

tidak pasti188.98.930.0

Setuju5225.625.655.7

sangat setuju9044.344.3100.0

Total203100.0100.0

D5. Membaca 3 qul setiap kali sebelum tidur

FrequencyPercentValid PercentCumulative Percent

Validsangat tidak setuju3014.814.814.8

tidak setuju146.96.921.7

tidak pasti2713.313.335.0

Setuju4622.722.757.6

sangat setuju8642.442.4100.0

Total203100.0100.0

ARAHAN: (10 markah)

Satu kajian mengenai Komitmen warga tua Muslim di Rumah Seri Kenangan terhadap ajaran agama telah dilakukan. Anda dikehendaki menulis laporan hasil kajian ini dengan berasaskan kepada output SPSS. Anda hanya perlu menulis laporan hasil kajian bahagian 4.2 Latar Belakang Warga Tua di Rumah Seri Kenangan; dan 4.4 Sikap Warga Tua Terhadap Ajaran Agama. Anda juga dikehendaki mengisi data yang bersesuaian di tempat kosong dan dalam jadual.

Perbincangan anda hendaklah berasaskan pendekatan analisis secara deskriptif iaitu HOW dan WHY.BAB IV (contoh)KOMITMEN WARGA TUA MUSLIM DI RUMAH SERI KENANGAN TERHADAP AJARAN AGAMA4.1PENGENALANBab IV ini merupakan bab dapatan kajian. Bab ini membincangkan komitmen warga tua Muslim yang tinggal di Rumah Seri Kenangan terhadap ajaran agama. Terdapat tiga indikator yang menunjukkan komitmen warga tua Muslim di Rumah Seri Kenangan terhadap ajaran agama iaitu tahap pengetahuan agama; minat terhadap agama; dan sikap terhadap agama. Ketiga-tiga indikator ini merupakan pembolehubah bebas yang mendorong warga tua Muslim di Rumah Seri Kenangan melakukan ibadah yang dituntut dalam agama Islam. Justeru, Bab IV ini membahagikan sub-topik kepada tiga iaitu pengetahuan agama warga tua Muslim; minat warga tua Muslim terhadap agama; dan sikap warga tua Muslim terhadap agama. Di samping itu, Bab ini juga membincangkan latar belakang warga tua Muslim yang tinggal di Rumah Seri Kenangan. 4.2LATAR BELAKANG WARGA TUA DI RUMAH SERI KENANGAN

Terdapat empat pembolehubah yang dikaji berkaitan dengan latar belakang warga tua di Rumah Seri kenangan iaitu jantina, umur, pendidikan dan pendapatan.

4.2.1Jantina dan Umur (Bincangkan dan masukkan jadual jantina)Berdasarkan jadual 4.1 latar belakang Warga Tua di Rumah Seri Kenangan, jumlah keseluruhan warga tua adalah seramai 203 orang. Nilai kekerapan yang diperoleh ialah lelaki seramai 138 orang yang mewakili 68% jumlah kekerapan, manakala perempuan seramai 65 orang iaitu 32%. Ini menunjukkan bahawa jumlah penghuni lelaki di Rumah Seri Kenangan adalah dua kali ganda daripada jumlah penghuni perempuan. Responden yang tinggal di rumah tersebut berumur antara 60 tahun hingga 95 tahun, manakala umur median ialah 69 tahun dan yang paling ramai ialah dalam linkungan umur 65 tahun. Jadual 4.1 Taburan Warga Tua Mengikut Jantina

JantinaKekerapanPeratus

Lelaki13868.0

Perempuan6532.0

Jumlah203100.0

Sumber: Soal Selidik 2012

4.2.2 Pendidikan dan Pendapatan (Bincangkan dan masukkan jadual pendidikan)Jadual 4.2 menunjukkan status pendidikan penghuni Seri Kenangan. Penghuni yang tidak bersekolah mewakili peratus dan jumlah yang terbesar iaitu 77.3% (157 orang),manakala diikuti Sekolah Rendah Agama ialah 10.3% (21 orang), Sekolah Menengah Agama 2.0% (4 orang), Diploma/Sijil Pengajian Islam dan Universiti/Ijazah Pengajian Islam masing-masing 0.5% (1 orang). Jadual ini menunjukkan bahawa peratusan tertinggi yang menghuni Rumah Seri Kenangan ini ialah dari kalangan yang kurang berpendidikan.

