Ujian Sains Tahun 2013 Bagi Sce 3111 Pismp Sains Semester 6 Ipgm Seluruh Malaysia

6
Nama: ......................................................... ......... Kelas: .................. UJIAN SAINS TAHUN 2013 SAINS TAHUN 5 Empat puluh lima minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 20 soalan objektif aneka pilihan. 2. Jawab semua soalan. 3. Rajah yang mengiringi soalan tidak dilukis mengikut skala kecuali dinyatakan. 4. Bagi setiap soalan bulatkan satu ruangan sahaja. 1

description

Ujian Sains Tahun 2013 Bagi Sce 3111 Pismp Sains Semester 6 Ipgm Seluruh Malaysia

Transcript of Ujian Sains Tahun 2013 Bagi Sce 3111 Pismp Sains Semester 6 Ipgm Seluruh Malaysia

Page 1: Ujian Sains Tahun 2013 Bagi Sce 3111 Pismp Sains Semester 6 Ipgm Seluruh Malaysia

Nama: .................................................................. Kelas: ..................

UJIAN SAINS TAHUN 2013

SAINS TAHUN 5

Empat puluh lima minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 20 soalan objektif aneka pilihan.

2. Jawab semua soalan.

3. Rajah yang mengiringi soalan tidak dilukis mengikut skala kecuali dinyatakan.

4. Bagi setiap soalan bulatkan satu ruangan sahaja.

__________________________________________________________________________

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak

1

Page 2: Ujian Sains Tahun 2013 Bagi Sce 3111 Pismp Sains Semester 6 Ipgm Seluruh Malaysia

Arahan: Jawab semua 20 soalan di bawah.

1. Yang manakah antara berikut bukan mikroorganisma.

A. Bakteria

B. Berudu

C. Fungi

D. Protozoa

2. Mikroorganisma dapat dilihat melalui

A. Cermin

B. Teleskop

C. Mikroskop

D. Stetoskop

3. Antara yang berikut, yang manakah menerangkan ciri-ciri mikroorganisma?

I. Bernafas

II. Membiak

III. Bergerak

A. I sahaja

B. I dan II sahaja

C. II dan III sahaja

D. I, II dan III

4. Yang manakah antara proses berikut tidak melibatkan penggunaan

mikroorganisma?

A. Membuat baja

B. Membuat tapai

C. Membuat roti

D. Membuat biskut

5. Cendawan adalah contoh bagi

A. Tumbuhan

B. Fungi

C. Bakteria

D. Protozoa

2

Page 3: Ujian Sains Tahun 2013 Bagi Sce 3111 Pismp Sains Semester 6 Ipgm Seluruh Malaysia

6. Apakah yang perlu dilakukan apabila batuk?

A. Tidur lewat pada waktu malam

B. Makan ubat penahan sakit

C. Pergi ke tempat sesak

D. Gunakan tangan untuk menutup mulut

7. Emak Lina mendidihkan air sebelum minum. Mengapakah ia melakukan demikian?

A. Untuk menjadikan air tersebut bertambah sedap.

B. Untuk membunuh mikroorganisma.

C. Untuk mengelakkan keluarganya daripada mendapat AIDS.

D. Untuk masak kari kambing.

8. Di antara penyakit berikut, yang manakah patut dikuarantin?

I. Sakit mata

II. Demam campak

III. AIDS

A. I dan II sahaja

B. I dan III sahaja

C. II dan III sahaja

D. I, II dan III sahaja

9. Yang manakah di antara berikut tidak tergolong dalam kumpulan yang sama?

A. Virus

B. Bakteria

C. Udang

D. Fungi

10. Antara penyakit berikut, yang manakah disebabkan oleh bakteria?

A. Campak

B. Cirit-birit

C. Pening kepala

D. Malaria

3

Page 4: Ujian Sains Tahun 2013 Bagi Sce 3111 Pismp Sains Semester 6 Ipgm Seluruh Malaysia

11. Virus boleh menyebabkan

A. Roti berkulat.

B. Bahan mereput.

C. Roti menjadi kembang.

D. Penyakit berbahaya dan mendatangkan maut.

12. Apakah sebenarnya yang menyebabkan doh roti menjadi kembang ?

A. Pembiakan mikroorganisma yang sangat cepat.

B. Pembebasan karbon dioksida apabila mikroorganisma bernafas.

C. Pergerakan mikroorganisma di dalam doh.

D. Pertumbuhan mikroorganisma di dalam doh.

13. Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar ?

A. Mikroorganisma hanya berjangkit daripada haiwan kepada manusia.

B. Mikroorganisma menyebabkan konjunktivitis.

C. Sesetengah mikroorganisma berguna dalam kehidupan seharian kita.

D. Mikroorganisma boleh dipindahkan apabila pesakit bersin atau batuk.

14. Apakah yang menyebabkan perubahan pada makanan yang ditunjukkan di atas ?

A. Virus

B. Fungi

C. Bakteria

D. Protozoa

4

Page 5: Ujian Sains Tahun 2013 Bagi Sce 3111 Pismp Sains Semester 6 Ipgm Seluruh Malaysia

15. Rajah 2 menunjukkan sejenis mikroorganisma.

Mikroorganisma ini dikelaskan sebagai

A. Bakteria

B. Kulat

C. Virus

D. Protozoa

16. Yang manakah antara berikut tidak dapat dilihat dengan mata kasar?

A. Daun

B. Semut

C. Ulat beluncas

D. Bakteria

17. Apakah kegunaan mikroorganisma dalam bidang perubatan?

A. Membuat baja

B. Membuat tempeh

C. Membuat roti

D. Membuat antibiotik

18. Kita tidak dapat melihat mikroorganisma menggunakan mata kasar kita. Kenapa?

A. Ia besar

B. Ia sangat cantik

C. Ia terlalu kecil

D. Ia sangat besar

19. Apakah yang menyebabkan buah menjadi busuk?

A. Bakteria

B. Cacing

C. Air yang kotor

D. Ulat beluncas

5

Page 6: Ujian Sains Tahun 2013 Bagi Sce 3111 Pismp Sains Semester 6 Ipgm Seluruh Malaysia

20. Puan Siti sedang menyediakan makanan di dapur. Antara berikut yang manakah

cara yang berkesan untuk mengelakkan penyebaran bakteria ke atas makanan?

A. Memakai tudung kepala

B. Memakai pakaian yang bersih

C. Menghidangkan makanan dalam pinggan plastik

D. Membasuh tangan dengan sabun sebelum mengendalikan makanan

KERTAS SOALAN TAMAT

6