Ujian Peranti Arus Baki

download Ujian Peranti Arus Baki

of 41

Transcript of Ujian Peranti Arus Baki

  • 7/30/2019 Ujian Peranti Arus Baki

    1/41

    Ujian Peranti Arus Baki

    i. Memastikan Peranti Arus Baki (PAB) terpelantik dalam masa yang ditetapkan apabila berlaku

    kebocoran arus ke bumi.

    ii. Alatuji RCD Tester / RCCB Tester.

    iii. Kaedah Pengujian 1

    Menggunakan Butang Tekan Trip. Menekan butang trip yang terdapat pada RCD tersebut, sama ada ia terpelantik atau tidak.

    Ujian ini tidak dapat menentukan kepekaan RCD dan masa yang diambil untuk ianya

    terpelantik.

    iv. Kaedah Pengujian 2

    Menggunakan Penguji RCD (RCD Tester).Alat ini lengkap dengan satu palam 13A yang boleh disambung kepada soket alir keluar 13A. Pilih

    kepekaan RCD supaya sama dengan kepekaan RCD yang hendak diuji, untuk menentukan sama

    ada RCD boleh terpelantik. Masa yang diambil untuk terpelantik mestilah tidak melebihi 40

    milisaat.

    Tatacara menjalankan ujian a) Laraskan suis pilihan mengikut kepekaan RCD yang digunakan.

    Contohnya : 100 mA / 0.1 A

    b) Laraskan suis operasi kepada No Trip ( Rated mA = 50%), sambungkan palam 3 pin padasoket alir keluar 13 A.

    c) On soket alir keluar 13 A pastikan lampu P-N dan P-E menyala. Ini menunjukkan kekutuban

    adalah betul. (Nota : Sekiranya kedua-dua lampu di atas tidak menyala ujian tidak boleh

    diteruskan.

    d) Tekan butang uji bacaan menunjukkan tidak kurang daripada 200 milisaat dan pada masa

    yang sama, lampu test menyala dan lampu P-N dan P-E tidak menyala.

    Pada waktu ini RCD tidak akan terpelantik.

    e) Tukarkan suis pilihan kepada 1800 (gelombang +ve) ulang langkah (d) dan (e).

    f) Ubah suis operasi kepada Trip (Rated mA = 100%).

    g) Tekan butang uji RCD akan terpelantik dan bacaan yang ditunjukkan mestilah tidak melebihi

    200 milisaat.

    h) Tukarkan suis pilihan kepada 00 (gelombang -ve)

    i) Tekan butang uji RCD akan terpelantik dan bacaannya mestilah tidak melebihi 200 milisaat.

    j) Ujian di atas hendaklah dibuat berulang kali sehinggalah mendapat bacaan yang hampir tepat.

  • 7/30/2019 Ujian Peranti Arus Baki

    2/41

    k) Rekodkan keputusan ujian.

    l) Tukarkan suis operasi kepada Fast Trip dan tekang butang uji RCD akan terpelantik dalam

    masa tidak melebihi daripada 40 milisaat.

    m) Lakukan berulangkali pada 00 atau 1800.

    v. Keputusan ujian hendaklah sepertimana dalam jadual berikut:-

    Ujian Rintangan Elektrod Bumi

    i. Menguji rintangan elektrod bumi,

    ii. Mengetahui kesesuaian kedudukan elektrod yang ditanam,

    iii. Memastikan elektrod yang ditanam itu tidak berada dalam kawasan rintangan bertindih dengan

    elektrod lain.

    iv. Alat uji Penguji Rintangan Bumi (Earth Resistance Tester).

    v. Kaedah pengujian -

    Terminal Edisambungkan ke elektrod yang hendak diuji (konduktor hijau). Terminal P disambungkan pada pancang voltan (spike potential) (konduktor kuning) dengan

    jarak 10 meter daripada elektrod bumi. Terminal C disambungkan pada pancang arus (spike current) (konduktor merah) pada jarak

    20 meter daripada elektrod bumi.

    http://rbt3107.whatta.org/wp-content/uploads/2012/05/arusbaki.jpg
  • 7/30/2019 Ujian Peranti Arus Baki

    3/41

    Cara Pengukuran Rintangan Elektrod Bumi Dibuat

    Ujian hendaklah diulang sekurang-kurangnya tiga kali, bertujuan untuk mengelakkan bacaan tidak

    tepat disebabkan kawasan rintangan bertindih.

    i. Rekodkan bacaan pertama (Z1)

    Contoh : Z1 = 10

    ii. Ubah pancang voltan sejauh 6 meter dari kedudukan asal. Rekodkan bacaan kedua (Z2)

    Contoh : Z2 = 10

    iii. Ubah pancang voltan sejauh 6 meter dari kedudukan asal. Rekodkan bacaan ketiga (Z3)

    http://rbt3107.whatta.org/wp-content/uploads/2012/05/elektrod.jpg
  • 7/30/2019 Ujian Peranti Arus Baki

    4/41

    Keputusan:

    Daripada ketiga-tiga nilai rintangan, dapatkan nilai purata bagi menentukan nilai rintangan

    elektrod bumi yang diuji.

    Z1 + Z2 + Z3 10 + 10 + 10

    Z = = = 10

    3 3

    Ujian Kekutuban

    Memastikan setiap fius atau kawalan kutub tunggal (satu kutub) dan peranti perlindungandisambung pada konduktor fasa sahaja.

    Sentuhan tengah pemegang lampu skru Edison disambung konduktor fasa. Memastikan sambungan pada soket alir keluar bagi setiap konduktor fasa, neutral dan bumi

    disambung pada terminal yang betul.

    Alatuji Jangka Pelbagai (Julat Ohm) atau Jangka Ohm. Kaedah pengujian Suis utama hendaklah pada kedudukan litar-buka (switch off).

    Semua beban hendaklah ditanggalkan.

    http://rbt3107.whatta.org/wp-content/uploads/2012/05/elektrod2.jpg
  • 7/30/2019 Ujian Peranti Arus Baki

    5/41

    Suis kawalan litar hendaklah pada kedudukan litar-tutup (switch on ).

    Jalankan ujian sebagaimana dibawah berdasarkan rajah.

    Menguji suis dan alat kawalan kutub tunggal pada konduktor fasa.

    Menguji punca sambungan soket keluaran.

    Menguji sambungan pemegang lampu jenis Edison skru.

    Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm

    Ujian Rintangan Penebatan

    Memastikan tiada kebocoran arus antara konduktor fasa dengan fasa, konduktor fasa denganneutral dan konduktor fasa dengan bumi.

    Menguji ketahanan penebatan kabel. Alat uji Penguji Rintangan Penebatan (Insulation Resistance Tester). Voltan kendalian adalah

    arus terus dengan keupayaan voltan 250V A.T atau 500V A.T.

    Kaedah Pengujian Suis utama hendaklah pada kedudukan litar-buka (switch off)

    Semua beban hendaklah ditanggalkan.