Taraf pendidikan juga menentukan jumlah pendapatan responden. Jumlah pendapatan yang dicatat adalah diantara RM15 hingga RM4000. Purata pendapatan warga Rumah Seri Kenangan ini adalah RM 473.24, manakala kekerapan pendapatan berada tahap RM300, begitu juga median berada pada tahap RM300. Berlaku jurang yang besar antara pendapatan mereka yang berpendidikan tinggi dengan yang kurang berpendidikan.Jadual 4.2 Taburan Warga Tua Mengikut Pendidikan

Bil.Pendidikan KekerapanPeratus

1.Tidak Sekolah15777.3

2.Sekolah Pondok199.4

3.Sekolah Rendah Agama2110.3

4.Sekolah Menengah Agama42.0

5.Diploma/Sijil Pengajian Islam1.5

6.Universiti/Ijazah Pengajian Islam1.5

Jumlah203100.0

Sumber: Soal Selidik 20124.3PENGETAHUAN AGAMA WARGA TUA MUSLIMBahagian ini tidak perlu dibincang.

4.4MINAT WARGA TUA MUSLIM TERHADAP AGAMA

Bahagian ini tidak perlu dibincang.

4.5SIKAP WARGA TUA MUSLIM TERHADAP AGAMA(Bincangkan dan masukkan jadual sikap)Jadual 4.3 merujuk kepada sikap warga tua Muslim terhadap agama. Skala pengukuran yang digunakan adalah skala Likert bermula dengan skala 1 bagi Sangat Tidak Setuju (STS), 2 Tidak Setuju (TS), 3 Tidak Pasti (TP), 4 Setuju (S). Setiap item menunjukkan bahawa skala 5 iaitu Sangat Setuju menjadi pilihan responden yang paling tinggi diikuti skala 4 iaitu Setuju. Ini menunjukkan komitmen warga tua terhadap amalan agama adalah tinggi. Sikap yang paling tinggi catatan peratusan setuju dan sangat setuju ialah Berdoa kepada Allah setiap kali selepas solat 5 waktu iaitu 83.8% dan yang paling rendah ialah membaca tiga Qul setiap kali sebelum tidur yang mencatat 65.1% namun masih melebihi separuh daripada keseluruhan responden.

Komitmen terhadap amalan agama ini dilihat tidak berkaitan dengan taraf pendidikan dan pendapatan kerana sekiranya dilihat dari sudut pendidikan, warga yang tidak bersekolah adalah paling ramai iaitu mewakili 77% daripada penghuni berbanding yang mendapat pendidikan tinggi. Hal ini berkemungkinan daripada faktor-faktor luaran seperti peningkatan usia. Faktor persekitaran dan program-program yang dijalankan di Rumah Seri Kenangan tersebut.

Jadual 4.3 Taburan Sikap Warga Tua Muslim Terhadap Agama

Bil.Sikap Terhadap AgamaKekerapan

(s+ss)PeratusMinSisihan Piawai

1.Berdoa kepada Allah setiap kali selepas solat 5 waktu17083.84.15 1.255

2.Berdoa kepada Allah setiap kali sebelum dan selepas makan 16380.34.05 1.339

3.Membaca doa setiap kali tidur sebelum dan selepas bangun tidur 15174.43.90 1.418

4.Memohon taubat kepada Allah setiap kali sebelum tidur14269.93.771.458

5.Membaca tiga Qul setiap kali sebelum tidur13265.13.711.445

4.6

KESIMPULAN (Bincangkan kesimpulan)Kajian ini menunjukkan bahawa sikap warga tua Muslim terhadap agama adalah sangat tinggi dan positif. Namun yang demikian, kajian ini membuktikan bahawa tidak wujud perkaitan antara tahap pendidikan warga tua dengan sikap terhadap amalan agama. Ini kerana mejoriti responden terdiri daripada golongan yang tidak bersekolah. Sikap-sikap ini wujud mungkin disebabkan faktor persekitaran tempat, aktiviti atau program keagamaan yang di jadualkan di Rumah Seri Kenangan. Selain itu, sikap positif terhadap amalan agama ini juga terhasil beriringan dengan peningkatan usia dan dirasai oleh tiap-tiap individu yang tinggal bersendirian terutamanya golongan tua. Di usia emas sebeginilah akan lahir penyesalan dan perasaan ingin kembali kepada agama Allah s.w.t. UJIAN PENULISAN LAPORAN HASIL PENYELIDIKAN (KUALITATIF)ARAHAN: (10 markah)

Andaikan anda memilih analisis kandungan sebagai rekabentuk kajian. Petikan artikel yang disediakan ini adalah dokumen anda.