    Suis kawalan litar hendaklah pada kedudukan litar-tutup (switch on )

    Jalankan ujian sebagaimana jadual di bawah.

    http://rbt3107.whatta.org/wp-content/uploads/2012/05/kutub.jpg
  • 7/30/2019 Ujian Peranti Arus Baki

    6/41

    Nilai bacaan jangka hendaklah tidak kurang daripada 1 Megaohm.

    Nilai Minimum Bagi Rintangan Penebatan adalah seperti jadual di bawah.

    Ujian Keterusan Konduktor Hidup dan Neutral

    untuk memastikan setiap konduktor mempunyai keterusan yang baik disepanjang litar. Alat uji Jangka Pelbagai (Juat Ohm) atau Jangka Ohm Kaedah pengujian Suis utama, RCD dan MCB di litar-buka ( Switch Off).

    http://rbt3107.whatta.org/wp-content/uploads/2012/05/penebatan3.jpghttp://rbt3107.whatta.org/wp-content/uploads/2012/05/penebatan1.jpghttp://rbt3107.whatta.org/wp-content/uploads/2012/05/penebatan3.jpghttp://rbt3107.whatta.org/wp-content/uploads/2012/05/penebatan1.jpghttp://rbt3107.whatta.org/wp-content/uploads/2012/05/penebatan3.jpghttp://rbt3107.whatta.org/wp-content/uploads/2012/05/penebatan1.jpg
  • 7/30/2019 Ujian Peranti Arus Baki

    7/41

    Semua beban hendaklah ditanggalkan.

    Suis hendaklah di litar-tutup ( Switch On ).

    Fius atau pemutus litar akhir hendaklah tanggalkan dan di litar-tutup.

    Jalankan ujian sebagaimana rajah di atas.

    Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm.

    Ujian Keterusan Konduktor Litar Akhir Gelang

    untuk memastikan setiap konduktor mempunyai keterusan disepanjang litar gelang. Alat uji Jangka Pelbagai (Julat Ohm) atau Jangka Ohm. Kaedah Pengujian

    Tanggalkan kedua-dua punca konduktor hidup dari MCB, konduktor neutral

    dari terminal neutral dan konduktor bumi dari terminal bumi di kotak fius agihan.

    Sambungkan leadpenguji seperti gambarajah dibawah ( E-E).

    Ulang tatacara bagi (L-L) dan (N-N).

    Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm.

    http://rbt3107.whatta.org/wp-content/uploads/2012/05/ujian3.jpg
  • 7/30/2019 Ujian Peranti Arus Baki

    8/41

    Ujian Keterusan Konduktor Pelindung

    1. untuk memastikan semua konduktor pelindung disambung secara betul dan berkesan.2. Alat uji Jangka Pelbagai (Julat Ohm) atau Jangka Ohm3.

    Kaedah Pengujian

    pastikan Suis utama, RCD dan MCB di litar buka (Switch Off) dan semua beban

    ditanggalkan.

    - sambungkan test leadpenguji seperti rajah;

    nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm.

    http://rbt3107.whatta.org/wp-content/uploads/2012/05/ujian2.jpg
  • 7/30/2019 Ujian Peranti Arus Baki

    9/41

    Pengujian

    Setelah selesai sesuatu pendawaian, beberapa pengujian terhadap pepasangan pendawaian perlu

    dilakukan bagi pengesahan kendalian litar pendawaian dan peralatan dipasang selamat untuk

    digunakan. Sebelum pengujian dijalankan proses pemeriksaan hendaklah dibuat. Keputusan

    pemeriksaan/penyeliaan dan pengujian hendaklah menggunakan Borang G (seperti Lampiran

    IV) dan Borang H (seperti Lampiran V).

    Untuk pengesahan Perakuan Ujian bagi Borang H, ujian-ujian berikut hendaklah dilakukan;

    Ujian Keterusan; Ujian Rintangan Penebatan; Ujian Kekutuban; Ujian Rintangan Elektrod Bumi; dan Ujian Peranti Arus Baki.

    Ujian Keterusan

    Terdapat 3 Ujian Keterusan Litar Akhir yang utama:-

    1. Ujian Keterusan Konduktor Pelindung2. Ujian Keterusan Konduktor Litar Akhir Gelang3. Ujian Keterusan Konduktor Hidup dan Neutral

    http://rbt3107.whatta.org/wp-content/uploads/2012/05/ujian1.jpg
  • 7/30/2019 Ujian Peranti Arus Baki

    10/41

    PEMERIKSAAN DAN UJIAN PENDAWAIAN ELEKTRIK

    Kehendak Perundangan

    Mengikut Peraturan 12(1) dan (2), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 menyatakan bahawasetiap pendawaian dalam sesuatu pepasangan perlu diselia oleh Pendawai dengan sekatan

    Fasa Tunggal atau Sekatan Fasa Tiga. Setelah siap, pendawai berkenaan hendaklah

    memperakukan suatu Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan.

    Mengikut Peraturan 13(1) dan (2), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 menyatakanpepasangan itu hendaklah diuji oleh Pendawai dengan Sekatan Fasa Tunggal atau oleh

    Pendawai dengan Sekatan Fasa Tiga yang diberikuasa untuk menguji mana-mana

    pepasangan, dan yang hendaklah mengesahkan Perakuan Ujian bagi pepasangan itu.

    Mengikut Peraturan 14(1) Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 menyatakan Perakuan Penyeliaandan Penyiapan dan Perakuan Ujian dalam peraturan 12 dan 13 hendaklah masing-masing

    dalam Borang G dan H yang ditetapkan dalam Jadual Pertama.

    PEMBUMIAN PEPASANGAN ELEKTRIK

    Pembumian

    Pembumian ialah suatu sistem sambungan yang dibuat di antara logam dalam pemasangan

    pendawaian elektrik dengan jisim am bumi. Ianya bagi mengadakan laluan mudah dengangalangan atau rintangan yang rendah ke bumi supaya sistem perlindungan beroperasi dengan

    berkesan, bagi menjamin keselamatan manusia atau pengguna dari bahaya renjatan elektrik

    apabila terjadi arus bocor ke bumi. Secara amnya, system pepasangan elektrik dibumikan bagi

    tujuan berikut :-

    i. Keselamatan .

    ii. Sistem Perlindungan.

    iii. Menghadkan Voltan Berlebihan.

    iv. Mengadakan Laluan Nyahcas.

    v. Keperluan Undang-Undang dan Peraturan.

    Pembahagian Pembumian

    Pembumian secara amnya dibahagikan kepada dua (2) bahagian, iaitu:

    i. Pembumian Sistem

  • 7/30/2019 Ujian Peranti Arus Baki

    11/41

    a) Mengasingkan sistem apabila berlaku kerosakan;

    b) Menghadkan bezaupaya di antara konduktor yang tidak bertebat disesuatu kawasan; dan

    c) Menghadkan berlakunya voltan berlebihan (over voltage) dalam keadaan yang berbeza.

    ii. Pembumian Peralatan

    Pembumian peralatan dilakukan untuk perlindungan kepada manusia atau pengguna. Jika suatu

    punca yang hidup menyentuh badan peralatan, tenaga elektrik akan mengalir ke bumi dan arus

    tidak akan mengalir melalui badan manusia atau pengguna. Ini disebabkan badan manusia

    mempunyai rintangan yang lebih tinggi berbanding dengan rintangan ke bumi.

    Jenis Dan Fungsi Aksesori Pembumian

    Aksesori pembumian adalah seperti berikut:

    i. Elektrod bumi

    Jenis elektrod yang digunakan untuk pendawaian rumah ialah rod besi bersalut kuprum (copper

    jacketed steel core rod).

    ii. Konduktor Pengikat Utama (equipotential bonding)

    Konduktor yang disambungkan di antara punca bumi pengguna ke bahagian logam terdedah. Saiz

    minima kabel ialah 10 mm.

    iii. Konduktor pelindung

    Konduktor yang disambungkan di antara punca bumi pengguna ke bahagian lain pemasangan

    yang memerlukan pembumian yang saiznya adalah sebagaimana dibawah;

    a) Sama dengan saiz kabel fasa sehingga 16 mm.

    b) 16mm jika saiz kabel fasa diantara 16 mm hingga 35 mm.

    c) Separuh dari saiz kabel fasa jika saiz kabel fasa melebihi 35 mm.

    Penyusunan Pembumian Menggunakan TT Sistem

    i. Huruf pertama menunjukkan susunan sistem pembumian dari pihak bekalan.

    ii. Huruf kedua menunjukkan penyusunan pembumian dalam pemasangan pengguna.

    T pertama : Menunjukkan sistem bekalan ini menyediakan bumi sendiri.

    T- kedua: Menunjukkan semua bingkai logam alat elektrik dan lainlain disambung terus kebumi.

  • 7/30/2019 Ujian Peranti Arus Baki

    12/41

    Penyusunan pembumian menggunakan TT sistem adalah seperti Rajah

    Bahagian-Bahagian Yang Perlu Dibumikan

    Semua struktur logam dalam sistem pendawaian (yang bukan membawa arus) seperti salutan logam, perisai pembuluh, salur, sesalur dawai katenari dan sebagainya; Satu punca belitan sekunder bagi pengubah; dan Rangka bumbung yang diperbuat dari logam (Metal Roof Truss).

    Bahagian Bahagian Yang Tidak Perlu Dibumikan

    Logam pendek yang diasingkan sebagai perlindungan mekanik bagi kabel yang mempunyaisarung bukan logam selain pembuluh yang disambung sebagai tempat laluan masuk antara

    bangunan dan pembuluh untuk melindungi kabel lampu-lampu nyahcas;

    Klip logam untuk memasang kabel; Penutup lampu yang dibuat daripada logam; Logam kecil seperti skru dan plat nama yang diasingkan dengan menggunakan penebat; Rantai logam untuk menggantungkan lampu dan peralatannya; dan Logam peralatan lampu untuk lampu berfilamen di atas lantai yang kalis air.

    Penamatan Di Bumi

    Penamatan di bumi adalah seperti di Rajah

    http://rbt3107.whatta.org/wp-content/uploads/2012/05/bumi1.jpg
  • 7/30/2019 Ujian Peranti Arus Baki

    13/41

    Kotak Pembumian (Earth chamber) adalah dari jenis konkrit atau PVC manakala elektrod bumi

    adalah dari jenis besi bersalut kuprum.

    Rintangan Elektrod Bumi

    Rintangan elektrod bumi maksimum yang dibenarkan mengikut jenis pepasangan adalah seperti

    yang ditunjukkan dalam jadual di bawah:

    AKSESORI ELEKTRIK

    Pemilihan Aksesori Pendawaian

    i. Semua aksesori pendawaian yang digunakan hendaklah yang diluluskan oleh Suruhanjaya

    Tenaga dan dilabelkan dengan label yang dikeluarkan oleh SIRIM .

    ii. Bagi semua pendawaian menggunakan pembuluh UPVC -

    Suis, soket alir kuasa, palam 3 pin, ros siling, penyambung, soket bahan binaannyahendaklah terdiri dari jenis polycarbonate.

    iii. Bagi semua pendawaian menggunakan pembuluh logam -

    Suis, soket alir kuasa dan penyambung bahan binaannya hendaklah terdiri dari jenisberperisai logam (metal clad); dan

    Semua aksesori hendaklah dibumikan secara berkesan.

    http://rbt3107.whatta.org/wp-content/uploads/2012/05/bumi3.jpghttp://rbt3107.whatta.org/wp-content/uploads/2012/05/bumi2.jpghttp://rbt3107.whatta.org/wp-content/uploads/2012/05/bumi3.jpghttp://rbt3107.whatta.org/wp-content/uploads/2012/05/bumi2.jpg
  • 7/30/2019 Ujian Peranti Arus Baki

    14/41

    iv. Suis fius yang digunakan pada pemasangan pendawaian fasa tunggal mestilah mempunyai

    fius yang dipasang secara tetap dan tidak bergerak bersama suis.

    v. Fius suis yang digunakan pada pemasangan kediaman sistem 3 fasa juga mempunyai fius dan

    suis. Penyambung fius dipasang bersama bagi membolehkan fius bergerak secara serentak.

    vi. Lampu

    1. a. Bagi lampu kalimantang yang menggunakan magnetic ballast(watt loss tidak melebihi 6watt) mesti dilengkapkan denganpemuat (capacitor) jenis kertas kering;

    2. Bagi lampu kalimantang yang menggunakan pencekik elektronik (electronic ballast) atau highfrequency electronics ballasttidak memerlukan pemuat (capacitor);

    3. Bagi pemasangan lampu di luar rumah kediaman, hendaklah menggunakan lampu kalis cuacadan kalis air.

    4. Voltan bagi semua pemasangan lampu dalam air (seperti kolam renang, fountain dan lain-lain)mestilah menggunakan jenis lampu kalis air dengan kadaran voltan tidak boleh melebihi 12Volt AC.

    vii. Pemanas air elektrik terbahagi kepada 2 jenis iaitu pemanas air seketika dan pemanasan air

    setoran [jenis tangki setoran].

    Pemanas air jenis seketika mesti dilengkapkan dengan kawalan suis 2 kutub dan peranti arusbakinya sendiri. Manakala pemanas air jenis setoran [jenis tangki setoran] pula hendaklah

    dipasang dengan pengasing dan peranti arus bakinya sendiri; dan

    Pemanas air elektrik yang melebihi 3kW hendaklah disambung secara tetap kepada pemutuslitar/fius 20A/30A berserta suis pengasing dan peranti arus baki.

    viii. Pemasak Elektrik yang melebihi 3kW, mestilah mempunyai litar tersendiri yang disambungsecara tetap kepada pemutus litar atau fius 30A berserta suis pengasing dan unit kawalan

    pemasak yang digandingkan bersama soket alir keluar 13A. Dua atau lebih alatan memasak boleh

    di pasang dalam bilik yang sama dengan jarak tidak melebihi 2 meter.

    ix. Motor elektrik (pintu pagar, penghawa dingin, fountain, kolam renang, kolam ikan, pam air)

    yang melebihi 373W tetapi tidak melebihi 2238W, mestilah disambung terus secara tetap kepada

    pemutus litar/fius berkadaran 20A/30A berserta pengasing, penghidup motor dan soket alir keluar

    15A. Penghidup motor mestilah jenis terus ke talian (Direct On Line) dengan kelengkapan bersama

    sesentuh, geganti beban lampau dan kawalan mula-henti. Pemutus litar/fius yang mengawal litar

    motor mesti berkeupayaan menahan arus permulaan beban motor tersebut.

    x. Loceng elektrik Litar mestilah mengandungi suis tetekan (push button) dan pengubah

    AU/AT.

    xi. Kipas angin siling mestilah mematuhi standard MS 1219:2002 pada klausa 21.101 iaitu test

    on suspension system of ceiling fan.