Persoalan kajian anda ialah siapakah yang dikatakan warga tua?

Sila analisis artikel ini dengan menggunakan salah satu daripada pendekatan berikut untuk menjawab persoalan kajian siapakah yang dikatakan warga tua?: 1. Pendekatan analisis konsep (thematic)2. Pendekatan deskriptif

3. Pendekatan induktif

4. Pendekatan deduktif5. Pendekatan analisis hubungan (semantic)

Hasil kajian lalu menunjukkan definisi warga tua mempunyai perkaitan dengan umur kronologi dan perkembangan biologi seseorang individu. Papalia dan Olds (1985) telah mencatatkan tidak ada garis pemisah yang memutuskan bilakah usia tua bermula. Ini bererti proses penuaan adalah suatu realiti biologi dan di luar kawalan manusia. Bagaimanapun, konsep penuaan dan imej fizikal warga tua sering dianggap negatif dan depresif seperti penglihatan yang terhad, kesukaran mendengar, kesihatan yang tidak memberansangkan, pelupa dan kemuncaknya hilang hubungan dengan dunia luar (Zainab & Wan Ibrahim, 2009).

Berdasarkan kajian Kalish (1982), Atchley (1988) serta Hooyman dan Kiyak (1988) dapat disimpulkan bahawa terdapat enam kriteria yang boleh diguna untuk mendefinisikan warga tua iaitu (1) penuaan secara kronologi, (2) penuaan secara biologi (fizikal), (3) penuaan berdasarkan peringkat kehidupan, (4) penuaan secara psikologi, (5) penuaan secara sosial dan (6) penuaan secara kemampuan fungsional. Berasaskan pendekatan kronologi, seseorang dikatakan tua apabila mencapai umur 60 atau 65 tahun. Melalui pendekatan biologi, warga tua didefinisikan berdasarkan perubahan-perubahan fizikal pada diri seseorang. Perubahan ini termasuklah perubahan dalam bentuk tubuh badan, perubahan pada raut muka, warna rambut, pendengaran atau penglihatan. Berdasarkan kepada peringkat kehidupan, individu akan melalui empat peringkat kehidupan, iaitu kanak-kanak, remaja, dewasa dan zaman tua dalam proses perkembangannya. Melalui pendekatan psikologi, seseorang mula dikatakan tua apabila terjadi perubahan dalam sistem deria, persepsi serta fungsi-fungsi mental individu. Keumuran secara sosial, iaitu merujuk kepada perubahan peranan dan hubungan individu dalam struktur sosialnya, dan seseorang boleh dikatakan tua apabila telah mencapai umur persaraan, sudah tidak lagi bekerja, atau sudah menjadi datuk atau nenek. Daripada perspektif kemampuan fungsional, seseorang yang pelupa atau kurang pendengaran umpamanya, selalu dikaitkan dengan umur tua.

Daripada keenam-enam kriteria ini, pendekatan yang meluas dan mudah digunakan sebagai ukuran menentukan warga tua ialah pendekatan umur kronologi. Berdasarkan ukuran ini ahli gerontologi ataupun sosiologi penuaan meletakkan umur 60 tahun atau 65 tahun sebagai ukuran warga tua. Bagaimanapun, penggunaan umur 60 tahun atau 65 tahun ini adalah berbeza-beza di antara negara dan di antara agensi dalam sesuatu negara. Sebagai contoh, Bahagian Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggunakan kedua-dua had umur iaitu 60 tahun dan 65 tahun sebagai ukuran warga tua. Menurut Myers (1990), Institut Keumuran Kebangsaan dan pejabat Pentadbiran Keumuran, Amerika Syarikat juga menggunakan had umur 65 tahun dan had umur 60 tahun sebagai ukuran warga tua. Perbezaan ini pada asasnya berkaitan dengan had umur bersara bagi pekerja di sektor awam. Di negara maju oleh kerana jangkaan hayat penduduk lebih panjang, maka had umur bersara bagi pekerja di sektor awam mereka adalah lebih tinggi iaitu 60 tahun atau 65 tahun. Di negara membangun termasuk ASEAN, oleh kerana had umur bersara yang rendah iaitu antara 55-58 tahun, maka had umur 60 tahun digunakan oleh kebanyakan negara di ASEAN sebagai ukuran warga tua.