  • 7/30/2019 Ujian Peranti Arus Baki

    15/41

    Penebat Konduktor Dan Jenis Pendawaian

    Terdapat pelbagai jenis bahan dan lapisan penebat yang digunakan untuk perlindungan konduktor.

    Pemilihan kabel mengikut lapisan penebat perlu betul untuk tujuan pemasangan pendawaian

    seperti jadual di bawah:

    Kabel Boleh Lentur

    Kabel boleh lentur dengan luas keratan rentas kurang 4.0 mm2 diguna pakai untukpemasangan pada aksesori elektrik seperti siling ros, penetap atau lekapan lampu, palam

    soket ke radas mudah alih dan sebagainya.

    Kabel boleh lentur tidak boleh digunakan untuk pendawaian kekal. Kabel boleh lentur bagi kegunaan kekal kelengkapan elektrik tidak boleh melebihi 3 meter.

    Fungsi dan Pengenalan Warna Kabel Boleh Lentur

    Berikut adalah fungsi dan pengenalan warna kabel boleh lentur seperti dalam jadual di bawah:

    http://rbt3107.whatta.org/wp-content/uploads/2012/05/lentur.jpghttp://rbt3107.whatta.org/wp-content/uploads/2012/05/penebat.jpghttp://rbt3107.whatta.org/wp-content/uploads/2012/05/lentur.jpghttp://rbt3107.whatta.org/wp-content/uploads/2012/05/penebat.jpg
  • 7/30/2019 Ujian Peranti Arus Baki

    16/41

    Fungsi dan Pengenalan Warna Kabel Bukan Boleh Lentur

    Berikut adalah fungsi dan pengenalan warna kabel bukan boleh lentur seperti dalam jadual di

    bawah:

    Penggunaan Kadaran Luas Keratan Rentas Minimum Konduktor Pendawaian.

    Berikut adalah luas keratan rentas minimum konduktor mengikut kegunaannya seperti dalam

    jadual di bawah:

    Penggunaan Kadaran Luas Keratan Rentas Minimum Konduktor Perlindung Berbanding

    Dengan Luas Keratan Rentas Konduktor Fasa.

    Berikut adalah luas keratan rentas minimum konduktor perlindung berbanding dengan luas

    keratan rentas konduktor fasa seperti dalam jadual di bawah:

    http://rbt3107.whatta.org/wp-content/uploads/2012/05/konduktor1.jpghttp://rbt3107.whatta.org/wp-content/uploads/2012/05/fungsi.jpghttp://rbt3107.whatta.org/wp-content/uploads/2012/05/konduktor1.jpghttp://rbt3107.whatta.org/wp-content/uploads/2012/05/fungsi.jpg
  • 7/30/2019 Ujian Peranti Arus Baki

    17/41

    Faktor-Faktor Yang Berkaitan Dengan Keupayaan Membawa Arus Kabel.

    Faktor-faktor yang berkaitan dengan keupayaan membawa arus kabel berikut perlu diambil kira :-

    1. Pendawaian permukaan menggunakan klip faktor kumpulan;2. Pendawaian menggunakan pembuloh faktor ruang 40%;3. Pendawaian menggunakan sesalor faktor ruang 45%;4. Pendawaian terbenam faktor kumpulan; dan5. Pendawaian terbenam menggunakan sesalor faktor suhu persekitaran

    PEMILIHAN KABEL

    Pemilihan saiz kabel perlulah mengambil kira perkara-perkara seperti berikut:-

    1. semua kabel pendawaian mestilah berpenebat PVC atau PVC/PVC dan berkonduktor kuprum.Konduktor dengan luas keratan rentas 16mm2 atau kurang mestilah daripada jenis kuprum.

    Konduktor aluminium tidak dibenarkan. Rujuk Jadual 4D1A iaitu keupayaan membawa arus

    bagi konduktor kuprum seperti;

    2. kabel dalam kolam renang hendaklah dari jenis kalis air bertebatkan PE (polyethylene);3. kabel yang dipilih itu berupaya membawa tenaga elektrik dengan cekap;4. saiz kabel mampu membawa arus beban tanpa memanaskan kabel;5.

    kadar susut voltan kabel tidak melebihi 4 % voltan bekalan.

    6. penebat kabel mestilah bersesuaian dengan keadaan persekitaran pepasangan sepertimempunyai ketahanan suhu persekitaran dan ketahanan perlindung mekanikal; dan

    7. setiap konduktor dalam pemasangan mesti dilindungi daripada lebihan arus dengan alat-alatpelindung lebihan arus yang diperlukan supaya penebat kabel tidak akan rosak.

    SISTEM KAWALAN DAN PERLINDUNGAN PENDAWAIAN

    Pemilihan Sistem Kawalan dan Perlindungan Pendawaian

    http://rbt3107.whatta.org/wp-content/uploads/2012/05/konduktor2.jpg
  • 7/30/2019 Ujian Peranti Arus Baki

    18/41

    Kawalan dan perlindungan pendawaian adalah suatu sistem pemencilan /pengasingan dan

    pensuisan serta sistem perlindungan yang mesti ada di dalamsetiap pendawaian domestik.

    Pengasingan dan Pensuisan

    Contohnya suis, palam kuasa dan soket alir keluar serta pemutus litar. Ianya berfungsi untuk

    menyambung dan memutuskan bekalan secara manual pada sesuatu litar tanpa mengganggu litar

    lain. Ia bertujuan untuk mencegah bahaya renjatan elektrik semasa penyenggaraan, pengujian,

    mengesan kerosakan dan pembaikan.

    Perlindungan

    Memberi perlindungan kepada sistem pendawaian, kelengkapan elektrik atau pengguna daripada

    bahaya yang disebabkan oleh arus elektrik seperti arus lebih, arus bocor ke bumi, litar pintas, kilat

    dan sebagainya. Litar di bawah menunjukkan alat pengasing dan perlindungan yang mesti

    dipasang pada sistem pendawaian elektrik domestik.

    Alat Pengasing dan Perlindungan Pendawaian Elektrik Domestik

    Perlindungan Arus

    Secara amnya, perlindungan bagi arus boleh dibahagikan kepada dua ;

    i. Perlindungan arus lebih (arus beban lebih atau litar pintas).

    http://rbt3107.whatta.org/wp-content/uploads/2012/05/pepotong.jpg
  • 7/30/2019 Ujian Peranti Arus Baki

    19/41

    Pemutus litar atau fius hendaklah digunakan dengan kadaran yang sesuai bagi perlindungan arus

    beban lebih atau litar pintas.

    Pemutus litar atau fius hanya digunakan pada konduktor hidup sahaja. Bagi penggunaan litar fasa

    tiga, semua pemutus litar atau fius hendaklah digabungkan dalam satu kumpulan litar. Pemilihan

    alat perlindung arus lebihan mestilah berpandukan kepada paras kerosakan arus litar pintas

    pemutus litar atau suis utama [kA].

    ii. Perlindungan arus bocor ke bumi.

    Pemutus Arus Baki (RCD) hendaklah digunakan dengan kadaran yang sesuai bagi perlindungan

    arus bocor ke bumi (mengelakkan daripada renjatan elektrik).

    a) Peraturan 36(1), PPE 1994 menyatakan bagi sesuatu pepasangan di tempat hiburan awam,

    perlindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah menggunakan peranti arus baki

    berkepekaan tidak melebihi 10 miliampiar;

    b) Peraturan 36(2), PPE 1994 menyatakan bagi sesuatu pepasangan di tempat yang lantainya

    berkemungkinan akan basah atau jika dinding atau kepungan berintangan elektrik yang rendah,

    perlindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah menggunakan peranti arus baki

    berkepekaan tidak melebihi 10 miliampiar;

    c) Peraturan 36(3), PPE 1994 menyatakan bagi sesuatu pepasangan jika kelengkapan, radas atau

    perkakas yang dipegang dengan tangan, perlindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah

    menggunakan peranti arus baki berkepekaan tidak melebihi 30 miliampere; dan

    d) Peraturan 36(4), PPE 1994 menyatakan bagi sesuatu pepasangan selain daripada (1), (2) dan

    (3), perlindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah menggunakan peranti arus baki

    berkepekaan tidak melebihi 100 miliampere.

    Keperluan Pengunaan Pemutus Litar Arus Baki (Kepekaan) Berdasarkan Peraturan 36,

    Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.

    Alat Perlindung Arus/Voltan Mendadak (Surge Protection Device (SPD)

    http://rbt3107.whatta.org/wp-content/uploads/2012/05/jenispemasangan.jpg
  • 7/30/2019 Ujian Peranti Arus Baki

    20/41

    SPD adalah digalakkan untuk dipasang bagi melindungi daripada sambaran kilat yang mendadak

    (lightning surge) atau voltan berlebihan yang mendadak (overvoltage surge). Ianya boleh

    dipasang berdekatan dengan punca bekalan (sebelum RCD). Spesifikasi Keperluan Alat Pelindung

    Arus/Voltan Mendadak (SurgeProtection Device):

    Litar Akhir Bagi Soket Alir Keluar 13A

    Jumlah litar akhir yang perlu diagihkan dan saiz konduktor yang digunakan serta luas lantai

    maksimum yang dibenarkan boleh ditentukan dengan berpandukan jadual di bawah.

    http://rbt3107.whatta.org/wp-content/uploads/2012/05/LitarAkhir.jpghttp://rbt3107.whatta.org/wp-content/uploads/2012/05/alatpelindung.jpghttp://rbt3107.whatta.org/wp-content/uploads/2012/05/LitarAkhir.jpghttp://rbt3107.whatta.org/wp-content/uploads/2012/05/alatpelindung.jpg
  • 7/30/2019 Ujian Peranti Arus Baki

    21/41

    Contoh-contoh Litar Skematik Pendawaian Soket Alir Keluar

  • 7/30/2019 Ujian Peranti Arus Baki

    22/41

    Contoh-contoh Litar Skematik Pendawaian Lampu

  • 7/30/2019 Ujian Peranti Arus Baki

    23/41

    Spesifikasi Bekalan Elektrik

    Spesifikasi bekalan elektrik yang dibekalkan kepada pengguna-pengguna domestik mengikut

    standard MS IEC 60038 adalah seperti berikut :

    i. Bekalan voltan nominal satu fasa 230V AU, julat +10%, -6%;

  • 7/30/2019 Ujian Peranti Arus Baki

    24/41

    ii. Bekalan voltan nominal tiga fasa 400V AU, julat +10%, -6%;

    iii. Frekuensi yang dibenarkan ialah 50Hz 1%;

    iv. Jenis sistem pembumian ( Sistem TT ) seperti rajah 2.1 dan rajah 2.2.

    Semua kelengkapan elektrik yang akan digunakan hendaklah sesuai dengan spesifikasi bekalan

    elektrik seperti dinyatakan.

    Ciri-Ciri Pendawaian Elektrik

    Pendawaian elektrik adalah terdiri dari kelengkapan elektrik seperti kabel, papan suis, suis utama,

    pemutus litar kenit (MCB) atau fius, pemutus litar arus baki (PAB/RCD), mata lampu, mata kuasa,

    penangkap kilat dan lainlain lekapan elektrik. Pendawaian elektrik pengguna fasa tunggal Contoh 1

    seperti Rajah 3.2

    http://rbt3107.whatta.org/wp-content/uploads/2012/05/sistemtt.jpg
  • 7/30/2019 Ujian Peranti Arus Baki

    25/41

    Pendawaian elektrik pengguna fasa tunggal Contoh 2 seperti Rajah

  • 7/30/2019 Ujian Peranti Arus Baki

    26/41

    Pendawaian elektrik pengguna fasa tunggal Contoh 3 seperti Rajah

    Pendawaian elektrik pengguna fasa tiga Contoh 1. Seperti Rajah

  • 7/30/2019 Ujian Peranti Arus Baki

    27/41

    Pendawaian elektrik pengguna fasa tiga Contoh 2. Seperti Rajah

  • 7/30/2019 Ujian Peranti Arus Baki

    28/41

  • 7/30/2019 Ujian Peranti Arus Baki

    29/41

    Keperluan Pengguna

    Lawatan Tapak

    Lawatan tapak perlu dilakukan bertujuan untuk menentukan:-

    i. kelengkapan elektrik yang sesuai digunakan;

    ii. permintaan beban maksimum;

    iii. bekalan masuk, fasa tunggal atau fasa tiga;

    iv. jenis pendawaian; dan

    v. susunatur kelengkapan.

    Mengenalpasti Keperluan Beban Pengguna

    Melalui pelan lantai bangunan keperluan pemasangan seperti cadangan beban, penempatan

    kelengkapan elektrik dan rekabentuk pelan pepasangan boleh ditentukan.

    Mengira Permintaan Beban Maksimum

    Anggaran permintaan beban maksimum adalah untuk menentukan spesifikasi kelengkapan

    pendawaian seperti kabel, aksesori dan seterusnya menyediakan pelan pepasangan

    elektrik. Mengikut MS IEC 60364 Part 1 klausa 311, pengiraan permintaan

    maksimum bagi setiap litar bertujuan supaya rekabentuk pepasangan yang ekonomi, berdaya

    harap dan dalam had voltan susut yang dibenarkan. Faktor Kepelbagaian boleh diambil kira.

    Pengiraan kesemua permintaan arus maksimum setiap litar perlu disediakan dengan lengkap.