Quadagno (1999) dalam kajiannya menyatakan kebanyakan warga tua mempercayai agama memberi makna dalam kehidupan mereka. Agama dapat membantu mereka menghadapi penderitaan, kerugian dan pengetahuan tentang kematian. Menurut Quadagno lagi, satu kajian telah dilakukan ke atas Mexican Americans yang berusia antara 65 hingga 80 tahun. Hasil kajian tersebut, beliau mendapati mereka yang sering menghadiri aktiviti keagamaan mempunyai kepuasan hidup yang lebih tinggi dan tingkat depresi yang lebih rendah daripada mereka yang tidak menghadiri aktiviti keagamaan. Kennedy et al. (1996) juga mendapati warga tua Catholics dan Yahudi yang menghadiri upacara keagamaan secara teratur mengalami tingkat depresi yang lebih rendah. Elmi Baharuddin (2008) dalam kajiannya juga menyatakan kebanyakan warga tua mempercayai agama memberi makna dalam kehidupan mereka. Ini bererti agama adalah suatu yang penting dalam kehidupan manusia sama ada semasa muda atau semasa usia lanjut. NYATAKAN PENDEKATAN ANALISIS YANG ANDA PILIH PENDEKATAN DESKRIPTIF Siapakah yang dikatakan warga tua?

Pengketegorian manusia kepada ketegori warga tua menurut Kalish (1982), Atcley (1988) serta Hooyman dan Kiyak (1988) dapat dinilai daripada enam kriteria. Kriteria pertama ialah penuaan secara kronologi . Seseorang itu dikatakan mencapai usia warga tua apabila mencapai 60 atau 65 tahun. Pendekatan dari sudut inilah yang paling mudah dan meluas digunakan untuk menentukan usia warga tua. Kebanyakan negara termasuk Bahagian Kependudukan PBB menggunakan ukuran kronologi ini untuk menetapkan usia warga tua yang turut membabitkan had umur bersarabagi pekerja di sektor awam. Kebanyakan negara maju menetapkan umur bersara pekerja mereka adalah 60 atau 65 tahun berdasarkan jangka hayat penduduk yang lebih panjang.

Kriteria kedua pula ialah penuaan secara biologi iaitu fizikal. Seseorang individu diketegorikan sebagai warga tua apabila berlaku perubahan secara fizikal terhadapnya seperti perubahan dalam bentuk tubuh badan, perubahan pada raut muka, warna kulit, pendengaran atau penglihatan. Kriteria ketiga adalah penuaan berdasarkan peringkat kehidupan. Maksudnya di sini ialah warga tua adalah golongan yang telah melalui tiga peringkat sebelumnya iaitu kanak-kanak,remaja dan dewasa. Apabila selesai melalui tiga peringkat kehidupan ini, maka seseorang individu termasuk dalam warga tua. Penuaan secara psikologi merupakan penuaan keempat yang mempunyai ciri-ciri perubahan dalam sistem deria, persepsi serta fungsi-fungsi mental seseorang individu. Selain itu, penuaan secara sosial juga termasuk dalam proses perubahan peranan dan hubungan individu dalam struktur sosialnya sebagai contoh sudah bersara dan tidak lagi bekerja atau sudah menjadi datuk dan nenek. Akhir sekali iaitu kriteria keenam ialah penuaan secara kemampuan fungsional yang membawa maksud sudah menjadi pelupa atau kurang pendengarannya dan penglihatannya.

Selain keenam kriteria penetapan warga tua yang disebut di atas dapat disimpulkan juga bahawa golongan warga tua ini lebih cenderung kepada aktiviti keagamaan dan kebanyakan daripada mereka merasakan bahawa agama memberi makna dalam kehidupan mereka (Quadagno, 1999 dan Elmi Baharuddin, 2008). Ini membuktikan peningkatan usia membawa kepada penghayatan agama yang mendalam dalam diri warga tua kerana mereka menganggap bahawa agama dapat membantu mereka menghadapi penderitaan, memberi pengetahuan tentang kematian dan bersedia untuk menghadapinya.SELAMAT MAJU JAYA