    Butiran ini dapat menunjukkan keperluan arus bagi setiap fasa dalam ampiar dan juga membantu

    dalam menentukan saiz kabel. Rujuk Jadual Ketiga (Jadual A dan Jadual B), Peraturan 11(2),

    Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 untuk menghitung permintaan arus maksimum dan

    kelonggaran bagi kepelbagaian untuk pepasangan domestik.

    Mengemukakan Pelan, Lukisan Dan Spesifikasi

    Peraturan 65, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 menyatakan kelayakan Pendawai mengemukakan

    pelan adalah seperti berikut:-

    1. Pendawai dengan Sekatan Fasa Tunggal Voltan rendah fasa tunggal sehingga 60 ampiar.ii. Pendawai dengan Sekatan Fasa Tiga Voltan rendah sehingga 60 ampiar.

  • 7/30/2019 Ujian Peranti Arus Baki

    30/41

    Carta Alir Merancang Pemasangan Pendawaian Bangunan Kediaman

    Bekalan Fasa Tunggal Dan Fasa Tiga.

    Carta alir merancang pemasangan pendawaian bangunan adalah seperti di rajah 3.1.

    Merancang Kerja-Kerja Pendawaian

    Sebelum kerja-kerja pendawaian dibuat, pendawai/kontraktor hendaklah merancang dan

    mengenalpasti kerja-kerja yang hendak dilakukan supaya hasil kerja kemas, teratur dan selamat

    untuk digunakan. Pendawai/kontraktor perlulah:-

    i. membuat lawatan tapak;

    ii. mengenal pasti keperluan beban pengguna;

    iii. mengira permintaan beban maksimum; dan

    iv. mengemukakan pelan, lukisan dan spesifikasi.

    http://rbt3107.whatta.org/wp-content/uploads/2012/05/cartaalir.jpg
  • 7/30/2019 Ujian Peranti Arus Baki

    31/41

    Kehendak Perundangan

    Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 mensyaratkan semua pendawaian,

    tambahan pendawaian atau pendawaian semula yang hendak dijalankan oleh Kontraktor Elektrik

    atau Unit Pendawaian Elektrik perlu mendapat kelulusan bertulis dari pemegang lesen atau pihak

    berkuasa bekalan.

    4.2 KABEL

    Pengalir yang berpenebat dikenali sebagai kabel. Ia adalah suatu bahan yang membentuk suatu

    litar pada beban dalam sistem pemasangan elektrik. Kabel berupaya :

    a) mengalirkan arus elektrik dari bekalan kuasa ke dalam peralatan-peralatan elektrik atau mesin

    elektrik dengan selamat.

    b) menghalang berlakunya denyutan daya gerak elektrik apabila tersentuh padanya.

    4.2.1 Binaan

    Pada amnya ia mengandungi beberapa bahagian/lapisan seperti Rajah 4.4 di bawah.

    4.2.1.1 Pengalir/Teras

    a) Semua kabel mempunyai satu atau lebih teras yang diperbuat dari aluminium atau kuprum

    yang mempunyai nilai pengaliran yang tinggi.

    b) Pemilihan kuprum sebagai pengalir kerana ia mempunyai nilai rintangan yang rendah, mudah di

    bentuk dan mudah untuk proses pemetrian.

    c) Ia berbentuk lembaran dawai supaya mudah dilenturkan.

    Contoh ukuran kabel,

    7/1.04 mm 7= 7 lembar

    1.04 mm= garispusat setiap lembar pengalir

  • 7/30/2019 Ujian Peranti Arus Baki

    32/41

    6.0 mm2 = luas keratan rentas keseluruhan pengalir

    4.2.1.2 Penebat.

    Penebat mestilah mempunyai rintangan yang tinggi bagi menghalang arus keluar. Jenis-jenis

    penebat yang digunakan ialah kertas isian minyak, varnish cambric, vulcanised bitumen, PVC dan

    getah.

    4.2.1.3 Pelindung mekanikal.

    Bahan yang digunakan disekeliling penebat untuk mengelakkan kerosakan mekanikal pada kabel

    semasa pemasangan atau sepanjang penggunaannya. Di antara bahan yang digunakan ialah,

    salutan PVC, salutan getah, pita keluli(steel tape) atau galvanizes steel wire, salutanplumbum/kuprum dan konduit atau sesalur.

    4.2.2 Teras Kabel

    Jenis-jenis teras kabel yang biasa digunakan dalam pemasangan ditunjukkan dalam

    Rajah 4.5 : Jenis-jenis teras kabel

    4.2.3 Syarat-Syarat Pemilihan Kabel

    Untuk menghantar tenaga elektrik dengan selamat, ekonomikal, beberapa syarat/peraturan perlu

    diambil kira:

    a) Mempunyai saiz pengalir yang berpatutan supaya tidak berlaku kepanasan dan susutan voltan

    dalam had yang ditetapkan.

    b) Mempunyai penebat yang sempurna dan selamat.

    c) Kabel mestilah mempunyai kestabilan dari segi fizikal pada keseluruhannya.

    http://rbt3107.whatta.org/wp-content/uploads/2012/05/teras.jpg
  • 7/30/2019 Ujian Peranti Arus Baki

    33/41

    d) Mempunyai perlindungan mekanikal untuk mengelakkan daripada kerosakan yang teruk

    e) Penggunaan kabel mestilah mengikut had/kelas tertentu sesuai dengan nilai voltan yang

    digunakan.

    4.2.4 Faktor Pemilihan Jenis Kabel

    a) Tempat hendak digunakan/keadaan sekeliling

    b) Jenis pendawaian/jenis beban yang digunakan

    c) Jangka masa ketahanan yang dikehendaki

    d) Kemungkinan kerosakan yang akan dihadapi

    e) Perbelanjaan yang dianggarkan

    f) Rupabentuk

    g) Mampu yang membawa arus maksima tanpa pemanasan yang keterlaluan.

    4.2.5 Kord Dan Kabel Boleh Lentur

    Ia merupakan suatu jenis kabel yang mempunyai lembaran pengalir yang banyak dan halus.

    Ia lebih mudah dilenturkan berbanding dengan kabel biasa. Jadual 4.5 adalah perbandingan di

    antara kord dan kabel boleh lentur.

    Jadual 4.5 : Perbandingan kord dan kabel boleh lentur

    Kord boleh lentur Kabel boleh lentur

    1. Luas keratan rentas keseluruhan

    pengalir bagi kord ialah 4.0 mm ataukurang

    Luas keratan rentas keseluruhan pengalir bagi

    kabel ialah lebih 4.0 mm

    2. Disambung di antara siling ros dan pemegang

    lampu anting-anting

    Disambungkan untuk kadaran beban yang lebih

    besar

    3. Disambungkan antara plug atau palam dan

    alat-alat mudah alih

    Disambungkan di antara palam dan alat-alat

    tetap

    Nama kabel adalah bergantung kepada;

    a) Perlindungan mekanikalnya

  • 7/30/2019 Ujian Peranti Arus Baki

    34/41

    b) Penebatan yang digunakan

    c) Teras pengalir kabel tersebut

    4.2.6 Jenis-Jenis Kord Dan Kabel Boleh Lentur

    Rajah 4.6 Jenis-Jenis Kord dan Kabel Boleh Lentur.

    4.2.7 Fungsi Kabel dan Pengenalan Warna

    Jadual 4.6 : Pengenalan warna kabel

    FUNGSI KABEL PENGENALAN WARNA

    Pengalir perlindungan Hijau dan kuning

    Pengalir litar satu fasa Merah atau kuning atau biruFasa R bagi litar 3 fasa Merah

    Fasa Y bagi litar 3 fasa Kuning

    Fasa B bagi litar 3 fasa Biru

    Positif bagi litar 2, 3 dawai arus terus

    (a.t)

    Merah

    Negatif bagi litar 2 dawai arus terus(a.t)

    Hitam

    Negatif bagi litar 3 dawai arus terus(a.t)

    Biru

    Dawai tengah bagi litar 3 dawai (a.t) Hitam

    http://rbt3107.whatta.org/wp-content/uploads/2012/05/jeniscord.jpg
  • 7/30/2019 Ujian Peranti Arus Baki

    35/41

    Jadual 4.7 : Kabel Yang Digunakan Oleh TNB

    JENIS VOLTAN

    PVC INSULATED-Single core-Twin core

    -Multicore

    LVLVLV

    PAPER INSULATED-Single core-Belted

    -Screened

    6.6kV, 11kV, 22kV,33kVLV, 6.6kV,

    11kV22kV, 33kV

    OIL FILLED-3 Core self contained-Single core

    self contained

    22kV, 33kV, 132kV132kV

    XLPE-Aerial cable-Single core

    -XLPE 3 core

    11kV, 33kV{SAXKA)11kV,

    22kV,33kV,132kV11kV

    4.1 AKSESORI PEMASANGAN DAN PERALATAN PERLINDUNGAN

    Terdapat beberapa alat tambah (aksesori) dalam pemasangan elektrik. Antara yang paling banyak

    digunakan adalah palam 3 pin, soket alur keluar dan suis. Ada juga aksesori digunakan untuk

    tujuan perlindungan daripada kerosakan yang disebabkan litas pintas atau arus bocor.

    4.1.1 Suis

    Suis adalah suatu alat mekanikal yang digunakan untuk memutus dan menyambung bekalan

    kepada peralatan elektrik. Terdapat banyak jenis suis diantaranya ialah suis togol, suis satu hala,

    suis satu kutub dua hala, suis siling dan lain-lain.

    4.1.2 Soket alur keluar dan palam .

    http://rbt3107.whatta.org/wp-content/uploads/2012/05/suis.jpg
  • 7/30/2019 Ujian Peranti Arus Baki

    36/41

    Alat ini diperlukan untuk menyambungkan bekalan kepada peralatan elektrik mudah alih. Soket

    alur keluar mempuyai dua atau tiga alur terminal manakala palam pula merupakan bahagian yang

    boleh digerakkan yang mempunyai dua atau tiga pin untuk dimasukkan ke dalam soket alur

    keluar. Saiz piawai bagi peralatan tersebut adalah 2A, 5A, 15A dan 30A.

    4.1.3 Perlindungan Arus Lebihan.

    Arus lebihan ialah nilai arus tinggi mengalir dalam sesuatu litar dan lebih daripada kadar maksima

    yang dibenarkan. Ianya mungkin disebabkan oleh satu daripada perkara berikut ;

    a) Lebihan arus beban

    yang disebabkan oleh beban lampau(penambahan beban lebih daripada yang dibenarkan)

    atau permulaan beban (arus beban naik secara mengejut pada peringkat permulaan

    penghidupan)

    b) Litar pintas

    - berlaku apabila pengalir fasa dan pengalir neutral bersentuhan. Ini menyebabkan pengalir

    kabel menjadi panas dan sekiranya alat perlindungan mengambil masa yang lama untuk

    memutuskan litar, kebakaran akan berlaku.

    4.14 Faktor pemilihan jenis-jenis perlindungan arus lebihan

    Awas!! Beban lebihan menyebabkan arus litar meningkat.

    a) Jenis beban

    b) Keupayaan unit perlindungan

    c) Suhu sekeliling

    d) Alat khas

    e) Harga

    4.1.5 Jenis-jenis alat perlindungan

    a) Fius

    b) Pemutus litar

    http://rbt3107.whatta.org/wp-content/uploads/2012/05/soket.jpg
  • 7/30/2019 Ujian Peranti Arus Baki

    37/41

    4.1.6 Jenis-jenis fius

    a) Fius boleh dawai semula

    b) Fius katrij

    c) Fius kapasiti pemutus tinggi

    Jadual 4.1 : Perbezaan antara Talian Atas dan Kabel Bawah Tanah

    Talian Atas Kabel Bawah Tanah

    1. Didirikan di kawasan luar bandar Kawasan bandar dan rumah pangsa

    2. Menggunakan tiang kayu, besi dan

    konkrit

    Menggunakan kabel berpenebat yang

    ditanam dan tahan kerosakan mekanikal

    3. Pengalir talian adalah tidak berpenebat Pengalir yang digunakan berpenebat

    4. Penyelenggaraannya adalah mudah Penyelenggaraannya adalah rumit

    5. Kos pembinaannya murah Kos pembinaannya tinggi

    4.1.7 Fius Boleh Dawai Semula

    Ia digunakan pada pemasangan pengguna domestik atau untuk arus beban yang rendah di

    perindustrian ciri-ciri :

    a) terdiri dari dawai elemen yang disambungkan dalam satu penghubung fius yang boleh

    dikeluarkan dari tapak fius.

    b) Dawai elemen fius diperbuat dari aloi iaitu campuran timah dan plumbum atau dari kuprum

    tulin.

    c) Ia boleh ditukar ganti sekiranya elemen itu putus.

    d) Arus nominal bergantung kepada saiz dawai elemen fius.

    e) Kebaikan dan keburukan fius jenis ini adalah seperti jadual 4.2.

    Jadual 4.2 : Kebaikan dan keburukan fius boleh dawai semula.

    Kebaikan Keburukan

    1. Dawai elemen fius murah Menghasilkan arka dan mengeluarkan bunyiyang kuat

    2. Senang ditukar ganti Kemungkinan silap mengganti saiz elemen

    fius

    4.1.8 Fius Katrij

  • 7/30/2019 Ujian Peranti Arus Baki

    38/41

    Fius Katrij digunakan dalam palam 3 pin bagi perkakasan elektrik. Ia boleh dianggap sebagai fius

    tambahan kepada fius dalam papan agihan. Ciri-ciri ;

    a) Terdiri dari satu tiub yang diperbuat dari kaca atau seramik atau tembikar.

    b) Arus nominal fius adalah 0.15A, 0.25A, 0.5A, 0.75A,1A, 2A, 3 A, 5A dan 13A.

    c) Faktor fiusan diantara 1.5 hingga 1.75 kali.

    d) Kebaikan dan keburukan fius jenis ini adalah seperti jadual 4.3

    Jadual 4.3 : Kebaikan dan keburukan fius katrij

    Kebaikan Keburukan

    1. Kadar arus nominal diketahui dengan tepat2.

    Kapasiti pemutus tidak merosot3. Mempunyai kod warna untuk kadaran saiz

    yang tertentu.

    4. Dapat mengelakkan terjadinya arka dan

    bunyi yang kuat.

    1. Jika elemen fius putus, keseluruhan fius tidak

    boleh digunakan.2. Pemegang fius hanya sesuaidengan saiz kartrij yang tertentu.

    4.1.9 Fius Kapasiti Pemutus Tinggi

    Fius ini digunakan pada tempat atau beban yang memerlukan kadar kapasiti pemutusan yangtinggi. Ia mempunyai arus nominal yang besar dan mampu menanggung arus beban yang tinggi.

    Ciri-ciri ;

    a) Terdiri dari satu tuib seramik dengan penutup hujungnya yang diperbuat dari logam.

    b) Dawai elemen fius diperbuat dari jenis jalur perak dan disokong oleh silikon serta diselaputi

    oleh serbuk mineral.

    c) Mempunyai elemen penunjuk dan serbuk penanda.

    d) Faktor fiusan diantara 1.0 hingga 1.25 kali.

    e) Kebaikan dan keburukan fius jenis ini adalah seperti jadual 4.4.

    Jadual 4.4 : Kebaikan dan keburukan fius pemutus tinggi

    Kebaikan Keburukan

  • 7/30/2019 Ujian Peranti Arus Baki

    39/41

    1. Dapat mengelakkan terjadinya arka dan

    bunyi yang kuat.2. Dapat mengawal arus

    yang tinggi.

    3. Kapasiti pemutusan yang tinggi.

    4. Mempunyai tanda pemutusan.

    - Paling mahal.- Mengambil masa untuk

    menggantikan fius yang baru.

    - Hanya sesuai dengan penghubung fius dan

    tapak fius yang tertentu.

    - Sukar didapati.

    4.1.10 Istilah-istilah yang berkaitan dengan fius ;

    a) Elemen fius- adalah pengalir dengan pelbagai saiz yang akan cair apabila arus

    yang berlebihan mengalir melaluinya

    b) Arus nominal arus maksima yang boleh melalui kabel atau fius pada jangka

    masa yang tidak terhad dengan tidak memanaskan pengalir kabel atau mencairkan elemen fius.

    c) Arus fiusan arus minima yang boleh mencairkan elemen fius.

    d) Faktor fiusan nisbah arus fiusan dengan kadaran arus.

    4.1.11 Pemutus Litar

    Ia merupakan peralatan mekanikal yang digunakan untuk membuka dan menutup litar dalam

    keadaan biasa (untuk tujuan penyelenggaraan) dan juga dalam keadaan litar pintas. Bila berlaku

    litar pintas ia akan terpelantik secara automatik.

    Sistem Pemasangan Elektrik4.0 LITAR PENGGUNA

    Ianya berada di antara talian pengagihan dengan beban pengguna. Litar utama pemasangan

    pengguna mengandungi unit kawalan dan perlindungan yang berfungsi melindungi dari arus

    lebihan seperti litar pintas dan beban lampau dan kebocoran arus ke bumi bagi mengelakkan dari

    terkena kejutan elektrik.

    4.0.1 Litar Kawalan Turutan Pengguna

    http://rbt3107.whatta.org/?p=180http://rbt3107.whatta.org/?p=180http://rbt3107.whatta.org/?p=180
  • 7/30/2019 Ujian Peranti Arus Baki

    40/41

    Ia berfungsi sebagai alat pengawalan dan perlindungan yang terdapat pada litar utama

    pemasangan pengguna. Ia terdiri dari alat-alat pengasingan dan pensuisan, alat perlindungan arus

    lebihan dan perlindungan arus bocor ke bumi. Komponen-komponen tersebut adalah seperti yang

    ditunjukan oleh Rajah 4.1 di bawah:

    1. Fius pemutus dan perangkai neutral- sebagai pelindung arus lebihan dan menghadkan arus pengguna.

    2. Meter kWj- mengukur jumlah tenaga yang telah digunakan untuk menetapkan kadar bayaran tarif.

    3.

    Suis utama sebagai pengasing litar dan perlindungan arus lebihan4. Pemutus litar bocor ke bumi kendalian arus- alat pelindung kepada kebocoran arus ke bumi

    dan sebagai pengasing litar.

    5. Papan agihan- pengagih litar kecil akhir dan pelindung arus lebihan.

    4.0.2 Litar Akhir

    Litar akhir ialah litar yang keluar dari papan agihan untuk membekalkan tenaga elektrik terus

    kepada peralatan elektrik.Tujuan pembahagian litar utama ke litar akhir ialah ;

    a) Untuk mengelakkan bahaya apabila berlaku kerosakan, iaitu dengan memastikan bahawa arus

    kerosakan yang akan mengendalikan sistem perlindungan itu tidak melebihi daripada sepatutnya.

    b) Untuk memastikan bahawa bahagian-bahagian dalam pemasangan boleh diputuskan bekalan

    bagi tujuan pemeriksaan, pengujian atau kerja-kerja membaiki tanpa mengganggu litar lain.

    c) Untuk mengelakkan kerosakan yang berlaku pada sesuatu litar itu merebak ke litar yang lain.

    4.0.3 Permintaan maksima

    Permintaan maksima ialah arus terbesar yang perlu dialirkan ke dalam litar, suis dan alat

    perlindungan pada sesuatu masa. Ianya boleh di tentukan daripada permintaan arus keseluruhan

    bagi semua punca perkakas elektrik dalam litar.

    4.0.4 Litar akhir bagi soket alur keluar

    http://rbt3107.whatta.org/wp-content/uploads/2012/05/pemasangan.jpg
  • 7/30/2019 Ujian Peranti Arus Baki

    41/41

    Ia boleh di bahagikan kepada beberapa jenis iaitu:

    a) Litar jejari

    litar yang di sambungkan kepada soket alur keluar dan berakhir pada soket alur keluar yang di

    hujung sekali.

    b) Litar gelang

    litar yang di sambungkan kepada beberapa soket alur keluar dan berakhir pada punca

    masukannya di papan fius agihan.

    c) Sulur

    merupakan satu cabang kabel yang di sambungkan pada litar jejari dan litar gelang.

    4.0.5 Litar akhir lampu

    Biasanya diagihkan untuk bekalan ke punca lampu filamen atau lampu discas. Beban lain jugadisambungkan dari litar lampu seperti kipas siling dengan syarat arus beban penuh kurang

    daripada yang ditetapkan. Pengalir kabel litar akhir lampu yang diagihkan dari papan fius agihan

    akan berakhir di terminal siling ros atau pemegang lampu.

    4.0.6 Litar akhir alat pegun

    Litar akhir alat pegun(tetap) yang berkadar lebih daripada 3 kW tidak boleh disambungkan kesoket alur keluar. Ini bermakna litar akhir yang berasingan perlu dipasang untuk beban tersebut.